The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2021-07-02 02:47:10

Buletin BPK Keluaran 3/2021

Buletin BPK Keluaran 3_Mei Jun

Mei & Jun 2021 KELUARAN 3/2021

VAKSINASI ITU
KEMESTIAN

Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh
Perdana Menteri Malaysia pada 24 Februari 2021 telah
menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa meletakkan
kepentingan dan keperluan rakyat dalam menangani pandemik
COVID-19 yang sedang melanda negara dan dunia. Suntikan
vaksin COVID-19 telah terbukti dan diterima secara menyeluruh
termasuk pakar ulama terkemuka dunia tentang keberkesanan
dan hukum pengambilannya.

Pengarah Bahagian Pembangunan

Kurikulum (BPK), Tuan Haji Azman

bin Haji Adnan menyeru kepada

seluruh warga dan kakitangan BPK

untuk mendaftar dan mendapatkan

suntikan vaksin COVID-19 di

platform yang telah ditentukan oleh

kerajaan. Pengambilan suntikan

vaksin ini merupakan satu kemestian

dan kewajipan serta tanggungjawab

sebagai individu, ahli keluarga,

pekerja, masyarakat dan

warganegara Malaysia. Semoga

imuniti kelompok akan segera dapat

dibentuk dan seterusnya negara

kembali sejahtera seperti sedia kala.

BPK BEKERJA, TAPI...
BUKAN DI PEJABAT .

Lantaran peningkatan jumlah kes positif
COVID-19 yang meningkat secara mendadak
dalam jumlah yang sangat tinggi, Kerajaan
Malaysia melalui Perdana Menteri, YAB Tan Sri
Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin telah
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) 3.0 di seluruh negara bermula pada 12
Mei hingga 7 Jun 2021. Tarikh tersebut telah
dilanjutkan sehingga 28 Jun berikutan jumlah
kes positif COVID-19 yang masih belum
menunjukkan tanda-tanda penurunan.

BPK sebagai salah sebuah daripada
organisasi kerajaan persekutuan kekal patuh
kepada arahan yang dikeluarkan oleh Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali agar
pengoperasian pejabat kerajaan dilaksanakan
secara hibrid iaitu hanya kakitangan yang
dibenarkan sahaja hadir ke pejabat dengan
keberadaan maksimum 20 peratus manakala
selebihnya bekerja dari rumah. Namun begitu,
segala tugas, amanah dan tanggungjawab
yang digalas BPK tetap berjalan seperti biasa
dalam iklim dan landskap kerja secara normal
baharu.

2 DABREI RKUEMRAJAH KEKAL WASPADA
KEKAL SELAMAT

SESI TOWNHALL MAJLIS AMANAT DAN PENYAMPAIAN
WATIKAH PELANTIKAN BAGI INISIATIF PELAN

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PPPM) TAHUN 2021

28 Jun 2021 - Satu sesi townhall telah
diadakan untuk mengiktiraf peranan, dan
tanggungjawab yang digalas oleh peneraju,
pengurus program dan ketua alur kerja
inisiatif PPPM tahun 2021. Majlis
dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Radzi bin
Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. Turut serta
dalam majlis ialah Ketua Setiausaha KPM,
YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof
serta pengarah, pengurus program dan
semua ketua alur kerja inisiatif #20:
Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi dalam Pembelajaran Abad Ke-21 dan
Inisiatif #24: Program Literasi dan Numerasi
Sekolah Rendah (PLaN) di bawah kendalian
BPK.

Antara amanat YBMK ialah keberadaan pegawai dalam KPM merupakan amanah yang paling besar dalam
membuat penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara. Sikap proaktif dalam mencari jalan terbaik
untuk membuat perubahan perlu dikekalkan. Sebarang pendekatan yang telah dilaksanakan tetapi didapati
tidak sesuai perlu diubah untuk memperoleh keberhasilan yang dihasratkan. Setiap bahagian perlu
memahami business process flow masing-masing dan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara
memerlukan kerjasama semua bahagian dalam KPM sebagai satu pasukan.

Pegawai yang turut menghadiri majlis bersama-sama Pengarah BPK ialah Pn. Aizatul Adzwa binti Mohd
Basri, Cik Eileen Jessie Ah Guan, Pn. Dayang Nor Ashikin binti Harun, Dr. Mazlan bin Ismail, Pn. Rabiatul
Nazuha binti Mohd, Cik Masreen Wirda binti Mohammad Ali, Pn. Rosita binti Mat Zain, Cik Susilawati binti
Ehsan, Pn. Ruslawati binti Mat Isa, Cik Alyenda binti Abd Aziz, Pn. Hasneeda binti Mohd Sarip,
En. Kasdi bin Kasmin, En. Kamarul Azlan bin Ahmad, Cik Ida Hairani binti Bakar,
Pn. Kristina Murni binti Mohd Madi dan Pn. Hajah Rasmuna binti Muhammad Ali.

MALAYSIA EDUCATION TRAINING: BUILDING BACK BETTER

Pegawai BPK telah menyertai sesi latihan
yang dianjurkan oleh pasukan World Bank
Group’s Education Global dari Washington
DC pada 25, 27 dan 28 Mei 2021. Latihan
ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti
PdP dalam persekitaran pembelajaran
teradun menjangkau semua murid, baik di
sekolah dan di rumah. Selain itu, peserta
juga diberi pendedahan pelaksanaan
pentaksiran semasa situasi pandemik.

LINDUNG DIRI 3
LINDUNG SEMUA

SEKTOR DASAR DAN
PENYELIDIKAN KURIKULUM

Buku Panduan Program Pendidikan Pintar Cerdas (PPPC)
Edisi Ke-2 & Buku Panduan PdP SISIPAN
Elemen Budaya Orang Asli dan Peribumi

Jun 2021 - Unit Projek Khas dan Inovasi telah melaksanakan
Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Buku Panduan PPPC
sebanyak empat kali bersama-sama panel Kolej
GENIUS@Pintar , UKM pada 1, 11, 17 dan 25 Jun 2021
secara dalam talian. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah
untuk membuat penambahbaikan kandungan bagi Buku
Panduan PPPC edisi kedua.

.
Selain itu, perbincangan ringkas Way Forward SISIPAN
diadakan pada 14 hingga 16 Jun bersama-sama Unit
Pendidikan Muzik, Unit Pendidikan Jasmani dan Unit
Pendidikan Seni Visual. Tujuan perbincangan adalah untuk
menghasilkan Buku Panduan PdP SISIPAN Elemen Budaya
Orang Asli dan Peribumi Tahun 2 dan Pemetaan Tahun 3.
Sehubungan dengan itu, pada 28 hingga 30 Jun 2021
perbincangan bersama ketiga-tiga unit tersebut diteruskan
bagi mengenal pasti senarai panel penutur asli untuk
membantu penghasilan buku panduan tersebut.

BENGKEL KAWAL KUALITI BAHAN TERBITAN BPK

1. 18 Mei 2021 – Kertas Cadangan PERBINCANGAN
Pelaziman Pendekatan Bertema PENYELARASAN INFOGRAFIK
dalam PdP Sekolah Rendah. DAN VIDEO ANIMASI PBD -

2. 19 Mei 2021 – Kertas Cadangan 24 dan 31 Mei 2021- satu perbincangan
Pelaksanaan PKL Sains, Matematik,
Bacaan dan Kewangan Tahun 2021 penyelarasan infografik dan video animasi PBD telah
secara Interaktif di bawah Inisiatif diadakan setelah pengumuman PT3 dibatalkan, UPSR
#20 (Pembudayaan KBAT dalam dimansuhkan dan PBD mula diperkasakan mulai tahun
PAK-21). 2021. Sehubungan dengan itu, BPK
dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan infografik
3. 22 Jun 2021 – Draf SPI Pelaksanaan dan video animasi berkaitan PBD bagi memberi
Standard Pengukuran BMI Murid kefahaman kepada masyarakat terutama ibu bapa,
Sekolah Malaysia Berumur 5 – 9 pentadbir sekolah dan guru. Usaha ini melibatkan
Tahun. BPSH dan LP serta seorang guru pakar Tingkatan
Enam dan seorang pensyarah daripada Universiti
4 Multimedia (MMU). Terdapat lima jenis infografik PBD
iaitu: PBD Umum, Pertimbangan Profesional,
Penjaminan Kualiti PBD, Jenis Pentaksiran dalam
Pelaksanaan PBD dan Carta Alir Pelaksanaan PBD.

Penerbitan Buku Salasilah KPM

24 Jun 2021 - Mesyuarat
Penyediaan Bahan dan Penerbitan Buku
Salasilah Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2021
telah diadakan secara atas talian. Mesyuarat tersebut
dikelolakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Mesyuarat berfokus kepada merancang dan
menyelaras format penyediaan bahan oleh setiap 21 bahagian
profesional dan bahagian pengurusan KPM. BPK turut terlibat
dalam penghasilan dan penyediaan bahan Buku Salasilah KPM.

Pelaksanaan Kursus dan Bengkel Peningkatan Profesionalisme

1. 5 Mei 2021 - Kursus Penyediaan Bahan Persembahan Digital, dikendalikan oleh
Pn. Siti Aisyah Mohd Yusof dari Unit Sejarah, SSS dan melibatkan 38 orang warga
BPK. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menyediakan
persembahan digital yang berkualiti dan profesional.

2. 6 Mei 2021, Taklimat Jawatankuasa Pengurusan Latihan BPK 2021, disampaikan oleh Dr. Nor Zihan
binti Husin dan Pn. Tang Yek Ngo dari Unit Perancangan Kualiti dan Pembangunan Profesionalisme
(UPKPP), SDPK. Taklimat ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran AJK SPLKPM
BPK dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan
aktiviti LADAP di setiap sektor.

3. 7 Mei 2021 - Bengkel Pemantapan Audit EKSA BPK 2021, dikendalikan oleh Pn. Tang Yek Ngo dari
UPKPP, SDPK dan melibatkan 13 orang wakil sektor di BPK. Tujuan bengkel ini adalah untuk
meningkatkan pengetahuan AJK dalam menjalankan peranan memastikan EKSA KPM dapat
dilaksanakan dengan berkesan.

4. 10 Mei 2021 - Kursus Shine Your Powerpoint, disampaikan oleh
Pn. Siti Sarah binti Mohd Noor dari Unit Sejarah, SSS. Kursus ini
dihadiri oleh 76 warga BPK dengan sasaran meningkatkan kemahiran
menghasilkan slaid yang lebih menarik.

5. 21 Mei 2021 dan 4 Jun 2021 - Kursus
Bahasa Ketiga (Bahasa Jepun) Bil. 1 dan
2/2021, dikendalikan oleh Pn. Dayang Nor
Asyikin binti Harun dari Unit Bahasa
Antarabangsa, SBK. Kursus ini merupakan
pilihan warga BPK berdasarkan soal selidik
yang dijalankan pada Disember 2020 untuk
mempelajari bahasa ketiga.

5

6. 25 Mei 2021 - Kursus Powerpoint Kreatif,
disampaikan oleh En. Hafizzal Bukhary
Borhan dan dihadiri oleh 57 warga BPK.
Kursus ini bertujuan untuk memberi
pendedahan membina slaid persembahan
yang kreatif melalui kombinasi pelbagai
komponen multimedia.

7. 16 Jun 2021 - Taklimat Program
Pementoran BPK 2021,
disampaikan oleh Pn. Salamiah binti
Hasan, Penolong Setiausaha Kanan,
Unit Modal Insan, Cawangan
Operasi, Bahagian Psikologi &
Kaunseling KPM. Taklimat ini
menekankan peranan mentor dalam
memberikan bimbingan dan
sokongan kepada menti secara
profesional.

8. 23 Jun 2021 – Kursus Perancangan Strategik,
disampaikan oleh Pn. Hjh. Nooraini binti
Kamaruddin, Timbalan Pengarah, Sektor Dasar
dan Penyelidikan Kurikulum (SDPK) khusus
kepada semua warga SDPK. Kursus
ini memantapkan kemahiran menganalisis
kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran
dalam menyediakan pelan strategik
sesebuah organisasi khasnya BPK..

9. 30 Jun 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa EKSA BPK Bil. 2/2021, dipengerusikan oleh
Ketua Unit UPKPP. 39 wakil sektor di BPK telah dilibatkan dalam mesyuarat ini. Taklimat
“Etika Juruaudit EKSA dan Tatacara Pengauditan EKSA” serta “Pelaksanaan Amalan
EKSA” disampaikan oleh Pn. Aienulhuda binti Ab Aziz dari SKP.

6

SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK

Bengkel Penyediaan Kit Penyebaran KSSR Sains Tahun 6

Tiga siri bengkel telah dianjurkan oleh Unit Sains Asas pada bulan
Mei dan Jun, melibatkan 10 orang guru Sains sekolah rendah bagi
penyediaan bahan penyebaran kepada guru Sains di seluruh
Malaysia.

Bengkel Kawal Mutu Item Pentaksiran Kompetensi
dan Literasi (PKL) Saintifik, Matematik, Bacaan dan
Kewangan (#20).

Bengkel ini telah diadakan pada 18 hingga 21 Mei 2021
melibatkan 101 orang guru. Objektifnya adalah untuk
membangunkan item mirip PISA dan TIMSS berasaskan
KSSR dan KSSM yang bertujuan meningkatkan kefahaman
murid ke arah KBAT.

Bengkel Terjemahan PdP Pendidikan Kewangan ke
Bahasa Inggeris bagi Kegunaan Program Dwibahasa
(DLP)

Bengkel anjuran Unit Matematik Menengah ini telah diadakan
pada 24, 25 dan 27 Mei 2021 untuk menghasilkan draf Panduan
PdP Pendidikan Kewangan: Insurans dan Percukaian KSSM
Matematik Tingkatan 5 versi Bahasa Inggeris bagi kequnaan
guru Matematik DLP.

Bengkel Pembinaan Panduan PdP Elemen Celik
Kewangan & Pengistilahan Matematik Sekolah Rendah

Tiga siri bengkel telah dianjurkan oleh Unit Matematik Asas
bulan Mei dan Jun melibatkan 40 orang panel untuk
menghasilkan panduan PdP yang dapat membimbing guru
dalam pelaksanaan elemen celik kewangan dalam mata
pelajaran Matematik.

Perbincangan bersama BPPDP: Item Interaktif
Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Saintifik,
Matematik, Bacaan dan Kewangan di bawah Inisiatif
#20:

Unit Matematik Menengah telah mengadakan perbincangan
tersebut pada 9 hingga 10 Jun 2021 yang bertujuan
meningkatkan profesionalisme guru dan pegawai KPM
dalam membangunkan item interaktif KBAT.

7

Bengkel Kerja Penyediaan Kit Penyebaran KSSR
(Semakan 2017) Matematik Tahun 6 anjuran Unit
Matematik Asas.

Tiga siri bengkel telah diadakan pada bulan Mei dan Jun
bertujuan menghasilkan kit penyebaran yang akan
digunakan dalam kursus penyebaran kepada JUK.

Bengkel Pembinaan Panduan PdP KSSR
(Semakan 2017) Matematik Tahun 6.

Bengkel telah diadakan pada 24 hingga 27 Mei 2021
yang melibatkan 5 orang panel. Bengkel ini bertujuan
untuk menghasilkan panduan PdP bagi membimbing
guru dalam pelaksanaan kurikulum Matematik.

Bengkel Pembangunan Buku Panduan
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Projek (PBL) STEM Bersepadu di
Sekolah secara Interdisiplin.

Bengkel ini diadakan pada 3 dan 4 Jun
2021 melibatkan 54 orang peserta yang
bertujuan menyediakan panduan kaedah
PBL sebagai pedagogi terpilih.

Libat Urus Pendekatan Bertema dalam PdP
bersama-sama Guru Sekolah Rendah pada 28 Mei
2021 dan Pensyarah Universiti pada 31 Mei 2021.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Dr. Latip bin
Muhammad, Timbalan Pengarah Kanan ini melibatkan guru
sekolah rendah, pensyarah universiti serta 27 ahli task force
tematik bagi mendapatkan input dan maklum balas guru
tentang cadangan pelaksanaan pendekatan bertema dalam
PdP di sekolah rendah dan menengah.

Perbincangan Penyelarasan Bahan Tayangan DidikTV KPM
bersama BSTP.

4 Jun 2021 - Perbincangan melibatkan pengurusan tertinggi BPK
dan wakil mata pelajaran bersama wakil dari BSTP untuk
menyelaras tugasan berkaitan semakan video dalam repositori
BSTP bagi siaran DidikTV KPM.

8

SEKTOR BAHASA DAN KESUSASTERAAN

MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL
PELAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN

SEKTOR PENDIDIKAN BIL. 1/2021

31 Mei 2021 - Mesyuarat telah dipengerusikan
oleh YBhg. Datuk KSU KPM secara dalam
talian. BPK telah membentangkan aktiviti
kebahasaan yang akan diadakan sepanjang
tahun ini. Tiga aktiviti utama yang akan
berlangsung iaitu Aktiviti Dekad Bahasa
Kebangsaan dan Anugerah Tokoh Bahasa
Melayu Sektor Pendidikan yang akan
dipengerusikan oleh BPK, manakala Majlis
Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun
2021 akan dipengerusikan oleh Institut
Aminuddin Baki.

Mesyuarat juga memohon YBhg. Datuk KSU

untuk memanjangkan keputusan pemisahan

Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa

Kebangsaan antara KPM dan

Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT) kepada YBhg. Menteri

ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR Kanan Pendidikan.
PENDIDIKAN TAHUN 2021

BPK selaku urus setia Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan (JKKPBKSP) Tahun
2021, buat kali kedua menganjurkan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan
(ATBMSP) Tahun 2021.

ATBMSP ini merupakan satu pengiktirafan khusus yang diberikan kepada warga Kementerian
Pendidikan Malaysia yang cemerlang dan bergiat aktif dalam usaha memartabatkan bahasa
Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pemilihan tokoh ini dilakukan secara
kolaboratif dengan bahagian KPM yang lain seperti Institut Aminuddin Baki, Bahagian
Profesionalisme Guru, Jemaah Nazir, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Bahagian Matrikulasi dan
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional.

9

SEKTOR SAINS SOSIAL

WEBINAR PROMOSI SEKOLAH LESTARI BENGKEL PEMANTAPAN SKRIP VIDEO
ANUGERAH ALAM (SLASS) SESI PdP PENGINTEGRASIAN ELEMEN
2020/2021 PERINGKAT KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM
KURIKULUM
3 Mei 2021 – En. Mhd. Shafiee bin Abd. Ghani
dari SSS telah dijemput sebagai penceramah Dua skrip video daripada setiap mata pelajaran
mewakili KPM. Webinar tersebut telah disertai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
500 orang peserta yang terdiri daripada guru, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah
pegawai JAS dan NGO. Webinar ini diadakan dimantapkan dalam bengkel yang diadakan selama
bertujuan menarik lebih banyak penyertaan dua hari pada 24 dan 25 Mei 2021. 10 skrip tersebut
sekolah-sekolah KPM sekaligus menekankan dinilai daripada aspek kandungan mata pelajaran
aspek kurikulum, kokurikulum, pengurusan, dan elemen pendidikan kewangan serta infografik
penghijauan dan elemen khas bagi memenangi yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
anugerah yang telah disediakan. Anugerah akan Sektor Sains Sosial.
diberikan setiap dua tahun sekali, manakala
anugerah tahun ini akan dibawa ke tahun MALAYSIA SEMINAR SERIES IN
hadapan. EDUCATION (SESSION #6) –
STRENGTHENING STAKE HOLDER
COOPERATION

BENGKEL DAN PEMBENTANGAN DRAF Seminar yang telah diadakan secara dalam talian
PENERAPAN MODUL PEMBELAJARAN pada 18 hingga 20 Mei 2021 menekankan inisiatif
membantu guru dan murid menghadapi situasi
MENGENAI PEMULIHARAAN pandemik COVID-19 dalam landskap pendidikan
BIODIVERSITI DALAM SISTEM masa hadapan.

PENDIDIKAN DI MALAYSIA Seminar dihadiri oleh pegawai KPM dan World Bank
(ibu pejabat Malaysia) dan wakil World Bank
9 JUN 2021 – En. Norhaziruldin bin Ibrahim daripada United Kingdom, Australia, Finland dan
telah dijemput sebagai penceramah mewakili Sepanyol. Perkongsian dalam seminar ini banyak
KPM dalam bengkel yang dianjurkan oleh membantu KPM dalam membuat persediaan
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia menangani keperluan terkini bagi memenuhi
(FRIM). Peserta bengkel terdiri daripada pendidikan masa hadapan.
pegawai-pegawai FRIM, KPM (BPK, BPG dan
JPN Terengganu), pegawai PERHILITAN, JAS
dan NGO.

Objektif bengkel ialah penerapan modul
pembelajaran mengenai pemuliharaan
biodiversiti dalam sistem pendidikan di Malaysia
dan menyediakan material pembelajaran yang
bersesuaian.

10

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS

PENGUMPULAN DATA PORTFOLIO MURID BERDASARKAN RUBRIK
KOMPETENSI DI BAWAH KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (KSSMPK) PADA 4 HINGGA 6 MEI 2021

Sektor Pendidikan Khas telah mengenal pasti 13 buah
sekolah bagi mendapatkan sampel portfolio bagi 22 mata
pelajaran merangkumi 10 mata pelajaran kemahiran
vokasional spesifik dan 12 mata pelajaran vokasional asas
kefungsian rendah. Satu sesi taklimat secara dalam talian
bersama pihak sekolah telah diadakan pada 28 April
sebelum kunjungan ke sekolah. Namun hanya 9 buah
sekolah sahaja yang dapat dikunjungi manakala 4 buah
sekolah lagi kunjungan secara maya dilakukan disebabkan
peningkatan kes COVID-19. Portfolio ini akan dijadikan
bahan sampel penilaian untuk membantu pihak Lembaga
Peperiksaan dalam menyediakan pengiktirafan kepada
MBK yang akan menamatkan sesi persekolahan pada
tahun 2021.

SESI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL MENGENAI POTENSI DAN
KEUPAYAAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) BERKEFUNGSIAN RENDAH

Sektor Pendidikan Khas telah menganjurkan satu
sesi Komuniti Pembelajaran Profesional secara
dalam talian bersama-sama dengan Kampus
Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2
Jun 2021. Panel jemputan dari USM terdiri daripada
tiga orang pensyarah kanan dan pakar psikologi,
psikiatri dan jurupulih terapi cara kerja. Sesi ini
bertujuan sebagai perkongsian maklumat serta
mendapatkan input dalam usaha pemantapan Modul
PdP bagi MBK Kefungsian Rendah. Sesi interaktif
ini telah berjaya menarik pelibatan bukan hanya
pegawai BPK tetapi juga pensyarah IPG, pegawai
JPN dan PPD serta guru-guru.

11

SEKTOR PRASEKOLAH

BENGKEL PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
KELAS PRASEKOLAH SIRI 1 DAN 2

Unit STEM Awal, Sektor Prasekolah telah menganjurkan
dua siri bengkel yang berlangsung pada 4 dan 18 Mei
melalui pelantar Google Classroom. Bengkel dirasmikan
oleh Timbalan Pengarah Sektor Prasekolah.

Bengkel Siri 1 diadakan bertujuan berkongsi amalan terbaik pelaksanaan
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) oleh guru prasekolah dari
pelbagai agensi serta bertukar idea dan pandangan berkaitan
pelaksanaan PBP di kelas prasekolah. Peserta bengkel terdiri daripada
pegawai BPK, JPN, PPD dan guru prasekolah dari KPM, KEMAS, JPNIN
serta swasta. Antara tajuk projek yang dibentangkan:
i. Projek 3R - SK Nanga Pelagus, Sarawak.
ii. Sepatu Putih - Tabika KEMAS Kampung Baru Alma, Pulau Pinang
iii. Pelaksanaan Pendekatan Projek di Tabika Perpaduan Daerah

Kluang - Tabika Perpaduan Kluang, Johor
iv. The Moving Sketch, The Mystery of Paper dan The Bowl of

Love - Tabika Talento, Selangor.

Bengkel Siri 2 pula diadakan bertujuan memberi input tentang
pembelajaran inkuiri dan PBP, serta berkongsi impak pelaksanaan
strategi PBP di Tadika Chengdu, China. Peserta bengkel terdiri daripada
pegawai BPK, JPN, PPD dan guru prasekolah KPM. Pengisian bengkel:
i. Inquiry Based Learning vs Project Based Learning: Child-initiated

Learning Approach
YBhg. Datin Dr. Ng Soo Boon, Universiti Segi
ii. Using Project-Based Learning for the Acquisition of Basic Science
Process Skills: An Action Research in Preschool, Chengdu, China.
Pn. Siyu Wang, Universiti Chengdu

BENGKEL PENYEDIAAN KIT PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Pada 4 hingga 6 Mei 2021, bertempat di Bilik Mesyuarat
Cenderawasih BPK, Unit Prasekolah Pendidikan Khas telah
mengadakan bengkel berkenaan dengan dipengerusikan oleh
Timbalan Pengarah Sektor Prasekolah. Bengkel ini diadakan
bertujuan membincangkan kandungan Kit Pelaksanaan PdP
Prasekolah Pendidikan Khas. Bengkel ini disertai oleh
pegawai BPK, BPSH, BPKhas, Genius Kurnia, pensyarah
UKM, pensyarah IPGK Ilmu Khas, pegawai dari Pusat
Psikologi dan Rehabilitasi Alfal Jannah serta guru prasekolah
pendidikan khas. Antara pengisian bengkel meliputi
perbincangan mengenai RPI, pentaksiran dan strategi serta
intervensi dalam PdP prasekolah pendidikan khas.

12

SEKTOR KESENIAN DAN KESIHATAN

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai
Sektor Kesenian dan Kesihatan telah diadakan
pada 3 dan 4 Mei 2021. Seramai 20 orang
pegawai mengikuti kursus ini. Jemputan
penceramah bagi kursus ini ialah
Pn. Hajah Norashikin binti Hashim, Timbalan
Pengarah SKK. Tujuan kursus ini adalah untuk
melengkapkan pegawai dengan pengetahuan
asas bertugas sebagai pegawai di BPK, KPM.
Kandungan kursus adalah Dasar KPM, Kurikulum
dan Nilai Etika sebagai penjawat awam.

Mesyuarat Penyediaan Kit Penyebaran KSSR
(Semakan 2017) dan Webinar Berkreatif
Menerusi Teater Bil. 1/2021
19 Mei 2021 - Mesyuarat ini bertujuan
membincangkan penyediaan Kit Penyebaran KSSR
(Semakan 2017) Pendidikan Muzik Tahun 6 dan
merancang strategi latihan serta pengisian bagi
persediaan webinar tersebut. Mesyuarat tersebut
dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan Muzik,
BPK.

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Mata Pelajaran di bawah Unit
Pendidikan Muzik, BPK bersama-sama Bahagian KPM dan JPN

15 Jun 2021- Timbalan Pengarah Sektor
Kesenian dan Kesihatan telah
mempengerusikan mesyuarat ini bagi
mendapatkan status pelaksanaan
kurikulum dan berkongsi info terkini di
bawah Unit Pendidikan Muzik dari
bahagian KPM dan JPN. Mesyuarat ini
juga membincangkan isu dan cabaran
pelaksanaan kurikulum Pendidikan Muzik.

13

Gender Equality and Education: Hari Raya Aidilfitri 2021
An Asian Project
29 Mei 2021 - Mesyuarat anjuran Sektor Kesenian dan Kesihatan telah
The National Institute of menghiasi sektor sempena sambutan
Development Administration (NIDA), Hari Raya Aidilfitri. Sektor Kesenian
Bangkok Thailand diadakan untuk dan Kesihatan mengambil
mendapatkan input bagi enam item kesempatan sempena Hari Raya
media yang telah dihasilkan oleh untuk menyampaikan kad dan kuih
NIDA iaitu: raya kepada Pengarah dan Timbalan
Pengarah Kanan BPK.
• dua infografik
• dua animasi pendek
• dua drama pendek

Lima orang pegawai Unit
Pendidikan Kesihatan, BPK telah
hadir bersama-sama dalam sesi
perkongsian ilmiah tersebut.
Mesyuarat dipengerusikan oleh
Profesor Dr. Juree Vichit-Vadakan
selaku Ketua Projek dan turut
dihadiri oleh wakil dari negara
anggota ASEAN yang lain.

Mesyuarat Penghasilan Bahan Interaktif Pendidikan Kesihatan Tayang Kaji Program Penerbitan
Reproduktif dan Sosial (PEERS) bagi Sekolah Rendah dan Rancangan Saluran DIDIK TV
Menengah Bil. 1/2021 KPM
3 hingga 5 Mei 2021 - Mesyuarat ini mensasarkan penghasilan 10 dan 11 Jun 2021 - Pegawai Unit
bahan interaktif PEERS untuk membantu guru melaksanakan PdP Pendidikan Seni Visual (PSV)
PEERS di sekolah rendah dan menengah. Mesyuarat ini terlibat sebagai panel Kawal Mutu
dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan Kesihatan. Video PSV Tingkatan 4 dan video
PSV umum secara dalam talian.

14

SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN REKA BENTUK TEKNOLOGI

LAWATAN DAN BIMBINGAN BERKAITAN
BENGKEL REKA BENTUK TEKNOLOGI DI
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.

5 Mei 2021 - Pengarah BPK telah berkesempatan
meluangkan masa bersama-sama Timbalan
Pengarah STMRBT dan pegawai Unit Reka Bentuk
Teknologi melawat ke beberapa buah sekolah
rendah dan menengah sekitar Wilayah Persekutuan
Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Pengarah BPK menyampaikan taklimat di SMK Seri Permaisuri Cheras

Tujuan lawatan ini adalah untuk
meninjau penggunaan dan
pengurusan bengkel RBT di
samping memberi bimbingan
kepada guru berkaitan
pengurusan bilik darjah yang
kondusif dan pelaksanaan PdP
yang bermakna.

Lawatan ke SMK Putrajaya Presint 8 (1) dan SK Putrajaya Presint 9 (2)

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN
PROGRAM TMK ANTARA BPK, BAHAGIAN
KPM DAN UNIT TMK, SEKTOR
PEMBELAJARAN JPN BIL.1/2021

Mesyuarat telah diadakan secara dalam talian pada (Bengkel bil.3 pada 19 dan 20 Mei 2021)
1 dan 2 Jun 2021 bagi membincangkan dan
mendapatkan maklum balas berkenaan kompetensi BENGKEL KERJA PEMBINAAN
digital guru dan pelaksanaan kurikulum TMK dalam MANUAL PELAKSANAAN
KSSR, KSSR (semakan 2017) dan KSSM
PEMBUDAYAAN KBAT DI SEKOLAH

Dua bengkel telah dianjurkan oleh STMRBT pada
bulan Mei dan Jun secara Google Meet bersama-
sama IAB, IPGM, BPSH, BSKK, BPSBP, BPG,
JPN, guru Sekolah Cemerlang Pembudayaan
KBAT dan guru Sekolah IB. Bengkel diadakan
bertujuan untuk menghasilkan satu manual yang
menjadi panduan sekolah, PPD dan JPN ke arah
mencapai kriteria cemerlang pembudayaan KBAT
di sekolah.

(Bengkel Bil.4/2021
pada 16 dan 17 Jun 2021)

15

Jasamu Dikenang, Pn. Azizah binti Husain, Pembantu Tadbir

(Perkeranian & Operasi) N22(KUP), Sektor Khidmat Pengurusan. Beliau dilahirkan
pada 11 Jun 1961 di Rantau Panjang, Kelantan. Pada 28 Oktober 1986, beliau telah
mula berkhidmat sebagai penjawat awam. Mula berkhidmat di BPK pada 16 Julai
2008 dan bersara wajib pada 11 Jun 2021. BPK merakamkan jutaan terima kasih
atas jasa dan bakti beliau dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi. Didoakan semoga Allah mengurniakan kesihatan, umur yang penuh
keberkatan serta diberi kebahagian yang berkekalan.

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

Selamat Datang

Pn. Hjh. Nooraini binti Kamaruddin, Ketua Jabatan
Pengurusan Dasar dan Perancangan, Pusat
Perancangan Dasar dan Inovasi, IAB Bandar
Enstek, Negeri Sembilan secara rasminya
melapor diri pada 3 Mei 2021 di BPK sebagai
Timbalan Pengarah, Sektor Dasar dan
Penyelidikan Kurikulum.

Pn. Nur Hafiza binti Hasan Pn. Nursyirah Zaim binti Zaini
Unit Bahasa Antarabangsa, Unit Aset & Perolehan,
Sektor Bahasa dan Kesusasteraan.
Tarikh mula bertugas: 24 Mei 2021 Sektor Khidmat Pengurusan.
Sekolah terakhir: SK Seri Wakaf Tarikh mula bertugas: 25 Mei 2021
Jabatan terakhir: Unit Sumber Manusia dan
Bharu, Kelantan. Pembangunan ICT, PPD Song, Sarawak

En. Muhammad Farouq bin Riswan Ali
Unit Pentadbiran,

Sektor Khidmat Pengurusan.
Tarikh mula bertugas: 23 Jun 2021

Tahniah..

Tahniah kepada pegawai BPK yang mendapat cahaya mata:
• Pn. Suellen binti Muhamad Sharif - 4 Mei 2021
• Pn. Nurhafizah binti Sulaiman - 11 Jun 2021

16

STeelarmimat baertuKgasadisitehmpdaatnBaharu…

Dr. Rabindra Dev Prasad a/l Prasad VPN
Ditugaskan di English Language Teaching Centre (ELTC), KPM
berkuatkuasa mulai 14 Jun 2021

YM Tunku Ireneza Marina binti Tunku Mazlan
Ditugaskan di SMK Methodist (ACS) Seremban, Negeri Sembilan
berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021

Pn. Zuraidah binti Mansor
Ditugaskan di SK Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor
berkuatkuasa mulai 14 Jun 2021

Pn. Nuraini binti Abu Bakar
Ditugaskan di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, KPM
berkuatkuasa mulai 28 Jun 2021
Pn. Norhayati binti Mat Nanyan
Ditugaskan di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, KPM
berkuatkuasa mulai 17 Mei 2021

17



Berguru Demi Ilmu,
Bina Generasi Baharu

19

PERSATUAN DAN KEBAJIKAN

SALAM TAKZIAH & BELASUNGKAWA

1)13/05/2021 – Cik Noor Shalbeah binti Shafie kehilangan ayahanda yang dikasihi
2)24/05/2021 – Dr. Rabindra Dev Prasad a/l Prasad VPN kehilangan bonda yang tercinta
3)13/06/2021 – Pn. Noor Ezreen binti Lamre kehilangan ayahanda mertua yang dihormati
4)18/06/2021 – Pn. Ida Hairani binti Bakar kehilangan ayahanda tersayang

PENAUNG
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan

Pengarah BPK

PENASIHAT
Dr. Latip bin Muhammad
Timbalan Pengarah Kanan
Kluster Dasar, Sains & Teknologi

KETUA EDITOR
Pn. Hjh. Nooraini binti Kamaruddin
Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

EDITOR
Pn. Isnazhana binti Ismail
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

PEREKA GRAFIK
Pn. Siti Zulikha binti Zelkepli

Penolong Pengarah
Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

En. Mior Syazril bin Mohamed Sapawi
Penolong Pengarah

Sektor Dasar & Penyelidikan Kurikulum

AHLI JAWATANKUASA
Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh
Pn. Hjh. Siti Rahayu binti Muhammad
Cik Maria Ulfah binti Abdullah Saud
Cik Siti Khadijah binti Abdullah
Cik Wan Nur Zamrud binti Shamsudin

Pn. Nuraini binti Abu Bakar
Pn. Hasneeda binti Mohd Sarip

Pn. Siti Zubaidah binti Karim


Click to View FlipBook Version