The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin bulan November dan Disember 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sidangredaksibpkkpm, 2022-01-06 11:59:18

BULETIN BPK KELUARAN 6/2021

Buletin bulan November dan Disember 2021

eISSN: 2811- 4132 November & Disember 2021 KELUARAN 6/2021

TAKLIMAT PENGOPERASIAN PROGRAM PEMERKASAAN

PELAKSANAAN KURIKULUM (KPMPerkasaKU) KEPADA JPN

DAN PPD BIL. 3/2021

Taklimat Pengoperasian Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU)
telah diadakan pada 30 November 2021 (Selasa) secara dalam talian. Taklimat melibatkan
1413 orang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua, guru
besar dan wakil guru. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan lanjutan kepada semua
peserta mengenai pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek dan perancangan Catch-Up
Plan (CUP) Fasa 2 yang perlu disediakan oleh pihak sekolah. Perancangan CUP
Fasa 2 perlu disediakan sebagai langkah untuk merapatkan jurang pembelajaran murid yang
terkesan semasa proses PdP/PdPR dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat
pandemik COVID-19.

Taklimat Pengoperasian
KPMPerkasaKU bersama-sama
Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah Bil. 4/2021:
Pemugaran Pentaksiran Bilik Darjah
Tarikh: 26 Januari 2022

Penerangan tentang Pembelajaran Berasaskan Projek dijelaskan dengan menunjukkan empat
contoh mata pelajaran yang menggunakan pendekatan tersebut. Contoh perancangan CUP
Fasa 2 disampaikan oleh Pengetua SMK Seri Indah, Selangor dan Guru Besar SK Taman Bukit
Dahlia, Johor. Peserta taklimat turut diberi penerangan mengenai SumberKU iaitu sebuah
sistem penyimpanan digital yang digunakan untuk mengurus, menyimpan dan menyediakan
akses kepada sumber dan koleksi bahan PdP. SumberKU merupakan pusat sehenti yang
dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada guru, ibu bapa dan murid mengakses pelbagai
jenis bahan PdP digital yang boleh digunakan sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan
murid dan meningkatkan tahap penguasaan murid.

2

MESYUARAT PERANCANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN 2022 DAN BENGKEL
PELAN STRATEGIK 2022 - 2026 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Mesyuarat Perancangan Sasaran Kerja
Tahunan (SKT) 2022 dan Bengkel Pelan
Strategik 2022 - 2026 telah dilaksanakan
pada 14 - 16 Disember 2021 bertempat
di Bilik Prima Bunga Raya, Blok E14,
KPM. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 63
orang warga BPK yang terdiri daripada
Timbalan Pengarah Sektor, Ketua Sektor
dan Ketua Unit. Program ini dikendalikan
oleh Sektor Dasar dan Penyelidikan
Kurikulum.

Pengarah BPK YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji
Adnan, turut hadir untuk memberikan panduan
dan khidmat nasihat supaya program ini dapat
mencapai objektif yang diharapkan. Program ini
merupakan platform bagi setiap sektor
membentangkan Perancangan SKT dan Pelan
Strategik tahun 2022 - 2026. Program ini juga
membuka ruang perkongsian pendapat kepada
semua peserta dari pelbagai sektor untuk
menghasilkan SKT dan Pelan Strategik yang
memenuhi aspirasi BPK dan KPM.

BENGKEL KAWAL KUALITI BAHAN KURIKULUM TERBITAN BPK
BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2021

11 November 2021 16 November 2021 25 November 2021
Buku Pandua Pelaksanaan Buku Panduan Kawal Kualiti Kertas Cadangan
Program PendidikanPintar Program Transisi Tahun 1
Bahan Kurikulum dan
Cerdas Edisi 2 Penerbitan BPK

15 Disember 2021 24 November 2021
Bahan Pembelajaran Kendiri Kertas Cadangan Penglibatan

bagi Mata Pelajaran Teras KPM dalam Inclusive
dan Wajib untuk Sekolah Rendah Mathematics for Sustainability
in a Digital Economy (InMside) II APEC
dan Menengah

3

SAMBUTAN 100 HARI ASPIRASI
KELUARGA MALAYSIA

100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia diadakan pada 9 – 12 Disember 2021. Objektif
program ini adalah untuk mengetengahkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh KPM
sepanjang 100 hari pelaksanaan Aspirasi Keluarga Malaysia dalam kepimpinan negara.
Sektor Sains Sosial telah dilantik sebagai urus setia bagi program ini. Kesemua sektor dalam
BPK terlibat secara langsung dalam penyediaan bahan-bahan edaran poster, bunting dan juga
sebagai pempamer reruai KPM sepanjang sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

4

KURSUS PENINGKATAN
PROFESIONAL

KURSUS BAHASA KETIGA:
BAHASA PERANCIS BIL. 3/2021

TAKLIMAT PENGOPERASIAN Kursus Bahasa Ketiga – Bahasa Perancis
SISTEM PENGURUSAN Bil. 3/2021 telah dilaksanakan pada 26
LATIHAN KPM (SPLKPM) November 2021 dan dihadiri oleh 27 orang
warga BPK. Tujuan kursus diadakan adalah
untuk memberi pendedahan tentang bahasa
ketiga iaitu bahasa Perancis tentang
penggunaan komunikasi lisan yang mudah
bagi membuka minda untuk melihat dunia
daripada perspektif yang berbeza.

Taklimat Pengoperasian SPLKPM telah
dijalankan pada 18 November 2021
di Bilik Mesyuarat Sri Duta, BPK. Kursus ini
dikendalikan oleh dua orang pegawai dari
Bahagian Profesionalisme Guru dan
dihadiri oleh 21 orang pegawai yang terdiri
daripada Ahli Jawatankuasa Latihan BPK
dan wakil sektor. Tujuan taklimat diadakan
adalah untuk memberi pengetahuan dan
meningkatkan pemahaman berkaitan
pengoperasian SPLKPM kepada Ahli
Jawatankuasa Latihan BPK dan wakil
sektor.

5

PERKONGSIAN ILMU

WEBINAR LITERASI DAN WEBINAR KEMENJADIAN KANAK-KANAK
NUMERASI MURID
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI dengan
BERKEPERLUAN KHAS: BUKAN kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah
SEKADAR PERKATAAN DAN menganjurkan webinar tersebut pada 15 Disember
NOMBOR 2021. Panel webinar ini terdiri daripada Prof. Emeritus
Dato’ Dr. Aminah binti Ayob, UPSI dan Puan Harlina
binti Mohamad, Sektor Prasekolah, BPK. Sesi webinar
ini telah dijalankan secara hibrid dan dipengerusikan
oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Masnan, UPSI.

Webinar ini disiarkan pada 18

November 2021 bertujuan untuk

menghapuskan stigma bahawa WEBINAR PENDIDIKAN SENI VISUAL UNTUK
PEMBANGUNAN KREATIVITI MURID
murid berkeperluan khas (MBK)
Webinar ini telah bersiaran pada
tidak mempunyai potensi literasi 9 Disember 2021 di EduwebTV.
Webinar ini bertujuan untuk
dan numerasi. Ahli panel terdiri memperlihatkan kepentingan
pemikiran kreatif dan budaya
daripada pakar psikologi dan kreativiti dalam kehidupan murid.
Ahli panel pula terdiri daripada
pensyarah kanan USM, semua pegawai unit PSV dan
panel jemputan pula ialah Prof.
pensyarah kanan UPSI dan IPG Madya Ahamad Tarmizi Hj.
Azizan, Pensyarah Kanan
Kampus Sultan Mizan serta Universiti Malaysia Kelantan.

pegawai BPK. Aktiviti

perbincangan antara panel

merupakan suatu proses

pembelajaran yang turut

menggalakkan amalan dan

budaya inklusif dalam jaringan

sektor pendidikan.

WEBINAR PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF
DAN SOSIAL (PEERS) - JADIKAN SAYA SELAMAT

Webinar ini telah bersiaran pada 1 Disember 2021 di EduwebTV,
bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam
aspek psikososial murid kerana dapat membina sahsiah dan
sikap. Ahli panel terdiri daripada Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan
dan Pakar Kesihatan Awam YBrs. Dr. Nurashikin binti Ibrahim,
Kementerian Kesihatan Malaysia. Moderator adalah
Puan Farrah Norashikin binti Juhari, SK Haji Abu Bakar, Kedah.

6

BENGKEL DAN MESYUARAT

KURSUS ORIENTASI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(SEMAKAN 2017) TAHUN 6

DATA PESERTA MENGIKUT NEGERI

Selangor 22,095 Perak 12,729 Pahang 7,390 WP KL 3,892
Johor 15,667 Melaka 2,730
Sabah 14,994 Kedah 7,725 Kelantan 6,783 Perlis 1,173
Sarawak 14,804 WP
P.Pinang 7,672 Terengganu 5,736 427
Putrajaya
WP 395 N.Sembilan 4,447

Labuan

Matematik DATA PESERTA MENGIKUT MATA PELAJARAN 5,555
Sains 5,111
Pendidikan Jasmani 14,550 Pendidikan Khas 4,683
14,466 B. Cina SJKC
dan Kesihatan 13,375 B. Melayu SJK 1,188
Bahasa Melayu SK 528
Pendidikan Seni 12,893 B. Tamil SJKT
12,725 B. Iban 486
Visual
Reka Bentuk dan 12,088 B. Cina SK 475
351
Teknologi 11,518 B. Kadazandusun
Pendidikan Muzik 10,293 B. Tamil SK 24
Sejarah
Pendidikan Moral 8,350 B. Semai

Kursus diadakan pada 16 November hingga 20 Disember 2021, bertujuan untuk memberi
kefahaman kepada guru tentang DSKP KSSR (Semakan 2017) Tahun 6 bagi pelaksanaan pada
tahun 2022. 128,658 orang guru telah mengikuti kursus ini secara kendiri.

BENGKEL LATIHAN JURULATIH PENGGUNAAN u-PUSTAKA DAN SumberKU

Bengkel kerjasama antara KPM dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berlangsung secara
dalam talian pada 14 Disember 2021. Bengkel ini telah disertai oleh 168 peserta yang terdiri
daripada 20 orang pegawai KPM (BSTP, BPK, BPG, BPSH) dan PNM yang terlibat dalam Task
Force Kerjasama Strategik KPM-PNM di bawah program KPMPerkasaKU. Bengkel ini turut
disertai oleh wakil pegawai SSTP, pegawai JPN dan pegawai PPD. Objektif bengkel adalah
untuk memberikan latihan kepada master of trainers setiap negeri sebagai persediaan untuk
penyebaran kepada semua guru di setiap sekolah seluruh Malaysia yang akan dilaksanakan
pada tahun 2022. Setiap PPD perlu merancang aktiviti peluasan di peringkat daerah masing-
masing pada tahun 2022 dan menyerahkan laporan menggunakan templat laporan yang akan
dikongsikan oleh pegawai BSTP.

7

KURSUS ORIENTASI KSSM PENDIDIKAN KHAS PROGRAM KHAS PERSIJILAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN VOKASIONAL KEMAHIRAN MALAYSIA
SECARA SINGLE-TIER KEPADA
Kursus Orientasi KSSMPK Mata Pelajaran GURU KEMAHIRAN DAN
Kemahiran Vokasional telah dilaksanakan secara VOKASIONAL PENDIDIKAN
dalam talian pada 7 - 8 Disember 2021. Seramai 160 KHAS SEKOLAH MENENGAH
orang Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) mata TAHUN 2021
pelajaran Kemahiran Vokasional Spesifik dan mata
pelajaran Kemahiran Kefungsian Rendah telah Program khas Persijilan Kemahiran
mengikuti kursus yang bertujuan untuk memastikan Malaysia secara Single-Tier kepada
kefahaman JUK mengenai pelaksanaan dan Guru Kemahiran dan Vokasional
penilaian bagi Sijil Kemahiran Malaysia Program Pendidikan Khas Sekolah Menengah
Modular. Hasil dapatan kursus akan digunakan untuk Tahun 2021 anjuran Sektor
menambah baik perancangan dan strategi bagi Pendidikan Khas, JPN Perak telah
memperkasakan KSSMPK mata pelajaran Kemahiran diadakan pada 9 November 2021 di
Vokasional. Taiping, Perak. Program bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada
MESYUARAT PENILAIAN BAHAN PdP DIGITAL guru kemahiran dan vokasional
EduwebTV PRASEKOLAH negeri Perak tentang pelaksanaan
Persijilan Sijil Kemahiran Program
Mesyuarat ini telah dijalankan pada 19 dan 22 Modular dan penyediaan Lawatan
November 2021 secara dalam talian dan Panel Penilai Pentauliahan Program
dipengerusikan oleh pegawai Unit Prasekolah, Kemahiran ke Pusat Bertauliah
BSTP. Bahan PdP digital prasekolah yang dinilai Penyedia Latihan Kemahiran bagi
akan dimuat naik ke platform EduwebTV sebagai permohonan pentauliahan program
rujukan guru, murid dan ibu bapa. Mesyuarat ini telah melalui pentauliahan induk. Peserta
dihadiri oleh Penolong Pengarah Unit STEM Awal, terdiri daripada 95 orang guru, lima
Sektor Prasekolah dan pegawai BSTP, BPSH, JN orang pegawai PPD, dan dua orang
serta IPGM. pegawai JPN.

BENGKEL KERJA PEMETAAN PdP SISIPAN ELEMEN BUDAYA ORANG ASLI DAN
PERIBUMI BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3

Bengkel telah diadakan pada 1 - 3
November 2021. Bengkel ini
dihadiri oleh empat orang guru
bagi menyediakan pemetaan PdP
Sisipan Elemen Budaya Orang Asli
dan Peribumi bagi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani Tahun 3.

8

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM IPIM KEPADA JPN, PANITIA DAN GURU
SEJARAH DI PULAU PINANG DAN PERAK 2021

Taklimat diadakan pada 24 – 25 November 2021 secara dalam talian. Taklimat melibatkan empat
orang penceramah jemputan yang diketuai oleh seorang pegawai dari BPK dan tiga orang
pegawai dari Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Program ini telah disertai oleh 1003 orang peserta
iaitu 465 orang peserta dari Pulau Pinang manakala 538 orang peserta dari Perak. Objektif
program diadakan adalah untuk memperkenalkan Program IPIM kepada pegawai JPN, panitia
Sejarah dan guru Sejarah tentang kaedah pelaksanaan program bermula dari tatacara
permohonan sehingga ke sesi pengendalian
program tersebut secara menyeluruh.
Pendedahan berkaitan dengan ruang dan
peluang yang disediakan oleh muzium
negeri yang terlibat dengan program IPIM
juga diberikan dalam usaha menyokong
proses PdP Sejarah supaya lebih menarik
dan bermakna melalui pembelajaran luar
bilik darjah.

BENGKEL PENERAPAN PEMULIHARAAN MESYUARAT
BIODIVERSITI UNTUK GURU-GURU JAWATANKUASA KECIL
MALAYSIA SIRI 2/2021 PELAKSANAAN BAHASA

Bengkel berlangsung selama tiga hari bermula KEBANGSAAN
pada 14 - 17 Disember 2021. Bengkel kerjasama SEKTOR PENDIDIKAN
antara BPK, Institut Perhutanan Malaysia (FRIM),
dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli BIL. 2/2021
(KeTSA). Bengkel ini telah disertai oleh 24 orang
guru dan pegawai BPK sebagai penceramah serta BPK selaku urus setia telah mengadakan
fasilitator untuk membangunkan rancangan Mesyuarat JKKPBKSP Bil. 2/2021 pada
pengajaran harian dan alat bantu mengajar. 18 November 2021 di Bilik Mesyuarat Utama,
Objektif bengkel adalah untuk membangunkan Blok E8, KPM. Mesyuarat ini dipengerusikan
modul dan bahan pendidikan yang boleh oleh Ketua Setiausaha Kementerian
membantu guru untuk meningkatkan kesedaran Pendidikan Malaysia YBhg. Datuk Yusran
tentang pemuliharaan biodiversiti secara Shah bin Mohd Yusof. Perkara yang
berkesan. dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah
Pelaporan Aktiviti Bahasa Kebangsaan
Tahun 2021, Anugerah Tokoh Bahasa
Melayu Sektor Pendidikan, dan Majlis
Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan yang
telah diadakan pada 5 Oktober 2021.

9

BENGKEL PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS SISTEM
PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Bengkel Pelaksanaan KSSMPK Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM) Program Modular dan
Dokumen Kurikulum Kemahiran Vokasional (DKKV) mata
pelajaran Kemahiran Kefungsian Rendah telah diadakan
pada 30 November dan 1 Disember 2021 bertempat di
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JPN Perlis. Bengkel
anjuran Sektor Pendidikan Khas, JPN Perlis disertai oleh
21 orang guru Kemahiran Vokasional Spesifik, 22 orang
guru Kemahiran Vokasional Kefungsian Rendah dan
seorang pegawai JPN. Pegawai BPK bertindak sebagai
penceramah dan fasilitator bengkel. Objektif bengkel
adalah untuk:

• memantapkan pelaksanaan KSSMPK
(Kemahiran) bagi SPKM Program Modular
dan DKKV;

• meningkatkan kefahaman guru tentang
pelaksanaan SPKM;

• menambah bilangan sekolah yang boleh
ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah;

• menambah bilangan lantikan Pegawai
Penilai Program Modular dalam kalangan
guru.

Pada akhir bengkel, peserta dapat
menerangkan tentang pelaksanaan KSSMPK
SPKM Program Modular dengan lebih
terperinci.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROGRAM
LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH BIL. 2/2021

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Literasi dan
Numerasi (PLaN) Sekolah Rendah Bil. 2/2021 telah diadakan
pada 23 November 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Sri
Duta, BPK.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia ini bertujuan memaklumkan dan
membincangkan status milestones PLaN. Antara laporan
yang telah dibentangkan dalam mesyuarat ini ialah Laporan
Prestasi Perbelanjaan, Laporan Status Aktiviti PLaN 2021
dan Peluasan Sekolah PLaN 2022.

10

MAKMAL KUALITI DAN EKUITI PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025

20 Oktober hingga 9 November 2021: Pegawai STMRBT
terlibat sebagai fasilitator dalam Makmal Kualiti dan Ekuiti Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang
dianjurkan oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan
(PADU) di Putrajaya. Makmal ini bertujuan untuk
memperincikan isu dan cabaran kritikal, membangunkan
cadangan penyelesaian dan pendekatan alternatif norma
baharu bagi merapatkan jurang Aspirasi Sistem Kualiti dan
Aspirasi Sistem Ekuiti.

SESI SINDIKASI DAN GALLERY WALK MAKMAL KUALITI DAN EKUITI PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

26 November 2021: Pegawai STMRBT terlibat sebagai fasilitator di
Sesi Sindikasi dan Gallery Walk Makmal Kualiti dan Ekuiti Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 di Putrajaya. Sesi ini
bertujuan untuk memperincikan isu dan cabaran kritikal,
membangunkan cadangan penyelesaian dan pendekatan alternatif
norma baharu bagi merapatkan jurang Aspirasi Sistem Kualiti dan
Aspirasi Sistem Ekuiti. Sesi ini telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi
KPM, Pengarah Bahagian dan Setiausaha Bahagian KPM.

BENGKEL PEMETAAN DAN PEMBINAAN DRAF RUBRIK PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MERENTAS
MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH

21 - 23 Disember 2021: STMRBT telah mengadakan Bengkel
Pemetaan dan Pembinaan Draf Rubrik Pentaksiran Bilik Darjah
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Merentas Mata
Pelajaran Sekolah Rendah selaras dengan tujuan utama Dasar
Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu
menyediakan generasi fasih digital. Bengkel ini melibatkan
pegawai meja Pentaksiran Bilik Darjah dan pegawai mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains,
Matematik, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

BENGKEL PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENYEDIAAN BORANG

SKOP PROJEK ROLLING PLAN 2 (RP-2), RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS

TAHUN 2022 Bengkel telah diadakan pada 8 November 2021. Bengkel ini dihadiri oleh

pegawai dari Bahagian KPM yang memohon projek di bawah RP-2,

RMKe-12 bagi menyediakan Borang Skop Projek RMKe-12.

11

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA NACP (KPM) MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PELAN ANTI RASUAH
2019 - 2023 BAGI INISIATIF 2.4.5: MEMBERI NASIONAL (NACP) KPM BAGI INISIATIF 2.4.5:
PENEKANAN YANG LEBIH TERHADAP KEPENTINGAN MEMBERI PENEKANAN YANG LEBIH TERHADAP
NILAI MURNI DALAM SILIBUS PENDIDIKAN KEPENTINGAN NILAI MURNI DALAM SILIBUS
PRASEKOLAH BIL. 3/2021 PENDIDIKAN PRASEKOLAH BIL. 3/2021

Mesyuarat ini telah diadakan pada 26 November 2021
melibatkan pegawai bahagian KPM, Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional (JPNIN), KEMAS dan Early Childhood
Care and Education (ECCE) Council. Mesyuarat telah diadakan
secara dalam talian dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
Sektor Prasekolah.

TAKLIMAT PENGURUSAN KURIKULUM PEMBANGUNAN VIDEO
STANDARD PRASEKOLAH CONTOH PELAKSANAAN

KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS PENGAJARAN DAN
PERINGKAT NEGERI PAHANG PEMBELAJARAN DI RUMAH
TAHUN 2021
PRASEKOLAH
Taklimat ini telah dijalankan pada
29 November 2021 dan disampaikan oleh Mesyuarat ini telah dijalankan
Ketua Unit Prasekolah Pendidikan Khas, dalam tempoh November hingga
Sektor Prasekolah. Taklimat diadakan Disember 2021 secara dalam talian.
secara dalam talian melibatkan tiga orang Mesyuarat yang dipengerusikan
pegawai BPK, empat orang pegawai JPN oleh Ketua Unit STEM Awal, Sektor
dan 13 orang guru Prasekolah Pendidikan Prasekolah ini melibatkan empat
Khas. Taklimat ini memberi penekanan orang pegawai Sektor Prasekolah,
kepada pelaksanaan dan pentaksiran KSPK enam orang pegawai JPN dan
Pendidikan Khas, serta sesi soal jawab guru enam orang guru prasekolah.
bersama-sama penceramah.

12

TAKLIMAT RINTIS DAN BENGKEL LATIHAN PENDEKATAN BERTEMA

Taklimat Rintis dan Bengkel Latihan Pendekatan Bertema telah diadakan secara dalam talian
mulai 15 - 18 November 2021 dan 22 - 25 November 2021. Bengkel latihan ini bertujuan untuk
menyampaikan maklumat rintis dan latihan pelaziman pendekatan bertema kepada pegawai
SISC+, pegawai SIP+, guru, pentadbir sekolah dan pensyarah IPG kampus seluruh negara.
Bengkel latihan ini telah dikendalikan oleh 40 orang fasilitator yang terdiri daripada pegawai
mata pelajaran BPK.

FORUM PENDIDIKAN PRASEKOLAH: PEMURNIAN e-PEMBELAJARAN
KARNIVAL PENDIDIKAN SWASTA – PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN
PENDIDIKAN DIGITAL DI PRASEKOLAH
ADAKAH SATU KEPERLUAN? RAYA PERINGKAT TASKA DAN
PRASEKOLAH

Forum ini telah diadakan pada 21 November Bengkel pemurnian ini telah dijalankan
2021 secara dalam talian. Panel forum ini pada 17 dan 18 November 2021 di Dewan
terdiri daripada Ketua Unit Kemanusiaan Awal MIROS, Selangor. Bengkel ini telah
dan Penolong Pengarah Unit STEM Awal, dipengerusikan oleh Puan Roziana binti
Sektor Prasekolah, BPK. Sebanyak enam Shahril, Pegawai Penyelidik MIROS dan
soalan berkaitan kesediaan kurikulum dihadiri oleh Ketua Unit STEM Awal
prasekolah dan pendidikan digital telah serta Penolong Pengarah Unit STEM
dibincangkan dalam sesi yang berlangsung Awal, Sektor Prasekolah. Bengkel ini turut
selama 30 minit ini. disertai pegawai Bahagian GENIUS,
BSTP, Jabatan Pengangkutan Jalan,
agensi swasta dan guru prasekolah.

13

PELANCARAN MODUL e-PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
PERINGKAT TASKA DAN PRASEKOLAH

Majlis pelancaran ini telah diadakan pada
9 Disember 2021 sempena sambutan ulang tahun ke-10
ASEAN NCAP, bertempat di MIROS, Selangor. Majlis
telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Suret Singh,
Pengerusi MIROS. Pelancaran modul ini turut dihadiri
Ketua Unit STEM Awal dan Penolong Pengarah STEM
Awal, Sektor Prasekolah, serta pegawai Bahagian
GENIUS, BSTP, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPNIN,
KEMAS, IPGM, UPSI, agensi swasta dan guru
prasekolah.

MESYUARAT PENILAIAN BAHAN PdP PEMANTAUAN BILIK DARJAH DI
GAMIFIKASI BAGI PERTANDINGAN BAWAH PROJEK RANCANGAN
HARI POTENSI KEMAS
MALAYSIA KEDUA BELAS
Mesyuarat ini telah dijalankan pada (RMKe-12) ROLLING PLAN 2 (RP-2)
BAGI NAIK TARAF BILIK DARJAH
2 Disember 2021 secara dalam talian dan MENJADI MAKMAL SAINS SUKAN

dipengerusikan oleh Penolong Pengarah, (FASA 1)

KEMAS. Penilaian bahan ini untuk Pemantauan ini dilaksanakan di enam
buah sekolah yang telah mendapat
menentukan pemenang pertandingan Hari kelulusan di bawah Projek RMKe-12 bagi
naik taraf bilik darjah menjadi makmal
Potensi Tabika KEMAS peringkat sains sukan. Pemantauan ini
dilaksanakan pada 2 - 9 Disember 2021
kebangsaan. Mesyuarat ini disertai pegawai (Fasa 1) bagi melihat kesesuaian bilik
darjah yang telah dicadangkan oleh JPN
BPK, STEAM Education, ASWARA, KEMAS semasa permohonan.

dan agensi swasta.

LAWATAN PENGUMPULAN MAKLUMAT
BILIK SENI VISUAL DI SEKOLAH RENDAH

DAN MENENGAH

SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Melaka

Lawatan ini bertujuan untuk melihat pengurusan SMK Semenchu, Johor
dan kelengkapan bilik seni visual yang SMK Seri Kota Puteri 2, Johor
disediakan oleh pihak sekolah. Lawatan telah
diadakan pada bulan Oktober dan November
2021 melibatkan semua pegawai Unit
Pendidikan Seni Visual, BPK. Sebanyak 26
buah sekolah di Perak, Selangor, WP Kuala
Lumpur dan Melaka telah dipilih untuk lawatan
tersebut.

14

KUNJUNG BANTU PEMANTAUAN PROJEK FASA ROLLING PLAN 1
(RP-1), RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS MENAIK TARAF
BILIK DARJAH KEPADA BENGKEL MATA PELAJARAN KEMAHIRAN
VOKASIONAL

Program Kunjung
Bantu Pemantauan
Projek RMKe-12 Fasa RP-1
bagi menaik taraf bilik darjah
untuk mata pelajaran kemahiran
vokasional telah dilaksanakan sepanjang
bulan November dan Disember 2021. Pegawai BPK telah mengunjungi 17 buah sekolah untuk
meninjau perkembangan naik taraf serta memberi input dan maklum balas bagi memastikan
kelancaran dan perkembangan positif projek. Program kunjung bantu ini memberi keyakinan
kepada pihak sekolah memastikan pencapaian standard dan piawaian bengkel yang
dikehendaki.

ECONOMIC PARTNERSHIP PROGRAM (EPP) - LEP2.0 THE SHOKUIKU APPROACH
TO STRENGTHEN DIET-RELATED DISEASE PREVENTION PROGRAM

Kursus ini telah diadakan secara dalam talian (bersiaran melalui JICA Malaysia dan JICA
Jepun) bertarikh 20 - 22 Disember 2021 yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) dan Japan International Cooperation Agency (JICA). Peserta yang hadir adalah terdiri
daripada 15 orang pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia dan seorang pegawai KPM iaitu
Cik Tan Huey Ning (Bahagian Pembangunan Kurikulum) yang telah menerima tawaran Hadiah
Latihan bagi sepanjang tempoh mengikuti kursus ini daripada pihak JPA. Tujuan kursus ini
adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan pendekatan serta amalan terbaik dalam
konsep Shokuiku serta menekankan konsep Shokuiku dalam amalan diet dan pemakanan
harian kepada masyarakat terutamanya murid sekolah bagi mencegah penyakit yang berkaitan
dengan pemakanan serta diet.

15

BPK VAGANZA 2021

BPK Vaganza 2021 anjuran BKSS
diadakan pada 1 Disember 2021 di
Atrium Cendekia. Pertandingan ini
bertujuan untuk mengeratkan
silaturahim di samping mencungkil
bakat terpendam dalam kalangan
warga BPK. Tiga orang juri jemputan
telah mengadili pertandingan ini.

Pemenang BPK Vaganza Kali ke-3:
Johan
Encik Mohd Syazwan bin Jonit,
SBK
Naib Johan
Puan Siti Rosni binti Nik Mohd Zaid,
SKK
Tempat Ketiga
Puan Noraida binti Md. Idrus,
SSM
Persembahan Terbaik
Encik Firdaus bin Zakeyuddin,
SKK

16

JASAMU DIKENANG

Tanggal 17 Disember 2021, BPK telah mengadakan
Majlis Persaraan Encik Bakhtiar bin Mohd Salleh bagi
mengenang jasa beliau yang bersara wajib pada
1 Januari 2022. Beliau merupakan Ketua Penolong
Pengarah, Unit Pendidikan Muzik, Sektor Kesenian
dan Kesihatan.

Beliau berkhidmat di BPK pada tahun 1997 selepas
menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam bidang
Pendidikan Muzik di Southern Ilinois University,
Carboudale, USA.

Tahniah diucapkan atas kecemerlangan perkhidmatan
Encik Bakhtiar dan sepanjang tempoh berkhidmat
beliau di BPK. Semoga dikurniakan kesihatan yang
baik sepanjang tempoh persaraan.

Majlis Persaraan Puan Margaret Mary Lawrence a/p
Lawrence Joseph diadakan pada 22 Disember 2021
bagi mengenang jasa dan bakti beliau yang bersara
pilihan pada 2 Januari 2022.

Beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah, Unit
Khas Masalah Pembelajaran, Sektor Pendidikan
Khas. Beliau mula berkhidmat pada 26 Julai 1991 iaitu
selama hampir 31 tahun di KPM. Justeru, BPK
menzahirkan penghargaan atas jasa dan bakti beliau
sepanjang tempoh perkhidmatannya.b Semoga
dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh
persaraan. eliau

Pada 29 Disember 2021, satu majlis penuh bermakna telah diadakan bagi
menghargai dan meraikan Encik Velusamy a/l Kuppusamy yang bersara
wajib pada 2 Januari 2022. Beliau mula berkhidmat di BPK pada
16 November 2008. Beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah di Unit
Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral, Sektor Sains Sosial.
Bahagian ini merakamkan penghargaan buat
Encik Velusamy yang telah berkhidmat dan
menabur bakti sepanjang tempoh
perkhidmatannya dengan KPM selama
hampir 32 tahun mulai pada 1 Januari 1990.
Semoga semangat terus bekerja dan
berjuang dalam perkhidmatan ini dapat
dicontohi oleh warga BPK.

17

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Tahniah dan Selamat Bertugas di Tempat Baharu

YBrs. Dr. Latip bin Muhammad

YBrs. Dr. Latip bin Muhammad mula berkhidmat di dalam perkhidmatan awam pada
1 Ogos 1988 di Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur dan ditempatkan di Bahagian
Pembangunan Kurikulum sebagai Timbalan Pengarah Kanan, Kluster Dasar Sains &
Teknologi dengan Gred Utama C (Memangku) pada 6 Mei 2020. Pada tanggal
1 Disember 2021, beliau telah dilantik memangku Pengarah Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kejayaan demi
kejayaan telah dikecapi hasil kecemerlangan dan dedikasi beliau dalam perkhidmatan.
Warga BPK mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau dan semoga
YBrs. Dr. Latip bin Muhammad terus cemerlang menerajui Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian, KPM. BPK merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih buat YBrs. Dr. Latip bin Muhammad atas sumbangan dan bakti di sepanjang
perkhidmatan beliau di BPK. Semoga terus cemerlang!

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS DI BPK

Bil Nama Pegawai Gred Tarikh Masuk Tempat Bertugas Lama Penempatan Baharu
1. SUTHAGAR A/L PERIANNAN DG44 6 Disember 2021
13 Disember 2021 SJK(T) Ladang Sektor Prasekolah
2. AHMAD RUJHAN BIN IBRAHIM DG44 13 Disember 2021 Tumbuk, Selangor
DG44 13 Disember 2021 SK Putrajaya Presint Sektor Dasar dan
3. RAFIZAWATI@NAZRAH BINTI DG48 11(3), WP Putrajaya Penyelidikan Kurikulum
MAAMUN DG44 13 Disember 2021 SK Putrajaya Presint
N22(KUP) 20 Disember 2021 11(3), WP Putrajaya Sektor Dasar dan
4. MOHD HIZAM BIN ABDULLAH W19 20 Disember 2021 SMK Putrajaya Presint Penyelidikan Kurikulum
20 Disember 2021 5(1), WP Putrajaya
5. NOR AZUAD BIN MD YUSOF H11 SK Putrajaya Presint Sektor Bahasa dan
11(2), WP Putrajaya Kesusasteraan
6. HASNAH BINTI ZAKARIA Bahagian Jemaah
Sektor Kesenian dan
7. ANITHA A/P RAJAGOPAL Nazir, KPM Kesihatan
Bahagian Pengurusan
8. MOHD NIZA BIN YACCOB Sumber Manusia, KPM Sektor Khidmat
Bahagian Pengurusan Pengurusan
Sumber Manusia, KPM
Sektor Khidmat
Pengurusan

Sektor Khidmat
Pengurusan

PERGERAKAN PEGAWAI

Bil. Nama Pegawai Gred Tarikh Kuatkuasa Tempat Bertugas Lama Penempatan Baharu
DG48 1 November 2021
1. ABDULLAH BIN HARUN H11 Sektor Kesenian dan SMK Dengkil, Selangor
N29 6 Disember 2021 Kesihatan
2. MOHD HANAFI BIN MOHD W19 20 Disember 2021 SMK(A) Kuala Abang, Kuala
RAMLI 20 Disember 2021 Sektor Khidmat Terengganu
H11 Pengurusan
3. NUR SYAZWANI BINTI MD 20 Disember 2021 Majlis Keselamatan Negara,
SAHARIF Sektor Kesenian dan JPM
18 Kesihatan
4. JULIANI BINTI ALI Bahagian Kewangan, KPM
Sektor Khidmat
5. AZMI BIN YAHYA Pengurusan Bahagian Pembangunan
Sumber Manusia, KPM
Sektor Khidmat
Pengurusan

BPK PRIHATIN

Salam Takziah…

Daripada kami Warga BPK

❑ Ibunda Puan Aienulhuda binti Ab.Aziz, Unit Aset dan Perolehan, Sektor Khidmat
Pengurusan telah kembali ke rahmatullah pada 9 November 2021
❑ Kekanda Puan Sabariah binti Mahmud, Unit Kewangan, Sektor Khidmat
Pengurusan telah kembali ke rahmatullah pada 10 Disember 2021
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan
ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan
beramal soleh
Aamiin….
19

SIDANG REDAKSI
BULETIN BPK

PENAUNG
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan

Pengarah BPK

KETUA EDITOR
Puan Nooraini binti Kamaruddin

Timbalan Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

EDITOR
Puan Isnazhana binti Ismail

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

PEREKA GRAFIK/PENYUNTING

Encik Mior Syazril bin Mohamed Sapawi Puan Siti Zulikha binti Zelkepli

Penolong Pengarah Penolong Pengarah

Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh AHLI JAWATANKUASA
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas Cik Wan Nur Zamrud binti Shamsudin
Penolong Pengarah

Sektor Kesenian dan Kesihatan

Puan Hajah Siti Rahayu binti Encik Zamhari bin Azman
Muhammad Penolong Pengarah

Penolong Pengarah Sektor Sains dan Matematik
Sektor Bahasa dan Kesusasteraan
Puan Hasneeda binti Mohd Sarip
Cik Maria Ulfah binti Abdullah Saud Penolong Pengarah
Penolong Pengarah
Sektor Prasekolah Sektor Teknologi Maklumat dan
Reka Bentuk Teknologi
Cik Siti Khadijah binti Abdullah
Penolong Pengarah Puan Siti Zubaidah binti Karim
Sektor Sains Sosial Pegawai Eksekutif

Sektor Khidmat Pengurusan


Click to View FlipBook Version