Standard Kandungan 9.1
KOMUNITI DAN EKOSISTEM
Standard Pembelajaran :
9.1.7 Mencerakinkan jenis interaksi antara komponen biosis :
i. Parasitisme
ii. Komensalisme
iii. Mutualisme
iv. Saprofitisme
v. Persaingan
vi. pemangsaan
Jom kita kenali
jenis interaksi
antara
komponen
biosis pula!!
INTERAKSI ANTARA KOMPONEN BIOSIS
Haiwan dan tumbuhan saling berinteraksi dalam sebuah ekosistem dengan
pelbagai cara, iaitu :
Saprofitisme Pemangsaan
Simbiosis Persaingan
Mutualisme Persaingan
Parasitisme intraspesies
Komensalisme Persaingan
interspesies
Jenis Interaksi : Saprofitisme
▪ Saprofitisme merupakan interaksi organisma yang mendapat
makanan daripada bahan organik mati.
▪ Ada 2 jenis organisma jenis saprofitisme :
Saprofit Saprozoit
Jenis Interaksi : Saprofitisme
▪ Saprofit merujuk kepada tumbuhan
yang memperoleh makanan daripada
bahan organik yang mati dan mereput.
▪ Contoh saprofit ialah cendawan, kulat
roti & kulat tetupai.
▪ Hifa saprofit mengeluarkan enzim ke
atas substratnya yang merupakan
bahan organik mati atau mereput.
Enzim mencernakan bahan makanan
yang kompleks kepada gula ringkas
untuk diserap oleh hifa ke dalam
saprofit
Jenis Interaksi : Saprofitisme
▪ Saprozoik merujuk kepada organisma unisel yang mendapat
makanan daripada bahan organik yang mereput.
▪ Contohnya, Paramecium sp. dan Amoeba sp. memakan bahan
organik yang terdiri daripada organisma-organisma yang mati.
Jenis Interaksi : Simbiosis
▪ Simbiosis ialah interaksi antara dua organisma daripada spesies
berlainan yang hidup bersama-sama.
▪ Dalam simbiosis, satu organisma akan hidup di dalam atau
Bersama-sama dengan organisma lain yang disebut perumah.
▪ Terdapat 3 jenis interaksi simbiosis : 1) Mutualisme
2) Parasitisme
3) Komensalisme
Interaksi Simbiosis (1) : Mutualisme
▪ Mutualisme ialah interaksi yang memberikan keuntungan kepada
kedua-dua organisma.
▪ Contoh mutualisme : a) Burung tiung dengan kerbau.
b) Alga dan kulat dalam kulampair
c) Buran laut dan umang-umang
d) Bakteria Rhizobium sp. dalam
nodul akar tumbuhan legum
Interaksi mutualisme antara
burung tiung dengan kerbau.
Burung tiung mendapat
makanan, iaitu kutu yang
terdapat pada badan kerbau,
manakala kerbau pula akan
bebas daripada kutu.
Interaksi
mutualisme
antara
Alga dan
kulat
dalam
kulampair
Alga mendapat air, garam mineral
dan perlindungan, manakala kulat
mendapat makanan daripada alga
yang menjalankan fotosintesis
Interaksi mutualisme antara
buran laut dengan umang-umang.
Buran laut mendapat kemudahan pengangkutan dan makanan yang
ditinggalkan oleh umang-umang, manakala umang-umang pula mendapat
perlindungan daripada musuhnya oleh sel-sel penyengat buran laut.
Interaksi mutualisme antara
buran laut dengan ketam
Buran laut mendapat kemudahan pengangkutan dan makanan yang
ditinggalkan olehketam, manakala ketam pula mendapat perlindungan
daripada musuhnya oleh sel-sel penyengat buran laut.
Interaksi mutualisme antara
Bakteria Rhizobium
sp. dalam nodul akar
tumbuhan legum
Bakteria Rhizobium sp. dalam
nodul akar mengikat nitrogen
atmosfera dan
menukarkannya menjadi
sebatian bernitrogen (nitrat)
yang diserap oleh tumbuhan
untuk membina protein,
manakala tumbuhan legum
pula membekalkan makanan
seperti karbohidrat &
perlindungan kpd bakteria
tersebut.
Interaksi Simbiosis (2) : Komensalisme
▪ Komensalisme ialah interaksi yang memberikan manfaat
kepda salah satu organisma tetapi tidak memudaratkan
organisma yang satu lagi
▪ Terdapat 2 jenis komensalisme : Epifit
Epizoit
Interaksi Simbiosis (2) : Komensalisme
▪ Epifit ialah tumbuhan hijau yang tumbuh pada pokok lain
untuk mendapat lebih banyak cahaya matahari dan sokongan.
▪ Contoh-contoh epifit : 1) Orkid merpati
2) Paku pakis tanduk rusa
3) Paku pakis langsuyar
4) Pleurococcus sp.
5) Duit-duit
Interaksi Simbiosis (2) : Komensalisme
▪ Epizoit ialah haiwan yang hidup di permukaan luar haiwan
lain untuk mendapat faedah pengangkutan, perlindungan dan
makanan yang terkeluar dari mulut perumahnya.
▪ Contoh-contoh epifit : 1) Ikan remora dengan ikan yu
2) Protozoa dengan Cyclops sp. (kutu air)
3) Teritip dengan siput / ketam
Interaksi komensalisme antara
Ikan remora yang melekat pada ikan jerung
Interaksi Simbiosis (3) : Parasitisme
▪ Parasitisme ialah interaksi yang menguntungkan satu organisma
sahaja dan memudaratkan organisma yang satu lagi.
▪ Terdapat 2 jenis parasit, iaitu : 1) Ektoparasit
2) Endoparasit
Interaksi Simbiosis (3) : Parasitisme
▪ Ektoparasit ialah parasit yang hidup di permukaan luar
badan perumah untuk mendapatkan makanan, perlindungan dan
pengangkutan.
▪ Contoh ektoparasit yang terdapat pada haiwan adalah pelbagai
jenis kutu yang menghisap darah perumahnya.
▪ Contoh ektoparasit yang terdapat pada tumbuhan adalah teritip
dan kutu daun (afid) yang menghisap sap sel tumbuhan serta
Rafflesia sp.
Akar Rafflesia sp. tembus ke
dalam akar pokok lain untuk
menyerap garam mineral
daripada perumah
Kutu hidup pada permukaan
badan haiwan dan menghisap
darah perumahnya
Interaksi Simbiosis (3) : Parasitisme
▪ Endoparasit ialah parasit yang hidup di dalam badan organisma lain
(perumah).
▪ Contoh endoparasit pada haiwan ialah
pelbagai jenis cacing yang hidup dalam
salur alimentari perumah dan menyerap
makanan tercerna daripada usus
perumahnya, seperti cacing pita.
▪ Cacing pita (Taenia sp.) mempunyai
cangkuk dan penghisap untuk
melekatkan diri pada usus kecil
perumah.
Jenis Interaksi : Pemangsaan
▪ Pemangsaan merujuk kepada interaksi yang melibatkan satu
organisma (pemangsa) yang makan organisma lain (mangsa)
▪ Organisma pemangsa biasanya lebih besar dan kuat, mempunyai
kuku tajam dan melengkung untuk mencengkam mangsa,
mempunyai gigi taring yang panjang dan runcing untuk membunuh
mangsa, serta penglihatan yang tajam untuk mengesan kedudukan
mangsa.
▪ Mangsa pula bergantung kepada kepantasan untuk melarikan diri
dna kaedah penyamaran dengan pesekitaran.
Jenis Interaksi : Pemangsaan
▪ Contoh : Burung hantu dengan tikus, dan harimau dengan rusa.
Dalam keadaan semula jadi, pemangsaan bertindak pelbagai cara
kawalan biologi untuk mengawal populasi mangsa supaya saiz
populasinya sentiasa dihadkan oleh bekalan makanannya :
▪ Apabila bilangan pemangsa bertambah, bilangan
mangsa akan berkurangan kerana dimakan oleh
pemangsa.
▪ Apabila bilangan mangsa berkurang, bilangan
pemangsa akan turut berkurang kerana
kekurangan bekalan makanan.
▪ Apabila bilangan pemangsa berkurang, bilangan
mangsa bertambah semula kerana kurang
dimakan oleh pemangsa
▪ Maka saiz populasi mangsa dan pemangsa
mempunyai satu kitaran turun naik pada satu julat populasi tertentu.
▪ Kedua-dua populasi organisma ini dikatakan berada dalam keseimbangan dinamik.
Jenis Interaksi : Persaingan
▪ Persaingan berlaku apabila organisma dalam satu habitat bersaing
untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, air, cahaya
ruang untuk hidup dan pasangan.
▪ Terdapat 2 jenis persaingan: 1) Persaingan interspesies
2) Persaingan intraspesies
Jenis Interaksi : Persaingan
interspesies
▪ Persaingan interspesies merujuk kepada persaingan yang berlaku
antara individu daripada 2 atau lebih spesies yang berlainan.
▪ Contoh : Persaingan antara 2 jenis Paramecium yang berlainan,
iaitu Paramecium aurelia dan Paramecium caudatum
▪ Apabila 2 spesies ini berkongsi nic ekologi yang bertindih, mereka
terpaksa bersaing untuk mendapatkan sumber / nutrien / ruang di
dalam nic tersebut.
(Dikultur berasingan )
▪ Apabila P. aurelia dan P. caudatum
diletakkan secara berasingan dan
dibiarkan membiak dengan
membekalkan makanan yang
sama, didapati kadar pembiakan
P.aurelia adalah lebih cepat
berbanding dengan P. caudatum.
(Dikultur bersama ) ▪ Apabila P. aurelia dan P. caudatum
dibiakkan bersama, didapati
kepadatan populasi relatif bagi
P. aurelia adalah lebih tinggi
berbanding P. caudatum.
▪ Ini bermakna P. caudatum
merupakan pesaing yang lemah,
manakala P.aurelia merupakan
pesaing yang kuat.
▪ Pada akhir eksperimen, populasi
P. caudatum pupus, dan hanya
P. aurelia yang akan terus
membesar dan membiak.
Jenis Interaksi : Persaingan
intraspesies
▪ Persaingan merujuk kepada persaingan yang berlaku antara
individu-individu dari spesies yang sama.
▪ Persaingan ini bergantung pada sejauh mana nic-nic organisma
yang terlibat itu bertindih. Semakin besar dan padat sesuatu
populasi yang sama spesies, semakin hebat persaingan dalam
kalangan individu spesies itu.
Jenis Interaksi : Persaingan
intraspesies
▪ Contoh : pada daun
Bryophyllum sp. apabila
jatuh ke tanah, anak
pokok akan bersaing
untuk ruang, cahaya, air
dan garam mineral.
TUGASAN ONLINE :NPDilPamRiPnBmetIrrO/assLsa1pOin0eG5gsIai–ens108
Buat LaJteihnaisnInMteoradkusli
BUAT sekarang, siap..Snap Gambar &
▪ Contoh lain : Sekumpulan haiwan tertentu yang sama spesies yang
trus hntar personal pada saya,tinggal dalam habitat yang sama.
Then boleh dismiss Class…
TUGASAN OFFLINE PDPR BIOLOGI
Sambung buat Latihan Modul Nilam m/s 109 – 111....
Snap Gambar & trus hntar personal pada saya……
HNTAR SELEWATNYA @ PADA HARI AHAD..
Lebih Cepat lebih Baik,.. jgn bertangguh…
Then update NAMA awal….