Kelas PdPR Biology Tingkatan 5 ; 28 JULAI 2021 (Rabu)
STANDARD KANDUNGAN 6.4
PERKEMBANGAN
BIJI BENIH &
BUAH
STANDARD PEMBELAJARAN :
6.4.1 Menghuraikan persenyawaan ganda dua dengan perkembangan
biji benih dan buah.
6.4.2 Menghubung kait struktur biji benih dengan ovul
6.4.3 menghubung kait struktur buah dengan ovari
PERKEMBANGAN BIJI BENIH
Salah satu gamet jantan akan Semasa Satu lagi gamet jantan akan
bercantum dengan dua nukleus persenyawaan mensenyawakan sel telur dan
kutub untuk membentuk nukleus menghasilkan zigot diploid.
endosperma triploid. ganda dua
nukleus endosperma triploid ini akan Zigot juga membahagi secara mitosis
membahagi secara mitosis, dan untuk membentuk dua sel, iaitu
membentuk tisu endosperma. sel yang besar dan sel yang kecil.
Bertindak sebagai tisu berkembang menjadi penggantung menjadi embrio yang terdiri
penyimpan makanan yang
meliputi dan membekalkan (fungsi : sebagai penambat embrio pada daripada plumul, radikel dan
nutrien kepada embrio dinding pundi embrio) kotiledon
Ini bermakna
ovul menjadi biji benih…kan?
PERKEMBANGAN BUAH
Ovul pula berkembang menjadi biji benih yang terkandung di dalam buah.
Integumen (berasal dari tisu nuselus) akan berkembang menjadi lapisan biji benih yang tidak
telap yang berfungsi untuk melindungi embrio.
Semasa perkembangan ovul dan biji benih, ovari berkembang menjadi buah.
Bahagian bunga yang lain, iaitu
stigma dan stil merosot
meninggalkan satu parut pada
dinding ovari.
Dinding ovari menjadi perikarpa
buah yang terdiri daripada lapisan
eksokarpa, mesokarpa dan
endokarpa.
Ovari menjadi lebih besar, dan
petal serta stamen akan mengecut
dan gugur. Kini ovari dipanggil
sebagai buah.
PERSENYAWAAN GANDA DUA DENGAN PERKEMBANGAN
BIJI BENIH DAN BUAH.
Selepas persenyawaan, Stigma dan stil Dinding ovari
petal gugur, stigma serta merosot, membengkak dalam
stil layu, manakala karpel manakala sepal buah yang telah
mula membengkak. pokok masih ranum.
dapat dilihat.
PEMBENTUKAN BUAH DAN BIJI BENIH TOMATO
Lupin flower after
fertilization. The ovary
(still with the style and
stigma attached) has
grown much larger than
the flower and the petals
have shrivelled.
Jenis-jenis buah
Pada asasnya, buah merupakan ovari yang mengandungi banyak biji
benih
Buah terbentuk daripada ovari setelah berlakunya persenyawaan pada
bunga (iaitu selepas proses pendebungaan).
Jumlah biji benih yang terdapat pada suatu buah bergantung kepada
jumlah sel telur dalam ovul, dan juga jumlah sel telur yang berjaya
disenyawakan.
➢ Jika suatu buah mengandungi 1 biji benih, ini bermakna hanya terdapat
1 sel telur pada ovari.
➢ Jika suatu buah mengandungi beberapa biji benih, ini bermakna terdapat beberapa
sel telur pada ovari tersebut.
Buah Buah Buah
agregat ringkas aksesori
Terdapat
4 jenis
buah
Buah
berganda
Jenis buah : Buah ringkas
Ciri-ciri : Buah yang berkembang daripada satu atau
Contoh : beberapa karpel yang bercantum dalam satu
kuntum bunga
Kacang pis,
Tomato,
Anggur
Jenis buah : Buah agregat
Ciri-ciri : Buah yang berkembang daripada banyak karpel dalam
Contoh : satu kuntum bunga
Raspberi, Blackberry
*Contohnya ialah blackberry dan raspberry di mana setiap lobus buah sebenarnya adalah buah
individu yang disatukan di dasarnya.
Jenis buah : Buah berganda
Ciri-ciri : Buah yang berkembang daripada karpel sekelompok
Contoh : bunga
Nanas, mulberry
* Setiap bahagian nanas adalah buah dari bunga individu yang bersatu menjadi nanas.
Jenis buah : Buah aksesori
Ciri-ciri : Buah yang berkembang daripada tisu selain ovari tetapi
daripada beberapa tisu berhampiran karpel
Contoh :
Epal,
strawberry,
pear
STANDARD KANDUNGAN 6.5
KEPENTINGAN BIJI BENIH UNTUK
KEMANDIRIAN
STANDARD PEMBELAJARAN :
6.5.1 Mewajarkan kepentingan biji benih untuk kemandirian tumbuhan
Biji benih merupakan struktur yang digunakan untuk menanam
kebanyakan tanaman angiosperma semula bagi mengekalkan
kemandirian sepsis tumbuhan
Biji benih ini mempunyai ciri-ciri khusus untuk
meningkatkan peluang pembiakan.
CIRI-CIRI KHUSUS YANG DAPAT MENINGKATKAN
PELUANG PEMBIAKAN SUATU TUMBUHAN
Biji benih mengandungi struktur embrio yang akan bercambah untuk membentuk anak benih.
Di dalam biji benih terdapat tisu endosperma atau kotiledon yang menjadi sumber nutrien bagi
membekalkan tenaga semasa percambahan berlaku.
Biji benih diselaputi struktur testa yang kuat, keras dan kalis air untuk mengelakkannya daripada
rosak.
Biji benih dapat membentuk struktur dorman yang membolehkan biji benih disimpan dalam
jangka masa yang lama.
Biji benih mempunyai ciri-ciri khusus seperti ringan, mempunyai tisu berspan, kuat dan tidak
mudah rosak. Ciri-ciri seperti ini penting supaya biji benih mudah disebarkan ke tempat lain
untuk mengelakkan persaingan.
JAWAB SOALAN, SNAP GAMBAR & FORWARD TUGASAN PADA SAYA TRUS….
JAWAPAN ;
( 5 markah)
TUGASAN KELAS
HASILKAN SUATU PETA MINDA mengikut
NOTA FLIP INI
&
Jawab soalan esei yg diberi
& trus hntar personal pada saya.
(then boleh dismiss kelas)