The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzaty.saroman91, 2022-05-11 02:32:51

E-Book Laporan Tahunan Kolej Vokasional Slim River 2021

PELAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER 2021

Keywords: kolej vokasional slim river

PELAPORAN TAHUNAN
KOLEJ VOKASIONAL
SLIM RIVER
2021

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

VISI DAN MISI KVSR 1

SEJARAH KVSR 2

LAGU KVSR 3
KATA-KATA ALUAN PENGARAH 4
1.0 PENGURUSAN KVSR 5
2.0 PENGURUSAN AKADEMIK 7

2.1 JABATAN TEKNOLOGI AWAM 9

2.1.1 PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN 10

2.1.2 PROGRAM TEKNOLOGI PEMPROSESAN KAYU & KEMASAN 14

2.2 JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL & PEMBUATAN 19

2.2.1 PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMATIF 20

2.2.2 PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI 22

2.2.3 PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN 28

2.2.4 TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA 33

2.3 JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK 40

2.3.1 PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK 41

2.3.2 PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK 46

2.4 JABATAN PERNIAGAAN 58

2.4.1 PROGRAM KESETIAUSAHAAN DAN PENTADBIRAN 59

2.4.2 PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN 62

2.5 JABATAN PENDIDIKAN UMUM 72

2.6 JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN 91

2.7 UNIT PENYELARAS PBC (SKM) 96

2.8 UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI 101

3.0 PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK 104

3.1 UNIT HAL EHWAL PELAJAR 106

3.2 UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM 121

3.3 UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA 124

3.4 UNIT PUSAT SUMBER 140

3.5 UNIT PERHUBUNGAN AWAM 143

3.6 UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT 151

3.7 UNIT PENGURUSAN ASRAMA 154

3.8 UNIT PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN 163

4.0 PENGURUSAN JAMINAN KUALITI 167

4.1 PENGURUSAN AKREDITASI PROGRAM 169

4.2 LATIHAN, COAACHING DAN MENTORING 175

4.3 PEMBUDAYAAN INOVASI DAN PENYELIDIKAN 177

4.4 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) 183

4.5 EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 185

PENGHARGAAN 187

VISI KVSR

Peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang Unggul

MISI KVSR

Memperkasa Pendidikan Teknikal dan Vokasional Melalui
Pelaksanaan Program Yang Berkualiti

1|L A P O R A N T A H U NA N K V S R 2 0 2 1

SEJARAH KVSR

Kolej Vokasional Slim River pada peringkat penubuhannya dikenali sebagai sekolah Menengah
Vokasional Slim River. Program pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada tahun 1984 di atas tapak
seluas 33 ekar yang asalnya ialah ladang getah. Kos pembinaan sekolah ini dianggarkan berjumlah RM
19 juta dan dibiayai di bawah projek Asia Development Bank 1 (ADB 1). Sekolah ini terletak 1km dari
pekan Slim River menuju ke Kuala Slim. Sekolah ini mula megambil pelajar pada 10 Mac 1986 dengan
menawarkan 7 kursus vokasional. Kumpulan pertama pelajar ini adalah merupakan kumpulan yang
terakhir mengambil Sijil Pelajaran Vokasional Malaya (SPVM). Pada tahun 1987, peperiksaan dan sijil
ini telah ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia VokasionaL (SPMV).

Pada tahun 1988, sekolah ini mengukir sejarah yang penuh bermakna apabila telah dirasmikan
oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Al-marhum
Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullah pada 12 julai bersamaan 21 Zulkaedah 1408H. Pada tahun
1995, sekolah ini sekali lagi mendapat peruntukan di bawah pembiayaan ADB 4 untuk pembinaan
bangunan tambahan dan bangunan baharu. Infrastruktur ini telah mula digunakan pada tahun 2000.
Mulai tahun 1996, sekolah ini telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Slim River di bawah
program penstrukturan semula sekolah menengah vokasional. Dengan taraf yang baharu ini, Sekolah
Menengah Teknik Slim River telah menawarkan tiga kursus aliran teknikal, iaitu Kejuruteraan Awam,
Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik.

Bermula tahun 2009, program perluasan vokasional telah mula dilaksanakan dengan
memperkasakan kursus-kursus vokasional (MPAV) dan kemahiran (SKM). Sejajar dengan program ini,
bilangan kelas vokasional dan kemahiran ditambah manakala kursus teknikal telah dijumudkan. Mulai
tahun 2010, nama sekolah ditukar menjadi Sekolah Menengah Vokasional Slim River dan hanya
mengendalikan kursus-kursus dalam aliran vokasional dan kemahiran.

Dalam mengarus perdana pendidikan vokasional, pada tahun 2012 telah berlaku transformasi
secara besar-besaran terhadap pendidikan vokasional oleh bahagian pendidikan teknik dan vokasional
(BPTV). Melalui pelaksanaan pelan transformasi vokasional (PTV), sekolah menengah vokasional telah
dinaik taraf menjadi kolej vokasional secara berperingkat dengan 15 buah sekolah menengah
vokasional telah menjadi sekolah rintis bagi program ini. Mulai tahun 2013 Sekolah Menengah
Vokasional Slim River dikenali sebagai Kolej Vokasional Slim River dengan menawarkan sembilan
program vokasional termasuk dua program baharu, iaitu kesetiausahaan dan pentadbiran dan
pengurusan perniagaan serta meneruskan kursus aliran kemahiran.

2|LAPORAN TAHUNAN KVSR 2021

LAGU KOLEJ

Dengan semangat perwira
Dibawah satu bendera
KVSR yang tercinta

Kami curah bakti dan jasa
Dengan ikhlas dan setia
Kepada bangsa dan negara

Mohon doa dan takwa
Semoga selamat sejahtera
Pendidikan dan teknologi

Cogan berinovasi
Rukun negara kami ikuti

Harapan nan bestari

3|L A P O R A N T A H U NA N K V S R 2 0 2 1

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera

dan salam KV di hati.

Segala puji-pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan izin-Nya Kolej
Vokasional Slim River telah berjaya merintis dengan menerbitkan Pelaporan Tahunan Kolej
bagi Tahun 2021. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawantankuasa Pelaporan Tahunan
Kolej Vokasional Slim River yang berkolaboratif dalam satu pasukan yang mantap bagi
menyiapkan naskah gemilang ini.

Dalam menjayakan aspirasi pendidikan negara khususnya Pendidikan Teknik dan
Vokasional (TVET), semua pihak perlulah mengorak langkah kehadapan bagi menjayakan
matlamat ini. Pendidikan TVET perlu diperkasakan sebagai laluan penuh untuk melahirkan
modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovasi dan mampu menghadapi
saingan pada peringkat global selaras dengan keperluan semasa. Bagi menjayakan hasrat
Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2050,
transformasi Pendidikan TVET merupakan satu agenda penerokaan minda tenaga kerja
tempatan dalam menghidupkan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Oleh itu, kesiapsiagaan semua
pihak termasuk institusi yang menawarkan pendidikan TVET perlu membuat perancangan teliti
agar agenda transformasi pendidikan TVET dapat direalisasikan.

Dalam konteks ini, Kolej Vokasional Slim River telah merancang dan merangka pelbagai
strategi bagi menjayakan agenda transformasi pendidikan TVET. Pelbagai aktiviti, program,
perbengkelan dan sebagainya telah dirancang pada awal tahun sebagai satu usaha jitu untuk
melahirkan golongan pelajar yang berkemahiran, berketerampilan dan bersahsiah tinggi.
Penglibatan dan kerja buat yang tidak mengenal erti jemu daripada pensyarah setiap jabatan,
program, dan unit membuktikan kesepakatan warga Kolej Vokasional Slim River ke arah
melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi. Pendokumentasian setiap aktiviti atau program
merupakan bukti pelaksanaan terhadap perancangan yang dilakarkan pada awal tahun. Selain
itu, pelaporan tahunan kolej ini juga boleh dijadikan ukuran terhadap kejayaan atau
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dan menjadi sumber rujukan kepada institusi
lain ke arah penambahbaikan organisasi pada masa akan datang.

Akhir bicara, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menerbitkan pelaporan tahunan kolej
ini. Semoga pelaporan tahunan kolej ini menjadi sumber rujukan dan Petunjuk Prestasi Utama
(KPI) dalam membina organisasi yang berkesan. Ibarat kata bijak pandai, “pisang sesikat, susu
sebelanga, tanda bermuafakat bersama-sama.” Segala komitmen dan keiltizaman daripada
semua warga Kolej Vokasional Slim River menjadi pemangkin ke arah menjadikan kolej ini
sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang bitara dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

4|LAPORAN TAHUNAN KVSR 2021

1.0
PENGURUSAN KVSR

5|L A P O R A N T A H U NA N K V S R 2 0 2 1

6|LAPORAN TAHUNAN KVSR 2021

2.0
PENGURUSAN AKADEMIK

7|L A P O R A N T A H U NA N K V S R 2 0 2 1

8|LAPORAN TAHUNAN KVSR 2021

2.1
JABATAN TEKNOLOGI AWAM

9|L A P O R A N T A H U NA N K V S R 2 0 2 1

10 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN

Program : Kursus Kesedaran QLASSIC for Building Construction Work

Tarikh : 8 Julai 2021

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Aplikasi Cisco Webex

Penyertaan : 28 orang pelajar Tahun 2 DVM CTP, pensyarah CTP (Ts. Dr. Siva dan Cik Dayana binti

Mohd Razemi).

Objektif :

(a) Menambah ilmu pengetahuan para pensyarah kursus dan para pelajar bagi kursus DCA

3313 & DCA 3033 yang terdapat dalam Struktur Program Teknologi Pembinaan.

(b) Membantu setiap pelajar dalam menyiapkan tugasan berkaitan Qlassic bagi kursus DCA
3313 dan DCA 3033 untuk semester 2, Sesi 1/2021

(c) Meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan pengetahuan Qlassic ini dalam menyediakan
diri untuk menjalani On The Job Training akan datang

Pencapaian :

Kursus Kesedaran Qlassic ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan PdPc pelajar Tahun 2 DVM CTP
dalam kursus DCA 3033 (Specification and Quality Control for Construction Work) dan DCA 3313
(Building Construction- III). Perlaksanaan kursus ini telah memberi manfaat kepada semua peserta
yang terlibat sekaligus dapat menambah input Kaedah Qlassic yang digunapakai dalam industri
pembinaan di Malaysia bagi menjamin kualiti pembinaan. Pelajar juga dapat menggunakan ilmu yang
diperolehi dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah.

11 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN

Program : Kursus Asas Ukur Kejuruteraan dalam Pembinaan (Ukur Aras)

Tarikh : 5 Ogos 2021

Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat : Aplikasi Zoom

Penyertaan : 28 orang pelajar Tahun 2 DVM CTP

Objektif :

(a) Menambah ilmu pengetahuan para pelajar tentang aplikasi ilmu ukur dalam teknologi

pembinaan.

(b) Membantu setiap pelajar dalam penyediaan alatan dan kelengkapan kerja ukur
mengikut prosedur yang betul.

(c) Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam melaksanakan amali kerja ukur bagi
penilaian tugasan amali pelajar.

Pencapaian :

Kursus Asas Ukur Kejuruteraan dalam Pembinaan ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan PdPc
pelajar Tahun 2 DVM CTP dalam kursus DCA 4113 (Construction Survey). Perlaksanaan kursus ini telah
memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat. Ilmu ukur yang diperolehi dapat dimanfaatkan
oleh pelajar ketika menjalani On The Job Training kelak.

12 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN

Program : National Invention & Innovation Competition (Youth 2021)

Tarikh : 30 November 2021

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : Atas talian

Penyertaan : 28 orang pelajar Tahun 2 DVM CTP, pensyarah CTP (Ts. Dr. Siva dan Cik Dayana binti

Mohd Razemi).

Objektif :

(a) Mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran rekacipta dan inovasi produk dalam

bidang teknologi pembinaan.

(b) Membantu pelajar membina keyakinan diri dalam berkomunikasi dengan pihak luar.

Pencapaian :

Dalam pertandingan tersebut, pasukan CTP, KVSR telah Berjaya memenangi pingat Perak. Pelajar
dapat memperoleh ilmu berkaitan dengan reka cipta dan inovasi di mana ia sangat membantu pelajar
untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir bagi semester 4.

13 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

14 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMPROSESAN KAYU DAN KEMASAN

Program : Pemantapan OBE (CQI CLORR) Siri 1

Tarikh : 10 Februari 2021

Masa : 3.00 – 5.00 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat CPK

Penyertaan : Semua pensyarah CPK

Objektif :

(a) Memberi pendedahan kepada pensyarah Program Teknologi Pemprosesan Kayu dan
Kemasan berkaitan pemahaman tentang Course Outline dan Course Learning Outcome
(CLO).

(b) Menjelaskan kepada pensyarah tentang setiap Course Learning Outcome (CLO) yang
terdapat pada setiap hasil pembelajaran kursus.

Pencapaian :

Pensyarah dapat menambah nilai kemahiran dan pengetahuan mereka dalam OBE terutamanya
melibatkan hasil pembelajaran kursus. Ini penting bagi setiap pensyarah memahami kandungan
kursus dengan tepat dan pentaksiran dapat dilakukan samada secara teori ataupun amali.

15 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMPROSESAN KAYU DAN KEMASAN

Program : Pemantapan Outcome Based Education (OBE)

Tarikh : 30 Jun 2021

Masa : 11.00 – 12.30 Tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat CPK

Penyertaan : Semua pensyarah CPK

Objektif :

(a) Memberi pendedahan kepada pensyarah Program Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
berkaitan pemahaman tentang Outcome Based Education (OBE)

(b)Menjelaskan kepada pensyarah tentang matlamat dan tujuan OBE perlu diamalkan dalam
setiap program.

Pencapaian :

Pensyarah dapat menambah nilai kemahiran dan pengetahuan mereka dalam OBE terutamanya
melibatkan hasil pembelajaran kursus. Setiap pensyarah perlu menguasai OBE dengan baik
terutamanya menerangkan setiap proses OBE tersebut.

16 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMPROSESAN KAYU DAN KEMASAN

Program : Pemantapan OBE – STUDENT LEARNING TIME (SLT)

Tarikh : 15 September 2021

Masa : 10.00 – 12.00 Tengah Hari

Tempat : Bilik Mesyuarat CPK

Penyertaan : Semua pensyarah CPK

Objektif :

(a) Memberi pendedahan kepada pensyarah Program Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
berkaitan pemahaman tentang Student Learning Time (SLT).

(b)Menjelaskan kepada pensyarah tentang kepentingan mengetahui SLT yang terdapat dalam
kandungan kursus.

Pencapaian :

Pensyarah dapat menambah nilai kemahiran dan pengetahuan mereka dalam OBE terutamanya
melibatkan Student Learning Time (SLT).). Ini penting bagi setiap pensyarah memahami SLT
terutamanya apabila melibatkan pembelajaran secara pdpr.

17 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMPROSESAN KAYU DAN KEMASAN

Program : Pemantapan OBE (CQI CLORR) Siri 2

Tarikh : 10 Oktober 2021

Masa : 10.00 – 1.00 Tengah Hari

Tempat : Bilik Mesyuarat CPK

Penyertaan : Semua pensyarah CPK

Objektif :

(a) Memberi pendedahan kepada pensyarah Program Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
berkaitan pemahaman tentang Continous Quality Improvement (CQI)

(b)Menjelaskan kepada pensyarah tentang proses dan pelaksanaan CQI bagi setiap Course Learning
Outcome (CLO) yang terdapat dalam kandungan kursus.

Pencapaian :

Pensyarah dapat menambah nilai kemahiran dan pengetahuan mereka dalam OBE terutamanya
melibatkan Continous Quality Improvement (CQI). Ini penting bagi setiap pensyarah memahami CQI
dengan tepat dan segala penambahbaikan perlu diambil bagi memantapkan sesebuah program.

18 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

2.2
JABATAN TEKNOLOGI
MEKANIKAL & PEMBUATAN

19 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

20 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF

Program : In House Training Rombak Rawat (Major) Enjin 4 Silinder (Pemantapan
Kemahiran Guru Baharu)

Tarikh : Sepanjang Rabu Dan Jumaat Bulan November 2021

Masa : Pagi, Tengahari dan Petang

Tempat : Bengkel Autumotif KVSR

Penyertaan : Guru- Guru Program Automotif Dan Tenaga Pengajar Senior

Peserta : 6 Orang Guru Program

Pengajar : 3 Orang

Objektif :

(d) Menambahkan dan mempertingkatkan kemahirann sedia ada kepada tenaga pengajar
program. mengenai ilmu yang lebih advance dalam proses merombak rawat enjin

(e) Supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran yang akan dapat diaplikasaikan dalam PDPC
nanti serta sebagai persediaan awal untuk memohon SKM tahap 3.

(f) Memberi kefahaman yang lebih mantap dan berkesan bagi pensyarah mentransformkan
kaedah dan bentuk kemahiran dalam teknologi automotif megikut silibus terkini.

(g) Pelajar akan dapat menguasai kemahiran baru dan teknologi baru dengan lebih optima
dan seterusnya program dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi.

Pencapaian :

Pelajar memperoleh ilmu baru berkaitan dengan merombk rawat enjin yang berteraskan kawalan
elektronik di mana ia sangat membantu tenaga pengajar untuk menyiapkan kaedah pengajaran yang
disampaikan kepada pelajar dengan lebih efektif dan berkesan. Memandangkan sekarang semua
kenderaan menggunakan teknologi moden dan mengikut era globasisasi anjakan teknologi automotif
yang sangat kedepan. Diharapan dengan adanya aktiviti ini PDPC dapat dijalankan dengan lebih baik
dan mencapai objektif pengajaran yang lebih optimum.

21 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

22 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

Program : Menceriakan Kawasan Bengkel

Tarikh : 1/1/2021-31/4/2021

Masa : 3.00 – 5.00 Petang (RABU)

Tempat : Bengkel MPI

Penyertaan : Semua pensyarah dan pelajar Diploma

Objektif :

(a) Untuk memberikan suasana yg ceria supaya dapat menaikkan semangat para pelajar
untuk belajar.

(b) Menyediakan bengkel dalam keadaan bersih dan kemas.

Pencapaian :

Kawasan bengkel yang bersih, kemas dan ceria amat penting. Ini adalah untuk menyediakan
prasarana yang kondusif bagi pelajar dan pensyarah. Suasana yang ceria dan kemas dapat menaikkan
semangat pelajar untuk belajar dan pensyarah untuk mengajar.

23 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

Program : Bengkel Pemantapan Outcome Base Education (OBE)

Tarikh : 11/10/2021

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dalam Talian

Penyertaan : Pensyarah MPI

Objektif :

(a) Memantapkan pengetahuan berkaitan OBE di kalangan pensyarah

(b) Mengaplikasikan pengetahuan OBE di dalam PdPC.

(c) Mengikut piawaian yang ditetapkan oleh MBOT bagi tujuan mendapatkan akreditasi

Pencapaian :

Tenaga pengajar yang mengajar program MPI yang terdiri dari pensyarah vokasional dan pensyarah
Umum dapat meningkatkan pengetahuan mengenai Outcome Base Education (OBE). Pengetahuan ini
dapat diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar. Ianya juga dapat
mengikut piawaian yang telah di tetapkan oleh pihak MBOT bagi tujuan mendapatkan akreditasi.

24 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

Program : Majlis Bacaan Yassin Bersama Pelajar Diploma

Tarikh : 14/10/2021

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bengkel MPI

Penyertaan : Pensyarah dan pelajar MPI, KJ Mekanikal dan TPSA.

Objektif :

(a) Meraikan pelajar 2 Diploma.

(b) Mendoakan kesejahteraan warga KVSR.

(c) Menjadikan pelajar insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

Pencapaian :

Pelajar tahun 2 diploma terasa dihargai oleh warga Program MPI. Para pelajar juga dapat ditingkatkan
jati diri dengan adanya keseimbangan diri dari segi rohani dan jasmani. Justeru proses mendidik
pelajar dapat dijalankan dengan lebih baik.

25 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

Program : Kursus Mastercam Secara Dalam Talian

Tarikh : 22-25/11/2021

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Makmal AUTOCAD.

Penyertaan : Khairul Annuar bin Shamsuddin

Norizuan bin Juraimi

Fadli Rahman bin Muhammud

Mohd Ikhwan bin Shaharin

Maslin bin Sulaiman

Objektif :

(a) Pemantapan pengetahuan berkaitan penggunaan Mastercam.

(b) Menggunakan perisian Mastercam yang terkini.

Pencapaian :

Para pensyarah MPI dapat memantapkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan penggunaan
Mastercam. Mereka juga dapat menggunakan perisian teknologi masa kini. Teknologi ini juga dapat
disampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan dan menarik dengan adanya bimbingan yang telah
disampaika di dalam kursus ini.

26 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

Program : Sokongan Teknologi Pembuatan Penghasilan Produk Bersama

PETROCLAMP

Tarikh : 6-11/12/2021

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bengkel MPI.

Penglibatan : Pensyarah MPI

Objektif :

(a) Pemantapan pengetahuan dan kemahiran berkaitan kerja-kerja industri.

(b) Mengukuhkan hubungan dua hala antara Teknologi Pemesinan Industri dan Petroclamp
Sdn. Bhd.

Pencapaian :

Para pensyarah MPI dapat memantapkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan teknologi
pembuatan penghasilan produk yang berkaitan dengan kerja-kerja industri. Kerjasama yang
dijalankan telah dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara Teknologi Pemesinan Industri (MPI)
dan Petroclamp Sdn. Bhd. Di pihak pensyarah mendapat faedah dari segi pengetahuan dan kemahiran,
di pihak ssyarikat pula telah mendapat faedah seperti bekalan tenaga mahir dari kalangan pelajar MPI.
Manakala di kalangan pelajar pula peluang pekerjaan telah terbuka untuk mereka.

27 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

28 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN

Program : Projek Komuniti Berpagar Bagi Program Pemesinan Industri
Tarikh : 15 Mac 2021 (ISNIN)-18 Mac 2021 (KHAMIS)
Masa : 8.00AM-5.00PM (9 JAM)
Tempat : Bengkel Teknologi Kimpalan KVSR
Penyertaan : Guru- Guru Program Teknologi Kimpalan
Tajuk : Penggunaan Mesin MIG

Objektif :
(c) Menambahkan dan mempertingkatkan kemahiran sediada kepada tenaga pengajar
program. mengenai amali dalam penggunaan mesin MIG.

(d) Supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran yang akan dapat diaplikasaikan dalam PDPC.

(e) Memberi kefahaman yang lebih berkesan bagi pensyarah.

Pencapaian :

Pelajar akan memperoleh ilmu baru berkaitan dengan penggunaan mesin MIG untuk menyiapkan
projek dengan kaedah pengajaran yang disampaikan kepada pelajar dengan lebih efektif dan
berkesan. Diharapkan dengan adanya aktiviti ini, PDPC dapat dijalankan dengan lebih baik dan
mencapai objektif pengajaran yang lebih optimum.

29 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN

Program : Lawatan Jkkp Ke Bengkel Teknologi Kimpalan

Membuat Pemeriksaan 2 Buah Pemampat Udara (Air Compressor)

Tarikh : 30 Mac 2021 (SELASA)

Masa : 10.30AM-11.30AM

Tempat : Bengkel Teknologi Kimpalan KVSR

Penyertaan : Guru- guru Program Teknologi Kimpalan

Objektif :

(a) Membuat pengujian pemampat udara dibengkel bagi memastikan ianya di dalam
keadaan yang baik.

(b) Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada dalam kalangan tenaga
pengajar dalam membuat pemeriksaan pemampat udara.

(c) Pengetahuan dan kemahiran akan dapat diaplikasaikan oleh pensyarah di dalam PDPC.

Pencapaian :

Pelajar akan memperoleh ilmu baru berkaitan dengan penggunaan pemampat udara untuk
menyiapkan kaedah pengajaran yang disampaikan kepada pelajar dengan lebih efektif dan berkesan
bagi modul pemotongan plasma dan goughing. Diharapkan dengan adanya aktiviti ini. PDPC dapat
dijalankan dengan lebih baik dan mencapai objektif pengajaran yang lebih optimum.

30 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN

Program : Membekal Mesin Untuk Program Teknologi Kimpalan

Mesin Berkaitan Circular Saw, Electrod Oven dan Furnace (Rawatan Haba)

Tarikh : 30 November 2021

Masa : 9.00AM -1.00PM

Tempat : Bengkel Teknologi Kimpalan KVSR

Penyertaan : Guru- guru Program Teknologi Kimpalan

Objektif :

(a) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan tenaga pengajar program
mengenai amali dalam penggunaan mesin yang dinyatakan

(b) Pengetahuan dan kemahiran akan dapat diaplikasaikan oleh pensyarah di dalam PDPC.

(c) Meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan pensyarah di dalam PDPC.

Pencapaian :

Penerangan daripada pembekal REFZEN di antaranya mengenai graf rawatan haba dapat memberikan
penambahan ilmu dalam kalangan pensyarah. Mereka juga tahu menggunakan mesin dan peralatan
dalam pengajaran yang disampaikan kepada pelajar supaya lebih efektif dan berkesan. Diharapkan
dengan adanya aktiviti ini, PDPC dapat dijalankan dengan lebih baik dan mencapai objektif pengajaran
yang lebih optimum.

31 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN

Program : Membekal Mesin Untuk Program Teknologi Kimpalan

Penerangan Dan Membekal Mesin Berkaitan MIG Dan TIG

Tarikh : 02 December2021

Masa : 9.00AM -1.00PM

Tempat : Bengkel Teknologi Kimpalan KVSR

Penyertaan : Guru- guru Program Teknologi Kimpalan

Objektif :

(a) Menambahkan dan mempertingkatkan kemahiran sediada kepada tenaga pengajar
program. mengenai amali dalam penggunaan mesin yang dinyatakan.

(b) Pengetahuan dan kemahiran akan dapat diaplikasaikan oleh pensyarah di dalam PDPC.

(c) Meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan pensyarah di dalam PDPC.

Pencapaian :

Pelajar akan memperoleh ilmu baru berkaitan dengan penggunaan mesin dan peralatan untuk
digunakan dalam pengajaran yang disampaikan kepada pelajar supaya lebih efektif dan berkesan.
Diharapkan dengan adanya aktiviti ini, PDPC dapat dijalankan dengan lebih baik dan mencapai objektif
pengajaran yang lebih optimum.

32 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

33 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

Program : Majlis Bacaan Yassin Bersama Pelajar Diploma

Tarikh : 5/2/2021

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bengkel PPU

Penyertaan : Pensyarah PPU, KJ, TPSA dan Pengarah

Objektif :

(a) Meraikan pelajar 2 Diploma sebelum menghadiri OJT.

(b) Mendoakan kesejahteraan pelajar untuk menghabiskan OJT dengan jayanya.

Pencapaian :

Meraikan pelajar Diploma yang telah banyak mengharungi suka dan duka belajar dan membantu para
pensyarah di Program PPU. Pelajar juga diberi nasihat dan kata-kata semangat dalam mengharungi
dunia luar semasa menjalani OJT. Pelajar juga diingatkan agar menjaga nama baik keluarga serta KVSR
agar dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat luar.

34 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

Program : Menceriakan Kawasan Bengkel

Tarikh : 1/1/2021-31/4/2021

Masa : 3.00 – 5.00 Petang (RABU)

Tempat : Bengkel PPU

Penyertaan : Semua pensyarah dan pelajar Diploma

Objektif :

(a) Untuk memberikan suasana yg ceria supaya dapat menaikkan semangat para pelajar
untuk belajar.

(b) Menyediakan bengkel dalam keadaan bersih dan kemas.

Pencapaian :

Kawasan bengkel yang bersih, kemas dan ceria amat penting. Ini adalah untuk menyediakan
prasarana yang kondusif bagi pelajar dan pensyarah. Suasana yang ceria dan kemas dapat
menaikkan semangat pelajar untuk belajar dan pensyarah untuk mengajar.

Sebelum Selepas

35 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

Program : Kursus Peningkatan Kemahiran Watercooled Package Unit

Tarikh : 18/10/2021

Masa : 9.00 – 5.00 Petang

Tempat : Bengkel PPU

Penyertaan : Semua pensyarah dan pelajar Diploma

Objektif :

(a) Membantu guru untuk mahir mengenai operasi sistem dan mengenalpasti kaedah yang
sesuai untuk mengesan Troubleshoot system.

(b) Penerapan dalam PDPC dan Pembangunan Bahan Pengajaran

Pencapaian :

Perlaksanaan kursus ini telah memberi manfaat kesemua peserta yang terlibat iaitu tenaga pengajar
dan pelajar Program Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara (PPU) bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mengenai Watercooled Package Unit.

36 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

Program : Pelupusan Aset PPU

Tarikh : 6/5/2021-21/11/2021

Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Tempat : Bengkel PPU

Penyertaan : KP, KB dan pembantu aset

Objektif :

(c) Membuat pelupusan aset bagi aset bengkel yang sudah rosak.

(d) Mengemaskini aset yang terdapat di bengkel.

Pencapaian :

Berjaya membuat pelupusan aset sebelum tarikh akhir yang diberikan. Pelupusan dijalankan mengikut
SOP yang telah ditetapkan.

37 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

Program : Penambahbaikan Prasarana Stor

Tarikh : 1/9/2021-1/11/2021

Masa : 3.00 - 5.00 Petang

Tempat : Bengkel PPU

Penyertaan : Pensyarah PPU

Objektif :

(a) Menambahbaik susunan dan keadaan di dalam stor.

(b) Membuat tanda nama bagi peralatan yang terdapat di dalam stor.

Pencapaian :

Membuat perubahan susunan peralatan dan menambahbaik keadaan di dalam stor. Rak peralatan
yang di letak dengan tanda nama menjadi mudah untuk dikenalpasti. Penyimpanan yang kemas
membolehkan urusan inventori dan stok menjadi lebih terurus. Dengan adanya perubahan ini,
menjadikan stor lebih kemas dan ceria.

38 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

Program : Taklimat SLT Kepada Pensyarah Diploma

Tarikh : 14/10/2021

Masa : 3.00 – 5.00 Petang

Tempat : Bilik Meyuarat Bengkel PPU

Penyertaan : Semua pensyarah yang mengajar Diploma

Objektif :

(e) Memberi pendedahan kepada pensyarah mengenai pengiraan SLT untuk diisi dalam
template yang dibekalkan.

(f) Menerangkan kaedah untuk mendapatkan pengiraan dalam template.

Pencapaian :

Pensyarah diploma program dapat mengisi template SLT yang dibekalkan dan mengetahui kaedah
dan pengiraan untuk diisi di dalam template yang dibekalkan.

39 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

2.3
JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

& ELEKTRONIK

40 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

41 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

Program : Menaik Taraf Bengkel Teknologi Elektrik

Tarikh : 10-17/03/2021

Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg

Tempat : Bengkel Teknologi Elekrtrik

Penyertaan : Semua pelajar Teknologi Elektrik

Objektif :

(a) Meningkatkan keceriaan dan kebersihan bengkel

(b) Meningkatkan kerjasama antara pensyarah dan pelajar teknologi elektrik

(c) Memupuk nilai estetika dalam diri pelajar

(d) Meningkatkan kesedaran kepada semua pelajar kepentingan suasana belajar
yang kondusif dan selesa

Pencapaian :

Meningkatkan keselesaan dan kecerian bengkel sedia ada dan dapat menngeratkan silaturrahim
dalam kalangan pelajar dan pensyarah.

42 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

Program : Kursus Penataran Kurikulum Standard KV DVM Di KV KPM Bagi Pelaksanaan
Kohort 2021

Tarikh : 12/04/2021

Masa : 9.30 pagi - 5.00 ptg (6 jam)

Tempat : Online (Webex Meet)

Penyertaan : Pensyarah Teknologi Elektrik

1. Nur Asdiyanna binti Johari

2. Nor Afiza binti Tumijan

Objektif :

a) Untuk mengetahui struktur kurikulum standard kolej vokasional Diploma Vokasional
Malaysia (DVM) program Teknologi Elektrik di kolej vokasional KPM bagi pelaksanaan
kohort 2021.

Pencapaian :

Meningkatkan pengetahuan mengenai Struktur Kurikulum Standard Kolej Vokasional Diploma
Vokasional Malaysia (DVM) Program Teknologi Elektrik di kolej vokasional KPM bagi pelaksanaan
kohort 2021.

43 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

Program : Kursus Training Of Trainers (TOT) Bagi Bahan Bantu Mengajar Dalam Pendidikan
Tvet (Kejuruteraan Elektrikal/Elektronik)

Tarikh : 22/04/2021

Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg (6 jam)

Tempat : Online (Webex Meet)

Penyertaan : Pensyarah Teknologi Elektrik

3. Nur Asdiyanna binti Johari

4. Mohd Faris Firdaus bin Ramli @ Hashim

5. Amirul Nafis bin Mohd Aris

Objektif :

a) Untuk menyebarluaskan penggunaan inovasi ini sebagai Bahan Bantu Mengajar
(BBM) kepada tenaga pengajar Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah
Teknik (SMT) yang mengajar matapelajaran berkaitan asas komponen
elektrik/elektronik.

b)

Pencapaian :

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) kepada
tenaga pengajar Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang mengajar
matapelajaran berkaitan asas komponen elektrik/elektronik.

44 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

Program : Taklimat Projek Akhir Tahun 1 (PTA 1) Bersama Penyelaras PTA KVSR
Tarikh : 20/04/2021
Masa : 10.00 a.m.-11.30 a.m
Tempat : Bilik Kuliah DVM, Bengkel Teknologi Elektrik
Penyertaan : Penyelia Dan Pelajar 2 DVM Teknologi Elektrik
Objektif :
a) Untuk memberitahu perlajar tentang perlaksanaan PTA dengan lebih jelas dan

teliti.
b) Untuk menjelaskan kepada pelajar tentang Penulisan PTA dengan jelas

berdasarkan garis panduan yang telah diberikan.

Pencapaian :

Peserta memperolehi maklumat mengenai perlaksanaan PTA dengan lebih jelas dan teliti. Mereka
juga mengetahui tentang Penulisan PTA dengan jelas berdasarkan garis panduan yang dipaparkan.
Selain dari itu peserta dapat mengetahui tentang penyediaan tajuk projek.

45 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

46 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

Program : Menaiktaraf bengkel Teknologi Elektronik

Tarikh : 10-17 Mac 2021

Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg

Tempat : Bengkel Teknologi Elektronik

Penyertaan : semua pelajar Teknologi Elektronik

Objektif :

(a) Meningkatkan keceriaan dan kebersihan bengkel.

(b) Meningkatkan kerjasama antara pensyarah dan pelajar teknologi elektronik.

(c) Memupuk nilai estetika dalam diri pelajar.

(d) Meningkatkan kesedaran kepada semua pelajar kepentingan suasana belajar yang
kondusif dan selesa.

Pencapaian :

Meningkatkan keselesaan dan kecerian bengkel sedia ada dan dapat menngeratkan silaturrahim
dalam kalangan pelajar dan pensyarah.

47 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

Program : Pembentangan Projek Tahun Akhir Pelajar 2 DVM

Tarikh : 08 Februari 2021

Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang

Tempat : Bengkel Elektronik (C)

Penyertaan : Pelajar 2 DVM, KP Tek Elektrik, KJK & JK Pembudayaan Inovasi KVSR

Objektif :

(a) Menguji kemahiran para pelajar dalam mengaplikasi kemahiran yang telah dikuasai.

(b) Memupuk sikap berdikari pelajar sewaktu proses menyempurnakan PTA.

(c) Meningkatkan keyakinan diri para pelajar dan sikap berdaya saing secara sihat.

(d) Memupuk aspek komunikasi yang berkesan.

Pencapaian :

Pembentangan PTA yang dijalankan telah dinilai oleh panel penilai yang terdiri dari Ketua Program
Teknologi Elektrik , Ketua Jaminan Kualiti dan JK Pembudayaan Inovasi KVSR.

48 | L A P O R A N T A H U N A N K V S R 2 0 2 1


Click to View FlipBook Version