The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dokumentasi ringkas aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari dan Februari 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2022-03-10 20:26:10

BULETIN BPK KELUARAN 1/2022

Dokumentasi ringkas aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari dan Februari 2022

eISSN: 2811 - 4132 Januari & Februari Keluaran 1/2022

KPMPerkasaKU: PELAKSANAAN
CATCH UP PLAN 3 (CUP 3)

Program KPMPerkasaKU merupakan agenda Pelan Pemulihan
Pendidikan Negara yang disusun untuk menangani isu pendidikan
akibat kesan pandemik serta sebagai persediaan kepada warga
pendidik dan murid untuk menghadapi normalisasi dalam
pendidikan. Matlamat KPMPerkasaKU adalah untuk membantu
murid memperkasakan kemahiran asas dan tahap pembelajaran
mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Untuk
merealisasikan hasrat KPMPerkasaKU, guru-guru telah
melaksanakan CUP 1 dan CUP 2 mulai 1 September 2021 hingga
25 Februari 2022. Atas keperluan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah menguasai kemahiran dan pengetahuan,
maka Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah merangka
program CUP 3 yang dilaksanakan mulai 21 Mac hingga 15 April
2022. Berbanding CUP 1 dan CUP 2, program CUP 3 merupakan
program berfokus iaitu menyasarkan kepada kumpulan murid yang
menyasarkan Tahap Penguasaan 1 hingga Tahap Penguasaan 3
dan yang belum ditaksir pada sesi persekolahan 2021/2022 agar
murid bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan bagi
kalendar akademik sesi 2022/2023. Program selama empat minggu
ini akan dilaksanakan hanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dengan menggunakan
pendekatan terbeza dan kurikulum semasa. Penataran tentang
pelaksanaan CUP 3 diadakan pada 10 Mac 2022 secara dalam
talian melibatkan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua, guru besar
dan guru sekolah. Semua bahan taklimat boleh dicapai di
respositori KPMPerkasaKU iaitu SumberKU melalui pautan
https://sumberku.moe-dl.edu.my/.

TAKLIMAT PENGOPERASIAN KPMPERKASAKU SIRI 4
PENGOPERASIAN PBD: WHAT’S GOING ON?

Taklimat yang berfokuskan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini
telah diadakan pada 26 Januari 2022 secara dalam talian.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penjelasan semula
tentang pelaksanaan PBD kepada bahagian KPM, JPN, PPD
dan juga pihak sekolah. Pengisian taklimat merangkumi
penerangan tentang pelaksanaan KPMPerkasaKU,
penggunaan templat PBD dan juga penerangan daripada dua
orang guru yang berkongsi tentang cara melaksanakan
pembelajaran menggunakan pelbagai pendekatan PdP, dan
kaedah melaksanakan pentaksiran dalam pembelajaran yang
dilaksanakan. Diharapkan taklimat yang diadakan dapat
membantu pihak berkepentingan khususnya guru bagi
melaksanakan PBD dengan berkesan, seterusnya
merealisasikan matlamat PBD. Bahan taklimat tersebut boleh
dicapai melalui pautan SumberKU iaitu https://sumberku.moe-
dl.edu.my/.

PENGISIAN PENYAMPAI Jumlah Kehadiran = 2310 orang
Pemugaran PBD 83 wakil pegawai KPM
Dr. Wan Nor Fadzilah binti Wan Husin
Templat PBD BPK 727 wakil pegawai JPN/PPD
1498 wakil sekolah (pentadbir/guru)
Pelaksanaan Cik Noor Aliza binti Nordin
KPMPerkasaKU: BPK
What’s Going
On? Pn. Hjh. Nor Azza binti Ibrahim
BPK
Pn. Maimunah binti Muhammad
SK Taman Bukit Dahlia, Johor
Pn. Chiam Scok Pei
SMK Seri Indah, Selangor

2

INISIATIF #20: PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

BENGKEL KERJA PEMBANGUNAN PELAN 3 KAKI INISIATIF
PPPM BAGI TAHUN 2022

Bengkel kerja ini telah diadakan pada 10 hingga 13 Januari
2022 di Putrajaya melibatkan 16 orang pegawai yang terdiri
daripada lapan orang pegawai BPK, tiga orang pegawai
BPPDP, tiga orang pegawai LP, seorang pegawai BPSBP
dan seorang pegawai BPG. Tujuan bengkel ini diadakan
adalah untuk merangka aktiviti pembudayaan KBAT
sepanjang 2022 oleh setiap bahagian yang
bertanggungjawab dalam Inisiatif #20.

KUNJUNG BANTU BAGI MEMANTAPKAN PELAKSANAAN CUP 2 KPMPERKASAKU
PERINGKAT JPN, PPD DAN SEKOLAH

BAGI ZON UTARA, SELATAN, TIMUR DAN TENGAH

BPK telah melaksanakan kunjung bantu tersebut
pada 19 hingga 21 Januari 2022 melibatkan empat
buah sekolah rendah dan empat buah sekolah
menengah di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan
Melaka. Kunjung bantu ini bertujuan untuk
memantapkan pelaksanaan CUP 2 yang perlu
dilaksanakan oleh pihak sekolah pada Januari dan
Februari 2022. Kunjung bantu ini merupakan
pemantauan susulan di sekolah yang sama yang
telah dilaksanakan pada bulan Disember 2021.

PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA
Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA diadakan pada 21 Februari 2022 bertempat di
Putrajaya dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan
Pendidikan, KPM. Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof,
Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali, Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Dasar dan Kurikulum, pegawai-pegawai kanan KPM,
wakil dari kementerian lain, JPN, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
Yayasan Didik Negara, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan
pentadbir sekolah.

Tujuan program ini adalah untuk menerapkan 14 elemen pelaksanaan
inisiatif Sekolahku SEJAHTERA yang merangkumi aspek selamat,
seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti,
terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi. Seramai 15 orang
pegawai BPK menghadiri majlis ini.

3

MESYUARAT PENYELARASAN
PEMBINAAN MODUL KAEDAH PDP

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh
Pengarah BPK yang telah menyampaikan
amanat berkaitan keperluan untuk
menerbitkan semula modul kaedah PdP
yang telah diterbitkan pada tahun 2001.
Terdapat keperluan untuk menulis semula
dan memperbaharui maklumat dan
penerangan tentang modul tersebut untuk
rujukan guru dan pihak berkepentingan.
Mesyuarat tersebut telah diadakan sebanyak
tiga kali sepanjang bulan Januari dan
Februari pada tarikh yang berikut:

➢ Bilangan 1/2022: 11 Januari 2022
➢ Bilangan 2/2022: 24 Januari 2022
➢ Bilangan 3/2022: 15 Februari 2022

LAWATAN KERJA KE SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN
KASIH (SBJK) BAGI PEMBINAAN MODUL
PEMBELAJARAN MURID

16 Februari 2022 – Lawatan kerja anjuran BPSH ke SBJK Kuala
Lumpur ini bertujuan untuk melihat, mengenali dan memahami SBJK.
Kumpulan BPK yang diketuai oleh Pengarah menghadiri lawatan
tersebut untuk menilai keperluan guru dan murid di SBJK dalam aspek
kurikulum.

KAWAL KUALITI
BAHAN TERBITAN BPK

28.01.2022 Bengkel Kerja 15.02.2022 Bengkel Kerja
Kawal Kualiti Kawal Kualiti
Bahan Terbitan Bahan Terbitan
BPK Bil. 1/2022: BPK Bil. 3/2022:
Surat Siaran Buku Panduan
Program Transisi Kawal Kualiti
Tahun Satu 2.0 Bahan Terbitan
BPK

JANUARI FEBRUARI

Bengkel
Kerja Kawal Kualiti
Bahan Terbitan
BPK Bil. 2/2022: Kit
Program Transisi
Tahun Satu 2.0

08.02.2022

4
4

PELAKSANAAN PROGRAM RINTIS PENDIDIKAN KEWANGAN DI TABIKA KEMAS
Mesyuarat telah dilaksanakan pada 27 Januari 2022 dan 7 Februari 2022 secara dalam talian anjuran Jaringan
Pendidikan Kewangan (FEN), Bank Negara Malaysia (BNM), dipengerusikan oleh Pn. Jasmina binti Mohd Mokhtar, wakil
sekretariat FEN dan Pn. Suhaila binti Shaari, Financial Capability Section, Development Finance and Inclusion
Department, BNM. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membuat penyelarasan berkenaan pelaksanaan Program Rintis
Pendidikan Kewangan di TABIKA KEMAS. Ini termasuk cadangan penambahbaikan topik semasa latihan dalam
kumpulan untuk membangunkan Modul Kewangan dan Perbankan bagi Prasekolah (MPKS) secara maya pada 15
hingga 17 Februari 2022 kepada pegawai-pegawai dan guru-guru KEMAS. Sektor Prasekolah, BPK diwakili oleh empat
orang pegawai dari Unit STEM Awal, selain kehadiran pegawai dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), BNM,
BNM Museum and Art Gallery, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

BENGKEL BRAINSTORMING MODUL STREAM (BANKING AND FINANCE)

Bengkel yang diadakan pada 16 hingga 17 Februari 2022 secara dalam talian ini dianjurkan oleh Jaringan Pendidikan
Kewangan, BNM dan dipengerusikan oleh Pn. Siti Norziana binti Abdul Karim, Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan
Awal Kanak-kanak, KEMAS. Bengkel dihadiri pegawai dari BPK, BNM, KEMAS, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia serta AKPK. BPK telah diwakili oleh Pn. Harlina binti Mohamad dan Pn. Nurbaity binti Ahmad dari Unit STEM
Awal, Sektor Prasekolah. Bengkel diadakan bertujuan untuk menyelaras satu projek rintis pendidikan kewangan di
TABIKA KEMAS Gambang, Pahang. Projek rintis ini melibatkan pembangunan modul bawah tema Kewangan dan
Perbankan, iaitu gabungan pembelajaran dalam kelas dan aplikasi experiental learning.

MESYUARAT JAWATANKUASA HAKIM BAGI ANUGERAH INOVASI DAN MULTIMEDIA
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (AIMPAK 2021)

Mesyuarat ini telah diadakan pada 23 Februari 2022 secara hibrid dan dipengerusikan oleh En. Ahmad Kamal Idris bin
Hj. Nawawi. Mesyuarat dihadiri pegawai BPK, BSTP, Bahagian GENIUS, ASWARA, MDEC, UPSI dan KEMAS. Wakil
dari BPK ialah Dr. Siew Siew Kim dan En. Tajul Effandy bin Hassan dari Sektor Prasekolah. Mesyuarat diadakan
bertujuan menyelaras dan memuktamadkan markah penilaian terhadap bahan inovasi dan multimedia yang dihasilkan
oleh peserta bagi AIMPAK 2021.

5
5

MESYUARAT PENYELARASAN PENYERAHAN KEURUSSETIAAN JAWATANKUASA
KHAS DAN JAWATANKUASA TEKNIKAL BAGI MENGAWAL SELIA SECARA
BERSEPADU PENUBUHAN DAN OPERASI INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Mesyuarat yang diadakan pada 27 Januari 2022 di BPPDP ini telah
dipengerusikan oleh En. Amzan bin Abd Malek, Timbalan Pengarah, Sektor
Dasar dan Pembangunan Pendidikan. Mesyuarat dihadiri oleh pegawai dari
BPK, BPSH, Bahagian GENIUS, BPSwasta, BPPDP serta BPI. Wakil dari
BPK ialah Pn. Harlina binti Mohamad dan Pn. Nurbaity binti Ahmad dari Unit
STEM Awal, Sektor Prasekolah. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk
menyelaras penyerahan keurussetiaan Jawatankuasa Khas dan
Jawatankuasa Teknikal bagi mengawal selia dan menyelaras institusi
pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia yang terdiri daripada dua peringkat
bawah dua akta yang berbeza iaitu Program asuhan dan didikan awal kanak-
kanak bawah umur 4 tahun – Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta
308] dan pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun
– Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Penyelarasan penyerahan keurussetiaan
ini diserahkan daripada BPPDP kepada BPSH.

MESYUARAT JAWATANKUASA KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN BPK

14 Februari 2022 - Buat julung kalinya BPK mengadakan
Mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi dan Perhubungan
Bahagian Pembangunan Kurikulum. Mesyuarat ini
dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Unit
Komunikasi, Dokumentasi dan Kualiti Bahan Sumber, Sektor
Dasar dan Penyelidikan Kurikulum, dan disertai oleh ahli
jawatankuasa yang terdiri daripada sepuluh orang pegawai
BPK yang telah dilantik dari setiap sektor kecuali Sektor
Khidmat Pengurusan yang diwakili oleh dua orang pegawai.
Jawatankuasa yang pertama kali ditubuhkan ini
bertanggungjawab merancang dan melaksana promosi
berkaitan program BPK, menganalisis dan menguruskan isu serta aduan berkaitan BPK dan menguruskan hal
berkaitan perhubungan dan protokol. En. Haris bin Hameed dari Unit Komunikasi Korporat KPM berkongsi taklimat
ringkas tentang tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatankuasa ini.

LAWATAN KERJA DARI JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN INSITUT AMINUDDIN BAKI,
CAWANGAN GENTING HIGHLANDS
Lawatan kerja yang melibatkan seramai sembilan orang pegawai dari Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Institut
Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands pada 15 Februari 2022 bertujuan membolehkan para pensyarah
mendapat perkongsian profesional mengenai pengurusan PBD di sekolah. Sesi perbincangan dan perkongsian ini
diketuai oleh Dr. Wan Nor Fadzilah binti Wan Husin, Ketua Unit, Unit Penyelidikan dan Pentaksiran Bilik Darjah.
Lawatan kerja ini diharap dapat mewujudkan kerjasama dua hala antara pihak IAB dan BPK serta dapat diteruskan di
masa akan datang demi kemenjadian murid di negara ini.

6
6

MESYUARAT HALA TUJU PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS

20 Januari 2022 – Mesyuarat telah diadakan di BPPDP dengan dipengerusi oleh YBhg. Dato' Hj. Pkharuddin bin
Hj. Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum). Seramai 21 orang
peserta dari BPK, Pusat GENIUS@Pintar Negara, BPPDP, Bahagian Matrikulasi, BPSBP, IPGM, BGENIUS,
LP, MPM dan Penasihat Undang-undang telah terlibat dalam mesyuarat ini.

TAKLIMAT PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

Taklimat telah diadakan pada 12 Januari 2022 secara
hibrid dan terbuka kepada semua warga BPK yang
ingin mempelajari cara penyediaan kertas cadangan
penyelidikan yang berkualiti. Taklimat ini diharap dapat
meningkatkan kemahiran menjalankan penyelidikan
secara sistematik dalam kalangan pegawai BPK serta
memberi pendedahan kepada pegawai tentang cara
penulisan artikel berdasarkan laporan kajian.

SESI LIBAT URUS BERSAMA - SAMA BAHAGIAN KPM

BAWAH PROGRAM INISIATIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(PPPM) 2013 – 2025 BAU #27

Sesi libat urus ini dilaksanakan pada 21

Januari 2022 di BPK dan telah

dipengerusikan oleh KPP Unit Bahasa

Antarabangsa. Seramai 16 orang

pegawai terlibat dalam sesi libat urus ini

yang diadakan bertujuan untuk

mendapatkan pandangan dan maklum

balas dari bahagian mengenai

pelaksanaan bahasa antarabangsa.

Bahagian yang terlibat memberikan

maklum balas dan pandangan

berdasarkan isu dan cabaran yang

dibangkitkan.

7

7

BENGKEL KERJA SEMAKAN SEMULA
KURIKULUM ASAS SAINS KOMPUTER
BERTERASKAN PENDIDIKAN DIGITAL

Bengkel kerja ini telah diadakan pada 15
hingga 17 Februari 2022 bertujuan menyemak
dan menyelaras semula Standard Kandungan
dan Pembelajaran mata pelajaran Asas Sains
Komputer berteraskan Pendidikan Digital serta
berpandukan kepada CAS Computing
Progression Pathways. Panel bengkel kerja ini
terdiri daripada pensyarah UPSI, pensyarah
IPGK Darul Aman dan juga lima orang guru
Asas Sains Komputer.

BENGKEL KERJA PEMBINAAN MODUL PANGKALAN DATA BAGI
MATA PELAJARAN ASAS SAINS KOMPUTER DAN SAINS KOMPUTER

Bengkel kerja ini telah dilaksanakan secara dalam talian pada 22
hingga 24 Februari 2022. Tujuan bengkel kerja ini diadakan
adalah untuk membina draf Modul Pangkalan Data bagi mata
pelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 3 dan Modul
Pangkalan Data Lanjutan bagi mata pelajaran Sains Komputer
Tingkatan 4 menggunakan Perisian Terbuka Libre Base sebagai
panduan pembangunan pangkalan data. Bengkel kerja ini telah
disertai oleh lima orang guru Asas Sains Komputer dan lima
orang guru Sains Komputer.

PEMANTAUAN PROJEK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN RMK-12
(BENGKEL REKA BENTUK
TEKNOLOGI) NEGERI SABAH

Pemantauan ini telah dilaksanakan oleh
Timbalan Pengarah, Sektor Teknologi Maklumat
dan Reka Bentuk Teknologi serta Ketua
Penolong Pengarah, Unit Reka Bentuk
Teknologi, BPK ke lima buah sekolah yang
terlibat bawah Projek Pembangunan Pendidikan
RMK-12 (Bengkel RBT) pada 15 Februari hingga
17 Februari 2022. Tujuan pemantauan ini adalah
untuk mengenal pasti kesesuaian bilik darjah
atau kawasan yang dicadangkan oleh pihak
sekolah bagi melaksanakan projek bengkel RBT
bagi RMK-12 RP2 dan juga untuk mendapatkan
maklumat terkini projek bengkel RBT bagi RMK-
12 RP1. Sekolah yang terlibat ialah SK Bongkol
Pitas, SK Telaga Pitas, SK Melangkap Kota
Belud, SK Tamu Darat Kota Belud dan SK
Bolong Tuaran.

8

TAKLIMAT DAN BENGKEL KERJA BENGKEL KERJA PEMBANGUNAN
MENGENAL PASTI KOMPONEN INSTRUMEN STANDARD PENILAIAN
PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR
PENDIDIKAN DIGITAL DALAM MATA
PELAJARAN SEKOLAH RENDAH ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
Taklimat ini telah diadakan pada 27 Januari 2022 dan
diikuti dengan dua bengkel kerja yang diadakan pada UNTUK GURU DAN MURID
bulan Februari 2022 di BPK. Taklimat dan bengkel
kerja ini bertujuan mengenal pasti komponen Bengkel kerja ini telah diadakan pada 2 hingga 4 Mac
Pendidikan Digital yang sesuai bagi Standard 2022 melibatkan pegawai dari PADU, IPGM, IAB, JN dan
Kandungan dan Standard Pembelajaran mata BSKK dengan tujuan membincangkan item dan
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, penskoran Instrumen Standard Penilaian Pembudayaan
Matematik, Sejarah, Pendidikan Seni Visual dan KBAT dalam PdP untuk guru dan murid. Instrumen ini
Pendidikan Muzik sekolah rendah. diharap dapat membantu sekolah menilai dan seterusnya
merancang tindakan susulan bagi meningkatkan tahap
pembudayaan KBAT dalam PdP guru dan murid.

PENGAGIHAN PERALATAN TMK MESYUARAT PENYELARASAN PEGAWAI
MAKLUMAT SEKTOR BPK
SEWAAN (FASA KEDUA) KEPADA
Mesyuarat ini telah diadakan pada 21 Januari 2022 bagi
SEMUA PEGAWAI BPK memberi pendedahan kepada Pegawai Maklumat Sektor
berkenaan pengurusan direktori, portal, e-mel dan
Bermula 13 Januari 2022 hingga 18 Februari 2022, komputer sektor masing-masing. Pegawai Maklumat
sesi pengagihan peralatan TMK sewaan Fasa 2 Sektor juga diberi pendedahan tentang pengisian Borang
kepada semua warga BPK telah diuruskan oleh Semakan Pemasangan dan Pengujian serta Borang
Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Penempatan Peralatan TMK untuk diisi oleh setiap
Teknologi dengan bantuan Unit Teknikal, Sektor pegawai dan staf di BPK.
Khidmat Pengurusan dan Pegawai Maklumat
Sektor yang dilantik. Semua warga BPK telah
menerima peralatan TMK Sewaan (Fasa 2)
mengikut agihan yang telah ditetapkan.

9

TAKLIMAT DAN SESI KLINIK PERANCANGAN INISIATIF BUSINESS AS USUAL (BAU)
PPPM TAHUN 2022
Taklimat yang disampaikan oleh PADU ini telah
diadakan pada 22 Februari 2022 melibatkan
lapan inisiatif BAU. BPK mewakili BAU #27 iaitu
Pengajaran Bahasa Tambahan di sekolah
menengah. Taklimat yang diberikan adalah
berkaitan Onboarding Clinic – Perancangan
Inisiatif BAU dan juga Pembangunan Piagam
dan Kamus KPI serta Pelan 3 Kaki.

MESYUARAT PEMURNIAN MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA/SEKSUALITI
Mesyuarat ini telah diadakan pada 22 hingga 24 Februari 2022 di BPK dan dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan
Kesihatan. Mesyuarat telah dihadiri oleh 17 orang panel yang terdiri daripada pegawai Unit Pendidikan Kesihatan, JN,
guru sekolah menengah dan rendah. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyemak kandungan Modul
Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti sedia ada dan mengemas kini maklumat berkaitan komponen Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan dengan merujuk International
Technical Guidance on Sexuality Education. Sijil penghargaan kepada semua panel telah disampaikan oleh YBrs. Tuan
Haji Azman bin Haji Adnan, Pengarah BPK.

10

BENGKEL KERJA PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) KSSM
GEOGRAFI MENENGAH RENDAH DAN KSSM GEOGRAFI MENENGAH ATAS

Bengkel ini diadakan pada 15 hingga16 Februari
2022 secara dalam talian. Bengkel ini telah
disertai oleh 14 orang peserta iaitu tujuh orang
guru Geografi sekolah menengah rendah dan
tujuh orang guru Geografi menengah atas.
Objektif bengkel adalah untuk menghasilkan
bahan PdP KSSM Geografi untuk dimuat naik ke
dalam portal SumberKU KPM dengan
menggunakan pelbagai aplikasi digital
(gamifikasi) bagi menyokong Dasar Pendidikan
Digital.

MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI BAHASA
KEBANGSAAN

Mesyuarat ini diadakan pada 25 Januari 2022 dan 28 Februari 2022 dengan
objektif untuk menyelaras Aktiviti Dekad Bahasa Kebangsaan (ADBK)
Peringkat Sektor Pendidikan. Mesyuarat melibatkan semua wakil bahagian
KPM. Aktiviti termasuk perkongsian oleh pihak urus setia berkaitan garis masa
ADBK tahun 2022, sesi perbincangan dalam kumpulan pelaksanaan ADBK
Sektor Pendidikan serta pembentangan oleh Jawatankuasa ADBK yang
dilantik. BPK akan mengurussetiakan empat ADBK peringkat sektor pendidikan
iaitu Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi, Bengkel Pemerkasaan Jawi, Pesta
Pantun, dan Forum Memartabatkan Bahasa Melayu di Persada Dunia.

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU
SEKTOR PENDIDIKAN 2022

Mesyuarat diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 8 hingga 9 Februari 2022 dan
16 hingga 17 Februari 2022. Mesyuarat ini bertujuan untuk melaksanakan uji lari
instrumen penilaian Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan
(ATBMSP), serta menghasilkan cadangan skrip Jerayawara Maya ATBMSP,
cadangan skrip Bual Bicara ATBMSP, cadangan pesanan khidmat masyarakat
(public service announcement) ATBMSP, dan menghasilkan cadangan rerayap
ATBMSP. Ahli Jawatankuasa Teknikal ATBMSP Tahun 2022 terdiri daripada IAB,
Bahagian Matrikulasi, BPLTV, BPSwasta, IPGM, JN, UKK, Unit Undang-undang,
MARA, dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

11

LAWATAN PENGUMPULAN DATA BILIK SENI VISUAL BAGI
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Program ini dilaksanakan hasil daripada perbincangan mesyuarat penyelarasan bersama-sama bahagian KPM
dan JPN Bil.1/2021 untuk melihat keberadaan dan pengurusan bilik seni visual (BSV) di sekolah. Tinjauan secara
dalam talian dijalankan pada bulan September 2021 untuk mendapatkan data BSV bagi sekolah-sekolah di
seluruh negara. Lawatan bersemuka Fasa 1 dilaksanakan pada bulan Oktober hingga November 2021. Sebanyak
11 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya
dan Melaka telah dikunjungi bagi mendapatkan data tersebut.

Program ini diteruskan bagi Fasa 2 sepanjang Januari hingga Februari 2022 melibatkan 24 buah sekolah negeri
Pahang, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Hasil daripada lawatan ini, banyak
input telah diperoleh yang boleh digunakan untuk pemerkasaan kurikulum PSV pada masa akan datang. Isu dan
cabaran yang dihadapi oleh guru-guru juga dikenal pasti. Pengaruh persekitaran dan lokaliti juga diperhatikan
dalam pelaksanaan PdP dan hasil karya murid. Banyak program berimpak tinggi yang dijalankan oleh sekolah
yang dilawati turut dikongsikan sebagai satu alternatif untuk mendapatkan dana. Program ini telah memberikan
banyak manfaat kepada Unit PSV serta sebagai satu langkah awal untuk menjalankan jaringan dan jalinan
dengan pelbagai pihak.

LAWATAN KE ZON SABAH (8 HINGGA 10 FEBRUARI 2022)

SK Pulau Gaya SMK Pulau Gaya SK KUNDASANG Senarai sekolah yang
dilawati:

1. SMK Pulau Gaya
2. SK Pulau Gaya
3. SMK Ranau
4. SK Kundasang
5. SMK Lok Yuk

LAWATAN KE ZON UTARA - PULAU PINANG DAN KEDAH (15 HINGGA 17 FEBRUARI 2022)
Senarai sekolah yang dilawati:

1. SMJK Perempuan China, SMK Datuk Hj. SMK Khir Johari SJK(T) Ramathasar
Pulau Pinang Mohamed Nor Ahmad

2. SJK(T) Ramathasar, Pulau LAWATAN KE NEGERI SEMBILAN (23 FEBRUARI 2022)
Pinang
Senarai sekolah yang
3. SMK Datuk Hj. Mohamed Nor dilawati:
Ahmad, Pulau Pinang
SMK Bandar SMK Kompleks 1.SMK Kompleks KLIA
4. SK Sungai Gelugor, Pulau Enstek KLIA 2.SMK Bandar Enstek
Pinang 3.SK Bandar Enstek

5. SMK Permai Indah, Bukit
Mertajam

6. SK Permai Indah, Bukit
Mertajam

7. SMK Khir Johari, Sg. Petani
8. SMK Convent Father Barre,

Sg. Petani
9. SMK Ibrahim, Sg. Petani
10. SK Ibrahim, Sg. Petani

12
12

PROGRAM BENGKEL PEMBINAAN BAHAN SOKONGAN PdP SEJARAH BAGI
KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM

Bengkel ini diadakan pada 15 hingga 17 Februari 2022 dan berlangsung secara
hibrid. Bengkel ini telah disertai oleh 34 orang peserta, melibatkan 20 orang guru
Sejarah sekolah rendah yang mengajar Sejarah Tahun 4 hingga Tahun 6 dan 14
orang guru Sejarah sekolah menengah yang mengajar Sejarah Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5. Objektif bengkel adalah untuk menghasilkan sekurang-kurangnya dua
bahan sokongan bagi setiap tahun dan tingkatan yang terlibat dengan
menggunakan pelbagai aplikasi digital (gamifikasi) bagi menyokong Dasar
Pendidikan Digital serta sebagai salah satu usaha untuk menghasilkan PdP/PdPR
Sejarah yang bermakna dan menyeronokkan.

TAKLIMAT PELAKSANAAN STANDARD PENGUKURAN INDEKS JISIM BADAN [BODY MASS INDEX
(BMI)] UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA BERUMUR LIMA HINGGA SEMBILAN TAHUN
(BMI 5-9T) KEPADA TADIKA AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

Taklimat pelaksanaan BMI 5-9T diadakan pada 14 Januari 2022 di BPK.
Taklimat ini dihadiri oleh wakil tadika agensi kerajaan dan swasta iaitu
dari Persatuan Tadika Malaysia, Persatuan Tadika Islam Malaysia,
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak, KEMAS serta JPNIN. Taklimat
ini turut dihadiri pegawai dari BPSH, BPSwasta, BPM serta pegawai dari
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum, Sektor Prasekolah dan Sektor
Pendidikan Khas, BPK. Tujuan taklimat ini diadakan untuk
menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan BMI 5-9T yang akan
dilaksanakan mulai sesi persekolahan mengikut kalendar akademik
2022/2023.

SESI LIBAT URUS PENGEMASKINIAN CARTA FUNGSI
BAHAGIAN/UNIT DI KPM

Pada 27 Januari 2022, BPK telah turut serta dalam Sesi Libat Urus
Pengemaskinian Carta Fungsi Bahagian/Unit di KPM. Lima orang
pegawai BPK yang diketuai oleh Puan Nooraini binti Kamaruddin,
Timbalan Pengarah, Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum terlibat
untuk membincangkan dan memastikan ketepatan data serta maklumat
bagi rujukan pemegang taruh kementerian serta agensi pusat. Hasil
sesi libat urus ini, BPK berjaya mengemas kini Carta Fungsi BPK yang
lengkap dan mengikut piawaian yang ditetapkan dan telah diserahkan
kepada BPSM pada 16 Januari 2022.

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL PENILAIAN PENTAULIAHAN PROGRAM KEMAHIRAN
DALAM SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA PROGRAM MODULAR

Aktiviti komuniti pembelajaran profesional mengenai Penilaian
Pentauliahan Program Kemahiran dalam Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM) Program Modular telah diadakan
pada 27 Januari 2022 di BPK. Aktiviti disertai oleh 23 orang
pegawai SPKhas dan dua orang pegawai BPKhas. Aktiviti
dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran
pegawai sebagai persediaan bagi pemantauan dan memberikan
bimbingan kepada sekolah dalam pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas bagi persijilan
modular untuk murid berkeperluan khas. Peserta bengkel lebih
jelas tentang pelaksanaan SKM Program Modular dan yakin
untuk membuat pemantauan pusat bertauliah cawangan.

13
13

PEMANTAUAN BILIK DARJAH BAWAH PROJEK RANCANGAN MALAYSIA
KE-12 (RMKe-12) ROLLING PLAN 1 (RP1) dan ROLLING PLAN 2 (RP2) BAGI NAIK TARAF BILIK

DARJAH MENJADI MAKMAL SAINS SUKAN

ROLLING PLAN 2 (RP2) - Pada 11 dan 12 Januari 2022, ROLLING PLAN 1 (RP1) - Pemantauan ini telah
empat orang pegawai dari Unit Pendidikan Jasmani telah diadakan pada 26 Januari di SMK Slim River dan
mengadakan pemantauan di empat buah sekolah negeri SMK Khir Johari, Perak. Pemantauan ini juga
Sabah. Sekolah yang dilawati telah mendapat kelulusan disertai oleh pegawai JPN Perak serta Sektor
projek makmal Sains Sukan bawah Rancangan Malaysia ke Infrastruktur dan Perolehan. Pemantauan ini
-12 Rolling Plan 2. Pemantauan ini turut disertai oleh adalah susulan daripada Mesyuarat Penyelarasan
pegawai JPN Sabah yang diketuai oleh En. Awang Jaya Pelaksanaan Projek Naik Taraf Bilik Darjah
bin Awang Damit, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bersaiz 6 Bay Menjadi Makmal Sains Sukan dan
Sektor Pembelajaran dan pegawai Sektor Infrastruktur dan Pembekalan Alatan Makmal Sains Sukan
Perolehan. Pemantauan ini diadakan bagi mengenal pasti Bil.1/2022 pada 19 Januari 2022 anjuran BPK.
bilik darjah untuk dinaik taraf sebagai Makmal Sains Sukan. Dapatan pemantauan ini membantu JPN Perak
melaksanakan proses kerja naik taraf bilik darjah
SMK Bukit Garam II, sebagai Makmal Sains Sukan.
Kinabatangan, Sabah

SMK Khir Johari,
Tanjung Malim, Perak

SMK Bengkongan, SMK Slim River,
Kota Marudu, Sabah Muallim, Perak

PEMANTAPAN JURULATIH UTAMA KEBANGSAAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN MURID
BERKEPERLUAN KHAS TAHAP KEFUNGSIAN SEDERHANA DAN KEFUNGSIAN RENDAH

Seramai 160 orang Jurulatih Utama
Kebangsaan (JUK) telah mengikuti Bengkel
Pemantapan JUK Mata Pelajaran Kemahiran
Murid Berkeperluan Khas Tahap Kefungsian
Sederhana dan Kefungsian Rendah
KSSMPK. Bengkel dalam talian yang
diadakan pada 14 Februari 2022 bertujuan
untuk membimbing JUK memahami peranan
dan fungsi mereka menyalurkan maklumat
dan merancang aktiviti bagi pelaksanaan
KSSMPK di peringkat negeri masing-masing.
JUK disarankan agar lebih proaktif dalam
mendapatkan maklumat serta mendalami ilmu
dan berbincang dengan pihak JPN dalam
merancang aktiviti.

14

PEMANTAUAN SEKOLAH SAMPEL SEBAGAI PERSEDIAAN VERIFIKASI OLEH PIHAK
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BAGI PROSES PERMOHONAN PUSAT

BERTAULIAH CAWANGAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA PROGRAM MODULAR

Sepanjang bulan Februari 2022, pemantauan melibatkan 15
buah sekolah sampel dilaksanakan sebagai persediaan
verifikasi oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
bagi proses permohonan Pusat Bertauliah Cawangan Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) Program Modular.
Sekolah sampel dari Johor, Perak, Selangor, Melaka, Pahang,
Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Kelantan memilih satu atau
dua daripada 10 mata pelajaran Kemahiran Vokasional Spesifik
yang dilaksanakan menggunakan Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bawah JPK. Pemantauan
bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam memenuhi
syarat dan kriteria permohonan Pusat Bertauliah Cawangan
antaranya berkenaan premis latihan, personel pentauliahan,
kurikulum latihan, kemudahan fizikal, dan penasihat teknikal
serta pembangunan portfolio murid sebagai rekod bukti
pencapaian.

KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)
SAINS DAN MATEMATIK TAHUN 6

Kursus ini dijalankan secara dalam talian selama dua hari bermula 19 hingga 20 Januari 2022. Kursus ini bertujuan
untuk memberi pendedahan tentang KSSR (Semakan 2017) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik Tahun 6
kepada pegawai KPM, JPN, PPD dan pensyarah IPG. Kursus yang dilaksanakan memberi penekanan dalam aspek
kandungan Sains dan Matematik Tahun 6, PBD dan templat pelaporan PBD. Seramai 144 orang peserta bagi mata
pelajaran Sains dan 153 orang peserta bagi mata pelajaran Matematik telah menghadiri kursus ini.

MUSYAWARAH PISA 2022: SESI UJI BAKAT
PENCALONAN JURUACARA

Sesi uji bakat pencalonan juruacara bagi Musyawarah
Programme For International Student Assessment (PISA) 2022
telah diadakan pada 3 Januari 2022 di BPK. Sesi uji bakat ini
diadakan bertujuan untuk memilih juruacara majlis rasmi
anjuran BPK. Seramai 15 orang pegawai telah menghadiri sesi
uji bakat tersebut. Juri profesional ialah Puan Sarina binti
Salim, Timbalan Pengarah Sektor Bahasa dan Kesusasteraan
selaku Ketua Juri, Cik Kamariah binti Mohd Yassin (Sektor
Kesenian dan Kesihatan), Cik Tan Huey Ning (Sektor Kesenian
dan Kesihatan), Dr. Mazlan bin Ismail (Sektor Bahasa dan
Kesusasteraan) dan Cik Umi Salmah binti A. Manaf (Sektor
Sains Sosial).

15

BENGKEL KERJA TERJEMAHAN
PANDUAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN (PdP) KURIKULUM
STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR) (SEMAKAN 2017) MATEMATIK
TAHUN 6 DAN PANDUAN PENDIDIKAN

KEWANGAN TAHAP I KE BAHASA
CINA DAN BAHASA TAMIL

Bengkel ini dijalankan secara bersemuka pada 21 hingga 23 Februari 2022 bertempat di BTPN Perak. Bengkel ini
bertujuan membincangkan dengan teliti penggunaan istilah yang tepat dalam menterjemahkan Panduan PdP KSSR
(Semakan 2017) Matematik Tahun 6 dan Panduan Pendidikan Kewangan Tahap I ke bahasa Cina dan bahasa Tamil
bagi membantu kefahaman guru dan murid. Bengkel kerja ini melibatkan tiga orang pegawai Unit Matematik Asas,
BPK dan 27 orang panel yang terdiri daripada pegawai PPD dan guru.

MESYUARAT PERSEDIAAN PENTAKSIRAN ANTARABANGSA PISA 2022

Mesyuarat ini telah diadakan pada 22 Februari 2022 bertempat di BPK dan telah
dihadiri seramai 11 orang pegawai iaitu dua orang pegawai PADU, lima orang
pegawai BPPDP, 2 orang pegawai BPM dan 6 orang pegawai BPK. Tujuan mesyuarat
ini diadakan adalah untuk membincangkan kesiapsiagaan murid dalam menghadapi
pentaksiran antarabangsa yang akan bermula pada bulan April hingga Mei 2022.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL

TAKLIMAT PENGGUNAAN GOOGLE KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD
WORKSPACE DALAM PELAKSANAAN SEKOLAH RENDAH (KSSR) (SEMAKAN 2017)
TAHUN 6 SECARA DALAM TALIAN
TUGAS DI PEJABAT
Kursus Penyebaran KSSR (Semakan 2017) Tahun 6 telah
Taklimat Penggunaan Google Workspace (GWS) dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya pada
dalam Pelaksanaan Tugas di Pejabat telah diadakan 19 hingga 20 Januari 2022. Kursus ini melibatkan pegawai
pada 7 Januari 2022 secara dalam talian. Seramai di peringkat bahagian, IPG, JPN dan PPD serta guru di
tiga orang pegawai telah menyampaikan taklimat seluruh negara. Pelaksanaan kursus ini adalah bertujuan
secara dalam talian mengenai GWS kepada 123 untuk menyebarkan kandungan kurikulum terkini yang
orang pegawai dan AKP di BPK. Taklimat ini dilaksanakan di semua sekolah. Seramai 2252 orang
terbahagi kepada empat bahagian iaitu: warga pendidik telah mengikuti kursus penyebaran ini
dengan jayanya. Antara mata pelajaran yang terlibat ialah:
Bahagian 1: Pengenalan kepada GWS Bahasa Melayu SK dan SJK, Bahasa Cina SK dan SJK,
Bahagian 2: Pengurusan Gmail, migrasi e-mel, setup Bahasa Tamil SK dan SJK, Bahasa Iban, Bahasa
Gmail (Android dan IOS) Kadazandusun, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan
Bahagian 3: Google Meet, Create Meeting, Breakout Islam, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan,
Rooms dan Polls Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk
Bahagian 4: Google Apps, Google Drive, Google dan Teknologi serta mata pelajaran Pendidikan Khas.
Docs, Google Sheets dan Google Slides

16

BENGKEL KERJA PENGHASILAN PAPAN CERITA ITEM TINJAUAN PELAKSANAAN
INTERAKTIF PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL) KSSM BIDANG

Bengkel kerja ini dijalankan untuk menyediakan papan cerita item SAINS DAN MATEMATIK
interaktif PKL bagi domain Matematik dan Kewangan pada
19 hingga 21 Januari 2022 secara dalam talian melibatkan dua orang Objektif tinjauan ini adalah bertujuan untuk
pegawai UMMT dan enam orang panel guru Matematik sekolah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
menengah. Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan papan cerita kurikulum yang dibangunkan. Sehubungan
item PKL Literasi Matematik dan Kewangan Tingkatan 3 dan dengan itu, borang soal selidik ini
Tingkatan 4. disediakan bagi mendapatkan maklumat
dan pandangan guru yang mengajar mata
pelajaran Sains dan Matematik (sekolah
rendah dan menengah), Biologi, Fizik,
Kimia, Sains Tambahan dan Matematik
Tambahan. Tinjauan ini dilaksanakan
pada 18 hingga 28 Februari 2022 secara
dalam talian.

KURSUS TATACARA PEROLEHAN DAN
PENGURUSAN KEWANGAN BPK

Pada 27 dan 28 Januari 2022, Sektor Khidmat Pengurusan telah
mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Tatacara Perolehan dan
Pengurusan Kewangan di BPK khusus kepada Penyelaras Kewangan
Sektor dan pegawai yang terlibat dengan pengurusan kewangan di BPK.
Kursus ini telah dijalankan secara bersemuka bersama-sama panel
penceramah yang dijemput khas bagi memberikan kupasan dan
penerangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan prosedur
perolehan kerajaan dan pengurusan kewangan kerajaan.

Peserta kursus telah didedahkan dengan
beberapa topik utama antaranya ialah
Tatacara Bayaran Tuntutan Pegawai
Awam, Kaedah Pengurusan Pakej,
Pengurusan Tuntutan Kemudahan dan
Elaun, Peraturan dan Tatacara Perolehan,
serta Taklimat e-Perolehan. Objektif
penganjuran kursus ini adalah untuk
memperkasa tatacara perolehan dan
pengurusan kewangan yang lebih cekap,
serta menepati keperluan dan arahan
semasa kerajaan.

KURSUS BAHASA TAMIL KOMUNIKASI

Kursus Bahasa Tamil Komunikasi telah dilaksanakan mulai
25 Februari 2022 dan disampaikan oleh Ketua Unit Bahasa
Tamil, En. Ramanathan a/l Nagarathinam dengan dibantu
oleh dua orang pegawai unit iaitu Pn. Usharani a/p
Arumugam dan Cik Vanaja a/p Ratnam. Walaupun kursus ini
dijadualkan untuk dilaksanakan secara bersemuka, namun
terdapat beberapa halangan yang timbul dan ianya telah
dapat juga dilaksanakan secara dalam talian. Seramai lebih
daripada 60 orang warga BPK telah mengikuti kursus ini
dengan jayanya. Kursus yang akan diadakan sebanyak lima
siri ini bertujuan untuk untuk memberikan asas kemahiran
bahasa Tamil komunikasi kepada warga BPK.

17

TAKLIMAT PEGAWAI DAN AKP BAHARU BPK TAHUN 2022
Taklimat Pegawai dan AKP Baharu BPK Tahun 2022 telah dilaksanakan pada
11 Januari 2022 bertempat di BPK. Taklimat ini telah dihadiri oleh 25 orang pegawai
dan AKP baharu. Dua orang penceramah telah menyampaikan pelbagai informasi yang
penting kepada warga BPK yang baharu. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk
memberikan maklumat asas, sejarah BPK serta memberi gambaran awal mengenai
proses aliran kerja yang perlu dilaksanakan di BPK. Pengarah BPK, YBrs. Tuan Haji
Azman bin Haji Adnan telah menyampaikan amanat dan berharap para pegawai serta
AKP baharu akan dapat menyesuaikan diri, seterusnya menghasilkan kerja yang
berkualiti tinggi.

PERKONGSIAN ILMU

KOLOKIUM PENDIDIKAN
ANTARABANGSA TAHUN 2022

Kolokium Pendidikan Antarabangsa Tahun 2022
anjuran PPD Miri boleh diikuti melalui media
sosial. Kolokium ini berlangsung selama tiga
hari mulai 22 Februari 2022. YBrs. Dr. Kashry
bin Ab. Rani, Timbalan Pengarah Sektor
Pendidikan Khas dan Cik Paizah binti Zakaria,
Ketua Unit Khas Ketidakupayaan Pendengaran
telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama
pada 24 Februari 2022. Selain menyampaikan
ucaptama bertajuk "Embracing Diversity and
Nurturing Potential of Students with Special
Needs Through Curriculum”, mereka juga
berbincang dalam Forum bertajuk “Innovate to
Inspire: Global Issues and Challenges in Special
Education”. Pegawai juga memanfaatkan masa
di Miri dengan kunjung bantu di tiga sekolah
iaitu SK Riam, SMK Luak dan SMK ST Joseph.

TAKLIMAT PENGURUSAN PBD
BPK telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkaitan Pengurusan PBD
dalam Bengkel Pembangunan Profesionalisme Berterusan Sektor
Pembelajaran JPN Johor yang telah dilaksanakan pada 28 Februari 2022
secara dalam talian. Taklimat Pengurusan PBD ini bertujuan untuk
membugarkan kembali kefahaman tentang konsep PBD dan memberikan
fokus kepada penjaminan kualiti serta pertimbangan profesional. Taklimat ini
mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan telah meraih tontonan
sebanyak lebih 53 ribu orang pada 1 Mac 2022.

18

Puan Hajah Nor Azza binti Ibrahim

Pada 28 Februari 2022, BPK telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih
"Sesaat Bersama Seabad Terasa” bagi meraikan persaraan Puan Hajah
Nor Azza binti Ibrahim yang telah bersara pada 1 Mac 2022. Majlis
tersebut telah diadakan di Atrium Cendikia secara hibrid bagi mengenang
jasa dan bakti sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di BPK selama
14 tahun. Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tanggal
1 Julai 1990 dan telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) pada tahun 2016. Beliau menerima kenaikan pangkat
dari Gred DG52 ke Gred DG54(KUP) di BPK pada 14 Januari 2021.
Beliau telah memilih untuk bersara pilihan pada usia 58 tahun setelah
berkhidmat selama 32 tahun sebagai penjawat awam. Seluruh warga
BPK mendoakan agar Puan Nor Azza dikurniakan kesihatan yang baik
dan ganjaran kebaikan sepanjang persaraan beliau.

SENARAI NAMA PEGAWAI YANG BERSARA

Nama Pegawai SEKTOR TARIKH
01.01.2022
Bakhtiar bin Mohd Salleh Kesenian Dan Kesihatan 02.01.2022
02.01.2022
Margaret Mary Lawrence a/p Lawrence Joseph Pendidikan Khas

Velusamy a/l Kuppusamy Sains Sosial

PEGAWAI/STAF BERTUKAR KELUAR

Nama Pegawai Gred Tarikh Kuat Tempat Bertugas Penempatan Baharu
Nur Syazwani binti Md Saharif N29 Kuasa Lama
Noor Fauziana binti Yaacob N11 Majlis Keselamatan Negara,
Farrah Syamsyedah binti Ab Mahat N11 03.01.2022 Sektor Kesenian Jabatan Perdana Menteri
Salmiah binti Isnawi N11 03.01.2022 dan Kesihatan Bahagian Perolehan,
Sektor Khidmat KPM
07.02.2022 Pengurusan
SMK Putrajaya Presint 9 (2)
07.02.2022 Sektor Khidmat
Pengurusan SMK Putrajaya Presint 11 (1)

Sektor Khidmat
Pengurusan

PEGAWAI/STAF BERTUKAR DALAMAN

Nama Pegawai Gred Tarikh Kuat Kuasa Tempat Bertugas Lama Penempatan Baharu
Dr. Ng Poi Ni DG48 03.01.2022
Unit Bahasa Cina Ketua Penolong Pengarah
Sektor Bahasa dan Unit Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral
Kesusasteraan Sektor Sains Sosial

Soraya binti DG44 21.02.2022 Mentor TIMSS dan PISA Penolong Pengarah
Ishak Sektor Sains dan Matematik Unit Sains dan Sains Tambahan
Sektor Sains dan Matematik

DATA PERJAWATAN JANUARI/FEBRUARI 2022
PEGAWAI/STAF BAHARU

Nama Pegawai Gred Tarikh Masuk Tempat Bertugas Lama Penempatan Baharu

Mohamed Azhar bin DG48 17.01.2022 Bahagian Pengurusan Sekolah Unit Pendidikan Muzik
Mohamed Harith DG44 01.02.2022 Berasrama Penuh, KPM Sektor Kesenian dan Kesihatan

Verasenan a/l SJKT Ladang Nigel Gardner, Selangor Mentor TIMSS dan PISA
Gunasekaran 19 Sektor Bahasa dan Kesusasteraan

Tahniah diucapkan kepada Pn. Azimah binti Nazir kerana selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 10 Februari
2022

❖ Bonda Cik Norlei binti Ismail, Unit Khas Masalah Pembelajaran, Sektor Pendidikan Khas telah meninggal
dunia pada 12 Januari 2022

❖ Bonda Puan Norbanon binti Othman @ Osman, Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi
telah meninggal dunia pada 7 Februari 2022

Seluruh warga BPK turut berdukacita atas kehilangan insan tercinta. Semoga kedua-dua bonda tercinta ditempatkan
dalam kalangan orang-orang yang beriman. Diharapkan keluarga Cik Norlei dan Puan Norbanon diberikan ketabahan
atas dugaan yang menimpa ini.

PENAUNG
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan

Pengarah BPK

KETUA EDITOR
Puan Nooraini binti Kamaruddin

Timbalan Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

EDITOR
Puan Isnazhana binti Ismail

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

PEREKA GRAFIK/PENYUNTING

Encik Mior Syazril bin Mohamed Sapawi Puan Siti Zulikha binti Zelkepli
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

AHLI JAWATANKUASA

Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh Cik Wan Nur Zamrud binti Shamsudin
Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas Sektor Kesenian dan Kesihatan

Puan Hajah Siti Rahayu binti Muhammad Encik Zamhari bin Azman
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Sains dan Matematik
Sektor Bahasa dan Kesusasteraan

Cik Maria Ulfah binti Abdullah Saud Puan Hasneeda binti Mohd Sarip
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Prasekolah Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi

Cik Siti Khadijah binti Abdullah Puan Siti Zubaidah binti Karim
Penolong Pengarah Pegawai Eksekutif
Sektor Sains Sosial Sektor Khidmat Pengurusan

20


Click to View FlipBook Version