KELAS BIOLOGI PDPR TINGKATAN 5, 11 OGOS 2021
8BAB BIODIVERSITI
(8.3) MIKROORGANISMA
& VIRUS
TUGASAN TERDAPAT DI MUKA SURAT AKHIR, STUDY BERSAMA SAYA SEPANJANG
MODUL INI BARU BOLEH FAHAM UNTUK BUAT LATIHAN HARI INI…
SNAP GAMBAR LATIHAN, FRWARD PD SAYA THEN BOLEH DISMIS CLASS
Standard Kandungan 8.3 Standard Pembelajaran :
MIKROORGANISMA 8.3.1 Mengenal pasti ciri utama mikrorrganisma
DAN VIRUS dan virus :
(i) bakteria
(ii) protozoa
(iii) alga
(iv) kulat
(v) virus
MIKROORGANISMA DAN VIRUS
• Mikroorgnisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar, tetapi hanya dapat dilihat melalui mikroskop.
• Kebanyakan mikroorganisma ialah unisel.
• Kebanyakan mikroorganisma adalah tidak berbahaya dan memberi
faedah kepada manusia, tetapi terdapat juga mikroorganisma yang
boleh menyebabkan penyakit kepada tumbuhan , haiwan dan juga
manusia.
Protozoa Alga
Bakteria
MIKROORGANISMA
Kulat Virus
Bakteria
Bakteria
• Kebanyakan bakteria adalah unisel
dengan struktur sel asas, iaitu dinding
sel, membran plasma dan bebenang
kromosom (DNA) yang tidak diselaputi
membran.
• Bakteria tidak mempunyai nukleus yang
nyata kerana tiada membran nukleus.
Bahan genetiknya terdiri daripada DNA
dan protein seperti histon dan terletak di
dalam sitoplasma yang dikenali sebagai
nukleoid.
• Sesetengah bakteria mempunyai plasmid,
iaitu molekul DNA kecil yang membawa
gen tambahan.
Bakteria
• Saiz bakteria adalah di antara 1 hingga 10 µm panjang.
• Bakteria biasanya wujud secara sel tunggal,
berpasangan, berfilamen, berantai atau berkelompok.
Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk, iaitu …
Spirilum (pilin)
kokus (sfera) Basilus Vibrio (koma)
(rod / silinder)
Lactobacillus sp.
Streptococcus sp.
Staphylococcus
aureus.
Treponema pallidum
Vibrio cholerae
Protozoa
Protozoa
• Protozoa merupakan mikroorganisma unisel yang mempunyai ciri seperti haiwan.
• Protozoa mempunyai pelbagai bentuk dan saiz, seperti Amoeba sp. yang dapat
mengubah bentuknya, manakala Paramecium sp. dan Euglena sp. mempunyai bentuk
yang tetap.
• Protozoa dapat menjalankan proses-proses hidup seperti respirasi, pembiakan dan
perkumuhan.
• Protozoa bergerak menggunakan pseudopodium (kaki palsu), silia atau flagelum.
Amoeba sp. Paramecium sp. Euglena sp.
bergerak bergerak bergerak
menggunakan menggunakan
pseudopodium. menggunakan silia. flagellum.
Protozoa
• Pemakanan protozoa adalah secara heterotrof atau autotrof. Contohnya
Euglena sp. merupakan protozoa autotroph yang mempunyai kloroplas
dan boleh berfotosintesis.
• Protozoa hidup secara bebas seperti Amoeba sp., atau ada juga hidup
secara parasit yang boleh menyebabkan penyakit pada perumah
seperti Plasmodium malariae, iaitu penyebab kepada penyakit
malaria pada manusia.
• Protozoa biasanya dijumpai di habitat yang berair.
Contoh-
contoh
Protozoa
Amoeba sp. Paramecium sp.
Euglena sp.
Alga
Alga
• Alga terdiri daripada mikroorganisma unisel seperti Chlamydomonas sp.
dan organisma multisel seperti alga perang atau nama saintifiknya iaitu
Fucus sp.
Spirogyra sp.
Fucus sp.
Alga
• Alga mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.
Alga
• Sesetengah alga mempunyai flagelum untuk bergerak di dalam air.
• Alga mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan, iaitu mempunyai
kloroplas. Maka, alga merupakan organisma autotrof.
Walaubagaimanapun, alga tiada daun, batang dan akar sebenar
seperti tumbuhan lain
• Habitat alga ialah kolam, tasik dan laut.
Kulat
Kulat
• Kulat tidak mempunyai klorofil. Maka kulat ialah organisma heterotrof
yang merupakan parasit atau saprofit.
• Kulat tidak mempunyai akar,
batang dan daun.
• Kebanyakan dinding sel kulat Kedua-dua struktur ini menyerap
terbentuk daripada nutrien dari persekitaran dengan
polisakaria dan kitin. Kitin bantuan enzim yang dirembes oleh hifa.
memberi kekuatan struktur
kepada sel kulat.
• Badan kulat wujud sebagai miselium yang
terdiri daripada bebenang halus yang disebut
hifa.
Kulat Mucor sp.
Saccharomyces cerevisiae (yis)
• Kebanyakan kulat
berwarna terang seperti
merah, hijau dan hitam.
• Kulat terdiri daripada mikroorganisma unisel
seperti Saccharomyces cerevisiae (yis) atau
mikroorganisma multisel seperti Mucor sp.
• Kulat dijumpai di kawasan gelap atau
lembap serta di atas organisma reput
atau mati.
Kulat Jenis Saprofit
Kulat Jenis Parasit
Virus
Virus
• Virus tidak
dimasukkan ke dalam
mana-mana alam
kerana virus bukan
organisma bersel.
• Virus tidak mempunyai
sitoplasma.
• Saiznya terlalu kecil
(20 nm hingga 400 nm), maka virus tidak boleh
dilihat dengan menggunakan mikroskop
cahaya, tetapi hanya dapat dilihat dengan
menggunakan mikroskop elektron.
Virus
Human Immunodeficiency Virus (HIV) • Virus terdiri daripada asid nukleik (DNA
@ RNA) yang terbungkus dalam lapisan
membrane yang dipanggil kapsid, dan
kapsid ini terdiri daripada protein.
Virus
• Virus memerlukan sel perumah untuk membiak dan menjalankan aktiviti metabolik.
Virus tidak menjalankan sebarang proses hidup (aktiviti metabolik) jika berada di luar
sel perumah tersebut. Virus hanya membiak di dalam sel hidup dengan menyuntik
bahan genetiknya ke dalam sel perumah.
• Contoh virus adalah virus mozek tembakau, bakteriofaj T4 dan HIV
Virus
• Virus mempunyai pelbagai
saiz dan bentuk, tetapi
berkongsi ciri yang sama.
• Virus boleh menyebabkan
pelbagai jenis penyakit.
MonkeyPox viruses HIV Bakteriofaj T4
Adenovirus Hepatitis C Virus
TUGASAN HARI INI
BUAT BUKU LATIHAN MODUL
NILAM, DARI
MUKA SURAT 95 – 96
SNAP GAMBAR, HNTAR
TERUS KEPADA SAYA,
SEBELUM DISMISS KELAS
PAGI INI….