KELAS PDPR BIOLOGI TINGKATAN 5, 29 SEPT
BAB 11.0 PEWARISAN MONOHIBRID
11.1 Pewarisan Monohibrid (Part 1)
STANDARD PEMBELAJARAN
SALIN ISTILAH2
GENETIK/PEWARISAN
GEN HOMOZIGOT
ALEL HETEROZIGOT
CIRI BAKA TULEN
TRAIT HIBRID
FENOTIP GENERASI INDUK
GENOTIP GENERASI FILIAL
ALEL DOMINAN TRAIT DOMINAN
ALEL RESESIF TRAIT RESESIF
11.1 Pewarisan
Monohibrid
Pewarisan monohibrid melibatkan satu ciri dan trait berbeza yang
dikawal oleh satu gen.
Eksperimen Mendel
• Pokok kacang pis ini mempunyai trait
bertentangan yang nyata dan mudah dikesan.
• Mendel menyarankan teori bahawa ciri yang
terdapat pada induk diturunkan kepada anak
melalui gamet jantan dan gamet betina.
• Hal ini menunjukkan bahawa nukleus gamet
jantan dan gamet betina membawa maklumat
genetik pewarisan ciri tersebut.
• Faktor pewarisan yang menentukan sesuatu
ciri itu kini dikenali sebagai gen
EKSPERIMEN
PEWARISAN
MONOHYBRID
• Mendel telah menggunakan
tumbuhan kacang pis BAKA TULEN
• Pokok kacang pis berbaka tulen
bermaksud pokok yang dihasilkan
melalui pendebungaan sendiri dan
mempunyai trait sama dengan induk
dari segi kandungan gen.
• Maka, tumbuhan tinggi dengan baka
tulen akan sentiasa menghasilkan
anak-anak yang tinggi sahaja dalam
pendebungaan sendiri.
GEN & ALEL
• Gen merupakan unit asas
pewarisan yang terdiri
daripada satu segmen
DNA yang menduduki
lokus tertentu pada
kromosom.
• Gen mengawal ciri yang
tertentu dalam suatu
organisma.
• Alel ialah bentuk alternatif
gen bagi trait tertentu
yang menduduki lokus
yang sama pada sepasang
kromosom homolog.
TRAIT
• sepasang trait yang bertentangan, satu trait ditentukan oleh
faktor pewarisan dominan,
• manakala trait bertentangannya ditentukan oleh faktor
pewarisan resesif.
• Faktor pewarisan yang dominan akan menindas kesan faktor
pewarisan yang resesif.
• Hal ini menyebabkan trait resesif tidak kelihatan walaupun
faktor pewarisannya wujud bersama faktor pewarisan trait
dominan pada induk asal.
FENOTIP DAN GENOTIP
BAKA TULEN DAN HIBRID
TUGASAN ONLINE BIOLOGI, 29 SEPT 2021
BUAT Latihan Modul Nilam
m/s137 & 138, trus hntar personal
pada saya……
DAH SIAP BLEH HNTAR JER & update Nama…
….