The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IHJ, 2023-08-10 01:58:32

NOTA ABC PERIBAHASA INTERSES

NOTA ABC PERIBAHASA INTERSES

PERIBAHASA BERTEMA: KERJASAMA bagai aur dengan tebing Tolong menolong antara satu sama lain Hubungan penduduk kampung amat rapat dan saling membantu antara satu sama lain seperti peribahasa bagai aur dengan tebing berat sama dipikul ringan sama dijinjing Saling membantu dan berkongsi bebanan dalam kehidupan Penduduk Kampung Seri Pinang bergotong- royong membersihkan kawasan kampung mereka kerana berat sama dipikul ringan sama dijinjing. bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat Kesepakatan yang diperoleh disebabkan seluruh pasukan atau masyarakat bersatu hati dan berpegang teguh antara satu sama lain. Kampung Melur merupakan kampung yang amat harmoni dan setiap masalah yang berlaku dapat diselesaikan bersama-sama kerana bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat GAMBAR RAJAH PERIBAHASA MAKSUD PERIBAHASA CONTOH AYAT


PERIBAHASA BERTEMA: KEJAYAAN usaha tangga kejayaan Orang yang berusaha pasti akan berjaya Kejayaan tidak datang dengan mudah tetapi dengan usaha yang berterusan kerana usaha tangga kejayaan. di mana ada kemahuan di situ ada jalan Seseorang yang berusaha bersungguhsungguh untuk menggapai hasrat dan keinginannya Akhirnya Dhani berjaya juga memiliki kereta idamannya selepas bertungkus-lumus menyimpan wang kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. genggam bara api biar sampai menjadi arang Semasa membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar dan tabah sehingga mencapai kejayaan Apabila kita menghadapi cabaran yang sukar, kita perlulah gigih dan sabar kerana genggam bara api biar sampai menjadi arang. GAMBAR RAJAH PERIBAHASA MAKSUD PERIBAHASA CONTOH AYAT


PERIBAHASA BERTEMA: SIKAP DAN PERLAKUAN bapa borek anak rintik Anak-anak akan meniru perlakuan bapanya Yusof seperti ayahnya kerana dia suka menolong orang dalam kesusahan bak pepatah bapa borek anak rintik. bagaimana acuan begitulah kuihnya Seseorang anak akan mengikut perangai ibu bapanya Sikap peramah yang dimiliki oleh Heliza sama seperti ibunya kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Baik buruk ibu bapa sedikit banyak turun kepada anaknya Husna mengikut perangai ibunya yang suka memasak kerana ke mana tumpahnya kuah kalua tidak ke nasi. GAMBAR RAJAH PERIBAHASA MAKSUD PERIBAHASA CONTOH AYAT


PERIBAHASA BERTEMA: PERLAKUAN sambil menyelam minum air Membuat dua perkara dalam satu masa Alia menyiapkan kerja kursus Sejarah sambil mendengar radio ibarat sambil menyelam minum air. ibarat belayar sambil memapan Melakukan dua perkara dalam masa yang sama Sementara menunggu kedatangan ibunya, Alia membaca nota mindanya ibarat belayar sambil memapan GAMBAR RAJAH PERIBAHASA MAKSUD PERIBAHASA CONTOH AYAT


PERIBAHASA BERTEMA:BERITA kalau tiada angin bertiup masakan pokok bergoyang Sesuatu hal itu terjadi tentu ada sebabnya Jika sesuatu perkara itu tidak berlaku, masakan orang memperkatakannya kerana kalau tiada angin bertiup masakan pokok bergoyang. khabar angin Berita yang tidak sahih Khabar angin yang mengatakan pelakon terkenal itu telah meninggal dunia adalah tidak benar tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata Orang mengatakan sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya Khabar angin yang di dengari sudah tentu sedikit banyak ada kebenarannya kerana tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata GAMBAR RAJAH PERIBAHASA MAKSUD PERIBAHASA CONTOH AYAT


PERIBAHASA BERTEMA: PANDAI MENYESUAIKAN DIRI hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri Walaupun negeri orang mempunyai kelebihan tetapi negeri sendiri lebih baik lagi Daud lebih suka bekerja di Malaysia bekerja di luar negara kerana baginya hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling Kita perlulah pandai menyesuaikan diri ketika berada di tempat baharu kerana masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. GAMBAR RAJAH PERIBAHASA MAKSUD PERIBAHASA CONTOH AYAT


PERIBAHASA BERTEMA:PANDAI MENYESUAIKAN DIRI di mana bumi dipijak di situ langit di junjung Hendaklah mengikut aturan dan adat yang diamalkan di tempat yang kita berada. “Sewaktu berada di luar negara, pandai-pandailah kamu menjaga diri,” pesan ibu kepada Ali kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. GAMBAR RAJAH PERIBAHASA MAKSUD PERIBAHASA CONTOH AYAT


CONTOH PERIBAHASA LAIN


Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat • Sudah kalah baru berkubu • Sudah terhantuk baru tengadah Masalah sosial perlu diatasi secepat mungkin, jangan sudah terperosok baru hendak membaiki lantai. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING. 5 MS 106 CONTOH AYAT


Belukar sudah menjadi rimba Kesalahan yang tidak dapat dibaiki lagi • Nasi sudah menjadi bubur Masalah pencemaran alam sekitar sukar diatasi sekiranya keadaan bertambah teruk kerana belukar sudah menjadi rimba. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 9 CONTOH AYAT • kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. • sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna


Malang tidak berbau kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya. • Guruh tak berbunyi, malang tidak berbau Kecederaan semasa bersukan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana malang tidak berbau. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 17 CONTOH AYAT


Duduk sama rendah berdiri sama tinggi Orang yang sama darjat • bersukat sama paras, bertimbang sama berat Perpaduan antara kaum perlu diperkukuh agar Malaysia mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 46 CONTOH AYAT


Sediakan payung sebelum hujan selalu waspada dan berhati-hati: harus berusaha, jangan sampai terlambat Ali perlu belajar dari sekarang untuk berjaya dalam peperiksaan kerana sediakan payung sebelum hujan. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 106/68 CONTOH AYAT • beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis


Gading mana yang tidak retak Tidak ada sesuatu yang betul-betul sempurna Sepanjang 20 tahun bekerja, ini kali pertama Abu membuat kesalahan kerana gading mana yang tidak retak. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 106 CONTOH AYAT • tidak ada elok yang tidak bercacat


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 107 CONTOH AYAT • Laut mana yang tak berombak


Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk Sama-sama bertanggungjawab Walaupun syarikat yang dibina oleh mereka mengalami kerugian namun Ali, Ah Kow dan Muthu tidak berputus asa kerana mereka telah berjanji sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 144 CONTOH AYAT • sama lebur sama binasa


Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya. Kita seharusnya menjaga nama baik Malaysia semasa melancong ke negara lain kerana telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 144 CONTOH AYAT • kerana nila setitik rosak susu sebelanga • seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit


Yang bertakuk ditebang, yang bergaris dipahat Mengikut peraturan (adat, resam) yang lazim Kita seharusnya melakukan pekerjaan itu seperti orang dahulu kala kerana yang bertakuk ditebang, yang bergaris dipahat. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 144 CONTOH AYAT • lah baris nan berpahat, lah jalan nan berturut • Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang


Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa tahu Orang yang berusaha dalam senyap beroleh banyak hasil berbanding yang sedikit diperoleh tetapi diheboh-hebohkan. Ah Low tidak suka menghebohkan kejayaannya kerana dia berpendapat jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa tahu. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 186 CONTOH AYAT Penyu bertelur beratus-ratussenyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung


Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mendidik anakanak biarlah ketika anak itu masih kecil. Ibu bapa seharusnya memupuk minat membaca anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 189 CONTOH AYAT • Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari


Click to View FlipBook Version