The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2022-09-08 21:11:40

BULETIN BPK KELUARAN 4/2022

Buletin BPK Keluaran 4_2022

eISSN: 2811 - 4132 Julai & Ogos Keluaran 4/2022

PERTANDINGAN DAN AKTIVITI BULAN
KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA

2022

• 30 Lagu Patriotik
• “Photobooth Merdeka”
• Video Ucapan Merdeka Kreatif
• Infografik “Hari Ini Dalam Sejarah”

• Kuiz Pendek “Pantun Warisan”
• Merdekarobik 2022
• Suara Merdeka
• Langkah Merdeka: Cabaran 65K

2
2

Persidangan Kurikulum Kebangsaan Tahun
2022 (PKK2022) diadakan pada 19 hingga 21
Julai 2022 di Shah Alam, Selangor, bertemakan
“Kurikulum Tunjang Kemenjadian Murid”. Majlis
perasmian Persidangan Kurikulum Kebangsaan
Tahun 2022 telah disempurnakan oleh
YBhg. Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol
Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
dalam Majlis Perasmian dan Pelancaran
Bahan Sokongan Kurikulum.
Persidangan ini melibatkan 350 orang peserta
dari BPK, bahagian KPM, JPN, PPD, guru dan
agensi luar. Sebanyak lapan kertas
pembentangan telah dibentangkan dan
memberi banyak input baharu kepada
penggubal kurikulum.

3

3

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) merangka pelbagai program dalam kempen Bersama
Semarakkan Transformasi Pendidikan yang bermula 1 Ogos lalu sehingga 16 September 2022. BPK
turut serta dalam menjayakan program ini melalui tiga aktiviti berikut.

PAMERAN DAN PERSEMBAHAN SHOWCASE TRANSFORMASI PENDIDIKAN KPM
12 HINGGA 14 OGOS 2022
PUTRAJAYA

PAMERAN INISIATIF KPM MENANGANI ISU BEG BERAT SEMPENA
MAJLIS TRANSFORMASI PENDIDIKAN PEMERKASAAN ICT 2022

Pameran inisiatif KPM diadakan pada
20 Ogos 2022, bertempat di SMK Putrajaya
Presint 18(1). Program ini bertujuan untuk
memberi makluman kepada pengunjung
tentang inisiatif KPM dalam menangani isu
beg berat. Pegawai BPK, Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian serta Pegawai
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
terlibat dalam pameran ini.

3 MINUTE PdP PITCHING

Program ini diadakan pada 26 Ogos hingga 28 September 2022 sempena Bulan Transformasi
Pendidikan. Program ini memberi peluang kepada guru untuk berkongsi inovasi dalam PdP bagi
meningkatkan kepelbagaian pedagogi bilik darjah dan memupuk daya kreativiti dalam kalangan
guru. Inovasi ini membantu guru membuat perubahan dalam amalan PdP di semua peringkat
pendidikan serta memantapkan pelaksanaan pedagogi semasa PdP, selaras dengan anjakan
teknologi pendidikan.

Peringkat pertandingan
Peringkat PPD: 26 Ogos hingga 28 Ogos 2022
Peringkat JPN: 30 Ogos hingga 8 September 2022
Peringkat Kebangsaan: 28 September 2022

4

PROGRAM, BENGKEL DAN MESYUARAT

TINJAUAN #110 ELEMEN PEMBANGUNAN KARAKTER
DALAM PDP DENGAN PENDEKATAN TEMATIK

Program ini telah dijalankan sepanjang bulan Julai
hingga Ogos di seluruh Malaysia, bagi mengenal pasti
amalan baik di sekolah TS25, International
Baccalaureate World School (IBWS)dan sekolah harian
meliputi pemerhatian semasa murid ke sekolah, waktu
rehat dan waktu balik.
Di samping itu, pegawai turut melaksanakan
pemantauan PdP. Instrumen kajian turut diedarkan
kepada ketua atau guru panitia serta pihak pentadbir
untuk mengetahui persepsi guru terhadap program yang
telah dijalankan oleh pihak sekolah.

BENGKEL MERUNGKAI DSKP DAN PBD SEMPENA
HARI TERBUKA PPD LANGKAWI

Bengkel ini diadakan pada 27 Ogos 2022 melibatkan guru
Sejarah dan Bahasa Melayu termasuk Ketua Panitia, Guru
Kanan Mata Pelajaran dan Guru Cemerlang sekolah rendah
dan menengah. Bengkel dilaksanakan bagi merungkai
kandungan DSKP dan PBD serta proses pelaksanaannya.
Bengkel juga dihadiri dan diurussetiakan oleh pegawai SISC+
Daerah.

THE 20TH INTERNATIONAL CONFERENCE OF KOREAN EDUCATORS
ABROAD 2022

Persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Korean Ministry of Education dan
International Korean Education Foundation ini berlangsung di Incheon dan Seoul Republik
Korea pada 16 hingga 20 Ogos 2022. Pegawai Bahasa Korea, BPK menghadiri
persidangan tersebut dan memberi pendedahan berkaitan polisi pendidikan Bahasa
Korea. Sesi perkongsian amalan terbaik daripada wakil yang menawarkan Bahasa Korea
dalam kurikulum negara masing-masing turut dibentangkan dalam persidangan ini.

5

PEMANTAUAN PELAKSANAAN DSKP KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM

Bahasa Semai
Aktiviti pemantauan pelaksanaan DSKP (Semakan 2017)
Bahasa Semai Tahun 6 dan KSSM Tingkatan 5 tahun 2022
dilaksanakan pada 22 hingga 26 Ogos 2022 di negeri Perak.
Pemantauan ini melibatkan dua buah sekolah di setiap
daerah iaitu Batang Padang, Perak Tengah dan Kinta
Selatan. Tujuan pemantauan ini adalah untuk memberi
bimbingan kepada guru mata pelajaran terhadap aspek
kandungan kurikulum, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),
membekalkan maklumat bahan rujukan dan pelaksanaan
peperiksaan sumatif.

Bahasa Kadazandusun
Pemantauan dilaksanakan pada 16 hingga 19 Ogos 2022
dengan memberi tumpuan kepada tiga daerah di Sabah
iaitu Pitas, Kota Marudu dan Penampang. Pemantauan ini
dilaksanakan untuk memberi sokongan moral dan
bimbingan kepada guru, memberi penerangan
pelaksanaan PBD, dan mendapatkan maklumat berkenaan
isu dan cabaran yang dihadapi.

Bahasa Melayu
Kajian ini diadakan pada 18 Julai hingga 30 Ogos 2022 di
semua zon bertujuan untuk melihat pelaksanaan KSSR
(Semakan 2017) dan KSSM mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kajian ini mengupas persoalan kajian seperti
kebolehlaksanaan PBD, cabaran dan cadangan
penambahbaikan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) dan
KSSM.

PEMANTAUAN PELAKSANAAN KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PJPK
(KOMPONEN PENDIDIKAN KESIHATAN)

Pemantauan ini melibatkan dua buah sekolah
di negeri Selangor dan empat buah sekolah di
negeri Johor telah diadakan pada 16 hingga 25
Ogos 2022. Pemantauan ini bertujuan untuk
mendapatkan maklum balas kebolehlaksanaan

KSSR (Semakan 2017) dan KSSM PJPK
(Komponen Pendidikan Kesihatan). Di samping
itu, aspek perancangan strategik serta
rancangan penambahbaikan pelaksanaan
kurikulum PJPK (Kompnen Pendidikan
Kesihatan) juga menjadi tumpuan.

6

KUNJUNG BANTU PELAKSANAAN STRATEGI PdP
PUSAT PEMBELAJARAN DI KELAS PRASEKOLAH

Kunjung bantu ini diadakan pada 4 Julai 2022 di SK Putrajaya
Presint 18(1) yang disertai oleh empat orang pegawai BPK dan
empat orang guru sekolah tersebut. Tujuan kunjung bantu ini untuk
memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan ruang dan
penyediaan bahan di pusat pembelajaran.

Satu sesi PLC turut diadakan untuk pemurnian RPH pusat
pembelajaran. Usaha ini diharapkan dapat membantu guru-guru
prasekolah SKPP 18(1) menjadikan prasekolah mereka sebagai
model pelaksanaan strategi PdP di Pusat Pembelajaran.
Seterusnya, guru-guru menyertai lawatan penandaarasan ke
Tadika Treemendous, Setia Alam pada 6 Julai 2022.

SESI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) BAGI PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK (PBP) DI PRASEKOLAH

Sesi PLC ini diadakan pada 4 Ogos 2022 secara dalam
talian dan disertai oleh empat orang pegawai BPK, lima
orang pegawai JPN dan lima orang guru prasekolah.
Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk membantu guru
dalam pelaksanaan PBP dan menjadikan kelas
prasekolah sebagai model bagi pelaksanaan strategi
PBP. Sesi ini juga membincangkan status pelaksanaan
projek di kelas masing-masing serta aktiviti pembelajaran
fasa pelaksanaan yang seterusnya.

KUNJUNG BANTU PELAKSANAAN
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK KELAS PRASEKOLAH

Kunjung bantu ini diadakan pada 9
hingga 11 Ogos dan 21 hingga 23 Ogos
2022 di SK P enaga Jaya, Pulau Pinang
dan SK Mulong (2), Kelantan. Kunjung
bantu ini disertai oleh empat orang
pegawai BPK, pegawai JPN, PPD dan
guru prasekolah. Tujuan kunjung bantu
ini diadakan untuk memberi khidmat
nasihat berkaitan pelaksanaan PBP.
Usaha ini diharapkan dapat membantu
guru dalam pelaksanaan PBP dan
menjadikan kelas prasekolah sebagai
model bagi pelaksanaan strategi PBP
serta melengkapkan guru dengan
kemahiran berkolaboratif dengan rakan
sejawat dalam membangunkan
rangkaian komuniti.

7

BENGKEL KERJA PEMURNIAN BUKU PANDUAN PENGAJARAN
ENSEMBEL KIBOD DAN BUKU PANDUAN LATIHAN BERMAIN KIBOD

Bengkel ini diadakan di BPK pada 16 hingga 18 Ogos
2022. Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada
guru-guru Pendidikan Muzik sekolah rendah dan
menengah menghadiri bengkel ini. Tujuan bengkel ini
diadakan adalah untuk memurnikan buku Panduan
Pengajaran Kibod untuk guru dan Panduan Latihan
Bermain Kibod Tahun 3 dan 4.

BENGKEL KERJA LIBAT URUS KURIKULUM SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH
MENENGAH BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Aktiviti ini dilaksanakan pada 22 hingga 24 Ogos
2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Prima Bunga
Raya (MESCA) Blok E14, Putrajaya. Seramai 21
orang panel yang terdiri daripada pensyarah
Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA,
Universiti Selangor, IPG Kampus Ilmu Khas dan guru
sekolah rendah dan menengah. Bengkel libat urus
ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas
dan penilaian mengenai kandungan kurikulum
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual serta
perbincangan berkaitan isu dan cabaran dalam
pelaksanaannya.

8

PEMANTAUAN FASA 4 SIRI 1 di 10 SEKOLAH PENARAFAN KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI BAWAH INISIATIF #20 PPPM:
PEMBUDAYAAN KBAT DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21

BPK telah melaksanakan Pemantauan Fasa 4
Siri 1 bagi tahun 2022 di 10 sekolah
Penarafan KBAT yang belum mencapai
kriteria cemerlang pembudayaan KBAT
bersama-sama pegawai Pembimbing KBAT
dari IAB pada 11 hingga 24 Ogos 2022.
Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan
sekolah telah menambah baik cadangan
penambahbaikan untuk mencapai kriteria
cemerlang pembudayaan KBAT di sekolah.

Gambar

KUNJUNG BIMBING PELAKSANAAN MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHAP SATU

Kunjung bimbing ini diadakan pada
8 Ogos hingga 31 Oktober 2022
melibatkan 32 buah sekolah terpilih.
Tujuan kunjung bimbing ini adalah
untuk mendapatkan maklum balas
dan membimbing guru berkaitan
pelaksanaan Modul TMK Tahap
Satu.

9

BENGKEL KERJA PEMBINAAN MODUL PANGKALAN DATA
BAGI MATA PELAJARAN ASAS SAINS KOMPUTER DAN MODUL
PANGKALAN DATA LANJUTAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS
KOMPUTER

Bengkel ini dijalankan pada 9 hingga 11 Ogos 2022
di BPK. Bengkel kerja ini melibatkan 14 orang guru
sekolah rendah dan menengah untuk memurnikan
draf Modul Pangkalan Data bagi mata pelajaran
Asas Sains Komputer dan Modul Pangkalan Data
Lanjutan bagi mata pelajaran Sains Komputer
menggunakan perisian terbuka LibreOffice Base.

PEMANTAUAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN BAGI MATA
PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) SERTA
KONSULTANSI KEPADA PPD KOTA TINGGI, JOHOR DAN PPD
KOTA KINABALU, SABAH

Pemantauan ini dijalankan pada 9 hingga 19 Ogos 2022 melibatkan tiga orang
pegawai BPK, pegawai Sektor Pembelajaran JPN dan SISC+ daerah. Tujuan
pemantauan dijalankan adalah untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan
pelaksanaan mata pelajaran RBT dan mengenal pasti pelan intervensi yang akan
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah serta memastikan
peningkatan prestasi murid dalam mata pelajaran ini. Perkhidmatan konsultansi
juga diberi kepada pegawai SISC+ dan guru RBT.

INISIATIF #20: PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Bengkel Kerja Pemindahan Item ke Google Form bagi Pentadbiran
Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) Sains, Matematik, Bacaan
dan Kewangan Tahun 2022 diadakan pada 17 hingga 19 Ogos 2022
di Ipoh melibatkan enam orang pegawai BPK, dua orang pegawai
JPN dan 22 orang guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dari sekolah menengah. Tujuan bengkel kerja ini adalah untuk
berkongsi kepakaran guru tentang penambahbaikan Google Form
bagi item-item tahun lepas dan memindahkan item PKL Sains,
Matematik, Bacaan dan Kewangan dari PDF ke Google Form untuk
kegunaan PKL tahun 2022.

10

PENYELARASAN PELAKSANAAN KURIKULUM SAINS DAN MATEMATIK
ANTARA BPK DAN JPN

Mesyuarat ini diadakan pada 1 hingga 3 Ogos 2022 di Kuala Lumpur yang
melibatkan 16 orang pegawai JPN dan semua pegawai Sektor Sains dan
Matematik, BPK. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
Sektor Sains dan Matematik serta dihadiri oleh Pengarah BPK bagi
memberikan amanat dan perkongsian pelaksanaan aktiviti kurikulum
bidang Sains dan Matematik.

SLOT SEMBANG DIDIK BERTAJUK
“MATEMATIK UNTUK NEGARA DAN GENERASI MASA HADAPAN”

Slot Program Bual Bicara yang disiarkan pada
6 Ogos 2022 di saluran DidikTV KPM menyalurkan
informasi dan aspirasi pendidikan Matematik untuk
murid-murid di Malaysia. Ahli panel Sembang Didik
terdiri daripada Pn. Nor Áidah binti Nordin, Timbalan
Pengarah Sektor Sains dan Matematik, BPK, KPM,
YBrs. Dr. Suzieleez Syrene Abdul Rahim (Timbalan
Dekan, Universiti Malaya) dan YBrs. Sr. Dr. Zakaria bin
Mohd Yusof [Perunding Juruukur Bahan (CQS) serta
Pengarah Sekolah Profesional dan Pendidikan
Berterusan (UTMSP ACE), Universiti Teknologi Malaysia,
Johor Bahru].

11

MESYUARAT PEMURNIAN PANDUAN ADAPTASI/AKOMODASI KURIKULUM
PENDIDIKAN KHAS SECARA INKLUSIF

(BIDANG BAHASA DAN BIDANG KEMANUSIAAN)

Mesyuarat telah dilaksanakan pada 16 hingga 18 Ogos 2022 di Melaka. Mesyuarat dihadiri oleh
lima orang pegawai, tiga orang pensyarah Institut Pendidikan Guru dan 23 orang guru. Mesyuarat
bertujuan untuk memurnikan Buku Panduan Adaptasi/Akomodasi Kurikulum Pendidikan Khas
Secara Inklusif (Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan) sebagai panduan kepada guru-guru
untuk melaksanakan PdP:
1. Ketidakupayaan Penglihatan – 8 set
2. Ketidakupayaan Pendengaran – 5 set
3. Masalah Pembelajaran – 11 set

PEMANTAUAN PENYEDIAAN Pelaksanaan pemantauan tersebut telah
PENILAIAN KERJA KURSUS DAN dilaksanakan secara serentak bersama dengan
Bengkel Pemerkasaan Portfolio Penilaian Akhir dan
PENILAIAN AKHIR SISTEM Lawatan Verifikasi dari 14 Jun hingga 7 Julai 2022.
PERSIJILAN KEMAHIRAN Ketiga-tiga program telah dilaksanakan dengan
MALAYSIA PROGRAM MODULAR kerjasama Bahagian Pendidikan Khas dan Jabatan
CALON MURID BERKEPERLUAN Pembangunan Kemahiran dalam usaha
membantu 132 Program Pendidikan Khas Integrasi
PENDIDIKAN KHAS di 16 buah negeri bersedia bagi mendapatkan
status Pusat Bertauliah Cawangan (PBC). Status
PBC penting untuk membolehkan proses persijilan
program modular di PPKI dapat dilaksanakan. Dua
sesi bimbingan secara dalam talian yang
melibatkan 236 PPKI telah dilaksanakan sebelum
sesi pemantauan. Tiga fasa verifikasi telah
dilaksanakan bagi PPKI Kohot Pertama. Sebanyak
58 PPKI telah lulus bagi fasa pertama. Pemantauan
merangkumi aspek pembangunan portfolio, bukti-
bukti keterampilan dan perekodan borang Rekod
Pencapaian Kumulatif. Pemantauan di PPKI dan
bengkel pemerkasaan portfolio diharapkan dapat
membantu sekolah mendapatkan status PBC.

12

PEMANTAUAN PELAKSANAAN KSSR (Semakan 2017) DAN KSSM
BAGI MATA PELAJARAN SAINS, MATEMATIK, BIOLOGI, FIZIK, KIMIA,
SAINS TAMBAHAN DAN MATEMATIK TAMBAHAN

Pemantauan ini diadakan pada 4 hingga 19 Ogos 2022
di seluruh negara melibatkan semua pegawai Sektor
Sains dan Matematik, BPK. Tujuan pemantauan ini
diadakan adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan kurikulum, pelaksanaannya serta merancang
tindak susul penambahbaikan kurikulum pada masa
hadapan.

KUNJUNG BIMBING DAN KONSULTASI PEJABAT PELAJARAN
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan (PPDSPS), Pulau Pinang telah dicalonkan
oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bagi aktiviti Kunjung Bimbing dan Konsultasi
Pejabat Pelajaran Daerah Sektor Pendidikan Khas. Aktiviti ini dilaksanakan pada 16 hingga
18 Ogos 2022 melibatkan empat orang pegawai BPK bersama-sama Penolong PPD
Pendidikan Khas dan Pegawai SISC+. Tujuan kunjung bimbing ini adalah mengenal pasti isu
dan cadangan penyelesaian pelaksanaan kurikulum, sesi konsultasi ke dua buah sekolah
rendah dan tiga buah sekolah menengah dan sesi perkongsian mengenai Kecaknaan dan
Inklusif, Kurikulum dan PBD serta Kemahiran Vokasional Spesifik.

13

PELAKSANAAN SAMBUTAN BULAN
HRMIS 2022 PERINGKAT BPK

Selaras dengan takwim Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia KPM, BPK menganjurkan
sambutan bulan HRMIS peringkat pentadbiran
sepanjang bulan Julai 2022.

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi
memperkasa penggunaan HRMIS dalam
kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan
Anggota Kumpulan Pelaksana BPK. Aktiviti yang
dilaksanakan adalah sebahagian daripada
usaha pentadbir HRMIS bagi memperluas
penggunaan HRMIS dalam perkhidmatan di BPK.

MAJLIS PERSARAAN ENCIK LIM YOCK CHONG

Majlis persaraan tersebut diadakan pada
25 Ogos 2022 secara hibri d di Atri um
Cendekia. Encik Lim Yock Chong telah
berkhidmat sebagai pendidik sejak tahun 1990.
Beliau ditempatkan di Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) pada 1 Disember 1996. Setelah
hampir 26 tahun berkhidmat, beliau bersara di
BPK sebagai Ketua Penolong Pengarah, Unit
Bahasa Cina, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan.

MAJLIS PERSARAAN PUAN SARIPAH FARIDAH BINTI SYED KHALID

Satu majlis ringkas dan penuh makna telah diadakan bagi meraikan
Puan Saripah Faridah binti Syed Khalid yang bersara pilihan pada
1 September 2022, di usia 55 tahun. Pada 1 November 1999, beliau
ditempatkan di PPK, KPM sebelum menyambung pengajian dalam
bidang Teknologi Maklumat di peringkat Sarjana di Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Beliau akhirnya ditempatkan semula di BPK, KPM pada 8 Mac
2010 dan telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun
2020.

Bahagian ini ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih buat
Puan Saripah yang telah berkhidmat dan menabur bakti di sepanjang
tempoh perkhidmatannya di BPK dan sepanjang tempoh
perkhidmatannya dengan Kerajaan selama hampir 30 tahun.

14

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Bil Nama Pegawai Gred PEGAWAI/STAF BAHARU Penempatan Baharu
1. Nor Azw a binti Ab. M utalib DG48 Tarikh Masuk Tempat Bertugas Lama
2. Rosyafinaz binti M ohamat DG44 Ketua Penolong Pengarah
04.07.2022 SM K Seksyen 16, Unit Pendidikan Seni Visual,
3. Tay Bee Ching DG44 Shah Alam, Selangor Sektor Kesenian dan Kesihatan

18.07.2022 Bahagian Tajaan Penolong Pengarah,
Pendidikan (HLP) Unit Penyelidikan dan
Pentaksiran Bilik Darjah,
25.07.2022 SM K (P) Pudu, Kuala Sektor Dasar dan Penyelidikan
Lumpur. Kurikulum
Penolong Pengarah,
Unit Bahasa Cina,
Sektor Bahasa dan
Kesusasteraan

4. M uhanizah binti Ahmad DG44 01.08.2022 Bahagian Tajaan Penolong Pengarah,
M okhtar Pendidikan (HLP) Unit Sains Hayat,
Sektor Sains dan M atematik

5. M ohd Azizun bin M ohamed H11 15.08.2022 Perbadanan Tabung Pemandu Kenderaan
Ariffin 29.08.2022 Pendidikan Tinggi Unit Pentadbiran,
29.08.2022 Nasional Sektor Khidmat Pengurusan
6. Napisah binti M ohamed N22(KUP)
Bahagian Sukan, Sektor Bahasa dan
7. Suhani binti Sukaimi N22(KUP) Kokurikulum dan Kesusasteraan
Kesenian
Sektor Sains dan M atematik
Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan

PEGAWAI/STAF BERTUKAR KELUAR

Bil Nama Pegawai Gred Tarikh Tempat Bertugas Lama Penempatan Baharu
Kuat kuasa
Penolong Pengarah
1. Nur Amirah binti Abdul DG44 04.07.2022 Penolong Pengarah, Unit Pentaksiran SBP,
M anan Unit Pendidikan Sivik dan Sektor Pengurusan
Pendidikan M oral, Kurikulum,
Sektor Sains Sosial
Bahagian Pengurusan
2. Faunizan bin M ohd Rani DG44 08.08.2022 Penolong Pengarah, Sekolah Berasrama Penuh,
29.08.2022 Unit Khas M asalah KPM
3. Harniza Hanis binti Ali N19 29.08.2022 Pembelajaran,
Sektor Pendidikan Khas Pensyarah Akademik
4. Wan Nor’Azian binti Wan N22 (KUP) Institut Pendidikan Guru
Aminuddin Pembantu Tadbir, Kampus Perempuan
Sektor Bahasa dan M elayu, KPM
Kesusasteraan
Bahagian Pendidikan
Pembantu Tadbir, Khas, KPM
Unit Sumber M anusia,
Sektor Khidmat Pengurusan Bahagian Sukan
Kokurikulum dan
Kesenian, KPM

PEGAWAI/STAF BERTUKAR DALAMAN

Bil Nama Pegawai Gred Tarikh Kuatkuasa Tempat Bertugas Lama Penempatan Baharu
DG44
1. Kumutha a/p 01.08.2022 Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Krishnamoorthy Unit Sains Hayat, Unit Sains Asas,
Sektor Sains dan
Sektor Sains dan M atematik M atematik

2. Chong M ei Yen DG48 26.08.2022 Penolong Pengarah Ketua Penolong Pengarah
Unit Bahasa Cina, Unit Bahasa Cina,
Sektor Bahasa dan Sektor Bahasa dan
Kesusasteraan Kesusasteraan

15

SALAM TAKZIAH

• Bonda Puan Sabariah binti Mat Dang dari Sektor Prasekolah telah meninggal

dunia pada 10 Julai 2022;

• Bonda Puan Siti Hasmah binti Baharudin dari Sektor Khidmat Pengurusan

telah meninggal dunia pada 25 Julai 2022;

• Ayahanda Dr. Rosmalily binti Salleh dari Sektor Pendidikan Khas telah

meninggal dunia pada 23 Ogos 2022

Seluruh warga BPK mengucapkan Salam Takziah di atas kehilangan insan tercinta.
Semoga seluruh amal ibadahnya di dunia diterima olehNya serta keluarga yang
ditinggalkan diberikan ketabahan dan kesabaran atas dugaan yang menimpa
ini.

SIDANG REDAKSI

PENAUNG
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan

Pengarah

KETUA EDITOR
Puan Hajah Nooraini binti Kamaruddin

Timbalan Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

EDI TOR
Puan Isnazhana bintiIsmail

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

PEREKA GRAFIK/PENYUNTING
Encik Mior Syazrilbin Mohamed Sapawi Puan Siti Zulikhabinti Zelkepli

Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

AHLI JAWATANKUASA

Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh Cik Wan Nur Zamrud binti Shamsudin
Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas Sektor Kesenian dan Kesihatan

Dr. Siti Rahayu binti Muhammad Encik Zamhari bin Azman
Penolong Pengarah Penolong Pengarah

Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Sektor Sains dan Matematik

Cik Maria Ulfah binti Abdullah Saud Puan Hasneeda binti Mohd Sarip
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Prasekolah Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi

Cik Siti Khadijah binti Abdullah Puan Siti Zubaidah binti Karim
Penolong Pengarah Pegawai Eksekutif
Sektor Sains Sosial Sektor Khidmat Pengurusan


Click to View FlipBook Version