The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Aktiviti organisasi sepanjang bulan November dan Disember 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2023-01-11 20:55:10

Buletin BPK Keluaran 6/2022

Aktiviti organisasi sepanjang bulan November dan Disember 2022

eISSN: 2811 - 4132 November & Disember Keluaran 6/2022

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH
PELANTIKAN PANEL PAKAR

RUJUK KURIKULUM SEJARAH DAN
BUKU TEKS SEJARAH

LANTIKAN TAHUN 2023-2027
OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN

Majlis ini diadakan pada 22 Disember 2022
di Bilik Mesyuarat Utama, KPM. YB Menteri
Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan,
Datuk KPPM, TKPPM Dasar dan Kurikulum
serta pengurusan tertinggi BPK dan BSTP
telah menghadiri majlis ini. Tujuan majlis ini
diadakan adalah untuk melantik panel rujuk
pakar baharu secara berwasit mengikut SOP pelantikan seperti yang termaktub
dalam terma rujukan Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah.

1


WORLD
CONFERENCE ON
EARLY CHILDHOOD CARE
AND EDUCATION 2022

(WCECCE)

Persidangan ini diadakan pada 14 hingga
16 November 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
WCECCE melibatkan lebih 1500 peserta.
Delegasi KPM diketuai oleh Tuan Haji Azman
bin Haji Adnan, Pengarah BPK dan diiiringi
oleh En. Tajul Effandy bin Hassan dan Cik
Zaihasra binti Zainol Abidin mewakili BPSHA.

WCECCE bertujuan untuk memperbaharui
komitmen negara anggota dalam
membangunkan polisi berkaitan Early
Childhood Care and Education (ECCE) bagi
memastikan sistem ECCE yang efektif dan
berakauntabiliti, meningkatkan jalinan
kerjasama dengan pelbagai pihak
berkepentingan serta meningkatkan
pelaburan dalam bidang ECCE.

Persidangan ini melibatkan sesi
pembentangan plenari, pembentangan
selari, sesi pembentangan pemimpin
negara, resepsi kebudayaan dan lawatan
ke sekolah amalan terbaik. Pengarah BPK
mewakili Malaysia telah membentangkan
pendirian negara berkaitan komitmen dan
inisiatif ke arah memastikan pendidikan
awal kanak-kanak yang berkualiti diberikan
kepada kanak-kanak di Malaysia.

Negara anggota telah membincangkan
komitmen setiap negara dalam
pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak
berdasarkan empat tema yang telah
ditetapkan seperti yang berikut:
i. Inklusif, kualiti dan kesejahteraan.
ii. Pasukan ECCE.
iii. vInovasi dan daya tahan.
iv. Kewangan, polisi dan tadbir urus.

Persidangan ini juga turut membangunkan
deklarasi yang telah dipersetujui oleh
anggota iaitu “Tashkent Framework for
Action on ECCE”.

2


PROGRAM/MESYUARAT/BENGKEL

KUNJUNG BIMBING PELAKSANAAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

MENENGAH SEKTOR SAINS SOSIAL

Kunjung bimbing ini diadakan mulai Jun
hingga November 2022 yang melibatkan
semua zon di Malaysia. Tujuan kunjung
bimbing ini adalah untuk menilai dan mengesan
pelaksanaan KSSM secara menyeluruh di peringkat sekolah.
Data yang diperolehi akan digunakan untuk melaksanakan
semakan kurikulum.

BENGKEL PEMUGARAN MERUNGKAI KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH (PBD) SEKTOR SAINS SOSIAL (SSS) BAGI SEKOLAH RENDAH DAN
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN
SECARA DALAM TALIAN

Bengkel ini diadakan pada 29 dan 30
November 2022. Seramai 3947 orang guru,
Pegawai JPN dan SISC+ seluruh Malaysia
menghadiri bengkel ini. Bengkel pemugaran
ini dilaksanakan untuk merungkai kandungan
kurikulum dan PBD sebagai tindak susul
kepada dapatan program Kunjung Bimbing
dan Pemantauan Pelaksanaan KSSR dan
KSSM.

3


PEMERIKSAAN BAJET PERMOHONAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN BAHARU DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE-12 (RMKe-12)

ROLLING PLAN 4 (RP4) TAHUN 2024

Sesi pemeriksaan bajet anjuran BPPDP ini telah diadakan di
Bilik Mesyuarat Tanjung, KPM dengan dipengerusikan oleh
YBrs. Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Ketua Nazir
Sekolah (menjalankan tugas TKPPM Sektor Dasar dan
Kurikulum) pada 12 hingga 15 Disember 2022. Tujuan sesi ini
adalah untuk memeriksa semua permohonan projek
di bawah RMKe-12 RP4 tahun 2024. BPK membentangkan
permohonan Projek Naik Taraf Bilik Khas, Pembekalan Bahan
dan Peralatan.

BENGKEL KERJA PENETAPAN PENILAIAN AKHIR PROGRAM MODULAR
PETUNJUK PRESTASI UTAMA KOHORT PERTAMA AMBILAN
(KPI) INISIATIF PPPM BAGI
2017-2021 PERSIJILAN KEMAHIRAN
TAHUN 2023 MALAYSIA BAGI MURID BERKEPERLUAN

Bengkel anjuran Unit Pelaksanaan PENDIDIKAN KHAS (MBPK)
dan Prestasi Pendidikan (PADU) ini
diadakan pada 31 Oktober Hasil pemantauan dan kunjung bimbing yang
hingga 7 November 2022. Objektif dijalankan sepanjang tahun 2021 dan 2022
bengkel kerja ini diadakan untuk berjaya membantu PPKI mendapat status
menetapkan KPI Inisiatif PPPM Pusat Bertauliah Cawangan. Pihak BPK
bagi tahun 2023. Seramai lapan menyediakan soalan penilaian akhir untuk
orang pegawai BPK sebagai diduduki oleh kohort pertama yang mengambil
Pengurus Program dan Ketua Alur Persijilan Kemahiran Malaysia Modular pada
Kerja bagi Inisiatif #20: tahun ini. Seramai 274 MBPK telah selesai
Pembudayaan Kemahiran Berfikir menduduki Penilaian Akhir Program Modular
Aras Tinggi (KBAT) dan Inisiatif Kohort Pertama dan telah menunjukkan
#49: Pengukuhan Pendidikan prestasi cemerlang dengan pencapaian
STEM terlibat dalam bengkel ini. CGPA 3.8.

4


KUNJUNG BIMBING DAN KONSULTASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

SPKhas, BPK telah memberi perkhidmatan konsultasi
kepada pegawai PPD Seberang Perai Selatan, Pulau
Pinang pada 1 hingga 3 November 2022. Aktiviti
konsultasi memberi peluang kepada mereka untuk
berkongsi input dan mengutarakan isu serta
cabaran yang dihadapi berkaitan kurikulum seperti
PBD, mata pelajaran kemahiran vokasional spesifik,
pendekatan bertema dan pendidikan inklusif. Sesi
perkongsian dan perbincangan ini menjadi pelantar
kepada jaringan kerjasama profesional yang
berterusan antara pegawai BPK dengan pegawai
PPD Seberang Perai Selatan.

STANDARD KOMPETENSI DIGITAL MURID
(SKDM) KPM

BPK merupakan Peneraju Teras 1: Murid Fasih Digital
di bawah Dasar Pendidikan Digital telah
mengadakan sesi perbincangan bersama-sama
UiTM Technoventure Sdn. Bhd (UTV) pada 11
November 2022. UTV merupakan perunding yang
telah dilantik oleh KPM bagi menghasilkan SKDM
yang diperlukan oleh setiap murid sebagai
persediaan bakat dalam menghadapi era IR 4.0.

MESYUARAT KAWAL KUALITI VIDEO PdP
KSSR DAN KSSM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mesyuarat Kawal Kualiti Video PdP KSSR dan
KSSM telah diadakan pada 9 Disember 2022 di
BPK. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh TP SKK.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
menilai video PdP yang dihasilkan oleh pegawai
UPSV dengan kerjasama guru-guru PSV bagi
memenuhi kriteria penerbitan bahan sokongan
digital yang telah ditetapkan mengikut
panduan penilaian teknikal bahan terbitan BPK.

5


SESI KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL (PLC) PERKONGSIAN

PELAKSANAAN STRATEGI PdP
DI PUSAT PEMBELAJARAN

PLC Perkongsian Pelaksanaan Strategi PdP di
Pusat Pembelajaran diadakan pada 29
November 2022 di Makmal Prasekolah, BPK.
Sesi PLC ini bertujuan untuk memantapkan
pemahaman guru prasekolah SK Putrajaya
Presint 14(1) dan SK Putrajaya Presint 18(1)
berkaitan pelaksanaan strategi PdP di pusat
pembelajaran untuk mewujudkan dua buah
sekolah di WP Putrajaya sebagai sekolah
model. PLC ini telah dipengerusikan oleh Ketua
Unit STEM Awal Sektor Prasekolah.

BENGKEL KERJA PENILAIAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL MURID DAN
PENGENALPASTIAN AKTIVITI BERKAITAN PENDIDIKAN DIGITAL DALAM
MATA PELAJARAN

BPK telah diberi tanggungjawab

untuk menghasilkan Standard

Kompetensi Digital Murid (SKDM)

yang akan diguna pakai sebagai

kayu ukur kompetensi digital

murid mengikut tahap

persekolahan. Perunding yang

dilantik oleh KPM telah berjaya

menghasilkan draf SKDM dan kini

dalam proses penilaian. Pegawai

pakar mata pelajaran BPK telah

dijemput ke bengkel ini untuk

membuat penilaian SKDM dan

memberi cadangan aktiviti yang

sesuai berdasarkan mata

pelajaran bagi standard yang

dinyatakan pada 16 November

2022.

6


PERSIDANGAN PENGURUS SUMBER MANUSIA (HRMC) KPM,
ZON TIMUR TAHUN 2022

Pada 28 hingga 29 Oktober 2022, BPSM telah
menganjurkan Persidangan Pengurus
Sumber Manusia (PSM) yang juga dikenali
sebagai Human Resources Managers
Conference (HRMC), Zon Timur di Kuala
Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Persidangan ini telah dipengerusikan oleh
Setiausaha Bahagian, BPSM yang turut
menghimpunkan semua Pengurus Sumber
Manusia di setiap bahagian dan JPN. BPK
telah diwakili oleh seorang pegawai, Pn. Siti
Zubaidah binti Karim, Unit Sumber Manusia,
Sektor Khidmat Pengurusan.

HRMC merupakan satu pelantar antara BPSM dan PSM untuk membincangkan isu-isu
berhubung pengurusan sumber manusia, saling bertukar pengalaman berasaskan amalan
terbaik dalam pengurusan. PSM agensi berpeluang mendapat pandangan atau penjelasan
serta berkongsi maklumat dasar dan peraturan dalam perkhidmatan awam.

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PELAN ANTI RASUAH NASIONAL KPM BAGI
INISIATIF 2.4.5: MEMBERI PENEKANAN YANG LEBIH TERHADAP KEPENTINGAN
NILAI MURNI DALAM SILIBUS PENDIDIKAN PRASEKOLAH

BPK telah dipertanggungjawabkan sebagai
peneraju inisiatif 2.4.5: Memberi Penekanan
yang lebih Terhadap Kepentingan Nilai Murni
dalam Silibus Pendidikan Prasekolah.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan semenjak
tahun 2019 untuk memberi penekanan yang
lebih terhadap nilai murni dalam kalangan
murid.

Seramai lima orang pegawai BPK dan 16 orang pegawai daripada pelbagai bahagian KPM
dan agensi telah menghadiri mesyuarat ini secara dalam talian pada 1 November 2022.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Prasekolah, BPK. Agenda utama
mesyuarat iaitu membentangkan status dan pelaporan aktiviti bagi tahun 2022 serta
perancangan aktiviti tahun 2023.

MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT KETUA SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN
BERSAMA – SAMA WARGA SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN

Majlis ini diadakan pada 9 Disember 2022 bertempat di
Atrium Cendikia, BPK. Penyampaian amanat oleh Ketua
Sektor Khidmat Pengurusan, BPK kepada warga SKP.

Majlis ini diadakan bagi memupuk semangat kerja
berpasukan dalam usaha mempertingkatkan kualiti
kerja pengurusan BPK.

7


PROJEK STUDIO MINI BAHAGIAN PELANTIKAN SEBAGAI MUNSYI DEWAN
PEMBANGUNAN KURIKULUM (BAHASA)

Dr. Mazlan bin Ismail, Ketua Penolong
Pengarah Unit Bahasa Melayu, Sektor
Bahasa dan Kesusasteraan telah menerima
watikah pelantikan sebagai Munsyi Dewan
(Bahasa) pada 19 Disember 2022.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset
Kerajaan (JKPAK) Bil.3 Tahun 2021, BPK telah
memutuskan untuk mengadakan satu projek
khas iaitu ‘Projek Studio Mini’.

Projek ini berjaya dilaksanakan hasil Antara peranan dan tanggungjawab yang
perbincangan antara wakil SKP, SKK dan perlu dipikul oleh munsyi:
STMRBT bersama-sama BPLTV. Sebuah bilik
khas di Aras 8 telah diselenggara mengikut • Menyampaikan maklumat mengenai
kesesuaian bagi tujuan pengoperasian bahasa Melayu seperti yang telah
sebagai sebuah ‘Studio Mini’ dan telah diputuskan oleh DBP.
beroperasi sepenuhnya sejak 2 Disember
2022. • Membantu DBP dalam menyampaikan
kursus, ceramah dan taklimat bahasa
Projek ini memberi peluang kepada warga Melayu.

BPK untuk meningkatkan kemahiran • Menjaga nama baik DBP kerana
Munsyi Dewan telah dilantik atau
videografi dan penyuntingan video. ditauliahkan oleh DBP.

KURSUS KURSUS PEGAWAI DAN AKP BAHARU 2022
PENINGKATAN

PROFESIONAL Kursus ini diadakan mulai 1 November sehingga 6 Disember

2022 secara bersiri pada setiap hari Selasa. Seramai 50

warga BPK telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Kecemerlangan pegawai dan

AKP baharu ini terserlah melalui pengurusan Perhimpunan Bulanan terakhir BPK bagi

tahun 2022. Perhimpunan pada 19 Disember 2022 ini merupakan penutup kursus

tersebut.

8


Jasamu Dikenang…

MAJLIS PERSARAAN
PN. REGINA A/P JOSEPH CYRIL

Satu majlis ringkas diadakan bagi meraikan
Pn. Regina a/p Joseph Cyril yang bersara wajib pada
7 November 2022. Pn. Regina a/p Joseph Cyril telah
berkhidmat di BPK pada 16 April 2000 sebagai pegawai
kurikulum di UPSPV, SKK. Beliau kemudiannya ditukarkan ke
UBI, SBK pada Mac 2003. Pada 16 Mei 2014, beliau ditukarkan
ke SPra sehingga beliau bersara pada usia 56 tahun sebagai
KPP, UKA. BPK merakamkan sekalung penghargaan kepada
Pn. Regina yang telah berkhidmat dan menabur bakti
sepanjang perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam
selama 22 tahun.

MAJLIS PERSARAAN DR. HJ. KASHRY BIN AB RANI

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan
persaraan Timbalan Pengarah SPKhas,
Dr. Hj. Kashry bin Ab Rani yang telah
berkhidmat selama 36 tahun dalam dunia
Pendidikan. Beliau mula bertugas di PPK
pada 19 Julai 1997 sebagai Penolong
Pengarah. Setelah berkhidmat di beberapa
unit seperti Unit Penilaian dan Penyelidikan,
beliau bersara sebagai Timbalan Pengarah
SPKhas, BPK. Beliau bersara wajib pada
8 Disember 2022. BPK mendoakan agar
Dr. Kashry sentiasa ceria dan bahagia di
samping keluarga tercinta.

MAJLIS PERSARAAN
PN. FATIYAH BINTI ZAKARIA

Pada 5 Disember 2022, satu majlis ringkas diadakan
bagi meraikan persaraan Pn. Fatiyah binti Zakaria
yang telah bersara pilihan pada 31 Disember 2022.

Perkhidmatan beliau bermula sebagai seorang Jurutaip pada 16 Julai 1991 dan disahkan
dalam perkhidmatan pada 16 Julai 1994. Beliau menerima lantikan kedua sebagai
Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) gred N19 berkuatkuasa pada 2 Julai 2001.

Pada 1 Februari 2003, beliau telah bertukar dari SK Jalan Peel, KL ke BPK dan dinaikkan
pangkat ke gred N22(KUP) berkuatkuasa 2 Julai 2014. Beliau juga dikurniakan Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2010.

BPK menzahirkan jutaan penghargaan buat Pn. Fatihah yang telah menabur bakti dalam
perkhidmatan selama 19 tahun di BPK sejak 1 Februari 2003 dan bersara pada usia 56
tahun.

9


Sekapur Sireh SeulasPinang

DATA PERJAWATAN OKTOBER HINGGA DISEMBER 2022
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PEGAWAI/STAF BAHARU

BIL NAMA GRED TARIKH TEMPAT BERTUGAS PENEMPATAN BAHARU
PEGAWAI DG44 MASUK LAMA
Unit Pendidikan Sivik dan
1. Mohamad DG44 25.10.2022 Institut Pendidikan Guru Pendidikan Moral
Sufaisul Bin Kampus Ilmu Khas Sektor Sains Sosial
Shamsudin
25.10.2022 SMK USJ 23, Selangor Unit Pendidikan Seni Visual
2. Zuraida Binti Sektor Kesenian Dan Kesihatan
Mohamed
Aidin N22(KUP) 21.11.2022 Bahagian Kewangan, Unit Sumber Manusia
N22(KUP) 21.11.2022 KPM Sektor Khidmat Pengurusan
3. Isma Roniza
Binti Ismail N19 30.11.2022 Bahagian Unit Sumber Manusia
Profesionalisme Guru, Sektor Khidmat Pengurusan
4. Norsuhailah
Binti Mohd Isa KPM Unit Pentadbiran
Lantikan Baharu Sektor Khidmat Pengurusan
5. Nur Fara Adilah
Binti Mohd DG44 12.12.2022 Unit Sumber dan Unit Khas Masalah Pembelajaran
Azlan Shah DG44 19.12.2022 Teknologi Pendidikan Sektor Pendidikan Khas
M41 02.12.2022 Sektor Pembelajaran
6. Anwar Bin Unit Reka Bentuk dan Teknologi,
Maran PPD Kuala Langat Sektor Teknologi Maklumat dan
Selangor
7. Nooraqma Reka Bentuk Teknologi
Aqmal Bin SMK Bandar Sri
Yunos Damansara 2 Sektor Khidmat Pengurusan
Wilayah Persekutuan
8. Noor Aishah Kuala Lumpur
Binti Mohd Nor Lantikan Baharu

PEGAWAI/STAF BERTUKAR KELUAR

BIL NAMA PEGAWAI GRED TARIKH MASUK TEMPAT BERTUGAS LAMA PENEMPATAN BAHARU

1. Mior Syazril Bin DG44 01.10.2022 Sektor Dasar dan Bahagian Tajaan
Mohamed Sapawi Penyelidikan Kurikulum Pendidikan, KPM
01.10.2022
2. Hazlifhadiahana DG44 01.10.2022 Sektor Kesenian dan Bahagian Tajaan
Binti Rosli 07.10.2022 Kesihatan Pendidikan, KPM
16.10.2022 Sektor Sains dan Matematik
3. Noraida Md. Idrus DG48 17.10.2022 Bahagian Tajaan
31.10.2022 Sektor Prasekolah Pendidikan, KPM
(KUP) Bahagian Tajaan
Sektor Sains dan Matematik Pendidikan, KPM
4. Maria Ulfah Binti DG44 Bahagian Tajaan
Sektor Kesenian dan Pendidikan, KPM
Abdullah Saud Kesihatan Bahagian Tajaan
Sektor Prasekolah Pendidikan, KPM
5. Alyenda Binti Ab Aziz DG44
Bahagian
6. Mohd Shazlan Bin DG44 Perancangan dan
Shahudin DG54 Penyelidikan Dasar
Pendidikan, KPM
7. Zurina Binti Bahagian
Zulkarnain Kewangan, KPM

8. Sharifah Binti Hj. N22 21.11.2022 Unit Pentadbiran, Sektor
Abdullah (KUP) Khidmat Pengurusan

10


PEGAWAI/STAF BERTUKAR KELUAR

BIL NAMA PEGAWAI GRED TARIKH MASUK TEMPAT BERTUGAS LAMA PENEMPATAN BAHARU

9. Siti Suhaila Binti Rasid N19 21.11.2022 Unit Sumber Manusia, Bahagian
28.11.2022 Sektor Khidmat Pengurusan Profesionalisme
10. Abdul Hamid Bin DG54 12.12.2022 Guru, KPM
Mohd Yunus (KUP) Unit Ekonomi dan Pendidikan SMK Dato’ Haji
27.12.2022 Kewangan Mohd Redza, Negeri
11. Halim Bin Jajuli DG52 27.12.2022 Sektor Sains Sosial Sembilan
(KUP) Unit Reka Bentuk dan Kolej Vokasional
Teknologi Sultan Ahmad Shah
12. Nor Azuad Bin Md DG44 Sektor Teknologi Maklumat Pahang
Yusof M44 dan Reka Bentuk
Unit Pendidikan Jasmani SK Taman Putra
13. Rohaslina binti Sektor Kesenian dan Perdana
Wahab Kesihatan Selangor

Sektor Khidmat Pengurusan Bahagian
Pengurusan Aset,
KPM

PEGAWAI/STAF BERSARA

BIL NAMA PEGAWAI SEKTOR TARIKH
1. Muhammad Nasir bin Darman Sektor Kesenian dan
2. Regina a/p Joseph Cyril 1 November 2022
3. Dr. Kashry bin Ab. Rani Kesihatan Bersara Pilihan

Sektor Prasekolah 7 November 2022
Bersara Wajib
Sektor Pendidikan Khas
8 Disember 2022
Bersara Wajib

4. Fatiyah binti Zakaria Sektor Khidmat 31 Disember 2022
Pengurusan Bersara Pilihan

11


12


13


14


15


BPK PRIHATIN

Seluruh warga kerja Bahagian Pembangunan Kurikulum turut rasa berdukacita
atas kehilangan insan tercinta.

Semoga segala amal ibadah di dunia diterima olehNya serta keluarga yang
ditinggalkan diberikan ketabahan dan kesabaran atas dugaan yang
menimpa ini.
Aamiin…

Salam Takziah…

➢ Bonda Encik Mohd Syazwan bin Jonit Unit Bahasa Inggeris, SBK telah kembali ke

rahmatullah 5 November 2022

➢ Ayahanda Encik Mohd Osmira bin Mohid Unit Sains Hayat, SSM telah kembali ke

rahmatullah pada 28 November 2022

16


Click to View FlipBook Version