TARIKH ; 29 MEI 2021 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI (SESI 1)
10.30 PAGI (SESI 2)
KAEDAH: GOOGLE MEET
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-
MASING.
Muka Surat
1. Kata Alu-aluan Pengetua 1
2. Kata Alu-aluan YDP PIBG 2
3. Agenda Mesyuarat Agung PIBG 3
4. Notis Jemputan Mesyuarat Agung 4
5. SESI 1; Mesyuarat Agung PIBG Ke-45 5
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 44 6
7. Laporan Aktiviti/Sumbangan PIBG 2019 12
8. Laporan Kewangan PIBG 2019 16
9. Cadangan Usul Ibu Bapa 20
10. SESI 2; Mesyuarat Agung PIBG Ke-46 27
11. Laporan Aktiviti/Sumbangan PIBG 2020 28
12. Laporan Bergambar Aktiviti PIBG 2020 31
13. Laporan Kewangan PIBG 2020 39
14. Meluluskan Kutipan Bayaran Sumbangan
PIBG Tahun 2021 45
15.Cadangan Usul Ibu Bapa 47
16. Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-45 & 46 54
17. Penghargaan 56
18. Program Wakaf Buku Perpustakaan 57
19. Sumbangan Lain 58
20. Promosi Koperasi SMTM 59
21. Catatan 61
Pn Hjh Jaliah Binti Abu
Pengetua
SM Teknik Melaka
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kita
kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, perancangan dan usaha untuk merealisasikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 dan 46 ini dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Wa-
laupun mesyuarat pada kali ini menggunakan pelantar maya dan tiada kehadiran secara berse-
muka namun marilah kita sama-sama berusaha menjayakan program ini. Semoga agenda pent-
ing ini akan dapat berjalan dengan lancar bagi memenuhi keperluan dan memudahkan semua
pihak dalam pengurusan pihak sekolah bersama-sama wakil PIBG yang akan dilantik dalam
mesyuarat kali ini.
Keampuhan dan kolaboratif baik yang dibentuk melalui kesepakatan PIBG merupakan
penghubung di antara sekolah, ibu bapa, guru dan murid-murid. Maka amat wajarlah peranan
PIBG diangkat lebih tinggi agar terus dapat mencetuskan idea dan menzahirkan hasrat besar
ibu bapa yang menghantar anak-anak belajar selama dua tahun di Sekolah Menengah Teknik
Melaka. Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas
dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari semasa ke semasa supaya Sekolah Menen-
gah Teknik Melaka ini terus mengorak langkah menjadi sebuah sekolah yang gemilang.
Sebagaimana yang dimaklumi semua, keadaan pandemik COVID19 sedikit sebanyak
telah mengubah lanskap pendidikan Negara. Banyak cabaran yang harus ditempuhi bersama
oleh semua terutamanya para guru dalam menyampaikan PdPc atau PdpR dan murid-murid
untuk menerima cara dan norma baru dalam dunia pendidikan hari ini. Semoga dengan ker-
jasama dan inisiatif PIBG akan dapat membantu pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid, agar
agenda pendidikan negara terus dapat dilaksanakan dengan baik dan kejayaan yang cemer-
lang dapat dicapai. Kejayaan bukan sahaja bermaksud keputusan yang cemerlang dalam pe-
periksaan tetapi pembangunan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan
Intelek sebagaimana hasrat dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, pastinya Persatuan
Ibu Bapa dan Guru juga menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah
membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidi-
kan anak-anak kita.Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai
kejayaan-kejayaan yang diharapkan. Ayuh barisan PIBG marilah kita berganding bahu untuk
merealisasikan apa jua hasrat murni yang direncanakan secara kolektif dan bersungguh-
sungguh.
Saya mewakili warga Sekolah Menengah Teknik Melaka merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pel-
bagai program sekolah. Kita semua mengharapkan agar berlaku peningkatan dalam semua
aspek sama ada kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Saya amat yakin dan percaya has-
rat ini akan tercapai dengan kerjasama erat semua.
Akhir kata kata, semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan kerjasama yang dijalinkan
oleh semua dan hasrat murni kita untuk melihat kejayaan murid-murid dalam segala bidang di
sekolah ini akan tercapai.
Sekian Terima kasih,
SEUNTAI KATA SEALUN BICARA
ENCIK AHMAD MISBAH BIN MD JAN
YANG DIPERTUA PIBG,
SESI 2019/2020
Assalamualaikum W.B.T,
Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T
kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama berhimpun dan bertemu dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 dan ke-46 ini. Kita pohon taufik dan hidayah daripada-
Nya jua agar kita semua dibimbing, dipimpin dan ditunjukkan jalan penyelesaian kepada
setiap permasalahan.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada warga Sek. Men. Teknik Melaka
kerana berjaya menganjurkan mesyuarat ini sebagaimana yang telah dirancangkan.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menyertai
mesyuarat kali ini bagi sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada semua permasa-
lahan. Sekalung penghargaan juga kepada individu dan syarikat yang secara langsung
dan tidak langsung menghulurkan dana untuk PIBG.
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan sebagai satu landasan untuk
menghubungkan warga pendidik dengan ibu bapa pelajar. Oleh itu, saya menyeru kepa-
da warga guru dan ibu bapa agar menjadikan persatuan ini sebagai wadah dalam mem-
bentuk hala tuju dan kecemerlangan anak-anak kita khususnya dalam pembinaan gen-
erasi akan datang yang seimbang dunia dan akhiratnya serta mempunyai jati diri dan
akidah yang kukuh lagi mantap. Adalah tidak wajar jika ibu bapa meletakkan beban yang
besar di atas bahu para pendidik sahaja dalam usaha kemenjadian anak-anak kita.
Hakikatnya kerjasama ibu bapa dan pendidik sangat penting dalam membentuk keperi-
badian dan kemenjadian anak-anak kita.
Keprihatinan ibu bapa kepada keperluan dan perkembangan anak-anak perlulah
konsisten. Kita perlu sentiasa berusaha membantu pendidikan anak-anak ke arah yang
lebih berkesan. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan asalkan
kita sanggup bekerjasama antara satu sama lain.Program Sarana Ibu Bapa yang ter-
kandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) merupakan satu pelu-
ang yang boleh digunakan oleh pihak ibu bapa dalam memberikan sumbangan sama ada
tenaga mahupun material kepada pihak sekolah dalam usaha meningkatkan kecemer-
langan anak-anak kita.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon mengucapkan
tahniah kepada semua guru, murid dan ibu bapa atas pencapaian SPM 2019 yang cemer-
lang . Harapan saya semoga Sekolah Menengah Teknik Melaka akan lebih cemerlang pa-
da masa akan datang.
Sekian.Terima kasih.
8.30 pagi Pendafftaran
9.15 pagi Majlis bermula
Bacaan Doa
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Perasmian oleh Pengetua
9.30 pagi Sesi 1
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45
Ucapan Pengerusi Mesyuarat
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
Tahun 2019/2020
Membentangkan dan menerima Laporan Aktiviti/
Sumbangan PIBG Tahun 2019/2020
Membentang & mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir
31 Disember 2019
*Membahaskan usul
Ucapan Penangguhan
# Mesyuarat berhenti rehat #
10.30 pg Sesi 2
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46
Ucapan Pengerusi Mesyuarat
*Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
Tahun 2020/2021
Membentangkan dan menerima Laporan Aktiviti/
Sumbangan PIBG Tahun 2020/2021
Membentang & mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir
31 Disember 2020
Meluluskan Kutipan bayaran sumbangan PIBG
Tahun 2021
Membahaskan usul
Pembubaran AJK PIBG Tahun 202002021 &
Pelantikan AJK PIBG Tahun 2021/2022
Ucapan Penangguhan
1. NAMA DAN ALAMAT : PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA
2. NO.PENDAFTARAN 75150, BUKIT PIATU , MELAKA
3. PENASIHAT
: PPM/PIBG 253/2 JULAI 1976
: TUAN HAJI KARIM BIN TUMIN
PENGETUA,
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA,
75150, BUKIT PIATU, MELAKA.
SENARAI AJK PIBG SESI 2019/2020
BIL NAMA JAWATAN
1 TN HJ KARIM BIN TUMIN PENASIHAT
2
3 TN HJ ABD RAZAK BIN DAWAM PENOLONG PENASIHAT 1
4
6 TN.HJ ALI BIN NYAT PENOLONG PENASIHAT 2
7
8 EN.IDOPI BIN SENIN PENOLONG PENASIHAT 3
9
10 EN AHMAD MISBAH BIN MD JAN YANG DIPERTUA PIBG
11
12 EN MD NOR BIN ALIMAT NAIB YANG DIPERTUA
13
14 PN.ROSSIYATI BT. SAID SETIAUSAHA
15
16 PN KHAIRUNNISA BINTI RAHIM BENDAHARI
17
18 PN. ROSMAH BT. MOHD MASERAN AJK GURU
19
20 TN HJ HELMI BIN MOHD RAIB AJK IBU BAPA
21
22 EN.NOR AZAN BIN HASAN AJK IBU BAPA
23 EN MD.NOH BIN RAHIDIN AJK IBU BAPA
24
25 EN. AMIR BIN AHMAD AJK IBU BAPA
26
27 EN.KAMARUDIN BIN BAKAR AJK IBU BAPA
28
EN MOHD YUSOF BIN AHMAT AJK IBU BAPA
PN IZURAWATI BINTI JAILANI AJK IBU BAPA
PN.ALIZA BINTI ABD. RAHMAN AJK IBU BAPA
AJK IBU BAPA
PN. HASLINDA BINTI MOHD SALLEH
EN ABDUL RASHID ADAM AJK IBU BAPA
PN FARIDAH BINTI A. AZIZ PEMERIKSA KIRA-KIRA
PN RADZIAH BINTI HJ ABD.RAHMAN AJK IBU BAPA
EN ISKANDAR BIN ISMAIL AJK IBU BAPA
EN. HARUSALLEH BIN SURATMAN AJK IBU BAPA
EN.MD AFFANDI BIN MD HASSAN AJK GURU
PN.RAHAYU BINTI MD NOR PEMERIKSA KIRA-KIRA
PN. RAHAYU BINTI MOHD RASHID AJK GURU
CIK IZZA FARIZA BINTI MD ZAN AJK GURU
JANUARI
i) Kelas Berfokus Petang
ii)Program Minda Cemerlang
SEMINAR ‘TAPOW’ A
• Membina ‘Speaker Corner’ / Sudut Pidato
• Mewujudkan Bilik Bahasa
JANUARI