The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaidashakirah, 2024-06-25 08:21:51

P137053 (ZAIDATUL SHAKIRAH) - REFLEKSI

P137053 (ZAIDATUL SHAKIRAH) - REFLEKSI

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) SEMESTER 2 SESI 2023/2024 KURSUS GGGE5082: PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TUGASAN REFLEKSI INDIVIDU DISEDIAKAN OLEH ZAIDATUL SHAKIRAH BINTI MOHD SHUKRI NO MATRIKS P137053 NAMA PENSYARAH: DR. MOHD NORAZMI BIN NORDIN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


REFLEKSI Pengajaran bagi tajuk Akhlak Mahmudah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 telah dilaksanakan dengan beberapa kekuatan yang signifikan serta kelemahan yang perlu diperbaiki. Refleksi ini akan membincangkan aspek-aspek tersebut dengan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Antara kekuatan utama dalam sesi pengajaran ini adalah penggunaan pendekatan berpusatkan murid. Strategi seperti perbincangan, pembentangan dan lakonan dapat melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran yang mana meningkatkan penglibatan dan kefahaman mereka terhadap konsep akhlak mahmudah. Sebagai contoh, aktiviti role-play dan fishbowl memberi peluang kepada murid untuk belajar melalui pengalaman praktikal dan membantu memperkukuh pemahaman mereka melalui aplikasi konsep dalam situasi nyata. Seterusnya, pelajaran ini juga menekankan pembangunan nilai dan kemahiran insaniah. Aktiviti yang memerlukan interaksi dan kerjasama membantu memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, keberanian dan komunikasi efektif. Sesi soal jawab dan rumusan di akhir pelajaran memastikan murid memahami dan boleh merumuskan pembelajaran mereka serta mengukuhkan pengetahuan yang diperoleh. Selain itu, penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) juga menjadi kekuatan. Buku teks dan teknologi seperti projektor LCD dan komputer menjadikan pelajaran lebih menarik dan memenuhi pelbagai gaya pembelajaran murid. Penggunaan aplikasi Canva untuk menghasilkan slaid pembentangan yang menarik dan penggunaan warna pastel yang tidak mengganggu penglihatan murid membantu memastikan murid kekal fokus. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Masa yang diperuntukkan untuk setiap langkah pengajaran mungkin tidak mencukupi telah menyebabkan aktiviti roleplay tidak dapat dilaksanakan dengan mendalam dan berkesan. Ini memberi kesan kepada pelajar yang perlu tampil ke hadapan dengan masa yang terhad dan terburu-buru. Selain itu, ketidakseimbangan dalam penglibatan murid juga menjadi isu. Murid yang pemalu atau kurang yakin mungkin tidak melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti seperti role-play. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan murid dalam penglibatan dan pembelajaran. Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran, jadual pengajaran perlu disusun dengan lebih fleksibelseperti memperuntukkan lebih masa untuk perbincangan kumpulan dan lakonan. Guru dan murid mungkin perlu menggunakan sesi pembelajaran tambahan agar dapat


memastikan semua aspek topik dibincangkan dengan lengkap dan mendalam. Selain itu, teknik pengajaran yang memastikan semua murid terlibat seperti sistem pusingan untuk soal jawab atau pembentangan kumpulan yang lebih kecil boleh membantu murid yang pemalu untuk turut serta. Tambahan pula, memberikan peranan yang jelas dan spesifik kepada setiap murid dalam aktiviti kumpulan juga boleh memastikan semua terlibat secara aktif dan seimbang. Di samping itu, menyeimbangkan antara aktiviti praktikal dan teori juga penting. Konsep-konsep perlu dijelaskan dengan jelas sebelum aktiviti praktikal dijalankan. Ini memastikan murid mempunyai pemahaman teori yang kukuh sebelum mengaplikasikannya dalam aktiviti praktikal. Teknik seperti peta minda atau nota ringkas boleh digunakan untuk membantu murid mengingat dan memahami konsep asas sebelum mereka terlibat dalam aktiviti yang lebih interaktif. Kesimpulannya, refleksi ini menunjukkan bahawa sesi pengajaran bagi tajuk Akhlak Mahmudah mempunyai kekuatan dalam penggunaan pendekatan berpusatkan murid dan bahan bantu mengajar yang menarik. Namun, terdapat kelemahan dalam pengurusan masa dan penglibatan murid yang perlu diperbaiki. Cadangan penambahbaikan yang diberikan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di masa hadapan. Refleksi berterusan oleh guru adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa diperbaiki dan disesuaikan dengan keperluan murid.


RUJUKAN Azahari, N. S., & Rahimi, N. M. (2022). Amalan pembelajaran teradun sebagai satu pendekatan pembelajaran norma baharu. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 186-196. Ahamad, M. A. (2024). Pendekatan tematik melalui penggunaan Canva dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: The thematic approach through the use of Canva in the teaching and learning of Malay Language. Al-Azkiyaa-International Journal of Language and Education, 3(1), 61-75.


Click to View FlipBook Version