The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suzannah0607, 2021-10-20 04:41:10

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 TENTATIF 2

2 JAWATANKUASA KERJA 3

3 AJK PIBG 2020/2021 4

4 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 5-14

5 LAPORAN PENYATA KEWANGAN 2020 & 2021 15-18

6 USUL MESYUARAT AGUNG PIBG 19-21

7 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 22-24

8 PENGHARGAAN

1

TENTATIF

8.15 malam : Kata alu-aluan pengacara majlis
: Pendaftaran (Link kehadiran)
: Bacaan doa
: Ucapan Penasihat (Guru Besar)
: Ucapan Pengerusi (YDP PIBG)
: Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung
Kali ke-47 Tahun 2020
: Membentang dan menerima dan meluluskan
Penyata Kewangan berakhir pada September 2021.
: Membahaskan usul
: Sesi Libat Urus Pengoperasian Pembukaan Sekolah
oleh En.Gan Seng Thiam

: Ucapan penangguhan

2

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En. Gan Seng Thiam (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Pn. Hayati binti Mohd Yusof (GPK Pentadbiran)
: Pn. Irene Hong Siok Tee (GPK HEM)
Setiausaha : Pn. Ruhayu binti Abdul Jabar (GPK KOKU)
Naib Setiausaha : Pn. Norfatiha binti Mohd Kassim
Bendahari : Pn. Suraya binti Mohamad Saderi
Naib Bendahari : Pn. Noraisah binti Md Tan
: Pn. Nurul Solehah binti Zakari

Buku Program Jurugambar
Pn Suraiya binti Jafar En. Hazral bin Ghazali
Pn. Suzannah binti Ahmad

Pengacara Majlis Link & kehadiran atas talian
Pn. Salehah binti Hat En. Ahmad Faizal bin Abdul Karim
En. Muhammad Afif bin Nor Azman
Bacaan Doa
Ustaz Mansor bin Abdul Wahid Paparan Media
Pn. Suraya binti Mohamad Saderi
Pencatat Minit
Pn. Norfatiha binti Mohd Kassim Poster Hebahan
Pn. Nurain binti Bujang Pn. Suraya binti Mohamad Saderi
Pn. Rashidah binti Sehak Pn Nurulazwa binti Norshamsuddin
Lim
Hebahan Maklumat
Semua guru kelas

3

AJK PIBG 2020/2021

Penasihat : En. Gan Seng Thiam (Guru Besar)
Yang di- Pertua : En. Mohammad bin Hashim
Naib Yang di- Pertua : Pn. Haniza binti Hashim
Setiausaha : Pn. Norfatiha binti Mohd Kassim
Naib Setiausaha : Pn. Suraya binti Mohamad Saderi
Bendahari : Pn. Noraisah binti Md. Tan
Naib Bendahari : Pn. Nurul Solehah binti Zakari
AJK Ibu Bapa : 1. En. Wan Mohd Tarmizi bin Wan Othman
: 2. Pn. Haslinda binti Haron
AJK Guru : 3. Pn. Nurshazwin binti Ramli
: 4. En. Nor Shubaily bin Khamis
Pemeriksa Kira-kira : 5. En. Dzul Iskandar bin Yahya
: 6. Pn. Zainah binti Abd Rahman
: 7. En. Mat Shashir bin Ab Rahman
: 8. En. Muhammad Rifaaie bin Abdullah
: 1. En. Hazral bin Ghazali
: 2. Pn. Nurain binti Bujang
: 3. Pn. Norul Badariah binti Mohammad
: 4. Pn. Nurulazwa binti Norshamsudin Lim
: 1. Pn. Suraiya binti Jafar
: 2. En. Mohd Ariffin bin Abu Kassim

4

MINIT MENSYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -47

Tarikh : 22 Februari 2020 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Bestari, SK (P) Methodist 2, Melaka.

Agenda:
1.0 Ucapan Penasihat (Guru Besar – Pn. Lim Li Lian)

1.1 Pn. Lim Li Lian mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG, barisan
AJK PIBG dan semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa bagi
menghadiri mesyuarat kali ini.

1.2 Beliau memaklumkan terdapat peningkatan dalam keputusan UPSR
2019 dimana peratusan dan bilangan 6A meningkat.

1.3 Beliau turut memaklumkan pencapaian kokurikulum turut menunjukkan
peningkatan terutamanya di pencapaian di peringkat antarabangsa.

1.4 Pn. Lim Li Lian memaklumkan berkaitan pemansuhan peperiksaan dan
diganti dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

1.5 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas
sokongan dan kerjasama kepada sekolah dalam meningkatkan
kecemerlangan dan potensi murid-murid SK (P) Methodist 2

Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan Pengerusi PIBG (Datuk Riduwan bin Mohd Said)

2.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Tan Boon Siang
merangkap wakil Ketua Menteri Melaka dan Pn. Suhaila binti Ahmad
merangkap Pegawai Seranta Sekolah kerana sudi hadir. Beliau turut
berterima kasih kepada ibu bapa yang hadir.

2.2 Selain mesyuarat, turut diadakan adalah majlis penyampaian
anugerah murid bagi murid cemerlang UPSR 2019. Keputusan UPSR
2019 menunjukkan peningkatan yang sangat baik

2.3 Beliau turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang mengajar,
AJK PIBG yang membantu dan murid-murid atas usaha mereka.

2.4 Datuk Riduwan memaklumkan pihak sekolah, PIBG dan LPS akan
membina Bilik Solat dan memerlukan dana. Oleh itu, pihak sekolah
akan memohon sumbangan daripada ibu bapa, Jabatan Pendidikan
dan Jabatan Agama Islam.

2.5 Beliau memaklumkan adan turut merasmikan Program ‘Jom Kongsi
Rezeki’; iaitu sumbangan makanan daripada ibu bapa kepada murid
yang kurang berkemampuan.

5

2.6 Datuk Riduwan mengucapkan selamat bermesyuarat dengan
pelantikan AJK yang baharu. Beliau berharap ibu bapa dapat
memberikan komitmen kepada PIBG dan memohon maaf jika ada
salah silap sepanjang menjadi YDP PIBG.
Tindakan: Makluman

3.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46
3.1 Pembentang : Datuk Riduwan bin Mohd Said
3.2 Pencadang : En. Mohd Imran bin Abdul Razak
3.3 Penyokong : En. Mohammad bin Hashim
Tindakan: Setiausaha

4.0 Membentang Dan Menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG
4.1 Pembentang : Datuk Riduwan bin Mohd Said
4.2 Pencadang : En. Wan Mohd Tarmizi bin Wan Othman
4.3 Penyokong : En. Mohd Ariffin bin Abu Kassim
Tindakan: Setiausaha

5.0 Membentang, Menerima Dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir pada
31 Disember 2019
5.1 Pembentang : Datuk Riduwan bin Mohd Said
5.2 Pencadang : En. Mohd Ariffin bin Abu Kassim
5.3 Penyokong : Pn. Haniza binti Hashim
5.4 En. Ariffin membuat pertanyaan tentang:
5.4.1 Servis aircond yang berjumlah RM1880
Respon: Pn. Lim Li Lian (Guru Besar) menyatakan bahawa servis
aircond dibuat bagi aircond di bilik guru, pejabat, bilik J-Qaf dan
bilik-bilik khas kerana duit LPS hanya boleh digunakan untuk
bangunan sahaja.
5.4.2 Yuran Kecemerlangan Tahun 5
Respon: Pn. Noor Ilyani bt. Razali (Pemangku Bendahari PIBG)
menyatakan duit kecemerlangan Tahun 5 itu adalah tumpeng
akaun PIBG. Duit tersebut digunakan untuk murid-murid Tahun 5
bagi tujuan fotostat soalan dan bengkel matapelajaran teras
Tahun 5.
5.4.3 Pembelian LCD Projektor bernilai RM1299

6

Respon: Pn. Noor Ilyani menjelaskan pihak sekolah membeli LCD
Projektor bagi kegunaan sekolah dan murid. Pembelian adalah
satu keperluan kerana LCD projector yang lama telah rosak.

5.5 En. Nor Shubaily bin Khamis membuat pertanyaan tentang bayaran
pekerja kontrak.

Respon: Pn. Lim Lian menyatakan Jabatan Pendidikan telah menarik
pekerja kontrak. Jadi, sekolah menghadapi masalah kekurangan
pekerja. Oleh itu, pihak sekolah memohon PIBG untuk membayar gaji
2 orang pekerja kontrak.

Respon: Datuk Riduwan menjelaskan sebelum ini tidak pernah berlaku.
Oleh itu, untuk mengelakkan ketiadaan pekerja selama sebulan, pihak
PIBG bersetuju untuk membuat bayaran tersebut.

Tindakan: Bendahari

6.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2018/2019 dan Pelantikan AJK 2020/2021

6.1 Ahli mesyuarat melantik En. Mohd Imran bin Abdul Razak sebagai
pengerusi sementara.

6.2 YDP PIBG

6.2.1 En. Wan Mohd Tarmizi mencadangkan En. Mohammad bin
Hashim sebagai Pengerusi PIBG.

6.2.2 En. Mohd Ariffin mencadangkan cadangan ditutup dan ahli
mesyuarat sebulat suara menyokong dan melantik En.
Mohammad bin Hashim sebagai YDP PIBG.

6.3 Naib YDP PIBG

6.3.1 Datuk Riduwan mencadangkan Pn. Haslinda sebagai Naib
Pengerusi.

6.3.2 Pn. Zainah mencadagkan Pn. Haniza sebagai Naib Pengerusi.

6.3.3 Pn. Siti Rahmah Desa mencadangkan cadangan ditutup.

6.3.4 Pn. Haslinda memberi respon dan memohon untuk ahli
mesyuarat memberi laluan dan menyokong Pn. Haniza sebagai
Naib Pengerusi kerana pengalaman beliau di dalam JK PIBG.

6.3.5 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju Pn. Haniza sebagai Naib
Pengerusi.

6.4 AJK Ibu Bapa

6.4.1 Ahli mesyuarat mencadangkan nama-nama berikut sebagai
AJK Ibu Bapa dan sebulat suara bersetuju.

1. En. Wan Mohd Tarmizi bin Wan Othman

2. Pn. Haslinda binti Haron

3. Pn. Nurshazwin binti Ramli

7

4. En. Nor Shubaily bin Khamis
5. En. Dzul Iskandar bin Yahya
6. Pn. Zainah binti Abd Rahman
7. En. Mat Shasil bin Ab Rahman
8. En. Mohd Ariffin bin Abu Kassim
9. En. Muhammad Rifaaie bin Abdullah

6.5 AJK Guru

6.5.1 Guru Besar, Pn. Lim Li Lian menyebut nama-nama guru yang
telah dilantik menjadi AJK PIBG.

Setiausaha : Pn. Norfatiha binti Mohd Kassim

Naib Setiausaha : Pn. Suraya binti Mohd Saderi

Bendahari : Pn. Noraisah binti Md. Tan

Naib Bendahari : Pn. Nurul Solehah binti Zakari

Pemeriksa Kira-kira : Pn. Suraiya binti Jafar

AJK : En. Hazral bin Ghazali

: Pn. Nurain binti Bujang

: Pn. Norul Badariah binti Mohammad

: Pn. Nurulazwa binti Norshamsudin Lim

.
Tindakan: Makluman

7.0 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2020/2021

Penasihat : Pn. Lim Li Lian (Guru Besar)

Yang di- Pertua : En. Mohammad bin Hashim

Naib Yang di- Pertua: Pn. Haniza binti Hashim

Setiausaha : Pn. Norfatiha binti Mohd Kassim

Naib Setiausaha : Pn. Suraya binti Mohammad Saderi

Bendahari : Pn. Noraisah binti Md. Tan

Naib Bendahari : Pn. Nurul Solehah binti Zakari

AJK Ibu Bapa : 1. En. Wan Mohd Tarmizi bin Wan Othman

2. Pn. Haslinda binti Haron

3. Pn. Nurshazwin binti Ramli

4. En. Nor Shubaily bin Khamis

8

5. En. Dzul Iskandar bin Yahya
6. Pn. Zainah binti Abd Rahman
7. En. Mat Shasil bin Ab Rahman
8. En. Mohd Ariffin bin Abu Kassim
9. En. Muhammad Rifaaie bin Abdullah
AJK Guru : 1. En. Hazral bin Ghazali
: 2. Pn. Nurain binti Bujang
: 3. Pn. Norul Badariah binti Mohammad
: 4. Pn. Nurulazwa binti Norshamsudin Lim
Pemeriksa Kira-kira : 1. Pn. Suraiya binti Jafar

Tindakan: Makluman
8.0 Usul dan Cadangan

8.1 En. Mohammad bin Hashim selaku YDP Baharu mempengerusikan majlis
dan meneruskan dengan pembentangan usul.

8.2 Pn. Haniza binti Hashim
Isu : Kelas Tambahan bermula dari Darjah 5
Respon: Pn. Lim Li Lian menyatakan akan ada kelas tambahan untuk
murid-murid Tahap 2. Beliau menjelaskan bahawa Pengarah baharu
menekankan bahawa PdPc untuk mengajar dengan sebaiknya dan
tidak perlu mengadakan kelas tambahan. Tetapi pihak sekolah akan
cuba untuk mengadakan kelas tambahan.
Respon: En Mohammad menyatakan pihak PIBG akan mengadakan
perbincangan lebih lanjut bersama pihak sekolah berkenaan isu ini.

8.3 Pn. Siti Arzura binti Othman
Isu : Waktu Pemberian RMT

Respon: Pn. Lim Li Lian menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah
dasar kerajaan dan pihak sekolah hanya melaksanakannya. Tetapi
pihak sekolah dan PIBG akan cuba membuat surat memohon agar
waktu RMT diubah semula kepada waktu rehat. Pihak sekolah akan
menjalankan program “Jom Kongsi Rezeki” untuk membantu murid-
murid RMT dan murid-murid susah.
Respon: YDP En. Mohammad menyatakan pihak PIBG akan bantu pihak
sekolah untuk buat surat tersebut.

9

8.4 Pn. Noramizah binti Zainon

Isu : Kabinet / rak untuk buku murid

Respon: Pn. Lim Li Lian menjelaskan keadaan kelas yang kecil akan
menjadikan kelas bertambah sempit. Jadi beliau memohon ibu bapa
untuk membantu dan membimbing anak-anak untuk membawa buku
mengikut jadual yang betul.

Respon: YDP En Mohammad menjelaskan setiap perkara ada kebaikan
dan keburukan. Berdasarkan pengalaman anak beliau di SK Tengkera
2, ibu bapa mengumpul duit untuk membeli kabinet berkunci. Tetapi
setiap perkara mempunyai risiko lain iaitu anak-anak tidak membuat
kerja sekolah kerana buku tertinggal di dalam kabinet. Pihak PIBG akan
berbincang dengan pihak sekolah.

8.5 Perkara lain tidak dibaca dan dibincangkan bagi ibu bapa yang tidak

hadir.

Tindakan: Makluman

9.0 Pembinaan Bilik Solat

9.1 En. Mohammad memaklumkan kepada semua ibu bapa yang hadir
bahawa surau sedia ada sangat kecil dan daif digunakan oleh anak-
anak untuk solat.

9.2 Oleh itu, pihak sekolah dan PIBG merancang dan bersetuju untuk
membina bilik solat baharu.

9.3 Pihak PIBG sudah membuat perancangan dan akan mula membuat
pungutan dana daripada ibu bapa SK (P) Methodist 2.

9.4 Anggaran kos pembinaan adalah RM 50 000.

9.5 Pihak PIBG berharap akan dapat merealisasikan Bilik Solat baharu ini
sebelum Mesyuarat Agung PIBG akan datang.

10.0 Jom Kongsi Rezeki

10.1 Pn. Rahayu selaku GPK HEM menjelaskan mengenai hal RMT.

10.2 Beliau memaklumkan bermula Tahun 2020, RMT diberi pada jam 7.00
pagi. Jika pihak ibu bapa merasa sukar, pihak sekolah juga mengalami
masalah terutama bagi murid-murid lewat.

10.3 Beliau turut memaklumkan bahawa pemberian RMT tidak boleh diberi
pada waktu PdPc. Sekiranya pihak sekolah hendak menukar masa,
pihak sekolah perlu membuat justifikasi yang kukuh.

10

10.4 Oleh yang demikian, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk
menjalankan Program Jom Kongsi Rezeki bagi membantu murid-murid
yang kurang berkemampuan.

10.5 Pn. Rahayu menyatakan bahawa pihak sekolah akan memberi surat
kepada ibu bapa mengenai perkara ini. Justeru, pihak sekolah
berharap program ini akan dapat membantu murid RMT supaya dapat
makan pada waktu rehat.

10.6 Beliau turut menegaskan bahawa pihak sekolah tidak membenarkan
makanan daripada luar bagi mengelakkan keracunan makanan. Oleh
itu, ibu bapa boleh menyumbangkan makanan kering, air kotak susu,
air kotak buah-buahan atau air mineral untuk diletakan di sudut Jom
Kongsi Rezeki.

10.7 Beliau menyatakan bahawa pihak sekolah bukan meminta-minta
tetapi untuk terapkan dalam diri murid-murid “beri lebih, dapat lebih”.
Oleh yang demikian, segala sumbangan makanan di Sudut Jom Kongsi
Rezeki, nama anak-anak akan dicatat dalam Buku Amalan Baik dan
direkod dalam system online.

10.8 En. Mohamad menambah bahawa program ini bukan paksaan dan
yang penting ialah keikhlasan.

Tindakan : Makluman

11.0 Hal-hal Lain

11.1 Pn. Haniza binti Hashim memohon persetujuan ibu bapa untuk
menggunakan duit PIBG untuk membeli tong air untuk menyimpan air
di tandas ekoran keadaan krisis air di Melaka. Semua ahli mesyuarat
menyokong dan bersetuju sepenuhnya.

11.2 En. Izwan bin Mohammad melontarkan pandangan mengenai
informasi dana dan masalah sekolah. Hanya ibu bapa yang hadir ke
Mesyuarat Agung PIBG tahu mengenai keadaan sekolah dan isu yang
dibincangkan, namun bagaimana dengan ibu bapa yang tidak hadir?
Oleh yang demikian, beliau memohon pihak sekolah menggunakan
media sosial atau LED Board untuk memaparkan maklumat yang
berkaitan.

11.3 Pn. Haslinda binti Haron menyatakan bahawa komunikasi antara ibu
bapa dengan sekolah melalui SMS tidak berfungsi dengan baik. Beliau
juga momohon guru-guru kelas untuk memberi peringatan kepada ibu
bapa beberapa kali sebelum sesuatu program berlangsung. YDP
sebelum ini ada mencadangkan untuk pihak sekolah menggunakan
aplikasi ‘Whatsapp’ tetapi tidak dilaksanakan pada tahun ini. Beliau
turut memaklumkan terdapat sesetengah sekolah menggunakan
aplikasi Telegram kerana dapat melihat semula dokumen

11

11.4 En. Azmi Zahrin bin Abd Samad memberi pandangan terhadap
penggunaan aplikasi media sosial. Beliau berpendapat penggunaan
aplikasi Telegram lebih baik berbanding Whatsapp. Ini disebabkan
‘Whatsapp’ menggunakan ruang telefon dan membebankan memori
telefon. Beliau turut memaklumkan banyak sekolah yang telah
menggunakan Telegram bagi menyampaikan maklumat berkaitan
sekolah.

11.5 En. Mohammad bin Hashim berpendapat semua program perlu ada
promosi. Admin setiap kumpulan ‘Whatsapp’ perlu agresif. Beliau turut
memaklumkan pihak PIBG akan berbincang dan mencari cara terbaik
untuk memastikan program berjalan dengan lebih lancar.

11.6 En. Mohd Ariffin bin Abu Kassim berpendapat semua sekolah
mempunyai isu dana yang sama. Oleh itu, beliau memerlukan
penjelasan terhadap beberapa isu lain.

11.6.1 Beliau menyatakan bahawa pihak ibu bapa menghadapi
kesulitan untuk menggunakan aplikasi QR Code untuk melihat
buku program. Disebabkan kesukaran untuk merujuk buku
program di dalam telefon, beliau memohon untuk pihak sekolah
mencetak buku program atau memberi dalam bentuk PDF pada
masa akan datang.

Respon: En. Mohamad bin Hashim menjelaskan QR Code dibuat
untuk mengelakkan pembaziran kertas. Perkara ini akan dibuat
penambahbaikan pada amsa akan datang. Semasa mesyuarat
kali ini juga, buku program turut ditayangkan di skrin. Beliau
memohon untuk font tulisan diubah kepada yang lebih mudah
dibaca.

11.6.2 En. Mohd Ariffin menyatakan tentang insurans pengawal
keselamatan pada waktu tengah ahri.

Respon: En. Mohammad menjelaskan insurans pengawal
keselamatan hanya untuk waktu pagi.

11.6.3 En. Mohd Ariffin juga bertanya mengapa merentas desa dibuat
semasa ketiadaan air dan dilaksanakan pada waktu tengah hari
sedangkan sekolah menengah melaksanakannya pada waktu
pagi.

Respon: Pn. Lim Li Lian menjelaskan sekolah perlu buat
permohonan kepada Jabatan untuk memohon cuti peristiwa
bagi menjalankan program atau aktiviti pada waktu pagi. Beliau
turut memaklumkan bahawa cuti peristiwa sekolah hanya
diperuntukkan 4 hari setahun. Pihak sekolah juga perlu
mematuhi MMI. Pihak sekolah akan cuba menambahbaik
perkara tersebut dan mungkin boleh diadakan pada sebelah

12

pagi Sabtu. Pn. Lim Li Lian menyatakan bahawa program yang
dibuat pada minggu pertama, ketiga dan kelima akan
menggunakan kepala surat PIBG.

11.6.4 En. Mohd Ariffin memohon guru-guru untuk tidak mempamerkan
nama atau gambar anak-anak yang tidak menyiapkan kerja
sekolah kerana akan memalukan anak-anak dan ibu bapa
walaupun tujuan guru itu baik. Beliau memohon untuk guru
memberitahu dan menghubungi ibu bapa tersebut secara
personal.

Respon : Pn. Lim Li Lian menekankan bahawa teguran telah
dibuat kepada guru. Beliau menjelaskan kebiasaanya murid-
murid ini adalah murid yang sama dan berulang kali tidak
menyiapkan kerja sekolah. Guru-guru sememangnya komited
mahu murid-murid untuk buat yang terbaik dan beliau turut
menegaskan bahawa kerja sekolah sangat penting dan mesti
dibuat.

Respon : Pn. Haslinda binti Haron menjelaskan bahawa guru-guru
tidak dapat memaklumkan sesetengah perkara secara personal
apabila melibatkan ramai murid. Beliau berpendapat ibu bapa
boleh membantu untuk memberitahu kerja sekolah anak-anak
dalam kumpulan ‘Whatsapp’ kelas agar ibu bapa yang lain lebih
peka tentang kerja sekolah anak-anak mereka. Beliau
memohon agar ibu bapa untuk berfikir tentang keadaan guru
kerana banyak kelas yang diajar.

Respon : Pn. Haniza binti Hashim menyatakan ada sesetengah
kelas yang hanya admin iaitu guru kelas sahaja yang boleh
memasukkan maklumat dalam kumpulan ‘Whatsapp’ kelas.
Beliau berpendapat agar kumpulan ‘Whatsapp’ tersebut boleh
dibuka untuk ibu bapa lain membantu guru menjawab soalan
yang diajukan oleh ibu bapa. Pn. Haniza juga memohon agar
guru-guru matapelajaran lain juga dimasukkan dalam kumpulan
‘Whatsapp’ kelas. Selain itu, beliau juga berpendapat jika para
ibu bapa mewujudkan kumpulan ‘Whatsapp’ sesama ibu bapa
sendiri.

Respon: En. Mohammad memaklumkan PIBG akan berbincang
dan segalanya bergantung kepada guru tersebut.

`11.6.5 En. Mohd Ariffin memohon agar guru-guru tidak menggunakan
ayat-ayat mengugut dan kata-kata negatif kepada murid-
murid. Beliau turut memohon guru-guru untuk tidak merendah-
rendahkan murid serta penekanan adab guru terhadap murid
dan adab murid terhadap guru.

13

11.7 Pn. Nurshazwin binti Ramli memohon untuk ibu bapa menurunkan anak-
anak di tempat yang betul dan selamat bagi mengelakkan
kemalangan.

11.8 En. Salleh mengucapkan tahniah kepada AJK baharu. Beliau
menyatakan bahawa SK (P) Methodist 2 cemerlang dari dahulu hingga
kini. Oleh itu, beliau memohon untuk ibu bapa untuk memberi
kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mendidik dan mengajar
anak-anak. Beliau turut memohon ibu bapa untuk memberi pendapat
dan idea yang positif. Selain itu, En. Salleh berharap agar setiap kali
selepas mesyuarat, minit mesyuarat dimasukkan dalam kumpulan
‘Whatsapp’ kelas supaya ibu bapa peka dengan perkembangan
berkaitan sekolah dan PIBG.

Tindakan: AJK PIBG dan Pihak Sekolah
12.0 Ucapan Penangguhan

12.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang
hadir dan berharap kerjasama daripada semua pihak.

12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengah hari.
Tindakan: Makluman

Dicatat oleh,
Norfatiha binti Mohd Kassim
Setiausaha
PIBG Sesi 2020/2021
SK (P) Methodist 2, Melaka

14

15

16

17

18

CADANGAN/USUL

DARI IBUBAPA/PENJAGAMESYUARAT AGUNG PIBG 2021
SK (P) METHODIST 2

NAMA IBU : USUL 1
BAPA/PENJAGA HANIZA BINTI HASHIM
NAMA MURID :
KELAS : NUR ALISHA BINTI ABU HASHIM
ISU ; 4 RAFFLESIA

CADANGAN/USUL : 1) YURAN PIBG
2) YURAN PROGRAM KECEMERLANGAN MURID

TAHUN 4,5 DAN 6
1. Mencadangkan sumbangan PIBG yang

berjumlah Rm60 bagi setiap keluarga dikutip
mulai sesi persekolahan tahun 2022.

2. Mencadangkan yuran kecemerlangan murid
Tahun 4, 5 & 6 yang telah dikutip pada tahun 2020
dibawa ke tahun 2021.

3. Mencadangkan membuat kutipan yuran
kecemerlangan murid Tahun 4, & 6 pada sesi
persekolahan 2022.

NAMA IBU : USUL 2
MOHD SHAIRI BINMOHD JALIL
BAPA/PENJAGA
QURRATU ANIS DARWISYAH BINTIMOHD SHAIRI
NAMA MURID : 2 HIBISCUS
PdPR
KELAS :
1. Mohon guru buat video atau contoh sendiri
ISU : untuk aktiviti kokurikulum/muzik/seni dll
supaya anak murid bersemangat membuat
CADANGAN/USUL : aktiviti bersama guru.

2. Mohon guru buatkan modul setiap sabtu
ibubapa datang ambil seperti sebelumini
supaya murid tidak terlepas pandang atau
ketinggalan.

3. Mohon cikgu semak setiap latihan yang telah
dihantar samada di telegram atau whatssap
sebabnya anak murid tanya cikgu dah semak
ke belum.

19

NAMA IBU : USUL 3
MUHAMAD AIZUDDIN OTHMAN
BAPA/PENJAGA
ARYANA QAISARA
NAMA MURID : 2HIBISCUS
PdPR
KELAS : Guru-guru disarankan agar memperkemaskan lagi
proses PdPR agar tiada murid ketinggalan dalam
ISU : pembelajaran dan silibus. Diharapkan kelas PdPR dpt
diadakan dengan lebih konsisten bagi kesemua
CADANGAN/USUL : subjek.

NAMA IBU : USUL 4
NUR SALFAEZANBINTI MOHD PILUS
BAPA/PENJAGA
SARAH BINTI ABUABDELLAH
NAMA MURID : 2 IXORA
PdPR
KELAS : Jika PdPR dilanjutkan, perlu perbanyakkan kelas secara
Google Meet, terutama bagi subjek penting seperti
ISU : Matematik, Sains & Bahasa Inggeris.

CADANGAN/USUL :

NAMA IBU : USUL 5
MOHD TALHINBIN JAMAL ABDUL NASIR
BAPA/PENJAGA
AINUL MARDHIAH
NAMA MURID : 2 IXORA
PdPR
KELAS : Guru Mata Pelajaran perlu mengadakan PdPR secara
online (Google Meet) dengan lebih kerap (sekurang-
ISU : kurangnya 2 minggu sekali) agar sesi pembelajaran
lebih teratur/baik untuk pemahaman yang lebih jelas
CADANGAN/USUL : kepada murid.

NAMA IBU : USUL 6
SHAMINIDEVI A/PSANTHARAN
BAPA/PENJAGA
RENEESHAAA A/PRAJARETNAM
NAMA MURID : 2 RAFFLESIA
KESELAMATAN MURID
KELAS : Cadangan saya nak sampaikan, kalau sekolah dah
buka nanti dalam kelas murid jangan bagi duduk
ISU : rapat.. Janji keselamatan untuk murid murid dalam
sekolah.
CADANGAN/USUL :

20

NAMA IBU : USUL 7
HAFIZ BIN MD RAMLI
BAPA/PENJAGA
HAYFA ADELIA BT HAFIZ
NAMA MURID : 3 RAFFLESIA
KESELAMATAN MURID
KELAS : Pelajar-pelajar perlu dipantau oleh guru-guru semasa
sesi persekolahan bermula supaya mengikut SOP yang
ISU : telah ditetapkan.

CADANGAN/USUL :

NAMA IBU : USUL 8
NUR LIYANA BINTI JAMALUDIN
BAPA/PENJAGA
NUR HUMAIRA KHAIRUL IMRAN
NAMA MURID : 2 IXORA
KELAS PdPR BAGI MURID YANG TIDAK BERSEKOLAH
KELAS : Sekiranya ibu bapa tidak mahu hantar anak ke sekolah
dahulu, bagaimana anak-anak akan mengikuti kelas
ISU : PdPR di rumah nanti?

CADANGAN/USUL :

NAMA IBU : USUL 9
HASLIANA ABDWAHAB
BAPA/PENJAGA
DHIA ALEESYA MOHD SALEH
NAMA MURID : 1 IXORA
MENU MAKANAN KANTIN
KELAS :
1. Anak2 makan dikelas semasa rehat. Bagi yg
ISU : tidak membawa bekalan makanan saya
mencadangkan pihak kantin boleh
CADANGAN/USUL : menyediakan menu makanan utk seminggu dan
ibubapa akan membayar kepada pihak kantin
melalui guru/murid.

NAMA IBU : USUL 10
BAPA/PENJAGA SARAH CHIAMABDULLAH
NAMA MURID :
KELAS : AAYESHAH BINTINAZERI
ISU : 1 IXORA
MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA TENTANG
CADANGAN/USUL : PERBINCANGAN DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG
Memberitahu ibu bapa apa yang dibincang dalam
mesyuarat

21

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-47

BIL NAMA IBU BAPA/PENJAGA NAMA MURID TAHUN

1 RUZANNA BINTI ABDUL RAHIM RAISYA FAQIHAH BINTI MUHD FAISAL 1 RAFFLESIA
2 FADZADILAH BINTI ABU BAKAR NURHAZIQAH BINTI A.MALEK 6 RAFFLESIA
NURHADIRAH BINTI A. MALEK 1 HIBISCUS
3 ROSNANI IBRAHIM FATIN NABIHAH BINTI ZAKARIA 5 HIBISCUS
4 SETHU NADARAJAN ANJANA A/P SETHU 5 HIBISCUS
5 KAMALANATHAN A/L KA PRANAVI A/P KAMALANATHAN 1 IXORA

LOGANATHAN IBTISAM AWFIYAH BINTI MOHD ARIFF 3 IXORA
6 IDA ROSMEZAN AB. GHANI 4 RAFFLESIA
7 ROZITA MOHAMAD FAHIMAH RAIHANAH BINTI MOHD
FAISAL 1 HIBISCUS
8 SHARIZA SHAHARI FAEIZAH RAIHANAH BINTI MOHD
9 FARAWAHIDA ABU KHALID FAISAL TINGKATAN 1
10 AZMI ZAHRIN BIN ABDUL ALESYA SOFEA AIZAD TINGKATAN 1
2 HIBISCUS
SAMAD FARAH ALEESYA KHAIRUL HADI
11 MIMI BINTI RAHMAT
NUR AINA AQILAH BINTI AZMI ZAHRIN
12 MOHD SALLEH BIN TAMBI
NURULJANNAH BINTI ZAIHARIN 6 RAFFLESIA
13 SURIYATI BT ABU NUR' IMAN ZUELAYQAH BINTI ZAIHARIN 4 IXORA
14 NAZIRAH HJ AZIZ NUR QASEH QALESYAH BINTI ZAIHARIN 2 IXORA
15 ISMAZUAN ISMAIL NURUL QISTINA KAMILA BINTI MOHD 4 IXORA
16 MUHD FIRDAUS SALLEH
17 SITI NORLIZA BT OSMAN NUR SHAFIRA DHANISHA BINTI SHAM 3 HIBISCUS
18 NURSHAZWIN BINTI RAMLI ALYA AYESHA BINTI ISMAZUAN 5 RAFFLESIA
ALANNA ALEESYA BT ISMAZUAN TINGKATAN 1
19 NORHAMI AYU MOHD SAAD PUTERI RAISYA ZUNNURAIN BINTI MOHD 2 RAFFLESIA
20 SURAIYA BT JAFAR FIRDAUS
3 HIBISCUS
21 NORAMIZAH BT ZAINUN AMEERA NURSOFEA BINTI AMIRUL
FAEZAN TINGKATAN 1
22 NORSHALIZA BINTI SA'AD NUR ARYSSA IRDINA 4 RAFFLESIA
23 KHAIRUL NAJIHAH WAN ADNIN AMANI 3 IXORA
WAN TASNIM 1 IXORA
MOHAMMAD HELMI WAN RAIHAN 6 RAFFLESIA
24 SITI RAMAH DESA ATIKAH ZAHIRAH 4 HIBISCUS
NURIN INSYIRAH 1 RAFFLESIA
FAIRUZ AFINA 6 IXORA
HILSHALILY BINTI HILMI 1 IXORA
AINUL MARDHIAH BINTI MOHD TALHIN

KU HAMIZAH HUSNA BINTI KU MOHD 4 HIBISCUS
IDHAM

22

25 MAZRINA AHMAD SUBAKER QURRATU'AIN DAMIA BINTI MOHD 3 RAFFLESIA
SHAIRI
1 RAFFLESIA
QURRATU ANIS DARWISYAH BINTI
MOHD SHAIRI 4 RAFFLESIA

30 NOOR ZILAWATI BT ABDULLAH ANEESA HANANIA BINTI MOHD 6 IXORA
NABAWI
4 IXORA
31 NORKAMISAH BT MOHD ZIZAN NUR NADIAH BATRISYIA BINTI 3 RAFFLESIA
ABDULLAH 6 IXORA

NURSYUHADAH AQILAH 6 IXORA

NUR BALQIS ADAWIYAH 5 IXORA

32 LORNAH BT AB RAHAM ARINA FARZANAH BINTI MOHAMMAD 3 IXORA
NIZAM 3 RAFFLESIA
1 RAFFLESIA
ARINA FIRZANAH BINTI MOHAMMAD 2 HIBISCUS
NIZAM 3 HIBISCUS
5 HIBISCUS
33 MOHD NIZAM ISMAIL ARINA QARINAH BINTI MOHAMMAD 1 IXORA
NIZAM
4 HIBISCUS
34 SITI KHADIJAH AHMAD LIYA ZAFIRAH BINTI ABDUL MALEK 4 IXORA
6 HIBISCUS
35 HANIZA BT HASHIM NUR ALISHA BINTI ABU HASHIM 1 IXORA

36 MAS AYU BINTI RAMLI DALIA MARISSA BINTI DAHAREEN 6 HIBISCUS

37 NORSHUBAILY BIN KHAMIS SITI SUFIYA BINTI NOR SHUBAILY 1 HIBISCUS

38 IFA ZAINUN NAURA NUR IRDINA BINTI MOHD ISA 6 HIBISCUS

39 INTAN NUBAILAH MOHD YUNOS AUNI AIRIS AURORA BINTI MAHA 6 HIBISCUS

40 WAN MOHD TARMIZI B WAN WAN RAIHAN BINTI WAN MOHD 4 HIBISCUS
OTHMAN TARMIZI 1 RAFFLESIA
TINGKATAN 1
41 MOHAMMAD BIN HASHIM AIREEN SOFEA BINTI MOHAMMAD TINGKATAN 1
4 IXORA
42 YAZIB BIN AB HADI NUR AMALINA BINTI YAZID 6 HIBISCUS

43 MARSHAZLIYANA MD SHARIP A'QILA IZZARA BINTI MUHAMAD ZAKI 4 HIBISCUS

AMILY RANIA IMAN BINTI MUHAMAD 4 HIBISCUS
ZAKI

44 NORHATIMAH MOHAMAD WAN NURFAQEHAH AA'QILAH BINTI
WAN MUHAMMAD NAJIB

45 SHAMSUL BAHRIN BIN MOHD SOLEHA IZZDIYANAH BINTI SHAMSUL
BAHRIN

46 SUZANNAH AHMAD SOFIAH ADRIANA BINTI MOHAMMAD
HASNIZAM

47 NORFAZILA SAARI DAMIA IRDINA BINTI MUHAMMAD
MUSTAFA

48 NUR SYAFINAZ ABDULLAH NUR AISYAH BINTI MOHD KHIRUL

49 SYAHRIL MANAN NUR IYRISH IMTINAN BINTI SYAHRIL

50 NANI ERNIE OTHMAN NUR AISYAH BINTI RIDUWAN

51 RAFEAH BT WAHAB INTAN MUSFIRAH BT M. SAIFUL ASRI

52 CHE MAH THAMBI MOHAMED NUR NAJWA ANIQAH BINTI SANDUSI

53 SARLINAH RAMLI DHANIYAH IWANA BINTI DZUL
ISKANDAR

54 MOHD ARIFFIN BIN ABU KASSIM PUTRI QASDINA KHALAF BINTI MOHD
ARIFFIN

55 SURIAYATI HAMZAH NUR AFIFAH SYAURAH BINTI YUSNIZAN

56 YUSNIZAN BIN GANI

23

57 ZAINAH ABDUL RAHMAN NUR QASEH SYAZDINA BINTI MOHD 5 RAFFLESIA
AZUAN

QHALIFA LUTHFIA SYAZIRA BINTI MOHD 1 RAFFLESIA
AZUAN

58 JAMAL B ABDULLAH ABDUL NUR QALESYA BINTI JAMAL 4 HIBISCUS
AZEEZ

59 NORAZLIZA ABDUL RAHIM NADINE JULIA AMANDA BINTI NOOR 1 IXORA
AZIZAN

60 HANISAH BT JAAPAR NUR BINTI SAMEH 1 IXORA

61 SITI ARZURA BINTI OTHMAN SITI QAISARAH BINTI ABDULLAH 6 IXORA

SITI QHALISAH BINTI ROSZAINI 2 IXORA

62 JASLINA BT JANI FATINI HANNANI BT ROSLI TINGKATAN 1

63 NAZIRA ABDULLAH RATU BALQIS BINTI MAZLAN 3 IXORA

64 HASLINDA HARON ZARA ALEESYA BINTI MOHAMAD 2 RAFFLESIA
SUADI
65 MOHAMAD SUADI B
SAMSUDDIN

67 MUHAMMAD RIFA'AIE B FATHIMAH AZ ZAHRA BINTI 1 IXORA
ABDULLAH MUHAMMAD RIFA'AIE

68 KHAIRI ANUAR B MOHD NUR ADRIANA KHALEESHA BINTI 1 IXORA
ROSLAN MOHD KHAIRI ANUAR

69 NIRMALA V.K RAMAN LAKKSHANA NAIR 1 IXORA

70 NURAZURAH SHARIFF NURZINNIRAH BINTI MOHD HAFIZ 5 IXORA

71 MOHAMMAD IMRAN ABD AJK PIBG
RAZAK

72 IZWAN B MOHAMAD NUR 'IZZAH QALEESYA BINTI IZWAN 3 RAFFLESIA

73 ROSLINA BT ISMAIL NUR FARAH ATIKAH BINTI HUSIN 4 IXORA

74 SARAH NAFISAH BT ABU SAMAH ANIS INSYIRAH BINTI SYAHRIZUL NAZRI 2 HIBISCUS

75 SHAZIERA SHARUDIN JADE KHALIESHA BINTI MUHAMMAD 4 HIBISCUS

AKASHAH

76 SITI MARIA BT HARUN KHADIJAH DAYANI BINTI MOHAMAD 1 IXORA
RIDZWAN

77 SALEHAH BT HAT ANEESAH HANNAH BINTI NORAZHAR 3 IXORA

78 NORAZILAWATI BT ISMAIL NUR AFIQAH ZAHRAA BINTI ARIEF 1 IXORA
JAKA

79 MASLAN BIN AHMAD QATRUNNADA NAZEEHA BINTI 5 HIBISCUS
MASLAN

80 SURIATI BT MOHD SAID NUR DAMIA MAISARAH BINTI MOHD 3 HIBISCUS
'ADIL

81 SITI NORFATHIAH BT ZULKAFLI NUR KEISHA IRDINA BINTI MOHD HAFIZ 2 HIBISCUS

24

PENGHARGAAN

Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021
Sukacitanya merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada :

• Ibu bapa dan penjaga murid
• Guru-guru dan staf sokongan

• Para penderma
• Mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG

kali ke-48 ini.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version