HAWA NIEZA BINTI ZAKARIA 14DPR22F2028 ( EDITOR 2) ERISYA DALILA BINTI MOHD AMIR 14DPR22F2020 ( KETUA EDITOR ) NUR NIESA EZANI BINTI AZIZ 14DPR22F2025 ( PEN. KETUA EDITOR) ROSELINDA BINTI ROSLAN 14DPR22F2027 ( EDITOR 1) SENARAI NAMA SIDANG EDITOR PN. SHARIFAH NUR BINTI ABU ( PENSYARAH )
KATA ALUAN SIDANG REDAKSI اَ هلل ُ ح َمة ْ َو َر ُكم ي ْ م َعلَ َسالُ ُ ه ُ َوبَ َر اَل كات Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya kami telah mampu menyediakan folio bagi kurus MPU23012 Pengajian Islam. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu mengumpul bahan dan juga ilmu yang dijadikan teras dalam penulisan kami. Seterusnya ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Sharifah Nur Binti Abu kerana atas bantuan dan tunjuk ajarnya dapatlah kami menyiapkan kandungan folio ini dengan selengkapnya bagi memenuhi kriteria yang digariskan. Untuk menyiapkan tugasan ini kami perlu menghasilkan sebuah karya e-majalah berdasarkan tajuk yang diberikan oleh pensyarah. Skop penulisan kami berdasarkan sebuah isu yang masih cemas dalam masyarakat iaitu masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar politeknik di Malaysia. Semoga ilmu dan pengetahuan yang akan dikongsikan ini dapat memberi manfaat dan tauladan kepada pembaca sekalian , sekian.
ISI KANDUNGAN APA ITU PERGAULAN BEBAS ? 2 ADAB DAN BATAS PERGAULAN 3 PUNCA BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS ? KESAN BURUK YANG TIMBUL DARIPADA PERGAULAN BEBAS ISU PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR DI POLITEKNIK MALAYSIA LANGKAH PENCAGAHAN PERGAULAN BEBAS RUMUSAN 6 8 10 11 12 TAJUK M/S
Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita wajib diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun lagi, lelaki dan wanita yang bersaudara pula perlu dipisahkan dari tempat tidur mereka. Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil baligh. Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan penafsiran serta penelitian yang tinggi. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga batasan di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan pelbagai masalah social. Seperti yang kita sedia maklum , pada hari ini sudah hilangnya adab pergaulan di antara lelaki dan juga perempuan yang bukan ajnabi dalam kalangan pelajar di Politeknik Malaysia. Pergaulan atau ikhtilat (Bahasa Arab) dalam islam membawa maksud pergaulan atau pencampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di suatu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk perbuatan di antara seseorang dengan lain , iaitu ia hanya berlaku di antara tiga orang atau lebih. Ini berbeza dengan khawalat yang terdiri daripada dua orang sahaja. Oleh itu islam menetapkan peraturan antara sesama manusia dari antara lelaki dengan perempuan. PENGENALAN
Pergaulan bebas adalah salah satu bentuk perilaku menyimpang yang melewati batas kewajiban , tuntutan , aturan , syarat dan perasaan malu. Pengertian pergaulan bebas di ambil dari kata pergaulan yang artinya proses interaksi antara individu atau individu dengan kelompok dalam erti kata lain , “ bebas “ yang dimaksudkan ialah melebihi batas-batas norma yang ada. Masalah pergaulan bebas ini sering muncul baik di lingkungan maupun di media massa. Pengertian pergaulan bebas dari segi agama adalah proses bergaul dengan orang lain tetapi melepasi ikatan Batasan pergaulan. Pergaulan bebas tertulid di dalam surah An – Nur ayat 30 -31 bahawa “ hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam bergaul. “ APA ITU PERGAULAN BEBAS ?
ADAB DAN BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN 2. MENUTUP AURAT - Sebagaimana Allah telah berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita. 1. TIDAK MEMANDANG YANG HARAM - menurut islam sebagai seorang muslim kita tidak dibenarkan untuk melihat aurat bukan mahram kecuali yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh , kita digalakkan untuk menudukkan pandangan ketika melihat aurat yang bukan mahram. Selian itu juga , tidak melihat perkara yang haram VCD atau gambar lucah kerana perbuatan ini akan menggelapkan hati seseorang dan juga akan menimbulkan fitnah serta mendapat dosa.
ADAB DAN BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN 3. MENUNDUKAN PANDANGAN - Yang dimaksud menundukkan pandangan itu bukan bererti memejamkan mata dan menundukkan kepala ke tanah.Tetapi memandang ke tempat yang tidak membawa kepada kemurkaan Allah. Kaum lelaki dan perempuan apabila keluar dari rumah ,janganlah sekali-kali berniat supaya dia dapat diperhatikan dan menjadi tempat tumpuan sesama rakannya lantaran kecantikan dan haruman minyak wanginya. Pandangan yang terpelihara, apabila memandang kepada jenis lain tidak mengamat-amati kecantikannya dan tidak lama kemudian menoleh kepadanya serta tidak melekatkan pandangannya kepada yang dilihatnya itu. 4. MENJAGA PERKATAAN DAN MENGAWAL PERBUALAN - percakapan hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan. Contohnya , tidak melunakkan suara Ketika bercakap dengan lelaki. Di samping itu , menggunakan Bahasa yang baik dan tidak menggunakan kata – kata yang kesat ketika bercakap dengan lelaki mahupun perempuan kerana percakapan itu melambangkan keperibadian diri seseorang.
ADAB DAN BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN 5. MENJAGA IKHTILAT - jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan perempuan berjumpa tanpa mahram atau teman di sisi mereka , ianya ditegah. Hal ini dapat mengelakkan timbulnya fitnah dan berlakunya zina. Dalam pada itu , hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat contohnya mesyuarat dan perkaraperkara yang diperlukan. Tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong , bergosipgosipan ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seseorang perempuan
PUNCA BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS · Pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. · Rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya 1. PENGARUH RAKAN SEBAYA 2. PENGARUH MEDIA MASSA kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
PUNCA BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS 3. TAHAP IMAN YANG LEMAH 4. KURANG DIDIKAN AGAMA - Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan - Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. - Ibu bapa tidak mengambil berat untuk mengajar ilmu agama kepada anak mereka. Walaupun remaja tersebut di hantar ke sekolah agama dan diajar tentang agama, tetapi penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal membabitkan pergaulan bersama jantina yang berlainan.
KESAN BURUK DARIPADA PERGAULAN BEBAS DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN 1. PEMBUANGAN BAYI Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya 2. Tersebarnya penyakitpenyakit yang membawa maut Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
3. KEMEROSOTAN PELAJARAN Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan. Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia. 4. PENCERAIAN DAN KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
ISU PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR DI POLITEKNIK MALAYSIA Fenomena pergaulan bebas pula masa kini sering kali menimbulkan kesa-kesan yang tidak baik dalam kalangan umat islam. Pergaulan bebas adalah budaya hidup masyarakat Barat yang menyebabkan pelbagai gejala penyakit sosial seperti yang kita lihat , remaja ataupun pelajar yang senang terjebak dalam masalah sosial ini adalah kerana kejutan budaya yang dihadapi sewaktu masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi Kesan-kesan budaya ini telah pun meresap dalam kalangan masyarakat di negara ini. Paparan akhbar setiap hari membuktinya , antara berlakunya pembuangan bayi , perzinaan dan juga hidup bebas tanpa kawalan dan pantauan dari ibu bapa Pergaulan bebas juga mengundang pelbagai penyakit sosial antaranya HIV dan AIDS serta berlaku juga kelahiran anak luar nikah dalam Masyarakat. Tamadun dan kehidupan masyarakat akan runtuh jika pergaulan bebas dibiarkan tanpa kawalan dan sekatan.
LANGKAH – LANGKAH PENCAGAHAN PERGAULAN BEBAS 1. PENDIDIKAN SEKSUAL YANG BAIK - Memberikan pendidikan seksual yang akurat dan komprehensif kepada anak-anak dan remaja. Ini akan membantu mereka memahami tubuh mereka sendiri, hubungan seksual, kontrasepsi, dan risiko yang terkait dengan pergaulan bebas. 2. KOMUNIKASI TERBUKA - Berbicara terbuka dengan anak-anak atau remaja tentang seks dan hubungan adalah kunci. Membuka saluran komunikasi yang sehat dapat membantu mereka merasa nyaman berbicara tentang pertanyaan atau masalah yang mereka hadapi. 3. PEMBINAAN NILAI DAN NORMA - Memperkuat nilai-nilai dan norma keluarga yang positif, seperti penghormatan terhadap diri sendiri dan orang lain, serta menjaga hubungan yang sehat. 4. PROMOSI HUBUNGAN YANG SIHAT - Mengajar anak-anak tentang pentingnya hubungan yang sehat, termasuk komunikasi yang baik, kepercayaan, dan penghargaan terhadap pasangan.
RUMUSAN Pergaulan bebas merupakan interaksi antara manusia. Setiap perkara di dunia datang dengan dua aspek iaitu positif dan negative. Oleh itu , dalam pergaulan kami percaya kita sebagai manusia perlu bersandarkan syariat ALLAH SWT. Hal ini supaya implikasi negatif hasil daripada pergaulan yang tidak berlandaskan syariat iaitu pergaulan bebas dapat dihindarkan. Pepatah ada mengatakan “ mecegah lebih baik daripada merawat” . Ini bermaksud sebelum sesuatu buruk berlaku eloklah kita cuba sehabis baik mencegahnya.
RUJUKAN ❑ INTERNET 1. https://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/k esan-kesan-pergaulan-bebas.html 2. https://jundi75.files.wordpress.com/2013/08/risalah-dakwah066-adab-pergaulan-lelaki-dan-perempuan.pdf 3. https://www.merdeka.com/jateng/cara-menghindari-pergaulanbebas-lengkap-beserta-dampaknya-kln.html 4. https://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/pergaulanbebas.html