The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOP PENGURUSAN PENGOPERASIAN SEKOLAH NORMAL BAHARU - SKP METHODIST 2 TERKINI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suzannah0607, 2020-07-14 10:18:51

SOP PENGURUSAN PENGOPERASIAN SEKOLAH NORMAL BAHARU - SKP METHODIST 2 TERKINI

SOP PENGURUSAN PENGOPERASIAN SEKOLAH NORMAL BAHARU - SKP METHODIST 2 TERKINI

SEKOLAH KEBANGSAAN

PEREMPUAN METHODIST 2, MELAKA

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
KEHADIRAN DAN PEMERIKSAAN SUHU BADAN

1. Semua murid mesti tiba di sekolah sebelum jam 8.10 pagi.
2. Pintu pagar D (LALUAN MASUK MURID) akan dibuka bermula jam 7.00 pagi

sehingga jam 8.10 pagi.
3. Murid akan beratur bermula dari pondok menunggu di depan Pintu Utama

dengan penjarakan sosial di lorong pejalan kaki hingga ke pintu pagar D.
4. Sekiranya cuaca hujan, ibubapa dibenarkan masuk menggunakan kenderaan

sehingga pagar D dan turunkan anak di pintu kanan kenderaan masing-masing.
5. Guru bertugas mengambil suhu badan murid dan catat di dalam Buku Rekod

Kehadiran Murid.
6. Murid yang bersuhu 37.5˚C tidak dibenarkan masuk ke dalam sekolah.
7. Murid yang hadir seawal jam 7.00 pagi hingga 7.40 pagi akan beratur dan

duduk dengan penjarakan sosial di Dataran Bestari.
8. Murid akan mula bergerak dengan penjarakan sosial ke kelas masing-masing

bermula jam 7.50 pagi.
9. Semua murid mesti mensanitasi tangan sebelum masuk ke kelas.
10.Sesi Pdpc akan bermula jam 8.10 pagi.
11.Semasa bersekolah tidak dibenarkan murid-murid keluar dari kawasan sekolah

tanpa kebenaran Guru Besar atau GPK. Jika kebenaran sudah diperolehi,sila
isikan maklumat murid yang dibawa keluar dibuku di pejabat.
12.Semasa Pdpc dijalankan, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah
tanpa kebenaran guru yang mengajar.
13.Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah menyerahkan surat akuan
doktor atau surat ibubapa/penjaga memberitahu sebab-sebabnya kepada guru
kelas.
14. Waktu balik untuk semua murid; Isnin hingga Rabu pada jam 1.10 petang,
Khamis pada jam 12.40 tengahari dan Jumaat 12.10 tengahari.
15.Ibubapa mesti menjemput anak balik mengikut masa yang ditetapkan. Pihak
sekolah tidak bertanggungjawab selepas waktu persekolahan.

UNIT DISIPLIN | hemskpm2

SEKOLAH KEBANGSAAN

PEREMPUAN METHODIST 2, MELAKA

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
PENGGUNAAN BILIK PDP

1. Meja murid dijarakkan 1 meter (penjarakan sosial).
2. Meja murid dipaparkan nombor yang telah ditetapkan. Murid hanya

dibenarkan duduk di tempat yang telah ditetapkan sahaja (ikut label nama).
3. Tanda penjarakan sosial di luar kelas perlu dipatuhi.
4. Pelan Laluan Pergerakan Terarah di luar kelas perlu dipatuhi.
5. Pensanitasi tangan (hand sanitizer) disediakan dalam setiap kelas dan murid

perlu membersihkan tangan .
6. Murid yang rasa tidak sihat diperiksa dan direkodkan di dalam buku yang

mempunyai senarai nama murid mengikut kelas.
7. Ibu bapa sangat digalakkan menyediakan pelitup muka kepada anak

masing-masing.
8. Meja dan kerusi murid akan disanitasi setiap hari oleh guru waktu akhir.
9. SOP dan poster berkaitan COVID-19 dipaparkan di dalam kelas. Oleh itu

murid dan guru perlu mematuhi perkara-perkara yang disarankan.
10.Murid dilarang bersalaman atau bersentuhan. (direct contact)
11.Murid tidak dibenarkan berkongsi alat tulis.
12.Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan.
13.Murid dibenarkan makan di kelas semasa rehat.
14.Murid tidak dibenarkan berkumpul dan perlu kekalkan penjarakan sosial 1

meter di dalam kelas.
15.Murid yang mempunyai penyakit kronik / imunisasi badan yang rendah

diwajibkan memakai pelitup muka.
16.Murid/guru yang bergejala(Covid-19) dilarang masuk ke kawasan sekolah.
17.Murid atau guru dilarang mengubah kedudukan jarak meja yang telah

ditanda.
18.Murid dikehendaki membawa bekas/beg plastik untuk mengisi sampah

masing-masing dan dibuang di luar kawasan sekolah.
19.Tong sampah tidak disediakan di dalam bilik kelas.

UNIT DISIPLIN | hemskpm2

SEKOLAH KEBANGSAAN
PEREMPUAN METHODIST 2, MELAKA

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
PENGGUNAAN KANTIN

1. Murid dan guru perlu mematuhi lakaran garisan penanda penjarakan satu
meter antara setiap pelanggan di hadapan kaunter pembayaran.

2. Pekerja hendaklah memakai pelitup muka dan menyenduk makanan untuk
pelangan.

3. Pelangan yang imun lemah, mengidap asthma, sakit jantung wajib memakai
mask.

4. Pelan Laluan Pergerakan Terarah di kantin perlu dipatuhi.
5. Pelanggan perlu membersihkan tangan dengan sabun sebelum dan

selepas meninggalkan kantin.
6. SOP dan poster berkaitan COVID-19 dipaparkan di kantin
7. Pelanggan dilarang bersalaman atau bersentuhan.
8. Pelanggan tidak dibenarkan berkongsi makanan atau alatan makanan

seperti sudu .
9. Murid dan guru tidak dibenarkan duduk atau makan di kantin.(tertakluk

kepada perubahan arahan KKM).
10. Murid tidak dibenarkan berkumpul dan perlu kekalkan penjarakan sosial

1 meter di kantin.

UNIT DISIPLIN | hemskpm2

SEKOLAH KEBANGSAAN
PEREMPUAN METHODIST 2, MELAKA

PROSEDUR OPERASI STANDARD(SOP)
PENGGUNAAN TANDAS

1. Sila pastikan kad petunjuk MERAH yang diwakili untuk SILA TUNGGU dan
HIJAU yang diwakili untuk SILA MASUK fungsinya sebelum masuk keluar
tandas.

2. Sebelum masuk, letakkan petunjuk MERAH dan tukarkan semula kepada
HIJAU selepas keluar dari tandas.

3. Jaga jarak sosial sebelum dan semasa masuk ke tandas.Jangan sekali-kali
membuang kertas, pembalut gula dan sebagainya ke dalam basin.

4. Buang pad/ tuala wanita ke dalam tong sanitari yang disediakan.
5. ‘Flush’ tandas selepas digunakan.
6. Sebelum keluar pastikan paip ditutup.
7. Murid-murid dilarang menulis atau menconteng di dinding dan tempat-

tempat lain di dalam tandas.
8. Murid-murid dilarang menyanyi atau membuat bising di dalam tandas.
9. Amalkan penjarakan sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu

meter dari orang lain.
10.Amalkan penjagaan kebersihan diri, basuh tangan menggunakan

sabun yang disediakan sebelum keluar daripada tandas.
11.Kebersihan tandas dijaga oleh pekerja pembersihan dan disanitasi mengikut

jadual.
12.SOP dan poster COVID-19 dipaparkan. Oleh itu, semua pengguna tandas

perlu mematuhi perkara-perkara yang disarankan.

UNIT DISIPLIN | hemskpm2

SEKOLAH KEBANGSAAN
PEREMPUAN METHODIST 2, MELAKA

PROSEDUR OPERASI STANDARD(SOP)
PENGGUNAAN BILIK KAUNSELING

1. Tidak dibenarkan duduk di tempat yang telah ditandakan “X”.
2. Tanda penjarakan sosial di luar Bilik Kaunseling perlu dipatuhi.
3. Amalkan penjarakan sosial semasa berada di dalam Bilik

Kaunseling .
4. Pensanitasi tangan (hand sanitizer) wajib dilakukan di dalam bilik

kaunseling.
5. Meja dan kerusi berada dalam garisan penjarakan sosial
6. Perabot, peralatan dan bilik kaunseling akan disanitasi oleh guru

Bimbingan Kaunseling.
7. SOP dan poster berkaitan COVID-19 dipaparkan untuk diamalkan

serta dipatuhi.
8. Murid di larang bersalaman dan bersentuhan.
9. Murid dilarang meminjam barang kawan.

UNIT DISIPLIN | hemskpm2

SEKOLAH KEBANGSAAN
PEREMPUAN METHODIST 2, MELAKA

PROSEDUR OPERASI STANDARD(SOP)
PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER

1. Kapasiti untuk Makmal Komputer tidak melebihi 17 orang.
(Penjarakan Sosial)

2. Tidak dibenarkan duduk di tempat yang telah ditandakan “X”.
3. Tanda penjarakan sosial di luar Makmal Komputer perlu dipatuhi.
4. Amalkan penjarakan sosial semasa berada di dalam Makmal

Komputer.
5. Pensanitasi tangan (hand sanitizer) wajib dilakukan di dalam

makmal.
6. Meja dan kerusi berada dalam garisan penjarakan sosial.
7. Meja, kerusi dan peralatan komputer akan disanitasi oleh guru

penyelaras bilik komputer.
8. SOP dan poster berkaitan COVID-19 dipaparkan untuk diamalkan

serta dipatuhi.
9. Murid/guru tidak dibenarkan menukar tempat duduk yang

digunakan sesuka hati.
10. Murid tidak dibenarkan berkongsi komputer yang digunakan.

UNIT DISIPLIN | hemskpm2

SEKOLAH KEBANGSAAN
PEREMPUAN METHODIST 2, MELAKA

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
PENGGUNAAN BILIK SAINS

1. Kapasiti untuk Bilik Sains tidak melebihi 18 orang. (Penjarakan
Sosial).

2. Pensanitasi tangan (hand sanitizer) wajib dilakukan sebelum masuk
ke dalam Bilik Sains.

3. Tanda penjarakan sosial di luar Bilik Sains perlu dipatuhi.
4. Tidak dibenarkan duduk di tempat yang telah ditandakan “X”.

Patuhi jarak sosial 1m dengan murid lain dan elakkan bersentuhan.
5. Amalkan penjarakan sosial semasa berada di dalam Bilik Sains
6. Meja dan kerusi berada dalam garisan penjarakan sosial.
7. Meja, kerusi dan radas Sains akan disanitasi oleh guru Sains.

8. SOP dan poster berkaitan COVID-19 dipaparkan untuk diamalkan
serta dipatuhi.

9. Murid/guru tidak dibenarkan menukar tempat duduk yang
digunakan sesuka hati.

10. Dilarang mencampur aduk radas anda dengan set murid lain.
Letakkan di tempat dikhaskan untuk kumpulan anda.

11. Bersihkan tangan sebelum keluar, sila keluar dari Bilik Sains dengan
teratur serta mematuhi penjarakan sosial.

UNIT DISIPLIN | hemskpm2


Click to View FlipBook Version