The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2021-09-02 22:35:49

Buletin BPK Keluaran 4/2021

BUletin BPK Keluaran Julai Ogos

Julai & Ogos 2021 KELUARAN 4/2021

30 Ogos 2021, Pelancaran Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (PerkasaKU) telah
disempurnakan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia (KPPM). Majlis pelancaran tersebut diadakan secara dalam talian melalui platform Youtube
EduwebTV Kementerian Pendidikan Malaysia. Taklimat PerkasaKU telah disampaikan oleh YBrs. Tuan
Haji Azman bin Adnan, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum. PerkasaKU bermatlamat untuk
membantu murid dalam memperkasakan kemahiran asas dan tahap pembelajaran mereka. Pelbagai
usaha dilaksanakan untuk membantu merapatkan jurang pembelajaran murid semasa pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),
antaranya pengukuhan dan pengayaan, pemugaran literasi dan numerasi, pemerkasaan pentaksiran
bilik darjah (PBD) dan penyediaan repositori bahan sokongan bagi pengukuhan dan pengayaan untuk
sekolah rendah dan menengah yang dikenali sebagai SumberKU. PerkasaKU ini akan mula
dilaksanakan di semua sekolah bermula 1 September 2021 sehingga 28 Februari 2022 melalui pautan
https://sumberku.moe-dl.edu.my.

1

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN &
HARI MALAYSIA 2021 PERINGKAT BPK

13 Ogos 2021 – Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari
Malaysia 2021 peringkat BPK telah dirasmikan oleh Pengarah BPK semasa
Perhimpunan Bulanan BPK. Majlis pelancaran diadakan dengan penuh
kemeriahan, disertai laungan merdeka dan paluan gong sebanyak tujuh kali secara
dalam talian. Semua warga BPK diseru untuk menghayati makna sebenar
kemerdekaan di sebalik landskap sejarah yang telah berlalu sebelum kemerdekaan
berjaya dikecapi. Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia,
pelbagai pertandingan telah diadakan untuk disertai oleh warga BPK.
.

PERTANDINGAN

SEMPENA SAMBUTAN
BULAN KEBANGSAAN
DAN HARI MALAYSIA
PERINGKAT BPK, KPM

2

BERIBU CARA SATU
MATLAMAT

17 Julai 2021 – Pengarah BPK bersama-sama dua orang guru, Cikgu Mohd Raimi bin Rahim
guru SMK Durian Tunggal, Melaka dan Cikgu Mimi Norashikin binti Md. Jaini guru SMK
Panchor, Negeri Sembilan dijemput untuk membincangkan topik PdPR: Beribu Cara Satu
Matlamat dalam rancangan PesonaXY di TV1. Perbincangan adalah untuk menangani
kerisauan ibu bapa terhadap keciciran dan penguasaan pembelajaran anak-anak kesan
pandemik COVID-19. Justeru, semua pendidik dituntut untuk mempelbagaikan strategi, kaedah
dan teknik PdP semasa melaksanakan PdPR.

TAKLIMAT PROGRAM PEMERKASAAN PELAKSANAAN KURIKULUM
(PerkasaKU) KEPADA PEGAWAI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

26 Ogos 2021 – Taklimat ini diadakan secara dalam talian kepada semua pegawai dan kakitangan
BPK sebagai pendedahan berkenaan Program PerkasaKU iaitu satu program yang dirangka bagi
menangani pembelajaran murid-murid yang terkesan semasa berlakunya pandemik COVID-19 di
negara ini. Pengisian taklimat adalah seperti yang berikut:

i. Taklimat Umum: Pengarah BPK
ii. SumberKU: YBrs. Dr. Azwan bin Abdul Aziz
iii. Strategi Mampatan, Pecutan & Pengayaan (M2P): Pn. Fazlinah binti Said
iv. Pengukuhan dan Pengayaan Sekolah Rendah: Pn. Isnazhana binti Ismail
v. Pemugaran Literasi dan Numerasi: Pn. Faeeza binti Ghafar
vi. Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah: Pn. Nooraini binti Kamaruddin
vii. Siaran DidikTVKPM: Pn. Nor’aidah binti Nordin
viii. Pelan Komunikasi: Pn. Saripah Faridah binti Syed Khalid

3

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL

1. KURSUS BAHASA KETIGA (BAHASA JEPUN) BIL. 3/2021

Kursus Bahasa Ketiga (Bahasa Jepun) telah dilaksanakan secara dalam talian
pada 2 Julai 2021. Kursus ini disampaikan oleh Ketua Unit Bahasa
Antarabangsa, Pn. Dayang Nor Ashikin binti Harun. Kursus ini diharap akan
membolehkan warga BPK mempraktikkan komunikasi lisan Bahasa Jepun
yang mudah dalam konteks membeli belah.

2. KURSUS PROFESIONALISME DIRI UNGGUL

Kursus secara dalam talian ini telah dilaksanakan pada 22 Julai 2021 dan
dihadiri oleh 62 orang pegawai dan staf sokongan. Ceramah disampaikan
oleh Timbalan Pengarah Pengurusan, Hospital Keningau, Sabah, En. Md
Sariff bin Md Som. Kursus bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga
BPK agar menambah nilai positif dalam mengurus emosi untuk meningkatkan
tahap diri yang unggul. Peserta juga diharap akan dapat melaksanakan tugas
secara profesional, beretika dan berintegriti dalam pasukan serta organisasi.

3. KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

Dua sesi PLC telah dilaksanakan pada 23 Julai 2021.
Taklimat Pementoran telah diadakan pada sesi pagi
melibatkan 17 orang mentor dan 22 orang menti dari
semua sektor BPK. Taklimat ini bertujuan menerangkan
kaedah membuat penilaian dan pelaporan program.

Taklimat myPortfolio yang dihadiri oleh 28 orang pegawai
BPK pula diadakan pada sesi petang. Taklimat tersebut
adalah berkenaan format terbaharu myPortfolio dan
pengisian kandungan yang telah dikemas kini .

Kedua-dua taklimat disampaikan oleh YBrs. Dr. Nor Zihan
binti Hussin dan Pn. Tang Yek Ngo selaku penyelaras
program.

4

4. SEMINAR BICARAKREATIF, KOMUNIKASI EFEKTIF

Seminar ini telah dilaksanakan secara dalam talian pada 29 Julai 2021
melibatkan 82 orang pegawai dan staf sokongan BPK. Ceramah
disampaikan oleh En. Mohamad Jais bin Mohd Jamil dari Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Seminar ini
membincangkan tentang teknik bicara kreatif, membina keyakinan diri
semasa berkomunikasi dan teknik komunikasi yang berkesan.

5. BENGKEL DESIGN THINKING

Bengkel dijalankan pada 17 Ogos 2021 dan disertai oleh 50 orang pegawai
BPK dan 34 orang guru Matematik. Bengkel disampaikan oleh
En. Muhammad Adillas bin Ahmad Fesol, pelajar Sarjana di Universiti Putra
Malaysia di bawah Program Khas Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0)
dalam bidang pembangunan kurikulum pendidikan. Tujuan bengkel
diadakan adalah untuk melatih warga BPK berfikir secara kritikal seperti
pereka bentuk yang memberi transformasi kepada kaedah penyelesaian
masalah.

6. MESYUARAT PENYELARASAN PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH (SEMAKAN 2017) TAHUN 6 BIL 1/2021

Mesyuarat ini telah diadakan pada 18 Ogos 2021 secara
dalam talian dan dihadiri oleh 45 orang pegawai semua JPN
dan pegawai IPGM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh
Timbalan Pengarah, Sektor Dasar dan Penyelidikan BPK.
Mesyuarat bertujuan untuk menyelaras aktiviti dan keperluan
Kursus Orientasi KSSR (Semakan 2017) Tahun 6 2021 yang
akan bermula pada 20 September 2021.

7. KURSUS AUGMENTED REALITY (AR)

Kursus ini telah dilaksanakan pada 24 Ogos 2021 secara dalam talian dan
terbuka kepada semua warga BPK. Kursus disampaikan oleh En. Hafizzhal
Bukhary bin Borhan, pelajar Ijazah Sarjana dalam bidang IR 4.0. Kursus ini
dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada warga BPK tentang konsep
penggunaan aplikasi Augmented Reality bagi mempelbagaikan kaedah PdP
supaya lebih menarik dan berkesan.

5

PERKONGSIAN ILMU

VIRTUAL INTERNATIONAL WEBINAR: AN URGENT CALL FOR ASSESSMENT AND
CRITICAL ASSESSMENT LITERACY OF CLASSROOM TEACHERS

Webinar anjuran National Commissions and Conferences at the Islamic World
Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO), and ICESCO Sector
of Education dengan kerjasama Allameh Tabtaba’i University diadakan pada 28
dan 29 Jun 2021 secara dalam talian. Webinar ini dihadiri oleh beberapa orang
pegawai BPK. Webinar ini bermatlamat memberi pendedahan terhadap amalan
pelaksanaan pentaksiran sebagai kejayaan proses PdP. Peningkatan keupayaan
tenaga pengajar juga dibincangkan sebagai faktor yang menyumbang kepada
pendidikan yang lebih baik di negara masing-masing.

5TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON TEACHER LEARNING AND DEVELOPMENT (ICTLD) 2021

ICTLD 2021 bertema “Empowering a Learning Society for Sustainability through
Quality Education” diadakan secara dalam talian pada 3 - 5 Ogos 2021.
Persidangan ini adalah anjuran bersama IPGM, IPGK Temenggong Ibrahim dan
Yayasan Guru Tun Hussien Onn.

Matlamat persidangan adalah untuk membolehkan guru dan pendidik berkongsi
pengetahuan dan pengalaman pedagogi sejajar dengan dunia yang semakin
canggih dan cabaran pendidikan dalam situasi pendemik COVID-19 pada masa ini.
Guru dan pendidik perlu mengikuti perkembangan dan kaedah PdP terkini dalam
pendidikan serta pendekatan yang mengembangkan kecekapan seperti pemikiran
kritis, komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah
sebagai persediaan membentuk warga negara global.

Pegawai BPK, Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh dengan kertas penyelidikan bertajuk
Embracing Inclusive Education (Teachers’ Views about Their Professional
Development) telah berjaya mendapat anugerah dalam dua kategori iaitu Best
English Paper Awards dan Best English Presenter Awards. Kertas ini akan
diterbitkan dalam Jurnal ICTLD.

1ST INTERNATIONAL CONFERENCE Persidangan anjuran ELTC, KPM dengan kerjasama
ON ENGLISH LANGUAGE (ICEL) 2021
Yayasan Guru Tun Hussein Onn telah berlangsung pada
25-26 Ogos 2021. Program secara dalam talian ini telah

menarik ramai penyertaan pendidik dan individu yang
terlibat dalam sistem pendidikan termasuk pegawai BPK.

Persidangan ini memberi peluang kepada pendidik untuk
berkongsi pengetahuan, pendekatan, dan kepakaran untuk

memudahkan proses PdP Bahasa Inggeris. Subtema
persidangan, "Embracing Global ELT Trends and

Innovations in The New Normal " sangat bertepatan dengan
situasi semasa.

6

WEBINAR “MENEROKAI DUNIA BERMAIN KANAK-KANAK MENERUSI AKTIVITI
PUSAT PEMBELAJARAN”

Webinar anjuran Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak IPG
Kampus Perempuan Melayu Melaka telah diadakan pada 15 Julai
2021 secara dalam talian dan dihadiri oleh seramai 500 orang
peserta. Tujuan webinar ini adalah untuk berkongsi ilmu dan idea
berkaitan pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran. Perasmian
webinar ini disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Perempuan
Melayu. Pn. Hor Lee Lan, Ketua Unit Prasekolah Pendidikan Khas,
BPK merupakan antara panel jemputan webinar ini.

WEBINAR: DISCOVER PROJECT APPROACH

Webinar anjuran Talento Academy dan Lab Ilimitato ini telah
diadakan pada 24 Julai 2021. Webinar secara dalam talian ini
telah dihadiri oleh 213 orang guru prasekolah dan 203 orang ibu
bapa. Webinar ini bertujuan untuk menerangkan kepentingan dan
peranan strategi PdP Pembelajaran Berasaskan Projek dalam
pembelajaran murid prasekolah. Dr. Siew Siew Kim, Sektor
Prasekolah, BPK telah dijemput sebagai salah seorang panel
dalam webinar tersebut.

SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN
KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE-28

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-28
anjuran IAB telah berlangsung secara dalam talian pada 14 – 16 Julai
2021. Seminar ini menjadi wacana kepada pemimpin dan pengurus
institusi di KPM untuk berkongsi pengetahuan serta amalan bagi
membugar dan mengartikulasi ilmu kepimpinan dan pengurusan
pendidikan dalam pelbagai konteks. Dua orang pegawai BPK telah
menyertai pembentangan iaitu:

Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh
(Meningkatkan Amalan Inklusif Guru: Kepimpinan dan Bimbingan)

Dr. Chong Yen Nee
(Penggunaan Kaedah Modularisasi dalam Pembangunan Sistem
Pengurusan Pembelajaran)

7

SESI KOMUNITI Sektor Pendidikan Khas (SPKhas) telah menganjurkan satu sesi
PEMBELAJARAN komuniti pembelajaran profesional dengan tema “We Are Deaf but
PROFESIONAL “WE We Can Speak” pada 4 Ogos 2021. Sesi ini dilaksanakan bertujuan
ARE DEAF BUT WE untuk meningkatkan pengetahuan pegawai SPKhas berkaitan
CAN SPEAK” pertuturan kiu bersama pakar pertuturan. Melalui sesi ini, para
pegawai diharapkan dapat mengenal pasti strategi pedagogi yang
berkesan bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) kurang upaya
pendengaran untuk meningkatkan penguasaan bahasa serta
mengenal pasti intervensi pertuturan dan sumber teknologi terkini
yang dapat membantu MBK kurang upaya pendengaran belajar
dengan lebih berkesan.

PELAKSANAAN PENTAULIAHAN DAN LATIHAN
KEMAHIRAN MELALUI SISTEM LATIHAN
PROGRAM BERTAULIAH (SLAPB) DI BAWAH
SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
(SPKM)

Sesi komuniti pembelajaran profesional ini telah dilaksanakan secara dalam talian pada 13 Ogos
2021. Sesi dilaksanakan secara dua hala dengan perbincangan meliputi perkara asas modul
Pentauliahan SLaPB berasaskan COPTPA, modul Penilaian SLaPB berasaskan COPTPA dan
komprehensif SLaPB Program Modular. Penceramah jemputan terdiri daripada :

1. Dr. Nor Salwa binti Hamdan
Bahagian Pentauliahan (BPT), JPK

2. En Mohd Hasnan bin Zakaria
Bahagian Pensijilan Kompetensi (BPK),
JPK

3. En Mohamad Aizuddin bin Saedon
Bahagian Pentauliahan (BPT), JPK

Peserta diharapkan dapat memahami pelaksanaan Pentauliahan dan Latihan Kemahiran Melalui
Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
(SPKM).

8

BENGKEL DAN MESYUARAT

BENGKEL KAWAL KUALITI BPK

14/07/2021 15/07/2021 22/07/2021 22/07/2021

Bengkel Kawal Kualiti Bengkel Kawal Kualiti Bahan Kurikulum Bengkel Kawal Kualiti Bahan Bengkel Kawal Kualiti Bahan Kurikulum Terbitan BPK
Bahan Kit Pemugaran Terbitan BPK Bil. 10/2021: Kertas Kurikulum Terbitan BPK Bil. Bil. 12/2021: Kertas Cadangan Peluasan
Literasi dan Numerasi
Makluman Penilaian Program Transisi 11/2021: Buku Besar Pelaksanaan Mata Pelajaran BCSK dan BCK bagi
Tahun 1, 2021 Prasekolah penempatan guru terlatih untuk mengajar BCSK di
Sekolah Kebangsaan dan BCK di Sekolah Menengah

03/08/2021 02/08/2021 28/07/2021

Bengkel Kawal Kualiti Bahan Bengkel Pemurnian Buku Bengkel Kawal Kualiti Bahan
Kurikulum Terbitan BPK Bil. Laporan Tahunan Bahagian Kurikulum Terbitan BPK Bil.
14/2021: Komik Pendidikan Sivik Pembangunan Kurikulum 13/2021: Pelaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah Secara Dalam Talian
(Atai dan Rakan-rakan) Tahun 2020

11/08/2021 27/08/2021

Bengkel Kawal Kualiti Bahan Kurikulum Terbitan Bengkel Kawal Kualiti Bahan
BPK Bil. 15/2021: Kertas Cadangan Kurikulum Terbitan BPK

Penggunaan Panduan Pengukuran Indeks Jisim Bil. 16/2021:
Badan (Body Mass Indeks - BMI) untuk Murid Panduan Pengajaran
Gimnastik Asas Tahun 6
Sekolah Malaysia Berumur Lima Hingga
Sembilan Tahun (BMI 5 – 9T) Mulai Tahun 2022

BENGKEL PEMBINAAN GARIS PANDUAN STRATEGI MAMPATAN, PECUTAN DAN
PENGAYAAN (M2P) BIL. 1, 2 dan 3 BAGI TAHUN 2021

Bengkel Bil.1 telah diadakan pada 8 dan 9 Julai 2021,
manakala Bengkel Bil. 2 pula telah diadakan pada 13 dan 14
Julai, dan seterusnya Bengkel Bil.3 pula telah diadakan pada 3
dan 4 Ogos 2021. Bengkel ini telah disertai oleh pegawai-
pegawai BPK dan beberapa wakil dari Bahagian Pendidikan
dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Bahagian Pendidikan
Islam (BPI), Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).
Bengkel berfokus kepada perkongsian berkenaan Strategi M2P yang disampaikan oleh dua orang pakar
dari UKM iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Rorlinda binti Yusuf dan Puan Siti Aishah binti Hassan.

SESI PERBINCANGAN PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN
PENGOPERASIAN SEKOLAH DALAM FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA

Sesi perbincangan ini telah diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 3, 13 dan 16 Ogos 2021 dikendalikan oleh
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Sektor Prasekolah, BPK. Tujuan perbincangan ini
diadakan adalah untuk membincang dan memurnikan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian
Sekolah dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara.

9

BENGKEL KERJA PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SECARA
DALAM TALIAN

Bengkel kerja ini diadakan secara dalam talian sebanyak tiga
kali iaitu pada 1 Julai 2021, 13 Julai 2021 dan 22 Julai 2021
dengan melibatkan tiga kumpulan peserta berbeza iaitu
pegawai BPK, pegawai daripada Bahagian lain seperti BPSH,
BPKhas, IPGM, LP, JN dan IAB serta guru mata pelajaran.
Bengkel ini diadakan selaras dengan keputusan Mesyuarat
Task Force Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bil.1/2021,
bertarikh 4 Mac 2021 iaitu BPK telah dipertanggungjawabkan
untuk membuat penambahbaikan Buku Panduan Pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2. Penambahbaikan buku
panduan melibatkan tambahan bab iaitu Pentaksiran Bilik
Darjah Secara Dalam Talian yang akan membantu guru
melaksanakan PBD dengan berkesan semasa PdPR.

MESYUARAT PENYELARASAN PEMBINAAN BUKU PANDUAN PROGRAM PENDIDIKAN
PINTAR CERDAS (PPPC) BERSAMA-SAMA PANEL KOLEJ GENIUS@PINTAR UKM

Lima siri Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Buku
Panduan PPPC bersama-sama Panel Kolej Genius@pintar
UKM iaitu Bil. 6, 7, 8, 9 dan 10/2021 telah diadakan
sepanjang bulan Julai dan Ogos pada tarikh 2, 16 dan 30
Julai, serta 6 dan 20 Ogos 2021. Mesyuarat ini melibatkan
pakar-pakar daripada UKM dan dua orang pegawai BPK.
Objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk
membincangkan hal yang berkaitan dengan pembinaan
Buku Panduan PPPC.

10

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Bengkel Kerja Pembangunan Bahan Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
STEM Bersepadu di Sekolah Bil. 2 dan 3/2021
Sebanyak dua bengkel telah diadakan secara dalam talian untuk menyediakan penerangan secara
komprehensif kepada komuniti pendidik dalam merancang dan menjalankan PdP STEM dengan kaedah PBL
sebagai pedagogi terpilih. Dua bengkel tersebut adalah seperti yang berikut:
• Bengkel Bil. 2/2021 - 13 hingga 14 Julai 2021

Tujuan: Memurni bahan Modul 1 hingga Modul 4 yang telah dihasilkan oleh panel penulis serta
pengembangan idea untuk Modul 5 dan Modul 6.
Pelibatan: 21 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang pegawai BPK dan 18 orang pegawai SISC+
• Bengkel Bil. 3/2021 - 9, 11 hingga 13 Ogos 2021
Tujuan: Memurni dan menyelaras semua modul yang telah ditukar format kepada persembahan video.
Pelibatan: 52 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang pegawai BPK, 17 orang pegawai SISC+ dan 32
orang panel guru yang bergilir-gilir menghadiri bengkel mengikut hari yang ditetapkan.

BENGKEL KERJA SEMAKAN AWAL KURIKULUM BAGI MATA PELAJARAN FIZIK, KIMIA,
BIOLOGI, SAINS MENENGAH RENDAH, SAINS MENENGAH ATAS DAN SAINS
TAMBAHAN BIL. 3/2021

Bengkel ini telah diadakan secara dalam talian
pada 28 hingga 30 Julai 2021. Bengkel diadakan
bertujuan untuk mendapatkan input dalam bidang
berkaitan melalui perbandingan DSKP KSSM
dengan sistem pendidikan negara yang terpilih.
Bengkel kerja ini melibatkan 8 orang pegawai BPK
dan 6 orang pensyarah pakar dalam bidang
masing-masing.

11

TAKLIMAT BERSAMA-SAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
(JPN) BERKAITAN PENYEBARAN SOAL SELIDIK SEMAKAN
AWAL KSSM MATA PELAJARAN FIZIK, KIMIA, BIOLOGI, SAINS
MENENGAH RENDAH, SAINS MENENGAH ATAS DAN SAINS
TAMBAHAN
Taklimat telah diadakan secara dalam talian pada 27 Julai 2021.
Taklimat ini membincangkan pengoperasian soal selidik.

BENGKEL KERJA PEMBINAAN BAHAN SUMBER SAINS NUKLEAR BIL. 1/2021

Bengkel ini telah diadakan secara dalam talian pada 4 Ogos 2021 dengan tujuan untuk menyediakan
bahan sumber bidang Sains Nuklear dalam memastikan pelaksanaan bidang ini secara berkesan bagi
mata pelajaran Sains, Biologi, Fizik dan Kimia. Bengkel melibatkan pegawai BPK, Lembaga Peperiksaan,
Agensi Nuklear Malaysia dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

MESYUARAT PENYELARASAN BAHAN SOKONGAN UNTUK
PELAKSANAAN AMALI BAGI SAINS SEKOLAH RENDAH, FIZIK, KIMIA,
BIOLOGI, SAINS MENENGAH DAN SAINS TAMBAHAN BERSAMA-SAMA
JPN 2021

Mesyuarat ini diadakan pada 20 Ogos 2021
bertujuan untuk mendapatkan input daripada
JPN berkaitan bahan sokongan khususnya video
PdP dalam pelaksanaan amali bagi mata
pelajaran Sains Sekolah Rendah, Fizik, Kimia,
Biologi, Sains Menengah dan Sains Tambahan.
Mesyuarat juga bertujuan untuk membincangkan
gerak kerja pengumpulan video pelaksanaan
PdP bagi mata pelajaran yang terlibat.

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
MELALUI PEMODELAN MATEMATIK DI
BAWAH INISIATIF #20: PEMBUDAYAAN KBAT
DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Bengkel secara dalam talian pada 7 Ogos 2021
melibatkan seramai 130 orang peserta yang terdiri
daripada pegawai BPK, JPN, PPD, guru, dan pensyarah
universiti.

12

TAKLIMAT PELAKSANAAN MODUL PEMUGARAN LITERASI DAN NUMERASI
BERSAMA-SAMA PEGAWAI JPN, PPD DAN PEGAWAI PEMULIHAN

Taklimat ini telah diadakan pada 16 Ogos 2021 dan
dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan
Penyelidikan Kurikulum. Seramai 450 orang yang terdiri
daripada pegawai JPN, PPD dan pegawai pemulihan telah
menyertai taklimat ini. Objektif taklimat adalah untuk memberi
pendedahan berkenaan pelaksanaan Modul Pemugaran
Literasi dan Numerasi yang telah dirancang oleh KPM untuk
pelaksanaan di sekolah.

TAKLIMAT PENYELARASAN PELAZIMAN PENDEKATAN BERTEMA SECARA RINTIS
BERSAMA-SAMA BAHAGIAN KPM DAN JPN

Taklimat telah diadakan pada 19 Ogos 2021 untuk memberi
penerangan tentang pelaksanaan pelaziman pendekatan bertema
dalam kurikulum secara rintis di seluruh negara bermula sesi
persekolahan tahun 2022. Taklimat telah disampaikan oleh
Pengarah BPK. Sesi taklimat penyelarasan ini dihadiri oleh wakil
setiap JPN. Bahagian KPM yang terlibat secara langsung dalam
pelaksanaan rintis ini iaitu BPI, BPKhas, BPSBP, IPGM dan BPSH.

BENGKEL PEMBINAAN PANDUAN PdP STATISTIK TINGKATAN 5, PERMODELAN
MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN BIL. 2/2021

Bengkel secara dalam talian pada 17 hingga 20 Statistik Tingkatan 5
Ogos 2021 ini melibatkan pegawai BPK, guru,
dan pensyarah universiti bagi membincangkan
pembinaan panduan PdP mencakupi topik
statistik Tingkatan 5, permodelan Matematik dan
Matematik Tambahan.

Matematik Tambahan Pemodelan Matematik

13

BENGKEL KERJA TERJEMAHAN PANDUAN PdP PENDIDIKAN KEWANGAN:
INSURANS DAN PERCUKAIAN KSSM MATEMATIK TINGKATAN 5 KE BAHASA
INGGERIS BAGI DLP BIL. 2/2021

Bengkel telah diadakan secara dalam talian pada 24 hingga 27 Ogos 2021. Seramai 16 orang peserta
terlibat terdiri daripada pegawai BPK dan ELTC serta guru.

KURSUS HANDS-ON Kursus anjuran Universiti Putra Malaysia ini telah diadakan secara dalam
PERISIAN STATISTIK R talian bertarikh 28 Ogos 2021 melibatkan 21 orang peserta iaitu pegawai
BPK, guru dan pensyarah universiti. Kursus ini bertujuan untuk memenuhi
keperluan pembangunan Panduan PdP Statistik Tingkatan 5 dalam
membentuk pemikiran statistik ke arah Revolusi Industri 4.0.

MESYUARAT KAJIAN BAHASA SEMAI Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 23 Julai
BIL. 2/2021 2021 dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
Kanan, BPK. Mesyuarat dilaksanakan bagi tujuan
membincangkan strategi terbaik pelaksanaan
kajian Bahasa Semai dari segi keupayaan
kewangan, tempoh pelaksanaan kajian dan
kaedah penyediaan laporan, syor dan rumusan
kajian. Mesyuarat telah dihadiri oleh Timbalan
Pengarah SBK, pegawai Unit Bahasa Etnik,
pegawai Unit Penyelidikan dan Pentaksiran Bilik
Darjah, BPK, wakil BPPDP, BPSH, IPGM, UM,
USM, UPSI dan UUM.

SESI LIBAT URUS BERSAMA-SAMA BAHAGIAN KPM PROGRAM INISIATIF BUSINESS
AS USUAL #27 DI BAWAH PPPM 2013 – 2025

BPK telah mengadakan sesi libat urus bersama-sama bahagian di KPM
secara dalam talian pada 30 Julai 2021. Sesi ini telah dipengerusikan
oleh Timbalan Pengarah SBK. BPK dipertanggungjawabkan menjadi
peneraju bagi inisiatif PPPM 2013-2025 BAU #27: Pengajaran Bahasa
Tambahan di Sekolah Menengah, KPM. Bahasa tambahan yang
dimaksudkan ialah Bahasa Jepun, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman,
Bahasa Korea, Bahasa Arab Komunikasi, dan Bahasa Cina Komunikasi.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum
balas daripada bahagian mengenai kaedah memperoleh data
pencapaian murid, kualiti PdP dan kompetensi guru serta mendapatkan
kerjasama bahagian dalam mencapai hasrat PPPM 2013 – 2025
khususnya bagi Inisiatif #27: Pengajaran Bahasa Tambahan di Sekolah
Menengah.

14

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI
SEKOLAH RENDAH (PLaN) BILANGAN 1 TAHUN 2021

Mesyuarat diadakan pada 16 Ogos
2021 ini dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg.
Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol
Hamid. Mesyuarat ini membincangkan
pelaksanaan PLaN dan membuat
keputusan berkaitan isu literasi dan
numerasi. BPK melalui SBK bertindak
sebagai pengurus program PLaN.

Isu literasi dan numerasi sering
dikaitkan dengan kualiti pendidikan
negara dan KPM perlu memastikan
murid sekolah rendah menguasai
kemahiran asas literasi dan numerasi.

BENGKEL PEMILIHAN ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR PENDIDIKAN
TAHUN 2021

Sektor Bahasa dan Kesusasteraan (SBK) selaku urus setia
Jawatankuasa Pelaksana Bahasa Kebangsaan Sektor
Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pemilihan Anugerah
Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan (ATBMSP) Tahun 2021.
Tiga peringkat saringan pemilihan ATBMSP Tahun 2021:
■ Saringan 2: 28 dan 29 Julai 2021
■ Saringan 3: 12 Ogos 2021 2021
Saringan 1 dilaksanakan pada peringkat jawatankuasa pemilihan
bahagian yang telah ditetapkan iaitu Bahagian Profesionalisme
Guru, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan dan Latihan
Teknikal Vokasional, Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan
Guru Malaysia, dan Jemaah Nazir.

Dapatan bengkel ini akan mengemukakan calon
ATBMSP Tahun 2021 untuk pengesyoran KSU
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan
Sektor Pendidikan.

15

MESYUARAT BERSAMA-SAMA KOREAN EDUCATION CENTER

Mesyuarat diadakan pada 8 Julai 2021 secara dalam talian melibatkan BPK, BPSBP, IPGKBA, dan pensyarah
Bahasa Korea UiTM. Pihak Korean Education Center telah menjemput beberapa wakil dari Korea Selatan
seperti International Korean Education Foundation (IKEF) dan wakil Universiti Keimyung untuk
membincangkan perkembangan Projek Penulisan Buku Teks Bahasa Korea. Kementerian Pendidikan Korea
Selatan akan menggunakan kurikulum yang dibangunkan oleh KPM khususnya bagi mata pelajaran Bahasa
Korea sebagai rujukan. Selain buku teks Bahasa Korea, buku kerja, buku panduan guru dan buku tambahan
yang merangkumi informasi berkaitan sejarah dan budaya Korea juga akan diterbitkan. Pihak IKEF dan
Universiti Keimyung juga bersedia untuk menerbitkan buku panduan guru yang sesuai digunakan oleh guru
bukan penutur jati bahasa Korea.

PEMBENTANGAN INITIATIVE REPORT CARD (IRC)

Pembentangan Initiative Report Card (IRC) kepada PADU bagi Inisiatif Business as Usual (BAU) #27:
Pengajaran Bahasa Tambahan di sekolah menengah telah diadakan pada 12 Julai 2021, menggunakan
platform Microsoft Teams. IRC telah dibentangkan oleh Pn. Dayang Nor Ashikin binti Harun selaku Pengurus
Program dan dihadiri bersama oleh Pn. Hjh. Rasmuna binti Muhamad Ali dan Pn. Kristina Murni binti Mohd
Madi selaku Ketua Alur Kerja.

16

BENGKEL DISABILITY EQUITY TRAINING (DET)

Bengkel Disability Equity Training (DET) bertema
“Persekitaran dan Masyarakat Inklusif" dilaksanakan
selama dua hari bermula 19 hingga 20 Ogos 2021.
Penceramah jemputan merupakan pengasas Inspire and
Consulting PLT Trainer of Facilitator, Disability Equality
Training For Asia Pacific, Africa, Latin America Japan
International Corporation Agency (JICA) iaitu En. Fariz
bin Abd Rani. Bengkel dalam talian yang melibatkan 25
orang peserta ini bertujuan:

• Memberi pendedahan komprehensif dalam
memahami isu-isu berkaitan ketidakupayaan
berasaskan pada perspektif model sosial.

• Mengenal pasti cabaran dalam mengendali murid
berkeperluan khas.

• Mengenal pasti kemahiran untuk mewujudkan
persekitaran dan masyarakat inklusif.

• Mengenal pasti amalan terkini yang dapat membantu
dalam merancang pembangunan kurikulum yang
lebih relevan dengan perkembangan global.

BENGKEL PENYELARASAN PENGESAHAN BAHAN BERTULIS

Dua siri Bengkel Penyelarasan Bahan
Pengajaran Bertulis (WIM) mata pelajaran
Kemahiran Vokasional Kurikulum Standard
Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK)
diadakan pada 18 dan 25 Ogos 2021. Bengkel
ini bertujuan memantapkan WIM bagi empat
mata pelajaran kemahiran vokasional yang
berkenaan sebagai persediaan pembentangan
kepada pihak Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) untuk pengesahan.
Pengesahan WIM merupakan sebahagian
daripada kriteria dalam proses pendaftaran
sekolah sebagai pusat bertauliah untuk
pentauliahan kompetensi MBK. Bengkel ini
melibatkan 28 peserta yang terdiri daripada 20
orang guru dan pegawai mata pelajaran
kemahiran berkenaan termasuk urus setia
kumpulan kemahiran. Bengkel ini juga
diharapkan dapat membimbing guru terlibat
sebagai persediaan semasa pembentangan
kepada JPK pada bulan September 2021.

17

PERBINCANGAN KANDUNGAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS (IPPK PK)

Perbincangan Kandungan IPPK PK telah diadakan sebanyak tiga sesi, iaitu pada 5 Julai, 23 Julai dan 5 Ogos
2021, dipengerusikan oleh Ketua Unit Prasekolah Pendidikan Khas, Sektor Prasekolah. Sesi perbincangan ini
melibatkan pegawai dari BPK, BPKhas dan IPG (K) Ilmu Khas, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia,
pegawai pusat pendidikan khas swasta dan guru prasekolah pendidikan khas. Tujuan perbincangan ini
diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan daripada ahli panel berkaitan kesesuaian draf kandungan
Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (IPPK PK) yang telah dibangunkan oleh Unit
Prasekolah Pendidikan Khas, Sektor Prasekolah, BPK.

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PELAN ANTI RASUAH NASIONAL (NACP) KPM
2019 – 2023 BAGI INISIATIF 2.4.5: MEMBERI PENEKANAN YANG LEBIH TERHADAP
KEPENTINGAN NILAI MURNI DALAM SILIBUS PENDIDIKAN PRASEKOLAH BIL. 2/2021

Mesyuarat jawatankuasa kerja ini telah diadakan pada 14 Julai 2021 secara dalam talian dan dipengerusikan
oleh Timbalan Pengarah Sektor Prasekolah serta dihadiri oleh 19 orang pegawai bahagian KPM, seorang
pegawai KEMAS dan dua orang wakil ECCE Council. Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan perkara
berkaitan:

i. Status pelaksanaan NACP KPM 2019 – 2023 bagi inisiatif 2.4.5: Memberi Penekanan yang Lebih
Terhadap Kepentingan Nilai Murni dalam Silibus Pendidikan Prasekolah.

ii. Status pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang bagi inisiatif tersebut merangkumi penghasilan video
dan poster amalan sivik serta tinjauan pelaksanaan sivik di kelas prasekolah.

iii. Pencalonan pegawai penilai bagi setiap kategori penghasilan video dan poster amalan sivik setiap
bahagian/agensi jawatankuasa kerja.

18

KURSUS PENTAKSIRAN TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

Kursus anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEM AS)
ini telah diadakan pada 3 dan 4 Ogos 2021 secara dalam
talian. Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh
Timbalan Ketua Pengarah KEMAS, Encik Ahmad Kamal
Idris bin Mohd Nawawi. Kursus ini bertujuan untuk
memberi pengukuhan berkaitan pentaksiran di prasekolah
kepada penyelia KEMAS dan pendidik TABIKA KEMAS.

Kursus selama dua hari ini telah disampaikan Ketua Unit
STEM Awal dan Ketua Unit Prasekolah Pendidikan Khas.
Antara pengisian kursus ini ialah Pentaksiran Umum,
Standard Prestasi, Pelaksanaan Pentaksiran di Kelas
Prasekolah, Pelaporan dan Portfolio Pentaksiran.

PENILAIAN VIDEO DAN POSTER PELAKSANAAN AKTIVITI DI BAWAH NACP KPM 2019 –
2023 BAGI INISIATIF 2.4.5: MEMBERI PENEKANAN YANG LEBIH TERHADAP
KEPENTINGAN NILAI MURNI DALAM SILIBUS PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Sesi penilaian video dan poster ini diadakan pada 16
dan 17 Ogos 2021, dipengerusikan oleh Ketua Unit
STEM Awal, Sektor Prasekolah secara dalam talian.
Video dan poster tersebut dihasilkan oleh guru
prasekolah KPM, Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) dan tadika swasta. Tujuan
pemilihan video dan poster ini adalah untuk dijadikan
sebagai bahan sokongan dan rujukan dalam
pelaksanaan PdP di kelas prasekolah.

Sesi penilaian ini melibatkan bahagian KPM,
KEMAS, JPNIN dan ECCE Council yang merupakan
ahli jawatankuasa kerja bagi inisiatif ini. Sebanyak
15 video dan lapan poster telah dinilai dalam sesi
penilaian ini. Video dan poster yang terpilih akan
dimuat naik ke portal BPK bagi tujuan rujukan guru
serta pihak berkepentingan.

19

MESYUARAT PENYEDIAAN VIDEO PELAKSANAAN PdPR PRASEKOLAH

Mesyuarat ini telah diadakan pada 17 Ogos 2021 dan dipengerusikan
oleh Ketua Unit STEM Awal, Sektor Prasekolah secara dalam talian.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan
penghasilan video pelaksanaan PdPR di prasekolah. Video yang
dihasilkan ini adalah untuk memberi idea dan panduan kepada guru
prasekolah dalam pelaksanaan PdPR.

PERBINCANGAN PASUKAN DIDIKTV KPM NTV7 DENGAN SEKTOR PRASEKOLAH,
BPK BAGI PENAMBAHBAIKAN KANDUNGAN SLOT PRASEKOLAH DIDIKTV KPM

18 Ogos 2021 - Perbincangan ini telah dihadiri oleh pihak DidikTV
NTV7, guru prasekolah dan semua pegawai Sektor Prasekolah, BPK.
Perbincangan bertujuan memastikan pengisian kandungan setiap
program kurikulum menepati kehendak KSPK (Semakan 2017).

BENGKEL MINECRAFT : EDUCATION EDITION BPK SIRI 1/2021

Bengkel ini telah diadakan pada 30 Julai 2021 secara dalam talian
dengan kerjasama Microsoft (M) Sdn. Bhd. Sektor Teknologi
Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi (STMRBT) telah
dipertanggungjawabkan sebagai urus setia bagi bengkel ini. Seramai
42 orang pegawai mata pelajaran di BPK telah menyertai bengkel
ini. Tujuan bengkel ini ialah untuk memberi pendedahan tentang
keperluan mengintegrasikan gamifikasi dalam pendidikan mengikut
era terkini. Salah satu gamifikasi yang dibangunkan oleh Microsoft
(M) Sdn. Bhd. ialah Minecraft in Education Edition (M:EE) yang telah
beberapa kali mengadakan pertandingan di sekolah dengan
kerjasama BSTP dan telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada murid-murid sekolah. Bengkel ini akan
diteruskan dengan Siri 2 dan 3 pada bulan Ogos 2021.

FORESIGHT WORKSHOP

Foresight e-Workshop – Study on Readiness of Education
Institutions in 4th Industrial Revolution (4IR) anjuran Malaysian
Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan
Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 3 dan 4 Ogos 2021 .
Seramai empat orang pegawai STMRBT terlibat dalam bengkel yang
diadakan selama dua hari secara dalam talian. Scenario Planning
merupakan foresight methodology yang digunakan sebagai medium
analisis strategik jangka panjang dan perancangan bagi
membangunkan dasar serta strategi berkenaan dengan tajuk
bengkel ini.

20

E-SIRI JERAYAWARA PENDIDIKAN KEWANGAN MUZIUM DAN GALERI SENI (MAG),
BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) BERSAMA-SAMA BAHAGIAN SUKAN,
KESENIAN DAN KO-KURIKULUM (BSKK) DAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM (BPK)

Bengkel ini diadakan pada 7 Julai 2021 secara dalam
talian. dan dipengerusikan oleh Pegawai Eksekutif,
Muzium dan Galeri Seni, BNM. Bengkel ini dihadiri oleh
18 ahli panel dari BNM, BPK & BSKK, KPM. Tujuan
bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan
tentang fungsi, tema bahan bantu mengajar dan
program-program pendidikan di luar kelas yang telah
disediakan oleh Muzium dan Galeri, BNM.

BENGKEL KAWAL MUTU DAN JAMINAN KUALITI KOMIK PENDIDIKAN SIVIK BAGI
TUJUAN TERBITAN TAHUN 2021

Bengkel ini telah diadakan selama 3
hari dari 28 - 30 Julai 2021 secara
dalam talian.

Bengkel ini telah dihadiri oleh enam
orang guru dari Sarawak, Negeri
Sembilan, Selangor dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya serta lima
orang pegawai dari Unit Pendidikan
Sivik dan Pendidikan Moral, Sektor
Sains Sosial.

STAKEHOLDER VALIDATION WORKSHOP FOR THE AWARENESS, ADVOCACY AND
CAPACITY BUILDING (AACB) WATER SECTOR TRANSFORMATION 2040 (WST 2040)
TRAINING MODULE

Bengkel ini telah diadakan secara dalam talian pada
19 Julai 2021. Tujuan bengkel ini adalah untuk
membentangkan pembangunan modul latihan
Awareness, Advocacy and Capacity Building
(AACB).
Empat modul yang dibangunkan di bawah AACB
ialah Kerajaan, Industri, Komuniti dan Akademik.
BPK terlibat dalam usaha sama membangunkan
modul Akademik.

21

PEMURNIAN DAN PEMANTAPAN
MODUL PENGINTEGRASIAN ELEMEN
PENDIDIKAN KEWANGAN SEKOLAH
MENENGAH

Proses pemurnian dan pemantapan Modul
Pengintegrasian Elemen Pendidikan Kewangan
Sekolah Menengah telah dijalankan sepanjang
bulan Julai dan Ogos 2021. Modul ini merupakan
bahan sokongan pengajaran dan
pembelajaran. Guru boleh menggunakan modul
ini bagi mengintegrasikan elemen kewangan
dalam mata pelajaran yang difikirkan relevan dan
bersesuaian. Penggunaan modul ini oleh guru
akan memastikan pengintegrasian pendidikan
kewangan dilaksanakan dengan lebih berkesan di
dalam dan di luar bilik darjah.

MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN HARI
MALAYSIA 2021 PERINGKAT KPM

Mesyuarat bersama-sama AJK Induk KPM
diadakan pada 25 Julai 2021 secara dalam
talian. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil semua
bahagian KPM untuk menyelaras pelaksanaan
program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari
Malaysia 2021 Peringkat KPM. Pada 9 Ogos
2021 mesyuarat bersama-sama Bahagian KPM
yang terlibat diadakan bagi pelaksanaan
program di bawah seliaan BPK iaitu Program
Bicara Tokoh dan Wira Tidak Didendang.
Rakaman Program Bicara Tokoh Siri 1 telah
diadakan pada 13 Ogos 2021 dan dijadualkan
untuk siaran pada 23 Ogos 2021.

22

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN
KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN BAHAGIAN
PEMBANGUNAN KURIKULUM BERSAMA-SAMA
PEGAWAI BAHAGIAN KPM DAN JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI

Mesyuarat telah diadakan pada 14 Julai 2021 secara dalam
talian. Seramai 32 orang pegawai telah menghadiri mesyuarat
tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor
Kesenian dan Kesihatan, BPK. Mesyuarat tersebut bertujuan
untuk memaklumkan pelaksanaan kurikulum Pendidikan
Kesihatan bagi KSSR (Semakan 2017) dan KSSM,
membincangkan amalan terbaik serta berkongsi maklumat
memperkasakan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Kesihatan.

BENGKEL KIT PENYEBARAN KSSR PJPK
(SEMAKAN 2017) PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 6 BIL. 2/2021

Bengkel ini telah diadakan pada 11 - 13 Ogos 2021, secara
dalam talian. Seramai 22 orang ahli panel telah menghadiri
bengkel tersebut yang dipengerusikan oleh Ketua Unit
Pendidikan Kesihatan, Sektor Kesenian dan Kesihatan.
Bengkel tersebut bertujuan untuk memantapkan kit
penyebaran DSKP KSSR (Semakan 2017) PJPK
(Komponen Pendidikan Kesihatan) Tahun 6. Kit tersebut
juga akan digunakan sebagai bahan sokongan kurikulum
Pendidikan Kesihatan.

BENGKEL KAWAL KUALITI BAHAN INTERAKTIF
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN
SOSIAL (PEERS) BAGI SEKOLAH RENDAH DAN
SEKOLAH MENENGAH

Bengkel telah diadakan pada 3 Julai dan 19 Julai 2021 secara
dalam talian dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
Sektor Kesenian dan Kesihatan, BPK. Seramai 14 orang
pegawai SKK telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel
tersebut bertujuan untuk memantapkan bahan interaktif
PEERS yang dapat membantu guru dalam melaksanakan PdP
PEERS di sekolah rendah dan sekolah menengah.

23

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PERANCANGAN
PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAHARU KPM
DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE-12 (RMKE-12) ROLLING PLAN
(RP3) TAHUN 2023 BERSAMA-SAMA BAHAGIAN KPM

Mesyuarat telah diadakan pada 12 - 14 Julai 2021.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(BPPDP) dan dihadiri oleh semua pegawai Bahagian KPM
yang terlibat dengan projek RMKe-12. Pada 14 Julai 2021,
Unit Pendidikan Jasmani telah membentangkan cadangan
Projek Rancangan Malaysia ke-12 Rolling Plan 3 iaitu
Projek Naik Taraf Bilik Darjah Bersaiz 6 Bay Menjadi
Makmal Sains Sukan dan Pembekalan Peralatan Amali
Sains Sukan. Pembentangan ini dipengerusikan oleh Ketua
Penolong Pengarah Unit Perancangan Pembangunan,
BPPDP.

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK NAIK TARAF BILIK DARJAH
BERSAIZ 6 BAY MENJADI MAKMAL SAINS SUKAN DAN PEMBEKALAN
PERALATAN AMALI SAINS SUKAN DALAM RMKE-12 RP3 BIL.1/2021

Mesyuarat telah diadakan pada 26 Julai 2021 dan
dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Kesenian
dan Kesihatan, BPK. Mesyuarat ini diadakan susulan
daripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perancangan
Program/Projek Pembangunan Pendidikan Baharu KPM
RMKe-12 RP3 Tahun 2023 Bersama-sama bahagian KPM
yang telah diadakan pada 12 - 14 Julai 2021. Mesyuarat ini
dihadiri oleh pegawai Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), pegawai JPN dari
Sektor Pembangunan dan Infrastruktur serta Sektor
Pembelajaran. Mesyuarat diadakan bagi menyelaraskan
dan membincangkan calon sekolah yang terlibat dalam
cadangan projek RMKe-12 RP3.

BENGKEL PEMBINAAN BUKU PANDUAN PDP SISIPAN ELEMEN
BUDAYA ORANG ASLI DAN PERIBUMI TAHUN 2 BIL.1/2021 BAGI MATA
PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Bengkel telah diadakan pada 22 dan 23 Julai 2021. Bengkel ini
dihadiri oleh 13 orang guru yang terdiri daripada penutur jati
bagi kaum Semai, Penan, Temiar, Temuan, Jakun dan Dusun
Bonggi bagi menterjemah perkataan yang boleh digunakan
dalam PdP Pendidikan Jasmani Tahun 2.

24

PERBINCANGAN DRAF GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN
SEKOLAH DALAM FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA

Perbincangan telah diadakan pada 2 Ogos 2021. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
Kanan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai dari Bahagian
KPM. Perbincangan ini diadakan bagi menambah baik Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian
Sekolah. Walau bagaimanapun, perbincangan ini berlangsung sehingga 16 Ogos 2021 dan dipengerusikan
oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Operasi Sekolah, bagi melihat dengan lebih terperinci SOP
yang berkaitan. Unit Pendidikan Jasmani, Sektor Kesenian dan Kesihatan terlibat dalam perbincangan ini
bagi pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK).

MESYUARAT SEMAKAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN STANDARD
KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA
(SEGAK) BERSAMA-SAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Mesyuarat telah diadakan pada 6 Ogos 2021. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor
Kesenian dan Kesihatan, BPK. Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai Unit Pendidikan Jasmani, SKK dan
Timbalan Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM. Mesyuarat ini diadakan bagi menambah baik Garis
Panduan Pelaksanaan SEGAK berdasarkan situasi semasa pandemik COVID-19 untuk dimasukkan ke dalam
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara.

25

BENGKEL KAWAL KUALITI BAHAN KURIKULUM TERBITAN BPK
BIL.15/2021: KERTAS CADANGAN PENGGUNAAN PANDUAN
PENGURUSAN INDEKS JISIM BADAN (BODY MASS INDEX - BMI)
UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA BERUMUR LIMA HINGGA
SEMBILAN TAHUN (BMI 5 - 9T) MULAI TAHUN 2022

Bengkel telah diadakan pada 12 Ogos 2021. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong
Pengarah, Unit Komunikasi, Dokumentasi dan Kualiti Bahan Sumber, Sektor Dasar dan
Penyelidikan Kurikulum, BPK. Mesyuarat ini dihadiri oleh beberapa orang pegawai BPK bagi
menambah baik Kertas Cadangan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Profesional Kementerian
Pendidikan Malaysia.

MESYUARAT PENYEDIAAN VIDEO PDP MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1 KSSR (SEMAKAN 2017)

Mesyuarat Penyediaan Video PDP Mata
Pelajaran Pendidikan Muzik Tahun 1 KSSR
(Semakan 2017) telah diadakan secara dalam
talian. Mesyuarat ini diadakan pada 6 Julai
2021. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk
menghasilkan video PdP bagi mata pelajaran
Pendidikan Muzik Tahun 1.

MESYUARAT KAWAL MUTU BAHAN PEMBENTANGAN
DI PERINGKAT SKK

Mesyuarat kawal mutu bahan pembentangan di peringkat
sektor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan
Pengarah SKK, manakala ahli mesyuarat terdiri daripada
semua KPP SKK dan pegawai UPSV sebagai
pembentang. Mesyuarat ini berlangsung pada 3 Julai
2021 secara dalam talian. Bahan pembentangan yang
dikawal mutu akan digunakan di dalam Mesyuarat
Penyelarasan Kurikulum Mata Pelajaran di bawah Unit
Pendidikan Seni Visual Bersama-sama Bahagian KPM
dan JPN yang akan diadakan pada 6 Julai 2021.

26

Jasamu Dikenang

Puan Aizatul Adzwa binti Mohd Basri,

Ketua Penolong Pengarah DG54(KUP), Sektor Sains dan Matematik
telah bersara wajib di usianya 60 tahun pada tarikh 24 Julai 2021.

Puan Tang Yek Ngo,

Penolong Pengarah DG48(KUP),
Unit Perancangan Kualiti dan Pembangunan Profesionalisme,

Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
telah bersara pilihan di usia 58 tahun pada 8 Ogos 2021.

En. Mazlan bin Birat,

Operator Mesin (N4), Unit Pentadbiran (Percetakan),
Sektor Khidmat Pengurusan telah mula berkhidmat di BPK pada
16 Februari 1996 dan bersara wajib di usianya 60 tahun
pada 22 Ogos 2021.

BPK mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti ketiga-tiga pesara dalam melaksanakan
tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Didoakan semoga Allah mengurniakan kesihatan, umur yang
penuh keberkatan serta diberi kebahagiaan yang berkekalan.

Sekapur Sireh Puan Hasmira binti Alias
Seulas Pinang Ketua Penolong Pengarah
Unit Dasar
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
Tarikh mula bertugas: 9 Ogos 2021

Mohamad bin Sulaiman
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pendidikan Jasmani
Sektor Kesenian dan Kesihatan
Tarikh mula bertugas: 16 Ogos 2021

Anwar Ridhwan bin Razali
Penolong Pengarah
Unit Prasekolah Pendidikan Khas
Sektor Prasekolah
Tarikh mula bertugas: 16 Ogos 2021

27

BPK
PRIHATIN

AL-FATIHAH

SALAM TAKZIAH dari seluruh warga Bahagian Pembangunan Kurikulum atas kehilangan insan tercinta.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah ke atas roh arwah dan didoakan agar rohnya ditempatkan dalam
kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Aamiin.

 Bonda Puan Rohaida binti M azlan dari Unit Bahasa M elayu, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan telah
kembali ke rahmatullah pada 21 Julai 2021 di Hospital Kuala Kangsar; dan

 Bonda Puan Ruszidah binti Limat dari Unit Pendidikan Seni Visual, Sektor Kesenian dan Kesihatan telah
kembali ke rahmatullah pada 25 Ogos 2021 di Hospital Universiti Kebangsaan M alaysia.

SIDANG REDAKSI BULETIN BPK

PENAUNG

Tuan Haji Azman bin Haji Adnan
Pengarah BPK

PENASIHAT
Dr. Latip bin Muhammad
Timbalan Pengarah Kanan
Kluster Dasar, Sains & Teknologi

KETUA EDITOR AHLI JAWATANKUASA
Pn. Nooraini binti Kamaruddin
Timbalan Pengarah Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh Cik Wan Nur Zamrud binti Shamsudin
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas Sektor Kesenian dan Kesihatan
EDITOR
Pn. Isnazhana binti Ismail Pn. Hjh. Siti Rahayu binti Muhammad En. Zamhari bin Azman
Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum Sektor Sains dan Matematik
Sektor Bahasa dan Kesusasteraan

PEREKA GRAFIK Cik Maria Ulfah binti Abdullah Saud Pn. Hasneeda binti Mohd Sarip
Pn. Siti Zulikha binti Zelkepli Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Penolong Pengarah Sektor Prasekolah Sektor Teknologi Maklumat dan
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum Reka Bentuk Teknologi

En. Mior Syazril bin Mohamed Sapawi Cik Siti Khadijah binti Abdullah Pn. Siti Zubaidah binti Karim
Penolong Pengarah Penolong Pengarah Pegawai Eksekutif
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum Sektor Sains Sosial Sektor Khidmat Pengurusan

28


Click to View FlipBook Version