The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN BPK Keluaran 3_2022_eISSN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2022-07-07 21:49:34

BULETIN BPK KELUARAN 3/2022

BULETIN BPK Keluaran 3_2022_eISSN

eISSN: 2811 - 4132 Mei & Jun Keluaran 2/2022

SESI LIBAT URUS SEMAKAN KURIKULUM

BERSAMA-SAMA
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,

PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN KPM
DAN GURU-GURU SEKITAR LEMBAH KLANG

Sesi Libat Urus Semakan Kurikulum ini diadakan pada 14 Jun 2022, di Bilik Seminar Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Nor
Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr. Norisah Binti
Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah),
pengarah-pengarah bahagian KPM, pegawai-pegawai BPK dan guru-guru sekitar Lembah
Klang. Libat urus ini adalah kesinambungan daripada beberapa siri libat urus yang telah
diadakan sejak Mac 2022. Tujuan sesi libat urus ini adalah untuk memperoleh input dan
cadangan daripada guru-guru sebagai pelaksana kurikulum tentang isu, kandungan,
pedagogi dan pentaksiran dalam melaksanakan kurikulum persekolahan semasa.

SESI LIBAT URUS SEMAKAN KURIKULUM

Sesi libat urus ini dilaksanakan serentak pada 10 hingga 12 Mei 2022 di lima
zon iaitu Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang), Zon Timur (Terengganu,
Kelantan, Pahang), Zon Tengah (Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya,
Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka), Zon Sabah dan Labuan serta
Zon Sarawak. Sesi libat urus ini melibatkan pegawai Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik
Vokasional, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pegawai SISC+ dan SIPartners+,
Badan Bukan Kerajaan dan wakil Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) bagi
mendapatkan input dan perspektif berkaitan kurikulum semasa. Sesi ini berjaya
mencapai objektif pelaksanaan dengan memperoleh pelbagai input dan
cadangan tentang kandungan, pedagogi dan pentaksiran dalam melaksanakan
kurikulum persekolahan semasa daripada semua pihak yang terlibat.

BENGKEL PENULISAN LAPORAN
LIBAT URUS SEMAKAN KURIKULUM

Bengkel ini telah diadakan pada 24 hingga 26 Mei 2022 di Melaka, bertujuan untuk
menyediakan laporan tentang dapatan input dan cadangan penambahbaikan
kurikulum persekolahan semasa yang diperoleh sepanjang sesi libat urus semakan
kurikulum. Bengkel penulisan ini turut dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah,
pegawai BPK dan pegawai dari BPSH, BPI dan BPTV.

2

BENGKEL KERJA PEMANTAPAN MODUL KAEDAH PDP

Bengkel Kerja Pemantapan Modul Kaedah PdP merupakan kesinambungan
daripada Bengkel Pembinaan Modul Kaedah PdP yang telah diadakan
pada bulan Mac di Shah Alam. Bengkel ini diadakan pada 17-19 Mei di Kuala
Lumpur, melibatkan 90 orang peserta iaitu 74 orang pegawai BPK, 8 orang
pakar rujuk dari universiti tempatan dan 8 orang guru untuk perkhidmatan
grafik. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan lapan draf modul yang
sedang dibina dengan membuat pemenambahbaikan aspek kandungan
dan grafik.

3

KAWAL KUALITI

Sebanyak lapan modul bahan sokongan pelaksanaan
kurikulum telah siap dikawal kualiti untuk penyelarasan di
peringkat yang berikutnya. Bengkel telah berlangsung selama
lima hari dari tarikh 30 Mei hingga 3 Jun, melibatkan panel
dalaman BPK dan panel jemputan yang terdiri daripada
pegawai PPD, guru sekolah rendah dan menengah.

Modul Modul Modul Modul
Pembelajaran Amalan
Kecerdasan Pembelajaran Pendidikan
Pelbagai Berasaskan Teradun Inklusif
Projek

Modul Modul Modul Modul
Kepimpinan
Pedagogi Pembelajaran Pembelajaran
Terbeza Masteri Akses Kendiri dan
Pengurusan
Kurikulum

BENGKEL KAWAL MUTU BAHAN INFOGRAFIK PENDIDIKAN
KHAS (PERINGKAT SEKTOR PENDIDIKAN KHAS)

Bengkel tersebut dilaksanakan secara bersemuka di
Port Dickson pada 7 hingga 9 Jun 2022. Seramai 15 orang
peserta terdiri daripada guru pendidikan khas sekolah
rendah dan menengah serta pegawai BPK telah hadir.
Bengkel diadakan bertujuan untuk menghasilkan bahan
infografik pelbagai bentuk yang standard dan berkualiti.
Bahan infografik ini diharapkan membantu warga
pendidikan dan masyarakat dalam mengenali dan
memahami
kurikulum pendidikan khas.

4

BENGKEL DAN MESYUARAT

MESYUARAT KURIKULUM BAHASA KOREA BERSAMA
KOREA EDUCATION CENTRE IN MALAYSIA

Mesyuarat diadakan pada 24 Mei 2022 di Korean Education
Centre in Malaysia (KEC) bertujuan untuk mendapatkan input
berkaitan pelaksanaan Bahasa Korea di sekolah-sekolah di Malaysia. Mesyuarat ini
dihadiri oleh dua orang pegawai Unit Bahasa Antarabangsa, BPK dan tiga orang wakil
KEC. Pihak KEC juga memaklumkan perkembangan berkaitan buku teks Bahasa Korea
yang sedang dibangunkan selain menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan
kepakaran bahasa Korea sekiranya diperlukan oleh pihak BPK.

MESYUARAT JAWATANKUASA PERISTILAHAN BAHASA KADAZANDUSUN

Mesyuarat telah diadakan secara dalam talian pada 20 Mei 2022 dan dipengerusikan
oleh KPP Unit Bahasa Etnik. Mesyuarat ini dilaksanakan untuk mendapatkan makluman
berkaitan status terkini buku Kosa Kata dan Tatabahasa Bahasa Kadazandusun. Selain
itu, perbincangan juga bertujuan untuk mendapatkan pendapat ahli mesyuarat
berkaitan strategi terbaik yang boleh diambil oleh AJK untuk memperaku senarai kosa
kata Bahasa Kadazandusun.

MESYUARAT JAWATANKUASA PERISTILAHAN BAHASA IBAN

Mesyuarat diadakan pada 12 Mei 2022,
bertujuan untuk membincangkan tindakan
ahli mesyuarat bagi tahun 2022 dan jadual
kerja pada bengkel akan datang. Selain itu,
ahli mesyuarat juga berjaya mencapai kata
sepakat berkaitan proses pengesahan draf
buku Kosa Kata Bahasa Iban.

5

MESYUARAT PERANCANGAN KAJIAN BAHASA SEMAI

Mesyuarat ini merupakan tindakan susulan daripada perancangan
kajian pada tahun 2021. Pada 26 Mei 2022, mesyuarat ini telah
dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Bahasa Etnik (UBE)
secara dalam talian bagi mendapatkan maklum balas
mengenai status permohonan geran penyelidikan dan
kesediaan pelaksanaan kajian daripada kumpulan
penyelidik. BPK akan mengadakan Mesyuarat
Penyelarasan Jawatankuasa Mata Pelajaran Bahasa
Semai dalam masa terdekat dan Mesyuarat
Perancangan Kajian Bahasa Semai Bil. 2/2022 akan
dilaksanakan pada bulan Oktober.

BENGKEL PEMBANGUNAN “RESOURCE PACK” MODUL PDP PENERAPAN NILAI
KEBAJIKAN HAIWAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pada 24 hingga 26 Mei 2022, bengkel ini diadakan di Bangi, Selangor dan dipengerusikan
oleh YBrs. Dr. Mohamad Razli bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Regulata. Seramai 34
peserta telah menyertai bengkel ini, terdiri daripada pegawai BPK, Jabatan Perkhidmatan
Veterinar, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (JPNIN), pengusaha tadika swasta serta guru prasekolah.
Tujuan bengkel ini adalah untuk membangunkan Resource Pack Modul PdP Penerapan Nilai
Kebajikan Haiwan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak yang terdiri daripada buku
panduan guru, buku-buku cerita, video dan lagu yang bertemakan kebajikan
haiw an.

BENGKEL KERJA PROGRAM BELAJAR
MELALUI BERMAIN

Bengkel kerja ini diadakan pada 28 hingga 30
Mei 2022 secara bersemuka di Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Langat. Bengkel ini
melibatkan empat orang pegawai Unit
Kemanusiaan Awal, Sektor Prasekolah dan 12
orang guru prasekolah dari sekitar daerah ini.
Tujuan bengkel ini adalah untuk
mempertingkatkan kefahaman guru tentang
kepentingan pendekatan belajar melalui
bermain serta membantu guru menggunakan
pendekatan ini dalam pengajaran dan
pembelajaran.

6

TAKLIMAT RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
(RPI) DAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Taklimat ini diadakan pada 26 Mei 2022 dan dikelolakan oleh Unit Prasekolah Pendidikan Khas,
Sektor Prasekolah secara dalam talian. Seramai 56 orang peserta telah menghadiri taklimat ini
iaitu pegawai JPN, PPD dan semua guru prasekolah pendidikan khas dari Perlis, Kedah, Pulau
Pinang serta Negeri Sembilan. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah pendidikan khas dalam aspek penyediaan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan pendedahan kepada strategi pembelajaran
berasaskan projek.

BENGKEL KERJA PEMERKASAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL SPESIFIK DAN
DOKUMEN KURIKULUM KEMAHIRAN VOKASIONAL KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
MENENGAH PENDIDIKAN KHAS

Bengkel tersebut telah diadakan pada 15 dan 16 Jun 2022 di Alor Setar. Bengkel disertai oleh
guru, JUK, pegawai PPD dan pegawai JPN berjumlah 73 orang. Bengkel diadakan bagi
meningkatkan dan memantapkan kefahaman guru-guru pendidikan khas berkaitan
penyediaan dokumen penilaian bagi mata pelajaran kemahiran vokasional spesifik dan
pelaksanaan kurikulum mata pelajaran Kemahiran Kefungsian Rendah yang menggunakan
Dokumen Kurikulum Kemahiran Vokasional (DKKV) meliputi kandungan, pedagogi dan
pentaksiran.

LAWATAN VERIFIKASI
PANEL PENILAI PENTAULIAHAN
PROGRAM KEMAHIRAN 2022

Lawatan anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran ini
telah dilaksanakan pada 14 hingga 23 Jun 2022, disertai
oleh Pegawai BPK dan BPKhas bagi memastikan
sekolah-sekolah diverifikasi dan ditauliahkan sebagai
pusat bertauliah cawangan. Sebanyak 58 buah sekolah
telah diverifikasi dan berjaya ditauliahkan sebagai Pusat
Bertauliah Cawangan.

7

PEMANTAUAN PENYEDIAAN PENILAIAN KERJA KURSUS DAN PENILAIAN
AKHIR SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA PROGRAM MODULAR
CALON MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

Pemantauan ini telah dilaksanakan dari 14 Jun
sehingga 7 Julai di seluruh negara. Sehingga 30 Jun
2022, sebanyak 15 buah negeri telah dipantau.
Aktiviti pemantauan melibatkan sekolah tertentu dan
turut dihadiri oleh sekolah berhampiran. Aktiviti
anjuran SPKhas ini bertujuan memastikan sekolah
bersedia dan berkeyakinan untuk menghadapi
Penilaian Akhir.

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PENAMBAHBAIKAN MATA PELAJARAN
SEJARAH: PELANTIKAN PANEL PAKAR RUJUK KURIKULUM SEJARAH DAN BUKU TEKS
SEJARAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Mesyuarat berlangsung pada 9 Mei 2022 di Bilik Mesyuarat Utama, KPM melibatkan
kehadiran seramai 20 orang pegawai dari 12 bahagian KPM. Mesyuarat ini dilaksanakan
bagi menyemak dan meneliti terma rujukan dan senarai akhir calon panel pakar rujuk
kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah bagi sesi lantikan ke-3 sebelum dibawa ke
Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia. Senarai nama calon panel pakar
rujuk yang telah dipersetujui dalam mesyuarat perlu dihantar untuk pengesahan tapisan
keselamatan oleh Unit Integriti, KPM dan SPRM mengikut prosedur operasi standard yang
ditetapkan.

TINJAUAN KESEDIAAN GURU TERHADAP PENGGUNAAN KOD BRAILLE BAHASA
MELAYU PINDAAN 2020 DAN KOD UNIFIED ENGLISH BRAILLE (UEB) BAGI MURID
BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN DI SEKOLAH
RENDAH DAN MENENGAH

Tinjauan ini diadakan dari bulan Mei hingga Jun 2022 melibatkan
dua buah sekolah iaitu SKPK Princess Elizabeth dan Maktab
Sultan Abu Bakar. Tinjauan mendapati bahawa sekolah
telah sedia sedia maklum akan perubahan Kod Braille
UEB dan juga Bahasa Melayu Pindaan 2020. Namun
demikian, perubahan kod braille UEB dalam
Matematik menyebabkan kesukaran bagi murid untuk
menguasai kemahiran tersebut dalam masa yang
singkat. Dapatan tinjauan ini diperlukan bagi
membantu SPKhas dalam merancang tindakan
susulan sewajarnya

8

BENGKEL SEMAKAN
SEMULA PELAN PELAKSANAAN
DASAR PENGANGKUTAN NEGARA
2019-2030 (DPN2030)

Mesyuarat berlangsung pada 30 Jun hingga 1 Julai
2022 di Putrajaya melibatkan kehadiran seramai 60
peserta dari semua kementerian di Malaysia. Pegawai
BPK En. Mhd Shafiee bin Abd Ghani hadir mewakili
pihak KPM. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah
untuk menyemak semula DPN2030 dan status
pelaksanaan DPN 2030 bagi semua kementerian yang
hadir.

SESI BENGKEL KERJA PEMBINAAN INSTRUMEN SKOR PENCAPAIAN TAHAP
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PENGURUSAN KEWANGAN MURID
TINGKATAN 1 DI SEKOLAH MENENGAH

Sesi bengkel ini diadakan pada 15 dan16 Jun 2022 Kemahiran
melibatkan dua orang pegawai Sektor Sains Sosial
BPK, pegawai mata pelajaran BPK, seorang
pegawai mata pelajaran dari Bahagian Pendidikan
Islam, seorang pensyarah IPGK Islam, dan seorang
Guru Penolong Kanan SMK Dato’ Mohd Said, Nilai.
Objektif rakaman video ini adalah untuk membina
instrumen Kajian Skor Pencapaian Tahap Pengetahuan dan
Pengurusan Kewangan Peribadi Murid Tingkatan Satu Tahun 2022.

BENGKEL KERJA
PENTERJEMAHAN PANDUAN PdP
PEMODELAN MATEMATIK DAN STATISTIK

TINGKATAN 5

Bengkel Kerja Penterjemahan Panduan PdP Pemodelan
Matematik dan Statistik Tingkatan 5 Bil. 1/2022 telah
diadakan pada 17 hingga 19 Mei 2022 di Melaka, manakala
bengkel Bil. 2/2022 telah diadakan pada 21 hingga 23 Jun
2022 di Kuala Lumpur. Objektif bengkel ini adalah untuk
menghasilkan draf Panduan PdP Pemodelan Matematik
dan Panduan PdP Statistik Tingkatan 5 versi bahasa Inggeris
untuk kegunaan guru Matematik DLP seluruh negara yang
memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Bengkel ini
telah dihadiri oleh pegawai-pegawai UMMT, guru-guru
Matematik berpengalaman dan guru-guru Bahasa Inggeris.

9

BENGKEL KERJA PEMBINAAN PANDUAN PENDEKATAN BERTEMA BAGI
SAINS, MATEMATIK DAN BAHASA INGGERIS TAHAP I SEKOLAH RENDAH
DAN PENTERJEMAHAN PANDUAN PENDIDIKAN KEWANGAN TAHAP II
SEKOLAH RENDAH KE BAHASA INGGERIS

Bengkel kerja ini diadakan pada 24 hinga 26 Mei 2022
dan 21 hingga 23 Jun 2022. Objektif bengkel kerja ini
adalah untuk menghasilkan panduan pendekatan
bertema dan menterjemah panduan pendidikan
kewangan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Setiap bengkel kerja dihadiri oleh seorang
SISC+, dua orang pensyarah IPG, 23 orang guru yang
terdiri daripada guru Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris dan empat orang pegawai Sektor Sains dan
Matematik.

PENYELARASAN AKTIVITI STEM BERSAMA-SAMA
PENYELARAS PROGRAM #49 DI JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI, SCHOOL IMPROVEMENT
SPECIALIST COACHES (SISC+) DAN PENYELARAS
PROJEK STEM EXECUTIVE CONSULTATION (STEMEC)
KOHORT 1 DI BAWAH INISIATIF #49: PENGUKUHAN
PENDIDIKAN STEM

Bengkel kerja aktiviti STEM telah diadakan pada 28
hingga 29 Jun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Sri
Duta, Bilik Mesyuarat penyelarasan aktiviti STEM telah
diadakan pada 27 Jun 2022 bertujuan menyelaras
aktiviti Projek STEMEC bagi tahun 2022. Mesyuarat
dipengerusikan oleh Puan Hajah Nor’aidah binti Nordin, Timbalan Pengarah Sektor Sains
dan Matematik (SSM) dan melibatkan tiga orang pegawai SSM, 16 orang Penyelaras STEM
JPN, 16 orang pegawai SISC+ dan Penyelaras STEM Sekolah Projek STEMEC Kohort 1.
Tujuan bengkel kerja ini diadakan adalah untuk menyelaras pelaksanaan Projek STEMEC di
sekolah-sekolah Kohort 2. Bengkel kerja ini melibatkan pegawai Sektor Sains Matematik,
pegawai SISC+ serta Penyelaras STEM Sekolah Projek STEMEC Kohort 2.

10

BENGKEL PENULISAN LAPORAN PERBANDINGAN
KURIKULUM MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN
DENGAN KURIKULUM NEGARA LAIN

Bengkel Penulisan Laporan Perbandingan Kurikulum Matematik dan Matematik Tambahan
dengan Kurikulum Negara Lain telah diadakan secara dalam talian pada 23 hingga 26 Mei
2022. Objektif bengkel ini adalah untuk menulis satu laporan yang lengkap tentang
perbandingan dan penandaarasan kurikulum Matematik dan Matematik Tambahan
dengan kurikulum Australia, British Columbia, Korea dan Cambridge. Bengkel ini dihadiri oleh
oleh lima orang pegawai BPK, empat orang pensyarah dari kumpulan Matematik, tiga orang
pensyarah daripada kumpulan Matematik Tambahan, enam orang guru daripada
kumpulan Matematik dan empat orang guru daripada kumpulan Matematik Tambahan.
Jumlah peserta yang hadir secara dalam talian ialah 22 orang. Kesimpulannya, 40%
daripada penulisan laporan perbandingan kurikulum matematik dan matematik tambahan
dengan kurikulum negara lain telah siap ditulis dan digabungkan.

Bengkel kerja perbandingan kurikulum Matematik dan
Matematik Tambahan dengan kurikulum negara lain
dalam aspek kandungan dan kemahiran berfikir aras tinggi
pula diadakan pada 27 hingga 29 Jun 2022 di Melaka.
Bengkel ini melibatkan empat orang pegawai UMMT,
enam orang pensyarah IPTA, seorang Ketua Penolong
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, seorang Penolong
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, 11 orang guru
Matematik sekolah menengah dan dua orang guru
Bahasa Melayu sekolah menengah. Objektif bengkel ini
adalah untuk menulis satu laporan lengkap tentang perbandingan dan penandaarasan
aspek kandungan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam KSSM Matematik dan Matematik
Tambahan berbanding kurikulum Korea, Australia, Cambridge dan British Columbia.

KUNJUNG BIMBING PELAZIMAN PENDEKATAN BERTEMA

Kunjung bimbing ini diadakan pada 16 Mei hingga 3 Jun 2022 melibatkan 24 fasilitator
dalam kalangan pegawai BPK dan dua fasilitator dalam kalangan pegawai Bahagian
Pendidikan Islam. Sebanyak 49 sekolah rintis pendekatan bertema yang terdiri daripada 25
sekolah rendah dan 24 sekolah menengah. Tujuan kunjung bimbing ini adalah:

1)mengumpul data rintis bagi pelaziman pendekatan bertema
2)memberi bimbingan kepada guru dalam melazimkan pendekatan bertema.
Pengarah BPK telah bersama-sama dalam kunjung bimbing ini ke SMK Pendidikan Khas
Setapak, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2022.

Analisis data kunjung bimbing pendekatan bertema dan penyediaan laporan aktiviti
tersebut telah diadakan pada 21 hingga 23 Jun 2022 di Shah Alam, Selangor. Bengkel ini
telah dihadiri oleh 26 pegawai BPK dan seorang pegawai Bahagian Pendidikan Islam.
Pengarah BPK telah bersama-sama dalam bengkel ini pada 22 Jun 2022 dan telah
berkongsi pesanan dan amanat semasa bengkel tersebut.

11

SESI PENGGAMBARAN VIDEO RANCANGAN TV PENDIDIKAN KPM UNTUK
SUBJEK MATEMATIK (TINGKATAN 1 DAN 2) DI BAWAH PROGRAM DLP
Sesi penggambaran sebanyak 19 video
rancangan TV Pendidikan KPM ini telah dibuat
bermula pada tarikh 8 hingga 21 Jun 2022 di
Petaling Jaya, Selangor. Sesi penggambaran
video ini turut melibatkan lima orang pegawai
Bahagian Pembangunan Kurikulum, lima orang
pegawai daripada English Language Teaching
Centre dan empat orang pegawai Bahagian
Sumber dan Teknologi Pendidikan.

BENGKEL KERJA PENTERJEMAHAN BAHAN BANTU
BELAJAR PLaN MATEMATIK TAHUN 2 KE BAHASA

INGGERIS, BAHASA CINA & BAHASA TAMIL

Bengkel ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Jun 2022
di Port Dickson. Bengkel dianjurkan oleh Sektor Sains dan
Matematik, BPK. Seramai 30 orang panel terdiri daripada
SISC+, Guru Cemerlang dan Guru terlibat dalam bengkel ini.
Bengkel ini bertujuan untuk menterjemahkan bahan bantu belajar
murid bagi program PLaN Matematik Tahun 2 untuk kegunaan sekolah-sekolah DLP, SJKC
dan SJKT. Bahan ini disediakan untuk membantu murid-murid menguasai konsep-konsep
asas dalam Matematik.

BENGKEL KERJA PENYELARASAN TEKNIKAL MODUL PELAKSANAAN
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) STEM BERSEPADU

Bengkel kerja ini telah diadakan pada
23 hingga 24 Mei 2022 bertempat di
Bilik Mesyuarat Kasawari. Bengkel kerja
ini melibatkan pegawai Sektor Sains
Matematik, pegawai SISC+ serta
Penyelaras STEM Sekolah Projek
STEMEC Kohort 2. Tujuan bengkel kerja
ini diadakan adalah untuk menyelaras
pelaksanaan Projek STEMEC di
sekolah-sekolah Kohort 2.

12

BENGKEL KERJA PEMBINAAN DAN TERJEMAHAN BAHAN
SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) KSSM
BIOLOGI TINGKATAN 5

Bengkel Kerja Pembinaan Bahan Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Fitohormon KSSM Biologi Tingkatan 5 telah
diadakan secara dalam talian pada
7 hingga 9 Jun 2022. Objektif bengkel ini
adalah untuk menghasilkan bahan
sumber PdP yang dapat memberi
panduan kepada guru dalam
melaksanakan PdP tajuk Fitohormon yang
memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Bengkel ini telah dihadiri oleh dua orang
pensyarah UKM, 10 orang panel guru
Biologi dan dua orang pegawai BPK.
Bengkel kerja terjemahan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Fitoremediasi
KSSM Biologi Tingkatan 5 dan bahan sumber Sains Nuklear ke bahasa Inggeris bagi
Program DLP telah diadakan bertujuan untuk menghasilkan bahan sumber pengajaran
dan pembelajaran yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Bengkel ini telah dihadiri
oleh tiga orang pensyarah IPTA, seorang pensyarah ELTC, 19 orang panel guru Sains, Fizik,
Biologi, Kimia dan Sains Tambahan sekolah menengah dan tujuh orang pegawai Sektor
Sains dan Matematik.

13

SESI PEMERIKSAAN BAJET BERSAMA-SAMA UNIT PERANCANGAN
EKONOMI BERKAITAN PROJEK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN,
RANCANGAN MALAYSIA KE-12 ROLLING PLAN 3 TAHUN 2023

Sesi ini telah diadakan pada 31 Jun 2022 di Bilik Mesyuarat
Tanjong, BPPDP. Tahniah kepada Pengarah BPK, Timbalan
Pengarah STMRBT, Timbalan Pengarah SKK, Timbalan Pengarah
SPKhas dan pegawai-pegawai yang terlibat atas kejayaan
mendapatkan kelulusan seperti yang berikut:
i. Menaik Taraf Bilik Darjah Menjadi Bengkel Mata Pelajaran

Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT)
ii. Menaik Taraf Ruang Fizikal Menjadi Makmal Sains Sukan Dan

Pembekalan Peralatan Makmal Sains Sukan
iii. Menaik Taraf Bilik Darjah Menjadi Bengkel Kemahiran Sijil

Kemahiran Malaysia di Sekolah Menengah PPKI

BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PANDUAN PENGAJARAN ENSEMBEL
KIBOD -YAMAHA KPM

Bengkel ini telah diadakan pada tarikh 23 hingga 27 Mei 2022 bertempat di Yamaha Music
Malaysia, Kelana Jaya. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh wakil dari Yamaha iaitu
En. Haswani bin Hassan dan telah dihadiri seramai 10 orang panel yang terdiri daripada
pegawai BPK, pensyarah dan guru. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan
buku panduan pengajaran ensembel kibod untuk guru dan penyediaan buku panduan
latihan bermain kibod untuk murid bagi Tahun 3.

BENGKEL KERJA FORMULA PENGIRAAN CADANGAN GERAN PER KAPITA BAGI
MATA PELAJARAN KESENIAN DI SEKOLAH SENI

Bengkel ini telah diadakan di Sekolah Seni
Malaysia Johor pada 18 hingga 20 Mei 2022,
disertai oleh dua orang pegawai BPK dan 10
orang guru kesenian. Tujuan bengkel ini diadakan
adalah untuk membuat perincian penetapan
kadar PCG mengikut mata pelajaran kesenian.

14

TAKLIMAT PELAKSANAAN STANDARD PENGUKURAN INDEKS JISIM BADAN [BODY
MASS INDEX (BMI)] UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA BERUMUR LIMA HINGGA
SEMBILAN TAHUN KEPADA BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM

Taklimat Pelaksanaan BMI 5-9T telah diadakan pada 1 Jun 2022 bertempat di Atrium
Cendekia, BPK dipengerusikan oleh Puan Nooraini binti Kamaruddin, Timbalan Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum (menjalankan tugas Timbalan Pengarah Kanan
BPK). Taklimat ini dihadiri oleh 32 orang peserta yang merangkumi pegawai-pegawai dari
Bahagian KPM dan wakil dari Sektor Prasekolah serta Pendidikan Khas BPK. Taklimat ini
diadakan bagi menjelaskan dengan lebih terperinci program baharu KPM bagi menangani
murid obes di sekolah.

TAKLIMAT PROSEDUR PENERIMAAN BUKU PANDUAN STANDARD PENGUKURAN
INDEKS JISIM BADAN [BODY MASS INDEX (BMI)] UNTUK MURID SEKOLAH
MALAYSIA BERUMUR LIMA HINGGA SEMBILAN TAHUN (BMI 5-9T)
KEPADA JPN DAN PPD

Taklimat Prosedur Penerimaan Buku Panduan BMI 5-9T telah diadakan pada
8 Jun 2022 secara dalam talian. Taklimat ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan
Jasmani dengan kerjasama Unit Aset dan Perolehan, BPK. Taklimat ini dihadiri seramai 160
orang pegawai dari Unit Sains Sosial JPN serta pegawai SISC+ di PPD seluruh negara. Taklimat
yang dipengerusikan oleh Cik Kamariah binti Mohd Yassin, Ketua Penolong Pengarah Unit
Pendidikan Jasmani ini diadakan bagi memastikan JPN dan PPD mengambil tindakan
mengikut prosedur semasa menerima bungkusan buku Panduan BMI 5-9T daripada syarikat
Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).

Sebanyak 25,000 buah Panduan BMI
5-9T telah berjaya diedarkan kepada
pihak JPN, PPD dan Institut Pendidikan
Guru di seluruh Malaysia pada
2 hingga 15 Jun 2022. Pihak JPN dan
PPD akan mengedarkan buku
panduan ini kepada semua sekolah
rendah. Panduan BMI 5-9T ini
merupakan sumber rujukan guru-guru
dan pihak berkepentingan dalam
melaksanakan BMI 5-9T.

15

PEMANTAUAN KESEDIAAN PELAKSANAAN
UJI RINTIS ENSEMBEL KIBOD DALAM MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH (PROGRAM USAHA SAMA
YAMAHA-KPM) DAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN KSSR

(SEMAKAN 2017) PENDIDIKAN MUZIK.

Lawatan dan pemantauan ini melibatkan
sekolah di Negeri Sembilan, Selangor dan
Melakadan telah diadakan sepanjang
bulan Jun 2022. Lawatan ini dihadiri oleh
wakil dari Yamaha Music Malaysia,
pegawai BPK dan JPN Negeri untuk
meninjau kesediaan sekolah-sekolah
tersebut dari aspek kesesuaian fasiliti dan
seterusnya memantau pelaksanaan KSSR
(Semakan 2017) Pendidikan Muzik.

Sekolah yang terlibat adalah:
• SK Chembong, Rembau
• SK Gangsa, Durian Tunggal
• SK Pulai, Merlimau
• SJKT Jasin, Melaka
• SJKC Kg Baru Mambau
• SK Sikamat, Negeri Sembilan
• SK Bukit Lanjan, Damansara
• SJKC Sg Buloh
• SK Taman Medan, Petaling Jaya
• SJKT Vivekananda, Petaling Jaya.

PEMURNIAN MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI DAN
PENYEDIAAN BAHAN SESI WACANA ILMU SECARA WEBINAR PEERS 'JADIKAN
SAYA SELAMAT'

Mesyuarat dan Bengkel Pemurnian Modul Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti
dan Bengkel Penyediaan Bahan Sesi Wacana Ilmu Secara Webinar PEERS 'Jadikan Saya
Selamat' telah diadakan pada 24 hingga 25 Mei 2022 di Kuala Lumpur. Seramai 23 orang
ahli panel telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Ketua Unit
Pendidikan Kesihatan, BPK iaitu Cik Tan Huey Ning. Mesyuarat tersebut bertujuan
mengemas kini maklumat berkaitan komponen Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan
Sosial (PEERS) dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan.

16

SESI LIBAT URUS PEMETAANKURIKULUM KURSUS MATEMATIK
BAGI PROGRAM SIJIL SISTEM KOMPUTER (SSK) DAN
RANGKAIAN DAN SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT (STM)
DENGAN KURIKULUM MATA PELAJARAN MATEMATIK
MENENGAH, KPM OLEH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK
DAN KOLEJ KOMUNITI (JPKK)

Sesi Libat Urus Pemetaan Kurikulum telah diadakan pada
3 Jun 2022 di Bilik Mesyuarat Jentayu, Aras 6 BPK. Sesi ini
telah dihadiri oleh lima orang pegawai UMMT dan enam
orang pegawai dari JPPKK yang diketuai oleh Timbalan
Pengarah Unit Mata pelajaran Umum Bahagian
Kurikulum, YBrs. Dr. Shahiza binti Ahmad Zainuddin.
Kurikulum SSK dan STM telah dibentangkan oleh JPPKK
untuk semakan dan input oleh pegawai UMMT. BPK
seterusnya membantu JPPKK mengenal pasti kesesuaian
pemetaan dengan tajuk dalam KSSM Matematik dan
Matematik Tambahan. JPPKK diminta melihat semula
pemetaan berkenaan dengan lebih terperinci dan
menambah baik berdasarkan cadangan dan maklum
balas daripada pihak BPK. Dokumen pemetaan yang
baharu telah disediakan oleh JPPKK dan pihak BPK telah
membuat pengesahan.

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN INTERAKTF PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF
DAN SOSIAL SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Bengkel ini diadakan pada 21 hingga 23 Jun 2022 di Sungai
Petani, Kedah dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
Sektor Kesenian dan Kesihatan, En. Ramlan bin Haji Abu Talib.
Seramai 24 orang panel terdiri daripada pegawai Unit Pendidikan
Kesihatan, SISC+, Pengetua, guru besar dan guru mata pelajaran
PJPK (Komponen Pendidikan Kesihatan) sekolah rendah dan
sekolah menengah dari zon utara. Bengkel diadakan bertujuan
untuk menghasilkan bahan interaktif PdP PEERS bagi membantu
proses instruksional kurikulum Pendidikan Kesihatan.

MESYUARAT PEMERIKSAAN CADANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS
TAHUN 2023 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERSAMA PIHAK
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Mesyuarat ini telah berlangsung pada 9 Jun 2023. BPK telah
membentangkan cadangan peruntukan tahun 2023 di bawah
Belanja Mengurus B.63 bersama Kementerian Kewangan bagi
memastikan semua aktiviti dan program yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan lancar.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Puan Nooraini Kamarudin,
Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum,
Puan Siti Hasmah Baharudin, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan
dan Puan Noor Zuhairah binti Saad, Penolong Akauntan, Sektor
Khidmat Pengurusan.

17

KURSUS PENINGKATAN
PROFESIONAL

KURSUS PASUKAN TINDAK BALAS KECEMASAN (ERT) BPK
Pada 7 Jun 2022, Unit Pentadbiran, Sektor
Khidmat Pengurusan telah mengambil inisiatif
menganjurkan Kursus Pasukan Tindak Balas
Kecemasan. Kursus ini dianjurkan bertujuan
untuk memberikan pendedahan asas
pencegahan dan pengurusan keselamatan
kebakaran kepada AJK Keselamatan Sektor
yang dilantik secara khusus.

Kursus ini telah berlangsung selama tiga hari
dan telah dianjurkan dengan kerjasama dari
Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7,
Putrajaya. Melalui kursus ini juga, peserta
telah diberikan pendedahan dengan
pelbagai aspek keselamatan am, dan
menjalani latihan praktikal serta tatacara
memadam kebakaran menggunakan alat
pemadam api mudah alih/ gelung hos.

SESI BROWN BAG

Sesi kali ini diadakan pada 3 Jun 2022 dan berfokus kepada
aktiviti pemetaan bagi Matlamat Pembangunan Mampan
dan Alam Sekitar dan Pemetaan Pendidikan Karakter. Hasrat
yang ingin dicapai melalui sesi perkongsian ini adalah
supaya semua ahli Sektor Sains Sosial mengambil maklum
tentang isi kandungan dan maklumat utama tentang dua
bentuk pemetaan yang melibatkan semua mata pelajaran
yang terkandung dalam kurikulum.

PERKONGSIAN PROFESIONAL KAJIAN RINTIS iNOVIS PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK (PBP) MUDAH TAHUN 2022

Perkongsian ini berlangsung pada 29 Jun
2022 dan merupakan projek rintis untuk
mengkaji kebolehlaksanaan kerangka
Pelaksanaan PBP yang dibangunkan oleh
BPK. Projek ini mengkaji pembelajaran dan
pengalaman guru novis serta murid dalam
PBP.

18

DATA PERJAWATAN MEI/JUN 2022
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PEGAWAI/STAFF BAHARU

Bil Nama Pegawai Gred Tarikh Masuk Tempat Bertugas Penempatan Baharu
Lama

1. Muhammad Izani bin Alias Penolong Pegawai Tadbir
2. Norhazilah binti Tahir N29 17.05.2022 Lantikan Baharu Sektor Kesenian dan
3. Zanurain binti Zolzaini
4. Hasliza binti Ramli Kesihatan

5. Dr. Teh Pei Ling Penolong Pegawai Tadbir
N29 17.05.2022 Lantikan Baharu Sektor Dasar dan

Penyelidikan Kurikulum

Penolong Pegawai Tadbir
N29 17.05.2022 Lantikan Baharu Unit Kewangan,

Sektor Khidmat Pengurusan

DG48 23.05.2022 Penolong Kanan Ketua Penolong Pengarah
Pendidikan Khas Unit Khas Masalah
SMK Seri Selayang Pembelajaran,
Sektor Pendidikan Khas

DG48 23.05.2022 Guru Akademik Penolong Pengarah
(K U P ) Biasa Unit Bahasa Inggeris,
SMK Taman Sektor Bahasa dan
Desaminium, Kesusasteraan
Selangor

6. Nor Azwa binti Ab. Mutalip DG48 04.07.2022 Guru Akademik Penolong Pengarah
Biasa Unit Pendidikan Seni Visual,
Sektor Kesenian dan
SMK Seksyen 16, Kesihatan
Selangor

Selamat bertugas di tempat baharu, selamat maju jaya..

1. Dr. Hasmira binti Alias (DG48) 2. Zainal Abidin bin Ismail (DG48 KUP)
Ketua Penolong Pengarah Berpindah ke SMK Saujana Putra,
Berpindah ke Unit Gubalan Akta dan Dasar
Sektor Pembangunan Dasar, Selangor.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Berkuatkuasa: 25.05.2022
Dasar Pendidikan, KPM.
Berkuatkuasa: 23.05.2022

19

BPK PRIHATIN

• Bonda Puan Rohaya binti Ibrahim dari Unit Khas Masalah

Pembelajaran, Sektor Pendidikan Khas telah meninggal dunia
pada 11 Mei 2022;

• Kekanda Puan Amal Farid binti Ibrahim dari Unit Literasi

Komputer, Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk
Teknologi telah meninggal dunia pada 14 Mei 2022;

Seluruh warga Bahagian Pembangunan Kurikulum turut rasa
berdukacita di atas kehilangan insan tercinta. Semoga seluruh
amal ibadahnya di dunia diterima olehNya serta keluarga yang
ditinggalkan diberikan ketabahan dan kesabaran atas dugaan
yang menimpa ini.

SIDANG REDAKSI

PENAUNG
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan

Pengarah BPK

KETUA EDITOR
Puan Nooraini binti Kamaruddin

Timbalan Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

EDI TOR
Puan Isnazhana bintiIsmail

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

PEREKA GRAFI K/PENYUNTING

Encik Mior Syazrilbin Mohamed Sapawi Puan Siti Zulikhabinti Zelkepli
Penolong Pengarah Penolong Pengarah

Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

AHLI JAWATANKUASA

Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh Cik Wan Nur Zamrud binti Shamsudin
Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas Sektor Kesenian dan Kesihatan

Dr. Siti Rahayu binti Muhammad Encik Zamhari bin Azman
Penolong Pengarah Penolong Pengarah

Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Sektor Sains dan Matematik

Cik Maria Ulfah binti Abdullah Saud Puan Hasneeda binti Mohd Sarip
Penolong Pengarah Penolong Pengarah

Sektor Prasekolah Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi

Cik Siti Khadijah binti Abdullah Puan Siti Zubaidah binti Karim
Penolong Pengarah Pegawai Eksekutif

Sektor Sains Sosial Sektor Khidmat Pengurusan

20


Click to View FlipBook Version