The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Teknologi & Media dalam Pendidikan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wawaaim190, 2021-12-29 09:18:15

Tugasan Teknologi & Media dalam Pendidikan

Tugasan Teknologi & Media dalam Pendidikan

Suatu masa dahulu, hiduplah Sang Serigala yang menghabiskan
masanya memerhatikan sekawan biri-biri. Ia membayangkan ia
sedang memakan biri-biri. Ia sering mendekati kawanan biri-
biri itu dengan tujuan menangkap anak biri-biri yang kecil.

Sedapnya kalau aku
dapat makan salah
seekor daripada mereka

Walau bagaimanapun, penggembala kawanan biri-biri itu cepat
bertindak. Setiap kali Sang Serigala menghampiri biri-biri, dia
akan menghalau Sang Serigala.

Pergi kau dari sini!!!!!

Suatu hari, Sang Serigala terjumpa satu sarung kulit biri-biri
yang agak usang di tepi bangsal dimana penggembala
menjalankan kegiatan mencukur bulu biri-biri. Maka, terdetik
akal jahat dari hatinya. Dia bercadang menggunakan sarung
kulit tersebut untuk menyamar sebagai biri-biri.

Eh! Sarung kulit biri-biri la..
Aku boleh menyamar sebagai
anak biri-biri.. Ini peluang baik
untuk aku menangkap
mereka.

Sang Serigala mengambil kulit biri-biri itu lalu memakainya
seperti memakai baju. Beberapa lama kemudian, ia mendekati
kawanan biri-biri yang sedang meragut rumput untuk
memulakan penyamarannya dengan bermain bersama anak biri-
biri tersebut.

Sang Serigala meneruskan lakonannya bermain dengan anak
biri-biri yang lain sehinggalah waktu malam. Ia bercadang
menunggu penggembala tidur, kemudian barulah ia akan
menangkap seberapa banyak biri-biri yang dapat.

Baik aku bermain-main
dahulu dengan mereka, aku

perlu tunggu sehingga
penggembala tidur untuk

jalankan rancanganku.

Tapi, tanpa diketahui Sang Serigala, sebenarnya, penggembala

telah merancang untuk memasak rendidih anak biri-biri sebagai

hidangan makan malam. Lepas ni bolehlah aku

tangkap salah seekor

anak biri-biriku

sebagai hidangan

makan malam.

Sedang dia melihat ke arah anak biri-biri gembalaannya,
penggembala ternampak seekor biri-biri besar. Dengan pantas,
penggembala menangkap “biri-biri” itu dan membunuhnya.
Alangkah terkejutnya penggembala apabila dia menyedari
bahawa rupa-rupanya “biri-biri” itu sebenarnya adalah seekor
serigala yang memakai kulit biri-biri!

Hah!!! Patut la badannya
agak besar, rupanya seekor
serigala. Pasti ia cuba
menangkap anak biri-biriku

Pengajaran :

Jangan cuba menyamar sebagai orang
lain,
kerana jika tidak, bala akan menimpa.


Click to View FlipBook Version