SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR
08400 MERBOK, KEDAH DARUL AMAN
Email : [email protected]
TEL: 011 65735455
MINIT MESYUARAT GURU BIL. 1 2022/23
TARIKH : 15.3.2022 26. SALMI BINTI AHMAD
HARI : SELASA 27. SHANIZAN IMRAN BIN MOHD
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SKKP RADZI
28. SURAIYA BINTI KHASIM
KEHADIRAN : 1. SHAHRIFAH BT MAT ZAHARI 29. SURIANI BINTI HASAN
2. SULAIMAN BIN ABD RAOF 30. SHAFIYAH BINTI MOHAMAD
3. MOHD ROZAIMI BIN MOHD
FADZIL SUBKI
4. HASLINA BT KHALID 31. SITI NURBAYA BINTI ZAINOL
5. ABU BAKAR BIN KASSIM 32. ZAMZURAINI BINTI HASHIM
6. ANISAH BINTI 33. NUR AMIRAH HANI BINTI AZMI
ZAKARIA@HAMZAH 34. SAM ARISSA ZAHRA BINTI
7. AZLINA BINTI ALI
8. CHE KAMALIAH BINTI JUSOH SAM CHIH LONG
9. HARIS BIN GHAZALI 35. SAHAZLENY BT SHAMSUDIN
10. HASNAH BINTI HUSSIN 36. MOHD HAFIZZUHAILI BIN MD
11. HASLIZA BINTI NAYAN
12. KHAIRUL BARIAH BINTI ISA
KAMARUZZAMAN 37. ZAKIYAH BINTI ABDULLAH
13. KHASIAH BINTI JAAFAR
14. MOHD PUZI BIN TAJUDDIN TIDAK HADIR BERSEBAB :
15. MUHAMMAD AZHAR BIN
MOHAMED SALLEH 1. UMMI SAKINAH BINTI ULOL
16. NOR AKMAR BINTI AWI AZMI
17. NOR AZIMAH BINTI HANAFI
18. NORASMIN BINTI CHE YA 2. MUHAMMAD FAHLAWI BIN
19. NORMA BINTI ISMAIL MANSOR
20. NURUL HAZIMAH BINTI GHAZALI
21. NURULHUDA BINTI SAIDIN
22. NORAZELA BINTI SAMSURI
23. ROKIAH BINTI SULAIMAN
24. ROSLAILA BINTI ABDUL HALIM
25. ROSLINA BINTI DON
AGENDA MESYUARAT
1.0 Bacaan doa
1.1 Bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafizzuhaili Bin Md Isa.
2.0 Ucapan Pengerusi ( Pn. Shahrifah bt Mat Zahari )
2.1 Kata Alu-Aluan
2.2 Guru besar mengalu-alukan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Sulaiman dan
Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Komala yang baharu melaporkan diri pada
1
penggal yang lepas. Guru Besar menjemput PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum
untuk memperkenalkan diri.
2.3 Guru Besar memaklumkan kepada semua guru mengenai sesi persekolahan yang
akan bermula pada hari Isnin iaitu 21 Mac 2022.
2.4 Guru Besar memaklumkan penjualan buku yang sepatutnya telah dijalankan kepada
waris akan dijalankan pada hari Jumaat sehingga Ahad kerana jurujual masih
menjalani kuarantin kendiri di rumah. Guru besar berharap guru-guru memaklumkan
kepada semua waris berkenaan ketetapan tarikh penjualan buku.
2.5 Guru besar memaklumkan program “Team Building” yang sepatutnya dijalankan
pada hari Rabu bersamaan 16 Mac 2022 di Damai Park, Merbok ditangguhkan akibat
pandemik Covid-19 kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan.
2.6 Guru Besar menjelaskan ada beberapa perkara yang perlu diambil maklum oleh
semua guru untuk sesi persekolahan yang bakal bermula pada hari Isnin nanti.
2.7 Guru Besar menjelaskan ada satu tema yang perlu dihayati iaitu Sinergi
Permuafakatan Memacu Kecemerlangan untuk persekolahan sesi 2022/2023.
Sinergi Permuafakatan bermaksud usaha tenaga semua pihak dalam warga sekolah
SK Kampong Pasir manakala Memacu Kecemerlangan pula adalah dengan
menjadikan anak murid sebagai fokus bersama dalam TS25 adalah kemenjadian
murid.
3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat
3.1 Guru besar dengan rasminya meminta supaya minit mesyuarat lepas disahkan.
3.2 Puan Suraiya telah mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong
oleh Puan Khairul Bariah.
3.3 Perkara-perkara berbangkit :
3.3 Pelaksanaan Catch-Up Plan (CUP)
1.3.1 Guru besar meminta respon berkenaan perkembangan pelaksanaan CUP yang
telah dilaksanakan oleh guru-guru sebelum ini dalam tempoh 2 bulan lebih semasa
sesi persekolahan penggal 3 tahun 2021/2022 dengan mengenalpasti kelompok
pemulihan, pengukuhan dan pengayaan serta adakah intervensi telah dilaksanakan
kepada murid pada setiap tahap tersebut.
1.3.2 Guru besar memaklumkan ada satu lagi pentaksiran yang akan dilaksanakan
untuk mengenalpasti sejauhmana murid-murid selepas penguasaan menjalani proses
CUP.
1.3.3 Puan Suraiya bertanyakan adakah pelaksanaan CUP masih diteruskan untuk
sesi 2022/2023.
1.3.4 Guru Besar memberi respon pelaksanaan CUP akan dimaklumkan selepas PK
Pentadbiran mengikuti Google Meet (GM) bersama-sama pihak PPD.
1.3.5 Puan Roslaila memberi maklum balas berkaitan dapatan pentaksiran CUP
telah dikemaskini dan laporan telah dibuat dan dihantar kepada pihak PPD.
2
4.5 Fail panitia
1.3.6 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua panitia yang telah
mengemaskini fail panitia dan menyusun fail tersebut di bilik TS25. Guru Besar
berharap panitia yang belum mengambil tindakan boleh membuat pengemaskinian
dan meletakkan fail tersebut di bilik TS25.
1.3.7 Guru Besar turut mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Panitia kerana
telah menghantar minit mesyuarat panitia kali ke 3 bagi sesi 2022/23 untuk dibaca
dan disemak.
Tindakan: Semua Ketua Panitia dan Setiausaha Panitia.
4.0 Pengurusan dan pentadbiran.
4.1 Hala tuju sekolah
4.1.1 Guru besar menjelaskan fokus utama untuk sekolah iaitu dengan
mengekalkan visi dan misi sekolah yang lama iaitu :
Visi : SKKP Menuju Era Kecemerlangan
Misi: SKKP menjadi pusat Pendidikan cemerlang menerusi pengurusan berkualiti.
4.1.2 Guru besar turut menjelaskan aspek-aspek yang perlu ditekankan oleh
semua guru bagi memantapkan PdPc iaitu :
i. Memantapkan PAK21 dalam PdPc.
ii. Membudayakan PLC dalam kalangan guru.
iii. Menggalakkan guru dan murid menggunakan ICT semasa proses
PdPc.
iv. Memperkasakan Bahasa Melayu (BM) , memantapkan Bahasa
Inggeris (BI) dan menguasai Bahasa Arab (BA).
v. Memupuk budaya kreatif, inovatif dalam kalangan murid dan
menggalakkan murid menyertai pertandingan yang dianjurkan
secara maya atau bersemuka.
Tindakan: Semua guru.
4.2 Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah dan Rendah / Malaysian School
Government (MYSG)
4.2.1 Guru Besar menjelaskan secara ringkas mengenai MYSG. Guru boleh
merujuk dalam dokumen berbentuk pdf yang telah dikongsikan dalam “Whatsapp”
rasmi sekolah.
4.2.2 Guru besar memperincikan bidang tugas Guru Kelas.
3
4.2.3 Guru besar berharap guru yang telah dilantik dalam bidang tugas yang
sesuai dengan kepakaran dapat menjalankan amanah yang telah diberikan.
Tindakan: Semua guru.
5.0 Kurikulum , Hal Ehwal Murid (HEM), Kokurikulum (KK) dan Pendidikan Khas
5.1 Kurikulum (dibentangkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran (PK Pentadbiran) ,
Encik Sulaiman bin Abd Raof)
5.1.1 PK Pentadbiran membentangkan Pengurusan Kurikulum (rujuk lampiran
A) iaitu :
i. Program Khas Sekolah
ii. Jawatankuasa Induk Pentadbiran
iii. Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
iv. Jawatankuasa Induk Kurikulum
v. Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran
vi. Guru Kelas dan Pembantu Kelas
vii. Ketua Panitia Mata Pelajaran
viii. Penyelaras kelas
ix. Takwim peperiksaan tahun 2022/2023
x. Penyelaras Bilik Khas
Tindakan: PK Pentadbiran dan semua guru.
5.2 Hal Ehwal Murid (HEM) (dibentangkan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(PK HEM), Encik Rozaimi bin Mohd. Fadzil
5.2.1 PK HEM memperincikan jawatankuasa penting mengikut MYSG untuk
pengurusan hal ehwal murid iaitu :
i. Pengurusan Disiplin
ii. Pendaftaran Murid
iii. Pengurusan 3K ( Kebersihan,Keceriaan, Kesihatan ,
Keselamatan dan Kecemasan)
iv. Kebajikan dan bantuan murid
v. Bimbingan dan kaunseling
vi. Pengurusan Buku Teks
5.2.2 PK HEM memaklumkan bahawa bacaan suhu murid tidak diperlukan lagi
tetapi murid perlu mengimbas kad nama yang telah disediakan.
5.2.3 PK HEM memaklumkan bahawa Guru Besar telah meminta untuk
menyediakan label mengikut kelas dengan mengasingkan murid lelaki dan
perempuan. Garisan dan label akan dibuat sebelum sesi persekolahan
bermula.
Tindakan: PK HEM dan semua guru.
4
5.3 Kokurikulum (KK) (dibentangkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum (PK KK),
Puan Komala a/p Muttiah.
5.3.1 Guru Besar menjelaskan bahawa pelaksanaan aktiviti kokurikulum pada
waktu pagi adalah salah satu inisiatif pihak pentadbiran untuk memudahkan guru-
guru serta menggalakkan kehadiran murid dalam setiap perjumpaan kokurikulum.
5.3.2 PK KK memaklumkan kepada semua guru sekiranya ada perubahan atau
kesalahan pada ejaan nama boleh maklumkan semula kepada beliau untuk diubah
dan diperbetulkan dalam carta organisasi pengurusan KK.
5.3.3 PK KK membentangkan (rujuk lampiran C) :
i. Carta Organisasi Induk Kokurikulum.
ii. Carta Organisasi Jawatankuasa Aktiviti Kokurikulum.
iii. Jadual Perjumpaan Mingguan untuk Kokurikulum pada hari
Rabu dan Khamis.
5.3.4 PK KK memaklumkan agar aktiviti kokurikulum sepanjang bulan puasa
yang dilaksanakan pada waktu pagi boleh difokuskan kepada aktiviti teori
mengikut kesesuaian guru.
Tindakan: PK KK dan semua guru.
5.4 Pendidikan Khas (dibentangkan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas (PK Khas),
Puan Haslina bt Khalid)
5.4.1 PK Khas menekankan ada beberapa orang guru dari aliran perdana yang
akan terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa pendidikan khas berdasarkan MYSG
iaitu :
i. Puan Zamzuraini – Guru Bimbingan dan Kaunseling
ii. Puan Suriani – Guru Pemulihan
iii. Puan Hasliza – Guru Disiplin
iv. Guru kelas tahun 3B dan 4B
v. Guru subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi
tahun 3B dan 4B.
5.4.2 Program inklusif akan dimaklumkan kelak kerana pihak PPD telah meminta
agar program ini boleh diteruskan.
5.4.3 PK Khas turut memaklumkan pelantikan dalaman kepada Puan Nurul
Hazimah sebagai Penyelaras PPKI dan akan menjalankan tanggungjawab dan tugas
sekiranya PK Khas tiada di sekolah.
5.4.4 Bilangan murid PPKI adalah seramai 26 orang iaitu 20 orang lelaki dan 6
orang perempuan manakala jumlah guru adalah seramai 5 orang dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) pula adalah seramai 4 orang.
5
Tindakan: PK Khas dan semua guru.
6.0 Hal-Hal Lain
6.1 Isu beg berat
6.1.1 Guru besar mendapat makluman daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) berkenaan dengan penggunaan buku kerja murid. Penggunaan buku kerja
hanya dibenarkan untuk tahap 2 bagi subjek teras semasa penggal kedua
persekolahan . Buku tersebut tidak boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran (pdp) semasa di dalam kelas dan digunakan sebagai aktiviti tambahan
untuk murid di luar waktu pdp.
6.1 2 Penggunaan buku latihan harian juga tidak boleh melebihi 2 buah buku bagi
mengelakkan isu beg berat.
6.1.3 Persetujuan akan dibuat selepas Mesyuarat Agung PIBG sekolah
dilaksanakan .
6.2 Pihak PIBG sekolah akan mengadakan mesyuarat agung bersama Yang Di Pertua
(YDP) dan Setiausaha PIBG sekolah pada bulan Jun.
6.3 Guru besar turut memaklumkan sekolah telah menerima sumbangan berbentuk wang
bagi bantuan awal persekolahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung
Dawai . Seramai 12 orang murid mendapat bantuan tersebut.
6.4 Guru Besar memaklumkan bahawa Penyelaras Perayaan Sekolah iaitu Puan
Sahazleny akan membuat perbincangan dalam masa terdekat bersama PK
Kokurikulum untuk pelantikan jawatankuasa kerja bagi sambutan yang akan
dilaksanakan tidak lama lagi.
6.5 Puan Salmi memaklumkan berkaitan pengurusan Pra Sekolah.
6.5.1 Pendaftaran secara atas talian telah dijalankan pada 1 Mac sehingga 30 April.
“Banner” pendaftaran telah dipasang di luar pagar sekolah sebagai hebahan kepada
ibu bapa dan penjaga murid.
6.5.2 Setakat tahun 2022, jumlah murid adalah seramai 25 orang yang terdiri
daripada 11 orang murid bagi umur 4 tahun dan 14 orang murid bagi umur 5 tahun.
6.5.3 Puan Salmi memohon guru ganti kepada pihak pentadbir pada 22 hingga 23
Mac kerana beliau mempunyai temujanji bersama doktor.
6.6 Puan Norma memaklumkan berkaitan permohonan murid ke tingkatan 1
6.6.1 Proses permohonan murid tahun 6 sesi 2021 telah tamat. Setakat ini tiada
murid yang dapat memasuki MRSM dan sekolah khusus.
6.6.2 Seramai 4 orang murid masuk ke Maktab Mahmod.
6.7 Encik Shanizan meminta cadangan tarikh yang sesuai untuk pelaksanaan program
LADAP.
7.0 Ucapan Penangguhan
7.1 Guru besar mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
6
Disediakan oleh,
………………………………
(NUR AMIRAH HANI BINTI AZMI)
Penolong Setiausaha Mesyuarat Guru,
Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir.
Disemak oleh,
………………………………
(SHAHRIFAH BINTI MAT ZAHARI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir.
7