The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 9 T5 - Komuniti & Ekosistem (Part 2) - Bakau & Ekologi Populasi.pptx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ayu SHAF, 2021-08-31 12:54:40

Bab 9 T5 - Komuniti & Ekosistem (Part 2) - Bakau & Ekologi Populasi.pptx

Bab 9 T5 - Komuniti & Ekosistem (Part 2) - Bakau & Ekologi Populasi.pptx

TINGKATAN 5

9.1.8 Ekosistem Paya Bakau
9.2 Ekologi Populasi

Standard Kandungan 9.1

KOMUNITI & EKOSISTEM

Standard Pembelajaran :

9.1.8 Menerangkan ekosistem paya bakau dari aspek :
i. Komponen biosis
ii. Komponen abiosis
iii. Penyesuaian pokok bakau
iv. Pengkolonian dan sesaran
v. Kepentingan ekosistem paya bakau

Ekosistem Paya Bakau

Kawasan paya bakau boleh
didapati di sepanjang pesisiran

pantai yang terlindung dan
muara sungai yang besar.

Muara merupakan teluk di mana
air sungai mengalir ke laut, dan

terdapat percampuran air tawar
dan air masin di muara sungai.
Hutan paya bakau mempunyai
ekosistem tersendiri. Hal ini

bermakna komponen biosis dan
abiosisnya berbeza daripada
ekosistem yang lain.

Jom kita kenali
komponen biosis
& abiosis dalam

ekosistem
paya bakau !!

Kelip-kelip Burung bangau Lotong Monyet Belanda
Belangkas Ketam
Komponen
Biosis Paya
Bakau

Cendawan Ular Ikan belacak Pokok bakau

Komponen Abiosis Paya Bakau

Komponen abiosis paya bakau terdiri daripada komponen yang ekstrim, iaitu :
1. Terdedah kepada keamatan cahaya matahari

yang tinggi.
2. Terdedah kepada ombak dan pasang surut air.
3. Terdedah kepada tiupan angin yang kencang.
4. Kandungan garam di dalam tanah yang tinggi, dan

kepekatan oksigen terlarut yang sangat rendah di
dalam air.
5. Tanah yang lembut, berselut, berlumpur dan
kurang pengundaraan.
6. Percambahan biji benih di kawasan pasang surut air.

Bagaimanakah
pokok bakau dapat
mengatasi
persekitaran yang
ekstrim untuk terus
hidup??



Ciri-ciri Penyesuaian Pokok Bakau

Bahagian : Daun

1) Mempunyai daun berkutikel tebal serta
stoma terbenam yang dapat
mengurangkan kadar transpirasi.

2) Daun sukulen dapat menyimpan air serta
mempunyai struktur khas, iaitu hidatod
untuk menyingkir garam berlebihan.

3) Daun yang tua dapat menyimpan garam
dan akan gugur apabila kepekatan garam
yang disimpan terlalu banyak.

Ciri-ciri Penyesuaian Pokok Bakau

Bahagian : Akar pneumatofor

1) Merupakan unjuran akar pendek dari
permukaan tanah untuk pengudaraan di
Kawasan yang sering ditenggelami air.

2) Akar ini membantu pertukaran gas
antara akar yang tenggelam dengan
atmosfera melalui lentisel.

▪ Contoh : Avicennia sp.

Ciri-ciri Penyesuaian Pokok Bakau

Bahagian : Akar jangkang

1) Akar jangkang tumbuh bercabang
daripada bahagian bawah batang
pokok bakau.

2) Akar ini mencengkam di dalam
tanah dengan kuat untuk memberi
sokongan bagi melawan tiupan
angin dan ombak yang kuat.

▪ Contoh : Rhizophora sp.

Ciri-ciri Penyesuaian Pokok Bakau

Bahagian : Akar banir

1) Merupakan sejenis akar dengan
struktur kepingan yang menebal
untuk menambah luas permukaan
dasarnya

2) Akar ini menyokong pokok yang
tumbuh di atas tanah lembut yang
bersempadan dengan daratan.
▪ Contoh : Bruguiera sp.

Ciri-ciri Penyesuaian Pokok Bakau

Bahagian : Biji benih

1) Biji benih vivipariti
bercambah dan tumbuh
semasa masih melekat
pada pokok induk.

2) Hal ini membolehkan biji
benih yang jatuh
tercacak di atas tanah
berlumpur dan tidak
dihanyutkan oleh ombak.

Pengkolonian dan Sesaran

▪ Sesuatu ekosistem boleh berubah akibat fenomena alam
semulajadi seperti letusan gunung berapi, gempa bumi dan
kemarau serta aktiviti manusia seperti perlombongan
sehingga mengakibatkan semua organisma mati atau
bermigrasi.

▪ Pengkolonian ialah proses di mana organisma
hidup menakluki atau menduduki suatu kawasan baharu,
yang sebelum ini tidak didiami oleh organisma hidup.

Pengkolonian dan Sesaran

▪ Spesies perintis, merupakan spesies pertama
yang berjaya menduduki suatu kawasan yang belum
pernah ditumbuhi oleh spesies lain.
▪ Kebiasaannya persekitaran Kawasan tersebut adalah

kering dan kurang subur. Spesies perintis ini mempunyai
ciri-ciri khusus untuk menyesuaikan diri di akwasan
tersebut.

Pengkolonian dan Sesaran

▪ Spesies perintis mengubah persekitaran dan
mewujudkan keadaan yang lebih sesuai untuk

pertumbuhan spesies penyesar.

▪ Proses perubahan keadaan habitat dan penyesaran oleh
spesies baharu akan berterusan. Proses penggantian
sesuatu spesies oleh spesies lain secara beransur-ansur

dan berturutan dikenali sebagai sesaran.

kawasan yang kosong ini akan dihuni
oleh hidupan lain yang dipanggil

spesies perintis, iaitu

spesies yang mula-mula menduduki
suatu kawasan yang belum pernah
ditumbuhi oleh spesies lain

Spesies perintis Spesies Penyesar 1 Spesies Penyesar 2

Zon-Zon Kawasan Paya Bakau

Terdiri daripada 3 zon utama pokok bakau yang berlainan jenis, dan
perbezaan ini disebabkan oleh pengaruh pasang-surut air :

Zon 1 : Zon 2 : Zon 3 :
Zon Garis Pantai Zon Tengah Zon Belakang

Spesies perintis Spesies Penyesar 1 Spesies Penyesar 2

Zon 1 : Zon Garis Pantai

▪ Zon ini paling terdedah dengan ombak besar. Tanah berlumpur, berair, tanah lembut.
▪ Ditumbuhi oleh spesies perintis iaitu pokok Avicennia sp. (pokok api-api) dan

Sonneratia sp. (pokok perepat).
▪ Sistem akar yang meluas dan pneumatofor membantu pokok memerangkap lumpur

dan bahan organik yang dibawa oleh air pasang.
▪ Hal ini menyebabkan berlaku pengumpulan lumpur secara beransur-ansur. Oleh itu,

lama kelamaan tanah akan menjadi lebih tinggi dan padat. TIDAK SESUAI UTK
Avicennia sp. dan Sonneratia sp.
▪ Rhizophora sp. menyesarkan dan menggantkan spesies perintis ini

Spesies perintis Spesies Penyesar 1 Spesies Penyesar 2

Zon 2 : Zon Tengah

▪ Zon ini terletak di sepanjang sungai berdekatan dengan muara.
▪ Ditumbuhi oleh pokok Rhizophora sp. (pokok bakau minyak) yang mempunyai akar

jangkang berselirat yang dapat memerangkap ranting kayu dan lumpur yang hanyut
serta menyekat aliran arus air.
▪ Pemerangkapan lumpur menyebabkan pemendapan berlaku dengan lebih pantas.
▪ Tebing menjadi lebih tinggi dan kering kerana kurang dilimpahi air laut semasa air pasang.
▪ Tanah menjadi kurang sesuai untuk pertumbuhan Rhizophora sp., sebaliknya lebih sesuai
untuk Bruguiera sp., dan spesies ini akan menyesarkan dan menggantikan Rhizophora sp.

Spesies perintis Spesies Penyesar 1 Spesies Penyesar 2

Zon 3 : Zon Belakang

▪ Zon ini terletak jauh ke daratan.
▪ Tanah menjadi lebih tinggi, keras dan hanya dilimpahi air laut semasa air pasang.
▪ Zon ini ditumbuhi oleh pokok Bruguiera sp. (tumu merah) yang mempunyai akar

banir untuk memerangkap lebih banyak lumpur dan kelodak.
▪ Proses pemendapan membentuk paya baharu yang mengunjur ke laut.
▪ Pantai yang lama semakin menjauhi laut. Tanah di pantai turut berubah menjadi

daratan serta sesuai untuk pokok daratan seperti Nypa fruticans dan Pandanus sp.
▪ Pokok daratan menyesarkan dan menggantikan Bruguiera sp.

• Zon garis pantai paling terdedah kepada • Zon tengah terletak di sepanjang sungai • Zon belakang terletak jauh ke

ombak besar. berdekatan dengan muara. daratan.
• Zon ini ditumbuhi oleh spesies perintis, • Ditumbuhi oleh pokok Rhizophora sp. (pokok • Tanah menjadi lebih tinggi, keras dan

iaitu bakau minyak) yang mempunyai akar jangkang hanya dilimpahi air laut semasa air
• pokok Avicennia sp. (pokok api-api) dan
berselirat yang dapat memerangkap ranting kayu pasang.
Sonneratia sp. (pokok perepat). • Ditumbuhi oleh pokok Bruguiera sp.
• Sistem akar yang meluas dan pneumatofor dan lumpur yang hanyut serta menyekat aliran
• membantu pokok memerangkap lumpur (tumu merah) yang mempunyai akar
arus air.
dan bahan organik yang dibawa oleh air • Pemerangkapan lumpur menyebabkan banir untuk memerangkap lebih

pasang. pemendapan berlaku dengan lebih pantas. banyak lumpur dan kelodak.
• Hal ini menyebabkan berlaku pengumpulan • Tebing menjadi lebih tinggi dan kering kerana • Proses pemendapan membentuk
• lumpur secara beransur-ansur.
• Oleh itu, tanah menjadi lebih tinggi dan kurang dilimpahi air laut semasa air pasang. paya baharu yang mengunjur ke laut.
• Tanah menjadi kurang sesuai untuk • Pantai yang lama semakin menjauhi
padat.
• Rhizophora sp. menyesarkan dan pertumbuhan Rhizophora sp., sebaliknya lebih laut. Tanah di pantai berubah

menggantikan spesies perintis. sesuai untuk Bruguiera sp. menjadi daratan serta sesuai untuk
• Bruguiera sp. menyesarkan dan menggantikan
pokok daratan seperti Nypa fruticans
Rhizophora sp.
dan Pandanus sp.
• Pokok daratan menyesarkan dan

menggantikan Bruguiera sp.

Kepentingan Ekosistem Paya Bakau

HUTAN PAYA BAKAU MUMBAI YANG LUASNYA 1000 HEKTAR DI NEGARA INDIA

(1) ZON PENAMPAN SEMULAJADI

▪ Sistem akar pokok bakau mengurangkan atau
mencegah hakisan pantai oleh ombak, angin dan arus.

▪ Pokok bakau bertindak sebagai penghalang semula jadi
yang menyerap tenaga ombak dan angin, maka
kerosakan yang diakibatkan oleh tsunami dapat
dikurangkan.

(2) MENSTABILKAN MUARA SUNGAI & PESISIR PANTAI

▪ Sistem akarnya yang kompleks dan tumbuh dengan
padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen (bahan
enapan) dari kawasan muara sungai dan pantai.

▪ Hal ini berupaya untuk mengekalkan ekosistem muara
sungai dalam jangka masa yang panjang dan
memastikan kejernihan air yang mengalir ke laut.

(3) PENAPIS BAHAN PENCEMAR

▪ Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan
pencemar seperti sebatian nitrogen dan sebatian
fosforus.

▪ Hal ini mengurangkan pembiakan alga dan bakteria dan
seterusnya menambah kandungan oksigen terlarut
dalam air yang menjadi sumber respirasi utama
hidupan di dalam air.

(4) PERLINDUNGAN HABITAT ORGANISMA

▪ Hutan bakau sebagai tempat perlindungan dan
pembiakan pelbagai hidupan laut seperti udang, ketam,
kepah, tiram dan ikan.

▪ Hutan ini turut menjadi tempat tempat persinggahan
burung-burung yang berpindah Ketika musim sejuk
selain menjadi sarang kepada pelbagai jenis burung
tempatan.

(5) MENGEKALKAN KESIMBANGAN OKSIGEN
& KARBON DIOKSIDA SETEMPAT

▪ Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon
dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses
fotosintesis.

(6) SUMBER MAKANAN & UBAT-UBATAN

▪ Buah Avicennia sp boleh dimakan sebagai sayur.
▪ Kekacang pokok Avicennia sp. boleh direbus dan dimakan,

manakala bunganya menghasilkan madu.
▪ Buah Sonneratia sp. digunakan dalam pembuatan bahan

minuman.
▪ Buah Nypa sp. boleh dimakan dan air daripada buahnya

boleh digunakan dalam pembuatan cuka dan nira.
▪ Kulit pokok Bruguiera sp. digunakan untuk merawat

cirit-birit.

(7) SUMBER PENDAPATAN

▪ Pada masa kini, ekosistem hutan paya bakau telah
diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur
seperti ternakan ikan kerapu dan udang harimau.

▪ Hutan bakau dikekalkan dalam keadaan semula jadi

sebagai tarikan pelancong.. Taman AgroTourism

▪ Oleh sebab itu, ekosistem bakau berfungsi sebagai
ekopelancongan dan khazanah semula jadi utama negara.

(8) SUMBER PERHUTANAN

▪ Hutan paya bakau membekalkan kayu api dan sumber
arang kayu seperti pokok bakau minyak dan bakau
kurap.

▪ Selain itu, hutan ini membekalkan bahan binaan seperti
cerucuk dan pancang kayu dalam pembinaan benteng
dan jambatan, khususnya di Kawasan pantai.

▪ Hal ini kerana sifat pokok bakau yang keras dan tahan
air masin.

TUGASAN ONLINE PDPR BIOLOGI

Buat Latihan Modul Nilam m/s 112 – 116
BUAT HARI INI, siap..Snap Gambar &

trus hntar personal pada saya…
SELEWATNYA 12 MLM NI

NAMA SAINTIS; OCTAVIO ABURTO,
CONSERVATION BIOLOGIST & NATIONAL GEOGRAPHIC EXPLORER

Standard Kandungan 9.2

EKOLOGI POPULASI

Standard Pembelajaran :

9.2.1 Menghuraikan faktor yang mempengaruhi taburan populasi.
9.2.2 Menganalisis data untuk menganggarkan saiz populasi organisma

yang menggunakan :
i. Teknik persampelan kuadrat.
ii. Teknik tangkap-tanda-lepas-tangkap semula

EKOLOGI POPULASI

merupakan kajian tentang saiz populasi dan faktor-faktor
yang mempengaruhi saiz populasi.

SAIZ POPULASI

Adalah bilangan organisma yang terdapat dalam sesuatu
populasi. Kepadatan populasi merujuk kepada bilangan

individu suatu spesies per unit luas habitat.

Apakah
faktor-faktor

yang dapat
mempengaruhi

taburan
populasi ??

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan
Populasi Tumbuhan.

Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan

Suhu ▪ Suhu optimum bagi pertumbuhan tumbuhan adalah antara
250C hingga 300C.

▪ Suhu yang tinggi dapat menyebabkan enzim ternyahasli.
▪ Proses biokimia dalam tumbuhan akan terganggu, dan

seterusnya akan :
i) merencat pertumbuhan tumbuhan.
ii) meningkatkan kadar sejatan air secara

transpirasi.
iii) menurunkan kadar fotosintesis.
▪ Suhu yang rendah akan mengurangkan aktiviti enzim. Hal
ini akan memperlahankan tindak balas biokimia.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan
Populasi Tumbuhan.

Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan

Air ▪ Air diperlukan untuk aktiviti enzim, fotosintesis
serta pengangkutan dan sokongan dalam
tumbuhan herba.

▪ Kawasan yang kering seperti guru dan Kawasan
tundra seperti di kutub mempunyai taburan
populasi serta kepadatan tumbuhan yang
rendah.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan
Populasi Tumbuhan.

Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan

▪ Cahaya sangat penting untuk proses

Cahaya fotosintesis.
▪ Kawasan yang kurang menerima cahaya
mempunyai bilangan tumbuhan yang sedikit.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan
Populasi Tumbuhan.

Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan

pH ▪ pH tanah penting untuk penyerapan nutrien
tanah oleh akar.

▪ pH tanah yang terlalu berasid atau beralkali
akan menyebabkan penyerapan nutrien oleh
tumbuhan menjadi rendah

▪ Pertumbuhan pokok akan terjejas kerana
kekurangan nutrien.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan
Populasi Tumbuhan.

Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan

▪ Kandungan garam memberikan kesan terhadap
Kandungan penyerapan air secara osmosis oleh akar.
▪ Kandungan garam yang tinggi di dalam tanah
garam menyebabkan tumbuhan kehilangan air melalui
osmosis.
▪ Mineral diperlukan untuk menghasilkan protein,
mineral enzim, nukleotida, vitamin dan sebatian lain.
▪ Contohnya, fosforus digunakan untuk membentuk
fosfolipid (dalam pembentukan membran sel)

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan
Populasi Haiwan.

Faktor Kesan Terhadap Haiwan

Suhu ▪ Kawasan yang terdedah pada suhu yang tinggi
dalam sesuatu habitat kurang diduduki oleh
haiwan seperti cacing dan siput.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan
Populasi Haiwan.

Faktor Kesan Terhadap Haiwan

Air ▪ Haiwan tertumpu ke kawasan yang
mempunyai sumber air yang mencukupi untuk
minum dan menyejukkan badan.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan
Populasi Haiwan.

Faktor Kesan Terhadap Haiwan

Tempat ▪ Tempat membiak yang sesuai dan selamat
Membiak diperlukan oleh haiwan bagi melahirkan dan
membesarkan anak.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan
Populasi Haiwan.

Faktor Kesan Terhadap Haiwan

Bekalan ▪ Makanan penting untuk kemandirian kerana
Makanan haiwan ialah heterotroph yang bergantung
kepada tumbuhan dna haiwan lain sebagai
makanan.

Terdapat

3 corak taburan populasi :

Berkelompok Rawak Sekata

Corak Taburan Populasi : BERKELOMPOK

▪ Organisma berkelompok membentuk kumpulan
yang terpisah.

▪ Keadaan ini disebabkan oleh taburan sumber
yang tidak sekata di dalam sesebuah kawasan.


Click to View FlipBook Version