The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melaporkan aktiviti sepanjang bulan September dan Oktober 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2022-11-09 19:25:23

BULETIN BPK KELUARAN 5/2022

Melaporkan aktiviti sepanjang bulan September dan Oktober 2022

eISSN: 2811 - 4132 September & Oktober Keluaran 5/2022

PERTANDINGAN AKHIR 3-MINUTE PDP
PITCHING PERINGKAT KEBANGSAAN

Pertandingan 3-Minute PdP Pitching diadakan bagi menyemarakkan program
“Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan KPM Tahun 2022”. Pertandingan ini
memberi peluang kepada guru berkongsi inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan kepelbagaian pedagogi bilik darjah dan memupuk
daya kreativiti dalam kalangan guru. Kemuncak pertandingan ini diadakan dalam
Majlis Penutupan Pertandingan Akhir 3-Minute PdP Pitching Peringkat Akhir yang
diadakan pada 22 September 2022 (Khamis), bertempat di Menara Seri Wilayah,
Putrajaya. YB Menteri Kanan Pendidikan telah meluangkan masa untuk bersama-
sama dalam majlis ini seterusnya menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

SENARAI PEMENANG PERINGKAT AKHIR
BERDASARKAN KATEGORI

Individu Prasekolah
Johan: Cikgu Tang Ya Yew
SK Ulu Lemanak, Sarawak
Naib Johan: Cikgu Hazwani binti Othman
SK Paroi Jaya, Negeri Sembilan
Ketiga: Cikgu Rohaya binti Nanyan
SK Bertam Indah, Pulau Pinang

Individu Sekolah Rendah
Johan: Cikgu Rhap Renold Imbul
SK Patau-Patau, W.P Labuan
Naib Johan: Cikgu Ammar Naufal bin Mohd Anuar
SK Rendah Islam Cahaya Ummi, W.P Kuala Lumpur
Ketiga: Cikgu Anis Hanani binti Mohamad
SK Kiara Mas, W.P Kuala Lumpur

Individu Sekolah Menengah
Johan: Cikgu Syafiqah binti Nordin
SMK Taman Perumahan Bedaun, W.P Labuan
Naib Johan: Cikgu Mimi Norashikin binti Md. Jaini
SMK Panchor, Negeri Sembilan
Ketiga: Cikgu Wan Suziana binti Wan Embong
SMK Astana, Pahang

Individu Pendidikan Khas
Johan: Cikgu Iran Shah bin Ramatullah
SM pendidikan Khas Setapak, W.P Kuala Lumpur
Naib Johan: Cikgu Mohammad Shukri bin Mohd Zain
SK Pendidikan Khas Jalan Peel, W.P Kuala Lumpur
Ketiga: Cikgu Amril Nurman bin Lokman
SK Pendidikan Khas Jalan Peel, W.P Kuala Lumpur

2

3

REGIONAL MEETING ON ADVANCING NUCLEAR SCIENCE
EDUCATION FOR SUSTAINABLE DEVELOPMENT

Bengkel kerja ini telah diadakan pada
31 Oktober hingga 4 November di Putrajaya
melibatkan 48 orang peserta yang terdiri
daripada guru sains sekolah menengah,
pegawai tinggi KPM dan ahli akademik
universiti negara rantau Asia dan Pasifik.
Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan, Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum. Bengkel
kerja ini diadakan dengan tujuan untuk
berkongsi pengalaman dan pandangan
tentang pembangunan kurikulum berkaitan
bidang sains dan teknologi nuklear serta isu-isu
berkaitan pendidikan sains nuklear di
Malaysia. Program ini adalah di bawah projek
Kerjasama teknikal IAEA RAS-0091 “Supporting
Nuclear Science and Technology Education
at the Secondary and Tertiary Level” (Year
2022-2025).

4

MAJLIS PELANCARAN BULAN LITERASI KEWANGAN KPM 2022 DAN
BENGKEL KERJA ADAPTASI PENGINTEGRASIAN ELEMEN PENDIDIKAN
KEWANGAN DALAM PdP SEKOLAH MENENGAH

Bengkel ini diadakan pada 2 hingga 4 Oktober 2022 di Lanai Kijang, Bank
Negara Malaysia. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada
semua guru terhadap pengintegrasian elemen Pendidikan Kewangan dalam
pelaksanaan PdP di peringkat sekolah menengah. Bengkel ini juga turut
mempromosikan penggunaan Modul Pengintegrasian Elemen Pendidikan
Kewangan dalam Kurikulum Sekolah Menengah iaitu bahan sokongan
elemen merentas kurikulum iaitu Pendidikan Kewangan dalam PdP sekolah
menengah. Selain itu, para peserta didedahkan dengan teknik dan kaedah
pengintegrasian elemen Pendidikan Kewangan melalui 10 video PdP bagi
lima mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam untuk diadaptasi oleh guru dalam
PdP harian.

5

PROGRAM, BENGKEL DAN MESYUARAT

MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN
SEKTOR PENDIDIKAN

BPK selaku urus setia Jawatankuasa Kecil Pelaksana
Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan (JKKPBKSP)
secara kolaboratif dengan bahagian KPM
merealisasikan Majlis Sambutan Dekad Bahasa
Kebangsaan Sektor Pendidikan (MSDBKSP) Tahun 2022.
MSDBKSP tahun 2022 yang dirasmikan oleh YB Datuk Dr.
Radzi Jidin diadakan di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya pada 6 Oktober 2022.

Penganugerahan sijil penghargaan atas usaha

memartabatkan bahasa Kebangsaan

disampaikan dalam majlis tersebut. Dr. Suriati

binti Zakaria daripada SMK Jengka Pusat,

Pahang menerima sijil penghargaan sektor

pendidikan, manakala Ts. Adnan bin Dali

daripada Kolej Vokasional Sepang menerima sijil

penghargaan bagi kategori teknikal dan

vokasional. Selain itu, hadiah bagi pemenang

Aktiviti Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor

Pendidikan Tahun 2022 juga disampaikan dalam

MSDBKSP ini.

AKTIVITI DEKAD BAHASA KEBANGSAAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TAHUN 2022

BPK telah mengadakan sembilan Aktiviti Dekad Bahasa
Kabangsaan (ADBKSP) seperti yang berikut sepanjang
tahun 2022:
1. Swafoto Pantun “Keluarga BPK Berhari Raya”
2. Swafoto Pantun “Ibu Anak BPK”
3. Swafoto Pantun “Ayah Anak BPK”
4. Swafoto Pantun “Ayah Anak BPK”
5. Swafoto Sajak “Aku dan Kemerdekaan”
6. Pertandingan Tulisan Jawi Kreatif
7. Sayembara Nyanyian Lagu TradisionalSayembara

Nyanyian Lagu Kemerdekaan (Sambutan Bulan
Kemerdekaan)

ADBKSP dimeriahkan lagi dengan pemberian hadiah kepada tiga orang pemenang dan
hadiah sagu hati sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

6

BENGKEL KERJA PELAPORAN PELAKSANAAN PBL
STEM BERSEPADU

Bengkel kerja ini telah diadakan pada 17 hingga 18
Oktober 2022 di Bilik Mesyuarat Sri Duta. Bengkel kerja
ini bertujuan menyelaras pelaporan pelaksanaan
PBL STEM Bersepadu yang dilaksanakan bagi tahun 2022 di bawah Projek STEM Executive
Consultation (STEMEC). Bengkel kerja ini melibatkan 13 orang pegawai SISC+, tiga orang
penyelaras STEM sekolah dan tiga orang pegawai BPK.

BENGKEL KERJA PENYELARASAN TEKNIKAL MODUL PELAKSANAAN
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) STEM BERSEPADU

Bengkel kerja ini telah diadakan pada 26 hingga 28
Oktober 2022 di Bilik Mesyuarat Cenderawasih. Bengkel
kerja ini bertujuan untuk menyelaraskan kandungan
Modul Pelaksanaan PBL STEM Bersepadu mengikut
spesifikasi yang ditetapkan yang boleh digunakan oleh
guru mata pelajaran bidang STEM dan bukan bidang
STEM seluruh negara bagi melaksanakan projek secara
interdisiplin dengan berkesan. Selain itu, bengkel ini
bertujuan menyelaras susun letak kandungan Modul
Pelaksanaan PBL STEM Bersepadu dalam Google Site
yang merupakan medium utama pembelajaran kendiri
secara digital (e-pembelajaran) kepada semua guru
khususnya kepada guru yang melaksanakan PBL di
sekolah Projek STEM Executive Consultation (STEMEC).
Bengkel kerja ini melibatkan empat orang pegawai
SISC+, 11 orang guru dan tiga orang pegawai BPK.

7

PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH
ALAM SEKITAR (SLAAS) SESI 2020/2022

Program ini diadakan pada 22 Oktober 2022 anjuran
Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan tujuan untuk membentuk persekitaran
sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan,
kurikulum, kokurikulum, penghijauan dan elemen khas.
Program ini memberi peluang kepada murid-murid dan
warga sekolah untuk membudayakan gaya hidup
lestari di kawasan dan persekitaran sekolah, rumah,
komuniti setempat, masyarakat dan seterusnya negara.
Majlis penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam
Sekitar (SLAAS) Sesi 2020/2022 telah disempurnakan oleh
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Penerima anugerah sekolah lestari peringkat sekolah
menengah ialah SMK Seri Keramat Selangor yang
menerima hadiah sebanyak RM 10 000.00, manakala
penerima anugerah sekolah lestari peringkat sekolah
rendah ialah SK Air Merah Kedah yang menerima
hadiah sebanyak RM 10 000.00. En. Mhd Shafiee bin
Abd Ghani dilantik sebagai ketua juri peniIai bagi
sekolah rendah.

BENGKEL KERJA SEMAKAN DAN KEMAS KINI BUKU PENGURUSAN DAN KESELAMATAN
MAKMAL SAINS SEKOLAH

Bengkel kerja ini telah diadakan pada 1 hingga 2 September 2022 di Bilik Mesyuarat Sri Duta
dan 11 hingga 13 Oktober 2022 di Kuala Lumpur. Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan
input daripada bahagian KPM, JPN, PPD, pentadbir sekolah, guru dan wakil Kesatuan
Pembantu Makmal berkaitan cadangan penambahbaikan kandungan Buku Pengurusan dan
Keselamatan Makmal Sains Sekolah Edisi Kedua Tahun 2010. Selain itu, bengkel kerja ini
bertujuan mengemas kini kandungan Buku Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains
Sekolah untuk terbitan edisi terbaharu. Bengkel kerja ini melibatkan 56 orang peserta yang
terdiri daripada pegawai Bahagian, JPN, Pengetua, Guru Besar, guru dan pembantu makmal
sekolah.

8

PEMANTAUAN SEKOLAH PENARAFAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT)

Pemantauan Fasa 4 Siri 2 Sekolah Penarafan KBAT terhadap 26 buah sekolah yang
belum mencapai kriteria cemerlang pembudayaan KBAT telah dilaksanakan oleh
Pasukan Pembimbing KBAT KPM bermula 4 Oktober hingga 10 November 2022.
Pemantauan ini meliputi semakan dokumen, pemerhatian pengajaran dan
pembelajaran (PdP), sesi perbincangan dan bimbingan kepada pihak sekolah.

BENGKEL PENATARAN DOKUMEN DAN PEMUGARAN PEMBUDAYAAN KBAT

Bengkel ini diadakan pada 19 September sehingga 6 Oktober 2022 selama 4 hari di
setiap zon iaitu zon timur dan selatan di Kota Bharu, Kelantan, zon utara dan tengah di
Ipoh, Perak dan zon Sabah, Labuan dan Sarawak di Miri, Sarawak. Bengkel ini
merupakan kerjasama BPK dan Lembaga Peperiksaan dalam meningkatkan
kefahaman JPN, PPD dan guru cemerlang terpilih tentang pembudayaan KBAT di
sekolah serta pembinaan item pentaksiran KBAT di bawah program #20 PPPM:
Pembudayaan KBAT dalam Pembelajaran Abad ke-21.

9

BENGKEL KERJA PENATARAN INSTRUMEN STANDARD PENILAIAN
PEMBUDAYAAN KBAT DALAM PdP GURU DAN MURID (ISPPK) SERTA
BIMBINGAN DAN PEMENTORAN KEPADA JPN, SISC+ DAN GURU CEMERLANG
DI BAWAH INISIATIF #20 PPPM: PEMBUDAYAAN KBAT DALAM PEMBELAJARAN
ABAD KE-21 TAHUN 2022

Bengkel kerja ini dilaksanakan pada 14 Oktober di BPK kepada pegawai Jabatan
Pendidikan Negeri, SISC+ dan Guru Cemerlang setiap negeri. Bengkel kerja ini
bertujuan untuk memastikan pegawai yang hadir dapat memahami item dalam ISPPK
sebagai panduan dan pengukuran pembudayaan KBAT di sekolah dan dapat melatih
sekolah menggunakan ISPPK yang telah disediakan oleh BPK di negeri masing-masing.
Hasil penilaian menggunakan ISPPK ini diharap dapat membantu sekolah merancang
tindakan susulan bagi meningkatkan tahap KBAT dalam PdP guru dan murid.

BENGKEL KONSULTASI PEMBUGARAN MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI

Bengkel ini dilaksanakan pada 18 hingga 20 Oktober di Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah. Peserta yang terlibat dalam bengkel ini terdiri daripada Pegawai Sektor
Pembelajaran TVET JPN Sabah (JPNS) dan School Improvement Specialist Coach
(SISC+) Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setiap PPD Sabah.
Bengkel ini bertujuan untuk memastikan pegawai JPNS dan SISC+ TVET yang dipilih
dapat membuat perancangan untuk memastikan bimbingan dan pementoran
disampaikan kepada sekolah bagi meningkatkan kompetensi guru mata pelajaran
Reka Bentuk Teknologi (RBT). Pegawai Sektor Pembelajaran dan SISC+ didedahkan
dengan pengurusan mata pelajaran RBT yang melibatkan PCG dan pengurusan mata
pelajaran RBT.

10

BENGKEL PENGINTEGRASIAN DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PDP) BAGI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS TAHAP 1

Bengkel Digital dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) bagi Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Tahap 1
telah dilaksanakan secara berperingkat.
Bengkel bilangan 2 telah dilaksanakan pada
27 hingga 29 September manakala Bengkel
bilangan 3 pada 17 hingga 19 Oktober 2022.
Kedua-dua bengkel bertempat di Sektor
Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor dengan
pelibatan seramai 20 orang guru dan 6
orang pegawai. Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan bahan pengintegrasian
digital yang akan membantu guru-guru pendidikan khas melaksanakan PdP Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas dengan lebih berkesan. Bahan sokongan
yang dihasilkan akan dimuat naik dalam KPM PerkasaKU.

MESYUARAT PEMURNIAN PANDUAN ADAPTASI/AKOMODASI KURIKULUM
PENDIDIKAN KHAS SECARA INKLUSIF (BIDANG SAINS DAN MATEMATIK)

Mesyuarat tersebut dilaksanakan secara bersemuka di
Selangor dan Kuala Lumpur. Mesyuarat bilangan 1 ini
telah dilaksanakan pada 4 hingga 6 Oktober 2022,
manakala Mesyuarat bilangan 2 diadakan pada 18
hingga 20 Oktober 2022. Mesyuarat ini melibatkan
pensyarah IPG, guru cemerlang mata pelajaran arus
perdana, guru pendidikan khas dan pegawai Sektor
Pendidikan Khas. Mesyuarat ini bertujuan untuk
memurnikan buku panduan adaptasi/akomodasi
kurikulum pendidikan khas secara inklusif bagi bidang
bahasa, kemanusiaan serta bidang sains dan matematik
sebagai panduan kepada guru-guru dalam
melaksanakan PdP secara inklusif. Bahan exemplar PdP
yang dihasilkan ini diharapkan dapat membantu guru-
guru melaksanakan PdP dalam kelas inklusif.

BENGKEL KERJA PEMURNIAN MODUL PEMBELAJARAN MURID BERKEPERLUAN
PENDIDIKAN KHAS SOKONGAN MAKSIMUM DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

Bengkel tersebut dilaksanakan di BPK pada 26 dan 27 Oktober dengan pelibatan
pegawai Sektor Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, pensyarah IPG dan guru
JPN Melaka dan Selangor yang berjumlah seramai 12 orang. Bengkel bertujuan untuk
membincangkan kandungan draf Modul Pembelajaran Murid Berkeperluan Pendidikan
Khas (MBPK) Sokongan Maksimum di Peringkat Sekolah Rendah bagi mendapat
pengesahan kesesuaian. Peserta bengkel bersetuju dengan adaptasi model ‘Ecological
Life Skill Curriculum for Moderate to Severe Disabilities’ dengan penerapan elemen
‘Ecological System Theory’ oleh Brofenbrenner (1979). Pembelajaran bagi MBPK
sokongan maksimum pelbagai kategori ketidakupayaan perlu berfokus kepada
kemahiran berfungsi dan aktiviti intervensi yang boleh membantu mereka menjalani
kehidupan harian dengan baik dan seterusnya lebih bersedia untuk belajar.

11

BENGKEL KERJA PEMERKASAAN KURIKULUM SENI MUZIK, SENI TARI DAN
SENI TEATER SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)

Bengkel ini diadakan di Kuala Lumpur pada 27 hingga
29 September 2022. Bengkel ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan
kandungan kurikulum mata pelajaran bidang Seni
Muzik, Seni Tari dan Seni Teater. Seramai 46 orang
panel yang hadir terdiri daripada pegawai BPK,
pensyarah dari pelbagai universiti dan guru-guru
Sekolah Seni Malaysia.

BENGKEL LIBAT URUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
BAGI MATA PELAJARAN SAINS SUKAN TAHUN 2022

Bengkel ini diadakan di Negeri Sembilan pada 13 dan 14
September 2022 (Bil.1), Kuantan, Pahang pada 19 dan 20
September 2022 (Bil.2), Kota Kinabalu, Sabah pada 22 dan
23 September 2022 (Bil.3) dan di Kuala Lumpur pada 27 dan
28 September 2022 bagi bilangan ke-4. Bengkel ini
dianjurkan oleh Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan,
SKK, BPK. Peserta bengkel terdiri daripada pensyarah dan
guru-guru khusus dalam bidang Sains Sukan. Tujuan bengkel
ini diadakan adalah untuk mengumpul data penilaian
pelaksanaan kurikulum secara menyeluruh dari pelbagai
pihak dan menganalisis dapatan untuk keperluan penilaian
kurikulum Sains Sukan sedia ada.

LAWATAN BIMBINGAN DAN KONSULTASI KURIKULUM SERTA PROGRAM DI
BAWAH SEKTOR KESENIAN DAN KESIHATAN, BPK KEPADA PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN PADA 27 HINGGA 28
OKTOBER 2022

Program kunjung bimbing ini dianjurkan oleh SKK, BPK. Seramai sembilan orang pegawai
diketuai oleh TP SKK telah mengadakan sesi perbincangan dua hala dan lawatan ke
empat buah sekolah di Kuala Selangor. Pegawai PPD, SISC+, Pengetua, Guru Besar dan
panitia kurikulum sekolah-sekolah yang terlibat turut hadir untuk menjayakan sesi
tersebut.

Tujuan lawatan ini adalah untuk:

1) Meningkatkan kefahaman pegawai di PPD Kuala Selangor berkaitan pelaksanaan
KSSR dan KSSM mata pelajaran PJPK, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

2) Meningkatkan kefahaman pegawai di PPD Kuala Selangor berkaitan pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi KSSR dan KSSM mata pelajaran PJPK, Pendidikan
Seni Visual dan Pendidikan Muzik

3) meningkatkan kefahaman pegawai di PPD Kuala Selangor berkaitan pelaksanaan
SEGAK dan BMI 5-9T.

12

PEMANTAUAN PELAKSANAAN KSSR (SEMAKAN
2017) DAN KSSM BAGI PJPK (KOMPONEN PK)
PADA 24 SEPTEMBER HINGGA 28 OKTOBER 2022

Unit Pendidikan Kesihatan telah menjalankan
pemantauan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) dan
KSSM bagi PJPK (Komponen PK) pada 24 September
hingga 28 Oktober 2022 melibatkan empat buah
sekolah di Terengganu, empat buah sekolah di
Kelantan, empat buah sekolah di Perak, empat buah
sekolah di Selangor dan lima buah sekolah di Pulau
Pinang. Input dan maklum balas berkaitan
pelaksanaan KSSM diperoleh daripada guru-guru
sekolah rendah serta sekolah menengah untuk
menambah baik kurikulum Pendidikan Kesihatan selaras
dengan era pendidikan global dan Matlamat
Pembangunan Mampan (SDGs).

SESI LIBAT URUS BERSAMA SAMA AGENSI AWAM DAN SWASTA BERKAITAN
KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Sesi Libat Urus Bersama-sama Agensi Awam/
Swasta berkaitan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan telah diadakan pada 8
September 2022 di BPK. Sesi Libat Urus ini
bertujuan untuk mendapatkan input
daripada pihak agensi awam dan swasta
yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-
kanak tentang Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan.

13

SESI PERKONGSIAN DAN PERBINCANGAN
KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI

BERMAIN DI SEKOLAH DAERAH KUALA LANGAT

Sektor prasekolah telah mengenal pasti 12 sekolah
bagi pelaksanaan projek belajar melalui bermain
dengan bantuan pegawai prasekolah daerah Kuala
Langat. Selepas bengkel dilaksanakan, pegawai BPK
telah mengadakan sesi kunjung bimbing di semua
sekolah tersebut. Hasil bimbingan tersebut telah
dikongsikan dengan guru-guru tersebut pada
17 Oktober 2022.

Objektif projek ini adalah untuk:
i. Memperkasa pendekatan belajar melalui bermain di

prasekolah.
ii. Mempertingkatkan kefahaman guru tentang

kepentingan pendekatan belajar melalui bermain.
iii. Membantu guru menggunakan pendekatan belajar

melalui bermain dalam pengajaran dan pembelajaran.

BENGKEL KERJA PENGHASILAN BAHAN DIGITAL/
INTERAKTIF MATEMATIK AWAL

Bengkel kerja ini diadakan pada 17 hingga
21 Oktober 2022 di Makmal Prasekolah BPK
yang disertai oleh tiga orang pegawai BPK
dan lapan orang guru prasekolah daerah
Selangor. Bengkel kerja ini bertujuan untuk
membangunkan bahan digital/ interaktif
Matematik Awal untuk kegunaan guru dan
murid prasekolah. Bengkel kerja ini berjaya
menghasilkan dan menambah baik lapan
bahan digital atau interaktif Matematik Awal
untuk dikawal mutu oleh BPK sebelum
penyebaran.

14

KUNJUNG BANTU PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) DI
KELAS PRASEKOLAH DI SARAWAK, JOHOR DAN PERAK

Kunjung bantu ini diadakan pada bulan
Oktober dan melibatkan SK Merpati Jepang,
Kuching, Sarawak, SK Taman Kota Jaya Kota
Tinggi, Johor dan SK Khir Johari, Sungai
Sumun, Perak yang disertai oleh dua orang
pegawai BPK, JPN Johor, JPN Sarawak dan
JPN Perak serta guru prasekolah. PBP ini
bertujuan menjadikan sebuah sekolah di lima
negeri terpilih sebagai sekolah contoh
pelaksanaan strategi PBP. Hasil perbincangan
dapat membantu guru menentukan hala tuju
dan mengenal pasti kelebihan dan
kekurangan pelaksanaan projek.

KUNJUNG BANTU PENTAKSIRAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Kunjung bantu ini dilaksanakan di SK Taman Daya 2, Pasir Gudang, Johor pada 3 hingga 4
Oktober 2022 dan SK Bukit Padang, Kota Kinabalu serta SKPK Tuaran, Sabah pada 11 hingga
13 Oktober 2022, disertai oleh tiga orang pegawai BPK dan dua orang pegawai PPD. Kunjung
bantu ini bertujuan untuk membimbing guru prasekolah pendidikan khas dalam pelaksanaan
pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada PdP yang berkesan. Kunjung bantu ini
diharapkan dapat membantu guru mendapatkan panduan berkaitan pelaksanaan
pentaksiran di kelas prasekolah pendidikan khas.

BENGKEL KERJA PEMBINAAN LAGU
KANAK-KANAK BERTEMAKAN STEM+A

DI KELAS PRASEKOLAH

Bengkel kerja ini diadakan pada 20 hingga 21
Oktober 2022 di Makmal Prasekolah BPK yang
disertai oleh empat orang pegawai BPK dan lima
orang guru prasekolah. Bengkel ini bertujuan untuk
membangunkan 10 lagu kanak-kanak bersertakan
lirik dengan notasi bertemakan STEM + A yang
berkualiti. Bengkel ini telah berjaya menghasilkan 10
lagu kanak-kanak bersama-sama lirik dan notasi
serta dimuat naik ke portal BPK dan SumberKU.

15

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL

Webinar ‘Jom Kenali KIK’

Pada 28 Oktober 2022, webinar ini telah diadakan
secara dalam talian yang dihadiri oleh warga
BPK. Webinar ini diadakan dengan tujuan untuk
menggalakkan warga BPK berfikiran kreatif dan
inovatif. Selain itu, menggalakkan warga BPK
mengambil bahagian dalam Pertandingan KIK
peringkat BPK pada tahun 2023 dan kelak, dapat
mewakili BPK ke peringkat yang lebih tinggi.
Webinar ini telah disampaikan oleh Encik
Mahathir Fansuri bin Azizan, Pensyarah Kanan,
Institut Aminuddin Baki.

SESI LATIHAN PENGENDALIAN MESIN PERCETAKAN

Sesi Latihan Pengendalian Mesin Percetakan secara Hands-On anjuran
bersama Sektor Khidmat Pengurusan dan Syarikat Infotech Link Sendirian
Berhad telah diadakan pada 4 Oktober 2022 bermula pukul 9.00 pagi
sehingga 4.00 petang bertempat di Bilik Percetakan, Aras 4, Blok E9, BPK.

Seramai 10 orang peserta yang terlibat secara langsung dalam sesi
latihan mengendalikan mesin percetakan ini. Objektif utama sesi latihan
ini adalah untuk memantapkan kemahiran dalam mengendalikan
mesin pencetak dan fungsi-fungsi mesin yang berkaitan serta
meningkatkan lagi tahap kecekapan pegawai menangani isu-isu
percetakan.

TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN KERAJAAN BPK

Pada 31 Oktober 2022, seramai 70 orang peserta terlibat dalam
satu taklimat berkaitan urusan kewangan dan perolehan
Kerajaan yang diadakan di Kompleks Setia Perdana, Jabatan
Perdana Menteri melibatkan pegawai dan Anggota Kumpulan
Pelaksana. Taklimat tersebut dirasmikan oleh Puan Nooraini binti
Kamaruddin, Timbalan Pengarah Kanan, Kluster Dasar dan Sains
& Teknologi. Manakala, taklimat telah disampaikan oleh
seorang penceramah dari Commerce Dot Com Sendirian
Berhad dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan.

Objektif utama taklimat ini adalah untuk menambah
pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan serta
perolehan kerajaan secara am. Selain itu, taklimat ini juga
menerangkan peraturan-peraturan dalam pengurusan
kewangan dan perolehan kerajaan berdasarkan pekeliling
serta arahan yang berkuat kuasa untuk mendorong
kecemerlangan organisasi.

16

PERKONGSIAN ILMU

Jom Tingkatkan Kemahiran! "Guru Kreatif, Murid Aktif" Siri Bahan
Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022

Pada 8 hingga 9 September 2022, BPK telah mengadakan perkongsian ilmu
kepada warga pendidik bagi memberikan pendedahan Bahan Sokongan BPK
(BSBPK). Perkongsian tersebut telah dilaksanakan menerusi Channel Youtube
EDUWEBTV bersama-sama panel penulis BSBPK. Seramai 32815 penonton telah
mengikuti perkongsian ilmu selama dua hari tersebut.

JASAMU DIKENANG

Selamat Bersara…Encik Muhammad Nasir bin Darman

Pada 31 Oktober 2022, satu majlis ringkas telah
diadakan bagi mengenang jasa dan bakti
Encik Muhammad Nasir bin Darman yang telah
berkhidmat di Bahagian Pembangunan Kurikulum
sejak tahun 2013. Beliau telah dilantik sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah
Gred DG6 sejak 1 Mac 1988 dan telah disahkan
dalam perkhidmatan dengan gred DG3 pada
1 November 2000. Beliau juga telah menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun
2007. Justeru, beliau telah dinaikkan pangkat ke gred
DG54(KUP) pada 1 November 2021 dan memilih untuk
bersara pilihan pada 1 November 2022. Semoga
beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan peroleh
keberkatan dunia dan akhirat.

17

Sekapur Sireh Seulas Pinang

MAKLUMAT PERJAWATAN BPK
(SEPTEMBER HINGGA OKTOBER 2022)

PEGAWAI/STAF BAHARU

Bil Nama Pegawai Gred Tarikh Masuk Tempat Bertugas Lama Penempatan Baharu

1. Mohd Azizun bin H11 15.09.2022 Perbadanan Tabung Pemandu Kenderaan
Mohamed Ariffin Pendidikan Tinggi Unit Pentadbiran
Nasional, Sektor Khidmat
Pengurusan
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

2. Nur Izzatul Syahirah Tan DG48(KUP) 29.09.2022 Bahagian Tajaan Penolong Pengarah
binti Abdullah Pendidikan, KPM Unit Ekonomi dan

Pendidikan Kewangan
Sektor Sains Sosial

3. Muhamad Zaiful bin DG44 30.09.2022 Bahagian Tajaan Penolong Pengarah
Zainal Abidin DG44 Pendidikan, KPM Unit Komunikasi,
DG44 Dokumentasi dan

Kualiti Bahan Sumber
Sektor Dasar dan

Penyelidikan Kurikulum

4. Mohamad Sufaisul bin 25.10.2022 Pegawai Pengurusan Penolong Pengarah
Shamsudin Institut Pendidikan Guru, Unit Pendidikan Sivik
dan Pendidikan Moral
Kampus Ilmu Khas,
Wilayah Persekutuan Sektor Sains Sosial

Kuala Lumpur

5. Zuraida binti Mohamed 25.10.2022 Guru Akademik Biasa SMK Penolong Pengarah
Aidin USJ 23, Selangor Unit Pendidikan
Seni Visual

Sektor Kesenian dan
Kesihatan

Bersara

Bil. Nama Pegawai Sektor Tarikh
Prasekolah
1. Saripah Faridah binti 1.9.2022
Syed Khalid @ Syed Ariffin (Bersara Pilihan)

18

PEGAWAI/STAF BERTUKAR KELUAR

Bil Nama Pegawai Gred Tarikh Tempat Bertugas Lama Penempatan Baharu
Kuatkuasa

1. Mior Syazril bin Mohamed DG44 01.10.2022 Penolong Pengarah Bahagian Tajaan
Sapawi Unit Perancangan Kualiti Pendidikan, KPM

dan Pembangunan Bahagian Tajaan
Profesionalisme Pendidikan, KPM
Sektor Dasar dan

Penyelidikan Kurikulum

2. Hazlifhadiahana binti Rosli DG44 01.10.2022 Penolong Pengarah
Unit Pendidikan Muzik
Sektor Kesenian dan

Kesihatan

3. Noraida Md. Idrus DG44 01.10.2022 Penolong Pengarah
Unit Matematik dan
Matematik Tambahan Bahagian Tajaan
Sektor Sains dan Matematik Pendidikan, KPM

4. Maria Ulfah binti Abdullah DG44 07.10.2022 Penolong Pengarah Bahagian Tajaan
Saud Unit Kemanusiaan Awal Pendidikan, KPM

Sektor Prasekolah Bahagian Tajaan
Pendidikan, KPM
5. Alyenda binti Ab Aziz DG44 16.10.2022 Penolong Pengarah
Unit Sains Hayat

Sektor Sains dan Matematik

6. Mohd Shazlan bin DG48(KUP) 17.10.2022 Penolong Pengarah Bahagian Tajaan
Shahudin (PC) Unit Pendidikan Seni Visual Pendidikan, KPM

Sektor Kesenian dan
Kesihatan

7. Zurina binti Zulkarnain DG54 31.10.2022 Timbalan Pengarah Timbalan Pengarah
Sektor Prasekolah Sektor Perancangan

Makro Pendidikan
Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

NAMA KELAHIRAN ANAK PERTAMA DI BPK TARIKH KELAHIRAN
1. Nadiah binti Kamarhudin SEKTOR 21 Oktober 2022

Sektor Khidmat Pengurusan

19

SIDANG REDAKSI

PENAUNG
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan

Pengarah BPK

KETUA EDITOR
Dr. Azwan bin Abd Aziz

Timbalan Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

EDITOR
Puan Isnazhana binti Ismail

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

PEREKA GRAFIK/ PENYUNTING
Encik Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin Puan Siti Zulikha binti Zelkepli

Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

AHLI JAWATANKUASA

Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh Cik Wan Nur Zamrud binti Shamsudin
Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas Sektor Kesenian dan Kesihatan

Dr. Siti Rahayu binti Muhammad Encik Zamhari bin Azman
Penolong Pengarah Penolong Pengarah

Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Sektor Sains dan Matematik

Cik Mujimah binti Mujim Puan Hasneeda binti Mohd Sarip
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Prasekolah Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi

Cik Siti Khadijah binti Abdullah Puan Siti Zubaidah binti Karim
Penolong Pengarah Pegawai Eksekutif
Sektor Sains Sosial Sektor Khidmat Pengurusan


Click to View FlipBook Version