The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin BPK Bil.1_2021_JanFeb_0403

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2021-03-04 04:38:30

Buletin BPK Keluaran1/2021

Buletin BPK Bil.1_2021_JanFeb_0403

WADAH BPK

Pelaksanaan Kurikulum bagi Tahun 2021
Tarikh: 8 Januari 2021 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Penyampai: YBrs. Dr. Latip bin Muhammad

Timbalan Pengarah Kanan
Kluster Dasar Sains & Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Moderator: En. Muhammad Zaiful bin Zainal Abidin
Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum versi 2.0:
“Specially for You Cikgu…”
Tarikh: 8 Januari 2021 (Jumaat)
Masa: 11.00 pagi
Moderator: Pn. Latifah binti Ideris
Penyampai: Pn. Siti Sarah binti Mohd Nor
Pn. Nuraini binti Abu Bakar
Cik Alyenda binti Ab. Aziz
Program Transisi Tahun Satu 2021
Tarikh: 8 Januari 2021 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Panel: YBhg. Datuk Dr. Habibah binti Abdul Rahim
YBrs. Dr. Latip bin Muhammad
En. Mohamed Salim bin Taufix Rashidi
Pn. Harlina binti Mohamad
Moderator: En. Tajul Effandy bin Hassan

Penjajaran Kurikulum 2.0
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 melibatkan semua mata
pelajaran Tahun Satu hingga Tingkatan Lima. Dokumen ini telah
dimuat naik ke dalam portal BPK. BPK telah mewujudkan War
Room bagi menjawab pertanyaan berkenaan pelaksanaan
penjajaran kurikulum dan Program Transisi Tahun Satu.

2

Program Transisi Tahun Satu 2021
Sektor Prasekolah telah menghasilkan Kit Program Transisi Tahun Satu 2021 dan Video Program
Transisi Tahun Satu 2021.

Pelaksanaan Jadual Waktu PdPR
Tarikh: 9 Februari 2021 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Penyampai: YBrs. Dr. Latip bin Muhammad

Timbalan Pengarah Kanan
Kluster Dasar Sains & Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Trio On Point: Program Transisi Murid Tahun 1
Tarikh: 22 Februari 2021 (Isnin)
Masa: 10.30 malam
Penyampai: YBrs. Dr. Latip bin Muhammad

Timbalan Pengarah Kanan
Kluster Dasar Sains & Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Program Radio Asyikfm
“Nu Nyenis Nanek Nekata”

Pegawai BPK daripada Unit Bahasa Etnik bertanggungjawab menyediakan bahan
pembelajaran bahasa Semai bagi program Radio Asyikfm “Nu Nyenis Nanek Nekata”
(Satu Hari, Satu Perkataan). Program ini telah disiarkan oleh Asyikfm bermula awal
bulan Februari hingga Disember 2021.

3

DIDIK TV KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

Satu saluran khas TV telah diwujudkan atas nama Didik TV Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Rancangan Didik TV KPM mula bersiaran selepas pelancaran dan perasmian yang
disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada tarikh 17 Februari 2021. Saluran khas Didik TV
Pendidikan bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Rancangan ini diadakan
bertujuan memastikan semua murid berpeluang mengikuti pelajaran terutamanya melalui
penggunaan televisyen semasa pandemik COVID-19. Pengisian rancangan merangkumi
kandungan kurikulum dan kokurikulum peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah.
BPK merupakan tunggak utama dalam menjayakan program Didik TV kerana terlibat dalam
penentuan mata pelajaran yang disiarkan dan jumlah slot bagi mata pelajaran terlibat. Pegawai
mata pelajaran BPK dari semua sektor terlibat dan bertindak sebagai pakar rujuk kandungan bagi
memastikan bahan penyampaian guru adalah menepati kehendak kurikulum.

4

ROAD TO SUCCESS SPM 2020

Program Road to Success SPM 2020 ini disediakan untuk dimanfaatkan oleh murid yang
sedang menghadapi peperiksaan SPM 2020 yang bermula pada 22 Feb hingga 25 Mac
2021. Objektifnya adalah untuk memberi peluang kepada murid luar bandar yang tidak
memperolehi akses internet bagi mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Rancangan
ini telah mula disiarkan pada 27 Januari sehingga 24 Mac 2021. Kandungan slot program
tersebut memberi fokus kepada bahan latih tubi dan tips menjawab soalan bagi semua
kertas peperiksaan SPM. KPM memperuntukkan sebanyak tiga jam waktu bersiaran
bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Manakala
peruntukan masa sebanyak enam jam pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad
bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari dan 3.00 hingga 6.00 petang. Selain itu,
siaran ulangan juga disediakan pada jam 8.00 hingga 9.00 malam setiap hari.

5

PELAKSANAAN KSMMPK
MATA PELAJARAN
KEMAHIRAN
VOKASIONAL
SPESIFIK
(KVS)

Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK)
menyediakan mata pelajaran kemahiran
vokasional kepada semua kategori murid
berkeperluan khas (MBK) di sekolah. KSSMPK
menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
berdasarkan standard industri National Occupational
Skills Standard (NOSS) yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK). Terdapat 10 mata pelajaran KVS
yang dibangunkan menggunakan NOSS seperti berikut:

• Pembuatan Pastri • Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga
• Reka Bentuk dan Multimedia Interaktif • Operasi Pengeluaran Tanaman
• Pembuatan Pakaian Wanita • Akuakultur
• Pembuatan dan Penyediaan Makanan • Pembuatan Perabot
• Pembuatan Roti
• Operasi Servis Makanan dan Minuman

KSSMPK berasaskan NOSS ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Kebangsaan Bil.1/2015 pada 5 Februari 2015. Kursus KSMMPK mata pelajaran KVS memberi
ruang untuk meningkatkan kemenjadian dan kebolehpasaran MBK. Ianya membantu
meningkatkan keupayaan MBK secara optimum dan menyediakan MBK dari segi kemahiran
kendiri, advokasi diri dan sosial yang membolehkan mereka lebih yakin diri dan mampu berdikari.

6

EKSA

EKOSISTEM KONDUSIF
SEKTOR AWAM

EKSA adalah penjenamaan semula Amalan 5S
dan diperkenalkan untuk menyokong kepada
pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.
Menyahut seruan tersebut, BPK telah
menyusun atur dan mengemas kini
stor dan ruang pantri di aras
masing-masing.

7

PERGERAKAN PEGAWAI

Dr. Bae Myung Suk, penutur jati Bahasa Korea di bawah Program Korean
Government Sponsored-Volunteer Teachers and Curriculum Developer
ditempatkan di Unit Bahasa Antarabangsa, SBK pada 10 Januari
2018 bagi mata pelajaran Bahasa Korea. Beliau telah berjaya
menyiapkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kontraknya sebagai
penggubal kurikulum Bahasa Korea di BPK telah ditamatkan
pada tahun 2021. Kini beliau ditempatkan di IPG Kampus
Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai dan bertugas
sebagai pensyarah dan penggubal kurikulum.

Nor Amilia binti Amerudin
(DG44) telah berkhidmat di BPK
selama 5 tahun sebagai pegawai
di Sektor Prasekolah. Beliau bertukar ke
SK Bandar Teknologi Kajang mulai 15.2.2021.

PEGAWAI YANG BERTUKAR SECARA DALAMAN DI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PADA TAHUN 2021
Sofian Azmi bin Tajul Arus (DG54) bertukar pada 29.1.2021 dari
STMRBT ke SSM sebagai Timbalan Pengarah SSM.

PEGAWAI DAN STAF BARU DI BPK PADA TAHUN 2021
11.01.2021: Nordiana binti Ahmad (DG48 KUP), dari SMK Taman Desa Skudai Johor ke Unit
Matematik dan Matematik Tambahan, SSM.
11.01.2021: Firdaus bin Zakeyuddin (DG44), dari SMK Senggarang, Johor ke Unit
Pendidikan Seni Visual, SKK.
04.01.2021: Mujimah binti Mujim (DG44), dari SK Bandar Sri Damansara 1, Selangor ke Unit
Prasekolah Pendidikan Khas, SPra.
25.01.2021: Zamhari bin Azman (DG44) masuk pada dari SMK Long Lama, Sarawak ke Unit
Sains Fizikal, SSM.
15.12.2020: Chiang Kok Wei DG48(KUP), dari SMK Permas Jaya 2, Johor ke SSM sebagai
Mentor TIMSS dan PISA.
Nurul Atiqah binti Atan (N19) lantikan baru pada 24.02.2021 ke unit SKP.
Azimah binti Nazir (N19) lantikan baru pada 24.02.2021 ke unit SKP.

8

Merupakan anak jati kelahiran Kuala Terengganu dan dilahirkan pada tanggal 29 Januari 1961.
Latar belakang pendidikan:
● Sarjana Muda Sains (B.Sc) bidang Fizik dan Matematik, Universiti Western Michigan, Amerika

Syarikat dengan biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1982)
● Sarjana Muda Sains (B.Sc) bidang Fizik dan Matematik (1982)
● Diploma Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1983)
● Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bidang Pengurusan Pendidikan pada tahun 2000 sebagai

penerima Hadiah Latihan Persekutuan.
● Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Sains (2007) di Universiti Kebangsaan Malaysia

sebagai penerima Hadiah Latihan Persekutuan. Fokus tesis: Tahap Budaya Sains dan Teknologi
murid dan impak pertambahan tempoh pembelajaran terhadap tahap budaya tersebut.

Pengalaman kerjaya di Bahagian Pembangunan Kurikulum:
● 2006 - Penolong Pengarah Unit Fizik, Sektor Sains dan Matematik (SSM)
● 2007- Ketua Unit, Unit Matematik Menengah, SSM
● Mei, 2011 sebagai Ketua Unit, Unit Sains Tulen, SSM.
● Ogos, 2011 - Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Khas
● 2016 - Ketua Sektor, SSM
● 2019 - Timbalan Pengarah, SSM (Jawatan selepas penstrukturan BPK)

Sumbangan Kepakaran:
● Pengurus Projek bagi makmal Kurikulum Inisiatif National Key Results Area (NKRA) pada tahun

2010.
● Panel temuduga bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan.
● Pengurus Projek Inisiatif #20 Pembudayaan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Abad ke-21

Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi tahun 2016 hingga 2019.
● Panel Tetap Makmal Kajian Semula Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Anugerah:
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM (1998)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM (2010)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM (2015)
Pingat Ahli Memangku Negara (A.M.N.), sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agung (2016)

9

BPK PRIHATIN

Musibah banjir melanda beberapa
buah negeri seperti Kelantan, Johor
dan Pahang pada bulan Januari 2021.
En. Abd Rasid bin Hj. Jali, Sektor
Pendidikan Khas ditimpa musibah
banjir yang menjejaskan kediamannya
di Raub, Pahang.

Dr. Kashry bin Ab. Rani , Timbalan Pengarah Sektor Pendidikan Khas
menyampaikan sumbangan Sektor kepada En. Abd Rasid bin Hj. Jali.

10

Sesungguhnya kita adalah milik Allah
dan kepada Allah jua kita kembali.

T
A Semoga

rohnya

K sentiasa
dicucuri
rahmat dan

Z ditempatkan
dalam
kalangan

I orang yang
beriman dan

A soleh.
H Kembali ke rahmatullah

pada 22 Januari 2021.

Allahyarham En. Mazlan bin Shamsuddin

____________________________________________________

Mantan Timbalan Pengarah Kanan
Bahagian Pembangunan Kurikulum

(17 Jun 2019 - 14 April 2020)

11

SALAM TAKZIAH

Semoga tabah menghadapi kehilangan insan
yang dikasihi. Semoga rohnya mendapat
rahmat dan anugerah keampunan daripada
Allah serta dikurniakan tempat bersama-sama
golongan yang beriman dan beramal soleh.
Amin Ya Rabbal Alamin

Allahyarhamah Pn. Isamah bin Awi
Isteri En. Mazlan bin Birat
Sektor Khidmat Pengurusan
Allahyarham Hj. Mohd Basri bin Hj. Omar
Allahyarhamah Hjh. Norisah binti Musa
Ayahanda dan Bonda Pn. Aizatul Adzwa binti Mohd Basri
Sektor Sains dan Matematik
Allahyarhamah Pn. Aisyah binti Abdul Hamid
Bonda Pn. Nor Azza binti Ibrahim
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

12

WARNA WARNI BPK

TAHUN BaHARU CINA
TAHUN 2021

Tahun Baharu Cina pada tahun ini disambut secara sederhana lantaran
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut mengehadkan bilangan
pelawat, larangan merentas negeri serta pematuhan terhadap norma
baharu bagi semua rakyat Malaysia. Namun begitu, kemeriahan sambutan
perayaan tersebut masih terasa dengan hiasan khas di ruang legar
Aras 4, BPK. Pameran kecil ini adalah bertujuan memperkenalkan
kepelbagaian kaum di Malaysia yang mempunyai budaya dan warisan
yang unik serta tersendiri. Meneruskan amalan warisan budaya
merupakan sifat majmuk masyarakat Malaysia dan dapat memupuk
semangat perpaduan sesama rakyat.

13

SIDANG REDAKSI BULETIN BPK 2021

Tn. Hj. Azman bin Hj. Adnan
Penaung (Pengarah)

Dr. Latip bin Muhammad
Penasihat (Timbalan Pengarah Kanan
Kluster Dasar Sains & Teknologi )

Pn. Hjh. Nor'aidah binti Nordin
Ketua Editor (Memangku Timbalan Pengarah)
Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

Pn. Isnazhana binti Ismail
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

Pn. Siti Zulikha binti Zelkepli En. Mior Syazril bin Mohd Sapawi
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh Pn. Hjh. Siti Rahayu binti Muhammad
Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas Sektor Bahasa & Kesusasteraan

Cik Maria Ulfah binti Abdullah Saud Cik Siti Khadijah binti Abdullah
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Prasekolah Sektor Sains Sosial

Cik Wan Nur Zamrud binti Shamsudin Pn. Nuraini binti Abu Bakar
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Kesenian dan Kesihatan Sektor Sains dan Matematik

Pn. Hasneeda binti Mohd Sarip Pn. Siti Zubaidah binti Karim
Penolong Pengarah Pegawai Eksekutif N29
Sektor Teknologi Maklumat & Sektor Khidmat Pengurusan
Reka Bentuk Teknologi

14


Click to View FlipBook Version