TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN ANNISAHALALMART
TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN PETUA CARA HILANGKAN BAU NASI HANGIT 1 2 - 3 4 - 6 7 - 9 1 0 - 1 2 1 3 - 1 4 1 5 - 1 6 PETUA UNTUK LEMBUTKAN DAGING PETUA TELUR LAMBAT BUSUK TIPS HILANGKAN HANYIR IKAN TIPS ELAK BAHAN MASAKAN MELEKAT PADA KUALI TIPS MENGATASI MAKANAN TERLALU MASIN ISI KANDUNGAN PETUA UNTUK LEMBUTKAN AYAM TIPS MENJAGA BAWANG AGAR TAHAN LAMA 1 7 - 1 8 TIPS TELUR MUDAH KOPEK 1 9 - 2 1
TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN TIPS CUCI KERANG DENGAN BERSIH 2 2 - 2 3 2 4 - 2 5 2 8 - 2 9 3 0 - 3 2 3 3 - 3 4 3 5 - 3 6 3 7 TIPS SIMPAN TAUGEH TAHAN LEBIH LAMA TIPS MENCUCI BUAH DENGAN BERSIH TIPS NASI LAMBAT BASI TIPS CARA MUDAH KOPEK UDANG TIPS SANTAN TAHAN LAMA TIPS MASAKAN LEBIH SEDAP 3 8 - 3 9 TIPS SIMPAN TAUHU AGAR TAHAN LAMA 4 0 - 4 2 2 6 - 2 7 PETUA HILANGKAN PAHIT PADA PERIA PETUA SAYUR KEKAL SEGAR
Dalam bidang masakan ada banyak petua yang boleh dicuba untuk menambah kemahiran masakan dan kemahiran dalam mengendalikan bahan masakan dengan betul. Namun masih ramai yang belum tahu tentang cara mengendalikan bahan masakan dengan betul. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi petua yang anda perlu ketahui berkaitan pengendalian makanan dan bahan masakan. Nak tahu apa? Kena ikuti perkongsian lengkap berikut mengenai 19 petua di dapur yang perlu dicuba. Jom! PENGENALAN TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
TIPS DAN PETUA MEMASAK
PETUA HILANGKAN BAU NASI HANGIT 1 Petua Hilangkan Bau Nasi Hangit Dengan Daun Sirih Jika nasi menjadi hangit selepas dimasak, jangan dikeluarkan dahulu. Cuba letakkan beberapa helai daun sirih dalam periuk nasi dan tutup selama 5 minit. Setelah dibuka kembali penutupnya, insyaAllah bau nasi hangititu akan hilang. Petua Hilangkan Bau Nasi Hangit Menggunakan Cili Padi Salah satu cara lain untuk hilangkan bau nasi hangit ialah dengan menggunakan cili padi. Ambil beberapa biji cili padi dan cucukkan hujungnya di bahagian atas nasi itu dan tutup periuk nasi. Biarkan tutup dengan lama. Biasanya apabila cili padi itu sudah layu atau nampak lebam, itu tandanya bau hangit itu pun sudah hilang TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
1. Lada hitamdan Halia Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng. 2. Tempurung Kelapa Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketikamerebus ayamtua. Pasti ayamakan cepat empuk. 3. Tebu Masukkan seruas tebu ke dalamperiuk ketikamemasak ayamtua. Pasti ayamakan cepat empuk. 2 PETUA UNTUK LEMBUTKAN AYAM Kadang kala amat melecehkan apabila kita membeli ayam yang sudah tua kerana isinya yang keras, terutamanya ayam kampung. Berikut merupakan 9 petua yang boleh dilakukan untuk melembutkan isi ayam : TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
4. Biji Selasih Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayamakan cepat empuk. 5. Daun Pisang Abu Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketikamemasak ayamtua. Pasti ayamakan cepat empuk. 6. Air Kelapa Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa. 7. Pangkal Daun Nenas Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk. 8. Buah Nenas kisar sepotong buah nenas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan danmasak ayamseperti biasa. 9. Buah BetikMuda Rebus ayamtua tersebut dengan buah betikmuda. 3 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart NENAS BIJI LADA HITAM BIJI SELASIH
1. Cuka Sumber asid didapati boleh melembutkan daging dalam masa yang singkat. Ambil sedikit cuka makan dan campurkan ke dalam rebusan atau lumurkan pada daging, kemudian perap untuk beberapa jam sebelum di masak. 2. Limau Nipis dan Lemon Kedua-dua buah ini pasti ada di dalam peti sejuk anda. Selain cuka, limau nipis dan lemon juga merupakan sumber asid yang dapat membantu melembutkan daging dalam masa yang singkat. Mudah, anda hanya perlu perahkan jusnya ke dalam rebusan atau perapkan pada daging untuk semalaman atau selang beberapa jam sebelum masak. PETUA UNTUK LEMBUTKAN DAGING 4 Terdapat pelbagai cara untuk melembutkan daging. Banyak petua dan tips turun-temurun orang zaman dulu yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat zaman sekarang Hal ini kerana tips dan petua orang dulu mudah dan telah terbukti keberkesanannya. TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN 9 Cara Lembutkan Daging
3. Sudu Cara ini rasanya pelik tapi menurut pakar masak, inilah antara cara atau petua mudah untuk melembutkan daging. Ambil sebatang sudu atau garfu dan letakkan ke dalam periuk semasa rebus daging. Hasilnya daging mudah dan cepat lembut sebab dipercayai sudu dapattingkatkan suhu dalam periuk. Selain sudu besi atau tembaga, ada juga yang menggunakan sudu porselin atau kaca. 4. Daun Nangka Jika boleh mendapatkan daun nangka, keringkan getahnya. Kemudian ambil anggaran 4 - 6 helai daun dan masukkan ke dalam masakan. Ia dapat membantu melembutkan daging. 5. BetikMuda Potong buah betik muda saiz kecil dan rebus sekali dengan daging. Jika tiada betik muda, anda boleh cuba gunakan batang betik. 6. Baking Soda Berbilang kegunaan, baking soda juga merupakan antara bahan yang dapat membantu untuk melembutkan daging dengan cepat, lebih kurang 15 minit. Lumurkannya pada daging dan setelah daging lembut, pastikan untuk bilas bersih sebelum dimasak. 5 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
7. Kurma Bukan sahaja isinya, biji kurma juga merupakan antara bahan yang dapat membantu untuk melembutkan daging. Ambil anggaran 3-5 biji kurma dan masukkan ke dalam daging yang sedang dimasak atau direbus. Hasilnya, daging cepat lembut selain ia menjadi pemanis lauk pauk semula jadi. Jika anda tidak gemar rasa manisan kurma dalam masakan, anda juga boleh gunakan bijinya sahaja. 8. Gula Batu Satu lagi cara yang didapati berkesan untuk melembutkan daging adalah dengan menggunakan gula batu. Masukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging, ia menjimatkan masa untuk lembutkan daging. 9. Garam Inilah antara cara yang paling mudah untuk melembutkan daging. Caranya mudah, perapkan daging dengan garam untuk beberapa jam. Cara ini juga berkesan kerana garam mampu memecahkan fiber otot yang keras. 6 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
Gunakan bahan ini untuk melembutkan daging CUKA BAKING SODA LIMAU NIPIS KURMA GULA BATU GARAM Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart
Terdapat beberapa tips atau petua yang boleh anda amalkan agar stok telur di rumah lebih tahan lama dan tidak rosak. Tips ini boleh digunakan untuk mana-mana jenis telur seperti telur ayam, telur itik (yang belum dimasinkan) dan juga telur puyuh. Lihat petua di bawah ini: PETUA TELUR LAMBAT BUSUK 7 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN 1. Beli Telur yang Berkualiti Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah membeli telur yang masih elok dan berkualiti tinggi. Pastikan telur yang ingin dibeli itu tidak mempunyai sebarang tanda retakan, pecah atau rosak pada kulitnya. Selain itu, lihat pada tarikh pengeluaran yang biasanya dicetak pada kulit atau kotak pembungkusan telur. Jika telur sudah agak lama, elakkan membeli telur tersebut dan cari telur yang segar. Telur yang sudah lama tidak akan bertahan lama walaupun disimpan di dalam peti sejuk.
2. Basuh Bersih Telur Sebelum disimpan di tempat yang kering seperti rak atau peti ais, pastikan anda mencuci dahulu telur dengan bersih. Ada yang berpandangan bawah telur tidak perlu dicuci agar ia tahan lama. Namun sebenarnya bagi orang Islam, kita tidak mahu isi telur bercampur dengan najis sewaktu telur dipecahkan. Malah, pencemaran silang boleh berlaku disebabkan bakteria Salmonella yang ada pada najis ayam menghinggapi makanan-makanan lain. Cara terbaik untuk memastikan telur ayam bersih dan tahan lama adalah dengan mencucinya bersama sabun dan keringkannya. Jika perlu, lap dengan kain sehingga kering sebelumdisimpan. 3. Simpan Telur dalamPeti Sejuk Telur akan tahan lebih lama jika disimpan dalam persekitaran yang kering dan bersuhu rendah seperti dalam peti sejuk. Bakteria Salmonella tidak dapat hidup dan membiak dalam suhu yang rendah.Malah,telurjuga boleh bertahan sehingga 4 atau 5minggu lamanya di dalampeti sejuk. 8 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
4.Masukkan dalam Bekas Khas Salah satu cara menyimpan telur yang betul adalah dengan meletakkannya dalam bekas telur khas.Mungkin ada yang menyimpannya dalam kotak telur yang asal. Namun, cara ini kurang bersih. Sebab yang pertama,telur yang belum dicuci bersih dan disimpan bersama-sama kotak asalnya dalam peti ais berpotensi menyebabkan pencemaran silang pada makanan yang lain. Jika anda telah mencuci telur, ia sepatutnya tidak dimasukkan semula ke dalam kotak kerana akan bercampur dengan najis ayam kembali. Sebaliknya, beli kotak telur khusus daripada plastik yang banyak dijual di pasar raya berdekatan anda untuk menyimpan telur. 5. Jangan Letak di Pintu Peti Sejuk Biasanya, kita akan meletakkan telur pada ruangan khas penyimpanan telur yang terletak pada bahagian atas pintu peti sejuk. Namun, lokasi ini sebenarnya tidak begitu optimum jika anda mahu mengekalkan ketahanan telur dalam peti sejuk. Ini kerana, ia merupakan tempat yang paling kurang sejuk dalam peti ais. Oleh itu, seperti yang kami sarankan di atas, letakkan telur yang telah siap dicuci dalam bekas khas dan simpannya dirak bahagian dalam peti sejuk. Ini kerana, bahagian tersebut mempunyai suhu yang terbaik dan lebih stabil berbanding di pintu peti sejuk. 9 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
1. Rendam Dalam Susu Masukkan ikan yang sudah dibersihkan dalam susu dan biarkan seketika kemudian bilas dengan bersih. Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyirikan. 2. Sapu dengan Pes Campuran Serbuk Kunyit, Garam dan Tepung Jagung Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan. Perap sehingga 30 minit atau lebih. Terpulang pada anda jika ingin membilas ikan sehingga bersih atau guna sahaja pes tersebut untuk menggoreng ikan. Terdapat 9 tips untuk hilangkan hanyir ikan yang akan dimasak. Tips tersebut mudah sahaja, anda boleh menggunakan bahanbahan harian yang terdapat di dapur rumah. TIPS HILANGKAN HANYIR IKAN 1 0 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN 9 Cara Untuk Hilangkan Hanyir Ikan
3. Guna Cuka Campurkan cuka dalam air dan rendam ikan di dalamnya untuk seketika. Cuka dapat mengurangkan sehingga 50 peratus bau hanyirikan. Selepas rendam, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan bau cuka. 4. Pastikan Ikan Dibersihkan dengan Betul Buang segala organ dalaman, insang dan membran putih yang terdapat dalam bahagian dalaman ikan. Apabila dibersihkan dengan betul, ia dapat mengurangkan bau hanyir. 5. Daun Jambu Batu Ambil beberapa helai daun jambu batu, bersihkannya, kemudian ramaskan daun dalam bekas yang berisi air. Lepas itu, masukkan ikan ke dalam bekas berisi air daun jambu batu tadi atau tuangkan air tersebut dalam bekas yang berisi ikan. Daun jambu batu mungkin susah sedikit untuk didapati bagi yang tinggal di bandar. Tapi, bagi yang ada, manfaatkanlah ia kerana ia memiliki pelbagai khasiatjuga. 1 1 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
6. Titiskan Jus Lemon Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan ia meresap baru dibilas dengan bersih. Kalau tiada, boleh juga gunakan limau purut. 7. Rendam dalam Air Garam Selepas dibersihkan, rendam ikan dalam air garam selama 15 minit. Semua bau hanyir akan hilang. 8. Guna Halia Halia bukan sahaja menghilangkan bau hanyir malah membuang toksin yang ada pada ikan. Caranya, cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit. 9. SapuMinyak Bijan Sapu minyak bijan pada ikan dan biarkan seketika.Minyak bijan menghilangkan bau hanyir dengan cepat. 1 2 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart SERBUK KUNYIT GARAM HALUS TEPUNG JAGUNG CUKA
Petua 1 Masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak sudah panas, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan selama 4 minit. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekatlagi di kuali. Bahan masakan yang melekat pada kuali boleh menyebabkan makanan tersebut hancur. Walaupun minyak sudah betulbetul panas tetapi masih lagi makanan tersebut boleh melekat. Bukan itu sahaja, kesan yang melekat tersebut agak sukar untuk dibersihkan. TIPS ELAK BAHAN MASAKAN MELEKAT PADA KUALI 1 3 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut.
Petua 2 Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga boleh membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali. Petua 3 Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa. Petua 4 Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi dan kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, sudah pastitidak melekat. Petua 5 Perapkan dengan sedikit cuka atau asamlimau nipis, insyaallah tidakmelekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan. 1 4 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
Gunakan bahan ini untuk elak bahan masakan melekat pada kuali MINYAK BAWANG PUTIH ASAM KEPING LIMAU NIPIS GARAM CUKA Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart
1. Pelepah / Daun Pisang Gunakan pelepah pisang untuk kurangkan rasa masin. Potong dalam kira-kira seinci, bersihkan dan masukkan dalam lauk dan didihkan bersama sehingga lauk masak. Kemudian buang pelepah tersebut bila nak dihidang. Selain pelepah pisang, daun pisang juga boleh digunakan untuk kurangkan rasa masin. Caranya ialah dengan meletakkan koyakan daun pisang yang sudah dibersihkan ke dalam juadah yang siap dimasak. Biarkan selama 30 minit. Daun pisang juga dapat meyerap lebihan rasamasin pada lauk. Resepi yang baru dicuba memang sukar untuk mengagak banyak mana garam yang diperlukan. Kalau ditambah air nanti cair pula kuahnya dan kurang rasa lemaknya. Bahan-bahan lain juga perlu ditambah apabila kuah cair untuk mendapatkan rasa yang betul. Jangan risau, ada beberapa cara untuk anda selamatkan lauk tersebut dan membetulkan rasa masakan supaya tidak terlalu masin. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di dapur. TIPS MENGATASI MAKANAN TERLALU MASIN 1 5 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN 7 Petua Kurangkan Masin Dalam Masakan Yang Terlebih Garam
2.Masukkan Kentang Apabila lauk hampir siap dan terasa masin apabila dicuba, jangan panik. Jika tiada pelepah pisang, boleh masukkan sebiji kentang yang dipotong empat di dalam lauk dan biarkan sehingga mendidih. Kentang akan membantu menyerap kemasinan dalam lauk dan mengimbangi rasa masakan. Boleh juga pakai sayur-sayuran yang tinggi kandungan air seperti terung dan timun yang dipotong secara memanjang untuk membetulkan rasamasin pada juadah. 3. Beras Masukkan sedikit beras yang dah dibasuh ke dalam sehelai kain bersih yang jarang. Ikatkan seperti bunjut dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih masin. Bunjut beras ini akan menyerap lebihan rasa masin dalam lauk. Bila lauk dah siap masak dan rasanya pun dahOK, bolehlah keluarkan bunjut beras tadi. 4. Hampas Kelapa Dengan teknik yang sama seperti membuat bunjut beras, anda boleh ambil sejemput hampas kelapa ikatkan supaya menjadi bunjut.Masukkan bunjut kedalamlauk danmasak bersama dalam15 ke 20minit. Bunjut hampas kelapa dapatmembantumembuang rasamasin berlebihan dan turut memberirasa lemak pada lauk. Kemudian, boleh keluarkan bunjut tadi dari lauk. 1 6 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart BERAS KENTANG
1. Asingkan dengan Bahan Dapur Lain Penting untuk anda memastikan bawang tidak disimpan sekali bersama sayur-sayuran atau bahan dapur yang lain seperti cili kering dan rempah ratus. Ini kerana percampuran bersama bahan lain akan menyebabkan bawang cepat busuk, rosak, malah rasanya juga berubah. 2. Simpan DalamBentuk Kisar atau Dihiris Tips ini sesuai buat isteri yang ingin menyenangkan kerja mereka di dapur. Boleh juga anda simpan bawang yang telah dikisar halus di dalam freezer, namun masukkannya di dalam bekas yang bertutup kemas. Jadi setiap kali ingin memasak, anda boleh ambil hanya mengikut keperluan dan lebihannya disimpan semula ke dalamfreezer. 3. Simpan Bawang Telah Dikupas Selain itu, anda boleh menyimpan bawang yang telah dikupas di dalam bekas bertutup dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ketika anda ingin menggunakannya, barulah cuci bawang itu, hiris atau kisar sebelumdijadikan bahan campuran penumismasakan. Tips Simpan Bawang Agar Tahan Lama TIPS MENJAGA BAWANG AGAR TAHAN LAMA 1 7 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
4. Simpan di Tempat Terbuka dan Kering Bawang perlu disimpan di tempat terbuka dan kering supaya ia tahan lama. Elakkan dari simpan bawang di tempat basah atau lembab kerana ia akan mengakibatkan bawang cepat busuk dan keluar tunas. Jadi, lepas ini pastikan tidak ada bawang yang perlu dibuang dan dibazirkan hanya kerana ia rosak dengan cepat. Cuba 4 tips di atas, pasti bawang akan tahan lama, tak kisahlah bawang holand, bawang besar atau bawang putih sekalipun, semuanya boleh diguna dalam tempoh masa yang lama. SelamatMencuba! 1 8 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
Sebenarnya ada banyak cara atau tips yang anda boleh gunakan untuk dapatkan telur rebus yang cantik dan licin apabila dikupas kulitnya. Siapa yang tak tahu cara betul untuk mengopek telur rebus jangan risau. Di sini akan dikongsikan 5 cara kupas telur rebus dengan mudah yang anda boleh ikut dengan yakin tanpa ragu. TIPS TELUR MUDAH KOPEK 1. SebelumKupas Telur,Masukkan DalamAir Sejuk Air berais membantu untuk menyejukkan telur rebus yang panas tadi dengan segera dan menghentikan telur tersebut dari 'terlebih masak' akibat haba yang masih terdapat pada telur tersebut. Telur rebus yang 'terlebih masak' boleh menyebabkan putih telur melekat pada kulit telur. Air berais tadi juga membantu telur rebus untuk mengecut sedikit akibat proses penyejukkan supaya tidak melekat pada kulitnya dan akan memudahkan kulittelurtersebut untuk dikupas nanti. Caranya mudah sahaja, bila korang selesai rebus telur, segera pindahkan telur rebus tadi dalam air sejuk. Paling elok sekiranya air yang berais. Pastikan telur tersebut dibiarkan berendam dalamair berais paling kurang selama 5minit. 1 9 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Cara Kupas Telur Rebus Dengan Betul dan Mudah
2.Masukkan Serbuk Baking Soda DalamAir Untuk Rebus Cara lain untuk memudahkan korang kupas telur rebus ialah dengan memasukkan serbuk baking soda di dalam air yang korang akan gunakan untuk rebus telur tu. Baking soda ni bersifat alkali. Bila korang masukkan baking soda di dalam air rebusan telur tadi, serbuk baking soda yang larut dalam air tersebut akan meningkat nilai PH putih telur yang korang rebus. Peningkatan nilai PH ini membantu dalam memisahkan putih telur dari selaput pada kulit telur menjadikan telur rebus tersebut mudah untuk dikupas. Kalau nak lagi berkesan, lepas rebus dengan airlarutan serbuk baking soda, masukkan telur tersebut di dalam air berais. Baru lah double the effect orang kata! 3. Kupas TelurMenggunakan Kaedah 'Crack And Roll' Bila korang nak kupas telur rebus, ada pelbagai cara yang korang boleh guna sebenarnya. Antara cara yang paling berkesan ialah cara 'crack and roll'. Untuk melihat demonstrasi cara ini korang boleh tengok di video Youtube ini. Secara mudahnya, 'crack and roll' ini ialah di mana telur yang korang dah rebus, diketuk sedikit kulitnya supaya merekah. Kemudian tekan sedikittelurtersebut di atas permukaan rata sambil menggulungnya seperti di dalam gambar. Ini akan menjadikan kulit telur mempunyai retak yang banyak namun masih lekat pada selaputnya, menyebabkan selaput tersebut mudah untuk tanggal. Kemudian korang kupas selaput kulit dan kulittelurtadi akan tanggal sekali denganmudah. 2 0 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
4. Kupas Telur Di DalamAir Bersuhu Bilik Atau Air Sejuk Ini lagi satu cara mudah untuk korang kupas telur rebus. Selepas telur direbus, masukkan telurtersebut dalam bekas berisi air dan pastikan telur tersebut betul-betul terendam di dalamnya. Ketuk sedikittelur di dalam airtadi menggunakan tepi atau dasar bekas supaya mempunyai rekahan pada kulitnya, dan kupas kulitnya semasa telur tersebut berada di dalam air. Air yang masuk melalui rekahan tersebut membantu dalam memisahkan putih telur dari selaput kulittelurrebus tadi dengan lebihmudah. 5. Jangan gunakan telur yang terlalu segar untuk direbus Ini mungkin kedengaran pelik tapi ini juga fakta yang betul. Telur yang terlalu segar, seperti telur yang baru dipungut dari ladang ternakan ayam, jika direbus akan susah untuk dikupas kulitnya. Kebiasannya telur di supermarket cukup umur untuk direbus kerana telur di supermarket biasanya sudah berumur 2 minggu ke satu bulan. Telur terlalu segar ini biasanya kalau korang beli telur secara terus dari ladang atau dari penternak ayam di pasar tani. Kalau korang beli telur segarini, pastikan tunggu sekurangkurangnya satu atau dua minggu sebelum direbus jika ingin memudahkan korang kupas kulit telur tersebut nanti. Itu dia 5 cara kupas telurrebus denganmudah. Nak guna cara biasa korang guna tak salah, tapi kalau korang nakmudahkan diri sendiri untuk kupas telurrebus, cubalah tips di atas. 2 1 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
TELUR BAKING SODA Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart AIR SEJUK
Petua 1 Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Kulit kerang akan lebih bersih. Petua 2 Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. Dengan cara ini isi kerang lebih enak dan mudah dicuci. Makan kerang memang sedap tetapi kalau salah cara basuh kerang memang akan mengambil masa yang lama untuk menghilangkan lumpur dan pasir yang melekat pada kulit kerang. Antara petua biasa digunakan adalah dengan memberus kulit kerang tersebut tetapi agak remeh kerana memakan masa yang agak lama. Jadi, untuk menjimatkan masa, ini 10 teknik cara basuh kerang sehingga bersih. TIPS CUCI KERANG DENGAN BERSIH 2 2 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Cara Basuh Kerang Guna 10 Teknik Ini, Lebih Bersih dan Mudah
Petua 3 Gaul dengan daun ubi dan ramas-ramaskan. Petua 4 Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh. Petua 5 Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang. Petua 6 Rendam menggunakan asam keping pun boleh. Rendam selama setengah jam dan kerang akan menjadi lebih bersih. Petua 7 Rendam kerang guna garam. Macam-macam cara boleh guna untuk bersihkan kulit kerang. Selamat mencuba! 2 3 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
BAWANG PUTIH ASAM KEPING Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart GARAM
Santan merupakan bahan yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Biarpun sudah ada santan kotak, masih ramai yang memilih santan segar terutama masyarakat zaman dulu. Untuk memudahkan proses memasak, ramai yang membeli awal dan menyimpannya di dalam peti sejuk sebagai stok. TIPS SANTAN TAHAN LAMA 2 4 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Petua Simpan Santan Tahan Lama Dalam Peti Sejuk Langkah 1 Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan. Langkah 2 Gunakan ia untukmembalut santan tersebut. Langkah 3 Kemudian letakkan santan yang dibalut kertas surat khabartadi ke bahagian sejuk beku (freezer) peti sejuk atau peti sejuk deep freezer.
Langkah 4 Yang akan membeku hanya kertas itu manakala santan akan kekal segar dan tahan lama. Langkah 5 Ia juga santan beku tidak terbahagi kepada dua bahagian dan ia sejuk sekata. Langkah 6 Malah santan tersebut boleh terus digunakan tanpa perlu andamenunggu ia cairterlebih dahulu. Langkah 7 Teknik ini banyak digunakan oleh suri rumah menjelang musimperayaan kerana santan cepat habis di pasaran. 2 5 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
Baru beberapa hari beli taugeh tetapi sudah hitam dan tidak dapat digunakan lagi. Jangan risau, ada beberapa cara untuk simpan taugeh yang boleh dicuba dan tahan berminggu-minggu. Jadi, kalau ada taugeh di rumah, boleh cuba cara seperti di bawah. Tidak perlu susah-susah nak keluar ke kedai untuk membeli taugeh baru. Jom cuba! TIPS SIMPAN TAUGEH TAHAN LEBIH LAMA 2 6 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Cara Simpan Taugeh Tahan Lebih Lama 1. Rendam dalam air bersama potongan limau kasturi. Letakkan di dalambekas tertutup dan simpan dalampeti ais. 2. Simpan dalam peti ais dan letak dalam plastik. Pastikan kering dan tak basah. 3. Rendam di dalam air berisi asam keping. Boleh tahan berminggu-minggu. 4. Boleh simpan tauge dalam plastik ais krim dan biarkan beku. Bila nak guna boleh terus keluarkan.
5. Cara simpan taugeh yang seterusnya adalah buang ekor dan simpan dalambekas tertutup. 6. Simpan dalam bekas berisi air dan pastikan tukar air 2 hingga 3 hari. 7. Campurkan sedikit garamdi dalambekas berisi air. 8. Bungkus taugeh menggunakan surat khabar dan letak di dalampeti ais. Boleh tahan berminggu lama. 9. Isikan air di dalam bekas, campurkan sedikit garam dan asamkeping. Simpan di bahagian chiller. Mudah kan? Tiada lagimasalah taugeh cepat buruk dan layu. Selamatmencuba! 2 7 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart LIMAU KASTURI AIR ASAM KEPING GARAM
Buah-buahan mestilah dibasuh dengan baik sebelum dimakan. Ini dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan kepada kita. Air garam berfungsi untuk meneutralkan racun yang melekat pada kulit buah. Kita boleh amalkan membasuh buah dengan air garam dan air bersih sebelum makan buah-buahan. TIPS MENCUCI BUAH DENGAN BERSIH 2 8 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Cara Cuci Buah-Buahan Yang Baru Dibeli Supaya Selamat Untuk Dimakan 1. Cuci Tangan Sendiri Dahulu Tangan yang sudah bersih baru boleh untuk mencuci dan membersihkan buah-buahan tersebut. 2. Rendam Buah-Buahan Dengan Bahan Pencuci Makanan / Garam Mulakan dengan merendam buah-buahan tersebut dengan pencuci makanan atau dengan garam bagi melarutkan racun ataupun kotoran yang masih melekat pada buah-buahan tersebut.
3. Gosok Dengan Span/Berus Lembut Gosok buah-buahan tersebut dengan span/berus lembut supaya sisa-sisa racun atau kotoran tertanggal dari kulit buah-buahan tersebut. Jangan sampai lelas pula kulit buahbuahan tersebut. 4. Bersihkan Pisau/AlatanMemotong Alatan pun mesti dibersihkan bagi mengelakkan kotoran pada alatan berpindah ke buah-buahan. 5. Simpan Di Dalam Peti Sejuk Pastikan ruangan yang hendak disimpan buah-buahan tersebut dibersihkan. Cara mencuci buah-buahan yang betul akan mengelakkan daripada kotoran dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit, anda juga akan dapat menikmati manfaat istimewa yang terkandung dalam buahbuahan segartersebut. 2 9 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart GARAM SPAN
1. Basuh Hingga Bersih Ada yang berpesan elakkan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar.Walaubagaimana pun, jika beras hanya dicuci sekali, ia berpotensi menjadikan nasi yang dimasakmenjadi cepat basi. Sebaiknya, apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelummencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga. Anda juga boleh cubamembuat bilasan terakhir danmemasak nasimenggunakan air yang bertapis. 2. Periuk Dicuci Bersih Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi periuk dan juga kualiti nasi anda. Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesaimenggunakannya. TIPS NASI LAMBAT BASI 3 0 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN 6 Petua Nasi Lambat Basi
3. Jus Limau Nipis Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini. Malah, ia menjadikan nasi lebih harumdan tahan lama kerana keasidannya. 4. LapWap Nasi Selepas Dimasak Apabila nasi dimasak dengan periuk nasi elektrik, buka penutup periuk. Gemburkan nasi supaya ia masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih. Ia akan menjadikan nasi tahan lama, lembut dan berderai dengan elok. 5. Tambah Garam Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama. Malah ia juga menjadikan nasimenjadi lebih sedap dan kenyal. 3 1 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
3 2 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN 6. Panaskan Periuk Nasi atas Dapur Jika anda terlupa dan nasi basi di dalam periuk, lakukan cara ini. Telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama. Petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basiwalaupun dah 2 hari. Selamat mencuba!
BERAS BASMATHI JUS LIMAU NIPIS Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart GARAM
TIPS CARA MUDAH KOPEK UDANG 3 3 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN 5 Cara Mudah Kopek Udang 1. Renjis air panas Anda perlu sediakan bekas bersih dan masukkan udang ke dalamnya. Renjiskan air panas secukupnya sehingga udang menjadi merah. Kemudian, buang air tersebut dan udang tersebut boleh dibuang kulit. 2. Belah bahagian belakang udang Cara kedua untuk mengupas udang ialah dengan memotong bahagian belakang udang dengan mengulitinya tidak melebihi 0.5 cm. 3. Keluarkan isi perut udang Keluarkan isi perut udang yang berada di belakang, bentuknya menyerupaitali hitam nipis. Basuh sehingga bersih. Udang merupakan sejenis makanan laut yang banyak diproses menjadi pelbagai hidangan. Bermula dari memanggang, menggoreng hinggalah diproses menjadi inti goreng. Sebelum memproses udang menjadi menu makanan, anda perlu tahu cara mengupas kulitnya dengan mudah.
3 4 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN 4. Guna pencungkil gigi Pencungkil gigi boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran di belakang udang. Cungkil sisa udang dan pastikan badan udang kekal utuh. 5. Gunakan setitik cuka Setelah kupas kulit dan bersihkan udang, barulah diproses. Jika ingin merebusnya, masukkan setitik cuka ke dalam air rebusan tersebut supaya warnanya cantik dan tidak berbau hanyir.
AIR MINERAL Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart CUKA