The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Topik: Penggunaan Bahasa dalam Komunikasi Media
Konteks: Siaran Langsung Ceramah Ustaz Azhar Idrus

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zulhamizan Zuljaini, 2024-06-29 10:16:53

Projek E-Majalah

Topik: Penggunaan Bahasa dalam Komunikasi Media
Konteks: Siaran Langsung Ceramah Ustaz Azhar Idrus

IDRUS UUSSTTAAZZAAZZHHAARR E-MJA ALAH ASPEK Bahasa Melayu untuk Komunikasi DALAM MEDIA KOMUNIKASI KONTEKS CERAMAH DALAM SIARAN LANGSUNG


Isi Kandungan 1 2 11 PENDAHULUAN ASPEK VOKAL KESIMPULAN RUJUKAN ASPEK KADAR ASPEK GERAK ISYARAT ASPEK PEMILIHAN PERKATAAN 4 8 6 10 OLEH NURUL FARIEDAH BINTI ZARILA OLEH MUHAMMAD ZULHAMIZAN BIN ZULJAINI OLEH NUR ANNISAA BINTI KHAHARUDIN OLEH AHMAD KIEZMAN BIN SHAMSUL


Pada tahun 2024 ini, perkembangan teknologi di negara kita semakin hari, semakin canggih. Usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menyelia fasiliti Internet di Malaysia menjadikan rakyatnya yang maju dan mahir dalam penggunaan gajet. Tambahan pula, bidang ini dipelopori oleh generasi muda yang membina personaliti di media sosial sebagai medium komunikasi masa kini. Kami telah memilih topik dan konteks ini kerana platform media merupakan salah satu platform komunikasi yang selalu digunakan oleh kalangan remaja seperti kami yang menjadikan lebih senang untuk mengkaji aspek penyampaian komunikatif. Selain itu, kami juga dapati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus mempunyai pelbagai penggunaan bahasa dalam penyampaian ceramah. Hal ini menjadikan kami berasa ingin tahu tentang cara Ustaz Azhar Idrus berdakwah kepada kalangan orang Islam. 01 Dalam pada itu, bidang agama di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan teknologi ini dengan membuat siaran langsung ceramah atau kuliah agama. Oleh itu, kami telah memilih konteks ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang bersiaran langsung di platform TikTok pada 18 Mei 2024 selepas solat Maghrib di Masjid Tokku Tuan Besar.


NUR ANNISAA BINTI KHAHARUDIN (235583) ASPEK APA ITU VOKAL? Perkataan vokal berasal daripada perkataan Latin “ vocalis ” yang bermaksud “bertutur ” , kerana dalam kebanyakan bahasa, perkataan dan perbualan tidak menjadi tanpa bunyi vokal. Vokal dalam konteks komunikasi juga bermaksud menyampaikan mesej melalui naik dan turun (intonasi) dan kekuatan dan kelembutan (kelantangan) nada seseorang. VOKAL Penutur yang baik seharusnya memiliki vokal yang baik. Menurut Dr. Anna Gustina Zainal (2022), vokal yang baik menunjukkan suara yang tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah. Jika intonasi yang digunakan oleh penutur terlalu tinggi akan menyebabkan suara menjadi nyaring dan jika suara terlalu rendah akan kedengaran seperti berbisik. Intonasi naik dan turun yang digunakan oleh penutur seharusnya bersesuaian dengan konteks yang ingin disampaikan kepada pendengar apabila menyampaikan sesuatu perkara. Oleh itu, mesej yang disampaikan bukan sahaja dapat difahami oleh pendengar dan penonton, malah penutur itu sendiri lebih yakin dengan nada yang dituturkan olehnya serta memahami makna isi yang ingin disampaikan. 02 Bagaimana aspek digunakan?


Sebagai contoh, semasa siaran langsung ceramah Ustaz Azhar Idrus di TikTok, beliau menggunakan nada yang lembut atau rendah apabila menasihati penonton bahawa sebagai anak, kita haruslah menghormati kedua ibu bapa kita yang telah melahirkan dan menjaga kita dari kecil lagi. Hal ini menunjukkan bahawa penonton yang mendengar lebih menghayati dan mendalami nasihat yang diberikan oleh Ustaz Azhar. Sebaliknya pula, beliau lebih gemar menggunakan nada yang kuat dan lantang apabila bercerita atau berjenaka dalam ceramahnya. Secara tidak langsung, para penonton tidak akan berasa bosan dan mengantuk kerana beliau dapat mengaplikasikan cara penyampaian komunikasi yang lebih efektif dan penonton juga lebih menumpukan perhatian dalam ceramahnya. Sebagai penceramah yang dihormati, Ustaz Azhar Idrus sememangnya profesional menggunakan intonasi dan nada yang bersesuaian melalui cara percakapannya. Nada suara yang lantang digunakan oleh beliau seperti menghujahkan sesebuah fakta sememangnya bersesuaian dengan isi yang ingin disampaikan. Hal ini menunjukkan beliau memahami nada suara naik dan turun apabila perlu digunakan 03 Ketepatan dan Kesesuaian Sebagai pendengar, jika kita melihat daripada sudut pandang yang positif, kita akan lebih fokus dengan mesej yang disampaikan jika penutur menggunakan intonasi dan nada yang sesuai dengan keadaan. Sebagai contoh, Ustaz Azhar bijak memilih nada yang bersesuaian dengan topik yang ingin dibahaskan supaya pendengar lebih mendalami dan menumpukan perhatian terhadap ceramahnya. Kesannya, memilih nada yang tepat bukan sahaja dapat membantu penutur untuk berkomunikasi dengan lebih baik, sekaligus dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi dua hala. Secara keseluruhannya, aspek vokal merupakan aspek yang memainkan peranan penting dalam komunikasi terutama dalam konteks ceramah yang semestinya memerlukan suara yang kuat dan lantang apabila melontarkan pendapat. Apabila intonasi yang digunakan sesuai dengan situasi, pendengar dan penonton akan lebih terbuka untuk mendengar dan peka dengan ceramah yang ingin disampaikan. Cadangan Kesan positif Penutur seharusnya menggunakan intonasi suara yang seiring dengan bahasa tubuh mereka untuk menunjukkan kejelasan dan keyakinan kepada pendengar jika mereka ingin penyampaian komunikatif menjadi lebih berkesan. Pendengar mungkin tidak yakin dengan pendapat kita jika kita bercakap dalam keadaan tubuh yang kaku. Kesannya, mesej yang ingin disampaikan akan menjadi jelas dan kita dapat menerima reaksi yang kita inginkan daripada pendengar. dalam masa yang sesuai sekaligus menjadikan penyampaian beliau dapat disampaikan dengan baik dan terhindar daripada kesalahfahaman.


Bagaimana Digunakan? Aspek Kadar Secara umumnya, kadar ialah kelajuan seseorang menyampaikan mesej kepada penonton. Kadar dalam konteks komunikasi merujuk kepada kelajuan sesuatu maklumat itu disampaikan atau diterima. Menurut kamus pelajar edisi kedua, kadar ialah kebolehan atau kekuatan seseorang untuk membuat sesuatu. Sebagai seorang penutur, perkara yang paling penting semasa meyampaikan maklumat adalah untuk memastikan maklumat yang diberikan dapat difahami oleh pendengar. Penggunaan kadar yang tidak terlalu perlahan atau terlalu laju akan membantu pendengar untuk lebih memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh penutur. Contohnya, Ustaz Azhar Idrus menggunakan kadar yang lebih perlahan dalam ceramahnya semasa menyampaikan maklumat yang serius seperti tentang hukum hakam yang berkaitan dengan agama supaya maklumat tersebut lebih mudah untuk difahami oleh pendengar. Manakala, beliau menggunakan kadar yang lebih laju semasa menyampaikan jenaka. AHMAD KIEZMAN BIN SHAMSUL E-MJA ALAH (230241) 04 Penggunaan kadar yang lebih perlahan akan memudahkan pendengar untuk memproses dan menerima maklumat yang diberikan. Maka, penggunaan kadar yang lebih perlahan sesuai digunakan untuk menyampaikan maklumat yang lebih penting manakala kadar yang laju lebih sesuai digunakan oleh Ustaz Azhar Idrus ketika menyampaikan maklumat yang kurang penting atau sedang menyampaikan jenaka.


Penutur perlulah peka dengan keadaan fizikal pendengar agar maklumat dapat disampaikan dengan lebih mudah. Contohnya, Ustaz Azhar Idrus perlulah peka dengan lingkungan umur pendengar dan mengubahsuai kadar penyampaian maklumat mengikut keperluan. Ustaz Azhar Idrus boleh menggunakan kadar yang lebih perlahan jika pendengar ramai dalam kalangan warga emas dan menggunakan kadar yang lebih laju kepada pendengar yang lebih muda. Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang penutur yang baik kerana beliau dapat mengenalpasti kadar yang sesuai untuk digunakan mengikut maklumat yang ingin disampaikan. Perubahan penggunaan kadar yang lebih perlahan semasa menyampaikan maklumat agama dan penggunaan kadar yang lebih laju ketika menyampaikan jenaka dapat mencerminkan pengetahuan beliau tentang kesesuaian dalam penggunaan kadar dalam komunikasi. Kita sebagai pendengar akan lebih mudah memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penutur jika penutur menggunakan kadar yang sesuai semasa melontarkan maklumat. Perkara ini dapat mengelakkan berlakunya kesalahfahaman dan kekeliruan dalam menerima maklumat sebagai pendengar. E-MJA ALAH Secara kasarnya, kadar merupakan elemen yang penting dalam komunikasi kerana peranannya yang sangat penting untuk memastikan pendengar dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penutur. Kadar juga boleh menjadi kayu ukur kepada penutur untuk menilai kebolehan penutur dalam menggunakan kadar yang sesuai semasa berkomunikasi. 05


AASSPPEEKKGGEERRAAKK IISSYYAARRAATT Nurul Fariedah Binti Zarila (235645) enurut Dewan Bahasa dan Pustaka, gerakan isyarat ialah gerakan tangan atau kepala untuk menyatakan atau mengisyaratkan sesuatu pendapat, perasaan dan lain-lain semasa bercakap. Menurut Lucas (2004), gerak isyarat adalah pergerakan tangan atau lengan penceramah semasa memberi ucapan. Gerak badan yang dilakukan bukan sengaja dilakukan tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan secara spontan bagi membantu penceramah menyampaikan mesej dengan jelas sesuai dengan hadirin dan suasana yang ada. Selain itu, Clough dan Duff (2020) menyatakan bahawa gerak isyarat merupakan aspek penyampaian yang membantu menyampaikan mesej melalui pergerakan badan untuk menghantar isyarat. Antara satu aspek yang sangat penting bagi seorang penutur ketika menyampaikan mesej atau maklumat untuk menjadikan maklumat tersebut jelas dan difahami penonton dan pendengar ialah gerak isyarat. Penggunaan gerak isyarat yang sesuai dengan mesej disampaikan seperti pergerakan badan membolehkan pendengar memahami dengan lebih jelas maklumat yang disampaikan oleh penutur. Contohnya, Ustaz Azhar Idrus menggunakan pergerakan tangan seperti meluruskan lengannya dan mengangkat jari telunjuk ke hadapan untuk menunjukkan sesuatu yang disampaikan itu betul dan benar. Selain itu, pergerakkan badan dan kepala beliau yang dalam keadaan dinamik dan responsif menghadap penonton menunjukkan beliau sentiasa mengenalkan perhatian penonton dan pendengar. M Bagaimana aspek digunakan ? 06


Ustaz Azhar Idrus merupakan penceramah yang sangat profesional kerana beliau dapat menggunakan gerak isyarat yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu mesej semasa sesi ceramahnya. Pergerakan badan beliau seperti postur badan yang menunjukkan dirinya sedang terbuka dan penglibatannya dalam ceramah tersebut. Kedudukan badan dan kepala beliau yang menghadap pendengar telah menggunakan hubungan mata yang baik boleh menunjukkan bahawa beliau mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam menyampaikan ilmu agama. Secara keseluruhannya, gerak isyarat merupakan komunikasi bukan verbal yang digunakan oleh penutur ketika menyampaikan suatu mesej atau maklumat kepada khalayak. Aspek gerak isyarat seperti pergerakan badan paling penting dalam komunikasi seorang penutur untuk memastikan mesej yang disampaikan dapat difahami oleh penonton dengan jelas dan tidak berlaku kekeliruan maklumat. Apabila penutur menggunaan gerak isyarat yang tepat dan sesuai semasa menyampaikan mesej, komunikasi yang lebih berkesan akan berlaku. Sebagai seorang penonton atau pendengar, kita dapat memahami mesej yang disampaikan dengan lebih mudah dan jelas apabila penutur menggunakan gerak isyarat yang sesuai dan tepat. Hal ini kerana visualisasi oleh pergerakan badan penutur dapat membantu menggambarkan dan menjelaskan mesej yang disampaikan. Selain itu, pengerakan badan penutur yang dinamik dan responsif juga membantu mengekalkan perhatian dan penglibatan kita sebagai pendengar. Ketepatan & kesesuaian Kesan positif Penutur perlulah menggunakan jenis gerak isyarat yang pelbagai seperti pergerakan badan dan tangan untuk menekankan isi penting, menyampaikan emosi atau memperjelaskan sesuatu mesej. Hal ini kerana variasi dalam gerak isyarat boleh mengekalkan minat dan menyampaikan mesej kepada penonton dengan jelas. Selain itu, penutur perlulah menyelaraskan Cadangan gerak isyarat dengan ekspresi muka yang sesuai kerana keselarasan gerak isyarat dengan komunikasi verbal dapat meningkatkan pemahaman komunikasi penutur. Ini juga membantu dalam mewujudkan komunikasi yang lebih menyeluruh, kerana mesej yang disampaikan secara lisan dan bukan lisan berfungsi bersama untuk menyampaikan mesej yang kuat dan bermakna. Perspektif keseluruhan 07


Aspek 4: Pemilihan Perkataan ada zaman moden ini, kita seringkali mendengar penggunaan perkataan yang pelbagai ketika kita berkomunikasi tidak kira formal mahupun tidak formal. Hal ini disebabkan oleh pengaruh persekitaran sosial mahupun kelompok pergaulan yang menjurus kita untuk memilih bahasa dan perkataan yang sesuai semasa berkomunikasi. Menurut Lim (2008) dalam kajiannya “Language Choices of Malaysian Youth” mendefinisikan pemilihan bahasa sebagai pelbagai atau kod yang digunakan atau digunakan oleh individu tertentu untuk tujuan atau fungsi tertentu dalam interaksi lisan. Disediakan oleh: Muhammad Zulhamizan bin Zuljaini (232886) P Secara umumnya, setiap individu yang beragama Islam di Malaysia ini pasti mengenali figura agama asal Terengganu yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Oleh sebab itu, personaliti Ustaz Azhar Idrus semakin dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Tambahan pula, perkembangan teknologi masa kini membolehkan beliau bersiaran langsung di laman media sosial TikTok. Oleh sebab negeri asal beliau merupakan negeri Terengganu, Ustaz Azhar Idrus kerap menggunakan dialek Terengganu. Sebagai contoh, Ustaz Azhar menggunakan perkataan "dok" bagi menggantikan perkataan "tidak". Beliau juga menggunakan akhiran "-ng " bagi setiap perkataan yang berakhir dengan huruf m dan n. Selain itu, Ustaz Azhar juga banyak menggunakan jargon¹ agama seperti tauhid, hidayah, aqidah dan sebagainya. Hal ini dapat menunjukkan penguasaan kosa kata dalam bidang agama selain selingan unsur satira dalam pengucapan. jargon¹: bahasa khusus yang digunakan dalam bidang tertentu 08 E-MJA ALAH


Ketepatan & Kesesuaian Tidak disangkal lagi bahawa aspek pemilihan perkataan merupakan salah satu aspek yang penting dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi. Setelah dianalisis, kami dapati bahawa pemilihan perkataan yang diasimilasi dengan dialek tidak sesuai digunakan semasa memberi ucapan terutamanya semasa siaran langsung di media sosial. Hal ini disebabkan kecenderungan penonton tidak memahami konteks ceramah lebih tinggi apabila menggunakan dialek, terutamanya penonton yang tidak menuturkan dialek tersebut. Jika didengar daripada perspektif penonton, kita dapat menyatakan kesukaran dalam memahami butiran kata-kata dalam ceramah agama yang disebut oleh Ustaz Azhar oleh sebab dialeknya yang agak ‘ pekat’. Kita juga menjadi terpinga-pinga semasa mendengar ceramahnya kerana kita perlu berfikir maksud sebenar bagi sesuatu perkataan itu. Akibatnya, penonton berasa penat untuk memahami konteks ceramah tersebut dan keluar daripada siaran langsung ceramah. Kesan Penyampaian Cadangan Setiap masalah yang timbul pasti ada solusinya. Oleh itu, cadangan yang dapat diberikan kepada Ustaz Azhar semasa menyampaikan ceramah semasa siaran langsungnya ialah beliau boleh mengurangkan penggunaan dialek semasa berbicara. Tidak dinafikan bahawa penggunaan dialek tidak dapat dielakkan semasa berucap, namun dengan kawalan yang bagus, beliau mampu meminimumkan penggunaan dialek. Kesannya, pendengar dan penonton mampu memahami konteks ceramah dengan mudah dan jelas. Pada umumnya, aspek pemilihan perkataan dapat dikatakan aspek yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan ceramah yang berinformasi dan ilmiah. Apabila pemilihan perkataan dilakukan dengan berhemah semasa berkomunikasi, penonton akan lebih peka sekaligus meningkatkan kredibiliti Ustaz Azhar Idrus dalam memberi ceramah di negeri-negeri dalam Malaysia. 09


Kesimpulan Kesimpulannya, aspek-aspek komunikatif sangat penting dalam komunikasi seharian untuk mengelakkan kekeliruan dalam penyampaian dan penerimaan mesej. Jika kita sebagai penutur mampu untuk menggunakan aspek-aspek komunikasi dengan betul, maklumat dan mesej yang ingin disampaikan akan lebih mudah untuk difahami oleh pendengar dan dapat membuatkan diri kita kelihatan lebih profesional. Hal ini kerana kita mampu untuk menguasai aspekaspek komunikasi dengan baik. Selain itu, penguasaan aspek komunikasi dengan baik seperti pemilihan aspek mengikut konteks dapat memastikan mesej komunikasi verbal disampaikan kepada penonton selari dengan komunikasi bukan verbal. Seterusnya, ia akan meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang penutur dan dapat meningkatkan keyakinan diri kita sendiri kerana kita dapat melihat reaksi dan maklum balas yang positif dari pendengar. 10


Rujukan Dr. Anna Gustina Zainal, S.Sos.,M.Si. (2022). Public Speaking: Cerdas Saat Berbicara Di Depan Umum. Eureka Media Aksara. https://repository.penerbiteureka.com/media/publications/366048- public-speaking-cerdas-saat-berbicara-di-364904d9.pdf. Kamus Dewan. (Edisi Keempat). (2021). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lim, C. C. (2008). Language choices of Malaysian youth: A case study. Unpublished Dissertation of Master of Linguistics. Fakulti Bahasa dan Linguistik: Universiti Malaya. Rakhazam Saiiya. (2020). Fonem Vokal Bahasa Melayu. https://www.scribd.com/doc/166699748/Bab-3-Fonem-VokalBahasa-Melayu. Rasid Muhamad. (2005). Santun Pengucapan Awam dari Perspektif Islam. KONAKA. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA Pahang, https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58469/1/58469.PDF. Sa ’ adiah Ma ’ alip. (2015). Pemilihan Bahasa Dalam Komunikasi di Laman Sosial. Jurnal Komunikasi, Jilid 3(12). Universiti Kebangsaan Malaysia. https://journalarticle.ukm.my/10014/1/V31_2_15.pdf. 11


Click to View FlipBook Version