BAB
PENYESUAIAN TUMBUHAN
PADA HABITAT
7.1 Penyesuaian Tumbuhan
STANDARD KANDUNGAN 7.1
PENYESUAIAN TUMBUHAN
STANDARD PEMBELAJARAN :
7.1.1 Mengelaskan tumbuhan berdasarkan
habitat
Dapatkah anda mengenal pasti jenis habitat tersebut?
Dapatkah anda mengenal pasti perbezaan ciri-ciri tumbuhan
dalam setiap jenis habitat tersebut?
PENYESUAIAN TUMBUHAN
Adaptasi merupakan penyesuaian organisma
terhadap persekitaran.
Penyesuaian adalah ciri khas yang membolehkan tumbuhan
hidup dan tumbuh di habitat tertentu.
Adaptasi tumbuhan ini dapat diperhatikan pada:
✓ bentuk daun ✓ Akar ✓ batang
▪ Tumbuhan daratan yang hidup di dalam PENGELASAN ▪ Tumbuhan yang hidup di dalam habitat
habitat yang tidak terlalu kering dan tidak TUMBUHAN yang panas dan kering dengan kehadiran air
terlalu berair di dalam habitat dengan bekalan BERDASARKAN atau kelembapan yang sangat minimum,
air yang mencukupi. iaitu tempat dengan suhu yang sangat
HABITAT panas seperti gurun.
▪ Kebanyakan tumbuhan adalah mesofit.
▪ Mesofit hidup di Kawasan yang menerima ▪ Xerofit perlu beradaptasi untuk
mendapatkan bekalan air yang mencukupi
bekalan air da cahaya matahari yang untuk memastikan kemandiriannya.
mencukupi.
▪ Contoh : Rumput, pokok getah & ▪ Contoh : Kaktus dan pokok kurma.
pokok manggis ▪ Tumbuhan yang hidup di dalam habitat berair,
sama ada hidup di permukaan air atau
▪ Tumbuhan yang hidup dalam habitat berpaya tenggelam di dalam air.
di muara sungai, tempat pertembungan air
tawar dan air laut. Kawasan paya ini kaya ▪ Tumbuhan ini dikenali juga sebagai tumbuhan
dengan kandungan garam. akuatik.
▪ Halofit perlu beradaptasi untuk hidup di ▪ Hidrofit yang hidup di persekitaran berair
Kawasan tanah dengan kepekatan garam yang perlu memastikan air tidak meresap masuk ke
tinggi dan menakung air. dalam nya secara berlebihan.
▪ Contoh : Pokok bakau ▪ Contoh : Kiambang dan Hidrilla sp.
STANDARD KANDUNGAN 7.1
PENYESUAIAN TUMBUHAN
STANDARD PEMBELAJARAN :
7.1.2 Menerangkan ciri penyesuaian
hidrofit, halofit dan xerofit dari aspek :
(i) Pengambilan air dan garam mineral.
(ii) Pertukaran gas
(iii) Sokongan
(iv) fotosintesis
CONTOH HABITAT
HALOFIT :
PAYA BAKAU
CIRI-CIRI HABITAT :
1. Mengandungi
kepekatan garam yang
tinggi
2. Kandungan oksigen
yang rendah
3. Terdedah kepada
keamatan cahaya yang
tinggi
4. Persekitaran dengan
tanah yang lembut
Pokok bakau mempunyai ciri-ciri penyesuaian berdasarkan masalah
di persekitarannya :
Masalah yang dihadapi Adaptasi
oleh pokok paya bakau
Tanah berlumpur yang • Untuk sokongan, pokok paya bakau seperti Avicennia sp.
lembut dan angin pantai
yang kuat menimbulkan mempunyai sistem akar yang bercabang luas.
masalah sokongan kepada • Bagi spesies pokok bakau lain seperti Rhizophora sp. pula
pokok mempunyai akar jangkang untuk menyokongnya pada
tanah lumpur yang lembut.
Pokok bakau mempunyai ciri-ciri penyesuaian berdasarkan masalah di
persekitarannya :
Masalah yang dihadapi Adaptasi
oleh pokok paya bakau
Keadaan tanah yang • Mempunyai akar pernafasan yang tumbuh tegak ke atas
bertakung air
menembusi lumpur dari akar utama ke udara yang dipanggil
mengurangkan jumlah
oksigen yang ada dan pneumatofor.
mewujudkan keadan • Pneumatofor pula mempunyai banyak liang udara yang
persekitaran anaerobik.
membolehkan pertukaran gas berlaku pada akar ketika air
surut.
• Pertukaran gas juga berlaku pada liang yang dipanggil
lentisel yang boleh dijumpai pada kulit kayu pokok bakau.
Pokok bakau mempunyai ciri-ciri penyesuaian berdasarkan masalah
di persekitarannya :
Masalah yang dihadapi oleh Adaptasi
pokok paya bakau
Pendedahan terhadap cahaya • Daun pokok bakau mempunyai kutikel yang tebal serta
matahari secara langsung • stoma yang terbenam untuk mengurangkan transpirasi
dalam keadaan yang panas disebabkan cahaya matahari
menyebabkan kadar transpirasi yang terik.
yang tinggi pada pokok bakau. Daunnya juga tebal dan sukulen untuk menyimpan air.
Pokok bakau mempunyai ciri-ciri penyesuaian berdasarkan masalah
di persekitarannya :
Masalah yang Adaptasi
dihadapi oleh pokok
paya bakau
Pokok bakau dikelilingi • Akar pokok bakau dapat menahan air masin di sekelilingnya dengan
mempunyai sap sel akar yang berkepekatan osmosis yang lebih
oleh air laut yang
tinggi berbanding sekelilingnya.
masin, yang • Akibatnya, plasmolisis tidak berlaku dan akar dapat menyerap air.
menjadikan kawasan • Akar tidak akan kehilangan air secara osmosis.
sekitarnya hipertonik Sebaliknya lebihan garam air tanah yang hipertonik itu akan
terhadap sap sel akar memasuki akar pokok bakau dan kemudian disingkirkan melalui
pokok bakau. hidatod (liang) pada epidermis daun dalam bentuk kristal garam.
Hidatod boleh dijumpai di epidermis bawah daun.
CONTOH HABITAT
HIDROFIT : KOLAM /
TASIK
CIRI-CIRI HABITAT :
1. Kawasan yang dipenuhi
dengan air dan kurang
kandungan oksigen.
4 TYPES OF HYDROPHYTES
Floating but rooted hydrophytes Free floating hydrophytes
Amphibious hydrophytes Submerged hydrophytes (floating)
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN
TERAPUNG DENGAN AKAR TIDAK
MENCECAH DASAR KOLAM
1. Tumbuhan terapung seperti
kiambang mempunyai daun yang
lebar, nipis dan rata yang dapat
membantu tumbuhan ini
menyerap cahaya matahari yang
maksimum untuk fotosintesis
dan dapat membantunya
terapung di permukaan atau di
dalam air.
Eichhornia sp.
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN
TERAPUNG DENGAN AKAR TIDAK
MENCECAH DASAR KOLAM
2. Klorofil terdapat di permukaan
atas daun untuk
memaksimumkan penyerapan
cahaya dan permukaan atas
daun (epidermis atas) juga
dilapisi dengan kutikel berlilin
untuk mengurangkan
kehilangan air ke atmosfera.
Eichhornia sp.
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN
TERAPUNG DENGAN AKAR TIDAK
MENCECAH DASAR KOLAM
3. Pada permukaan daun
juga terdapat bilangan
stoma yang banyak dan
sentiasa terbuka bagi
membenarkan proses
transpirasi berlaku.
Eichhornia sp.
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN Eichhornia sp.
TERAPUNG DENGAN AKAR TIDAK
MENCECAH DASAR KOLAM
4. Tumbuhan ini tidak mempunyai
tisu berkayu. Batang tumbuhan
ini terdiri daripada tisu yang
ringan dengan banyak ruang
udara yang dikenali sebagai tisu
aerenkima. Tisu ini dapat
mengurangkan ketumpatan
tumbuhan dan membantunya
terapung.
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN
TENGGELAM YANG TUMBUH DI
DALAM AIR SEPENUHNYA :
1. Bagi tumbuhan tenggelam
seperti Hydrilla sp., bentuk
daun dan batang yang nipis,
kecil dan fleksibel membantu
tumbuhan ini tegak terapung
di dalam air serta
mengurangkan rintangan
aliran air.
Elodea sp.
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN
TENGGELAM YANG TUMBUH DI
DALAM AIR SEPENUHNYA :
2. Daun yang nipis dan kecil
dapat meningkatkan jumlah
luas permukaan per isipadu
dan meningkatkan kadar
resapan air, garam mineral dan
gas terlarut secara terus ke
dalam tumbhan melalui
epidermis.
Elodea sp.
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN
TENGGELAM YANG TUMBUH DI
DALAM AIR SEPENUHNYA :
3. Air, nutrien dan gas
terlarut yang berada di
dalam air meresap secara
terus ke dalam daun. Hal
ini menyebabkan kurang
atau tiada pembentukan
xilem di batang.
Elodea sp.
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN
TENGGELAM YANG TUMBUH DI
DALAM AIR SEPENUHNYA :
4. Tumbuhan tenggelam
tidak mempunyai stoma
dan kutikel berlilin pada
daunnya.
Elodea sp.
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN
TENGGELAM YANG TUMBUH DI
DALAM AIR SEPENUHNYA :
5. Hidrofit mempunyai akar yang
sangat ringkas dan ada juga
tidak mempunyai sistem akar.
6. Kehadiran akar serabut yang
halus dan berbulu membolehkan
air meresap secara terus ke dalam
tumbuhan hidrofit
– ciri ini membantu tumbuhan
memerangkap udara di dalam air.
Elodea sp.
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN
TENGGELAM YANG TUMBUH DI
DALAM AIR SEPENUHNYA :
7. Tumbuhan ini tidak
bergantung kepada akar
untuk sokongan kerana daya
apungan yang dihasilkan
oleh air di sekeliling
membolehkannya terapung
atau tegak di dalam air.
Elodea sp.
CONTOH HABITAT
XEROFIT :
GURUN @ KAWASAN
YANG DILITUPI AIS ATAU
SALJI.
CIRI-CIRI HABITAT :
1. Kawasan yang
menerima taburan
hujan yang sangat
sedikit.
2. Mengalami masalah
kekeringan yang
melampau
CIRI PENYESUAIAN
TUMBUHAN XEROFIT
1. Akar tumbuh secara
meluas dan dapat
menembusi jauh ke
dalam tanah untuk
menyerap air dan garam
mineral.
2. Air yang diserap
disimpan di dalam akar,
batang dan daun.
CIRI PENYESUAIAN TUMBUHAN XEROFIT
3. Batang pokok kaktus menjalankan proses fotosintesis.
4. Kaktus mempunyai daun yang kecil dan kutikel tebal berlilin di
batang serta daun.
5. Daun diubahsuai menjadi duri, bagi mengurangkan jumlah luas
permukaan yang terdedah kepada cahaya matahari dna bagi
mengurangkan kehilangan air.
CIRI PENYESUAIAN
TUMBUHAN XEROFIT
6. Duri juga dapat
membantu kaktus
mendapat bekalan air
dengan mengumpulkan
embun. Embun akan
menitis ke atas tanah
dan diserap oleh akar.
CIRI PENYESUAIAN
TUMBUHAN XEROFIT
7. Duri juga dapat
menghalang tumbuhan
ini dimakan oleh
haiwan.
8. Stoma pokok kaktus
pula terbenam untuk
mengurangkan
penyejatan air daripada
daun.
TUGASAN KELAS
JAWAB SOALAN, SNAP GAMBAR & FORWARD TUGASAN PADA SAYA TRUS….
Soalan 1:
JAWAB SOALAN, SNAP GAMBAR & FORWARD TUGASAN PADA SAYA TRUS….
JAWAPAN ;
(10 markah)
Soalan 2:
Sekumpulan murid mengkaji sebatang pokok. Berdasarkan pemerhatian mereka selama beberapa
minggu, didapati daun pokok tersebut tumbuh di atas pokok dengan cepat dan memberi teduhan
kepada batang pokok. Selain itu, terdapat duri pada daun dan batang pokok. Akarnya pula tumbuh
berhampiran dengan permukaan tanah dan ada juga yang tumbuh jauh ke dalam tanah.
Pada pendapat anda, apakah jenis tumbuhan ini? Sokong jawapan anda dengan fakta biologi.
Jawapan :
✓ Tumbuhan xerofit.
✓ Daun tumbuh di bahagian atas pokok kerana untuk memberi teduhan kepada batang pokok
agar kurang kehilangan air melalui penyejatan.
✓ Duri pada batang dan daun pula untuk perlindungan supaya tiada haiwan dapat
memakannya.
✓ Akar tumbuh jauh ke dalam tanah untuk mendapatkan bekalan air untuk keperluan hidup..