ASPEK TATABAHASA TINGKATAN 4 & TINGKATAN 5 S.K: 5.2 SP: 5.2.3 SP: 5.2.1
ASPEK TATABAHASA TINGKATAN 4 S.K: 5.2 SP: 5.2.3
Kandungan SP dan keperluan SP perlu dicapai Penjelasan Cadangan Aktiviti Pendekatan Mengikut Gaya Pembelajaran Tingkatan 4 5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang 5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikut konteks Pada akhir pelajaran, murid dapat: 1. menyatakan sekurang-kurangnya tiga jenis kata adjektif berdasarkan bahan. 2. membina sekurang-kurangnya satu ayat bagi setiap jenis kata adjektif. Aktiviti : Kenali Sifatku (Bahan Bukan Buku Teks) Set Induksi: 1. Beberapa gambar emoji dipapar kepada murid. 2. Murid menyebut kata adjektif yang berkaitan dengan emoji yang dipaparkan. 3. Murid diberi penjelasan oleh guru tentang objektif pembelajaran pada hari ini. Aktiviti: 1. Murid secara berpasangan diberi bahan dalam pelbagai bentuk iaitu gambar, emoji dan warna. (Think Pair Share) 2. Murid berbincang untuk mengenal pasti kata adjektif yang sesuai dengan bahan. 3. Murid diminta menyebut kata adjektif yang telah dikenal pasti. 4. Murid menulis kata adjektif pada papan putih mengikut jenis pada ruang yang telah disediakan. (Visual Ruang) 5. Guru memberikan penerangan tentang jenis-jenis kata adjektif 6. Murid dalam kumpulan diminta membina satu ayat daripada setiap jenis kata adjektif secara Round Robin (PAK 21) 7. Wakil murid membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. 8. Murid lain membuat penilaian dan memurnikan ayat. (pentaksiran rakan sebaya) 9. Guru merumuskan pembelajaran pada hari ini. AKIVITI PAK21: Think Pair Share, Round Robin
ASPEK TATABAHASA TINGKATAN 5 S.K: 5.2 SP: 5.2.1
Kandungan SP dan keperluan SP perlu dicapai Penjelasan Cadangan Aktiviti Pendekatan Mengikut Gaya Pembelajaran Tingkatan 5 5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang 5.2.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks Pada akhir pelajaran, murid dapat: 1. Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga perkataan daripada setiap golongan kata. 2. Murid dapat membina sekurangkurangnya satu ayat menggunakan perkataan daripada setiap golongan kata IAktiviti: Golongkan Kata (Bahan Buku Teks: Tingkatan 5 m/s 160 dan 161) Set Induksi: 1.Murid menyatakan pengetahuan sedia ada tentang golongan kata. 2.Guru bersoal jawab tentang golongan kata dan contoh-contohnya. (Murid diberikan video berkaitan golongan kata lebih awal - Flipped Classroom) https://www.youtube.com/watch?v=XoQ9BPbi-SU&t=13s 2.Guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan objektif pembelajaran hari ini. Aktiviti: 1. Murid membaca bahan daripada buku teks. 2. Murid dalam kumpulan mengenal pasti golongan kata yang terdapat dalam bahan. (Verbal-Linguistik) 4. Murid mencatat sekurang-kurangnya tiga perkataan mengikut golongan kata pada Peta i-THINK. (Peta Pokok) 5.Murid dalam kumpulan berbincang untuk membina satu ayat berdasarkan setiap perkataan dalam Peta Pokok. 6. Murid membentangkan hasil kerja di stesen masing-masing. (Gallery Walk) 7. Penilaian murid terhadap hasil kerja kumpulan( 2 Stars and a wish) Penutup: 1. Murid membuat rumusan bersama-sama guru tentang pembelajaran pada hari ini. AKTIVITI PAK21: Gallery Walk, 2 Stars and A Wish