The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 8 T5 KEKUNCI DIKOTOMI & BIODIVERSITI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ayu SHAF, 2021-08-10 21:03:05

Bab 8 T5 KEKUNCI DIKOTOMI & BIODIVERSITI

Bab 8 T5 KEKUNCI DIKOTOMI & BIODIVERSITI

8BAB BIODIVERSITI
8.1 Sistem Pengelasan & Penamaan Organisma
8.2 Biodiversiti

TUGASAN TERDAPAT DI MUKA SURAT AKHIR, STUDY BERSAMA SAYA SEPANJANG
MODUL INI BARU BOLEH FAHAM UNTUK BUAT LATIHAN HARI INI…
SNAP GAMBAR LATIHAN, FRWARD PD SAYA, DAN MOVE ON..TOPIK 8.3

Standard Kandungan 8.1 Standard Pembelajaran :

SISTEM 8.1.1 Menerangkan keperluan sistem
PENGELASAN pengelasan dan penamaan organisma.
DAN
PENAMAAN 8.1.2 Memerihalkan pengelasan organisma
ORGANISMA secara heirarki dalam enam alam :
(i) Archaebacteria
(ii) Eubacteria
(iii) Protista
(iv) Fungi
(v) Plantae
(vi) Animalia

8.1.3 Memerihalkan ciri utama organisma
dalam setiap alam

8.1.4 Memerihalkan penamaan organisma
mengikut Sistem Penamaan Binomial

8.1.5 Membina kekunci dikotomi untuk
mengelaskan organisma

PENGENALAN

Biodiversiti ialah kepelbagaian jenis hidupan yang berinteraksi antara satu sama
lain, sama ada mikroorganisma, haiwan atau tumbuhan.

Carolus Linnaeus yang dikenali sebagai Bapa Taksonomi
merupakan seorang ahli botani yang telah membangunkan
cara penamaan saintifik dan pengelasan organisma yang
digunakan sehingga kini.

Taksonomi berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu taxis dan nomos.
Taxis bermaksud susunan atau hierarki, manakala nomos bermaksud kaedah.
Taksonomi ialah satu bidang biologi yang melibatkan pengelasan, pengecaman
dan penamaan organisma mengikut satu sistem yang teratur.

Bagaimana organisma dikelaskan mengikut
taksonomi?

Dalam bidang biologi, istilah pengelasan bermaksud penyusunan organisma mengikut
kumpulan berdasarkan persamaan dan ciri-ciri sepunya.

Taksonomi bertujuan untuk
menguruskan bahan,
maklumat dan data yang
dikumpulkan dengan
menggunakan satu pendekatan
yang sistematik untuk
memudahkan rujukan dalam
komuniti saintifik.

Kepentingan Pengelasan :

Organisma dapat dikenal pasti dengan
mudah dan tepat.
Memudahkan perbincangan di peringkat
antarabangsa.
Mengelakkan kekeliruan terhadap nama
sesuatu organisma.
Memastikan tiada dua organisma yang
mempunyai nama yang sama.

PENGELASAN ORGANISMA

Semua organisma di dalam dunia dikelaskan kepada enam kumpulan besar yang

mengikut Sistem enam alam (kingdom) :

Archaebacteria Protista Plantae

Eubacteria Fungi Animalia

Organisma-organisma ini dikelaskan ke dalam alam masing-masing berdasarkan kepada
ciri-ciri serupa yang boleh diperhatikan, iaitu jenis sel , bilangan sel dan jenis nutrisi .

Prokariot : Sejenis sel yang tidak mempunyai nukleus yang Eukariot : Mempunyai nukleus dan organel yang dikelilingi oleh
terbungkus dalam membran dan organel yang bermembran. membran

Unisel : Satu sel Multisel : Lebih daripada satu sel
Heterotrof : Suatu organisma yang tidak mensintesiskan makanan sendiri Autotrof : Suatu organisma yang boleh mensintesiskan makanan sendiri

tetapi memperoleh makanan daripada organisma lain. daripada bahan mentah tak organic dengan menggunakan tenaga
cahaya atau tenaga kimia

Okey sekarang
mari kita kenali
ciri-ciri utama
organisma dalam
setiap alam. Jom!!

Archaebacteria

• Merupakan organisma prokariot. b) Halofil :
• Merupakan organisma unisel. - Dijumpai di Kawasan yang sangat
• Merupakan bakteria primitif. masin seperti di Laut Mati.
• Mempunyai dinding sel yang tidak
c) Termofil :
mempunyai peptidoglikan. - Merupakan bakteria yang tahan suhu
• Habitat : Kawasan yang sangat panas / tinggi yang mana suhu optimumnya
adalah antara 60oC hingga 80oC.
berasid / masin / di persekitaran anaerob. - Dijumpai di Kawasan mata air panas
• Terbahagi kepada 3 kumpulan dan berasid seperti di Taman Negara
Yellowstone di Amerika Syarikat.
berdasarkan habitat, iaitu :
a) Metanogen : • Contoh :

- Merupakan bakteria anaerob obligat. Sulfolobus sp. Halobacterium salinarum
- Dijumpai di Kawasan paya dan (bakteria sulfur)

saluran pencernaan haiwan ruminan
serta manusia.
- Menghasilkan metana sebagai hasil
sampingan metabolism.

Eubacteria

• Merupakan organisma prokariot. • Bakteria dikelaskan mengikut bentuk.
• Merupakan organisma unisel, biasanya • Contoh :

sel-sel bakteria terhimpun untuk Streptococcus pneumoniae
membentuk koloni.
• Merupakan bakteria sebenar. Vibrio cholerae
• Mempunyai dinding sel yang diperbuat
daripada peptidoglikan, yang juga
dikenali sebagi murein, iaitu sejenis
polimer yang terdiri daripada gabungan
gula dan asid amino.
• Sitoplasma eubacteria mempunyai
ribosom dna plasmid tetapi tiada organel
bermembran seperti mitokondria, jalinan
endoplasm dan organel lain.

Protista

• Merupakan organisma eukariot. • Contoh alga : Chlamydomonas sp. dan Spirogyra sp.
• Merupakan organisma unisel atau • Contoh kulapuk lendir : Physarum polycephalum.
• Contoh protozoa : Euglena sp., Amoeba sp. dan
multisel.
• Heterotrof, autotrof atau kedua-duanya. Paramecium sp.
• Mempunyai organisasi sel yang ringkas

tanpa kehadiran tisu khusus.
• Selnya mempunyai nukleus yang

diselaputi membran nukleus dan
organel yang dikelilingi oleh membran.
• Protista dibahagikan kepada tiga
kumpulan, iaitu protozoa, alga dan
kulapuk lendir.

Fungi

• Merupakan organisma eukariot. Saccharomyces cerevisiae (yis)
• Merupakan unisel atau multisel.
• Hetetrof (saprofit atau parasit).
• Dinding sel dibina daripada kitin.
• Badan terdiri daripada jaringan bebenang

hifa yang disebut miselium.
• Contoh : Saccharomyces cerevisiae (yis)

dan Agaricus sp. (cendawan)

Agaricus sp. (cendawan)

Plantae Pokok Paku pakis
Bougainvillea (Pokok bunga kertas)
• Merupakan organisma eukariot.
• Melibatkan semua jenis tumbuhan multisel.
• Dapat mensintesis makanan sendiri melalui

fotosintesis (fotoautotrof) kerana mempunyai
klorofil.
• Menjalankan pembiakan secara aseks atau
seks.
• Contoh : Tumbuhan tanpa biji benih (paku
pakis) dan tumbuhan berbiji benih ( semua
tumbuhan berbunga)

Animalia Elephas maximus (Gajah)
Asterias sp. (Tapak sulaiman)
• Merupakan organisma eukariot.
• Terdiri daripada semua haiwan multisel.
• Heterotrof.
• Kebanyakan haiwan boleh bergerak.
• Kebanyakan haiwan membiak secara seks.
• Contoh : Invertebrata (tapak sulaiman)

dan vertebrata (gajah)

Lintasan Sejarah . . .

Robert Whittaker (1969), telah memperkenalkan sistem lima
alam, iaitu Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.
Walau bagaimanapun, perkembangan dalam penyelidikan
biologi molekul telah mendapati terdapat perbezaan antara
RNA dalam bakteria dan archaebacteria.

Carl Woese (1990) telah mengusulkan
sistem enam alam dengan memecahkan

alam monera kepada bakteria dan
achaebacteria.

HIERARKI TAKSONOMI

Sistem hierarki yang digunakan dalam taksonomi ialah system hierarki Linnaeus.
Sistem ini mengelaskan organisma mengikut hierarki, bermula dari yang paling khusus iaitu
spesies hingga ke yang paling umum iaitu domain.

Peringkat hierarki mengikut urutan adalah :

1) Domain Merupakan kumpulan terbesar dalam pengelasan organisma

2) Alam

3) Filum Organisma dalam
spesies yang sama
4) Kelas
dapat saling
5) Order membiak &
menghasilkan
6) Famili keturunan yang

7) Genus subur.

8) Spesies. Merupakan kumpulan terkecil dalam pengelasan organisma

H
IT
EA
RK
AS
RO
KN
IO

M
I

SISTEM TATANAMA BINOMIAL

Sistem pemberian nama saintifik kepada organisma yang diamalkan kini ialah sistem binomial
Linnaeus.
Setiap nama saintifik terdiri daripada dua
perkataan. Perkataan pertama ialah nama
genus, dan perkataan kedua ialah nama
spesies.
Nama genus bermula dengan huruf
besar, manakala nama spesies
bermula dengan huruf kecil.
Nama saintifik dicetak dalam
bentuk huruf italik. Jika ditulis,
kedua-dua nama mesti digaris
secara berasingan.

Nama saintifik yang diberi
biasanya memberikan
gambaran tentang ciri-ciri
organisma tersebut, seperti
habitat, negara asalnya atau
untuk mengenang dan
menghargai orang yang
mengkajinya.

Sebagai contoh nama saintifik kacang pis,

iaitu Pisum sativum L., di mana huruf L

adalah merujuk kepada nama orang
pertama yang menamakannya, iaitu
Linnaeus.

Nama saintifik pokok
orkid hibrid, iaitu
Dendrobium maharia
telah dinamakan semula

sebagai Dendrobium Datin Seri
Jeanne, sempena nama isteri

mantan Perdana Menteri Malaysia,
Tun Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi.

Nama saintifik bakteria iaitu Escherichia coli

adalah berdasarkan nama saintis yang mula-
mula menggambarkan bakteria ini, iaitu
Theodor Escherich.

Nama spesies coli
pula menunjukkan
bahawa E. coli hidup
di kolon (usus besar).

Peraturan-peraturan yang digunakan semasa membina
kekunci dikotomi

Gunakan Mulakan Pilih satu ciri Lihat ciri Gunakan
ciri dengan ciri pada satu persamaan bentuk kata
morfologi, utama, masa dan dan ciri yang serupa
contohnya letakkan kenal pasti perbezaan untuk dua
kehadiran organisma mengikut antara pernyataan
menjadi 2 nombor, organisma. yang berbeza,
bulu. kumpulan contoh : contoh :
pada setiap
siri. 1. Kehadiran 1(a) Berkaki
kaki. 1(b) Tidak

berkaki

KEKUNCI DIKOTOMI

Kekunci dikotomi merupakan satu alat yang
digunakan oleh ahli taksonomi untuk
pengecaman organisma berdasarkan
persamaan dan perbezaan.

Salah satu cara membina kekunci dikotomi ialah

dengan membina beberapa siri kuplet.

Setiap kuplet terdiri daripada dua pernyataan
tentang ciri-ciri organisma atau kumpulan
organisma tertentu – selalu memberi 2 pilihan
utama berdasarkan ciri utama organisma dalam
setiap siri kuplet.
Dengan membuat pilihan yang tepat pada setiap
siri, nama sesuatu organisma dapat dikenal pasti
di akhir siri kuplet tersebut.

TUGASAN SEKARANG

BUAT LATIHAN KEKUNCI
DIKOTOMI, DARI

MUKA SURAT 91 – 92

SNAP GAMBAR, HNTAR
TERUS KEPADA SAYA……

KEKUNCI DIKOTOMI

Kekunci dikotomi juga boleh dibuat dalam

bentuk kekunci labah-labah

(grafik) atau format rangkaian pernyataan
berpasangan yang disusun secara berurutan
(bertulis).

Standard Kandungan 8.2 Standard Pembelajaran :

BIODIVERSITI 8.2.1 Mensintesiskan konsep
biodiversiti berdasarkan
diversiti :
(i) ekosistem
(ii) spesies
(iii) genetik

8.2.2 Memerihalkan maksud
pokok filogeni

8.2.3 Mewajarkan kepentingan
biodiversiti terhadap alam
sekitar dan manusia

KONSEP BIODIVERSITI

Biodiversiti merupakan singkatan kepada kepelbagaian biologi yang
merujuk kepada variasi dalam kalangan organisma.
Biodiversiti boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

Diversiti genetik Diversiti ekosistem

Diversiti spesies

Diversiti Genetik

• Diversiti genetik merujuk kepada variasi gen individu di dalam suatu populasi dan variasi gen di
antara populasi yang berbeza bagi sesuatu spesies yang sama.

• Merupakan perbezaan segmen DNA atau gen antara individu dan setiap variasi gen itu disebut
sebagai alel. Perbezaan gen ini adalah disebabkan pemencilan & penyesuaian individu terhadap
persekitaran yang berbeza.

• Tiada dua individu yang serupa dalam spesies yang sama.
• Diversiti genetik memberi manfaat kepada sesuatu populasi kerana diversiti ini membolehkan

sesetengah individu beradaptasi dengan persekitaran dan pada masa yang sama mengekalkan
kemandirian spesies..
• Contoh : Kombinasi gen-gen yang berlainan ini memberikan variasi genetik dalam tanaman seperti
pokok padi. Terdapat banyak variasi beras di seluruh dunia pada masa ini.
• Contoh : Populasi cheetah liar yang semakin pupus menyebabkan spesies ini mempunyai diversiti
genetik yang sangat rendah. Ini menyebabkan populasi ini sering terdedah kepada penyakit dan
tidak banyak yang dapat bertahan sehingga dewasa.

Diversiti Spesies

• Diversiti spesies merujuk kepada variasi dan kepelbagaian organisma di muka bumi.
• Diversiti spesies merangkumi jumlah bilangan spesies dalam komuniti (kekayangan

spesies) dan taburan spesies dalam komuniti (kesamarataan spesies).
• Diversiti spesies sangat penting kerana setiap spesies mempunyai peranan tersendiri

dalam suatu ekosistem.
• Terdapat spesies yang menjadi sumber makanan, pembekal kepada gas oksigen dan gas

karbon dioksida, tanah yang subur, bahan binaan, sumber ubat-ubatan dan banyak lagi.
• Contoh : Hutan hujan tropika mempunyai diversity spesies yang tinggi, iaitu 5-10 juta

spesies serangga dan lebih daripada 2 juta spesies tumbuhan berbunga.

Diversiti Ekosistem

• Diversiti ekosistem merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi
dalam sesuatu ekosistem, sama ada ekosistem daratan, lautan atau akuatik.

• Kecil atau besar sesuatu kawasan itu, bilangan ekosistem yang dapat dijumpai di dalamnya
menentukan diversiti ekosistemnya.

• Contoh ekosistem yang kaya dengan biodiversiti ialah ekosistem laut, padang pasir dan
paya bakau.

• Sebagai contoh, gurun yang merupakan ekosistem daratan terdiri daripada ekosistem
pasir, batu, semak dan oasis. Di dalam ekosistem oasis pula terdapat ekosistem akuatik,
pokok kurma dan tanah lembap.

POKOK FILOGENI

• Filogeni bermaksud sejarah evolusi suatu spesies atau sekumpulan spesies
organisma atau kajian mengenai hubungan evolusi.

• Kajian ini cuba mengesan sejarah evolusi semua hidupan di planet ini yang
berdasarkan hipotesis bahawa semua organisma hidup berasal daripada
leluhur (keturunan) yang sama.

• Dengan melihat persamaan dan perbezaan antara spesies, kajian sistematik
dapat membina pokok evolusi, atau pokok filogeni, yang mewakili hipotesis
mengenai pola hubungan antara spesies.

• Pola cabang pokok filogeni dapat menunjukkan corak evolusi.

POKOK FILOGENI

• Pengelasan filogeni kini diguna pakai dalam kebanyakan sistem pengelasan
moden.

• Pengelasan dibuat berdasarkan struktur homolog, iaitu pengelasan

organisma yang berasal dari leluhur yang sama, yang mempunyai ciri-ciri
corak perwarisan spesies yang serupa yang dikenali ciri homolog (contohnya
mempunyai struktur anggota badan @ anatomi yang serupa), tetapi menjalankan
fungsi yang berbeza.

Mari kita tengok contoh di slide seterusnya . . .

POKOK FILOGENI

• Corak evolusi dapat memimpin para saintis untuk merumuskan hipotesis
mengenai keturunan leluhur spesies tertentu dan mengembangkan hubungan
antara spesies berkenaan dengan nenek moyangnya.

• Hubungan ini ditentukan melalui ciri-ciri anatomi, iaitu struktur anggota
badan yang serupa.

• Pokok filogeni dapat dilukis dalam pelbagai format seperti yang ditunjukkan
dalam rajah di bawah :

Bryophyta : Paku pakis : Gymnosperm: Angiosperm :
• Tiada berkas • Mempunyai berkas • Mempunyai berkas • Mempunyai berkas

vaskular vaskular vaskular vaskular
• Tiada biji benih • Tiada biji benih • Berbiji benih • Berbiji benih
• Tidak berbunga • Tidak berbunga • Tidak berbunga • Berbunga

Kon Bunga

Biji benih

Vaskular

Contoh pokok filogeni bagi tumbuhan darat

Tiada tisu Lumut
vaskular Paku pakis

Alga hijau Tanpa biji
(leluhur yang sama) benih

Ada tisu Biji benih Gimnosperma
vaskular tanpa bunga

Ada biji Angiosperma
benih

Biji benih
dengan bunga

Contoh pokok filogeni bagi tumbuhan darat

Manusia Kucing Kuda • Rajah disebelah menunjukkan anggota
hadapan bagi 5 organisma berbeza, iaitu
manusia, kucing, kuda, kelawar dan
ikan lumba-lumba.

• Setiapnya terdiri daripada jenis dan
susunan tulang yang sama, tetapi
berbeza dari segi saiz dan fungsi.

• Anatomi anggota hadapan bagi semua
organisma ini menunjukkan tulang
strukturnya bersifat homolog dan
berasal daripada satu leluhur yang
sama.

Kelawar Ikan lumba-lumba

KEPENTINGAN BIODIVERSITI TERHADAP
ALAM SEKITAR DAN MANUSIA

• Biodiversiti menjadi sibol kepada agama, budaya dan identity negara. Sebagai
contoh, harimau Malaya merupakan simbol negara Malaysia.

• Aktiviti rekreasi bergantung kepada biodiversiti, seperti aktiviti perlancongan,
aktiviti memerhati burung, mendaki, berkhemah, memancing dan menjadi inspirasi
kepada pelukis dan pereka.

• Biodiversiti menyediakan sumber kepada penyelidikan saintifik, bioteknologi dan
farmaseutikal.

• Biodiversiti menyediakan manusia dengan bahan mentah untuk penggunaan dan
pengeluaran pertanian dan penternakan.

• Biodiversiti menyediakan habitat kepada hidupan, mengekalkan kitar karbon dan
kitar oksigen, kitar air, udara dan air yang bersih, proses pendebungaan, kawalan
haiwan perosak dan rawatan air sisa.

TUGASAN HARI INI

BUAT BUKU LATIHAN MODUL
NILAM, DARI

MUKA SURAT 87 – 91 &
MUKA SURAT 93 -- 94

SNAP GAMBAR, HNTAR
TERUS KEPADA SAYA,
SELEPAS INI… NEXT..FOLOW
SAYA LAGI…..TOPIK 8.3


Click to View FlipBook Version