The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by towashawaytheblood, 2023-05-23 04:40:52

folio pjpk anak khalid

assignment for pjpk grades

Keywords: sifir2

BUKU PENGENALAN i-AKNC INSTITUT KUALITI DAN PENGEMBANGAN ILMU (InQKA)


ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. PEMBAHARUAN 3. STRUKTUR ASAS 4. PROSES 5. KESIMPULAN


1.0 PENGENALAN i-AKNC adalah sebuah Sistem Maklumat Bersepadu AKNC. Ia adalah satu instrumen penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh pihak InQKA UiTM untuk menambah baik proses perlaksanaan Anugerah Kecemerlangan Naib Canselor (AKNC) di UiTM. AKNC yang telah diperkenalkan pada tahun 1996 adalah satu anugerah pengiktirafan tahunan dari Naib Canselor kepada Pusat Tanggungjawab Universiti (PTJ) UiTM yang melaksanakan standard pengurusan kecemerlangan prestasi bertaraf dunia. Objektif utama AKNC adalah untuk mengenalpasti PTJ untuk dijadikan sebagai panduan untuk diikuti oleh PTJ-PTJ yang lain. AKNC memerlukan PTJ menghasilkan satu laporan untuk dinilai oleh penilai khas sebagai satu mekanisma untuk menilai pencapaian prestasi kecemerlangan. i-AKNC yang dibangunkan ini adalah AKNC yang ditambah baik dari dengan menggunakan sistem maklumat bersepadu secara atas talian. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan sepanjang proses pembangunan agar perjalanan AKNC lebih cekap dan terurus. 2.0 OBJEKTIF Berikut adalah objektif utama i-AKNC:- i) Mengurus penulisan dan penjanaan laporan AKNC oleh PTJ secara elektronik menggunakan sistem maklumat berpusat. ii) Membentuk disiplin kepatuhan yang seragam dan saksama untuk semua pemegang taruh AKNC iii) Mengintegrasikan mekanisma penilaian AKNC secara konsisten, berintegriti, selamat dan lebih telus. iv) Menyediakan satu gerbang elektronik kepada pemegang taruh AKNC v) Mewujudkan satu standard penilaian kecemerlangan prestasi UiTM yang sistematik vi) Menyantuni keperluan dan kehendak warga UiTM di dalam persekitaran kerja yang lebih efektif dan produktif 3.0 PASUKAN PERUNDING Berikut adalah senarai nama Pasukan Perunding i-AKNC yang telah dilantik oleh pihak InQKA untuk merancang dan membangunkan sistem maklumat i-AKNC. Pasukan ini terdiri daripada staf akademik dan staf pentadbir UiTM dari pelbagai jurusan dan cawangan. InQKA bersama-sama pasukan ini telah mula bekerjasama sejak dari Januari 2020. Rajah 3.1 memaparkan carta organisasi Pasukan Perunding i-AKNC.


Rajah 3.1 Carta Organisasi Pasukan Perunding i-AKNC 4.0 FASA PEMBANGUNAN Di dalam membangun dan melaksanakan i-AKNC, ia melibatkan beberapa fasa berikut:- XXXXX (Tindakan En Farid) 5.0 KERANGKA PENILAIAN Penilaian i-AKNC berpandukan Kerangka Kecemerlangan Baldrige (Pendidikan) (Baldrige Excellence Framework (Education)) yang disesuaikan dengan persekitaran kerja kualiti UiTM. Kerangka pengurusan kepimpinan dan prestasi ini digunakan di dalam i-AKNC untuk memperkasa UiTM di dalam mencapai misi, meningkatkan keputusan dan lebih kompetitif di dalam sektor pengurusan dan pendidikan khususnya di peringkat Universiti, Negara dan amnya di dunia. Rajah 5.1 memaparkan elemen-elemen yang terdapat di dalam ini:- PEGAWAI EKSEKUTIF HAIRINA AHMAD BAKRI PENOLONG NAIB CANSELOR PROF DR HAJAH ROZIAH MOHD JANOR PENOLONG PENDAFTAR KANAN SITI NORUL’AIN MOHD AZIZI PERUNDING TS. NOORFAIZALFARID MOHD NOOR(K) DR. MOHAMAD FARIZ MOHAMAD TAIB ENCIK HADZLI ISHAK ENCIK ABD RAZAK ABU KASSIM PROF MADYA DR NORIAH OTHMAN DR. SHATINA SAAD PUAN SITI FATAHIYAH MAHAMOOD PUAN AZNUR UMIZA ABU KASSIM TEKNIKAL /ICT KHAIRUNNISA MUSA (K) FAUZILAH IDRIS SITI NOR JUHIRNIZA MIOR MOHD TAHIR NORHASNIDA MOHAMAD


Rajah 5.1 Kerangka Kecemerlangan Baldrige (Pendidikan) Sumber: Baldrige Performance Excellence Program. 2019. 2019-2020 Baldrige Excellence Framework: Proven Leadership and Management Practices for High Performance (Education). Gaithersburg, MD: U.S. Department if Commerce,National Institute of Standards and Technology. https://www.nist.gov/baldrige Berdasarkan kepada kerangka ini, AKNC telah dibangunkan mengikut Bidang Tumpuan seperti berikut:- i) Bidang Tumpuan 1: Kepimpinan ii) Bidang Tumpuan 2: Perancangan Strategik iii) Bidang Tumpuan 3: Tumpuan Kepada Pelanggan iv) Bidang Tumpuan 4: Pengukuran, Analisis dan Pengurusan Pengetahuan v) Bidang Tumpuan 5: Tumpuan Kepada Sumber Manusia vi) Bidang Tumpuan 6: Tumpuan Kepada Operasi vii) Bidang Tumpuan 7: Hasil Pencapaian Setiap Bidang Tumpuan akan dinilai berdasarkan rubrik Penilaian Proses dan rubrik Penilaian Hasil. Pembahagian markah dalam penilaian AkNC akan di huraikan di dalam 6.0 Maklumat Penilaian. 5.1 Penilaian Proses (ADLI) Penilaian PTJ di UiTM dibuat berdasarkan proses-proses kerja yang berpandukan kepada rubrik berikut:- i) Pendekatan (Approach) ii) Perluasan (Deployment) iii) Pembelajaran (Learning) iv) Integrasi (Integration) 5.2 Penilaian Hasil (LeTCI) Penilaian PTJ di UiTM dibuat terhadap pencapaian berpandukan kepada rubrik berikut:- i) Tahap (Level) ii) Tren (Trend)


iii) Perbandingan/Tanda Aras (Comparisan/Benchmark) iv) Kepentingan (Importance) 6.0 MAKLUMAT PENILAIAN Penilaian AKNC adalah mengikut kategori pemarkahan mengikut Bidang Tumpuan seperti berikut:- Bidang Tumpuan 1: Kepimpinan (120 Markah) Bidang Tumpuan 2: Perancangan Strategik (85 Markah) Bidang Tumpuan 3: Tumpuan Kepada Pelanggan (85 Markah) Bidang Tumpuan 4: Pengukuran, Analisis dan Pengurusan Pengetahuan (90 Markah) Bidang Tumpuan 5: Tumpuan Kepada Sumber Manusia (85 Markah) Bidang Tumpuan 6: Tumpuan Kepada Operasi (85 Markah) Bidang Tumpuan 7: Tiga Hasil Pencapaian Utama (450 Markah) **Keseluruhan markah Pelaporan AKNC adalah 1000 Markah 6.1 Penilaian Proses 1. KEPIMPINAN (120 markah) PENDEKATAN (Approach) Nyatakan pendekatan atau kaedah yang diamalkan oleh Kepimpinan Kanan di Jabatan dalam menggerakkan bidang tumpuan pilihan. PERLUASAN (Deployment) Nyatakan bagaimana Kepimpinan Kanan melaksanakan objektif dan inisiatif strategik yang telah dirancang bagi bidang tumpuan pilihan. PEMBELAJARAN (Learning) Nyatakan apakah pelan pemantauan kepimpinan untuk memastikan kejayaan dan mengenal pasti punca kegagalan sesuatu inisiatif. Nyatakan bagaimana Kepimpinan Kanan bertindak ke atas risiko sesuatu inisiatif. Nyatakan bagaimana Kepimpinan Kanan melaksanakan analisa hasil tindakan penambahbaikan prestasi. INTEGRASI (Integration) Nyatakan bagaimana Kepimpinan Kanan mengerakkan jabatan untuk mencapai objektif dan inisiatif strategik yang telah dirancang bagi bidang tumpuan. NOTA: Penjelasan haruslah menekan kepada menerangkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penambaikan. Penilaian adalah berdasarkan kepada elemen Approach, Deployment, Learning and Integration (ADLI).


Kata Kunci: Engagement, Inclusivity, Communication, Accountability, Integrity, Empowerment, Delegation, Risk Management Bukti perlu dilampirkan Disertakan rubrik penilaian laporan sebagai rujukan. 2. PERANCANGAN STRATEGIK (85 markah) PENDEKATAN (Approach) Nyatakan apakah objektif dan inisiatif strategik dalam perancangan strategik jabatan (2016-2020) yang berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan bidang tumpuan pilihan. PERLUASAN (Deployment) Nyatakan bagaimana objektif dan inisiatif strategik sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-11 UiTM (2016-2020). PEMBELAJARAN (Learning) Bagaimana pelan pemantauan, objektif dan inisiatif strategik yang dilaksanakan dengan berkesan. Bagaimana jabatan melibatkan semua kumpulan sasar dalam proses perancangan penambahbaikkan. Nyatakan apakah risiko yang boleh menjejaskan pelaksanaan atau kejayaan pencapaian objektif dan inisiatif strategik berkaitan. Nyatakan bagaimana pengurusan risiko dalam perancangan strategik PTJ. Nyatakan bagaimana hasil penganalisaan perancangan strategik di laksanakan untuk tindakan penambahbaikan. INTEGRASI (Integration) Nyatakan jika ada inovasi yang terhasil dari pelaksanaan atau penambahbaikan perancangan strategik. NOTA: Penjelasan haruslah menekan kepada menerangkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penambahbaikan. Penilaian adalah berdasarkan kepada elemen Approach, Deployment, Learning dan Integration (ADLI). Kata Kunci: Objektif, Petunjuk Prestasi, Tempoh, Sasaran, Situasi Semasa, Inisiatif, Sumber, Pencapaian, Bukti perlu dilampirkan Disertakan rubrik penilaian laporan sebagai rujukan.


3. TUMPUAN KEPADA PELANGGAN (85 markah) PENDEKATAN (Approach) Nyatakan siapakah kumpulan sasar bagi bidang tumpuan pilihan. PERLUASAN (Deployment) Nyatakan bagaimana data pelanggan dikumpul, disimpan dan dikenalpasti. Nyatakan bagaimana pengurusan melibatkan kumpulan sasar dalam pelaksanaan bidang tumpuan pilihan. PEMBELAJARAN (Learning) Nyatakan kebaikan/ganjaran yang akan didapati oleh mereka dari pelaksanaan bidang tumpuan pilihan. Nyatakan apakah risiko yang boleh menjejaskan pelaksanaan atau kejayaan pencapaian maklum balas pelanggan tersebut. Nyatakan bagaimana pengurusan risiko di laksanakan dalam perancangan pencapaian maklum balas pelanggan. Nyatakan bagaimana pengurusan bertindak kepada maklum balas dan aduan pelanggan. INTEGRASI (Integration) Nyatakan keberkesanan tindakan tersebut serta nyatakan jika ada inovasi terhasil dari usaha tersebut. NOTA: Penjelasan haruslah menekan kepada menerangkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penambahbaikan. Penilaian adalah berdasarkan kepada elemen Approach, Deployment, Learning dan Integration (ADLI). Kata Kunci: Pangkalan Data, Profil Pelanggan, Instrumen Maklumbalas, Aduan, Analisis, Kepuasan Bukti perlu dilampirkan Disertakan rubrik penilaian laporan sebagai rujukan.


4. PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (90 markah) PENDEKATAN (Approach) Nyatakan apakah ukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian bidang tumpuan pilihan. PERLUASAN (Deployment) Nyatakan apakah data-data dan kaedah/metodologi yang digunakan untuk membuat penilaian, kekerapan data dikumpulkan dan dianalisa.(Infografik adalah digalakkan). PEMBELAJARAN (Learning) Nyatakan bagaimana hasil penganalisaan data digunakan untuk penambahbaikan prestasi bidang tumpuan pilihan jabatan dengan perkongsian maklumat. Nyatakan bagaimana risiko pengukuran analisa dan pengurusan pengetahuan dikenalpasti. Nyatakan bagaimana jabatan menganalisa hasil tindakan untuk penambahbaikan. INTEGRASI (Integration) Nyatakan bagaimana hasil penganalisaan data digunakan untuk penambahbaikan berterusan dan inovasi. NOTA: Penjelasan haruslah menekan kepada menerangkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penambahbaikan. Penilaian adalah berdasarkan kepada elemen Approach, Deployment, Learning dan Integration (ADLI). Kata Kunci: Pengukuran Kriteria, Kaedah Analisis, Pengurusan Data dan Maklumat, Pengurusan Pengetahuan Bukti perlu dilampirkan Disertakan rubrik penilaian laporan sebagai rujukan.


5. TUMPUAN KEPADA SUMBER MANUSIA (85 markah) PENDEKATAN (Approach) Nyatakan kaedah pengurusan sumber manusia untuk menjayakan bidang tumpuan pilihan. PERLUASAN (Deployment) Nyatakan bagaimana pengurusan mengoptimakan kepakaran dan pengalaman sumber manusia bagi menjayakan bidang tumpuan pilihan. PEMBELAJARAN (Learning) Nyatakan apakah tahap kepuasan hati dan aduan sumber manusia terhadap persekitaran dan sistem kerja sekarang. Nyatakan bagaimana pengurusan risiko dilaksanakan dalam pengurusan sumber manusia. Nyatakan tindakan yang diambil bagi memastikan persekitaran kerja dan sistem kerja yang kondusif. Nyatakan bagaimana pengurusan bertindak kepada maklum balas sumber manusia. INTEGRASI (Integration) Nyatakan jika inovasi terhasil daripada tindakan yang dinyatakan di atas. Nyatakan bagaimana pengurusan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada sumber manusia NOTA: Penjelasan haruslah menekan kepada menerangkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penambahbaikan. Penilaian adalah berdasarkan kepada elemen Approach, Deployment, Learning dan Integration (ADLI). Kata Kunci: Kompetensi, Prestasi, Motivasi, Kepuasan Hati, Latihan, Kepakaran/ Kemahiran, Sikap, Pengetahuan Bukti perlu dilampirkan Disertakan rubrik penilaian laporan sebagai rujukan.


6. TUMPUAN KEPADA OPERASI (85 markah) PENDEKATAN (Approach) Nyatakan apakah proses-proses utama yang terlibat dalam menyokong pelaksanaan objektif dan inisiatif strategik bidang tumpuan pilihan. PERLUASAN (Deployment) Nyatakan bagaimana model Plan, Do, Check, Action (PDCA) atau mana-mana model lain yang digunakan dalam proses-proses utama. PEMBELAJARAN (Learning) Nyatakan hasil jangkaan terhadap pelaksanaan objektif dan inisiatif strategik bidang tumpuan pilihan bagi menjamin kelestarian pencapaian. Nyatakan bagaimana pengurusan risiko dilaksanakan dalam perancangan pencapaian maklum balas pelanggan. Nyatakan bagaimana hasil penganalisaan tumpuan operasi di laksanakan untuk tindakan penambahbaikan. INTEGRASI (Integration) Nyatakan bagaimana penambahbaikan berterusan dan inovasi dilaksanakan. NOTA: Penjelasan haruslah menekan kepada menerangkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penambahbaikan. Penilaian adalah berdasarkan kepada elemen Approach, Deployment, Learning dan Integration (ADLI). Kata Kunci: Kecekapan, Keberkesanan, Input, Output, Keberhasilan, Jangkaan Bukti perlu dilampirkan Disertakan rubrik penilaian laporan sebagai rujukan.


6.2 PENILAIAN HASIL Di dalam i-AKNC, perubahan telah dilakukan pada pelaporan Kriteria Hasil. PTJ perlu memberi penumpuan kepada 3 (TIGA) Hasil Utama Bidang Tumpuan yang dipilih. Berikut adalah Kategori Hasil yang boleh dipertimbangkan oleh setiap PTJ berdasarkan 6 Kriteria Proses yang dilaporkan mengikut Bidang Tumpuan: 7. 3 HASIL UTAMA (450 markah)-Setiap Kriteria Hasil (150 Markah) Terdapat 5 Kategori Hasil Kategori 1: Hasil dari Pelaksanaan Strategi -Pencapaian objektif dan inisiatif strategic & Keberkesanan pengurusan risiko Kategori 2: Hasil dari Tumpuan Pelanggan -Keberkesanan penglibatan Pelanggan &Tahap kepuasan hati Kategori 3: Hasil dari Tumpuan Sumber Manusia -Keberkesanan penglibatan sumber manusia & Tahap kegirangan Sumber Manusia (Happiness Index) Kategori 4: Hasil dari Operasi -Kecekapan & Keberkesanan operasi Kategori 5: Hasil dari Prestasi Kewangan -Keberkesanan Kos, Pulangan Pelaburan (ROI) & Penjanaan Pendapatan NOTA: Semua data dan maklumat yang disampaikan haruslah jelas, tepat dan mudah difahami. Penilaian adalah berdasarkan kepada elemen Level, Trend, Comparison/Benchmark, Importance (LeTCI). -Terdapat 5 Kategori Hasil dicadangkan diatas kepada PTJ. -Pilih 3 Hasil Utama PTJ bagi bidang Tumpuan dan Jika terdapat Hasil Utama di dalam kategori yang sama ianya dibenarkan. -Tiada syarat Kursus diletakkan dalam Pemilihan Kategori Hasil


7. RUBRIK PENILAIAN Di dalam AKNC sebelum ini, PTJ dikehendaki menyediakan satu buku laporan untuk melaporkan pencapaian mengikut Bidang Tumpuan untuk dinilai oleh penilai AKNC. Namun, di dalam i-AKNC, penulis dari setiap PTJ hanya perlu menjadi operator data yang akan memasukkan bukti pencapaian PTJ secara lebih objektif dan jelas melalui antaramuka pengguna. Antaramuka i-AKNC akan berlandaskan format borang pelaporan di dalam dokumen ini. Objektif Perubahan: Untuk memberi kemudahan dan persaingan adil kepada PTJ untuk memasukkan bukti pencapaian mengikut Bidang Tumpuan dan Hasil Pencapaian. Berikut adalah borang-borang kemasukan bukti mengikut Kriteria Penilaian akan dijadikan sebagai antaramuka di dalam i-AKNC. A) BIDANG TUMPUAN: KEPIMPINAN KRITERIA 1 : KEPIMPINAN (120 MARKAH) 1.1 RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak melebihi 300 patah perkataan)* Ringkasan eksekutif haruslah menekan kepada menerangkan perancangan (Plan), pelaksanaan (Do), pemantauan (Check) dan tindakan penambahbaikan (Act). 1.2 PENDEKATAN (APPROACH) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan pendekatan atau kaedah yang diamalkan oleh Kepimpinan Kanan di Jabatan dalam menggerakkan bidang tumpuan pilihan. (Maksima 5 bukti) 1.3 PERLUASAN (DEPLOYMENT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana Kepimpinan Kanan melaksanakan objektif dan inisiatif strategik yang telah dirancang bagi bidang tumpuan. (Maksima 5 bukti) 1.4. 1 PEMBELAJARA N (LEARNING)* PEMANTAUAN (CHECK) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan apakah pelan pemantauan kepimpinan untuk memastikan kejayaan dan mengenal pasti punca kegagalan sesuatu inisiatif. (Maksima 5 bukti) 1.4. 2 KENAL PASTI RISIKO (ACT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana Kepimpinan Kanan bertindak ke atas risiko sesuatu inisiatif. (Maksima 5 bukti) 1.4. 3 MENGKAJI SEMULA & TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN (ACT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana Kepimpinan Kanan melaksanakan analisa melalui hasil tindakan penambahbaikan prestasi. (Maksima 5 bukti) 1.5 INTEGRASI (INTEGRATION) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana Kepimpinan Kanan mengerakkan jabatan (Maksima 5 bukti)


untuk mencapai objektif dan inisiatif strategik yang telah dirancang bagi bidang tumpuan. B) BIDANG TUMPUAN: PERANCANGAN STRATEGIK KRITERIA 2: PERANCANGAN STRATEGIK (85 MARKAH) 2.1 Ringkasan Eksekutif (tidak melebihi 300 patah perkataan)* Ringkasan eksekutif haruslah menekan kepada menerangkan Perancangan(Plan), Pelaksanaan(Do), Pemantauan(Check) dan Tindakan Penambahbaikan(Act). 2.2 PENDEKATAN (APPROACH) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Nyatakan apakah objektif dan inisiatif strategik dalam perancangan strategik jabatan (2016-2020) yang berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan bidang tumpuan pilihan. (Maksima 5 bukti) 2.3 PERLUASAN (DEPLOYMENT) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Nyatakan bagaimana objektif dan inisiatif strategik sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-11 UiTM (2016-2020). (Maksima 5 bukti) 2.4.1 PEMBELAJARAN * (LEARNING) PEMANTAUAN (CHECK) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Bagaimana pelan pemantauan, objektif dan inisiatif strategik yang di laksanakan dengan berkesan. Bagaimana jabatan melibatkan semua kumpulan sasar dalam proses perancangan penambahbaikkan. (Maksima 5 bukti) 2.4.2 KENAL PASTI RISIKO (ACT) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Nyatakan apakah risiko yang boleh menjejaskan pelaksanaan atau kejayaan pencapaian objektif dan inisiatif strategik berkaitan. Nyatakan bagaimana pengurusan risiko dalam perancangan strategik PTJ. (Maksima 5 bukti) 2.4.3 MENGKAJI SEMULA TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN (ACT) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Nyatakan bagaimana hasil penganalisaan perancangan strategik di laksanakan untuk tindakan penambahbaikan. (Maksima 5 bukti)


2.5 INTEGRASI (INTEGRATION) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Nyatakan jika ada inovasi yang terhasil dari pelaksanaan atau penambahbaikan perancangan strategik. (Maksima 5 bukti) C) BIDANG TUMPUAN: TUMPUAN KEPADA PELANGGAN KRITERIA 3 : TUMPUAN KEPADA PELANGGAN (85 MARKAH) 3.1 RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak melebihi 300 patah perkataan)* Ringkasan eksekutif haruslah menekan kepada menerangkan Perancangan (Plan), Pelaksanaan, (Do) Pemantauan (Check) dan Tindakan Penambahbaikan (Act). 3.2 PENDEKATAN (APPROACH)(tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan siapakah kumpulan sasar bagi bidang tumpuan pilihan. (Maksima 5 bukti) 3.3 PERLUASAN (DEPLOYMENT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana data pelanggan dikumpul, disimpan dan dikenalpasti. Nyatakan bagaimana pengurusan melibatkan kumpulan sasar dalam pelaksanaan bidang tumpuan pilihan. (Maksima 5 bukti) 3.4.1 PEMBELAJARAN * (LEARNING) PEMANTAUAN (CHECK) ((tidak melebihi 250 patah perkataan)) * Nyatakan kebaikan/ganjaran yang akan didapati oleh mereka dari pelaksanaan bidang tumpuan pilihan. (Maksima 5 bukti) 3.4.2 KENAL PASTI RISIKO (ACT)(tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan apakah risiko yang boleh menjejaskan pelaksanaan atau kejayaan pencapaian maklumbalas pelanggan tersebut. Nyatakan bagaimana pengurusan risiko dilaksanakan dalam perancangan pencapaian maklumbalas pelanggan. (Maksima 5 bukti) 3.4.3 MENGKAJI SEMULA & TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN (ACT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana pengurusan bertindak kepada maklumbalas dan aduan pelanggan. (Maksima 5 bukti) 3.5 INTEGRASI (INTEGRASI (tidak melebihi 250 patah perkataan) * (Maksima 5 bukti)


Nyatakan keberkesanan tindakan tersebut serta nyatakan jika ada inovasi terhasil dari usaha tersebut. D) BIDANG TUMPUAN: PENGUKURAN, ANALISI DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN KRITERIA 4 : PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (90 MARKAH) 4.1 RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak melebihi 300 patah perkataan) Ringkasan eksekutif haruslah menekan kepada menerangkan perancangan (Plan), pelaksanaan (Do), pemantauan (Check) dan tindakan penambahbaikan (Act). 4.2 PENDEKATAN (APPROACH) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan apakah ukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian bidang tumpuan pilihan. (Maksima 5 bukti) 4.3 PERLUASAN (DEPLOYMENT)(tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan apakah data-data dan kaedah/metodologi yang digunakan untuk membuat penilaian, kekerapan data dikumpulkan dan dianalisa. (Infografik adalah digalakkan). (Maksima 5 bukti) 4.4.1 PEMBELAJARAN (LEARNING)* PEMANTAUAN (CHECK) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana hasil penganalisaan data digunakan untuk penambahbaikan prestasi bidang tumpuan pilihan jabatan dengan perkongsian maklumat. (Maksima 5 bukti) 4.4.2 KENAL PASTI RISIKO (ACT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana risiko pengukuran analisa dan pengurusan pengetahuan dikenalpasti. (Maksima 5 bukti) 4.4.3 MENGKAJI SEMULA & TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN (ACT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana jabatan menganalisa hasil tindakan untuk penambahbaikan. (Maksima 5 bukti) 4.5 INTEGRASI (INTEGRATION) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana hasil penganalisaan data digunakan untuk penambahbaikan berterusan dan inovasi. (Maksima 5 bukti)


E) BIDANG TUMPUAN: TUMPUAN KEPADA SUMBER MANUSIA KRITERIA 5: TUMPUAN KEPADA SUMBER MANUSIA (85 MARKAH) 5.1 RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak melebihi 300 patah perkataan)* Ringkasan eksekutif haruslah menekan kepada menerangkan Perancangan (Plan) , Pelaksanaan (Do), Pemantauan (Check) dan Tindakan Penambahbaikan (Act). 5.2 PENDEKATAN (APPROACH) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan kaedah pengurusan sumber manusia untuk menjayakan bidang tumpuan pilihan. (Maksima 5 bukti) 5.3 PERLUASAN (DEPLOYMENT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana pengurusan mengoptimakan kepakaran dan pengalaman sumber manusia bagi menjayakan bidang tumpuan pilihan. (Maksima 5 bukti) 5.4.1 PEMBELAJARAN (LEARNING) * PEMANTAUAN (CHECK) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan apakah tahap kepuasan hati dan aduan sumber manusia terhadap persekitaran dan sistem kerja sekarang. (Maksima 5 bukti) 5.4.2 KENAL PASTI RISIKO (ACT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana pengurusan risiko dilaksanakan dalam pengurusan sumber manusia. (Maksima 5 bukti) 5.4.3 MENGKAJI SEMULA TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN (ACT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan tindakan yang diambil bagi memastikan persekitaran kerja dan sistem kerja yang kondusif. Nyatakan bagaimana pengurusan bertindak kepada maklumbalas sumber manusia (Maksima 5 bukti) 5.5 INTEGRASI (INTEGRATION) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan jika inovasi terhasil daripada tindakan yang dinyatakan di atas. Nyatakan bagaimana pengurusan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada sumber manusia. (Maksima 5 bukti)


F) BIDANG TUMPUAN: TUMPUAN KEPADA OPERASI KRITERIA 6: TUMPUAN KEPADA OPERASI (85 MARKAH) 6.1 RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak melebihi 300 patah perkataan)* Ringkasan eksekutif haruslah menekan kepada menerangkan Perancangan (Plan), Pelaksanaan (Do), Pemantauan (Check) dan Tindakan Penambahbaikan (Act). 6.2 PENDEKATAN (APPROACH) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan apakah proses-proses utama yang terlibat dalam menyokong pelaksanaan objektif dan inisiatif strategik bidang tumpuan pilihan. (Maksima 5 bukti) 6.3 PERLUASAN (DEPLOYMENT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana model Plan, Do, Check, Action (PDCA) atau manamana model lain yang digunakan dalam proses-proses utama. (Maksima 5 bukti) 6.4.1 PEMBELAJARAN (LEARNING) * PEMANTAUAN (CHECK) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan hasil jangkaan terhadap pelaksanaan objektif dan inisiatif strategik bidang tumpuan pilihan bagi menjamin kelestarian pencapaian. (Maksima 5 bukti) 6.4.2 KENAL PASTI RISIKO (ACT) (tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana pengurusan risiko di laksanakan dalam pengurusan operasi. (Maksima 5 bukti) 6.4.3 MENGKAJI SEMULA & TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN (ACT)(tidak melebihi 250 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana hasil penganalisaan tumpuan operasi di laksanakan untuk tindakan penambahbaikan. (Maksima 5 bukti) 6.5 INTEGRASI (INTEGRATION) (tidak melebihi 100 patah perkataan) * Nyatakan bagaimana penambahbaikan berterusan dan inovasi dilaksanakan. (Maksima 5 bukti)


G) HASIL: SENARAI HASIL UTAMA KRITERIA 7.0: NYATAKAN HASIL UTAMA BIDANG TUMPUAN HASIL UTAMA 1: HASIL UTAMA 2: HASIL UTAMA 3: H) HASIL: HASIL UTAMA 1 KRITERIA 7.1 HASIL UTAMA 1 (150 MARKAH) 7.1.1 RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak melebihi 300 patah perkataan)* Penulisan hasil utama perlu memberi tumpuan kepada Why, What, Where, Who, When & How yang berkaitan dengan mana-mana proses yang telah dijelaskan di bahagian Kriteria 1-6. 7.1.2 TAHAP(Level)(tidak melebihi 250 patah perkataan)* Penerangan tahap pencapaian hasil mengikut sasaran yang ditetapkan (Maksima 3 bukti) 7.1.3 TREN (Trend)(tidak melebihi 250 patah perkataan)* Pelaporan tren hasil data positif/negatif bagi 3-5 data point mengikut sasaran yang ditetapkan (Maksima 3 bukti) 7.1.4 PERBANDINGAN/TANDA ARAS (Comparison/Benchmark) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Perbandingan Hasil utama dengan organisasi di peringkat dalaman/luaran UiTM dan antarabangsa (Maksima 3 bukti) 7.1.5 KEPENTINGAN (Importance) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Hasil utama memberi impak kepada PTJ/UiTM/Negara (Maksima 3 bukti) I) HASIL: HASIL UTAMA 2 KRITERIA 7.2 HASIL UTAMA 2 (150 MARKAH) 7.2.1 RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak melebihi 300 patah perkataan)* Penulisan hasil utama perlu memberi tumpuan kepada Why, What, Where, Who, When & How yang berkaitan dengan mana-mana proses yang telah dijelaskan di bahagian Kriteria 1-6 7.2.2 TAHAP(Level)(tidak melebihi 250 patah perkataan)* Penerangan tahap pencapaian hasil mengikut sasaran yang ditetapkan (Maksima 3 bukti)


7.2.3 TREN (Trend)(tidak melebihi 250 patah perkataan)* Pelaporan tren hasil data positif/negatif bagi 3-5 data point mengikut sasaran yang ditetapkan (Maksima 3 bukti) 7.2.4 PERBANDINGAN/TANDA ARAS (Comparison/Benchmark) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Perbandingan Hasil utama dengan organisasi di peringkat dalaman/luaran UiTM dan antarabangsa (Maksima 3 bukti) 7.2.5 KEPENTINGAN (Importance) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Hasil utama memberi impak kepada PTJ/UiTM/Negara (Maksima 3 bukti) J) HASIL: HASIL UTAMA 3 KRITERIA 7.3 HASIL UTAMA 3 (150 MARKAH) 7.3.1 RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak melebihi 300 patah perkataan)* Penulisan hasil utama perlu memberi tumpuan kepada Why, What, Where, Who, When & How yang berkaitan dengan mana-mana proses yang telah dijelaskan di bahagian Kriteria 1-6. 7.3.2 TAHAP(Level)(tidak melebihi 250 patah perkataan)* Penerangan tahap pencapaian hasil mengikut sasaran yang ditetapkan (Maksima 3 bukti) 7.3.3 TREN (Trend)(tidak melebihi 250 patah perkataan)* Pelaporan tren hasil data positif/negatif bagi 3-5 data point mengikut sasaran yang ditetapkan (Maksima 3 bukti) 7.3.4 PERBANDINGAN/TANDA ARAS (Comparison/Benchmark) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Perbandingan Hasil utama dengan organisasi di peringkat dalaman/luaran UiTM dan antarabangsa (Maksima 3 bukti) 7.3.5 KEPENTINGAN (Importance) (tidak melebihi 250 patah perkataan)* Hasil utama memberi impak kepada PTJ/UiTM/Negara (Maksima 3 bukti) 7. PERLAKSANAAN (Tindakan En Farid) Sejak 1996, PTJ yang menyertai AKNC ini dikehendaki menyediakan laporan pencapaian untuk dinilai oleh Jawatankuasa Penilai AKNC. Ia dilaksanakan secara manual yang mana penulisan laporan akan ditulis dan dibukukan. Dengan wujudnya i-AKNC, perlaksanaan AKNC secara konvensional telah dipertingkatkan melalui penggunaan Teknologi Maklumat (IT). Ia adalah sebuah sistem maklumat bersepadu yang akan mengumpul, menyimpan dan menjana pelaporan AKNC secara atas talian.


Di dalam melaksanakan proses-proses AKNC, i-AKNC dibangun berasaskan kepada modulmodul berikut:- i) Modul Penulisan ii) Modul Pemarkahan iii) Modul Semakan iv) Modul Keputusan v) Modul Laporan (belum siap)


Click to View FlipBook Version