SK LKTP TENANG
(JBA7028)
MINIT MESYUARAT
PANITIA PJPK
BIL 1 TAHUN 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENANG
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA PJPK BIL 1 / 2021
Tarikh : 24 Januari 2021 (Ahad)
Masa
Tempat : 11:00 pagi
Pengerusi
Kehadiran (Bilangan) : Google Meet (lokasi masing-masing)
Turut Hadir (Jika Ada) : Cikgu Zainuddin bin Sajjad Ahmad Shah, Ketua Panitia
: 1. Cikgu Zainuddin bin Sajjad Ahmad Shah
2. Cikgu Nur Aini Hikmah binti Lokman
3. Cikgu Murely a/l Ponnusamy
4. Cikgu Mohammad Azli bin Abdullah
: Cikgu Azliza bin Nasir, Penolong Kanan Pentadbiran
Tidak hadir : Tiada
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat mengikuti
mesyuarat pengurusan Panitia PJPK awal tahun 2021.
1.2 Mesyuarat terpaksa dilaksanakan secara Google Meet selaras dengan pematuhan
kepada prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
1.3 Pengerusi berharap agar semua guru dapat menggunakan pengalaman mengharungi
pandemik COVID-19 dengan lebih bersedia daripada segi mental dan fizikal. Beliau juga
berharap agar semua guru dapat mengolah PdPc/PdPR dengan lebih berkesan.
Tindakan: Semua guru
1.4 Harapan pengerusi adalah agar semua guru dapat melaksanakan tugas yang
diamanahkan dengan lebih baik dan efisien berbanding dengan tahun-tahun lalu.
Tindakan: Semua guru
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Tiada.
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
1
4. FOKUS MESYUARAT
4.1 Perancangan Strategik dan Hala Tuju Kurikulum Tahun 2021
4.1.1 Matlamat strategik unit kurikulum bagi tahun 2021 adalah
a) meningkatkan prestasi murid dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS)
iaitu peperiksaan sumatif akhir tahun tahap 2 dan pentaksiran bilik darjah
tahun 1 hingga tahun 6
Tindakan : Semua guru
b) meningkatkan kualiti pengajaran semua guru
Tindakan : Guru Besar, PK Pentadbiran dan Ketua Pantia
4.1.2 Hala tuju panitia bagi tahun 2021 adalah
a) meningkatkan peratus mencapai tahap menguasai (MTM) murid sekurang-
kurangnya 75% dalam ujian sumatif akhir tahun bagi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Tindakan : Semua guru
b) meningkatkan bilangan murid cemerlang (gred A) sehingga 10% dalam ujian
sumatif akhir tahun bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Tindakan : Semua guru
c) meningkatkan mencapai tahap mimimum sehingga 90% dalam PBD bagi
semua mata pelajaran tahun 1 hingga tahun 6.
Tindakan : Semua guru
d) merancang dan memperbanyak pelaksanaan pembangunan guru dalam
kalangan ahli panitia mata pelajaran melalui Continuous Profesional
Development (CPD atau Pembangunan Profesionalisme Berterusan) dan
Profesional Learning Community (PLC atau Komuniti Pembelajaran
Profesional).
Tindakan : Ketua Panitia
4.2 Pelantikan dan carta Organisasi Jawatankuasa Unit Kurikulum Tahun 2021
4.2.1 Jawatankuasa Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 2021:
Ketua Panitia : Cikgu Zainuddin bin Sajjad Ahmad Shah
Setiausaha : Cikgu Murely a/l Ponnusamy
AJK : Cikgu Nur Aini Hikmah binti Lokman
Cikgu Mohammad Azli bin Abdullah
Makluman : Semua guru
2
4.3 Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
4.3.1 Penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP):
a) Prasekolah – Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSPK
semakan tahun 2017
b) Tahun 1 hingga Tahun 5 - Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) semakan tahun 2017
c) Tahun 6 - Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Makluman : Semua guru
4.3.2 Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 dan Kit Pelaksanaan Kurikulum boleh dimuat
turun daripada laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum di alamat
www.bkp.moe.gov.my. Guru-guru boleh merujuk slaid pembentangan untuk
maklumat lanjut.
Tindakan : Semua guru
4.3.3 Pentaksiran Bilik Darjah / Pentaksiran Sumatif
a) PBD melibatkan murid-murid tahun 1 hingga tahun 6.
b) Pelaksanaan PBD adalah penting dan perlu diambil berat.
c) PBD dilaksanakan sepanjang PdP.
d) Penetapan tahap penguasaan (TP) murid adalah berlandaskan DSKP yang
digunakan.
e) Guru-guru digalakkan membuat catatan/rekod sebagai eviden, menentukan
TP berdasarkan standard kandungan atau standard pentaksiran, sebagai
rujukan oleh guru yang menyambung tugas guru sebelum dan akan disemak
setiap hujung bulan.
Tindakan : Semua guru
f) Penilaian dan penetapan TP perlu telus dengan melaksanakan ”pertimbangan
profesional” berdasarkan eviden-eviden yang ada.
g) Pelaporan PBD adalah sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan
November.
Tindakan : Semua guru
h) Pentaksiran sumatif - soalan disediakan oleh guru mata pelajaran
Makluman : Semua guru
i) eBRM
1. Penyediaan rancangan pengajaran tahunan(RPT) dan rancangan
pengajaran harian(RPH) adalah secara atas talian (online) dalam Google
Drive.
2. Format RPT dan RPH perlu selaras bagi setiap ahli panitia, menetapi SPI
Bil 3/1999 bertarikh 19 Mac 1999 dan mengikut kehendak TS25.
3. RPH perlu dimuat naik ke Google Drive sebelum PdPc dilaksanakan.
4. Impak/refleksi perlu ditulis sebelum guru melaksanakan PdPc yang
seterusnya bagi mata pelajaran berkenaan. Impak perlulah jelas dan boleh
diukur.
Contoh: 23 daripada 26 murid boleh menulis ayat mudah berdasarkan
gambar dengan betul.
5. Semua folder dalam eBRM perlu dilengkapkan sebelum 1 Februari 2021
dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Makluman : Semua guru
3
4.4 Peluasan KBAT Bagi Sekolah Mentee
4.4.1 SK LKTP Tenang telah dicalonkan sebagai sekolah mentee KBAT bagi tahun
2020.
4.4.2 Semua guru boleh merujuk kepada slaid pembentangan dan Toolkit PdP KBAT
2020 untuk maklumat lanjut.
4.4.3 Guru mata pelajaran harus menerapkan unsur KBAT seperti i-Think dan PAK21
dalam PdPc.
Tindakan : Semua guru
4.5 Peranan Panitia Mata Pelajaran (Mesyuarat Pengurusan Panitia Bil 1)
4.5.1 Panitia perlu menyediakan analisa PBD dan post mortem ujian sumatif.
Tindakan : Ketua Panitia
4.5.2 Panitia perlu melaksanakan pelantikan jawatankuasa panitia bagi tahun 2021.
Tindakan : Ketua Panitia
4.5.3 Panitia perlu menyediakan perancangan strategik panitia yang merangkumi dua
perkara penting iaitu guru berkualiti dan kemenjadian murid.
Tindakan : Ketua Panitia
4.5.4 Penetapan penjajaran kurikulum berpandukan DSKP semakan 2017:
a) mengesan dan mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam pembelajaran
yang lalu
b) mengenal pasti kandungan kurikulum mata pelajaran yang terkesan dan
merancang intervensi berdasarkan asas pertimbangan berikut:
1. kandungan yang tidak sempat dilaksanakan
2. keterlibatan PdPR murid yang sangat rendah dan/atau
3. tahap penguasaan murid yang rendah
Tindakan : Ketua Panitia
c) merancang pelaksanaan kurikulum menggunakan kurikulum yang dijajarkan
dan membuat RPT
Tindakan : Semua guru
4.5.5 Panitia perlu membuat penyelarasan penyediaan RPT dan penulisan RPH.
Tindakan : Ketua Panitia
4.5.6 Penentuan headcount untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
perlu ditentukan berdasarkan data ujian sumatif pertengahan tahun 2020.
Tindakan : Semua guru
4.5.7 Panitia perlu membincangkan anggaran belanja mengurus (ABM) bagi tahun
2021. Pemeriksaan inventori perlu dibuat terlebih dahulu sebelum pembelian
alatan dilakukan. Peralatan untuk SEGAK perlu lengkap. Peralatan seperti pundi
kacang kecil, kon dan skitel perli ditambah. Buku rekod peminjaman dan
pemulangan peralatan bilik pengurusan sukan perlu diwujudkan. Guru mata
pelajaran perlu memastikan jadual pengambilan dan pemulangan peralatan diikuti
untuk mengelakkan kehilangan peralatan.
Tindakan : Ketua Panitia
4
4.5.8 Panitia perlu menetapkan latihan murid daripada segi agihan latihan (kekerapan
dan tahap) dan jumlah buku latihan. Buku tulis untuk mata pelajaran Pendidikan
kesihatan perlu disediakan.
Tindakan : Ketua Panitia
4.5.9 Panitia juga perlu membuat penyelarasan PBD dan pembinaan soalan ujian
sumatif (pertengahan tahun dan akhir tahun)
Tindakan : Ketua Panitia
4.5.10 Fail panitia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.
4.5.11 Setiap panitia perlu melaksanakan mesyuarat panitia bil 1 sebelum 15 Februari
2021 dan menghantar sesalinan minit mesyuarat ke pejabat(fail induk panitia)
serta softcopy kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Bagi tahun 2021, panitia
perlu melaksanakan sebanyak 4 kali mesyuarat.
Tindakan : Ketua Panitia
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pencerapan PdPc dijalankan 2 kali setahun. Guru-guru boleh merujuk kepada jadual
pencerapan dalam Buku Pengurusan Sekolah dan perlu mencetak RPH yang
berkenaan pada hari pencerapan.
Tindakan: Semua guru
5.2 Penyeliaan hasil kerja murid dijalankan sebanyak 2 kali setahun. Guru-guru boleh
merujuk kepada jadual penyeliaan dalam Buku Pengurusan Sekolah. Borang penyeliaan
perlu diisi dalam 2 salinan.
Tindakan: Semua guru
5.10 Semua guru boleh merujuk kepada SPI Bil 1/2000 Penggunaan Buku Kerja di Sekolah
Rendah dan surat KPM KP(BPK)600-3 Jld 9 bertarikh 9 September 2014 mengenai
penggunaan buku kerja.
Makluman: Semua guru
6. PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
kecemerlangan sekolah dapat dipertingkat pada tahun ini.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:30 t/hari.
Disediakan oleh,
MURELY A/L PONNUSAMY
Setiausaha
Mesyuarat Pengurusan Panitia PJPK Bil 1 Tahun 2021
Tarikh : 27 Januari 2021
5