MODUL SOALAN RAMALAN DAN JAWAPAN
SEJARAH
PT3 2019
(TINGKATAN 2)
KE ARAH “A” SEJARAH
DISEDIAKAN OLEH: EN. L. BENEDICT Tel
: 0175944051
NURIZZATI HAZIQAH BINTI MOHD HANAFI
--------------------------------------------
FOKUS PT3 STRUKTUR DAN ESEI TINGKATAN 2
BAB 1 : KERAJAAN ALAM MELAYU
1 (a) HURAIKAN ASPEK PERSAMAAN ANTARA KERAJAAN ALAM MELAYU
1
Aspek geografi : Meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea,
Australia, New Zealan, Kepulauan Pasifik sampai ke Taiwan
→ Abdul Hadi Hassan : Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yg luas meliputi
Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand
→ Ismail Hussein : Dalam Buku Antara Dunia Melayu Dengan Dunia Kebangsaan : Alam Melayu
meliputi Selatan Vietnam, Kemboja, Selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei
dan Filipina
→ Alfred Russel Wallace : Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan
Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea
→ Ding Choo Ming : Dunia Melayu meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan
Thailand dan Filipina
Kesimpulan dari pandangan pengkaji sejarah : Geografi Alam Melayu merangkumi Malaysia,
Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, selatan Thailand, selatan Myanmar dan sel Indochina
Aspek Bahasa
→ Penggunaan bahasa serumpun iaitu Bahasa Melayu
→ BM tergolong dalam Bahasa Austronesia
→ Persamaan bunyi perkataan bagi beberapa etnik di Alam Melayu
→ Seperti Empat dalam Bahasa Melayu disebut Papat dalam bahasa Jawa, Ampat dalam bahasa Melayu
Brunei, Apat dalam dalam bahasa Tagalog Filipina, Pat dalam bahasa Melanau Sibu dan Apat
Faktor BM digunakan secara meluas di Alam Melayu:
Orang melayu suka belayar sebarkan penggunaan BM ke Alam Melayu
Sifat BM yg sederhana & mudah dipelajari BM diterima di Alam Melayu
Persamaan Budaya
→ Penduduk mempunyai budaya serumpun yg meliputi Bahasa & tulisan, persuratan, struktur sosial,
kepercayaan dan adat
→ Antara persamaam budaya yg terdapat di Alam Melayu ialah :
Kesenian Seni membuat alat gangsa dan seni mempertahankan diri (Ciptaan asli tempatan)
Nilai serumpun Gotong Royong
Seni Persembahan Wayang Kulit di Kelantan dan Jawa
1 (b) HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMASYHURAN KERAJAAN BERIKUT
a. Srivijaya (Abat ke-7) Terletak di lokasi yang strategi di Selat Melaka iaitu di Lembah Sungai Musi,
Sumatera. Merupakan laluan kapal antara Barat dengan Timur
2
Memperkukuhkan empayar dengan menakluki Bangka & Taruma
Sangramadhananjaya menakluki Sumatera, Selatan Myanmar, Tanah Melayu, Segenting Kra
Membolehkan SV menguasai jalan laut antarabangsa Selat Melaka &
Selat Sunda
Membolehkan SV menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu
SV juga menjadi pusat pengajian agama Buddha
b. Majapahit (Abad ke-13)
→ Terletak di Lembah Sg Brantas, Jawa Timur yang merupakan laluan kapal perdagangan.
→ Masyhur semasa Patih Gajah Mada menjadi Perdana Menteri
Berjaya mengembalikan keamanan & keselamatan
Meluaskan kuasa ke timur Pulau Jawa, Pantai Timur Sumatera, Pesisir selatan & barat Pulau
Borneo, Bahagian selatan & timur Sulawesi, Kepulauan Maluku
Membolehkan Majapahit menjadi pusat perdagangan terkenal
C. Kedah Tua (Abad ke-5) Terletak di kedudukan strategic di Sg Mas & Sg Bujang yang merupakan
pintu masuk di sebelah utara Selat Melaka
Kedah Tua terkenal kerana kegiatan perdagangan di Lembah Bujang
Tumpuan pedagang dari timur dan barat
Juga menjadi pusat perkembangan agama Buddha
1(c) KBAT: BUKTIKAN LOKASI MEMAINKAN PERANAN PENTING KPD KEMAJUAN KERAJAAN DI ATAS
Ketiga-tiga kerajaan di atas terletak di kedudukan strategik iaitu laluan kapal antara Timur dng Barat.
Sebagai contohnya, Kedah Tua terletak di pintu masuk sebelah utara Selat Melaka membolehkannya
ia maju sebagai pelabuhan entrepot.
→ Selain itu lokasi Kedah Tua yang terletak Gunung Jerai juga menjadi punca Kedah Tua maju
sebagai pusat perdagangan. Gunung Jerai menjadi panduan kepada kapal untuk dating ke pelabuhan
Kedah Tua.
→ Kedudukan kedah Tua yang berjiran dengan Perak, Kelantan dan Terengganu juga membantu
dalam memajukannya sebagai pusat perdagangan. Ini adalah kerana negeri jiran main peranan untuk
membekalkan hasil keluaran untuk diperdagangkan di pelabuhan Kedah Tua
Srivijaya juga maju sebagai kerajaan maritime disebabkan lokasinya yang trategik.
→ Pelabuhan bagi Srivijaya iaitu Palembang terletak di muara Sungai Musi yang dalam
membolehkan kapal besar boleh masuk sampai ke pelabuhan untuk menjalankan urusan perdagangan.
3
→ Selain itu Srivijaya juga terletak di laluan perdagangan antara timur dan barat di Selat Melaka
membolehkan kapal-kapal pedagang singgah di pelabuhan Palembang untuk menjalankan urusan
perdagangan.
→ Srivijaya juga terlindung dari tiupan angin timur laut dan Barat Daya oleh Banjaran Besar
Sumetera dan Banjaran Titiwangsa. Ini membolehkan urusan perdagangan boleh dijalankan sepanjang
tahun tanpa ancaman angun kencang
→ Lokasi Srivijaya yang berhampiran dengan tanah jajahannya di Tanah Melayu dan sebahagian
Sumetera juga membolehkan ia mudah mendapatkan bekalan dagangan untuk diperdagangkan
Majapahit terletak di Lembah Sg Brantas, Jawa Timur yang merupakan laluan kapal perdagangan yang
melalui selat Sunda dan Laut Jawa.
→ Lokasinya yang terlindung dari tiupan angina membolehkannya menjalankan kegiatan
perdagangan sepanjang tahun.
→ Selain itu lokasinya di Pulau Jawa yang subur juga membolehkannya mendapatkan bekalan
barang daganga terutama hasil pertanian seperti beras.
******BENTUK SOALAN INI JUGA MUNGKIN KELUAR DI BAB 2 : PERDAGANGAN****** 2
(a) HURAIKAN BENTUK HUBUNGAN KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN KERAJAAN LUAR
a. Hubungan Perdagangan
→ Kedudukan strategik iaitu di laluan kapal perdagangan antara Timur dengan Barat serta
kekayaan hasil bumi seperti galian, pertanian dan hasil hutan menjadi faktor terjalin hubungan
perdagangan Hubungan perdagangan ini menunjukkan sikap keterbukaan pemerintah Alam
Melayu b. Hubungan Keagamaan
Hubungan dengan negara luar mendorong penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam
→ Penyebaran agama ini mempengaruhi pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosiobudaya
masyarakat Alam Melayu
i. Agama Hindu tersebar melalui peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin ii. Maharaja
Asoka (Pemerintah Kerajaan Maurya) menghantar Sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk
menyebarkan Agama Buddha iii. Islam disebarkan melalui peranan pedagang, pemerintah dan
pendakwah Penyebaran agama ini menggambarkan sikap keterbukaan penduduk Alam Melayu
c. Hubungan Diplomatik
→ Menjalin hubungan diplomatiK dengan China dan India
→ Hubungan ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan dan majukan perdagangan
2 (b) KBAT: JELASKAN KEPENTINGAN HUBUNGAN LUAR KEPADA NEGARA KITA
4
Hubungan luar penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. Ini adalah kerana dengan adanya
hubungan luar kita mudah memasarkan barangan keluaran tempatan tanpa sekatan dengan negara
yang kita adakan hubungan. Sebagai contohnya hubungan kita dengan India dan China membolehkan
kita mudah mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut. Dengan ini negara kita akan dapat
sumber pendapatan yang akan mengukuhkan ekonomi negara kita.
Melalui hubungan ini juga kita mudah menarik kemasukkan pelabur asing untuk membuka
kilang atau perniagaan di negara kita. Ia bukan sahaja membantu pengaliran modal asing malah ia juga
menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sebagai contohnya, hubungan baik
dengan negara Jepun dan Korea membolehkan banyak syarikat negara itu di buka di negara kita.
Melalui hubungan luar juga kita mudah menyelesaikan sebarang pertikaian dengan negara luar.
Sebagai contohnya hubungan dengan Singapura membolehkan kita Berjaya menyelesaikan beberapa
masalah seperti tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih dan isu Tambak Johor
Lain2: Mudah menarik kemasukkan pelancong asing / pemindahan teknologi / menampung
keperluan tenaga kerja dll
BAB 2 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT KERAJAAN ALAM
MELAYU
1 (a) HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN SRIVIJAYA
Raja diberi gelaran: Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau
Raja mempunyai unsur kesaktian
Dianggap Bodhisattva (Peranan raja sebagai Buddha di bumi)
Pemerintahan Pusat dan Wilayah
Raja dibantu anak2 raja:- i. Yuvaraja (Putera Mahkota) ii. Pratiyuvaraja (Raja Muda) iii.
Rajakumara
Raja dibantu oleh golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim & penjaga harta kerajaan
Pentadbiran wilayah terbahagi:- i. KEDATUAN (Ditadbir oleh Datu keturunan raja) ii.
PRADATUAN (Ditadbir oleh Datu bukan keturunan raja)
2(b) KBAT: SISTEM PENTADBIRAN YANG TERATUR PENTING BAGI SESEBUAH NEGARA. BINCANGKAN
Mudah melaksanakan dasar. Dasar yang dibuat di peringkat tertinggi seperti cabinet
disampaikan kepada peringkat bawahan untuk dilaksanakan. Dengan ini masing2 dapat melaksanakan
tanggungjawab dan melaksanakan dasar dengan berkesan
Pentadbiran dijalankan dengan berkesan. Ini berlaku dengan pembahagian kuasa. Dengan ini
tidak berlaku pembolotan atau pertindihan kuasa. Oleh itu pentadbiran dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan
Negara akan aman. Pemerintahan yang sistematik akan menjamin kemanan kerana pemimpin
akan menjalankan tanggungjawab seperti yang telah ditetapkan melalui dasar. Dengan ini segala
kehendak rakyat akan dipenuhi dan rakyat tidak akan menentang kerajaan. Dengan ini keamanan dapat
dicapai
5
Ekonomi negara akan berkembang dengan pesat. Pentadbiran yang sistematik akan
mewujudkan keamanan. Keamanan negara akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur
modal. Ini bukan sahaja menambahkan sumber pendapatan negara mlah akan membuka lebih banyak
peluang pekerjaan yang akan menjamin kemakmuran ekonomi
3(a) HURAIKAN KEGIATAN PERTANIAN YANG DIJALANKAN KERAJAAN ALAM MELAYU
→ Lokasi petempatan awal dan peranan sungai main peranan penting dalam perkembangan kegiatan
ekonomi kerajaan Alam Melayu Tanah subur Alam Melayu sesuai utk pertanian
→ Awalnya tanam utk sara diri
→ Apabila berlaku lebihan, maka ia dipasarkan kepada penduduk yg tidak terlibat dalam pertanian
→ Antara tanaman utama di Alam Melayu:-
i. Tanaman Padi Dijalankan oleh kerajaan Funan, Champa Dan Angkor
→ Sungai Mekong menyuburkan tanah kerajaan Funan & Angkor di lembahnya
→ Air hujan membekalkan air melalui Tasik Tonle Sap
→ Pemerintah Angkor membina kolam (Baray) untuk menyimpan air
Kesannya di Angkor, padi menuaikan hasil 3-4 kali setahun
Di Champa, terdapat ketua air di setiap kampong untuk menyelenggara terusan & daik (Benteng @
tembok panjang yg dibuat drpd tanah utk mengawal air & banjir)
Kerajaan Majapahit
→ Pulau Jawa mempunyai tanah subur (Gunung Berapi) yg sesuai untuk pertanian LAVA BES
→ Sungai Bengawan Solo & Sungai Brantas mengairi padi sawah
→ Pemerintah membina sistem pengairan untuk meningkatkan pengeluaran padi
Kerajaan Srivijaya Padi merupakan tanaman utama
Ditanam di kawasan pedalaman Palembang (Tanah tinggi Pasemah & Hulu Musi) ii.
Rempah Ratus
Antara rempah ratus yang terdapat di Alam Melayu ialah bunga cengkih, buah pala & lada hitam
→ Bunga cengkih ditanam di Kepulauan Maluku
→ Buah pala di Pulau Banda Lada hitam di Sumatera & Jawa iii. Tanaman Lain: Menanam
pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa, sayuran & buah-buahan
Ada yg menangkap ikan di sawah, paya & sungai
Terdapat juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura
6
Padi ditanam kerana nasi merupakan makanan ruji penduduk Alam Melayu
Bunga cengkih, buah pala & lada hitam ditanam sebagai tanaman dagangan
3(b) KBAT: SATU KETIKA DAHULU ALAM MELAYU TERMASUK TANAH MELAYU TERKENAL DENGAN
PENGELUARAN HASIL PERTANIAN SEPERTI PADI. NAMUN KINI KITA MENGIMPORT KEBANYAKAN
HASIL TANAMAN. PADA PENDAPAT ANDA APAKAH PUNCA SITUASI INI DAN CADANGKAN LANGKAH
UNTUK MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN KELUARAN HASIL TANAMAN NEGARA KITA
P Generasi muda kurang berminat dengan sektor pertanian. Mereka tidak mahu berkerja di bawah
cahaya matahari dan hujan. Mereka lebih berminat berkerja di kilang atau pejabat.
L Generasi muda yang tiada berkerja perlu diberi ceramah tentang kepentingan mereka terlibat dalam
sektor pertanian supaya mereka faham tentang sumbangan mereka terhadap negara dan rakyat dan
seterusnya menjadi motivasi kepada mereka untuk terlibat dalam bidang pertanian
P Bidang pertanian kurang menguntungkan atau tiada jaminan untuk mendapatkan pulangan yang
banyak. Ini adalah kerana harga pasaran hasil pertanian ditentukan oleh orang tengah atau pembeli dari
petani. Selain itu mereka juga harus menanggung kerugian jika berlaku banjir atau kemarau
L Kerajaan harus memastikan tiada berlaku diskriminasi harga oleh orang tengah. Agensi kerajaan
seperti FAMA harus main peranan yang lebih untuk memastikan hasil keluaran petani dijual dengan
harga berpatutan dengan FAMA sendiri menjadi pembeli dan penjual hasil keluaran pertanian. Selain itu
kerajaan juga harus membayar pampasan yang setimpal dengan kerugian yang dialami oleh petani
akibat bencana alam. Tindakan kerajaan seperti ini bukan sahaja menjamin pendapatan yang lebih baik
dinikmati petani malah akan menarik lebih ramai lagi menceburi bidang pertanian
BAB 3: SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU
1(a) HURAIKAN HASIL SENI BINA KERAJAAN ALAM MELAYU
a. Kerajaan Funan : Membina kapal besar : Memuatkan 700 orang & 1000 tan kargo
Membina perahu panjang : Membawa 100 penumpang
Membina sistem pengairan : Mengawal limpahan air (Kawal Banjir)
Mengalirkan air masin keluar dari tanah pertanian
Membina candI : Sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan & tempat pertemuan masyarakat
Cth candi : Candi Go Cay Thi di Oc Eo
b. Kerajaan Angkor : Seni bina berkaitan kegiatan pertanian
Baray berukuran 2X8 km (Kolam takungan air) Menyalurkan 30 juta meter padu air ke sawah
Angkor Wat & Angkor Thom : Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II
Keluasan 208 hektar Menara utama setinggi 65 meter
Membina kapal : Untuk perdagangan & peperangan
7
c. Kerajaan Champa : Membina candi
Antara yg terkenal ialah:- Kompleks candi di Lembah Mi son, Dong Duong & Po Nagar
d. Kerajaan Srivijaya: Membina candi seperti Candi Muara Takus & Candi Muara Jambi
Ibu kota (Palembang) menjadi pusat bina kapal
→ Rekod kerajaan China, Palembang menjadi pusat binaan kapal2 Melayu (Kun-lun-po) yg besar
→ Boleh belayar hingga pelabuhan Tonkin & tenggara China
Ukiran tugu di Bukit Siguntang, Palembang menggambarkan kapal2 era Srivijaya
e. Majapahit: Membina candi seperti Candi Tikus di Jawa Timur & Candi Cetho di Jawa Tengah
Mahir membina pintu gerbang seperti:- Gapura Wringin Lawang (Laluan Raja)
Gapura Bajang Ratu (Pintu masuk bangunan suci di Jawa Timur)
f. Kerajaan Kedah tua: Membina candi untuk agama Hindu & Buddha
→ Candi Buddha terdapat di Bukit Choras, Bukit Pendiat & Bukit Meriam
→ Candi Hindu terdapat di Bukit Batu Pahat & Bendang Dalam
Kedua-dua candi ini mempunyai pengaruh seni bina kerajaan Chola
Terdapat juga seni bina arca Hindu & Buddha di lokasi sama
g. Kerajaan Gangga Nagara: Penemuan patung gangsa setinggi 18 meter di Tanjung Rambutan
merupakan bukti seni bina Patung Buddha juga ditemui di Sungai Siput dan Pangkalan
Arca tersebut mempunyai pengaruh dari kerajaan Gupta, India
2(b) KBAT: APAKAH KEPENTINGAN BINAAN KERAJAAN ALAM MELAYU PADA MASA SEKARANG DAN
BAGAIMANA IA BOLEH DIKEKALKAN (SESUAI JUGA UNTUK TAJUK BANDAR TERANCANG INDIA DAN
BINAAN DI ROM : TOPIK MODUL TINGKATAN 1)
KEPENTINGAN
Menjadi tarikan kedatangan pelancong asing. Tempat2 seperti Candid an Wat menjadi destinasi
pelancongan seperti Angkor Wat dan Candi Borobudur serta Candi Lembah Bujang. Dengan ini ia
menjadi sumber pendapatan negara kerana pelancong yang dating membelanjakan wang mereka di
tempat tersebut untuk penginapan dan makan minum.
Selain itu binaan tersebut juga membuktikan pencapaian ketamadunan Alam Melayu yang tinggi
standing ketamudunan barat lain seperti Rom dalam aspek seni bina.
Binaan tersebut juga menjadi inspirasi kepada generasi sekarang untuk maju dalam seni bina.
Sebagai contohnya pembinaan terusan dan Baray oleh kerajaan Alam Melayu masih diteruskan oleh
8
negara2 Asia Tenggara untuk majukan sektor pertanian dengan mengairi kawasan pertanian. Contohnya
pembinaan tali air dan empangan di Malaysia untuk mengairi kawasan tanaman padi.
Selain itu binaan tersebut juga menjadi bukti kewujudan pelbagai agama di Asia Tenggara.
Sebagai contohnya seni bina Candid an Wat menjadi bukti masyarakat Alam Melayu menganut agama
Hindu dan Buddha
CARA MENGEKALKAN
9
Para pengunjung yang mengunjung ke kawasan binaan tersebut perlu menjaga kebersihan kawasan
sekitarnya. Pengunjung harus buang sampah di tempat yang disediakan dan jika tiada tempat di
sediakan untuk membuang sampah, pihak kerajaan perlu mengambil iniasitif untuk menyediakannya.
Kerajaan juga harus menyediakan peruntukan untuk membaiki kerosakan di binaan tersebut. Ini
penting untuk mengelakkan ia runtuh atau mengalami kerosakkan yang lebih teruk yang mungkin akan
menyebabkan binaan tersebut terus hilang
Kerajaan juga harus menjadikan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan dengan
menambahbaikkan kemudahan di sekitarnya seperti tempat penginapan dan gerai jualan. Dengan ini
kawasan ini akan tetap terpelihara kerana menjadi sumber pendapatan negara.
NGO juga harus main peranan dengan menganjurkan kempen kesedaran tentang kepentingan
menjaga tapak warisan tersebut. Dengan ini orang ramai akan sedar tentang kepentingannya serta tidak
melakukan sesuatu yang boleh merosakkannya.
BAB 4 : AGAMA, KEPERCAYAAN & KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM
MELAYU
1(a) HURAIKAN KEPERCAYAAN AWAL MASYARAKAT ALAM MELAYU
i. Animisme: Kepercayaan setiap makhluk, hidupan & tumbuhan memiliki roh @ semangat
Berkaitan dengan kepercayaan terhadap makhluk halus & menyembah roh nenek moyang
Dipanggil “HYANG” Sembah roh nenek moyang untuk mendapatkan kebaikan @ menghindari
kesusahan bagi ahli keluarga yang masih hidup
Cth: Perayaan Hari Moyang oleh masyarakat Temuan di Bukit Cheeding, Banting Selangor
ii. Dinamisme: Berkaitan dengan kepercayaan terhadap kekuatan yg dikenali “MANA” @
“SEMANGAT”
→ Setiap benda @ makhluk mempunyai “mana” yg boleh mempengaruhi kehidupan seseorang
→ Cth: Upacara pemujaan semangat tanaman untuk mendapatkan hasil yg banyak
Pawang masyarakat Iban menyediakan makanan korban (MIRING) semasa sambutan hari Gawai
1(b) KBAT : ADAKAH KEPERCAYAAN ANIMISME DAN DINAMISME MASIH DIAMALKAN? JELASKAN
YA
Orang Iban, Sarawak semasa Pesta Menuai mengadakan Upacara Miring
Disambut untuk menyatakan terima kasih kepada “petara” @ tuhan
Kaum Kadayan mengadakan Makan Tahun
Sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperolehi oleh petani
Kaum Melanau mengadakan Pesta Kaul
10
Bertujuan mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat (Ipok)
Pesta Keamatan diraikan oleh Kadazandusun & Murut
Merupakan simbol kesyukuran untuk meraikan semangat padi @ BAMBAAZON @ BAMBARAYON
Dijalankan oleh BOBOHIZAN / BOBOLIAN (wanita)
Upaca kesyukuran kepada semangat padi ini diadakan dengan harapan tahun depan mendapat
lebih banyak hasil tuaian padi
Mengadakan pertandingan ratu cantik @ unduk Ngadau
→ Ia berkaitan dengan asal usul pengorbanan Huminodun Merupakan Puteri anak
Kinoingan @ Minamangun (Pencipta)
→ Korban diri bagi membantu manusia dalam kesusuhan semasa musim kemarau
2(a) SALAH SATU ASPEK KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU IALAH SISTEM
PEMERINTAHAN BERAJA. JELASKAN CIRI-CIRI SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA YANG DIAMALKAN
OLEH KERAJAAN ALAM MELAYU
Pemerintah mengasimilasikan pengaruh agama dalam pentadbiran
Raja menjadi tonggak kerajaan
Kedudukan raja diperkukuhkan dengan:- Sistem pemerintahan yg dibantu oleh pembesar
Rakyat mentaati raja
1. Pemilihan Raja
Berasaskan keturunan & pembesar mengesahkannya Keturunan raja dianggap suci & berdaulat
Raja boleh dipilih daripada golongan tentera seperti di Funan & Champa
Wanita keturunan raja boleh menjadi pemerintah Di Champa
2. Kedudukan Raja
Semasa kerajaan Hindu Buddha, raja dianggap titisan dewa (Jelmaan tuhan) & mesti dihormati
Selepas Islam, memperkenalkan konsep Khalifah
Raja ditaati. Mengingkari raja dianggap ingkari tuhan Dianggap derhaka
3. Gelaran pemerintah
Semasa Hindu & Buddha, menggunakan gelaran Raja dan Maharaja
Islam gunakan gelaran Sultan
Bagi menggambarkan kebesaran kuasa, menggunakan gelaran
→ “Raja Di Gunung Dan Maharaja Di Pulau”
11
Diberi gelaran mengikut identiti & keunikan kerajaan. Di Funan, Champa, Angkor & Srivijaya
→ Gelaran Sanskrit “Varman”
2(b) SALAH SATU KEUNIKAN ALAM MELAYU IALAH SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA. BAGAIMANA
SISTEM INI BOLEH DIKEKALKAN.
Sistem raja berkuasa mutlak yang ada pada hari ini seperti di Brunei harus diubahsuai menjadi sistem
Raja Berperlembagaan. Ini adalah penting supaya rakyat merupkan mejoriti di sesebuah negara
mendapat hak yang sebenar. Raja harus menjalankan tugas mengikut peruntukan dalam
perlembagaan. Keadaan ini menyebabkan rakyat akan mentaati instiutusi raja dan seterusnya tidak
akan menentang untuk mengubah sistem ini.
Rakyat juga harus patuh kepada perlembagaan yang menjelaskan hak dan kedudukan raja di
sesebuah negara. Sebagai contohnya, di Malaysia Raja menjadi ketua agama Islam, oleh itu rakyat
harus menghormati keputusan raja berkaitan agama Islam. Dengan ini instiutusi raja akan terbela
dan akan kekal.
Kerajaan juga harus mengambil tindakan ke atas sesiapa yang mencemarkan nama instiutusi Raja
mengikut peruntukan yang ada dalam undang2. Dengan ini orang ramai akan takut untuk mencabar
instiutusi Raja yang mungkin akan mengancam kedudukan instiutusi tersebut
NGO juga harus mengadakan kempen dan ceramah untuk menyedarkan orang ramai supaya mereka
menghargai instiuti tersebut serta terus memberi sokongan supaya isnstiutusi Raja terus kekal
BAB 5: KESULTANAN MELAYU MELAKA ***BAGI FOKUS LEBIH***
1 (a). PEMILIHAN LOKASI YANG STRATEGIK OLEH PARAMESWARA MENJADI KUNCI PERKEMBANGAN
MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN. BUKTIKAN @ SEBAB PARAMESWARA MEMILIH MELAKA
UNTUK MENDIRIKAN KERAJAAN
Antara bukti kedudukan Melaka yang strategik:-
1. Laluan Perdagangan: Terletak di laluan perdagangan antara Timur(China) – Barat (India)
Membolehkannya mengawal laluan kapal
2. Bentuk Muka Bumi yang berbukit-bukau Sesuai sebagai banteng pertahanan & Panduan
kepada kapal dagang
3. Pokok bakau dan api-api menjadi banteng pertahanan & pelindung semula jadi
4. Muara sungai yang terlindung dari angina monsun Kapal datang berlabuh dengan selamat
1 (b). HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KELANCARAN KEGIATAN PERDAGANGAN DI PELABUHAN MELAKA
(JIKA TANYA FAKTOR MELAKA MUNCUL SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN DAN PELABUHAN ENTREPOT
TULIS JAWAPAN LOKASI DI ATAS DIIKUTI JAWAPAN DI BAWAH)
a. Peranan syahbandar: Mengendalikan urusan perdagangan
12
→ Mengurus pasar & gudang, menjaga kebajikan & keselamatan pedagang
→ Bertanggungjawab: i. memeriksa alat timbang, sukat & mata wang ii. Menjadi
hakim di pelabuhan iii. Mengurus cukai iv. Menguatkuasakan peraturan keluar
masuk kapal
b. Cukai Perdagangan: Pedagang tertarik dengan pengurusan cukai yang cekap dan sistematik
Dikenakan cukai pelabuhan yang rendah
Cukai & bayaran surat kebenaran berniaga Merupakan sumber pendapatan kerajaan
Terdapat 2 jenis cukai:- i. Cukai rasmi (Cukai Import) Dikenali cukai “Panduan”
→ Kadar berbeza mengikut tempat asal pedagang : Arab, India, Ceylon, Siam, Pegu “
6% ”
→ alam Melayu “ 3% “ ii. Cukai Tidak Rasmi: Dalam bentuk hadiah @
Persembahan
→ Dikenakan kepada pedagang China & Jepun Nilai hadiah sama dengan cukai 5%
Bahan makan (beras) tidak dikenakan cukai (utk menampung keperluan
makanan Melaka)
c. Mata Wang: Urusan jual beli dijalankan melalui pertukaran barangan & menggunakan mata wang
Pertukaran berlaku antara: barangan dari Alam Melayu + China dng barangan dari Barat & India
Penggunaan mata wang melancarkan urusan jual beli
Awalnya, digunakan tukaran nilaian seperti jongkong timah, serbuk emas & Kulit siput (Cowrie)
Wang timah dikenali “Calains” Terpahat nama Sultan Melaka
Terdapat juga wang emas dan perak
Mata wang dari luar juga digunakan Dari Pasai, Hormuz & Cambay
d. Peranan Orang Laut
Terkenal dengan sikap taat setia & memastikan urusan perdagangan dijalankan tanpa gangguan
Menjadi pelayar & penunjuk arah yg cekap
Menjadi tentera laut untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka
e. Pelabuhan Yang Dilengkapi Dengan Kemudahan: Gudang menyimpan barang
Kemudahan pengangkutan Bekalan makanan & minuman Khidmat membaiki kapal
13
Tempat penginapan Syahbandar menjaga kebajikan pedagang Tempat ibadat
1 c) KBAT HURAIKAN CARA MAJUKAN PELABUHAN NEGARA KITA SETANDING DENGAN PELABUHAN
LAIN
Perlu menyediakan pelbagai kemudaan seperti gudang menyimpan barang yang lebih sistematik dan
selamat supaya kapal2 yang berlabuh merasakan ada jaminan keselamatan terhadap barangan mereka
Kerajaan juga harus menyediakan perkhidmatan pengangkutan terkin dan pantas supaya
barangan dari pelabuhan dapat sampai ke destinasi pada masa yang tetap
Kita juga perlu memberi latihan terhadap kakitangan pelabuhan supaya mereka mampu
memberi perkhidmatan yang terbaik. Ini penting supaya para pedagang yang menggunakan pelabuhan
kita rasa puas hati dan sering menggunakan pelabuhan negara kita pada masa hadapan
Kita juga harus berusaha mengeluarkan lebih banyak produk tempatan untuk tujuan eksport.
Dengan ini sudah pasti pelabuhan kita akan sibuk dan digunakan secara obtimum untuk tujuan import
dan eksport
Kerajaan juga harus menyediakan perkhidmatan membaiki kapal yang lebih moden supaya para
pedagang yang menggunakan pelabuhan kita tidak menghadapi masalah jika kapal mereka mengalami
kerosakan
2. (a) HURAIKAN CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG BERIKUT:
i. Hukum Kanun Melaka
Ditulis semasa pemerintahan S. Muzaffar Shah Disusun semula oleh Sultan Mahmud Shah
Mengandungi 44 fasal berkaitan: Hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan Pembesar
Hukum Islam berkaitan jenayah, urusan jual beli & kekeluargaan
HKM bertujuan : Dapat mengatasi masalah jenayah mewujudkan
keamanan & menjamin keselamatan rakyat ii. Undang-undang Laut Melaka
Ditulis semasa Sultan Mahmud Shah
Bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan
Mengandungi 25 fasal berkaitan :- Peraturan di laut, tertib berniaga & tatacara jual beli
Tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar
2 (b) PADA PENDAPAT ANDA APAKAH KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG BAGI SESEBUAH NEGARA
Menjamin keamanan negara. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan merujuk undang2
negara. Dengan ini negara akan aman tanpa sebarang masalah dan perselisihan antara masyrakat
14
Menjadi panduan kepada kerajaan dan pemimpin menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.
Ini boleh mengatasi masalah pembolotan kuasa oleh mana2 pemimpin kerana mereka perlu
menjalankan tugas mengikut undang2.
Menjamin hak rakyat. Rakyat akan mendapatkan hak mereka mengikut undang2. Sebagai
contohnya hak untuk bersuara dan berpersatuan
Meningkatkan imej negara. Negara yang ada undang2 akan lebih aman dan stabil. Oleh itu
orang luar akan memandang tinggi negara tersebut
Menarik kemasukan pelancong asing. Ini kerana keselamatan mereka dijamin oleh undang2
yang sedia ada.
Ekonomi negara akan berkembang pesat dengan adanya undang2. Keamanan dan kestabilan
yang wujud kerana undang2 menarik kemasukan pelabur asinh dan ini akan mengembangkan ekonomi
negara selain menjamin peluang pekerjaan
3. (a) HURAIKAN PERANAN (CARA) MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Pengislaman pemerintah iaitu Sultan Iskandar Shah menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat
penyebaran Islam Diikuti pembesar & rakyat
Sultan Muzaffar Shah menjadikan Islam sebagai agama rasmi
b. Perkahwinan
Puteri Sultan Mansur Shah berkahwin dengan putera Raja Siak. Dengan ini Siak menjadi kerajaan
Islam
c. Peranan Ulama
Sultan menghantar ulama & mubaligh ke seluruh kawasan pengaruh
Sultan Alauddin Riayat Syah
Hantar ulama mengajar Raja Pahang, Kampar & Inderagiri tentang agama Islam d.
Perdagangan
Disebarkan di Melaka oleh pedagang Arab, India & China
Disamping berjual beli, sifat mubaligh yang ada dalam diri mereka mendorong
penyebaran Islam
Mereka jga sebarkan Islam di kawasan singgahan Brunei, Filipina & kepulauan Indonesia e.
Perluasan Kuasa
Negeri naungan & jajahan memeluk Islam Sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka
Tumpuan Ulama
Sultan menjadi penaung aktiviti dakwah & perbincangan kitab agama Cth: Darul Manzum
Tempat Pembelajaran
15
Zaman Sultan Muzaffar Shah
Madrasah, masjid & surau menjadi tempat pembelajaran Al-Quran & ilmu tasawuf
Pemerintahan & Pentadbiran
Undang2 Islam terkandung dalam Hukum Kanun Melaka & Undang2 Laut Melaka
Ulama main peranan penting dlm pentadbiran
Jawatan mufti & kadi diwujudkan untuk melicinkan pengurusan agama Islam
16
3 (b) KBAT: SEJAUH MANAKAH PEDAGANG MAIN PERANAN MENARIK MINAT MASYARAKAT UNTUK
MEMELUK AGAMA ISLAM
Pedagang juga menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan. Dengan ini penduduk tempatan
memahami ajaran Islam lalu memeluk agama Islam
Mengamalkan nilai islam dalam Islam dalam perniagaan sepert.jujur dan tidak menipu dalam timbangan.
Ini menarik penduduk tempatan untuk menghayati nilai islam lalu memeluk Islam
Menunjukkan sifat mahmudah seperti jujur, sopan santun. Ini menarik orang tempatan untuk menerima
ajaran Islam
Mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah. Tidak memaksa sesiapa menerima Islam. Dengan ini
penduduk tempatan menerima Islam secara sukarela
Pedagang juga membawa ulama dan pendakwah bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
Pedagang juga menetap dan membuka perkampungan Islam. Menjadikan perkampungan sebagai pusat
perbincangan tentang Islam
Sifat baik pedagang juga menarik minat wanita tempatan lalu mereka berkahwin dengan pedagang dan
memeluk agama Islam
Pedagang juga mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan. Menggunakan keistimewaan
yang diberikan pemerintah. Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
4 (a). HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA i.
Faktor dalaman:-
a. Masalah kepimpinan
Kelemahan Sultan Mahmud Shah & pembesar
Menyebabkan ketidakstabilan politik
Amalan pilih kasih, rasuah & penyelewengan dalam pentadbiran
Perbalahan sesama pembesar Merebut kuasa : Contohnya Raja Medeliar dan Laksamana Koja
Hassan merebut kuasa dengan Bendahara Tun Mutahir
b. Masalah Perpaduan
Rakyat tidak bersatu
Berpecah berlaku antara Orang Melayu dengan Tamil Islam kerana persaingan kuasa antara
pembesar
Askar upahan dari luar iaitu dari Pulau Jawa yang tidak taat setia ii. Faktor Luaran : Serangan
Portugis
Kekayaan , keagamaan & kemasyhuran (Gold, Glory, Gospel) merupakan faktor kedatangan
Portugis
Ingin monopoli perdagangan rempah
Portugis juga ingin menyebarkan agama Kristian & menghapuskan penguasaan pedagang Islam
Kunjungan Lopez de Sequeira (11 Sep 1509) memulakan hubungan Melaka-Portugis Kegagalan
rundingan menyebabkan Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka
17
3 serangan Portugis:-
25 Julai, 10 Ogs, 24 Ogs 1511 Portugis Berjaya menguasai Melaka
4 (b) HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH MELAKA UNTUK MENGHADAPI SERANGAN
PORTUGIS
Menggunakan lancaran (Perahu laju) & perahu berapi
Di kawasan pantai diperkukuhkan pertahanan dengan kayu-kayan, pelbagai jenis Meriam &
peti-peti berisi serbuk peluru
Tembakan Meriam tidak terhenti di pantai Menggunakan tentera bergajah
Menggunakan Hikayat Amir Hamzah dan Ali Hanafiah untuk menaikkan semangat askar Melaka
4 (c). KBAT: APAKAH IKHTIBAR YANG KITA DAPAT DARI KEJATUHAN MELAKA DI TANGAN PORTUGIS?
Kita harus mengekalkan perpaduan. Perpaduan merupakan benteng pertahanan yang utama bagi
sesebuah negara. Perpecahan di kalangan rakyat akan memberi peluang kepada orang luar untuk
menguasai dan seterusnya menjajah kita. Sebagai contohnya perpecahan antara Orang melayu dengan
Tamil Islam menyebabkan kerajaan Kesultanan Melaka menjadi lemah dan ia memberi peluang kepada
Portugis mudah menguasai Melaka
Kita harus berhati-hati semasa mengadakan hubungan dengan kuasa luar. Jika tidak kita mudah
dikuasai oleh negara kita. Sebagai contohnya, Sultan Mahmud Shah yang tidak berhati2 semasa
kedatangan Portugis telah menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis
Kita harus melengkapkan diri kita dengan sistem pertahanan yang moden. Ini penting untuk
mempertahankan negara kita apabila diserang musuh. Sebagai contohnya kajatuhan Melaka berpunca
dari senjata yang dimiliki oleh askar Melaka tidak standing dengan senjata yang dimiliki tentera Portugis
Kita juga tidak harus mengharapkan orang luar untuk memperkukuhkan benteng pertahanan
negara. Mereka tidak akan taat setia kepada negara kita dan tidak akan mempertahankan negara kita
jika diserang musuh. Sebagai contohnya, salah satu punca kejatuhan Melaka ialah askar upahan dari
Jawa melarikan diri semasa serangan Portugis
BAB 6: KESULTANAN JOHOR
1 (a) HURAIKAN CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR
a. Persaingan Johor – Acheh – Portugis (Perang Tiga Segi) Berlaku selama 100 tahun
Acheh, Johor dan Prtugis berperang untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka.
Perang ini berakhir apabila:-
i. 1641, Johor memberi bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis di Melaka
ii. Acheh merosot setelah kematian Sultan Iskandar Thani
b. Perang Johor Jambi: Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi
18
Jun 1679, Johor menyerang & mengalahkan Jambi
Menyebabkan Jambi tunduk di bawah Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau
c. Konflik Pembesar (Perebutan Kuasa)
Perebutan kuasa berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul
Jamil Berakhir dengan pengunduran Laksamana ke Terengganu
Keturunan Bendahara kembali berkuasa
d. Ancaman Raja Kechil: 1718, Raja Kechil menyerang Johor
→ Menuntut takhta kerajaan Johor Mendakwa dirinya putera Sul. Mahmud Shah I
→ Mengisytiharkan dirinya sebagai Sulatan Johor Riau
Gunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
Raja Sulaiman, minta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara Untuk mengusir Raja Kechil
4 Okt 1722, Raja Kechil kalah
1 (b) HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH JOHOR UNTUK MENGHADAPI CABARAN
a. Pemindahan Pusat Pemerintahan: Pusat pemerintahan terletak di sepanjang
pesisir Sungai Johor Semasa Sultan Ibrahim (1677-1685), Kepulauan Riau Lingga menjadi pusat
pemerintahan
Pemindahan pusat pemerintahan merupakan muslihat mempertahankan diri daripada ancaman
Portugis dan Acheh
b. Membina Kota Pertahanan: Kota pertahanan sering berubah
Mengikut lokasi pusat pemerintahan Antara kota pertahanan: Kota Kara, Kota Sayong, Kota
Makam Tauhid, Kota Batu Sawar, Kota Seluyut, Kota Panchor, dan Kota Johor Lama
Kota Kara Dibina semasa pengasasan kerajaan
→ Dibina oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I Terletak di Kuala Sungai Telor
→ Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter)
→ Lengkap dengan bedil & meriam
c. Menjalinkan Hubungan Dengan Belanda
Mengadakan perjanjian persahabatan dengan Belanda
Dasar berbaik dengan Belanda merupakan strategi menghadapi ancaman Portugis dan Acheh
1602, hubungan bermula apabila Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin
19
Riayat Shah II Untuk melindungi Johor dari serangan Portugis & Acheh
17 Mei 1606, Perjanjian Johor Belanda
→ Antara Admiral Belanda, Cornelis Matelief de Jonge dengan Sultan Alauddin Riayat Shah II
→ Atas kapal Belanda bernama Orenje Belanda minta bantuan untuk menyerang Melaka
Johor mengambil bahagian perang Belanda-Portugis dengan memberikan bantuan:-
i. Mengangkut peralatan perang ii. Membuat tapak Meriam
iii. Menggali parit kubu iv. Menyekat musuh lari ke dalam hutan
v. Menaikkan semangat tentera Belanda
Johor juga bantu Belanda dengan mengepung dan menyerang Portugis di Melaka
Januari 1641, Berjaya menewaskan Portugis di Melaka
1 (c) APAKAH IKHTIBAR YANG DIPEROLEHI MELALUI STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH JOHOR
DALAM MENGHADAPI CABARAN
Kita harus mengekalkan perpaduan. Perpaduan merupakan benteng pertahanan yang utama bagi
sesebuah negara. Perpecahan di kalangan rakyat akan memberi peluang kepada orang luar untuk
menguasai dan seterusnya menjajah kita.
Kita harus berhati-hati semasa mengadakan hubungan dengan kuasa luar. Jika tidak kita mudah
dikuasai oleh negara kita. Sebagai contohnya, walaupun Belanda merupakan rakan baik Johor dan
bersepakat dengan Johor menyerang Melaka namun Johor tidak dapat Melaka selepas Portugis kalah
Kita harus melengkapkan diri kita dengan sistem pertahanan yang moden. Ini penting untuk
mempertahankan negara kita apabila diserang musuh. Sebagai contohnya pemerintah Johor membina
Kota Kara untuk mempertahankan pusat pemerintahan negeri Johor
Kita juga tidak harus mengharapkan orang luar untuk memperkukuhkan benteng pertahanan
negara. Sebagai contohnya orang Bugis berkuasa di negeri Johor setelah memberi bantuan untuk
mengusir Raja Kechil
2. (a) JOHOR JUGA TERKENAL SEBAGAI PUSAT PERSURATAN MELAYU YANG TERKENAL. JELASKAN
DUA KARYA AGUNG YANG DIHASILKAN DI JOHOR
i. Sulalatus Salatin: Bermaksud “Salasilah Raja-Raja” @ “Peraturan Segala Raja-Raja”
Asalnya bernama “Hikayat Melayu”
Disusun & ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612
Kandungan Asal usul keturunan raja-raja Melaka Adat istiadat kerajaan
Sejarah Kesultanan Melayu Melaka ii.
Hikayat Hang Tuah
20
Ditulis oleh pengarang di Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada 1641
HHT merupakan epik kepahlawanan
Merentas sepanjang zaman kegemilangan Melaka
21
Kandungannya berkaitan ketaatan Hang Tuah kepada raja & Keturunan Kesultanan Melaka
2 (b) APAKAH KEPENTINGAN HASIL KARYA AGUNG TERSEBUT
Melalui Sulalatus Salatin kita boleh mengetahui Asal usul keturunan raja-raja Melaka bermula
dari pengasas Kesultanan Melayu Melaka hingga pemerintah terakhir sebelum Melaka jatuh ketangan
Portugis
Sulalatus Salatin memberi gambaran tentang Adat istiadat kerajaan untuk kita ketahui semasa
zaman kesultanan Melayu Melaka. Sebagai contohnya adat pertabalan Sultan, adat pemakaman dan
adat perkahwinan
Keseluruhannya melalui Sulalatus Salatin kita dapat mengetahui Sejarah Kesultanan Melayu
Melaka. Seperti pengasasan, kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka
Hikayat Hang merupakan karya epik kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman
kegemilangan Melaka
Melalui karya Hang Tuah kita dapat gambaran yang jelas tentang sifat pahlawan Melayu yang
gagah berani serta penuh taat setia kepada Raja dan negara.
Kedua-dua karya diatas juga penting kepada kita kerana ia menjadi bukti orang melayu boleh
menghasilkan karya bertaraf dunia. Sebagai contohnya, HHT & Sulalatus Salatin diiktiraf sebagai hasil
kesusasteraan klasik & epik Melayu tradisional oleh UNESCO dalam Daftar Ingatan Dunia
BAB 7: KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR
1. (a) NAMAKAN KERAJAAN YANG DIASASKAN OLEH WARIS KESULTANAN MELAYU MELAKA
Pahang dan Perak
1 (b) BUKTIKAN KERAJAAN DIATAS DIASASKAN OLEH WARIS KESULTANAN MELAYU MELAKA
i. Kesultanan Pahang: Diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka
Abad ke-15, Pahang sebahagian wilayah naungan Melaka
→ Seri Bija Diraja dilantik sebagai wakil memerintah Pahang
→ Zaman Sultan Mansur Shah, menghantar puteranya, Raja Muhammad untuk ditabalkan
sebagai Sultan Pahang
Semasa Raja Muhammad berangkat ke Pahang Diiringi golongan bangsawan Melaka
→ Mereka dilantik sebagai Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung & Hulubalang Besar
→ Untuk membantu mentadbir Pahang
Pada 1470, Raja Muhammad mengasaskan Kesultanan Pahang dengan gelaran
Sultan Muhammad Shah
22
Sultan Muhammad mendirikan pusat pentadbiran di Pekan
ii. Kesultanan Perak: Abad ke-15, Perak merupakan wilayah naungan Melaka
Serangan Portugis menyebabkan Sultan Mahmud & keluargannya meninggalkan Melaka &
bersemayam di Kampar, Sumetera
Pembesar Tun Saban & Nakhoda Kassim ke Kampar menjemput putera Sultan Mahmud Shah
Raja Muzaffar untuk ditabal sebagai Sultan
Raja Muzaffar berangkat ke Perak bersama alat kebesaran
→ sebilah pedang Cura Si Manja Kini, sebilah keris, cap mohor, nobat & Surat Ciri
→ Berangkat bersama anak, isteri, para pengikut & pengiring yg menjemputnya dari Perak
1528, Raja Muzaffar mengasaskan Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah
Tanah Abang di pesisir Sg. Perak merupakan pusat pentadbiran pertama
1. (c) JELASKAN ASPEK YANG DIWARISI NEGERI DIATAS DARIPADA KESULTANAN MELAYU MELAKA
Di kedua-dua negeri tersebut Sultan sebagai tonggak utama kerajaan
Pengganti pemerintah berasaskan adat Temenggung
Di Perak, putera sultan mewarisi takhta melalui sistem giliran
Sistem pembesar empat lipatan juga diamalkan di kedua-dua negeri tersebut
Di Pahang sistem pentadbiran turut berasaskan pembesar empat, lapan dan enam belas, sama
seperti Pembesar Empat Lipatan di Melaka
Empat pembesar utama di Pahang ialah: 1. Orang kaya Indera Shahbandar
2. Orang Kaya Indera Segara 3. Orang Kaya Pahlawan 4. Orang Kaya Indera PerbaJelai
Di Perak juga masih berasaskan pembesar empat, lapan, enam belas & tiga puluh dua
Empat pembesar utama:- 1. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
2. Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja 3. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
4. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
Di kedua2 negeri tersebut Sultan merupakan ketua agama Islam sama seperti negeri Melaka
Hukum Kanun Melaka menjadi asas perundangan bagi negeri-negeri tersebut
23
BAB 8 : KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
1 (a) HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PENENTU HUBUNGAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN
PERLIS DENGAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG LAIN
i. Keserumpunan
Persamaan dalam aspek bahasa & budaya menjadi pendorong hubungan dengan negeri lain
Persamaan ini memudahkan interaksi antara kerajaan
Setiap kerajaan bersikap toleransi dalam menerima amalan budaya kerajaan lain ii. Geografi
Sempadan negeri jiran memudahkan hubungan
Sumber alam (Padi / rotan/ rempah) & sumber bumi (galian spt timah, petroleum) menjadi
tarikan perhubungan
SG. dikongsi bersama sebagai laluan perhubungan
Kepentingan sungai mendorong setiap negeri berusaha menjamin keselamatan laluan sungai
Pembinaan pelabuhan di pinggir sungai
Menggalakkan hubungan dengan negeri jiran & kuasa luar
Pangkalan Alor Pasai menjadi laluan perdagangan pelabuhan Kuala Kedah
Sungai Linggi menjadi laluan penting perhubungan & perdagangan serta kawasan pungutan cukai
kerajaan Negeri Sembilan iii. Agama
bermula apabila pemerintah menerima Islam
Peranan Ulama mengukuhkan kegiatan keagamaan
Berkongsi institusi pendidikan agama Menerusi kehadiran penuntut dari wilayah lain
Masjid Kampung Laut di tebing Sungai Kelantan
Mambantu menyebarkan islam dikalangan penduduk tempatan dan pedagang luar 1 (b)
HURAIKAN CARA NEGERI-NEGERI TERSEBUT MENJALIN HUBUNGAN DIPLOMATIK i.
Pengiktirafan
Bertujuan Mengabsahkan (Mengesahkan pelantikan) sultan sebagai pemerintah
Ia mewujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat yang sama taraf
→ Abad ke-15, Sultan Mahmud dari Melaka mengiktiraf kedaulatan Kedah & Kedah
mengakui ketuanan Sultan Melaka
24
→ 1775, Sultan Terengganu mengiktiraf Kesultanan Kelantan yang disatukan oleh
Long Yunus ii. Pertahanan
Penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah kerajaan
25
Hubungan pertahanan akan mengekalkan kedaulatan kerajaan dengan mengelakkan
campur tangan asing
Long Yunus mendapat bantuan ketenteraan dari Terengganu & Reman (Hulu Perak) semasa
menyatukan Kelantan
Long Gaffar dari Reman dilantik sebagai Perdana Menteri Kelantan & Panglima Perang
Bantu mengekalkan keamanan Kelantan iii.
Perkahwinan
Perkahwinan diraja (Siasah) akan mengukuhkan hubungan & menjamin kedaulatan
Onang Kening (Puteri Kelantan) berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah, Melaka
Melahirkan Raja Muzaffar yang menjadi Sultan Perak yang pertama
Che’Ku Wan (Puteri Long Yunus)dikahwinkan dengan Tengku Muhammad (Putera Sultan
Terengganu)
Raja Perlis (Syed Hussin) berkahwin dengan Tengku Nor Asiah (Cucu Sultan Abdullah Shah,
sultan Kedah yang ke-20)
1 (a) JELASKAN KEPENTINGAN HUBUNGAN DIPLOMATIK BAGI SESEBUAH NEGARA (KEPENTINGAN
MENJAGA HUBUNGAN DENGAN NEGARA LAIN)
Hubungan luar penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. Ini adalah kerana dengan adanya
hubungan luar kita mudah memasarkan barangan keluaran tempatan tanpa sekatan dengan negara
yang kita adakan hubungan. Sebagai contohnya hubungan kita dengan India dan China membolehkan
kita mudah mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut. Dengan ini negara kita akan dapat
sumber pendapatan yang akan mengukuhkan ekonomi negara kita.
Melalui hubungan ini juga kita mudah menarik kemasukkan pelabur asing untuk membuka
kilang atau perniagaan di negara kita. Ia bukan sahaja membantu pengaliran modal asing malah ia juga
menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sebagai contohnya, hubungan baik
dengan negara Jepun dan Korea membolehkan banyak syarikat negara itu di buka di negara kita.
Melalui hubungan luar juga kita mudah menyelesaikan sebarang pertikaian dengan negara luar.
Sebagai contohnya hubungan dengan Singapura membolehkan kita Berjaya menyelesaikan beberapa
masalah seperti tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih dan isu Tambak Johor
Lain2: Mudah menarik kemasukkan pelancong asing / pemindahan teknologi / menampung
keperluan tenaga kerja dll
BAB 9 : WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
1 (a) JELASKAN KEUNIKAN ADAT PERPATIH YANG DIAMALKAN DI NEGERI SEMBILAN
26
i. Jurai Keturunan Sebelah Ibu
Kaum perempuan dianggap Ibu Soko kerana ibu yang melahirkan anggota masyarakat
Setiap anak adalah anggota suku ibunya
Anggota suku dianggap sedarah kerana berasal drpd moyang perempuan yg sama sebelah ibu ii.
Pelaksanaan Hukuman Bersifat pemulihan
Memberi pertimbangan terhadap pesalah kearah kebaikan
Mengutamakan perasaan & kepentingan pesalah
Kesalahan kecil diselesaikan dengan saling bermaafan @ denda yang ringan iii. Perkahwinan
Sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap keluarga besar & bersaudara
Galakkan perkahwinan di luar suku bagi wujudkan persaudaraan antara suku
Lelaki yg berkahwin akan tinggal di rumah isteri dan menjadi anggota keluarga suku isterinya
→ Digelar “Orang Semenda” (Orang mendatang). Beliau bertanggungjawab
mengerjakan tanah pusaka isteri, berkelakuan baik & menjaga nama suku isteri. Beliau
juga berperanan mengendalikan urusan peminangan dalam keluarga
Jika berlaku perkahwinan sesama suku:- Jika wanita akan hilang hak mewarisi pusaka
→ Jika lelaki akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat Jika ingin
mengembalikan hak, perlu menjalankan adat memulih pusaka iv. Upacara Kedim:
Menerima orang dari suku lain menjadi ahli suku
Akan bersumpah taat setia & bersaudara dengan ahli suku yg akan disertai serta dibuat
penghebahan
v. Wanita Mewarisi Pusaka
Wanita mewarisi harta pusaka seperti tanah & rumah. Bertujuan wanita tidak terabai
Diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan
1 (b) HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN
Menggunakan sistem adat Perpatih
Tiga kumpulan utama berkuasa melantik penyandang pesaka adat (pemimpin) Perut,
Suku & Luak
Pemimpin ialah Ketua adat (Ibu Soko, Buapak, Lembaga, Undang & Yamtuan Besar @ Yang
di-Pertuan Besar)
Penyandang pesaka adat (Pemimpin) di semua peringkat dipilih hasil permuafakatan (DEMOKRASI)
27
i. Yamtuan Besar @ Yang di-Pertuan Besar
Dipilih oleh Undang Yang Empat Menjadi ketua negeri
Menjadi lambang kesatuan & persekutuan ii. Undang: Merupakan ketua Luak yang dilantik oleh
Lembaga
Undang Yang Empat (Sungai Ujong, Jelebu, Johol & Rembau)
Undang Yang Empat akan berkerapatan memilih seorang Yamtuan Besar @ Yang di-Pertuan Besar
Daripada keturunan Yamtuan Radin iii. Lembaga:
Merupakan Ketua Suku yang ilantik oleh Buapak
Berperanan:- Memilih Undang dan Penghulu
→ Menjaga keamanan dan keselamatan
→ Menyelesaikan pertelingkahan antara suku Mengurus pembahagian
harta pusaka iv. Buapak: Dilantik oleh Anak Buah dalam Perut
Menjadi rujukan aspek berkaitan adat & hukum
v. Ibu Soko: Mengetahui, memahami & menghafal adat & asal usul kelompok keluarga yang
diwakilinya
Memilih Buapak dalam kelompoknya
Pelantikan pemimpin di semua peringkat tidak boleh dijalankan tanpa Ibu Soko
1 (c) HURAIKAN KELEBIHAN @ KEBAIKAN SISTEM DEMOKRASI @ PERMUAFAKATAN @ PEMILIHAN
PEMIMPIN DARI PERINGKAT BAWAH BAGI SESEBUAH NEGARA
➔ Sistem demokrasi dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin
yang dipilih. Seperti yang kita tahu rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik Negara. Oleh
itu, Sistem demokrasi memberi ruang dan perluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang
berkebolehan dan berkualiti.
➔ Seterusnya, rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin yang
terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Hal ini dapat membantu dalam
perkembangan ekonomi Negara.
➔ Antara kelebihan lain bagi sistem demokrasi ialah, kecekapan pentadbiran Negara yang
sistematik telah dibentuk dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan. Hal ni dapat
mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Dengan itu, perancangan pembangunan kerajaan
dapat mudah diatur. Disamping itu, kerjasama dalam masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapat
mengurangkan tekanan antarabangsa.
28
Akhir sekali, Sistem ini juga dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjamin kestabilan politik yang
secara tidak langsung menarik pelaburan asing bagi membantu perkembangan sistem industri Negara.
ATAU
1 (c) JELASKAN KEPENTINGAN USAHA MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN BANGSA
Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya
ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara
hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan
sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat
majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk
potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.
Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang
ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita
prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas
mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada
hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia
luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai
tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari
kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan
bersamasama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi.Kita saling menerima dan memberi.
Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita
mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang
kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita yang murni juga
merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada
hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan
budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk
menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita
menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank
Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat
kedudukan tradisi dan identiti negara juga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah
dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan
makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem
pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini
memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan
terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih
dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
29
BAB 10 : SARAWAK DAN SABAH
1(a) HURAIKAN KEGIATAN EKONOMI YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT SABAH DAN
SARAWAK ATAU SEJAUH MANAKAH BENTUK MUKA BUMI DAN LOKASI PETEMPATAN
PENDUDUK SABAH SARAWAK MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI MEREKA i.
Sarawak
Dipengaruhi kedudukan & tempat tinggal
Di pesisir pantai menjalankan kegiatan perdagangan, menangkap ikan, membuat Perahu
dan perusahaan sagu
Dijalankan oleh orang Melayu, Kedayan dan Melanau
Di lembah sungai Menanam Padi, menanam Buah dan Sayur
Dijalankan Oleh orang Melayu, Iban, Bisaya, Melanau, bidayuh
Di kawasan pedalaman Kutip hasil hutan, memburu binatan dan menanam padi
Dijalankan oleh Kenyah, Iban, Penan, Kayan, Kelabit dan Penan
ii. Sabah
Di Pesisir Pantai Tangkap Ikan, Buat Perahu, Kutip hasil laut, Perdagangan
dijalankan oleh kaum Brunei, Bajau / Sama, Iranun dan Suluk
Lembah Sungai menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam buah-buahan dan sayur
Dijalankan oleh kaum Kadazandusun, Rungus, Orang Sungai
Di pedalaman Kutip hasil hutan, tanam padi, kutip sarang burung. Dijalankan oleh orang Murut
1(b) ALAM SEKITAR PENTING UNTUK MANUSIA MENERUSKAN HIDUP. NAMUN IA SEMAKIN DALAM
KEADAAN YANG MEMBIMBANGKAN KERANA AKTIVITI MANUSIA. CADANGKAN LANGKAH
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.
Penghutanan semula Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah
ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu
dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan
terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain,
batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu
memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh
penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan
Hutan Simpan Paya Laut, Perak.
30
Penggunaan baja organic Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya
menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta
sisasisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani
moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap
telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran
31
air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga
adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan
kelawar sebagai baja.
Kaedah biologi Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk
mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini
kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat
mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya
pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung
helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.
Pertanian tetap Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian
pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di
kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana
masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap
kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah
teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan
mengurangkan hakisan tanih.
Kaedah perundangan Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah
digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:
Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang
boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu
diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat
dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah
pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran
udara.
Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang
menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan
antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan
pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang
berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.
32
33