The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2021-05-06 20:44:43

BULETIN BPK Keluaran 2/2021

BULETIN BPK 2_MacApril

Mac & April 2021 KELUARAN 2/2021

Sempena bulan Ramadan pada tahun ini, Biro Hal Ehwal Kebajikan Islam, Badan Kebajikan Sosial dan
Sukan (BKSS) Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah menganjurkan program Tadarus al-Quran
BPK. Aktiviti ini diadakan setiap hari secara hybrid dan disertai oleh kumpulan tadarus lelaki dan kumpulan
tadarus wanita. Program ini bermula pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H.

Program Tadarus al-Quran BPK menetapkan
setiap ahli kumpulan perlu membaca satu muka
surat secara bergilir. Ketika salah seorang ahli
kumpulan membaca, ahli yang lain perlu
menyemak dan membetulkan bacaan sekiranya
terdapat kesalahan dalam bacaan.
Aktiviti tadarus ini dapat meningkatkan
kemahiran membaca al-Quran dan menyemai
ukhwah yang kukuh sesama warga BPK.
Semoga warga BPK dapat menyuburkan rasa
cinta kepada al-Quran dan mendapat rahmat
yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Oleh
itu aktiviti tadarus ini sewajarnya diadakan
setiap tahun.

PENGOPERASIAN SEMULA
PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER BPK

Pusat Sumber BPK telah kembali
beroperasi pada 3 Mac 2021 setelah ditutup
untuk tujuan proses semakan inventori.
Waktu perkhidmatan Pusat Sumber adalah
dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

2

PERATURAN DAN
PERKHIDMATAN
PUSAT SUMBER

Pengguna Koleksi Jumlah Pinjaman Tempoh Pinjaman
Pegawai Am 10
Rujukan 3 30 hari
Staf sokongan Terbitan Bersiri 2 3 hari
Bahan Multimedia 2 1 hari
Am 5 3 hari
Rujukan 1 30 hari
Terbitan Bersiri 1 1 hari
Bahan Multimedia 1 1 hari
1 hari

1. Hanya warga BPK yang dibenarkan membuat pinjaman bahan koleksi.
2. Pastikan pinjaman dan pemulangan bahan direkodkan di kaunter sirkulasi Pusat Sumber.
3. Pulangkan bahan yang dipinjam sebaik sahaja selesai digunakan atau mengikut tarikh

yang ditetapkan.
4. Pulangkan bahan yang dipinjam sekiranya diminta oleh pihak Pusat Sumber atas

permintaan oleh pengguna lain.
5. Lewat atau TIDAK memulangkan bahan yang dipinjam adalah satu KESALAHAN.

# Rujukan dan pinjaman bahan koleksi.

# Warta Kurikulum:
Keratan akhbar dari akhbar tempatan berkaitan hal-hal
kurikulum pendidikan di Malaysia. Warta Kurikulum ini
boleh dicapai melalui pautan http://bit.ly/WartaKurikulum
setiap hari selepas jam 9.30 pagi.

# Buletin BPK:
Buletin BPK mengandungi maklumat berkaitan aktiviti BPK
yang diterbitkan secara berkala dengan kekerapan dua bulan
sekali. Buletin BPK Keluaran 1/2021 diterbitkan pada 5 Mac
2021 dan dihebahkan melalui pelantar Whatsapp BPK Rasmi,
Facebook Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Portal
Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum.

3

BENGKEL PENILAIAN
KURIKULUM

PERSEKOLAHAN

Rabu, 24 Mac 2021 – Bengkel
kerja ini telah disampaikan oleh
Dr. Sharifah Nor Puteh yang
diadakan di Bilik Mesyuarat Sri
Duta, Aras 8, BPK. Beliau
merupakan mantan Ketua Sektor
di BPK dan mantan Timbalan
Pengarah Institut Pendidikan Guru.
Perkongsian pengalaman beliau
diharap dapat membantu pegawai
BPK dalam membuat persediaan
untuk menilai kurikulum
persekolahan semasa dan akan
datang.

PENDEKATAN BERTEMA

Taskforce Thematic BPK telah mengadakan
perbincangan tentang pendekatan bertema dalam
kurikulum. Tujuan perbincangan ini adalah untuk
menentukan model pendekatan bertema yang sesuai
dan membina exemplar. Beberapa bengkel dan sesi
perbincangan telah dilaksanakan secara hybrid dengan
melibatkan pegawai mata pelajaran sekolah rendah di
BPK. BPK telah mendapatkan input daripada beberapa
buah sekolah dan universiti tentang pendekatan tematik.
Sekolah yang terlibat memberikan input ialah SMK
Sungai Tapang (Sarawak), Kolej Tunku Kurshiah (Negeri
Sembilan), SK Mohd Shah (Pulau Pinang) dan
SK Sempang (Melaka).

Pendekatan bertema ini melibatkan pengajaran dan
pembelajaran beberapa mata pelajaran (multi disiplin) di
bawah satu tema. Guru mata pelajaran yang terlibat
akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
untuk mencapai Standard Pembelajaran yang
bersesuaian dengan tema yang ditentukan.

Pendekatan bertema adalah strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
tema bagi mewujudkan pembelajaran yang aktif, menarik dan bermakna.

4

PELAN
PERANCANGAN
STRATEGIK

Bengkel Pelan Perancangan Strategik
telah diadakan pada 25 dan 26 Mac
2021 di Bilik Mesyuarat Jelatik
melibatkan 27 orang pegawai dari
semua sektor BPK. Bengkel ini
diadakan bertujuan untuk merangka
perancangan strategik yang
memenuhi aspirasi BPK dan
Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Selain dari itu, peserta yang
terlibat juga dipertanggungjawabkan
untuk mengkaji perancangan kualiti
yang sedia ada dan membuat
penambahbaikan.

PEMERKASAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Bengkel Kerja Pemerkasaan Pentaksiran Bilik
Darjah telah dilaksanakan pada 11 dan 12 Mac
2021, bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Duta.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk
membincangkan pemerkasaan dan mengenal pasti
hala tuju Pentaksiran Bilik Darjah selaras dengan
perkembangan semasa. Peserta terdiri daripada
pegawai BPK dan wakil Bahagian seperti Lembaga
Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Jemaah Nazir, Institut Pendidikan Guru
Malaysia dan Bahagian Pendidikan Islam.

BENGKEL KERJA SEMAKAN DSKP MATA
PELAJARAN BAHASA ANTARABANGSA

Bengkel Kerja Semakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berdasarkan CEFR
Companion Volume 2018 bilangan 1 telah diadakan pada 2 hingga 4 April 2021 secara dalam talian.
Bengkel ini melibatkan 37 orang guru mata pelajaran Bahasa Jepun, Bahasa Perancis dan Bahasa
Jerman dari seluruh Malaysia.

Satu instrumen semakan telah diedarkan kepada guru-guru yang terlibat sebagai panel semakan
untuk menilai semula DSKP mata pelajaran bahasa antarabangsa. Semakan berikutnya akan lebih
berfokus dan terperinci pada satu-satu kemahiran bahasa sahaja.

5

LAWATAN PENGARAH
BPK KE DIDIKTV KPM
DI SRI PENTAS

8 Mac 2021 - Tuan Haji Azman bin Haji Adnan,
Pengarah BPK telah membuat lawatan kerja ke
Studio DidikTV KPM di Sri Pentas, Damansara
Utama. Taklimat ringkas berkenaan pengoperasian
DidikTV KPM telah disampaikan oleh pihak Media
Prima. Beliau juga sempat meluangkan masa
bersama-sama pegawai task force DidikTV KPM
serta menyaksikan guru penyampai bersiaran
secara langsung dalam slot Road to Success SPM
2020.

LAWATAN PENGARAH KE
SEKTOR-SEKTOR BPK

Salam perkenalan Pengarah
BPK kepada semua warga
BPK mengikut sektor.
Pengarah meluangkan masa
untuk membuat lawatan,
seterusnya mendengar
talimat tentang peranan dan
fungsi sektor.

6

SIARAN
LANGSUNG DI
TRIO ON POINT
DIDIKTV KPM

Slot Trio on Point bertemakan Pendidikan Alam
Sekitar telah disiarkan secara langsung pada
23 April 2021 jam 10.30 malam di saluran DidikTV
KPM. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan, Pengarah
BPK telah diundang sebagai panel jemputan.

Bual bicara ini menerangkan tentang pelaksanaan
pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan di
dalam dan luar bilik darjah. Pendidikan alam sekitar
juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum
dengan melibatkan pihak agensi kerajaan, swasta,
NGO, PIBG dan masyarakat.

TEMU BUAL EKSKLUSIF Melalui PLaN, sekolah boleh merancang dan
LAPORAN KHAS PLaN melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik yang bersesuaian
Rakaman temu bual eksklusif oleh wartawan dengan tahap keupayaan murid sekolah masing-
Buletin Didik pada 18 Mac 2021 bertempat di masing.
Pejabat Pengarah BPK. Laporan khas PLaN ini
telah disiarkan melalui Buletin Didik, pada 19 Mac
2021 di saluran DidikTV KPM.

PLaN memberi autonomi kepada sekolah untuk
mengenal pasti murid yang masih menghadapi

kesukaran menguasai literasi dan numerasi.

PLaN- Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah

7

PROGRAM
BIMBINGAN
MEMBACA
SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN
CINA (SJKC)
TAHUN 2021

Program Bimbingan Membaca SJKC Tahun 2021 diadakan untuk menggalakkan budaya membaca
dengan menggunakan kaedah dan teknik membaca yang berkesan dalam kalangan guru dan murid.
BPK telah membantu pihak penganjur melaksanakan upacara perasmian yang disempurnakan oleh
YB Timbalan Menteri Pendidikan pada 20 Mac 2021 secara dalam talian. Seramai 500 orang peserta
yang terdiri daripada pegawai JPN, guru besar dan guru-guru telah mengikuti program ini.

Mesyuarat ini telah diadakan secara dalam talian pada bulan Mac 2021. Tujuan mesyuarat ini adalah
untuk menghasilkan Buku Panduan Guru Kesusasteraan Tamil selaras dengan pengenalan buku teks
Kesusasteraan Tamil yang baharu digunakan di sekolah mulai tahun 2021.

8

TAKLIMAT
MYPORTFOLIO

Taklimat penyediaan MyPorfolio bagi Pegawai
Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) BPK telah
diadakan pada 9 April 2021 (Jumaat), jam
9.00 pagi di Atrium Cendekia, BPK secara
hybrid. Seramai 80 orang peserta telah
menyertai taklimat yang telah disampaikan
oleh Puan Siti Zubaidah binti Karim selaku
Pegawai Eksekutif di Unit Pembangunan
Sumber Manusia, BPK. Pelaksanaan
MyPortfolio dalam organisasi ini merupakan
bukti kepada pematuhan peraturan dan
proses kerja yang ditetapkan demi
memantapkan mutu dan kualiti kerja.

MESYUARAT
AGUNG BKSS
KALI KE-33

Mesyuarat Agung BKSS kali ke-33 telah diadakan pada 2
April 2021 jam 9.30 pagi, di Atrium Cendekia, BPK secara
hybrid. Perasmian mesyuarat ini telah disempurnakan oleh
Dr. Latip bin Muhammad, Timbalan Pengarah Kanan,
Kluster Dasar, Sains & Teknologi.

Agenda mesyuarat:
• Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung

BKSS kali ke-32.
• Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan dan Kewangan

BKSS 2020.
• Perbincangan cadangan aktiviti bagi tahun 2021.
• Perbincangan usul dan cadangan.

9

Program Jelajah Muzium dan Kajian Sejarah
Tempatan diadakan bertujuan untuk
memperkasakan penguasaan dan minat murid
terhadap mata pelajaran Sejarah dengan
pelibatan muzium dalam pendidikan. Program
yang melibatkan kerjasama Arkib Negara
Malaysia, Lembaga Muzium Negeri-Negeri,
Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan BPK,
KPM telah dimulakan dengan perbincangan
pertama pada 4 - 5 April 2021 bertempat di
Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang.

PENERBITAN VIDEO
PdP PENGINTEGRASIAN
ELEMEN PENDIDIKAN
KEWANGAN DALAM
KURIKULUM PERSEKOLAHAN

Program ini telah dilaksanakan dalam dua sesi
berlainan iaitu sesi I pada tarikh 6 - 8 April 2021 dan
sesi II pada 26 - 27 April 2021. Penghasilan video ini
bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru dalam
melaksanakan Pendidikan Kewangan dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam sekolah menengah.

10

MESYUARAT JAWATANKUASA
KERJA PELAN ANTI RASUAH (NACP) KPM
2019–2023

5 April 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelan Anti Rasuah (NACP) KPM 2019-2023
telah diadakan bersama-sama Bahagian KPM, Kementerian Perpaduan Negara, KEMAS
dan pihak swasta. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Prasekolah.
Mesyuarat membincangkan perancangan aktiviti bagi pelaksanaan inisiatif 2.4.5 (Memberi
Penekanan yang lebih terhadap Kepentingan Nilai Murni Insan dalam Silibus Pendidikan
Prasekolah) bagi tahun 2021, 2022 dan 2023. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini
akan dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) yang dipengerusikan
oleh Timbalan Ketua Setiausaha KPM.

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN
KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
BERSAMA-SAMA BAHAGIAN KPM DAN JPN
BIL. 1/2021

Satu mesyuarat bersama-sama pegawai
Bahagian KPM dan JPN Bil. 1/2021 telah
diadakan pada 6 dan 7 April 2021 secara dalam
talian. Seramai 10 wakil bahagian dan 16 wakil
JPN telah menghadiri mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor
Prasekolah. Mesyuarat membincangkan
dapatan aktiviti bagi tahun 2020 dan
menyelaras perancangan aktiviti bagi tahun
2021. Ahli mesyuarat turut membincangkan isu
dan cabaran dalam pelaksanaan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan.

11

PROGRAM Jawatankuasa PLaN telah mengadakan dua aktiviti sepanjang bulan Mac
LITERASI DAN dan April iaitu Pengumpulan Data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) PLaN
dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal PLaN Bilangan 1 Tahun 2021.
NUMERASI
SEKOLAH Pengumpulan data literasi dan numerasi murid akan dilaksanakan secara
RENDAH automasi pada bulan Jun dan November 2021. Data PBD PLaN
melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
(PLaN) TAHUN Matematik Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.
2021
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal PLaN Bilangan 1 Tahun 2021 telah
dipengerusikan oleh Pengarah BPK pada 20 April 2021. Mesyuarat turut
dihadiri oleh pengurusan tertinggi BPK dan Ketua Alur Kerja PLaN
Bahagian KPM.

KAJIAN
HALA TUJU
BAHASA SEMAI

Berdasarkan isu penutupan tawaran mata pelajaran Bahasa Semai di beberapa buah sekolah rendah, BPK
telah mengambil langkah melaksanakan Kajian Bahasa Semai bagi menyelesaikan isu perbezaan dialek.

Kajian ini melibatkan kumpulan penyelidik dalam kalangan pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam yang
terpilih iaitu Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Kumpulan penyelidik ini dipilih berdasarkan kepakaran mereka dalam bidang linguistik.

Satu mesyuarat telah diadakan pada 14 April 2021 untuk membincangkan perkara berkenaan dengan
pelaksanaan Kajian Hala Tuju Kurikulum Bahasa Semai dan aspek linguistik bahasa Semai yang digunakan
di sekolah.

12

Kursus Analisis Data Kualitatif telah
dilaksanakan pada 3 Mac 2021 secara dalam
talian. Seramai 57 orang peserta telah menyertai
kursus ini. Kursus dilaksanakan untuk memberi
kemahiran menganalisis data melalui kaedah
kajian kualitatif iaitu kaedah temu bual dan
pemerhatian.

Kursus Bahasa Cina diadakan sebanyak 6 siri
bertujuan untuk memberi pendedahan awal
kepada warga BPK tentang bahasa ketiga dan
seterusnya dapat memupuk persefahaman
antara pelbagai kaum di Malaysia.

Kursus pegawai dan anggota
kumpulan pelaksana (AKP) baharu
BPK telah diadakan pada 30 dan 31
Mac 2021. Kursus ini bertujuan untuk
memantapkan pengetahuan pegawai
dan AKP baharu berkaitan fungsi,
tugas dan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan di BPK. Selain itu ia
juga bertujuan untuk meningkatkan
kompetensi dan kualiti kerja pegawai
dan AKP.

13

KURSUS PENGENALAN KEPADA TEKNIK DELPHI DALAM
KAJIAN PENILAIAN KURIKULUM - 6 April 2021

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengenalan
kepada warga BPK tentang penggunaan Teknik Delphi
dan Fuzzy Delphi dalam kajian penilaian kurikulum.

TAKLIMAT PROGRAM PEMENTORAN
BPK - 12 April 2021

Taklimat ini diadakan untuk memberi panduan pelaksanaan
pementoran kepada mentor dan mentee yang merangkumi
skop:
1. Kompetensi Profesional
2. Kompetensi Budaya
3. Kompetensi Peribadi
4. Kompetensi Sosial

TAKLIMAT PROGRAM PENILAIAN KEPIMPINAN
(PROFILING) KPM - 20 April 2021
Taklimat ini diadakan untuk menjelaskan kaedah
pelaksanaan laluan kerjaya secara pantas (selepas ini
disebut sebagai fast track) bagi mengiktiraf pegawai
Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berpotensi tinggi.

14

PEMANTAPAN KEMAHIRAN PANEL
SIDANG REDAKSI

Kursus Penulisan Artikel dan Laporan Kursus Creating Layout Design through Design
Tahunan Thinking
Kursus ini telah diadakan pada 19 dan 20 April 2021 di
Kursus ini telah berlangsung pada 14 dan 15 Bilik Mesyuarat Jelatik. En. Mohamad ‘Adillas bin
April 2021 di Bilik Jelatik, Aras 7, BPK. Ahmad Fesol telah diundang sebagai penceramah,
Cik Nor Ishsan binti Ab Razak, Pensyarah merangkap fasilitator dalam bengkel yang diadakan.
Kanan Jabatan Penerbitan Dokumentasi Beliau yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat
di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai sarjana dalam bidang Design Thinking merupakan
telah diundang sebagai penceramah. Beliau bekas pegawai BPK yang bertanggungjawab
telah membuat perkongsian tentang format menguruskan dokumen kurikulum bagi mata pelajaran
penulisan buku laporan dan panduan Pendidikan Seni Visual. Beliau sangat berpengalaman
penulisan. dalam penyediaan layout design.

15

Pertukaran Timbalan Pengarah
SSM ke BSTP

Pertukaran setara Timbalan Pengarah Sektor Sains dan
Matematik (SSM), Tn. Haji Sofian Azmi bin Tajul Arus ke
Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP), Bukit
Kiara pada 1 Mac 2021 setelah 26 tahun berkhidmat di
BPK. Seluruh warga BPK mengucapkan terima kasih
atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.
Semoga Tn. Hj. Sofian Azmi akan terus memacu
kecemerlangan di BSTP.

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

Dr Azwan bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan
Bahan Pembelajaran, BSTP secara rasminya melapor diri pada
4 Mac 2021 di BPK sebagai Timbalan Pengarah, Sektor Teknologi
Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi (STMRBT) berkuatkuasa

1Mac2021. Selamat Datang

Pn. Rohaida binti Mazlan
Unit Bahasa Melayu,

Sektor Bahasa dan Kesusasteraan.
Tarikh mula bertugas: 8 Mac 2021

Sekolah terakhir: SMK Sungai Ramal, Kajang,
Selangor.

En. Abdul Basith Muhammad bin A Wahid
Unit Projek Khas dan Inovasi,
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
Tarikh mula bertugas: 16 Mac 2021
Sekolah terakhir: SK Damansara Damai 1, Petaling, Selangor.

En. Mohd Zaki Zaharuddin
KPP Pendidikan Jasmani,
Sektor Kesenian dan Kesihatan
Tarikh mula bertugas: 27 April 2021
Sekolah terakhir: SMK Seri Hartamas Kuala Lumpur

16

ANUGERAH GURU INOVATIF (AGI)
PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA

SAMBUTAN HARI GURU 2021

23 Mac hingga 16 April 2021 - BPK diamanahkan sebagai urus setia Pertandingan Anugerah Guru Inovatif (AGI)
Peringkat Kebangsaan 2021 sempena sambutan Hari Guru. Penilaian pusingan pertama Pertandingan
Anugerah Guru Inovatif 2021 ini telah diadakan pada 23 - 25 Mac 2021 oleh ketua panel dan panel penilai yang
dilantik dalam kalangan warga BPK. Penilaian pusingan kedua telah dilaksanakan pada 29 Mac 2021 oleh ketua
panel bersama Timbalan Pengarah Kanan, Kluster Dasar, Sains dan Teknologi. Pusingan ketiga pula adalah
untuk menentukan Ikon Guru Inovatif dalam Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2021
dan telah dilaksanakan oleh Pengarah BPK bersama-sama Ketua Jemaah Nazir pada 12 - 16 April 2021.

MESYUARAT PENYELARASAN
JAWATANKUASA KECIL PELAKSANAAN

BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR
PENDIDIKAN BILANGAN 1 TAHUN 2021

Mesyuarat ini diadakan secara dalam talian melalui google meet
pada 23 Mac 2021, dengan dipengerusikan oleh Timbalan
Pengarah Kanan, Kluster Dasar, Sains & Teknologi. Status
pelaksanaan aktiviti bahasa kebangsaan yang akan diadakan
pada tahun 2021 telah dibincangkan iaitu:
• Aktiviti bahasa kebangsaan di setiap Bahagian KPM
• Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan
• Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan bagi Tahun

2021

17

PERHIMPUNAN
BULANAN 2021

18

SUMBANGAN MISI
PASCA BENCANA
AKRAB

11 Mac 2021 - Tuan Hj Azman bin Hj Adnan
Pengarah BPK berbesar hati menyerahkan
sumbangan Misi Pasca Bencana AKRAB
BPK kepada Bahagian Psikologi dan
Kaunseling (BPsK), KPM di Aras 1, Blok E9.
Pengarah BPK juga turut membuat lawatan
rasmi di BPsK. Tahniah dan terima kasih
kepada semua warga BPK yang prihatin
memberi sumbangan untuk misi ini.

19

SIDANG BPK PRIHATIN
REDAKSI
BULETIN BPK Salam Takziah

PENAUNG Warga BPK mengucapkan takizah
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan kepada keluarga
Pengarah BPK
Pn. Nurkasma Dalila binti Junid
PENASIHAT dari Unit Kewangan,
Dr. Latip bin Muhammad
Timbalan Pengarah Kanan Sektor Khidmat Pengurusan yang
Kluster Dasar, Sains & Teknologi telah kehilangan bonda tersayang iaitu

KETUA EDITOR Allahyarham Pn. Norjah binti
Pn. Hjh. Nor’aidah binti Nordin Mohamed pada 2 April 2021 (Jumaat)
Menjalankan tugas Timbalan Pengarah
Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

EDITOR
Pn. Isnazhana binti Ismail
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

PEREKA GRAFIK
Pn. Siti Zulikha binti Zelkepli
Penolong Pengarah
Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

En. Mior Syazril bin Mohamed Sapawi
Penolong Pengarah
Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

AHLI JAWATANKUASA

Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh Cik Wan Nur Zamrud binti Shamsudin
Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas Sektor Kesenian dan Kesihatan

Pn. Hjh. Siti Rahayu binti Muhammad Pn. Nuraini binti Abu Bakar
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Sains dan Matematik
Sektor Bahasa dan Kesusasteraan

Cik Maria Ulfah binti Abdullah Saud Pn. Hasneeda binti Mohd Sarip
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Prasekolah Sektor Teknologi Maklumat &
Reka Bentuk Teknologi

Cik Siti Khadijah binti Abdullah Pn. Siti Zubaidah binti Karim
Penolong Pengarah Pegawai Eksekutif
Sektor Sains Sosial Sektor Khidmat Pengurusan

20


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Modul Logika dan Algoritma
Next Book
WorldCom Edu Build Up Reading Series - Book 2