The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rishanthini29, 2021-09-12 01:02:25

BUKU SKRAP TOKOH

BUKU SKRAP TOKOH

BUKU SKRAP TOKOH-
TOKOH KEMERDEKAAN

NAMA:JOTHISHVARMAA A/L
RAVINCHANDRAN
KELAS :5 VETRI
NAMA SEKOLAH :

SJK(T) TAMAN TUN AMINAH

1

PENDAHULUAN

Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melali suatu
proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh
beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun
menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air
untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian
menebal.Oleh itu , semangat dan kesedaran ini mula
disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya
memberi kesedaran secara menyeluruh kepada
rakyat.Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan
yang tidak kenal putus asa , akhirnya membuahkan hasil
apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31
Ogos 1957.Negara kemudian bergerak matang dan lebih
ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih
ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih
mantap dalam mengatasi cabaran semasa.Hasilnya ,
terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada
hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.

2

BIODATA SAYA

NAMA: JOTHISHVARMAA A/L
RAVINCHNADRAN

UMUR : 10 TAHUN
KELAS : 5 VETRI
NAMA SEKOLAH : SJK(T) TAMAN TUN AMINAH
HOBI : BOLA SEPAK
CITA-CITA : JURUTERBANG
MAKANAN KEGEMARAN : PIZZA
MINUMAN KEGEMARAN : MILO
NAMA AYAH : RAVINCHANDRAN A/L RAMAN

3

NAMA IBU : THADSHINI A/P JAYARAMAN

BIODATA TOKOH

NAMA : Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah

LAHIR : 8 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar
(Istana Pagoda)

PENDIDIKAN : 1911- Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar
1916- Penang Free School, Penang

1925- Lulus B.A dari University Cambridge
1945- Lulus LLB, dari Inner Temple,London
KERJAYA: 1946- Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O.(Pegawai Daerah)
Langkawi, Kulim dan Sungai Petani,(sebelum lulus LLB).Dilantik Penolong Pendakwa Raya
KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951-Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.

1956- Rombongan Merdeka ke London.
1957- Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962- Rombongan ke London – Gagasan Malaysia.

1963-Gagasan Malaysia- 16.09.1963.
1970- Bersara dari Politik.

06 Disember 1990- Tunku Kembali ke Rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas
pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah atas wasiat Almarhum,

jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

4

RASIONALISASI

Saya memilih tokoh ini kerana beliau seorang yang
mempentingkan pendidikan. Selain itu, beliau juga
sesorang yang suka menolong orang yang berada dalam
kesusahan. Seterusnya, Tunku Abdul Rahman
merupakan seorang pemimpin yang sangat mengeji
pertumpahan darah. Akhir sekali, beliau juga seorang
yang memupuk perpaduan dan keharmonian dalam
antara kaum.

KELEBIHAN TOKOH

 Menangani ancaman komunis.
 Membentuk Pakatan parti.
 Pertubuhan Kebajikan Agama Islam.
 Menerajui kepimpinan UMNO.
 Melancarkan beberapa projek pembangunan.

5

BUKTI KREDIBILITI TOKOH

Bukti kredibiliti Tunku Abdul Rahman adalah beliau
pernah gagal dalam peperiksaan undang-undang semasa
pengajian di London tapi beliau tidak pernah berputus
asa dan beliau juga mengambil semula peperiksaan
tersebut. Selain itu, semasa Jepun menceroboh Tanah
Melayu, rakyat hidup menderita dan penuh dengan
dugaan. Ketika itu, Tunku berhempas-pulas cuba
menyelamatkan ramai rakyat dan memastikan
keselamatan mereka. Akhir sekali, beliau juga berjaya
membebaskan Malaya daripada pemerintahan British ,
Tunku mengenengahkan idea untuk menyatukan
Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk
menjadi Malaysia pada tahun 1961.

6

JASA DAN SUMBANGAN TOKOH

Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang
politik,beliau banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan
negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan
rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan
British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Demi
perpaduan orang melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan
terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan
menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan
kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.Sebagai
seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa
keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan
dan perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang halangandan
cabaran demi perpaduan negara.Sebagai contoh, pada tahun
1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telahmewakili
kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan
oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini gagal,tetapi
telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian.Tunku
Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin
Malaysia yang paling berjaya apabila beliau berjaya menyatukan
rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah
Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk
negara demi menyelesaikan masalah politik negara.Sumbangan beliau
merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam
sejarah politik negara.

7

PENUTUP

Perpaduan yang kita nikmati sekarang sebenarnya hasil
usaha pejuang-pejuang terdahulu. Ramai pejuang tanah air
yang telah berkorban masa dan tenaga untuk mencapai taraf
Negara Berdaulat. Kita sebagai generasi muda haruslah
berusaha dan Bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan dan
keamanan di bumi Malaysia ini.

Diharap dengan penghasilan buku skrap ini, saya dapat
berkongsi pengetahuan mengenai perkara-perkara penting
sepanjang proses penubuhan Malaysia. Marilah kita bersama-
sama berganding bahu mengekalkan kesejahteraan negara kita.

8


Click to View FlipBook Version