The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan dan borang-borang berkaitan UTH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khairul Imran, 2023-06-18 22:57:48

Taklimat Ujian Tilawah dan Hafazan

Panduan dan borang-borang berkaitan UTH

Keywords: PSRA,UTH

Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS 1 PANDUAN UJIAN TILAWAH DAH HAFAZAN ( UTH06 ) PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DISEDIAKAN OLEH UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN


Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS 2 PANDUAN PENILAIAN UJIAN TILAWAH DAN HAFAZAN PENGENALAN Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH) merupakan suatu ujian untuk menilai kebolehann murid dalam membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih mengikut hukum tajwid yang dipelajari. Beberapa aspek dan kreteria diperkenalkan kepada guru-guru bagi membolehkan perlaksanaan ujian ini dijalankan di sekolah. OBJEKTIF PENILAIAN Kemahiran membaca ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukum tajwid yang betul. Kemahiran menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukum tajwid yang betul. MAKLUMAT AM Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH) adalah wajib bagi semua calon yang mengambil peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama. UTH dijalankan kepada calon tahun 6 sahaja. Setiap calon dikehendaki membaca 1 petikan ayat tilawah dan 1 surah ayat hafazan yang ditentukan. Markah penuh ujian ini ialah 100 markah: i- Tilawah 60 markah. ii- Hafazan 40 markah. Pelaksanaan UTH hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar tahun 6 sahaja. Ujian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Aspek dan kriteria dalam panduan penilaian UTH hendaklah dimaklumkan kepada calon. Ujian ini dilaksanakan pada bulan Jun /Julai setiap tahun. ARAHAN KEPADA PENILAI Tiap-tiap guru yang mengajar tahun 6 adalah penilai bagi calon. Memahamkan calon berkaitan dengan UTH dari aspek kreteria dan prosedur penilaian. Memastikan calon yang sebenar mengambil UTH. Memulakan sesi ujian dengan meminta calon membaca surah al-Fatihah dengan lantang dan betul. Mengemukakan tugasan yang ditentukan kepada calon secara lisan. Penilai boleh menegur bacaan calon dalam aspek tertentu seperti tersalah baca baris, kalimah atau terlangkau ayat.


Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS 3 Penilai hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan tidak memberikan kritikan terhadap kebolehan calon semasa ujian dijalankan. Markah yang diberi mengikut panduan penilai UTH (Rujuk Lampiran A), markah yang diperolehi hendaklah direkodkan di dalam borang markah yang disediakan (Lampiran B dan C). BORANG PENILAIAN Guru Penilai dikehendaki mengisi Borang Penilaian Individu UTH. (rujuk lampiran A). Guru Penilai dikehendaki melengkapkan borang Rumusan UTH. (rujuk lampiran B) Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah difailkan dan disimpan di tempat yang selamat. TUGASAN Sukatan UTH merangkumi sukatan pelajaran tahun 5 dan 6 sahaja. Calon dikehendaki membaca ayat al-Quran yang ditentukan oleh penilai iaitu lebih kurang satu mukasurat. Bagi ujian hafazan, calon dikehendaki menghafaz surah yang telah ditentukan oleh penilai. ASPEK YANG DINILAI Tilawah – Membaca al-Quran. Hafazan – Menghafaz surah-surah pendek. GARIS PANDUAN PEMBINAAN SOALAN. Tilawah. Pembinaan soalan hendaklah berdasarkan sukatan ayat tilawah yang ditetapkan. Panjang ayat yang dipilih adalah lebih kurang satu muka surat al-Quran rasm Uthmani. Hafazan Pembinaan soalan hendaklah berdasarkan sukatan ayat hafazan yang ditetapkan. Tugasan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian ayat. Lampiran A UJIAN TILAWAH DAN HAFAZAN


Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS 4 PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA BORANG PENILAIAN INDIVIDU Nama Calon : ........................................................................... No. Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran : ........................................................................... No. Angka Giliran : ........................................................................... Arahan : Anda dikehendaki menggunakan borang markah calon individu dalam memberikan penilaian kepada setiap pernyataan yang dikemukakan. A. PEMARKAHAN TILAWAH Bil Aspek Kriteria Markah Penuh Markah Diperolehi 1. Membaca ayat-ayat al-Quran - Tajwid - Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut hukum tajwid dari aspek Qalqalah, nun mati, tanwin dan hukum mad yang betul. 30 2. - Fasahah - Membaca ayat al-Quran dengan lancar dengan mengikut lahjah yang betul. 15 3. - Lagu - Membaca ayat al-Quran dengan lagu dan suara yang baik. 10 4. - Adab - Sentiasa berusaha memelihara adab dan tertib ketika membaca al-Quran dengan sempurna. 5 JUMLAH (60 markah) 60 B. PEMARKAHAN HAFAZAN Bil Aspek Kriteria Markah Penuh Markah Diperolehi 1. Menghafaz ayat-ayat al-Quran - Hafaz - Menghafaz ayat al-Quran dengan betul. 20 2. - Lancar - Menghafaz ayat al-Quran dengan lancar 10 3. - Tajwid - Menghafaz ayat al-Quran mengikut hukum tajwid dengan betul. 10 JUMLAH (40 markah) 40 Nama dan tandatangan Mumtahin .................................................. ( ) Pengesahan Guru Besar .................................................. ( ) BAHAGIAN A 60 40 BAHAGIAN B JUMLAH MARKAH CALON 100 Tarikh: Lampiran B UJIAN TILAWAH DAN HAFAZAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA BORANG MARKAH CALON


Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS 5 Nama Sekolah : ................................................................................................... Daerah : ............................................ Kod Sekolah : .................... Bil Nama Calon Angka Giliran Markah Keseluruhan Pangkat Dinilai oleh : Disahkan oleh Guru Besar : ............................................ ............................................ ( ) ( ) Tarikh : Tarikh : Cop Rasmi Sekolah


Click to View FlipBook Version