The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PJPK_T3_KSSM_Unit_3_PERMAINAN_KATEGORI_SERANGAN_HOKI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by znkifli80, 2021-09-22 19:39:22

PJPK_T3_KSSM_Unit_3_PERMAINAN_KATEGORI_SERANGAN_HOKI

PJPK_T3_KSSM_Unit_3_PERMAINAN_KATEGORI_SERANGAN_HOKI

UNIT 3 PERMAINAN
KATEGORI SERANGAN

PJPK Tingkatan 3 KSSM PJ
Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor

HOKI

HOKI

◦ Hoki merupakan permainan
kategori serangan.

◦ Permainan ini ialah satu
permainan berpasukan yang
boleh dimainkan di atas padang
rumput, padang tiruan dan di
dalam dewan.

◦ Setiap pasukan bermain dengan
11 pemain termasuk seorang
penjaga gawang.

HOKI

◦ Kemahiran hoki yang dipelajari
dalam unit ini melibatkan
kemahiran menghantar,
menerima, mengelecek,
menjaring bola dan menjaga
gawang.

◦ Murid berpeluang
mengaplikasikan prinsip mekanik
dan konsep pergerakan semasa
bermain permainan kecil yang
memberi fokus kepada
penggunaan kemahiran hoki
yang telah dipelajari.





Satria-Stick

◦ Kemahiran menghantar bola
memerlukan kemahiran menolak,
memukul, mencedok dan menguis
bola kepada rakan sepasukan
dengan bahagian rata kayu hoki

◦ Kemahiran memukul dan
mencedok digunakan untuk
menghantar bola kepada rakan
yang berada jauh manakala
kemahiran menolak pula digunakan
untuk hantaran dekat atau rapat.

Satria-Stick

◦ Kemahiran menerima bola
boleh dilakukan secara pepat
atau kilas.

◦ Kemahiran ini bertujuan untuk
mengawal bola yang dihantar
oleh rakan.

◦ Kayu hoki perlu menyerap
daya semasa bersentuhan
dengan bola supaya bola
berada dalam kawalan
pemain.

MENERIMA
PEPAT

MENERIMA
KILAS

MENOLAK

MEMUKUL

MENCEDOK

Satria-Dribble

◦ Kemahiran mengelecek bola merupakan
kemahiran mengawal bola semasa bergerak
supaya bola berada dekat dengan kayu
hoki.

◦ Terdapat tiga teknik mengelecek iaitu
kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek
India.

◦ Kemahiran mengelecek longgar dilakukan
dengan menolak bola yang berada di
sebelah kanan ke hadapan sambil berlari
pantas.

Satria-Dribble

◦ Kelecek rapat pula digunakan
untuk mengawal bola ketika pihak
lawan berada lebih hampir dengan
pemain.

◦ Dalam kemahiran ini, bola adalah
rapat dengan kayu hoki.

◦ Kelecek India digunakan dengan
bola ditolak ke kiri dan ke kanan
dengan kayu hoki di hadapan
pemain dengan cekap dan pantas.

KELECEK
INDIA

KELECEK
LONGGAR

KELECEK
RAPAT

Satria-Skor

◦ Kemahiran menjaring ialah
kemahiran yang dilakukan
oleh pemain apabila berada
dalam kawasan separa
bulatan, yang juga dikenali
sebagai kawasan D.

◦ Jaringan boleh dilakukan
dengan memukul, menguis,
menolak atau mencedok bola
ke dalam gol.

MEMUKUL

MENOLAK

MENCEDOK

Satria-Tangkas

◦ Apabila bola berada dalam
kawasan separa bulatan
peranan penjaga gawang
sangat penting untuk
memastikan bola tidak terlepas
ke dalam gol.

◦ Penjaga gawang boleh
menggunakan kayu hoki,
tangan, kaki, kickers dan
pelindung kaki untuk menahan
atau menepis bola daripada
memasuki gol.

Satria-Tangkas

◦ Seseorang penjaga gawang
perlu mempunyai kemahiran
dan ketangkasan untuk
menyelamatkan bola serangan
dari pelbagai arah dan aras.

◦ Penjaga gawang juga boleh
melungsur, merebahkan badan
atau menggunakan pelindung
kaki dan kickers untuk menahan
dan menendang bola.

MENEPIS
DENGAN

KAYU
HOKI

MEREBAHKAN
BADAN

KEDUDUKAN
BERSEDIA

MENEPIS
DENGAN

KAKI

MENEPIS
DENGAN
TANGAN

TAMAT


Click to View FlipBook Version