The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2021-11-05 05:34:39

BULETIN BPK KELUARAN 5/2021

Buletin BPK Keluaran 5_2021

September & Oktober 2021 KELUARAN 5/2021

KPMPerkasaKU dilancarkan pada 30 Ogos 2021 dan ANTARA AKTIVITI UTAMA
dilaksanakan mulai 1 September 2021 sehingga 28 BULAN NOVEMBER 2021
Februari 2022. Usaha ini dilaksanakan untuk
membantu merapatkan jurang pembelajaran murid Taklimat Pengoperasian
dengan mengadakan Strategi Pengukuhan Dan KPMPerkasaKU Bersama-sama
Pengayaan, Pemugaran Literasi dan Numerasi, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah serta Pejabat Pendidikan Daerah Bil. 2/2021
menyediakan sebuah platform repositori bahan
sokongan pengukuhan dan pengayaan sekolah rendah Program Kunjung Bantu
dan menengah yang dikenali sebagai SumberKU. Pengoperasian KPMPerkasaKU ke
sekolah-sekolah
Satu tinjauan awal ke beberapa buah sekolah di bawah
seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Wacana Ilmu KPMPerkasaKU: Inovasi
Jelebu, Negeri Sembilan telah diadakan pada 20 dalam Pentaksiran Bilik Darjah
hingga 22 Oktober 2021 untuk melihat status
pengetahuan, kefahaman dan kesediaan sekolah bagi Taklimat Pengoperasian
KPMPerkasaKU. KPMPerkasaKU Bersama-sama
Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah Bil. 3/2021

MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN TAHUN 2021
5 Oktober 2021 - YB Datuk Dr. Radzi Jidin telah merasmikan majlis sambutan ini secara dalam talian. BPK selaku
urus setia Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan telah melaksanakan majlis
sambutan tersebut secara kolaboratif dengan bahagian KPM yang lain. Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek telah
bertindak sebagai tuan rumah merangkap pengerusi majlis sambutan pada tahun ini.

ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR PENDIDIKAN TAHUN 2021
YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah
dinobatkan sebagai Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan Tahun 2021. Anugerah ini
diwujudkan untuk menghargai jasa dan usaha warga KPM dalam memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

PERTANDINGAN DENDANGAN PUISI TRADISIONAL
Pertandingan Dendangan Puisi Tradisional sempena Aktiviti Dekad Bahasa Kebangsaan peringkat BPK diadakan
pada 20 Ogos hingga 20 September 2021 menggunakan kaedah rakaman video. Sebanyak 17 penyertaan
diterima dan hadiah telah disampaikan oleh Pengarah BPK kepada semua pemenang.

2

PEMANTAUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH MENGIKUT FASA PELAN PEMULIHAN
NEGARA DAN PELAKSANAAN KPMPerkasaKU

3 – 5 Oktober 2021 - Pengarah BPK telah
mengetuai lawatan rasmi bagi pemantauan
pengurusan pembukaan sekolah mengikut Fasa
Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Wilayah
Persekutuan Labuan. Pemantauan ini bertujuan
untuk melihat persediaan sekolah sebelum
memulakan operasi persekolahan secara
bersemuka dan melihat hari pertama kehadiran
murid ke sekolah.

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (TKPPM)
SEKTOR DASAR DAN KURIKULUM KE BPK

YBhg. Dato' Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali selaku TKPPM
Sektor Dasar dan Kurikulum, telah membuat lawatan rasmi ke
BPK pada 25 Oktober 2021. BPK telah menyampaikan
taklimat ringkas kepada beliau berkaitan fungsi kerja BPK.

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN KEPADA PENGURUS
PROGRAM DAN KETUA ALUR KERJA INISIATIF PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2021

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
kepada Pengurus Program dan Ketua Alur
Kerja Inisiatif Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2021 telah
berlangsung pada 21 Oktober 2021
disampaikan oleh Pengarah BPK. Seramai
tiga orang Pegawai dilantik sebagai Pengurus
Program inisiatif manakala seramai 13 orang
pegawai dilantik sebagai Ketua Alur Kerja
bekerjasama dalam memastikan program ini
berjalan dengan lancar.

3

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(PdP) PROJEK RINTIS BAGI PROGRAM
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM
BILIK DARJAH MELALUI PENDEKATAN
KELAS TERBUKA MAYA (VIRTUAL OPEN
CLASSROOM - VOC)

Projek rintis yang bermula pada 22 September hingga 15
Oktober 2021 ini berkonsepkan peningkatan kompetensi
pendidik dalam PdP yang mengintegrasikan teknologi
menerusi pendekatan kelas terbuka maya (VOC) dan
perkongsian amalan terbaik Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC). Sesi PdP bagi projek rintis program ini
telah dilaksanakan oleh guru dan murid secara dalam
talian.

KURSUS PENGURUSAN STRESS
Kursus ini telah dijalankan secara dalam talian pada 17
September 2021 dan disampaikan oleh Puan Salamiah
binti Hasan dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling.
Seramai 59 warga BPK telah menghadiri kursus ini yang
bertujuan untuk memahami dan mengaplikasikan
pengurusan stress bagi kepentingan diri dan organisasi.

KURSUS BAHASA KETIGA (BAHASA PERANCIS)
Kursus Bahasa Ketiga (Bahasa Perancis) telah
dilaksanakan dalam dua sesi pada 8 dan 29 Oktober
2021. Kursus ini disampaikan oleh Pn. Hjh Rasmuna
binti Mohamad Ali dari Unit Bahasa Antarabangsa, BPK.
Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada warga BPK agar memahami
komunikasi lisan yang mudah dalam konteks budaya
sesuatu bahasa dan pembelajaran bahasa ketiga.

4

PERKONGSIAN ILMU

THE ASIA PACIFIC CONFERENCE ON CURRICULUM STUDIES AND
INSTRUCTIONAL DESIGNING (APCCSID 2021): CURRICULUM AND
INSTRUCTIONAL DESIGN FOR SUSTAINABLE DEVELOPMENT
Persidangan anjuran Universiti Segi, Universiti Malaya, IBE Unesco, Persatuan Profesional Kurikulum &
Instruksion dalam Pendidikan Malaysia dan The Asia Pacific Research Association On Curriculum Studies, Inc.
(APRACSI) telah diadakan pada 1 hingga 3 Oktober secara dalam talian melibatkan seramai 46 pegawai BPK.
Dalam persidangan ini, Pn. Nooraini binti Kamaruddin, Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Penyelidikan
Kurikulum terlibat sebagai ahli panel dalam forum Positioning the Role of Curriculum in the Transformation of
Education in the Post Pandemic Era. Pegawai yang turut membuat pembentangan ialah:

Character Matters: The Central Pillar of Education: Dr. Ilhavenil a/p Narinasamy

Pengintegrasian Kaedah Modularisasi dan Strategi Reusable Learning Object dalam
Sistem Pengurusan Pembelajaran: Pn. Fazlinah binti Said dan Dr. Chong Yen Nee

Teachers’ Understanding and Implementation of Global Sustainability in Preschool
Education: Pn. Harlina binti Mohamad dan Dr. Siew Siew Kim

WEBINAR PENJAMINAN KUALITI
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

BPK dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
dan Institut Aminuddin Baki telah mengadakan Webinar
Penjaminan Kualiti Pentaksiran Bilik Darjah pada 29 Oktober
2021. Webinar ini bertujuan memastikan penjaminan kualiti
dalam usaha memperkasakan Pentaksiran Bilik Darjah. Panel
terdiri daripada Pensyarah Cemerlang IAB, Pengarah BPK,
Timbalan Pengarah BPSH, dan pentadbir sekolah terpilih.

WORLD CONGRESS OF SCHOOL HISTORY TEACHERS

Persidangan anjuran The Institute of World History of The Russian
Academy of Sciences, The Russian Association of Teachers of History
and Social Science dengan kerjasama The European Association of
History Teachers telah diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2021
bertempat di President-Hotel, Moscow, Russia dan secara hibrid.
Objektif persidangan adalah untuk membincangkan tentang amalan
terbaik bagi pengajaran Sejarah secara dalam talian semasa pandemik,
penggunaan teknologi dalam pengajaran Sejarah, peranan buku teks
dan gaya penulisan serta persembahan terbaik bagi sesebuah buku teks
pada masa kini dan perkongsian pengajaran berkaitan Sejarah Perang
Dunia Kedua. Tiga orang pegawai dari BPK telah mengikuti persidangan
tersebut.

5

BENGKEL DAN MESYUARAT

BENGKEL KAWAL KUALITI

2 September 2021 8 September 2021 27 September 2021
Bengkel Pemurnian Bengkel Kawal Kualiti Bengkel Kawal Kualiti

Buletin Bahan Kurikulum Bahan Kurikulum
BPK Keluaran ke-4 Terbitan BPK Bil. Terbitan BPK

18/2021: Bil. 20/2021: Manual 28 September 2021
Slaid Pembentangan Pelaksanaan Bengkel Kawal Kualiti Bahan

Proses Kerja BPK Pembudayaan KBAT Kurikulum Terbitan BPK
di Sekolah Bil. 22/2021: Panduan
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik

Darjah (PBD) Edisi
ke-3, 2021

7 September 2021 9 September 2021 30 September 2021 29 Oktober 2021
Bengkel Kawal Bengkel Kawal Kualiti Bengkel Kawal Kualiti Bahan Bengkel Kawal Kualiti Bahan
Kualiti Bahan Bahan Kurikulum Terbitan
BPK Bil. 19/2021: Bahan Kurikulum Terbitan BPK Kurikulum Terbitan BPK
Kurikulum Terbitan Bil. 21/2021: Kertas Cadangan Bil. 23/2021: Modul Asas
BPK Bil. 17/2021: Pengajaran dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Numerasi Versi Bahasa Cina
Pembelajaran (PdP) Sektor Teknikal dan Vokasional
Buku Panduan Kurikulum Standard dan
Pengajaran dan Sekolah Menengah Mulai Tahun 2022. Bahasa Tamil
Pembelajaran (PdP) (KSSM) Reka Bentuk
Program Intervensi
Khas Murid Orang Teknologi (RBT).
Asli dan Peribumi
(PIKAP) Bahasa
Inggeris Tahun 3

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN (KSPK) PENDIDIKAN KHAS BERSAMA-SAMA BAHAGIAN KPM DAN JPN 2021

13 Oktober 2021 - Mesyuarat ini telah dipengerusikan
oleh Ketua Unit STEM Awal, Sektor Prasekolah dan
disertai seramai 16 orang pegawai bahagian KPM dan
17 orang pegawai JPN secara dalam talian.

Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan
penyelarasan maklumat serta aktiviti yang telah
dirancang dan dilaksanakan oleh bahagian KPM serta
JPN yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan
KSPK Pendidikan Khas.

6

BENGKEL PENGESAHAN BAHAN
PENGAJARAN BERTULIS (WIM) OLEH PIHAK

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Bengkel WIM bagi empat mata pelajaran Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS): Pembuatan Pastri, Pembuatan Roti,
Reka Bentuk Multimedia Interaktif dan Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga telah diadakan secara dalam talian dari
4 hingga 7 Oktober 2021. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama pihak Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan
Vokasional (BPLTV) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai memenuhi syarat kelayakan sekolah
untuk status Pusat Bertauliah bagi persijilan program modular di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah
Pendidikan Khas (KSSMPK). Pada akhir bengkel, Jawatankuasa Penilaian Teknikal yang dianggotai oleh pakar
industri dan pihak JPK telah meluluskan keempat-empat WIM tersebut yang telah dibentangkan oleh 18 guru panel
penggubal.

SESI BIMBINGAN KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PENGURUS PUSAT BERTAULIAH
(PPB) PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA PROGRAM MODULAR
Kursus Induksi Pentauliahan merupakan keperluan kepada personel Pusat Bertauliah JPK yang dilantik sama ada
sebagai pengurus (PPB), pegawai penilai (PP) atau pegawai pengesah dalaman (PPD) Pusat Bertauliah Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK). Satu sesi bimbingan telah diadakan kepada 248 orang bakal PPB yang terdiri dari
pentadbir sekolah secara dalam talian pada 20 hingga 21 Oktober 2021.
Sesi bimbingan diadakan bertujuan untuk membantu bakal PPB membuat persediaan sebelum menghadiri kursus
induksi yang akan diadakan pada 30-31 Oktober 2021. Bakal PPB menunjukkan lebih kesediaan untuk menghadiri
kursus induksi hasil dari bimbingan pegawai BPK yang berperanan sebagai fasilitator.

7

Mesyuarat telah diadakan pada 26 MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN
Oktober 2021 secara dalam talian dan KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
dipengerusikan oleh Timbalan KEBANGSAAN (KSPK) BERSAMA-SAMA
Pengarah, Sektor Prasekolah, disertai BAHAGIAN KPM DAN JPN 2021
seramai 10 pegawai dari bahagian
KPM dan 15 pegawai dari Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) serta enam
pegawai dari Sektor Prasekolah.
Mesyuarat bertujuan membincangkan
penyelarasan maklumat dan aktiviti
berkaitan dengan pelaksanaan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan di
peringkat bahagian KPM serta JPN.

MESYUARAT BERSAMA-SAMA PIHAK YAMAHA
MUSIC MALAYSIA

Mesyuarat telah diadakan bersama-sama
pihak Yamaha Music Malaysia dengan Unit
Pendidikan Muzik, Sektor Kesenian dan
Kesihatan (SKK) pada 21 Oktober 2021.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit
Pendidikan Muzik bersama Pengarah Urusan
Yamaha Music Malaysia dan Penyelaras
Pembangunan Pendidikan Muzik Sekolah
Awam. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk
mewujudkan kolaborasi pendidikan muzik
antara Yamaha Music Malaysia dengan BPK.

8

BENGKEL KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA PEMERKASAAN PENTAKSIRAN BILIK
(URS) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN DARJAH: RINTIS INSTRUMEN PEMANTAUAN
BERSEPADU KEMENTERIAN PENDIDIKAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BILIK
MALAYSIA DARJAH

Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM telah Pada 20 dan 21 Oktober 2021, pegawai BPK telah
mengadakan Bengkel Kajian Keperluan Pengguna terlibat dalam uji rintis draf instrumen Pelaksanaan
Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) Penjaminan Kualiti PBD yang dibina oleh pasukan
KPM pada 6 hingga 18 Oktober 2021. pegawai KPM bagi tujuan Pemerkasaan PBD. Tujuh
buah sekolah di Negeri Sembilan dipilih untuk
melaksanakan rintis tersebut.

Bengkel ini dihadiri oleh Pegawai BPM, Pihak Syarikat
2en Apps, pegawai SKK serta Sektor Prasekolah, BPK.
Bengkel ini diadakan bagi membincangkan keperluan
sistem bagi ujian SEGAK, BMI 5-9T dan Instrumen
Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK).

BENGKEL KERJA TERJEMAHAN MODUL ASAS KAJIAN SEMULA GARIS PANDUAN SEKOLAH
NUMERASI KE BAHASA CINA DAN BAHASA LESTARI (SLAAS) SIRI 2
TAMIL
Mesyuarat ini telah diadakan pada 23 hingga 24
Bengkel kerja ini telah dilaksanakan secara bersemuka September 2021 secara dalam talian. Objektif
di BPK pada 20 hingga 22 Oktober 2021. Ianya mesyuarat ini diadakan untuk menyemak semula garis
bertujuan untuk menterjemah Modul Asas Numerasi ke panduan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi kegunaan murid- (SLAAS). Sempena SLAAS yang telah menginjak ke
murid di SJKC dan SJKT serta membantu kefahaman usia 16 tahun, Kementerian Alam Sekitar dan Air
ibu bapa melalui panduan yang disediakan dalam (KASA) dengan kerjasama Bahagian Sukan,
bahasa ibunda. Bengkel kerja ini melibatkan empat Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) dan BPK KPM
pegawai BPK dan 12 guru sebagai panel. telah membangunkan Modul Kelab Alam Sekitar
Sekolah (KASS). Modul ini dibangunkan untuk
memberi panduan kepada guru dalam melaksanakan
aktiviti dan program alam sekitar di sekolah.

9

BENGKEL KERJA PEMBINAAN BAHAN SUMBER SAINS
NUKLEAR BIL. 2 DAN 3/2021

Bengkel dalam talian ini berlangsung pada 1 hingga 3 September 2021 dan 20 hingga 22 Oktober 2021. Bengkel kerja
ini diadakan bertujuan untuk menyediakan serta memurnikan bahan sumber bidang Sains Nuklear bagi memastikan
pelaksanaan bidang ini secara berkesan dalam mata pelajaran Sains, Biologi, Fizik dan Kimia. Bengkel kerja ini
melibatkan sembilan pegawai BPK, seorang pegawai Lembaga Peperiksaan, tiga pegawai Agensi Nuklear Malaysia,
tiga pegawai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan 26 guru.

BENGKEL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)
KELAS PRASEKOLAH SIRI 3 DAN 4/2021

Bengkel Siri 3 dan 4 telah diadakan pada 29 September 2021 dan
13 Oktober 2021 secara dalam talian. Bengkel ini disampaikan
oleh pegawai Unit STEM Awal, Sektor Prasekolah dan Cik Jane
Yap Jian Yi (Penggiat Seni Malaysia) serta dihadiri seramai 91
peserta terdiri daripada guru prasekolah dan pegawai JPN. Tujuan
bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman guru
prasekolah tentang pelaksanaan PBP sebagaimana dihasratkan
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan
2017) dan menggalakkan guru prasekolah melaksanakan strategi
PBP di kelas masing-masing. Pengisian bengkel ini merangkumi
pengenalan kepada PBP, kepentingan PBP, pelaksanaan PBP, contoh pelaksanaan PBP kelas prasekolah dan tadika
swasta di Singapura, taklimat Creative Drawing dan Observational Drawing serta aktiviti creative drawing.

10

BENGKEL APLIKASI PERISIAN R DALAM PdP STATISTIK
Bengkel Aplikasi Perisian R dalam PdP Statistik diadakan secara dalam talian
pada 25 September 2021. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada guru dan pegawai Sektor Sains dan Matematik tentang pengaplikasian
perisian R dalam PdP Statistik secara berkesan agar memenuhi inovasi terkini
dalam bidang Statistik. Bengkel ini melibatkan seorang pensyarah universiti
sebagai fasilitator, 11 guru Matematik dan Matematik Tambahan sekolah
menengah sebagai peserta dan tiga pegawai BPK.

BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH MENENGAH (KSSM) MATEMATIK DAN

MATEMATIK TAMBAHAN BIL. 2 DAN 3/2021
Bengkel Bil. 2 dan 3/2021 telah dilaksanakan secara
dalam talian pada 21 hingga 24 September 2021
dan 25 hingga 28 Oktober 2021. Bengkel ini
diadakan bertujuan untuk menyemak kandungan
dengan mendapatkan input daripada guru dan
pensyarah melalui perbandingan dokumen
kurikulum antara negara-negara yang dipilih.
Bengkel ini mmeelilbibaattkkaann3322gguururuMMataetmemataiktikdadnan Matematik Tambahan, tujuh pensyarah universiti
sebagai fasilitator dan lima pegawai BPK bagi kedua-dua bengkel.

BENGKEL KERJA PEMBINAAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP) FITOREaMEDASI KSSM BIOLOGI TINGKATAN 5

Bengkel kerja ini telah diadakan sebanyak tiga kali
secara dalam talian iaitu pada 21 hingga 23 September
2021, 28 hingga 30 September 2021 dan 5 hingga 7
Oktober 2021. Tujuan bengkel ini diadakan adalah
untuk menyediakan bahan sumber PdP yang dapat
memberi panduan kepada guru dalam melaksanakan
PdP berkaitan tajuk Fitoremediasi yang merupakan
tajuk baharu dalam KSSM Biologi Tingkatan 5. Bengkel
kerja ini melibatkan dua pegawai BPK, tiga pensyarah
dan 10 guru.

11

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME INISIATIF #20:
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) PEMBUDAYAAN
MELALUI PEMODELAN MATEMATIK BIL. 2/2021 KEMAHIRAN BERFIKIR
DI BAWAH INISIATIF #20 ARAS TINGGI DALAM
PENGAJARAN DAN
Bengkel ini telah diadakan secara dalam talian pada 16 PEMBELAJARAN
Oktober 2021. Bengkel ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada guru matematik tentang pemodelan
matematik serta peningkatan KBAT melalui pelaksanaan
pemodelan matematik yang akan dapat meningkatkan
keupayaan murid dalam menjawab soalan TIMSS dan
PISA. Bengkel ini melibatkan kerjasama antara BPK,
Universiti Malaya, JPN dan guru.

BENGKEL PEMBINAAN BAHAN INTERAKTIF
SAINS MENENGAH DAN MATEMATIK
MENENGAH DI BAWAH INISIATIF #20
Bengkel ini telah diadakan secara bersemuka di Pusat
Latihan JAKOA, Damansara Damai Selangor pada 20
hingga 31 Oktober 2021. Bengkel ini bertujuan untuk
menghasilkan bahan interaktif Sains dan Matematik
menengah untuk kegunaan guru di sekolah bersama-
sama murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Bengkel ini melibatkan 30 pegawai yang terdiri daripada
lima pegawai BPK dan 25 Mentor TIMSS PISA JPN di
seluruh negara.

BENGKEL KERJA PERKONGSIAN PENYEDIAAN LAMAN PEMBELAJARAN
DALAM TALIAN BAHAN MODUL PELAKSANAAN PBL STEM BERSEPADU

Bengkel Kerja Perkongsian Penyediaan Laman
Pembelajaran Bahan Modul Pelaksanaan PBL STEM
Bersepadu secara dalam talian pada 13 hingga 14
Oktober 2021. Bengkel kerja ini diadakan bertujuan untuk
mendapatkan input berkaitan penyediaan laman
pembelajaran dalam talian melalui sesi perkongsian oleh
penceramah sambilan yang telah dilantik. Bengkel kerja ini
melibatkan tiga pegawai BPK, enam penceramah
sambilan dan 10 peserta yang terdiri daripada pegawai
SISC+ dan guru.

12

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN BENGKEL SISIPAN PSV TAHUN 3
STANDARD PENGUKURAN INDEKS JISIM BADAN Program Pemetaan Sisipan Pendidikan Seni
(BODY MASS INDEX-BMI) UNTUK MURID SEKOLAH Visual Tahun 3 telah diadakan secara dalam
MALAYSIA BERUMUR LIMA HINGGA SEMBILAN talian pada 7 Oktober 2021. Program ini
TAHUN (BMI 5-9T) dihadiri oleh pensyarah PSV dari IPG Tengku
Ampuan Afzan, guru-guru sekolah orang asli
dan pegawai BPK. Perbincangan ini mengenai
pemetaan untuk sisipan PSV Tahun 3.

BENGKEL LATIHAN PELAZIMAN PENDEKATAN TEMATIK SECARA RINTIS

Bengkel ini telah diikuti oleh semua pegawai BPK pada
27 September hingga 30 September secara dalam talian.
Bengkel ini memberi pendedahan dan pemahaman kepada
pegawai BPK tentang pelaksanaan pelaziman pendekatan
tematik yang akan dirintis di sekolah terpilih pada tahun
2022.

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL SURAT PEKELILING IKHTISAS DAN SURAT
SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 7 TAHUN 2021

Mesyuarat telah diadakan pada 11 Oktober 2021 di BPSH. Mesyuarat
dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Pengoperasian Dasar
Pendidikan, BPSH. Unit Pendidikan Jasmani, BPK membentangkan SPI
Pelaksanaan Standard Pengukuran Indeks Jisim Badan (Body Mass
Index-BMI) untuk Murid Sekolah Malaysia Berumur Lima hingga Sembilan
Tahun. Mesyuarat ini diadakan bagi menyemak dan menambah baik SPI
sebelum mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Profesional KPM.

13

MAKMAL KUALITI DAN EKUITI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025
Pegawai STMRBT telah dilantik sebagai ketua alur makmal
dan fasilitator bagi Makmal Kualiti dan Ekuiti Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 yang
diadakan pada 20 Oktober hingga 9 November 2021. Makmal
ini bertujuan untuk memperincikan isu, cabaran kritikal,
membangunkan cadangan penyelesaian dan pendekatan
alternatif norma baharu bagi merapatkan jurang Aspirasi
Sistem Kualiti dan Aspirasi Sistem Ekuiti. Selain itu, makmal
ini juga adalah sebahagian daripada Program Pembangunan
Keupayaan KPM oleh PADU iaitu memberikan pendedahan
dan latihan semasa pekerjaan (on the job training) kepada
pegawai KPM.

BENGKEL PEMUGARAN PROGRAM INTERVENSI KHAS MURID ORANG ASLI DAN PERIBUMI
(PIKAP) GURU-GURU SEKOLAH MURID ORANG ASLI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
SEMBILAN TAHUN 2021

Bengkel ini telah diadakan pada 29
September 2021. Tujuan bengkel ini adalah
untuk menyampaikan maklumat berkenaan
PIKAP kepada guru-guru Sekolah Murid
Orang Asli JPN Negeri Sembilan.

BENGKEL PEMURNIAN BUKU PANDUAN PPPC BERSAMA PANEL KOLEJ GENIUS@PINTAR UKM
Bengkel ini telah diadakan pada 23 September dan 1 Oktober 2021 yang dihadiri oleh empat orang pakar dari Kolej
Genius@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel ini diadakan untuk memurnikan Buku Panduan PPPC Edisi
2 yang telah selesai dibangunkan dengan kerjasama dari pakar Bidang Pintar dan Berbakat daripada Pusat
GENIUS@pintar Negara, UKM.

14

PROGRAM BPK

VIRTUAL INVEST SMART FEST (ISF) ANJURAN SURUHANJAYA SEKURITI
MALAYSIA SEMPENA BULAN LITERASI KEWANGAN 2021
Program ISF adalah merupakan satu aktiviti yang disertai oleh BPK yang telah diadakan
pada 8 hingga 10 Oktober secara maya. Peluang ini diambil oleh BPK bagi
memperkenalkan dan menyebarkan maklumat tentang Pendidikan Kewangan dalam
kurikulum persekolahan. Dengan penyertaan BPK dalam ISF ini telah membuka mata
masyarakat umum terutamanya golongan korporat yang turut menyertai ISF tentang
peranan KPM dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai pendidikan
kewangan dalam generasi muda bagi mengurus kewangan dengan bijak.

LIBAT URUS MENGENAI PENDIDIKAN KARAKTER MURID

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dilantik sebagai
Ketua Alur Kerja untuk inisitif #110 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang berkaitan dengan pendidikan karakter murid.
Libat urus telah diadakan pada 13 dan 14 September 2021 secara
dalam talian. Libat urus ini melibatkan BPK, pihak akademik
Universiti Malaya (UM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
serta bahagian KPM yang melibatkan seramai 20 peserta.

LAWATAN KE LOKASI CADANGAN PUSAT PENDIDIKAN KOMUNITI
(PPK) DI BAWAH MYKASIH FOUNDATION BERSAMA-SAMA JABATAN
KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) DAN KPM

Wakil BPK bersama-sama JAKOA ke Kampung Orang Asli Sg. Dua, Pulau Ketam,
Klang Selangor pada 20 Oktober 2021. Lawatan ini diadakan untuk pegawai
bahagian KPM melihat sendiri Pusat Pendidikan Komuniti di lokasi perkampungan
orang asli di seluruh negara. Dapatan lawatan ini akan membantu usaha Pusat
Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan, IPG Tengku Ampuan Afzan dan
Unit Projek Khas dan Inovasi, BPK untuk sama-sama membangunkan satu Modul
Pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan kanak-kanak orang asli di PPK seluruh
negara.

PENGUMPULAN DATA MAKLUMAT BILIK SENI VISUAL DI
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Lawatan ke sekolah untuk pengumpulan data bagi Bilik Seni Visual di sekolah
rendah dan menengah telah diadakan oleh pegawai Unit UPSV, BPK
bertarikh 21 Oktober 2021. Lawatan ini berlangsung selama beberapa hari di
beberapa lokasi terpilih. Sekolah yang terlibat ialah SMK Saujana Utama,
SMK Desa Tun Husein Onn, SK Kementah dan SMK Dengkil. Tujuan lawatan
adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian yang telah
dirancang. Semua sekolah yang mempunyai bilik seni visual diberi
keutamaan dalam lawatan tersebut

15

TAKLIMAT PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK
MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)
Taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Kesenian dan Kesihatan, BPK dan
dihadiri oleh semua pegawai JPN dan PPD seluruh Malaysia bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan serta SEGAK pada 30 September 2021. Taklimat ini diadakan bagi menerangkan dengan
lebih jelas pelaksanaan ujian SEGAK bagi murid Tingkatan Lima selaras dengan pembukaan semula sekolah
dalam Fasa PPN.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA DAN PELAKSANAAN EKSA

Program Gotong Royong Perdana telah dilaksanakan oleh semua warga kerja BPK pada
15 Oktober 2021. Dengan terlaksananya program ini, secara tidak langsung EKSA dapat dilaksanakan
mengikut ekosistem kondusif sektor awam sekali gus menjadi pemangkin budaya kerja yang lebih efektif.

16

Jasamu Dikenang

En. Mohamed Salim bin Taufix Rashidi

Pada 28 September 2021 telah
diadakan majlis persaraan
Timbalan Pengarah Sektor
Prasekolah, En. Mohamed Salim
bin Taufix Rashidi secara dalam
talian. Beliau telah menamatkan
perkhidmatan wajib setelah 36
tahun berkhidmat di Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Pn. Hajah Faizah binti Ismail

Pada 24 September 2021 telah diadakan majlis
persaraan Pn. Hjh. Faizah binti Ismail, Penolong
Pengarah, Sektor Teknologi Maklumat dan Reka
Bentuk Teknologi secara dalam talian. Beliau telah
menamatkan perkhidmatan wajib setelah 37 tahun
berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

17

Sekapur Sireh Seulas Pinang

SARINA BINTI SALIM Timbalan Pengarah SBK

RAMLAN BIN ABU TALIB Timbalan Pengarah SKK
ZURINA BINTI ZULKARNAIN Timbalan Pengarah SPra
MUHD NIZAMUDDIN BIN SAMSUDIN Penolong Pengarah STMRBT
RUBAAIAH BINTI SIDEK Penolong Pengarah SSM
NURBAITI BINTI AHMAD Penolong Pengarah SPra
VIJAYA MALANI A/P VERASAMY Penolong Pengarah SSS
MOHD ASHRAF BIN ABDUL KAYIM Pembantu Tadbir SKP
ROHANA BINTI ISMAIL Pembantu Tadbir SKP
NURZAHIRAH BINTI MOHD ZULKIFLI Pembantu Tadbir SKP
NIK MOHD RASHAIDI BIN NIK ZAHRI Pemandu

Pergerakan Pegawai

PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERTUKAR KELUAR/CUTI BELAJAR/BERSARA

1. NORASHIKIN BINTI HASHIM Bertukar ke BPSBP

2. FARIDAH BINTI MOHAMED ZAIN Bertukar ke IAB

3. IDA HAIRANI BINTI BAKAR Bertukar ke BSKK

4. DR. ILHAVENIL A/P NARINASAMY Bertukar ke IPGK Ilmu Khas

5. NOOR ZAIDAH BINTI MUHAMMAD Bertukar ke BSKK

6. NURUL NADYA BINTI MOHD ZAMRI Bertukar ke BPsK

7. ROZANA BINTI RIZWAN Bertukar ke JPWP Putrajaya

8. NUR FAEEZA BINTI ABD. GHAFAR Cuti belajar peringkat kedoktoran

9. JURIAH BINTI OTHMAN Cuti belajar peringkat kedoktoran

10. ROHAIDAH BINTI MAZLAN Cuti belajar peringkat kedoktoran

11. NORFADHILAH BINTI YUSOF Cuti belajar peringkat kedoktoran

12. NORLIYANA BINTI NORDIN Cuti belajar peringkat sarjana

13. MOHD AZAHAR BIN MADAR Cuti belajar peringkat sarjana

14. LEONG HOOI LEE Cuti belajar peringkat sarjana

18

Salam
Takziah

Seluruh warga kerja... ➢ Bonda Cik Susilawati binti Ehsan dari

Bahagian Pembangunan Kurikulum turut Unit Literasi Komputer, Sektor
berdukacita di atas kehilangan insan tercinta. Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk
Semoga seluruh amal ibadahnya di dunia Teknologi telah kembali ke
diterima oleh-Nya serta keluarga yang rahmatullah pada 9 September 2021
ditinggalkan diberikan ketabahan dan kesabaran
atas dugaan yang menimpa ini. ➢ Bonda Mertua Encik Azman bin Abd.

Ghani dari Unit Dasar, Sektor Dasar
dan Penyelidikan Kurikulum telah
kembali ke rahmatullah pada
17 September 2021

➢ Ayahanda Mertua Puan Margaret

Mary Lawrence dari Unit Khas
Masalah Pembelajaran, Sektor
Pendidikan Khas telah meninggal
dunia pada 25 September 2021

➢ Ayahanda Puan Fauziah binti Mat

dari Unit Khas Masalah Pembelajaran,
Sektor Pendidikan Khas telah kembali
ke rahmatullah pada 29 September
2021

19

SIDANG REDAKSI
BULETIN BPK

PENAUNG
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan

Pengarah BPK

PENASIHAT
Dr. Latip bin Muhammad
Timbalan Pengarah Kanan
Kluster Dasar, Sains & Teknologi

KETUA EDITOR
Pn. Nooraini binti Kamaruddin

Timbalan Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

EDITOR
Pn. Isnazhana binti Ismail
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

PEREKA GRAFIK
Pn. Siti Zulikha binti Zelkepli

Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

En. Mior Syazril bin Mohamed Sapawi
Penolong Pengarah

Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

AHLI JAWATANKUASA

Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh Cik Wan Nur Zamrud binti Shamsudin
Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas Sektor Kesenian dan Kesihatan

Pn. Hjh. Rasmuna binti Muhamad Ali En. Zamhari bin Azman
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Sains dan Matematik
Sektor Bahasa dan Kesusasteraan

Pn. Hjh. Siti Rahayu binti Muhammad Pn. Hasneeda binti Mohd Sarip
Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi
Sektor Bahasa dan Kesusasteraan

Cik Maria Ulfah binti Abdullah Saud Pn. Siti Zubaidah binti Karim
Penolong Pengarah Pegawai Eksekutif
Sektor Prasekolah Sektor Khidmat Pengurusan

Cik Siti Khadijah binti Abdullah Pn. Nor Madiha binti Mohamed Azlee Ismail
Penolong Pengarah Pegawai Eksekutif
Sektor Sains Sosial Sektor Khidmat Pengurusan

20


Click to View FlipBook Version