The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minit mesyuarat HEM kali 1 2019 br-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahani_sokor, 2019-06-17 22:44:00

minit mesyuarat HEM kali 1 2019 br-converted

minit mesyuarat HEM kali 1 2019 br-converted

SEKOLAH KEBANGSAAN (F) BANDAR BARU SERTING
72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT HEM KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019

TARIKH : 26 Disember 2018
HARI : Rabu
Masa : 11.00 Pagi
TEMPAT : Bilik Gerakan SKFBBS

KEHADIRAN :

HADIR 33. Rabiatul Adawiyah binti Ahzarisham

1. Rohayati binti Baba (Guru Besar) 34. Kamariah binti Husin

2. Rosli bin Talib (GPK Kurikulum) 35. Roslizaini binti Harun

3. Mohd Amar bin Mohamad (GPK HEM) 36. Norzila binti Hamid

4. Irwan Farid bin Idris (GPK Kokurikulum) 37. Rozita binti Md Isa

5. Asiah binti Mohd Dom (GPK PPKI) 38. Nurul Khairiah binti Kahar

6. Aidai binti Mohd Razali 39. Marliza binti Ghazalli

7. Aliyes bin Ahmad 40. Romie Sophian bin Johari

8. Norsimah binti Nasari 41. Muhammad Hakimin bin Abd Rahman

9. Saerah binti Hj Karin 42. Faiza bin Ab Rahman

10. Mohd Norsani bin Mahat 43. Khairul Azman bin Abd Kadir

11. Zaiton binti Md Isa 44. Zainor bin Mohd Noor

12. Samah binti Kamis 45. Anumanthan a/l Muniandy

13. Darnadalis binti Abdul Raoh 46. Syed Ahmad Jufri bin Syed Aziz

14. Suraya Liza binti Rosli 47. Mohamad Fairus bin Mohd Shah

15. Nor Aini binti Yusof 48. Nordin bin Md Nor

16. Zuraidah binti M. Ayob 49. Kamaruddin bin Abd Rani

17. Rohiza binti Said 50. Ibrahim Gunalan bin Abdullah

18. Ainin Syakirah binti Adzman 51. Ayat binti Sidik

19. Norlatipah binti Gimon 52. Norjunaini binti Amanan

20. Zahriah binti Mohd Razali 53. Nik Mahani binti Nik Mahmud

21. Noraziah binti Shaharum 54. Noorliza binti Mihat

22. Nurhayati binti Zainudin 55. Siti Rahmah binti Dahlan

23. Aziana binti Adam 56. Khadijah binti Salleh

24. Nordaliyana binti Abdullah 57. Mohd Razib @Mohd Razi b. Abd Hamid

25. Nur Aminah binti Hassanuddin

26. Rubiah binti Mohd Razali TIDAK HADIR BERSEBAB

27. Siti Kartini binti Abd Kadir 1. Rozita binti Chik

28. Fatimah binti Rajak 2. Zuri binti Mansor

29. Nurhidayah binti Yaakop 3. Sharizad binti Mohd Sulaiman

30. Jamilah binti Abdul Latif

31. Zakiah binti Hasim

32. Naufirah binti Shamsudin

AGENDA :
1. Ucapan Guru Besar
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Perkara penting dalam HEM:
4.1 Jawatankuasa HEM Sekolah
4.2 Tugas-tugas J/kuasa HEM
4.3 Guru Bertugas Setiap Minggu
4.4. Perubahan- perubahan Dalam Perlaksanaan Aktiviti HEM
4.5 Perancangan Strategik dan Taktikal
5.Hal-Hal lain
6. Penutup

PERKARA 1: UCAPAN GURU BESAR

1.1 Guru Besar mengalu- alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat HEM pada kali ini. Beliau
memulakan majlis dengan bacaan Surah Al- Fatihah.

1.2 Sebagai mengambil langkah keselamatan di dalam kelas, beliau mohon agar guru bersama
murid sentiasa prihatin dan menyiasat keadaan di dalam kelas sebelum memulakan sesi
pdpc kerana bimbang jika terdapat binatang berbisa.

1.3 Sebagai persediaan memulakan sesi persekolahan juga Guru Besar mengingatkan agar guru
dapat memastikan kerusi meja di dalam kelas cukup untuk murid. Jika terdapat cermin
tingkap yang tiada, guru boleh alihkan cermin di bahagian atas ke bahagian bawah.

1.4 Kantin pada tahun ini akan diusahakan oleh pengusaha yang baharu. Jika guru- guru
mempunyai sebarang maklumat untuk dilaporkan berkaitan kantin, diharapkan guru dapat
sediakan bukti( seperti gambar) untuk laporan.

Tindakan : Makluman

PERKARA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Puan Rubiah mencadangkan agar minit mesyuarat HEM kali ketiga sesi 2018 diterima serta
disahkan dan disokong oleh Puan Nur Aminah.

Tindakan : Makluman

PERKARA 3: PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 4.2- En Mohd Amar menyatakan data APDM telah dikemaskini dan guru boleh mula
di Log In pada 27 Disember 2018.

Tindakan : Makluman

PERKARA 4: PERKARA PENTING DALAM HEM

4.1 Encik Mohd Amar mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa baharu yang dilantik dan
menyatakan ia adalah atas kepercayaan pihak pentadbir dan berharap guru akan menerima
dengan hati yang terbuka.

Tindakan : Semua guru

4.2 Beliau menyatakan untuk unit Bantuan , Pn Jamilah akan mengambil alih tugas Pn Sharizad
yang sedang cuti bersalin.

Tindakan : Makluman

4.3 Beliau menyatakan APDM serta fail peribadi murid perlu dilengkapkan sebelum 31 Januari
2019. Jika murid baharu berpindah masuk, guru perlu maklumkan penjaganya untuk
membeli fail peribadi murid( putih).

Tindakan : Semua guru

4.4 En Mohd Amar juga mengingatkan agar semua fail dalam unit HEM dapat dilengkapkan
sebelum 31 Januari 2019.

Tindakan : Makluman

4.5 Program Fajar akan diteruskan pada tahun 2019 dan dikendalikan oleh panitia mengikut
hari seperti biasa.

Tindakan : Makluman

4.6 Guru bertugas perlu catatkan apa sahaja yang dilaksanakan atau disampaikan pada waktu
perhimpunan pagi di dalam buku laporan. Ruangan murid lewat boleh dicatatkan nama
murid jika murid sampai selepas 7.40 pagi. Nama murid ke klinik juga perlu dicatat di dalam
buku laporan.

Tindakan : Semua guru

4.7 Guru bertugas juga perlu memantau perjalanan RMT dan mencatat menu yang disediakan.

Tindakan : Semua guru

PERKARA 5: HAL- HAL LAIN

5.1 Guru Besar mengingatkan guru kelas agar mewar- warkan di dalam group kelas tentang
keceriaan kelas.

Tindakan : Makluman

5.2 Guru- guru perlu lengkapkan Surat Perlantikan sebagai AJK unit HEM dan menyerahkan
salinannya kepada setiausaha HEM untuk simpanan fail.

Tindakan : Makluman

PERKARA 6 : PENUTUP

6.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru dan berharap unit- unit
di dalam HEM akan terus bergerak aktif seiring dengan ‘Tag Line’ sekolah “Jom Be Hebat”.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:45 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,
................................. ...................................
(KHADIJAH BINTI SALLEH ) ( MOHD AMAR BIN MOHAMAD )
Urusetia Mesyuarat GPK HEM


Click to View FlipBook Version