MPU21032
Takrifan Harian Dan Autoriti, Peranan Etika Dan
Peradaban Dalam Mendokong Tanggungjawab
Sosial
Kumpulan 4
Definisi Realiti Sosial
Sejagat
Konsep realiti sejagat ialah pengalaman hidup
yang dilalui dan diterima oleh pelbagai kumpulan
atau strata sosial berdasarkan kepentingan
peribadi dan norma hidup sejagat.
Realiti sosial terbahagi kepada empat iaitu:
1. Takrifan Autoriti
2. Takrifan Harian
3. Etika
4. Peradaban
Takrifan Autoriti Dan Harian
Takrifan autoriti ditentukan oleh pemerintah dan ada peraturan
bertulis. Hal ini juga mempunyai protokol untuk dipatuhi. Selain
itu, formaliti yang digunakan adalah ketat dan terperinci.
Takrifan harian pula ditentukan oleh individu, keluarga dan
komuniti dan tiada peraturan bertulis. Takrifan harian juga merujuk
kepada perilaku kehidupan seharian.
Ianya tidak mempunyai peraturan formal dan menjadi
panduan individu untuk mencapai keadilan dan keharmonian.
Defini
Tanggungjawab Sosial
• Tanggungjawab sosial ialah sebahagian
daripada etika kerana individu
bertanggungjawab untuk memenuhi tugasan
kewarganegaraan mereka.
• Peranan tanggungjawab sosial:
• Mengetahui dan menghayati kepentingan
etika dalam menjalani kehidupan seharian.
• Peka dan menyedari tentang pentingnya
usaha mengekang amalan tidak beretika
Tanggungjawab Sosial
Sebagai Rakyat
Terdapat beberapa tanggungjawab sosial yang
harus kita lakukan sebagai seorang rakyat
antaranya ialah:
1. Tanggungjawab terhadap diri sendiri.
2. Menjadi agen moral dengan memastikan setiap
Tindakan yang dilakukan adalah adalah
mengikut etika yang baik.
Tanggungjawab Sosial
Sebagai Profesional
Terdapat enam sifat Amanah yang perlu dipegang
kepada profesion iaitu
1. Jujur
2. Berterus Terang
3. Cekap
4. Tekun
5. Teliti
6. Setia dan Menyimpan Rahsia
Tanggungjawab sosial utama untuk dipegang
kepada profesion ialah memberi perkhidmatan
yang sama kepada semua tanpa mengira agama,
warna kulit, fahaman politik, jantina dan status
sosio-ekonomi.
Terdapat juga nilai-nilai etika kerja dalam Islam
iaitu:
1. Kesungguhan
2. Ketekunan
3. Ketelitian (Itqan)
4. Kekeluargaan
5. Kasih Sayang
6. Muafakat
7. Kebajikan Dalam Organisasi
Tanggungjawab Sosial
Terhadap Organisasi Dan
Korporat
Tanggungjawab sosial korporat (CSR) bermaksud komitmen
syarikat dan organisasi korporat terhadap keperluan sosial
(hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para
pekerja, hak-hak pengguna dan sebagainya).
Kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat
keputusan dan mengambil tindakan yang membantu dalam
kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga
organisasi.
Rujukan
Senarai rujukan yang telah kami guna:
• https://babab.net/artikel/apa-itu-takrifkan-harian-dan-takrifan-
autoriti.html
• https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-
responsabilidad-social
• https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-
responsabilidad-social
• https://killjols.blogspot.com/2015/05/apa-itu-takrifkan-harian-
dan-takrifan.html
Kenali Penulis
Para penulis yang berkaliber dari kelas DKA1C
Muhammad Aniq Azri (20DKA21F1074) Brandon Anak Masery (20DKA21F1004) Nathanel Salo Lisut (20DKA21F1025)
berasal dari Sibu, Sarawak dan kini sedang berasal dari Sibu, Sarawak dan kini sedang berasal dari Bintulu, Sarawak sedang
melanjutkan pelajaran dalam Diploma
melanjutkan pelajaran dalam bidang melanjutkan pelajaran dalam bidang
Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Kejuruteraan Awam di Politeknik Mukah,
Sarawak
Mukah, Sarawak Mukah, Sarawak
Hak Cipta DKA1C 2021
MPU21032 Peradaban Dan Etika