The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2022-11-03 23:37:52

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Panduan Teknikal Penerbitan 10 Oktober 2022

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

PANDUAN
PENILAIAN TEKNIKAL
BAHAN TERBITAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Tarikh Kemas Kini: 5 Oktober 2022

1

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK
2

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL
BAHAN TERBITAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Tarikh Kemas Kini: 5 Oktober 2022

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

Terbitan 2022
©Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar
ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 - 8, Blok E9,
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

ISI KANDUNGAN

A. PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL (PPT) BAHAN TERBITAN BPK.............1
1. Objektif PPT Bahan Terbitan BPK...............................................................1
2. Skop Penilaian Teknikal Bahan Terbitan.....................................................1
3. Prosedur Operasi Standard (SOP) PPT Bahan Terbitan BPK....................1
4. Carta Alir Prosedur Penilaian Teknikal Bahan Terbitan..............................4
5. Terma Rujukan (TOR) Penilaian Teknikal Bahan Terbitan.........................5
6. Borang Penilaian Teknikal Bahan Terbitan BPK.........................................6

B. PANDUAN PERMOHONAN ISBN/ISSN DAN PDP BAHAN TERBITAN
BPK...................................................................................................................12
1. International Standard Book Number (ISBN)..............................................12
2. Internatioanl Standard Serial Number (ISSN).............................................13
3. Penkatalogan Dalam Penerbitan (PDP)......................................................14
4. Objektif Permohonan ISBN/ISSN dan PDP.................................................15
5. Syarat permohonan ISBN/ISSN (Cetak atau digital) dan PDP....................16
6. Carta Alir Permohonan Nombor ISBN/ISSN/PDP........................................18
7. Borang Permohonan Nombor ISBN/ISSN dan PDP Bahan Terbitan BPK...19

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK
6

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

A. PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL (PPT) BAHAN TERBITAN BPK

Penilaian teknikal bahan terbitan merupakan satu prosedur yang perlu dilalui oleh bahan yang
akan diterbitkan setelah melalui proses kawal kualiti. Penilaian ini bertujuan memastikan
pematuhan standard dan keputusan kawal kualiti dari segi teknikal penulisan.

1. Objektif PPT Bahan Terbitan BPK:
a. Memastikan bahan terbitan BPK mematuhi SOP Buku Panduan Kawal Kualiti Bahan
Terbitan BPK.
b. Memastikan setiap bahan terbitan menepati standard penerbitan yang telah
ditetapkan.

2. Skop Penilaian Teknikal Bahan Terbitan
Penilaian teknikal meliputi bahan-bahan terbitan BPK seperti berikut:
a. Dokumen Kurikulum
b. Bahan Sokongan Kurikulum

3. Prosedur Operasi Standard (SOP) PPT Bahan Terbitan BPK
SOP PPT Bahan Terbitan BPK perlu dipatuhi dalam menerbitkan sesuatu bahan terbitan
BPK. SOP tersebut meliputi perkara-perkara berikut:

a. Jawatankuasa Penilaian Teknikal (JPT) Bahan Terbitan BPK
Pelantikan JPT Bahan Terbitan BPK
• Urus setia JPT Bahan Terbitan BPK adalah terdiri daripada ahli Unit Komunikasi,
Dokumentasi dan Kualiti Bahan Sumber (UKDKBS), Sektor Dasar dan
Penyelidikan Kurikulum (SDPK).
• JPT Bahan Terbitan BPK dianggotai oleh dua orang pegawai dari setiap sektor
(seorang pegawai profesional dan seorang pegawai eksekutif) yang dilantik oleh
Pengurusan Tertinggi BPK.
• Tempoh kuat kuasa Ahli JPT yang dilantik adalah seperti yang dinyatakan dalam
memo pelantikan
• Pengurusan Tertinggi BPK boleh menamatkan atau menarik balik pelantikan ahli
JPT pada bila-bila masa.

1

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

b. Tanggungjawab ahli JPT Bahan Terbitan BPK
• Ahli JPT perlu hadir mesyuarat/bengkel yang ditetapkan melalui memo jemputan
atau e-mel yang dihantar.
• Ahli JPT perlu bersama-sama membuat keputusan dan memperaku setiap bahan
terbitan yang dinilai dan disahkan oleh Pengerusi mesyuarat/bengkel atau
Timbalan Pengarah sektor.
• Ahli JPT bertanggungjawab terhadap bahan kurikulum yang akan diterbitkan dari
aspek teknikal.
• Ahli JPT menjadi pakar rujuk aspek teknikal sektor.

c. Mesyuarat/Bengkel Penilaian Teknikal Bahan Terbitan BPK

i. Tatacara Penilaian Teknikal Bahan Terbitan BPK (Dokumen Kurikulum)
• Mesyuarat/bengkel/taklimat penyelarasan teknikal akan diadakan oleh urus
setia.
• Mesyuarat/bengkel diadakan berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.
Penilaian teknikal untuk dokumen kurikulum adalah merujuk borang PTB01.
• Tempoh, hari dan tarikh mesyuarat/bengkel diadakan adalah berdasarkan
keutamaan dan keperluan sesuatu bahan terbitan.

ii. Tatacara Penilaian Teknikal Bahan Terbitan BPK (Bahan Sokongan Kurikulum)
• Bahan sokongan kurikulum terdiri daripada bahan bercetak dan digital.
• Penilaian teknikal bahan sokongan dilaksanakan di peringkat sektor
menggunakan borang PTB02 (bahan bercetak) atau PTB03 (bahan digital).
• Penilaian teknikal perlu dilaksanakan dalam tempoh lima hari bekerja selepas
mendapat kelulusan Jawatankuasa Kawal Kualiti BPK (JKK).

2

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

iii. Ahli panel Penilaian Teknikal Bahan Terbitan BPK (Dokumen Kurikulum)
• Pengerusi panel penilaian adalah dari UKDKBS dalam setiap sesi
mesyuarat/bengkel.
• Setiap panel penilai perlu mempunyai naskah bahan yang telah dikawal
kualiti.
• Keputusan panel penilai teknikal akan disahkan oleh pengerusi
mesyuarat/bengkel.

iv. Ahli panel Penilaian Teknikal Bahan Terbitan BPK (Bahan Sokongan
Kurikulum)
• Pengerusi panel penilaian adalah salah seorang pegawai JPT sektor.
• JPT sektor boleh melibatkan JPT sektor lain untuk menilai bahan
sokongan kurikulum berdasarkan keperluan melalui memo antara
sektor.
• Setiap panel penilai perlu mempunyai naskah bahan yang telah dikawal
kualiti.
• Keputusan panel penilai teknikal akan disahkan oleh pengerusi
mesyuarat/bengkel.

v. Pembentang bahan terbitan
• Menyerahkan salinan dokumen yang telah mematuhi keputusan kawal
kualiti yang lengkap dengan pembetulan (jika ada) kepada urus setia
penilaian teknikal.
• Menyerahkan salinan dokumen bersama-sama salinan borang
keputusan kawal kualiti kepada urus setia penilaian teknikal.
• Menghadiri sesi penilaian teknikal.

3

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK
4 Carta Alir Prosedur Penilaian Teknikal Bahan Terbitan BPK

MULA

Menerima bahan terbitan dan slip
keputusan kawal kualiti

Tempoh
penambahbaikan
lima hari bekerja

Tidak akur Prosedur
Penilaian

Teknikal Bahan

Akur

Bahan sedia diterbitkan/dimuat
naik ke laman sesawang rasmi

BPK/KPM

TAMAT

4

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK
5 Terma Rujukan (TOR) Penilaian Teknikal Bahan Terbitan

5.1 TOR Penilaian Teknikal Bahan Terbitan BPK (Dokumen Kurikulum)
Dokumen kurikulum yang perlu dinilai secara teknikal:
• Dipengerusikan oleh urus setia mesyuarat penilaian teknikal.
• Ahli panel terdiri daripada 16 ahli JPT (dua ahli dari setiap sektor).
• Penilaian teknikal untuk dokumen kurikulum menggunakan borang
PTB01.

5.2 TOR Penilaian Teknikal Bahan Terbitan BPK (Bahan Sokongan Kurikulum)
Dokumen kurikulum yang perlu dinilai secara teknikal:
• Ahli panel terdiri daripada dua ahli JPT sektor.
• Penilaian teknikal untuk dokumen kurikulum menggunakan borang PTB02
untuk bahan bercetak dan PTB03 untuk bahan digital.

5

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

BORANG PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK PTB01
6.1. Dokumen Kurikulum

SISTEM PENGURUSAN BAHAN TERBITAN
PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN

SENARAI SEMAK DOKUMEN KURIKULUM

Arahan:
Tandakan (✓) pada satu pilihan penilaian sahaja: Akur atau Tidak Akur atau
Tidak Berkaitan

Bil. Perkara Akur Catatan
Tidak
Akur
Tidak
Berkaitan

TETAPAN FORMAT
1. Saiz kertas (A4)
2. Orientasi kertas (Landskap)
3. Jenis tulisan (Arial)
4. Saiz tulisan
5. Aturan penomboran
6. Format halaman isi kandungan
7. Penjajaran teks
8. Jidar
9. Tera air
10. Muka surat
11. Jarak
12. Kulit

i. Logo jata
ii. Tajuk bahan
iii. Warna kulit mengikut mata pelajaran
iv. Alamat, nombor telefon, nombor

faks, alamat laman sesawang dan
kotak ISBN
13. Halaman Judul
i. Logo
ii. Judul
14. Halaman Hak Cipta
i. Tahun terbitan, penafian dan alamat
penerbit
ii. Ruangan No. ISBN
iii. Ruangan Pengkatalogan dalam
Penerbitan (PDP)
15. Isi Kandungan
16. Pengiraan kuras dalam dokumen

6

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

Bil. Perkara Akur Catatan
Tidak
Akur
Tidak
Berkaitan

*Kuras adalah helaian kertas yang
digunakan dalam percetakan buku dan
dilipat-lipat serta dikerat menjadi beberapa
muka surat. 1 kuras bersamaan 4 halaman.

KANDUNGAN
17. Rukun Negara
18. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
19. Definisi Kurikulum Kebangsaan
20. Kata Pengantar
21. Pendahuluan
22. Matlamat dan Objektif
23. Kerangka Kurikulum
24. Fokus
25. Kemahiran Abad Ke-21
26. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
27. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

28. Elemen Merentas Kurikulum
29. Pentaksiran Bilik Darjah
30. Organisasi Kandungan Kurikulum
31. Glosari
32. Panel Penggubal
33. Penghargaan

Keputusan Pengerusi: Tidak Akur
Akur

Ulasan (Jika Ada):

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

Tandatangan:

_______________________ Tarikh: _________________

(Nama dan Cop)

Pengesahan Timbalan Pengarah Sektor Tarikh: ________________
________________________________________
(Nama dan Cop)

7

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

6.2. Dokumen Bahan Sokongan Bercetak
PTB02

SISTEM PENGURUSAN BAHAN TERBITAN
PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN

SENARAI SEMAK BAHAN SOKONGAN (Bercetak)
Arahan:
Tandakan (✓) pada satu pilihan penilaian sahaja: Akur atau Tidak Akur atau
Tidak Berkaitan

Bil. Perkara Akur Catatan
Tidak Akur
Tidak Berkaitan

TETAPAN FORMAT
1. Saiz kertas (A4)
2. Orientasi kertas
3. Jenis tulisan
4. Saiz tulisan
5. Aturan penomboran
6. Format halaman isi kandungan
7. Penjajaran teks
8. Jidar
9. Pengepala
10. Tera air
11. Muka surat
12. Jarak
13. Kulit

i. Logo

ii. Tajuk bahan

iii. Alamat, nombor telefon, nombor
faks, alamat laman sesawang dan
kotak ISBN

14. Halaman Judul
i. Logo
ii. Judul

15. Halaman Hak Cipta
i. Tahun terbitan, penafian dan
alamat penerbit
ii. Nombor ISBN

8

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

iii. Ruangan Pengkatalogan dalam
Penerbitan (PDP)

16. Isi Kandungan
17. Pengiraan kuras dalam dokumen

*Kuras adalah helaian kertas yang digunakan
dalam percetakan buku dan dilipat-lipat serta
dikerat menjadi beberapa muka surat.
1 kuras bersamaan 4 halaman.

KANDUNGAN
18. Rukun Negara
19. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
20. Definisi Kurikulum Kebangsaan
21. Kata Pengantar
22. Pendahuluan
23. Matlamat dan Objektif
24. Kandungan Bahan Sokongan
25. Glosari
26. Panel Penggubal
27. Penghargaan

Keputusan Penilai Teknikal: Tidak Akur
Akur

Ulasan (Jika Ada):
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________

Tanda tangan: Tarikh: _________________
_______________________
(Nama dan Cop)

PengesahanTimbalan Pengarah Sektor Tarikh: ________________
________________________________________
(Nama dan Cop)

9

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

6.3. Dokumen Bahan Sokongan Digital

PTB03

SISTEM PENGURUSAN BAHAN TERBITAN

PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN

SENARAI SEMAK BAHAN SOKONGAN (Bahan digital)

Arahan:
Tandakan (✓) pada satu pilihan penilaian sahaja: Akur atau Tidak Akur atau
Tidak Berkaitan

Bil. Perkara Akur Catatan
Tidak Akur
Tidak Berkaitan

TETAPAN FORMAT
28. Saiz kertas (A4)
29. Orientasi kertas
30. Jenis tulisan
31. Saiz tulisan
32. Aturan penomboran
33. Format halaman isi kandungan
34. Penjajaran teks
35. Jidar
36. Pengepala
37. Tera air
38. Muka surat
39. Jarak
40. Kulit

i. Logo

ii. Tajuk bahan

iii. Alamat, nombor telefon, nombor
faks, alamat laman sesawang dan
kotak ISBN

41. Halaman Judul
i. Logo
ii. Judul

42. Halaman Hak Cipta
i. Tahun terbitan, penafian dan
alamat penerbit
ii. Ruangan No. ISBN

10

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

iii. Ruangan Pengkatalogan dalam
Penerbitan (PDP)

43. Isi Kandungan
44. Pengiraan kuras dalam dokumen

*Kuras adalah helaian kertas yang digunakan
dalam percetakan buku dan dilipat-lipat serta
dikerat menjadi beberapa muka surat.
1 kuras bersamaan 4 halaman.

KANDUNGAN
45. Rukun Negara
46. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
47. Definisi Kurikulum Kebangsaan
48. Kata Pengantar
49. Pendahuluan
50. Matlamat dan Objektif
51. Kandungan Bahan Sokongan
52. Glosari
53. Panel Penggubal
54. Penghargaan

Keputusan Penilai Teknikal: Tidak Akur
Akur

Ulasan (Jika Ada):
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________

Tanda tangan:

_______________________ Tarikh: _________________
(Nama dan Cop)

PengesahanTimbalan Pengarah Sektor

________________________________________ Tarikh: ________________
(Nama dan Cop)

11

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

B. PANDUAN PERMOHONAN ISBN/ISSN DAN PDP BAHAN TERBITAN BPK

SOP permohonan ISBN dan ISSN merupakan satu prosedur yang dilakukan selepas
bahan terbitan menjalani proses kawal kualiti dan penilaian teknikal.

1 International Standard Book Number (ISBN)
1.1 International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN adalah satu
nombor piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada
sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu. ISBN diperoleh
daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah dilantik sebagai Pusat
Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982.

1.2 Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN
dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima bahagian dan
setiap bahagian dipisahkan dengan tanda sempang. Contoh nombor ISBN
untuk cetakan dan digital adalah seperti berikut:

ISBN 978-967-420-575-1 (untuk cetakan)
eISBN 978-967-420-575-1 (untuk digital)

1.3 Struktur ISBN

Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN

dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima bahagian dan

setiap bahagian dipisahkan dengan tanda sempang. Bahagian-bahagian

tersebut adalah seperti berikut:

Bahagian I : Kod Industri Buku
Bahagian ini mewakili kod industri buku yang digunakan pada
peringkat antarabangsa.

12

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

Bahagian II : Identiti Kumpulan/Kod Negara
Bahagian ini memberi identiti mengikut negara, kawasan geografi atau
kumpulan penerbit. Malaysia mempunyai 2 identiti kumpulan/kod
negara iaitu 983 dan 967.

Bahagian III : Identiti Penerbit
Bahagian ini memberi identiti atau pengenalan penerbit dalam
sesebuah negara atau kumpulan.

Bahagian IV : Identiti Judul
Bahagian ini mewakili bilangan judul yang diterbitkan oleh sesuatu
penerbit.

Bahagian V : Angka Kawalan
Angka Kawalan ini mengawal secara automatik ketepatan nombor
ISBN oleh sistem ISBN dan mengesahkan pembinaan struktur
nombor ISBN.

978 - 967- 420 - 575 - 1

Kod Identiti Identiti Identiti Angka
Industri Kumpulan Penerbit Judul Kawalan

2 International Standard Serial Number (ISSN)
2.1 International Standard Serial Number (ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN
adalah Nombor Bersiri Piawai Antarabangsa yang unik bagi pengenalan
sesebuah penerbitan berkala. ISSN diperoleh daripada Agensi ISSN
Antarabangsa yang berpusat di Paris, Perancis. Perpustakaan Negara
Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISSN mulai Jun 1976.

13

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK
2.2 ISSN mengandungi dua (2) kumpulan empat (4) angka yang dipisahkan

dengan tanda sengkang dan didahului dengan akronim ISSN (huruf besar).
Berikut adalah contoh ISSN untuk cetakan dan digital:

ISSN 1823-7037 (untuk cetakan)
eISSN 1823-7037 (untuk digital)

ISSN hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut
atas sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.
3 Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP)
PDP ialah katalog deskriptif asal sesuatu judul terbitan yang disediakan untuk
dicetak pada halaman hak cipta. Ianya mengandungi rekod katalog minimum.
Berikut adalah contoh PDP:

PDP

Rekod semua terbitan dalam negara diselenggara dalam pangkalan data
Bibliografi Negara Malaysia (BNM).

14

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK
4 Objektif Permohonan Nombor ISBN/ISSN dan PDP

4.1 Objektif Permohonan Nombor ISBN/ISSN
a. Memperakukan hak milik bahan terbitan yang dihasilkan.
b. Memudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan BPK di peringkat
tempatan dan antarabangsa.
c. Bahan terbitan dapat diperkenalkan dan dipromosikan di peringkat
tempatan dan antarabangsa.

4.2 Objektif PDP
a. Mematuhi spesifikasi piawaian antarabangsa dalam perkhidmatan PDP.
b. Menyeragamkan pengkatalogan perpustakaan secara standard
berdasarkan PNM.
c. Membantu pengguna perpustakaan membuat carian, pemilihan dan
perolehan bahan dalam bidang perkara yang diingini.

15

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

5 Syarat permohonan ISBN/ISSN (cetak atau digital) dan PDP

a. Bahan telah menjalani proses akhir (Penilaian Teknikal Bahan Terbitan) dan

mendapat kelulusan untuk diterbitkan.

b. Pemohon perlu menyerahkan salinan borang PTB01/PTB02/PTB03 yang telah

disahkan bersama-sama salinan lembut bahan terbitan. Pindaan atau

perubahan terhadap dokumen adalah tidak dibenarkan sama sekali .

c. Mematuhi keperluan permohonan ISBN/ISSN dan PDP iaitu mempunyai

halaman berikut:

i. kulit hadapan

ii. halaman judul (tidak termasuk video);

iii. halaman hak cipta;

iv. halaman isi kandungan (tidak termasuk video)

v. sinopsis

vi. halaman pengenalan/pendahuluan/kata aluan (tidak termasuk video);

dan

vii. alamat laman sesawang bahan akan diterbitkan dan lampiran gambar

muka depan laman sesawang sekiranya bahan diterbitkan secara digital.

viii. Jumlah muka surat yang melayakkan permohonan ISBN adalah seperti

berikut:

Kategori Bahan Jumlah Muka Surat

Dewasa 32 (termasuk kulit luar)

Kanak-kanak 16 (termasuk kulit luar)

d. Menyerahkan dan melengkapkan borang permohonan seperti dalam borang
BT01. Selepas nombor ISBN diterima untuk bahan video, nombor perlu disisip
pada klip tajuk kredit seperti contoh di bawah:

©Hak cipta 2022 / No. ISBN: xxxxxxxx /Terbitan: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

16

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

e. Permohonan yang tidak mematuhi syarat dalam Perkara 5 akan
menyebabkan bahan tidak dapat diproses dan permohonan dibatalkan atau
tidak diluluskan oleh pihak PNM.

f. Menyerahkan bahan yang telah dicetak dan dijilid kemas sebanyak lima
naskah kepada urus setia setelah nombor ISBN/ISSN diperolehi dalam tempoh
lima hari bekerja. Untuk bahan video, serahkan salinan dalam bentuk CD, DVD
atau Pendrive yang mempunyai label nombor. ISBN yang telah diberikan.

g. Permohonan yang tidak mematuhi Perkara e atau f akan menyebabkan
kelewatan proses penyerahan bahan (AKTA 331 Penyerahan Bahan
Perpustakaan 1986) dalam tempoh sebulan bagi bahan cetakan kepada pihak
PNM. Manakala bagi permohonan digital, tempoh muat naik bahan serahan
adalah dalam tempoh satu minggu. Kegagalan menyerahkan bahan terbitan
kepada PNM adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan
denda tidak melebihi RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu sahaja).

h. Permohonan ISBN/ISSN akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja bagi
satu judul (maksimum pendaftaran sehari adalah lima judul sahaja).

17

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

6 Carta Alir Permohonan Nombor ISBN//ISSN/PDP

MULA

Menyemak halaman bahan
dan penyediaan lampiran

permohonan
(Borang PTB01/PTB02)

Menyerahkan borang permohonan
permohonan ISBN/ISSN/PDP (BT01)
bersama-sama borang PTB01/PTB02 .

Tidak Lengkap
Ya

Membuat permohonan nombor ISBN
melalui sistem Depositori PNM

Lulus

Penyerahan lima salinan cetakan
berjilid bahan terbitan kepada
urus setia

Lima hari bekerja selepas
menerima nombor ISBN/ISSN

Penyerahan lima salinan bahan
terbitan kepada PNM atau muat naik

bahan ke Depositori PNM
(terbitan digital)

TAMAT

Tindakan pemohon
Tindakan urus setia

18

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

7 BORANG PERMOHONAN NOMBOR ISBN/ISSN DAN PDP BAHAN TERBITAN
BPK

BT01
SISTEM PENGURUSAN BAHAN TERBITAN
PERMOHONAN NOMBOR ISBN//ISSN DAN PDP

DIISI OLEH PEMOHON

BUTIRAN Nama:
PEMOHON Jawatan:
Unit/Sektor:
No. Tel. Pejabat:
No. Tel. Bimbit:

*Tandakan (✓) pada petak yang berkaitanBUTIRAN PERMOHONANCETAKAN DIGITAL
JENIS BAHAN

Dokumen Kurikulum

Bahan Sokongan
Video

Lain-lain (Jika ada): _________________________________

Salinan lembut disertakan Tarikh: _________________

Platform/Link penembatan bahan eISBN/eISSN: ___________________________

JUDUL BAHAN: __________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(Judul mesti sama yang tertera pada kulit)

SENARAI SEMAK LAMPIRAN PERMOHONAN Diisi oleh Semakan
pemohon Urus Setia
Bil. Butiran Semakan

1. Kulit
2. Judul
3. Hak Cipta
4. Isi Kandungan
5. Halaman pengenalan/pendahuluan/kata aluan
6. Sinopsis
7. Sidang Redaksi (untuk Jurnal/Buletin/dll)

8. Bilangan muka surat menepati syarat

PENGESAHAN Pengesahan Timbalan Pengarah Sektor Pemohon:
PERMOHONAN
__________________________________________
Cop Nama & Jawatan:

Tarikh: _________________

19

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK
20

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK
21

PANDUAN PENILAIAN TEKNIKAL BAHAN TERBITAN BPK

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, 6 - 8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya.
Tel.: 03 8884 2000 Fax: 03 8888 9917
https://repositori.bpk.moe-dl.edu.my/

22


Click to View FlipBook Version