The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramseyleong, 2021-03-24 01:52:58

Ramsey Leong-Inflasi

Ramsey Leong-Inflasi

INFLASI

NAMA: RAMSEY LEONG FU XIANG
TINGKATAN: 5 ORANGE
MATA PELAJARAN: EKONOMI

INFLASI

Inflasi merujuk kepada kenaikan
tingkat harga umum barang dan
perkhidmatan secara berterusan
dalam sesebuah ekonomi.
Kadar inflasi merujuk kepada peratus
perubahan tingkat hargaumum pada
suatu tahun berbanding dengan
tahun sebelumnya.

Cara Mengira Kadar Inflasi KADAR
Kadar inflasi = IHP1 – IHP0 INFLASI

X 100 • Berdasarkan kadar inflasi,inflasi
IHP0 boleh dikelaskan kepada:
IHP1 = IHP tahun semasa
IHP0 = IHP tahun sebelum • (a) Inflasi sederhana – kadar inflasi
antara 2% – 3%

• (b) Inflasi merangkak/ merayap –
kadar inflasi antara 4% – 5%

• (c) Inflasi melampau/ hiperinflasi –
kadar inflasi terlalu tinggi sehingga
mencapai beberapa ratus peratus

Jenis-jenis inflasi

Inflasi yang berlaku dalam ekonomi boleh dibahagikan kepada
tiga jenis mengikut punca berlakunya seperti yang berikut:

• Inflasi tarikan permintaan
• Inflasi tolakan kos
• Inflasi diimport

Inflasi tarikan permintaan

• Inflasi tarikan permintaan merujuk kepada kenaikan tingkat harga umum
apabila permintaan masyarakat terhadap barang dan perkhidmatan
melebihi penawarannya dalam pasaran.

• Lebihan permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan
menyebabkan harga barang tersebut dalam pasaran meningkat dan
berlakunya inflasi tarikan permintaan.

• Punca peningkatan jumlah permintaan dalam inflasi tarikan permintaan
boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

Peningkatan tingkatan pendapatan Peningkatan Inflasi tarikan
Pertambahan penawaran wang permintaan permintaan

Inflasi Tolakan Kos Inflasi Diimport

• Inflasi tolakan kos merujuk kepada • Inflasi diimport merujuk
kenaikan tingkat harga umum kepada kenaikan tingkat
apabila kos pengeluaran harga umum apabila harga
meningkat. barang yang diimport dari
luar negara meningkat.
• Apabila kos pengeluaran
meningkat, pengeluar yang ingin • Kenaikan harga barang
mengekalkan margin keuntungan import boleh disebabkan
akan memindahkan beban oleh kadar inflasi yang tinggi
peningkatan kos ini kepada para di negara pengeksport atau
pengguna dengan menaikkan kejatuhan nilai mata wang
harga jualan barang dan tempatan.
perkhidmatan.

Kesan Inflasi Harga Barang

• Inflasi berlaku apabila tingkat harga umum meningkat
secara berterusan.

• Kos sara hidup semakin meningkat dan masyarakat tidak
memaksimumkan kepuasannya. Jika mereka yang kurang
berpendapatan , akan membebankan kehidupannya.

Tabungan

• Semasa inflasi, harga barang dan perkhidmatan di pasaran
akan meningkat. Hal ini menyebabkan perbelanjaan
individu meningkat. Maka, tabungan akan berkurangan.

• Masyarakat terpaksa mengeluarkan simpanan mereka
untuk menampung kos sara hidup yang semakin
meningkat. Kesannya, jumlah tabungan masyarakat akan
menurun.

Pendapatan

• Inflasi menyebabkan pendapatan benar masyarakat menurun.
• Tingkat harga barang dan perkhidmatan yang semakin meningkat akan

mengurangkan kuasa beli dan kos sara hidup yang meningkat menyebabkan
taraf hidup masyarakat menurun.

Pengangguran

• Inflasi yang sederhana membawa kesan positif terhadap kadar pengangguran.
• Kenaikan harga barang di pasaran akibat inflasi tarikan permintaan

menggalakkan firma untuk menambahkan pengeluaran dan peluang pekerjaan
dalam negara akan bertambah. Maka, kadar pengangguran akan menurun dan
inflasi dapat diselesaikan.

Eksport

• Apabila inflasi tolakan kos berlaku dalam ekonomi, harga barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh firma tempatan akan meningkat kerana kos pengeluaran yang tinggi.

• Semasa barangan tersebut dieksport ke luar negara, harga barangan akan menjadi lebih
mahal dan permintaan barangan tempatan akan berkurangan dalam pasaran
antarabangsa.

• Pendapatan negara daripada sektor eksport akan merosot.

Kadar Faedah

• Inflasi berlaku apabila terlalu banyak wang mengejar barang yang sedikit dalam pasaran.
• Untuk mengawal bekalan wang, bank pusat akan mengarahkan institusi kewangan untuk

meningkatkan kadar faedah.
• Keadaan ini menyebabkan kos pinjaman dan beban hutang peminjam meningkat.
• Masyarakat akan mengurangkan pinjaman dan penawaran wang dalam ekonomi akan

berkurangan.

Sekian
Terima kasih


Click to View FlipBook Version