The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin BPK Keluaran 2_2022_eISSN_

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2022-05-12 20:21:43

BULETIN BPK KELUARAN 2/2022

Buletin BPK Keluaran 2_2022_eISSN_

eISSN: 2811 - 4132 Mac & April Keluaran 2/2022

1S44e3laHm/2a02t2HAariidRilfaityrai

Maaf Zahir & Batin

1

BENGKEL DAN MESYUARAT

PEMBINAAN MODUL KAEDAH PdP 2022

BPK sedang sedang giat membangunkan lapan buah modul kaedah
PdP dan akan diterbitkan pada Jun tahun ini. Lapan modul kaedah
PdP terdiri daripada Modul Kecerdasan Pelbagai, Modul Kepimpinan
Instruksional, Modul Pedagogi Terbeza, Modul Pembelajaran
Berasaskan Projek, Modul Pembelakaran Kendiri, Modul Pembelajaran
Masteri, Modul Pembelajaran Teradun dan Modul Pedagogi Inklusif.

Mesyuarat Libat Urus Bersama Pakar dan Pengamal Kaedah PdP telah
berlangsung sepanjang minggu pertama bulan Mac bagi tujuan
mendapatkan khidmat nasihat pembinaan modul tersebut. Seramai
lapan orang pakar rujuk dari UKM, UiTM, IAB dan seorang pegawai
SISC+ Cemerlang telah dilibatkan.

Pada 29 hingga 31 Mac 2022, Bengkel Kerja Pembinaan Modul Kaedah
PdP diadakan di Shah Alam. Seramai 82 orang pegawai dan pakar
rujuk telah terlibat dalam bengkel tersebut. Pada 11 April 2022,
Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Modul Kaedah PdP Bil. 5/2022
telah diadakan bagi melihat draf modul pertama setiap kumpulan dan
membincangkan persiapan gerak kerja untuk Bengkel Kerja
Pemantapan Modul Kaedah PdP yang akan diadakan pada 17 hingga
19 Mei 2022.

BENGKEL KAWAL KUALITI BAHAN KURIKULUM TERBITAN BPK

28 Mac 2022, seramai 14 orang Panel Kawal Kualiti BPK telah terlibat dalam bengkel yang diadakan untuk
menyemak dan menambahbaik Kertas Cadangan Penganjuran Persidangan Kurikulum 2022 sebelum diedar
kepada bahagian-bahagian KPM bagi mendapatkan pandangan dan ulasan. Kertas cadangan yang telah
lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Profesional KPM bagi mendapatkan kelulusan penganjurannya.

BENGKEL PEMBINAAN INSTRUMEN PEMANTAUAN
PELAKSANAAN KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM SEJARAH

Satu draf instrument pemantauan pelaksanaan KSSR dan KSSM bagi
mata pelajarna Sejarah telah berjaya dibina dan ditambah baik
dalam bengkel yang telah diadakan pada 8 hingga 10 Mac 2022.
Bengkel dipengerusikan oleh Prof Madya Dr. Mohd bin Shamsudin,
Pengerusi Penggubalan DSKP KSSM Sejarah dan melibatkan juga
beberapa orang pensyarah universiti awam, IPG dan pegawai JPN.

BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN DOKUMEN KURIKULUM KEMAHIRAN VOKASIONAL
(DKKV) KEPADA GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN KEFUNGSIAN RENDAH PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI NEGERI SEMBILAN BIL. 1/2022

21 April 2022, Sektor Pendidikan Khas, JPN Negeri Sembilan telah menganjurkan
bengkel yang melibatkan 70 orang peserta yang terdiri daripada guru, pegawai PPD,
JPN dan JUK. En. Muhammad Faunizan bin Mohd Rani telah dijemput sebagai
penceramah dalam bengkel berkenaan yang diadakan secara bersemuka bagi
membincangkan keupayaan dalam melaksanakan proses PdP dengan
menggunakan DKKV serta pertimbangan professional yang lebih sistematik dan baik.

2

BENGKEL PENYELARASAN INISIATIF BENGKEL PELAN TINDAKAN UNTUK PELAN
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA 2022-
2030 (PKJRM 2022-2030)
MALAYSIA (PPPM) #110
PEMBANGUNAN KARAKTER MURID 28 Mac 2022, Setiausaha Bahagian, Bahagian Darat,
Kementerian Pengangkutan Malaysia telah
28 hingga 30 Mac 2022, satu bengkel mempengerusikan bengkel yang diadakan secara
diadakan untuk menyelaras inisiatif #110 dalam talian dengan melibatkan pegawai BPK, Universiti
Pembangunan Potensi & Karakter Murid Putra Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, MIROS
dibawah PPPM. Antara fokus bengkel adalah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bengkel diadakan
berkenaan penulisan skrip radio dan temu bertujuan mendapatkan maklum balas dan cadangan
ramah bagi kegunaan pelan komunikasi bagi membangunkan pelan tindakan serta rangka kerja
peringkat kebangsaan. untuk Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM)
2022 – 2030. Bengkel telah berjaya menetapkan
penyelaras bagi setiap Bidang Keutamaan (BK).

BENGKEL KERJA BENGKEL PEMUGARAN DAN
PENGHASILAN CARTA LATIHAN ANALISIS DATA BAGI
CERITA AMALAN NILAI
TINJAUAN PELAKSANAAN
Bengkel kerja ini telah diadakan pada 5 & 6 April KURIKULUM KSSR
2022 dan merupakan aktiviti yang telah dirancang
bagi Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) KPM 2019 - (SEMAKAN 2017) DAN KSSM
2023 bagi inisiatif 2.4.5: Memberi penekanan yang BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
lebih terhadap kepentingan nilai murni dalam silibus
pendidikan prasekolah. 16 orang panel yang terdiri Bengkel ini telah diadakan secara hibrid pada 10 Mac
daripada pegawai Bahagian KPM, KEMAS, JPNIN 2022 yang bertujuan untuk memberi latihan kepada
dan guru-guru telah menghadiri bengkel ini. 24 orang pegawai Sektor Sains dan Matematik
Bengkel kerja ini akan diadakan sebanyak 4 siri, berkenaan kaedah menganalisis data kuantitatif
iaitu siri 2 pada 23 Mei 2022, siri 3 pada 15 Jun serta menggunakan perisian SPSS dan data kualitatif melalui
siri 4 pada 20 dan 21 Julai 2022. Bengkel ini akan kaedah tematik. Tujuan bengkel ini diadakan adalah
menghasilkan sebanyak 12 carta cerita dalam untuk menyegarkan kembali atau menimba ilmu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan baharu tentang kaedah menganalisis data secara
Bahasa Tamil. sistematik agar dapat diaplikasi dalam tinjauan
kurikulum yang sedang dilaksanakan seterusnya
dapat menghasilkan pelaporan yang lengkap dan
relevan serta selaras di antara unit. Bengkel ini
merupakan kesinambungan daripada tinjauan
pelaksanaan kurikulum bidang sains dan matematik
sekolah rendah dan menengah yang dijalankan oleh
Sektor Sains dan Matematik bermula 7 Februari 2022
melalui borang soal selidik dan temu bual guru yang
telah dijalankan secara dalam talian.

3

TAKLIMAT INSTRUMEN PEMANTAUAN KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) SEMAKAN 2017

Taklimat telah diadakan dalam dua sesi pada 20 April 2022
secara dalam talian. Sesi pertama melibatkan pegawai-pegawai
dari BPI dan JPN yang menguruskan prasekolah, Pendidikan
Islam, Sivik dan Bahasa Inggeris. Sesi ini bertujuan memberi
taklimat berkaitan pemantauan KSPK (Semakan 2017) bagi
komponen yang berkaitan di prasekolah. Sesi kedua yang
diadakan melibatkan pegawai Bahagian Pendidikan Swasta,
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Sesi kedua ini
bertujuan untuk menerangkan berkaitan pemantauan
pelaksanaan sivik di prasekolah/tadika/tabika.

BENGKEL PEMBINAAN BUKU PANDUAN BENGKEL KERJA PEMBINAAN PANDUAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDEKATAN BERTEMA BAGI SAINS,

SERTA PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN BAHASA INGGERIS TAHAP I
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF SEKOLAH RENDAH DAN BENGKEL KERJA
PENTERJEMAHAN PANDUAN PENDIDIKAN
Dr. Fadzilah Amzah, Timbalan Dekan, PPIP, USM KEWANGAN TAHAP II SEKOLAH RENDAH
Penang dan Dr. Arfah Ahamad, pensyarah IPGK
Sultah Abdul Halim, Kedah telah membuat 26 orang guru dan empat pegawai BPK telah
perkongsian dalam bengkel yang telah diadakan terlibat dalam bengkel yang diadakan di Sektor
pada 22 hingga 24 Mac 2022 di BPK. Peserta Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan
bengkel juga terlibat dalam merangka draf awal pada 29 hingga 31 Mac 2022. Bengkel berfokus
modul PdP dan pentaksiran KMK. kepada dua aktiviti: (i) Membina Panduan
Pendekatan Bertema gabungan mata
pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
menggunakan bahasa Inggeris; dan (ii)
Menterjemah Panduan Pendidikan Kewangan
Tahap II ke bahasa Inggeris. Pembinaan bahan
dan penterjemahan panduan akan
berseambung dalam bengkel yang akan
datang.

BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PENERBITAN VIDEO
PEMANTAPAN DSKP BM KSSM

Bengkel telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru PPD
Keramat pada 20 hingga 22 April 2022 yang bertujuan
untuk menghasilkan draf bahan penerbitan video
pemantapan DSKP Bahasa Melayu KSSM untuk
kegunaan guru Bahasa Melayu sekolah menengah.

4

BENGKEL KERJA PEMANTAPAN BUKU BENGKEL KERJA PEMANTAPAN BUKU
KOSA KATA DAN TATABAHASA BAHASA KOSA KATA DAN TATABAHASA
IBAN BAHASA KADAZAN DUSUN

8 hingga 10 Mac 2022, satu bengkel yang bertujuan Bengkel yang diadakan pada 12 hingga 14 Mac
untuk menambah baik dan memantapkan 2022 bermatlamat memantapkan senarai kosa
kandungan draf Buku Kosa Kata Bahasa Iban sebagai kata tema akademik dan tema pelbagai serta
rujukan pensyarah universiti dan IPG, guru pelatih, kandungan bab 4 buku tatabahasa Bahasa
guru dan murid di sekolah berkaitan ejaan dan istilah Kadazandusun. Panel terdiri daripada pensyarah
yang betul. Panel bengkel terdiri daripada pensyarah IPG, guru-guru sekolah rendah dan menengah
IPGK Sarawak dan beberapa orang guru sekolah serta pegawai JPN. Bengkel ini meneliti
rendah dan menengah serta pegawai PPD Miri. kesesuaian terjemahan dan ejaan kosa kata,
Bengkel telah berjaya memurnikan draf buku tersebut meneliti susunan ayat, ejaan dan tatabahasa
dengan memasukkan perkataan yang Homonim, yang digunakan dalam kandungan bab
Homofon, Mohograf dan Sinonim ke dalam buku 4. Bengkel ini juga berjaya menyenaraikan
tatabahasa (Bup Sistem Jaku Iban di Sekula). senarai kosa kata bagi tema akademik dan tema
pelbagai bagi buku Puralan Boros.

KUNJUNG BIMBING DSKP BAHASA SESI LIBAT URUS PENILAIAN VIDEO
ANTARABANGSA PENERANGAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Kunjung bimbing ini melibatkan 12 buah sekolah 7 April 2022, satu sesi libat urus penilaian video
iaitu empat buah sekolah di Selangor, tiga buah penerangan PBD telah diadakan dengan
sekolah di Kuala Lumpur, sebuah sekolah di melibatkan 15 orang pegawai JPN, PPD dan guru.
Putrajaya, dua buah sekolah di Johor dan Negeri Tujuan libat urus ini adalah untuk mendapatkan
Sembilan. Kunjung bimbing ini bertujuan untuk pandangan berkaitan papan cerita video
berkongsi maklumat dan memberi panduan PdP penerangan PBD yang sedang dibangunkan oleh
berdasarkan DSKP Bahasa Antarabangsa. BPK dengan kerjasama BPSH dan BSTP.
Pegawai-pegawai BPK, BPSH, JPN Johor dan PPD
Kluang telah terlibat dengan menyasarkan BENGKEL PENYELARASAN KUNJUNG
bimbingan terhadap guru Bahasa Korea, Bahasa BIMBING PENDEKATAN BERTEMA
Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa
Arab Komunikasi dan Bahasa Cina Komunikasi.

21 April 2021, Pn. Hajah Nor’aidah binti Ibrahim,
Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik
telah menyampaikan taklimat kepada semua
fasiitator dalam kalangan pegawai BPI dan BPI
berkenaan kunjung bimbing dan modus operandi
bagi kunjung bimbing berkenaan.

5

SESI PERKONGSIAN UNIT BAHASA ETNIK BENGKEL KERJA PENILAI DAN PEWASIT
BERSAMA-SAMA ARTIKEL JURNAL KURIKULUM BAHAGIAN

LEAPED SERVICES SDN BHD PEMBANGUNAN KURIKULUM 2022

25 Mac 2022 - Kerjasama profesional antara BPK Bengkel telah diadakan pada 22
dan LeapEd Services Sdn Bhd (LeapEd) telah hingga 24 Mac 2022 di Nexus
membuahkan hasil dengan cadangan bahan Regency Hotels and Suites dengan
bantu mengajar Bahasa Semai dan tajaan tujuan memberi pendedahan dan
biasiswa kepada murid yang berminat untuk bimbingan kepada penilai dalam
menyambung pengajian di UPSI dalam program melaksanakan tugas dalam
Bahasa Semai. Peserta sesi ini terdiri daripada penilaian artikel berkenaan aspek
murid SK Batu Tujoh, Tapah dan SMK Sri Tapah, menilai dan memberi komen
Perak yang merupakan sekolah yang terlibat
dengan Program Sekolah Amanah. komen serta cadangan penambahbaikan kepada
artikel yang terpilih untuk diterbitkan. Sidang Editor
Jurnal BPK bersama-sama 15 panel penilai BPK dan 15
panel pewasit yang terdiri daripada pegawai akademik
dari universiti awam dan swasta, IPG serta guru
sekolah.

BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS
NEGERI PERLIS SIRI 1/2022

29 hingga 31 Mac 2022, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan
Pendidikan Negeri Perlis telah menganjurkan bengkel melibatkan
118 orang peserta yang terdiri daripada guru mata pelajaran KVS,
KR dan guru penolong kanan pendidikan khas/penyelaras sekolah
rendah dan menengah. Hasil bengkel menunjukkan, peserta dapat
menerangkan secara terperinci proses penilaian SKPM Program
Modular setelah diterangkan oleh penceramah jemputan dari BPK,
En. Muhammad Faunizan bin Mohd Rani. Selain itu mereka juga
dilihat lebih yakin untuk melaksanakan PdP.

BENGKEL KERJA SEMAKAN SEMULA BENGKEL LATIHAN PENGUPAYAAN
SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST
KURIKULUM SAINS KOMPUTER COACHES (SISC+) TAHUN 2022

BERTERASKAN PENDIDIKAN DIGITAL 21, 22 dan 30 Mac 2022 – BPSH telah
menganjurkan bengkel ini yang bertempat di JPN
Bengkel ini telah diadakan di Makmal Komputer Kedah dan Melaka. Tujuan bengkel ini adalah
BPK pada 5 hingga 7 April 2022 dengan untuk menyampaikan maklumat berkenaan
melibatkan pensyarah UIA, UPSI dan beberapa Komponen Pendidikan Jasmani KSSR dan KSSM,
orang guru sekolah rendah. Bengkel ini bertujuan SEGAK dan BMI 5-9T. Bengkel dipengerusikan oleh
untuk menyemak, meneliti, mengemaskini dan Pengarah BPSH dan disertai oleh 30 orang
menyelaras standard kandungan dan standard pegawai SISC+ yang diamanahkan untuk
pembelajaran mata pelajaran Sains Komputer membimbing sekolah semasa pemantauan
berteraskan Pendidikan Digital. dilakukan.

6

BENGKEL PERBINCANGAN KANDUNGAN KURIKULUM
MATA PELAJARAN KESENIAN SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)

BPK telah mengadakan perbincangan
dengan 20 orang guru mata pelajaran
kesenian berkenaan kandungan
kurikulum mata pelajaran Kesenian di
Sekolah Seni Malaysia. Bengkel
berlangsung di Sekolah Seni Malaysia KL
pada 12 April 2022 dan di Sekolah Seni
Malaysia Perak pada 13 April 2020.

Sekolah Seni Malaysia Sekolah Seni Malaysia
Kuala Lumpur Perak

MESYUARAT LIBAT URUS KURIKULUM BENGKEL KERJA PEMBINAAN MODUL
PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH PANGKALAN DATA BAGI MATA PELAJARAN ASAS
DAN SEKOLAH MENENGAH SAINS KOMPUTER DAN MODUL PANGKALAN
DATA LANJUTAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS
Mesyuarat ini telah diadakan selama tiga hari KOMPUTER
secara bersemuka di Bilik Prima Bunga Raya Blok
E14 dengan melibatkan 20 orang panel. Tujuan Bengkel ini telah diadakan pada 22 hingga 24 Mac 2022
mesyuarat adalah untuk mendapatkan maklum bersama guru-guru Asas Sains Komputer dan Sains
balas tentang kandungan kurikulum mata Komputer. Tujuan bengkel ini adalah untuk memurnikan
pelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah dan draf Modul Pangkalan Data menggunakan Perisian
sekolah menengah serta membincangkan isu dan Terbuka Libre Base bagi mata pelajaran Asas Sains
cabaran dalam pelaksanaannya. Komputer Tingkatan 3 dan draf Modul Pangkalan Data
Lanjutan menggunakan Perisian Terbuka Libre Base bagi
mata pelajaran Sains Komputer Tingkatan 4. Bengkel ini
juga bertujuan untuk menghasilkan video pendek cara
menginstalasi perisian Libre Base sebagai panduan
kepada guru.

MESYUARAT PENYELARASAN KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN BERSAMA-SAMA BAHAGIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

18 Mac 2022 – Mesyuarat telah diadakan secara dalam talian
dan dihadiri oleh 25 orang yang terdiri daripada pegawai BPK
dan bahagian KPM yang lain serta 16 pegawai daripada JPN.
Mesyuarat ini diadakan untuk memaklumkan pelaksanaan
kurikulum Pendidikan Kesihatan bagi KSSR (Semakan 2017) dan
KSSM serta membincangkan amalan terbaik dan berkongsi
maklumat untuk memperkasakan pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Kesihatan yang merangkumi 3 bidang iaitu
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS),
Pemakanan dan Pertolongan Cemas. Impak- maklumat dan
amalan terbaik yang terkini dalam bidang Pendidikan Kesihatan
dapat disebar luas kepada semua JPN.

7

MESYUARAT USAHASAMA MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN
YAMAHA DAN KPM-ENSEMBEL
KURIKULUM MATA PELAJARAN DI BAWAH UNIT
KIBOD
PENDIDIKAN MUZIK, BAHAGIAN PEMBANGUNAN
18 Mac 2022 - Yamaha Music
Malaysia telah bersama-sama KURIKULUM BERSAMA-SAMA PEGAWAI BAHAGIAN
BPK secara bersemuka untuk
membincangkan aktiviti usaha KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN JABATAN
sama Yamaha Music Malaysia
dan KPM menerusi Mata PENDIDIKAN NEGERI BAGI TAHUN 2022
Pelajaran Pendidikan Muzik-
Ensembel Kibod.

20 April 2022 – Timbalan pengarah Sektor Kesenian dan
Kesihatan BPK telah mempengerusikan mesyuarat ini secara
dalam talian dengan kehadiran wakil dari Jemaah Nazir, BSKK,
BTP dan JPN. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
membincangkan dan menyelaraskan maklumat terkini
berkaitan pelaksanaan kurikulum mata pelajaran di bawah Unit
Pendidikan Muzik.

MESYUARAT PENYELARASAN KURIKULUM DI MESYUARAT DAN BENGKEL PENGHASILAN
BAWAH MATA PELAJARAN PSV BAHAN INTERAKTIF PDP PENDIDIKAN
KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
BERSAMA-SAMA BAHAGIAN KPM DAN JPN (PEERS) SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH
MENENGAH BIL. 1/2022
Mesyuarat ini telah dianjurkan oleh SKK BPK pada

16 dan 17 Mac 2022 di Bilik Prima Bunga Raya

(MESCA), Putrajaya yang dengan melibatkan 22

pegawai dari KPM dan JPN. Tujuan mesyuarat ini

adalah untuk menyelaras kurikulum di bawah

Mata Pelajaran PSV dengan membentangkan

Kajian Pelaksanaan Kurikulum KSSR (Semakan

2017), dapatan awal Lawatan Pengumpulan

Maklumat Bilik Seni Visual dan Penyelarasan KSSR

(Semakan 2017) PSV Tahun 6. Mesyuarat turut

membincangkan cara mengatasi

masalah berkaitan pelaksanaan kurikulum KSSR

(Semakan 2017) PSV serta amalan terbaik

berkaitan Bilik Seni Visual yang dipraktikkan di

setiap negeri.

Mesyuarat dan Bengkel Penghasilan Bahan Interaktif
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Bil.
1/2022 telah diadakan pada 12 hingga 14 April 2022
secara dalam talian. Seramai 44 orang ahli panel
telah menghadiri mesyuarat tersebut yang
dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan Kesihatan,
SKK. Timbalan Pengarah Sektor Kesenian dan
Kesihatan telah memberi ucaptama. Mesyuarat dan
bengkel tersebut adalah bertujuan untuk
menghasikan bahan interaktif PEERS yang dapat
membantu guru dalam melaksanakan PdP PEERS di
sekolah rendah dan sekolah menengah.

8

MESYUARAT JAWATANKUASA HALA TUJU BAHASA
KADAZAN DAN BAHASA DUSUN (BKD)

Mesyuarat ini diadakan pada 14 Mac 2022 untuk menyediakan
laporan akhir dan syor penyelidikan berkaitan dengan hala tuju
mata pelajaran BKD serta mendapatkan maklum balas dari
pemegang taruh BKD berkenaan dengan dapatan dan syor
penyelidikan. Ahli Jawatankuasa mesyuarat ini meneliti laporan
dan syor serta membincangkan syor utama jawatankuasa
kepada KPM. Dua syor utama berkaitan dengan hala tuju
kurikulum BKD telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat. Dapatan
utama dan syor penyelidik telah diteliti bersama oleh ahli
jawatankuasa. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat terakhir bagi jawatankuasa ini. Pihak penyelidik akan
menyediakan dan menyerahkan laporan dan syor jawatankuasa kepada BPK selaku Sekretariat kepada
jawatankuasa ini.

MESYUARAT HALA TUJU KURIKULUM BAHASA SEMAI (BS)

Mesyuarat yang diadakan pada 25 Mac 2022 ini bermatlamat
untuk menjelaskan fungsi AJK Hala Tuju Kurikulum BS dan
cadangan penambahbaikan bagi kandungan kurikulum BS.
Panel mesyuarat ini terdiri daripada tiga orang pensyarah IPG,
dua orang pegawai UBE BPK dan lima orang pihak NGO. Aktiviti
yang dijalankan iaitu menjelaskan fungsi AJK Hala Tuju Kurikulum
BS, mencadangkan penambahbaikan kandungan kurikulum,
pemakluman isu dan cabaran pelaksanaan kurikulum,
pemakluman kriteria kemasukan pelajar di UPSI bagi program Bahasa Etnik dan keputusan penting
mesyuarat. Mesyuarat ini berjaya menghasilkan satu draf kerangka kurikulum. Keputusan penting mesyuarat
iaitu mata pelajaran Bahasa Semai merujuk kepada sistem Bahasa yang terdapat dalam buku teks. Buku
teks sekolah rendah diutamakan sebagai sumber rujukan.

PENATARAN PROGRAM INTERVENSI KHAS MURID ORANG ASLI DAN PERIBUMI (PIKAP) BAGI
TAHUN 1, 2 DAN 3 KEPADA PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) SEKOLAH MURID
ORANG ASLI (SOA) DAN PERIBUMI

Penataran program ini diadakan pada 18 Mac
2022 secara dalam talian dan dianjurkan oleh
BPSH. Lima pegawai BPK dari Unit Matematik
Asas, Unit Bahasa Melayu dan Unit Bahasa
Inggeris telah terlibat sebagai penceramah
pada program tersebut. Sasaran penataran
program ini adalah kepada pegawai meja
PIKAP JPN yang terlibat.

PENGGAMBARAN BAGI PENERBITAN VIDEO PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BAGI MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DAN SAINS SEKOLAH MENENGAH

Sesi penggambaran telah dijalankan
pada 18 hingga 21 April 2022 di dua
buah sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan Taman Desa dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Bintang
Utara. Sesi rakaman ini merupakan
kerjasama BPK bersama-sama BSTP
dan BPSH.

9

PROGRAM STANDARD PENGUKURAN INDEKS JISIM BADAN UNTUK MURID SEKOLAH
MALAYSIA BERUMUR LIMA HINGGA SEMBILAN TAHUN (BMI 5-9T)

BMI 5-9T dirangka oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bagi menangani isu obesiti dalam
kalangan murid sekolah seawal umur lima tahun.
Pelaksanaan BMI 5-9T juga merupakan program
awal mengenal pasti status BMI sebelum mencapai
umur 10 tahun yang akan mengikuti ujian SEGAK.

BMI 5-9T memberikan kesedaran kepada murid

tentang:
• kepentingan mempunyai komposisi badan

yang ideal;
• melakukan aktiviti kecergasan secara tekal;
• amalan pemakanan sihat untuk kesejahteraan

diri.

BMI ialah petunjuk jumlah lemak badan
berbanding ketinggian. BMI dapat menentukan
status individu sama ada susut berat badan, berat
badan normal, berlebihan berat badan atau
berlebihan berat badan yang keterlaluan
(obes). Pelaksanaan BMI 5-9T dimulakan dengan
mengukur tinggi dan berat murid bagi
mendapatkan skor BMI serta diikuti dengan
intervensi aktiviti fizikal dan amalan pemakanan
sihat.

Pelaksanaan program BMI 5-9T bagi menangani isu

obesiti ini telah mendapat pandangan daripada

pelbagai pakar dari Kementerian Kesihatan

Malaysia, IPT, IPG dan guru. Mereka terdiri daripada

pakar pemakanan, kesihatan kanak-kanak,

kecergasan fizikal, perkembangan awal kanak-

kanak, pengukuran dan penilaian Pengukuran
BMI
kecergasan, serta guru PJPK Tahap I dan guru

prasekolah.

1 Kaedah mengukur lemak badan
berdasarkan nisbah berat badan
dengan tinggi.

2 Kaedah klinikal mudah bagi mengenal
pasti individu yang mempunyai risiko
kesihatan berdasarkan masalah berat
badan.

3 Dipelajari di sekolah rendah dan
menengah dalam kurikulum PJPK

Bidang Kecergasan Fizikal.

Pengukuran tinggi dan berat

4 dilaksanakan kepada murid

prasekolah untuk Rekod Kesihatan

Murid.

10

BENGKEL KERJA STANDARD PENGUKURAN INDEKS JISIM BADAN UNTUK MURID SEKOLAH
MALAYSIA BERUMUR LIMA HINGGA SEMBILAN TAHUN (BMI 5-9T)

Bengkel kerja bagi Zon 1 ini diadakan pada 10
dan 11 Mei 2022, di SMK Putrajaya Presint 14
(1). Peserta bengkel terdiri daripada JUD dari
WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor.
Pengisian Bengkel Kerja BMI 5-9T: bengkel
umum program BMI 5-9T, bengkel pengukuran
BMI, bengkel intervensi fizikal, bengkel
intervensi pemakanan, bengkel perancangan
ujian BMI dan aktiviti intervensi. Di akhir
bengkel, peserta menghasilkan satu
perancangan program BMI 5-9T yang akan
dilaksanakan di sekolah masing-masing.

Bengkel Kerja JUD BMI 5-9T
Zon 1 di SMK Putrajaya
Presint 14 (1). 26 orang
yang hadir melibatkan tiga
buah negeri iaitu Selangor,
WP Putrajaya dan
WP Kuala Lumpur.

11

TAKLIMAT SPESIFIKASI ALATAN MAKMAL SAINS SUKAN DI BAWAH PROJEK RANCANGAN
MALAYSIA KE-12 (RMKe-12) ROLLING PLAN 1 (RP1) DAN ROLLING PLAN 2 (RP2) NAIK TARAF
BILIK DARJAH BERSAIZ 6 BAY MENJADI MAKMAL SAINS SUKAN DAN PEMBEKALAN ALATAN
MAKMAL SAINS SUKAN KEPADA JPN PAHANG

Taklimat Spesifikasi Alatan Makmal Sains Sukan di Bawah Projek
Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) RP1 dan RP2 Naik Taraf Bilik
Darjah Bersaiz 6 Bay Menjadi Makmal Sains Sukan dan Pembekalan
Alatan Makmal Sains Sukan melibatkan 10 orang pegawai dari Sektor
Pembelajaran dan Sektor Infrastruktur dan Perolehan dari JPN Pahang
bertempat di Makmal Sains Sukan Bentong, Pahang. Taklimat ini
bertujuan untuk memberi penerangan kepada peserta dan
memudahkan proses untuk membuat perolehan bagi projek Naik Taraf
Bilik Darjah Bersaiz 6 Bay menjadi Makmal Sains Sukan dan Pembekalan
Alatan Makmal Sains Sukan di Bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-12
(RMKe-12) RP1 dan RP2.

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM UJI RINTIS ENSEMBEL KIBOD DI SEKOLAH RENDAH
DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK

Mesyuarat ini telah diadakan secara dalam talian pada 7 April
2022 dan dihadiri oleh tiga pegawai dari JPN iaitu JPN Selangor,
JPN Negeri Sembilan dan JPN Melaka serta wakil pegawai dari
Yamaha Music Malaysia. Tujuan mesyuarat diadakan
adalah untuk memaklumkan kepada JPN mengenai kolaborasi
antara KPM dan Yamaha Music Malaysia serta memilih sekurang-
kurangnya empat buah sekolah rendah bagi mengikuti program
uji rintis ensembel kibod ini.

PROJEK PENYELIDIKAN INTEGRASI MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA
PELAN ANTI RASUAH NASIONAL (NACP)
PENGAJARAN – PEMBELAJARAN SAINS DAN KPM 2019–2023 BAGI INISIATIF 2.4.5:
MEMBERI PENEKANAN YANG LEBIH
MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN SAINS DAN TERHADAP KEPENTINGAN NILAI MURNI
DALAM SILIBUS PENDIDIKAN PRASEKOLAH
JASMANI KSSM
Mesyuarat telah diadakan pada 8 Mac 2022
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti secara dalam talian yang melibatkan pegawai
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan dari 14 Bahagian KPM, dua agensi kerajaan dan
sesi perbincangan berkenaan projek penyelidikan satu agensi swasta. Mesyuarat membincangkan
integrasi mata pelajaran Sains dan Matematik aktiviti yang akan dilaksanakan bagi inisiatif ini
dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan pada tahun 2022. Aktiviti tersebut merangkumi
Kesihatan sekolah menengah rendah (Tingkatan 1 penghasilan carta cerita amalan nilai dan
hingga Tingkatan 3) berdasarkan model yang pemantauan pelaksanaan sivik yang melibatkan
dibina iaitu Cross Curricular Physical Education prasekolah KPM, tadika dan tabika KEMAS, JPNIN
Pedagogical Model bersama tiga orang pegawai serta swasta. Mesyuarat seterusnya akan
BPK pada 6 April 2022. Seramai lima orang diadakan pada 7 Jun dan 27 Oktober 2022.
pensyarah dan seorang Graduate Research
Assistant dari UPSI turut hadir bersama dalam
perbincangan ini. Perbincangan ini bertujuan
mendapatkan maklum balas daripada pegawai
kurikulum ketiga-tiga mata pelajaran tersebut
mengenai model yang dicadangkan oleh pihak
UPSI.

12

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN
KURIKULUM SAINS DAN MATEMATIK ANTARA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

Mesyuarat telah diadakan pada 16 Mac 2022 secara
bersemuka dan 7 April 2022 secara dalam talian dan

dihadiri oleh pegawai-pegawai dari BPK, BPSH, Pusat STEM Negara, Jemaah Nazir,
Lembaga Peperiksaan, BSTP serta Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPKK) dari semua
JPN. Manakala, mesyuarat secara dalam talian pada 7 April 2022 telah dipengerusikan
oleh Puan Hajah Nor'aidah binti Nordin, Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik
serta dihadiri oleh pegawai-pegawai BPK dan pegawai-pegawai Sains dan Matematik
JPN. Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan input serta menyelaras program-
program berkenaan Sains dan Matematik dari semua bahagian yang terlibat dan JPN.

MESYUARAT PENYELARASAN MESYUARAT PENYELARASAN
PELAKSANAAN KURIKULUM PELAKSANAAN KURIKULUM
PRASEKOLAH KEBANGSAAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN
PENDIDIKAN KHAS BERSAMA-SAMA BERSAMA-SAMA BAHAGIAN KPM
BAHAGIAN KPM DAN JPN 2022
DAN JPN
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Mesyuarat telah diadakan pada 15
Pendidikan Khas bersama-sama Bahagian
KPM dan JPN 2022 telah diadakan pada 10 Mac 2022 secara dalam talian dan
Mac 2022 secara dalam talian dan dihadiri
seramai 32 orang pegawai dari Bahagian dipengerusikan oleh Timbalan
KPM dan JPN. Mesyuarat ini telah
dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengarah, Sektor Prasekolah. Mesyuarat
Sektor Prasekolah, BPK. Mesyuarat ini
diadakan bertujuan untuk membincang ini telah dihadiri seramai 10 orang
dan menyelaras maklumat serta aktiviti
yang telah dirancang dan dilaksanakan pegawai Bahagian KPM dan 16
oleh Bahagian KPM serta JPN yang terlibat
secara langsung dengan pelaksanaan pegawai JPN. Antara inti pati mesyuarat
kurikulum prasekolah Pendidikan Khas. Hasil
daripada mesyuarat ini, Bahagian KPM dan ialah berkenaan pembukaan semula
JPN telah dapat menyelaras maklumat
berkaitan pelaksanaan KSPK Pendidikan sekolah dan sesi akademik kalendar
Khas dan membincangkan aktiviti serta
perancangan Bahagian KPM serta JPN 2022/2023 serta perancangan aktiviti
untuk memantapkan pelaksanaan KSPK
Pendidikan Khas. 2022. Perancangan aktiviti 2022

merangkumi penilaian kurikulum,

pelaksanaan kajian, penghasilan lagu

kanak-kanak, penghasilan bahan

digital, bengkel strategi pembelajaran

berasaskan projek, bengkel

pelaksanaan sains awal, bengkel

belajar melalui bermain dan

pemantauan komponen Bahasa

Inggeris, Pendidikan Islam dan Sivik

Prasekolah.

13

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF PERINGKAT KEBANGSAAN
SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU TAHUN 2022

BPK telah dipertanggungjawabkan sebagai jawatankuasa pengelola
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan Tahun
2022. Penilaian bagi pertandingan ini bermula pada 21 Mac dan
berakhir pada 21 April 2022. Terdapat tiga pusingan penilaian yang
dijalankan di BPK bagi menentukan johan bagi kategori individu
prasekolah, individu sekolah rendah, individu sekolah menengah dan

kumpulan. Penilaian pertama telah dilaksanakan secara
dalam talian oleh Ketua Penilai dan Panel Penilai yang
dilantik dari setiap sektor di BPK bagi menentukan tiga calon
terbaik bagi pusingan kedua. Pengurusan Tertinggi BPK telah
menyenarai pendek dua calon terbaik di pusingan kedua
untuk ke pusingan ketiga. Dalam pusingan ketiga, hanya
seorang pemenang sahaja dipilih oleh Pengarah
BPK, Ketua Nazir dan Panel Penilai yang dilantik
daripada setiap kategori yang dipertandingkan.

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN SESI PERKONGSIAN ILMU “C DAN
DIGITAL/INTERAKTIF MATEMATIK AWAL
PELAZIMAN PEMIKIRAN ARAS TINGGI DARI
Bengkel ini telah diadakan pada 4 April 2022
secara dalam talian dan dipengerusikan oleh PERSPEKTIF U ” DIBAWAH INISIATIF
Ketua Unit STEM Awal, Sektor Prasekolah. Seramai
20 orang peserta telah menghadiri bengkel ini #20 PPPM (2013 – 2025)
yang terdiri daripada pegawai Sektor Prasekolah
(BPK), Jurulatih Kebangsaan dari negeri Selangor BPK telah menganjurkan sesi
dan WP Kuala Lumpur, serta wakil Whytehouse Perkongsian Ilmu ini pada
Education Group Sdn Bhd. Tujuan bengkel 29 Mac dan disampaikan oleh
diadakan adalah untuk membangunkan aplikasi YBrs. Profesor Madya Dr. Muzaimi
pembelajaran Matematik Awal bagi kegunaan Mustapha dari Universiti Sains
guru dan murid prasekolah. Malaysia. Sesi ini adalah satu
daripada aktiviti di bawah Inisiatif
#20 PPPM (2013 -2025):
Pembudayaan Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi dalam Pembelajaran Abad Ke-21.

Peserta yang hadir terdiri daripada pegawai PADU
dan Bahagian KPM yang terlibat dengan Inisiatif
#20.

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC) SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK:
PENDIDIKAN KEWANGAN DAN CANVA

Aktiviti ini telah diadakan pada 22 April 2022 secara
dalam talian yang melibatkan semua pegawai
dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) Sektor
Sains dan Matematik. Tujuan aktiviti ini diadakan
adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran pegawai dan AKP berkaitan aplikasi
CANVA dan pengurusan kewangan.

14

SESI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL KAJIAN IMPAK PENDIDIKAN
SEKOLAH RENDAH DALAM KONTEKS KEMAMPUAN BERDIKARI
MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN

Siri PLC ini telah berlangsung bermula Mac 2022 secara dalam talian. Komuniti profesional yang diketuai oleh Mejar Dr.
Rosmalily binti Salleh ini terdiri daripada pensyarah akademik, pakar psikologi, pegawai Bahagian dan juga pelaksana
kurikulum di sekolah. Aktiviti PLC juga merupakan sesi Libat Urus bersama Prof. Madya Dr. Aznan bin Che Ahmad (USM
Kampus Pulau Pinang), Dr. Norzila binti Zakaria (USM Kampus Kesihatan), Dr. Eni Eliza binti Ghazali (IPG Kampus
Tuanku Bainun), Dr. Ab, Halim bin Sulong dan Dr. Che Rozaniza binti Azizan (BPKhas), serta lapan guru pendidikan khas
seluruh negara. Siri PLC bermatlamat untuk berkongsi maklumat dan berbincang tentang penyelidikan yang dijangka
selesai pada Oktober 2022.

PERKONGSIAN ILMU

KURSUS STANDARD KOMPETENSI PEGAWAI BPK KURSUS ETIKET SOSIAL DI MEJA MAKAN

Kursus ini diadakan untuk Pada 9 Mac 2022 (Rabu), kursus ini telah diadakan di
pegawai-pegawai BPK pada Bilik Jamuan 1, Aras 8, BPK dan penceramah kursus
10 Mac 2022 (Khamis, jam 2.30 ialah Tuan Rudy Ludinata (Imej Konsultan). Bilanagn
petang secara dalam talian. peserta kursus adalah seramai 18 orang dan turut
Penceramah kursus adalah YBrs. dihadiri oleh YBrs. Pengarah BPK, Timbalan-timbalan
Dr Nor Zihan binti Hussin (UPKPP) Pengarah Bahagian dan Ketua-ketua Penolong
dan disertai 84 orang pegawai. Pengarah dan urus setia dari Sektor Dasar &
Objektif kursus ini adalah untuk Penyelidikan Kurikulum. Kursus ini bertujuan
memberikan input kepada para menyediakan para pegawai tertinggi bahagian
pegawai mengenai standard dengan etiket sosial di meja makan khususnya untuk
kompetensi yang perlu ada dan acara-acara rasmi dengan lebih terperinci dan tips
di capai oleh setiap pegawai di yang telah diberikan oleh penceramah. Diharapkan,
BPK. Para pegawai disaran agar mempersiapkan diri BPK akan dapat membawa imej korporat yang
dengan menguasai ilmu pengetahuan yang terkini terbaik apabila menghadiri majlis-majlis makan rasmi
bagi mencapai tahap kompetensi yang yang yang diadakan pada masa yang akan datang.
harapkan oleh organisasi.

KURSUS PRESENTATION GEMPAK DENGAN KURSUS BAHASA ARAB KOMUNIKASI
CANVA
Sempena menyambut Bulan Ramadhan yang mulia
Kursus Presentation Gempak pada tahun ini, BPK telah mengaturkan dua siri Kursus
Bahasa Arab Komunikasi untuk seluruh warga BPK.
Dengan CANVA telah Siri 1 diadakan pada 1 April 2022 dan Siri 2 diadakan
pada 8 April 2022. Kedua-dua siri kursus tersebut
diadakan sebanyak dua siri. diadakan secara dalam talian.

Kursus Siri 1 diadakan pada 11

Mac 2022 (Jumaat) dan Siri 2

diadakan pada 18 Mac 2022

(Jumaat). Kursus disampaikan

oleh Pn. Siti Sarah binti Mohd

Noor (Sektor Sains Sosial) secara

dalam talian. Peserta yang

menghadiri kursus Siri 1 adalah

78 pegawai dan Siri 2 seramai

88 orang. Kursus ini membantu para pegawai khasnya

untuk menghasilkan poster dan bahan persembahan

dengan cara yang lebih mudah tetapi berkualiti tinggi.

15

KURSUS KAJIAN KUANTITATIF

BPK sentiasa berusaha untuk memberikan latihan atau kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan
kompetensi warganya. Untuk tujuan ini, BPK telah menganjurkan Kursus Kajian Kualitatif khusus untuk
meningkatkan pengetahuan warga BPK mengenai disiplin dan kaedah pelaksanaannya. Kursus ini telah
diadakan sebanyak dua siri. Siri 1 diadakan pada 14 April 2022 dan penceramah kursus ialah YBrs. Prof.
Madya Dr. Mohd. Mursyid Arshad (Universiti Putra Malaysia) serta dihadiri oleh 87 orang peserta. Manakala, Siri
2 diadakan pada 27 April 2022 (Rabu) dan penceramah kursus ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Zainuddin bin
Ibrahim (Universiti Teknologi MARA) serta dihadiri oleh 68 orang peserta. Kedua-dua siri kursus dilaksanakan
secara dalam talian.

SESI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL PEMBINAAN BAHAN INFOGRAFIK

Sesi ini telah diadakan secara dalam talian pada 7 Bagi membudayakan Komuniti Pembelajaran
April 2022 selama empat jam. Perkongsian input Profesional (PLC) di BPK, beberapa siri PLC Infografik
oleh pegawai BSTP, En. Aziz Abu Seman dibantu dilaksanakan bersama-sama guru sekolah rendah dan
oleh En. Kavin Ramakrishnan ini dihadiri bukan sekolah menengah serta GPK pendidikan khas dari
hanya pegawai SPKhas tetapi juga pegawai BPK seluruh negara. Komuniti seramai 17 orang yang turut
dan guru. Semoga dengan sesi anjuran SPKhas ini, disertai oleh pegawai BPK ini berkongsi maklumat dan
pegawai dapat memanfaatkan ilmu tentang jenis kemahiran untuk menghasilkan bahan infografik
infografik serta aplikasi yang sesuai untuk bercetak dan digital yang standard dan berkualiti
menghasilkan bahan infografik yang berkualiti. tentang Pendidikan Khas. Komuniti yang diketuai oleh
Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh telah mula berbengkel
secara dalam talian pada bulan April. Bengkel
bersemuka akan dilaksanakan pada bulan
Jun. Bahan infografik untuk lapan fokus utama
dijangka siap pada bulan Julai.

16

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan 1443H/2022 telah diadakan
secara hibrid di Bilik Mesyuarat Sri Duta, Aras 8 pada 1 April 2022
(Jumaat) bermula jam 8.30 hingga 9.00 pagi. Majlis dimulakan
dengan bacaan surah Yasin dan telah disempurnakan oleh Tuan
Haji Azman bin Haji Adnan, Pengarah BPK yang seterusnya
melancarkan Tabung Cakna Ramadan. Dua aktiviti utama Ihya’
Ramadan BPK ialah Program Tadarus Al-Quran dan Majlis Iftar
Peringkat BPK. Program Tadarus Al-Quran telah diadakan secara
hibrid di Bilik Jamuan (Aras 8) pada 5 hingga 21 April 2022 jam 1.00
hingga 2.00 petang. Naqib kumpulan Tadarus Muslimin ialah Ustaz
Mior Syazril binti Mohamed Sapawi, manakala naqib kumpulan
Tadarus Muslimat pula ialah Ustazah Nurul Fitri binti Asmawi
daripada Bahagian Pendidikan Islam. Program ini bertujuan untuk
mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan
Ramadan yang penuh barakah serta memantapkan kemahiran
membaca Al-Quran dalam kalangan warga BPK. Manakala Majlis
Iftar Peringkat BPK 2022/ 1443H dianjurkan oleh Badan Kebajikan,
Sosial dan Sukan (BKSS) dan Biro Hal Ehwal Islam BKSS telah
diadakan di Dewan Serbaguna Blok E12 pada 22 April 2022
(Jumaat). Majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudian diikuti
dengan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis kemudiannya diteruskan
dengan ucapan Pengerusi BKSS, Encik Ramlan bin Haji Abu Talib
dan ucapan Pengarah BPK, Tuan Haji Azman bin Haji Adnan.
Tazkirah Ramadan disampaikan oleh penceramah jemputan,
Ustaz Haji Zulkefli bin Hamat (Pengacara dan Murabbi Pencetus
Ummah ASTRO dan tenaga pengajar Program Ceria-i-STAR
ASTRO). Tuan Haji Azman turut menyampaikan duit raya kepada
anak-anak warga BPK yang hadir.

Jasamu Dikenang

SELAMAT BERSARA PN. KALAICELVI A/P SUBRAMANIAM
PENOLONG PENGARAH UNIT BAHASA INGGERIS

Pada 15 Mac 2022, satu Majlis Perpisahan telah diadakan di Bilik Jamuan, BPK bagi
menghargai jasa Puan Kalaichelvi a/p Subramanium sepanjang perkhidmatan
beliau di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sejarah perkhidmatan beliau bermula sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
bukan Siswazah bermula dari 1 September 1990 sehingga 30 November 1994. Beliau
kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada 1
Februari 2002 dan telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada 2016
kerana prestasi yang sangat baik. Pada tanggal 16 Disember 2016, beliau mula
berkhidmat di Bahagian Pembangunan Kurikulum dan ditempatkan di Unit Bahasa
Inggeris, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan sehinggalah beliau bersara wajib dalam
perkhidmatan awam pada usia 60 tahun. Bahagian mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan. Semoga diberi
kesihatan dan kebahagian sepanjang tempoh persaraan.

17

MAJLIS PERSARAAN ENCIK MAZLAN BIN AWI,
KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT MATEMATIK ASAS

Satu Majlis ringkas dan penuh makna ini diadakan bagi
menghargai dan meraikan Encik Mazlan Bin Awi yang bersara
wajib pada 19 April 2022 (Selasa). Beliau mula berkhidmat di
SRK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu sebelum bertukar keluar
ke SK Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur pada 01 Disember
1990. Beliau bertukar keluar dari SK Bandar Baru Sentul Kuala
Lumpur ke Pusat Perkembangan Kurikulum pada 01 Disember
1994 dan dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada
tahun 1993 dan 2009.
Pada 01 September 2005 beliau dilantik rasmi sebagai PPP
Siswazah DG41 dan kembali bertugas di Pusat Perkembangan
Kurikulum pada 01 April 2005. Setelah itu, beliau dinaikkan
pangkat ke Gred DG44 pada 01 September 2010 dan memilih
untuk bersara wajib pada usia 60 tahun.
Justeru, Bahagian ini menzahirkan jutaan penghargaan dan
terima kasih buat Encik Mazlan yang telah berkhidmat dan
menabur bakti di sepanjang tempoh perkhidmatannya di
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan sepanjang
tempoh perkhidmatannya dengan Kerajaan selama hampir 37
tahun bermula pada 01 Mac 1985.

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SEJATI, MAMAKU MAMAMU JUA...
ARTIS GITEW! PN RUSZIDAH BINTI HJ LIMAT

KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL

Satu majlis ringkas dan penuh makna telah diadakan bagi meraikan Puan Ruszidah Binti Limat yang bersara
pilihan pada 01 April 2022 (Jumaat). Beliau dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Gred DG41 pada 01 Ogos 1999 dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Samad Klang.Beliau
bertukar keluar dari SMK Bandar Damai Perdana Cheras Selangor ke Bahagian Pembangunan Kurikulum
dan ditempatkan di Unit Pendidikan Seni Visual, Sektor Kesenian dan Kesihatan pada 16 Ogos 2017. Beliau
telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang KPM pada tahun 2009.
Bahagian ini ingin menzahirkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat Puan Ruszidah yang telah
berkhidmat dan menabur bakti di sepanjang tempoh perkhidmatannya di Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK) dan sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan Kerajaan selama hampir 23 tahun
bermula pada 01 Ogos 1999.

18

Sekapur Sireh Seulas Pinang

NAIK PANGKAT
DARI GRED DG44 ke DG48(KUP)

1. Hasneeda binti Mohd Sarip (Pada 31.12.2021)
2. Zainal Abidin bin Ismail (Pada 01.11.2021)
3. Kasar Anak Jampi (Pada 01.10.2021)

PEGAWAI/STAFF BERTUKAR DALAMAN

19

BPK PRIHATIN

Salam Takziah…
• Bonda Puan Chin Fong Phin dari Unit Bahasa Melayu, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan

telah meninggal dunia pada 02 April 2022;

• Kekanda Puan Nor Bazilah binti Idham dari Unit Sumber Manusia, Sektor Khidmat

Pengurusan telah meninggal dunia pada 09 April 2022;

• Seluruh warga Bahagian Pembangunan Kurikulum turut rasa berdukacita di atas
kehilangan insan tercinta. Semoga seluruh amal ibadahnya di dunia diterima olehNya
serta keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan kesabaran atas dugaan yang
menimpa ini.

20


Click to View FlipBook Version