The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nakmenangtender, 2023-07-31 23:49:53

04 Mock Up Sistem

M O C K U P S I S T E M



P E R K H I D M A T A N M E N G K A J I ,

M E R E K A B E N T U K , M E M B A N G U N ,

M E N G U J I D A N M E N T A U L I A H

S I S T E M E - T A G K A R K A S U N T U K

J A B A T A N P E R K H I D M A T A N V E T E R I N A R



B A H A G I A N K H I D M A T P E N G U R U S A N

J A B A T A N P E R K H I D M A T A N V E T E R I N A R



Q T 2 3 0 0 0 0 0 0 0 0 1 6 1 9 0


SEBUTHARGA: PERKHIDMATAN MENGKAJI, MEREKABENTUK,
MEMBANGUN, MENGUJI DAN MENTAULIAH SISTEM E-TAG KARKAS KEPADA
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

ARAHAN:


1. Penyebutharga perlu menyediakan mock-up sistem untuk penyelenggaraan
pengguna dan capaian pengguna kepada sistem.
2. Penyebutharga perlu mewujudkan 3 modul seperti berikut:

Bil. Nama Modul Keterangan Modul
1. Modul Admin - Sistem boleh menambah pengguna dengan
memasukkan maklumat ID Pengguna, Katalaluan,
Nama Penuh, Alamat E-mel dan Peranan.
- Sistem boleh mengemaskini Katalaluan, Nama
Penuh, Alamat E-mel dan Peranan.
- Sistem boleh menghapuskan pengguna.
- Sistem boleh memaparkan senarai pengguna
dengan memaparkan maklumat ID Pengguna, Nama
Penuh, Alamat E-mel dan Peranan.
- Peranan ditetapkan seperti berikut:
i) Admin;
ii) Pemohon; dan
iii) Pelulus.


2. Modul Pemohon - Sistem memaparkan tajuk Modul Permohonan Tag
Karkas

3. Modul Pelulus - Sistem memaparkan tajuk Modul Kelulusan Tag
Karkas


3. Penyebutharga perlu mewujudkan 3 peranan pengguna seperti berikut:



Bil. Nama Peranan Fungsi
Pengguna
1. Admin - Create, Update dan Delete Pengguna dalam Modul
Admin
- Menetapkan pengguna kepada peranan dalam
modul Admin
- Boleh login dan akses Modul Admin, Modul
Pemohon dan Modul Pelulus

2. Pemohon - Boleh login dan akses Modul Pemohon saja

3. Pelulus - Boleh login dan akses Modul Pelulus saja.





4. Penyebutharga perlu mewujudkan satu akaun yang mempunyai peranan
Admin dan menyatakan ID Pengguna dan Password untuk semakan pihak
DVS.

ID Pengguna & Password : Sila rujuk gambar di bawah


Pihak syarikat telah membuat auto log in bagi setiap peranan. Apabila pihak
Veterinar ingin membuat penilaian, sila tekan pengguna demo.


Setelah menekan pengguna demo, senarai pengguna akan dipaparkan.
































5. Penyebutharga perlu menyatakan capaian ke mock-up penyelenggaraan
pengguna dan capaian pengguna untuk semakan pihak DVS di bawah.

Sila nyatakan URL : https://e-tag.nakmenangtender.com/login


PROTOTAIP




















Prototaip merujuk kepada model awal

atau versi pertama produk atau sistem

yang dibangunkan untuk


menunjukkan kemampuan dan

pemahaman spesifikasi teknikal

syarikat.


Modul Admin


Superadmin




Prototaip E-Tag



Kami telah membangunkan sebuah prototaip yang akan digunapakai di
dalam projek ini. Sila layari URL dibawah untuk mencapai prototaip tersebut :

https://e-tag.nakmenangtender.com









Berikut adalah skrin log masuk ke
prototaip yang telah di bina oleh
kami.

Sila layari :
e-tag.nakmenangtender.com
Log masuk sebagai :
Superadmin










Berikut merupakan skrin bagi Role
Administrator.

Skrin pertama adalah dashboard
eksekutif bagi pengguna tersebut.
Dari dashboard ini, pihak pengguna
boleh mendapatkan laporan
ringkas bagi kesemua infrastruktur
yang telah dilakukan.

Selain dari itu, pengguna juga
melihat profil mereka & menukar
kata laluan dengan mudah.








Di dalam modul admin ini,
terdapat modul User
Management dimana
pendaftaran pengguna
boleh dibuat.


Berikut adalah skrin
senarai pengguna
dalaman.


Superadmin











Pihak admin juga boleh membuat
pengurusan peranan. Di dalam modul ini,
sejajar dengan ISMS, skrin yang dapat
dilihat pengguna adalah berdasarkan
peranan yang telah ditetapkan.


















Pihak Admin boleh menambah role baru
sekiranya diperlukan dengan mudah
melalui Modul Pengurusan Peranan.

















Berikut adalah skirn audit trail. Kesemua
aktiviti pengguna sistem akan di
paparkan di dalam bentuk senarai.






















Setelah menekan butang view, paparan
Old Value & New Value akan dipaparkan.


Modul Pemohon


P. Luar



Prototaip E-Tag



Kami telah membangunkan sebuah prototaip yang akan digunapakai di
dalam projek ini. Sila layari URL dibawah untuk mencapai prototaip tersebut :

https://e-tag.nakmenangtender.com









Berikut adalah skrin log masuk ke
prototaip yang telah di bina oleh
kami.

Sila layari :
e-tag.nakmenangtender.com
Log masuk sebagai :
Pengguna luar
(Penternak / Pengendali)

















Berikut merupakan skrin bagi Role
Pengguna Luar.

Skrin pertama adalah dashboard
eksekutif bagi pengguna tersebut.
Dari dashboard ini, pihak pengguna
boleh mendapatkan laporan
ringkas bagi kesemua permohonan
yang telah dilakukan.

Selain dari itu, pengguna juga
melihat profil mereka & menukar
kata laluan dengan mudah.

Di panel kiri pula adalah had
capaian pengguna.


P. Luar









Borang Permohonan Permit









Setelah menekan "Permohonan
Permit", pemohon atau pengguna
luar boleh memohon permit dengan
mengisikan maklumat pada borang
yang disediakan pada skrin
paparan.

Setelah semua maklumat telah diisi,
pemohon perlu menekan checkbox
sebagai tanda bersetuju dengan
maklumat yang diberikan adalah
benar. Kemudian , pemohon perlu
menekan butang "Hantar" untuk
menghantar borang permohonan
permit.











Senarai Permohonan Permit






Setelah menghantar permohonan,
skrin seterusnya adalah senarai
permohonan.

Kami menyediakan multiple search
bagi memudahkan carian.

Di dalam senarai ini, pihak pemohon
boleh melihat ID permohonan,
Nama, IC, Tarikh Permohonan &
status.


P. Luar










Status Permohonan












Pengguna boleh menekan pada
butang di status seperti
"Permohonan Lulus" dan paparan ini
akan keluar. Di dalam paparan ini,
borang permit dengan maklumat
yang telah diisi akan dipamerkan
dengan status permohonan di atas
borang.

























Pengguna boleh menekan tab
pada sebelah Borang Permit untuk
membaca remark yang
dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa
Veterinar.


Modul Pelulus


P. Dalam






Prototaip E-Tag



Kami telah membangunkan sebuah prototaip yang akan digunapakai di dalam projek ini. Sila layari URL dibawah
untuk mencapai prototaip tersebut :
https://e-tag.nakmenangtender.com






Berikut adalah skrin log masuk ke
prototaip yang telah di bina oleh
kami.

Sila layari :
e-tag.nakmenangtender.com

Log masuk sebagai :
Pengguna Dalaman
(Pihak Berkuasa Veterinar)





















Berikut merupakan skrin bagi Role
Pengguna Dalaman.

Skrin pertama adalah dashboard
eksekutif bagi pengguna tersebut.
Dari dashboard ini, pihak pengguna
boleh mendapatkan laporan
ringkas bagi kesemua permohonan
yang telah dilakukan.

Selain dari itu, pengguna juga
melihat profil mereka & menukar
kata laluan dengan mudah.

Di panel kiri pula adalah had
capaian pengguna.


P. Dalam








Laporan Permohonan






Setelah pengguna menekan,
Senarai Kelulusan pada sidebar
sebelah kiri, paparan ini akan
keluar . Di sini, Pegawai
Berkuasa Veterinar dapat
melihat semua maklumat
senarai permohonan permit.

Kami menyediakan multiple
search bagi memudahkan
carian.









Borang Kelulusan Permit










Setelah menekan hyperlink
permohonan tersebut, borang
permohonan yang dihantar
akan dipaparkan. Seperti
pemohon luar, ID permohonan
dan timeline akan dipaparkan.

Kami memecahkan view ini
kepada tiga (3) tab bagi
memudahkan pihak pegawai
untuk membuat semakan.

Selain itu, kronologi ringkas juga
telah di letakkan di halaman
yang sama untuk memudahkan
pegawai melihat semua
tindakan-tindakan sebelumnya.


P. Dalam











Borang Kelulusan Permit (Sijil Kesihatan Veterinar)
Bagi Haiwan Disembelih



















Pada tab kedua, Pihak
Berkuasa Veterinar perlu
mengisi borang sijil kesihatan
veterinar untuk meluluskan
permit penyembelihan. Pihak
berkuasa perlu mengisi
maklumat berkaitan seperti
nama, alamat dan pengenalan
haiwan.

Menggunakan button "Add
Data" , PBV boleh menambah
maklumat tentang haiwan yang
disembelih dan data tersebut
akan ditunjukkan pada table
yang disediakan.


P. Dalam



Borang Kelulusan Permit (Sijil Kesihatan Veterinar)
Bagi Pemindahan Karkas dari Haiwan














Pada tab kedua, Pihak Berkuasa
Veterinar perlu mengisi borang sijil
kesihatan veterinar untuk
meluluskan permit penyembelihan.
Pihak berkuasa perlu mengisi
maklumat berkaitan seperti nama,
alamat dan pengenalan haiwan.

Menggunakan button "Add Data" ,
PBV boleh menambah maklumat
tentang karkas atau produk dari
haiwan dan data tersebut akan
ditunjukkan pada table yang
disediakan.
































Pada tab terakhir, paparan
menunjukkan remark bagi PBV
memilih untuk menolak atau
menerima permohonan permit
yang dipohon.

Setelah semua maklumat telah
diisi, PBV boleh menekan butang
"Hantar" untuk menghantar
kelulusan.


P. Dalam
Sekyen Penyembelihan



Setelah permit diluluskan, PBV
boleh melihat senarai
penyembelihan supaya dapat
bersedia untuk proses
antemortem dan postmortem
Kami menyediakan multiple
search bagi memudahkan carian.

Di dalam senarai ini, PBV boleh
melihat maklumat tentang
maklumat haiwan dan maklumat
penyembelihan.















Setelah menekan hyperlink
dengan status antemortem ,
borang antemortem akan
dipaparkan. ID permit dan
timeline akan dipaparkan.

PBV perlu mengisi borang
antemortem bagi meneruskan
proses seterusnya iaitu
postmortem.


















Setelah menekan hyperlink
dengan status postmortem,
borang antemortem yang telah
diisi dan borang postmortem akan
dipaparkan. ID permit dan timeline
akan dipaparkan.

PBV perlu mengisi borang
postmortem bagi mengesahkan
produk atau karkas dari haiwan
yang disembelih sihat atau tidak.


P. Dalam









Kalendar Penyembelihan










Kalendar penyembelihan akan
dipaparkan apabila pengguna
menekan "Kalendar
Penyembelihan" . Di paparan ini,
pengguna atau PBV boleh
melihat tarikh penyembelihan
yang akan dilaksanakan.


















Garis Masa Penyembelihan








Setelah button yang disediakan
pada kalendar ditekan,
pengguna atau PBV boleh
melihat garis masa
penyembelihan.


P. Dalam

Dashboard






Paparan Dashboard boleh
dilihat apabila pengguna
atau PBV menekan
"Dashboard" di bawah
Statistik & Dashboard .

Di paparan ini, pengguna
atau PBV boleh melihat
Senarai Rumah Sembelih &
Loji Pemprosesan , Senarai
Status Ante Mortem (Sihat /
Pemantauan Rapi /
Pelupusan) dan Senarai
Status Post Mortem (Baik /
Partial Condemn / Total
Condemn)

























Dashboard yang berada di
dalam sistem ini terdiri dari
dua. Satu adalah dashboard
eksekutif di mana, maklumat
yang dipaparkan di
dashboard ini berkait rapat
dengan profil dan peranan
pengguna.

Dashboard ini adalah
ringkasan eksekutif bagi
tugas, profil, dan hal-hal
berkait dengan peranan
tersebut.


METODOLOGI


PENGURUSAN
















Metodologi pengurusan melibatkan


penggunaan pendekatan dan kaedah

yang teratur dalam menguruskan


organisasi atau projek. Ia meliputi

perancangan, pelaksanaan, pemantauan,

dan penilaian untuk mencapai matlamat


organisasi dengan efektif dan efisien,

serta memastikan keberkesanan operasi

dan pengurusan sumber.


PPrISA





Pengurusan projek yang cekap dan berkesan dapat membantu projek disiapkan mengikut
kos, kualiti dan tempoh masa yang ditetapkan. Penambahbaikan dalam pengurusan dan
pelaksanaan projek perlu dibuat pada semua peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan
serta pemantauan dan penilaian.


PPrISA merupakan metodologi untuk menguruskan projek-projek ICT yang boleh diguna pakai
oleh agensi-agensi sektor awam. Ia berlandaskan prosedur dan teknik yang mudah untuk
dipraktikkan. Metodologi tersebut mengandungi empat fasa pengurusan projek, iaitu Fasa
Permulaan, Fasa Perancangan, Fasa Pelaksanaan dan Kawalan serta Fasa Penamatan











1 Pemulaan Projek 3 Pelaksanaan Projek

Tujuan utama fasa ini adalah untuk Tujuan Fasa Pelaksanaan dan Kawalan
mengenal pasti keperluan dan ini adalah untuk:
butiran asas projek ICT seperti Melaksanakan semua kerja yang
skop, objektif, kos dan tempoh terdapat dalam pelan-pelan yang
masa projek serta faedah yang terangkum dalam dokumen PPP;
diperoleh daripada serahan- Menguruskan semua sumber projek
serahan projek. Maklumat tersebut dengan baik; dan
digunakan untuk menyediakan Memantau dan mengawal
dokumen utama yang pertama pelaksanaan projek supaya projek
dalam PPrISA iaitu Dokumen dapat disiapkan mengikut
Permulaan Projek perancangan.






2 Perancangan Projek 4 Penamatan Projek


Tujuan utama fasa perancangan Fasa penamatan ini bermula
ini adalah untuk membuat sebaik sahaja semua aktiviti projek
perancangan terperinci bagi yang dirancang telah berjaya
menguruskan pembangunan dilaksanakan dan serahan-
projek ICT dari mula hingga projek serahan projek telah disahkan dan
tamat. Fasa ini bermula sebaik diterima oleh pemilik projek atau
sahaja kelulusan sewajarnya agensi (bagi projek dibangunkan
diperoleh dan dokumen utama secara outsourcing dan co-
yang digunakan sebagai input sourcing). Bagi projek yang tidak
ialah DPP, manakala output utama berjaya disiapkan, fasa ini bermula
kepada fasa ini ialah dokumen sebaik sahaja menerima arahan
Pelan Pengurusan Projek (PPP) untuk menamatkan projek.


6


METODOLOGI


ANALISA















Metodologi pembangunan merujuk


kepada pendekatan sistematik atau

kerangka kerja yang digunakan dalam

proses pembangunan untuk


mencapai matlamat dan objektif yang

ditetapkan dengan efisien.


Metodologi

Kejuruteraan Sistem


Aplikasi Sektor Awam





Metodologi Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam dibangunkan dengan mengambil kira
tinjauan dan pengalaman ke atas metodologi pembangunan sistem yang telah diamalkan dalam
industri dan sektor awam. Metodologi ini merangkumi 5 fasa utama iaitu: fasa analisa (analysis),
fasa reka bentuk (design), fasa pembangunan (construction), fasa Pengujian (testing) dan fasa
pelaksanaan (implementation).










01 Analisis



RUJUKAN PROSES & PENGUNAAN METHOD SERAHAN



Spesifikasi Spesifikasi
Keperluan Pemodelan Use Pemodelan Keperluan Bukan Keperluan
Bisnes Case (Fungsian) Keperluan Data Fungsian Sistem




Pemodelan Fungsi
Bisnes




Pemodelan Proses
Sistem




Penyediaan Spesifikasi
Keperluan Bisnes (BRS)





Matlamat utama fasa ini adalah melaksanakan analisis ke atas keperluan secara terperinci untuk
menghasilkan Spesifikasi Keperluan Bisnes Output dan aktiviti ini adalah Spesifikasi Keperluan
Sistem yang menyatakan keperluan bagi sistem dari perspektif pembangun sistem. Ia menyatakan
perkara-perkara atau item-item yang perlu ada didalam sesuatu sistem bagi merealisasikan
keperluan bisnes atau pemegang taruh. Proses-proses yang berlaku di dalam aktiviti ini adalah
pemodelan use case (fungsian), pemodelan keperluan data dan pemodelan proses sistem.


Sesi Bengkel Analisa




Berikut adalah senarai umum perisian/tools yang mungkin digunakan, tetapi ini akan
bergantung pada keperluan dan keputusan akhir dari pegawai Veterinar.



BIL BENGKEL JUMLAH JUMLAH PESERTA BILANGAN SESI TEMPAT
HARI


Bengkel
Crystal
Verifikasi 4 hari 3 30 bilangan
1 1 Sesi Crown Hotel,
Keperluan malam peserta
Klang
Pengguna


Bengkel
Crystal
Verifikasi 30 bilangan
2 3 hari 1 Sesi Crown Hotel,
Rekabentuk peserta
Klang
Sistem (SDS)


Dokumen Rujukan kepada Fasa Reka bentuk adalah Spesifikasi Keperluan Sistem.


Dokumen Serahan kepada Fasa Reka bentuk adalah seperti berikut:
1. Spesifikasi Reka bentuk Sistem
2. Pelan Integrasi Data
3. Spesifikasi Integrasi Data


METODOLOGI


REKABENTUK















Metodologi rekabentuk (design


methodology) adalah suatu

pendekatan atau proses yang

digunakan untuk mengatur,


mengelola, dan mengarahkan

langkah-langkah dalam proses


rekabentuk sesuatu produk, sistem,

atau pengalaman


02 Rekabentuk





RUJUKAN PROSES & PENGUNAAN METHOD SERAHAN


Spesifikasi Reka Dokumen
Bentuk Sistem Pembangunan Pangkalan Data Pangkalan Data



Spesifikasi Dokumen Kod
Pengaturcaraan Aplikasi
Migrasi Data Sumber

Pengujian Sistem
Spesifikasi Laporan Ujian
Integrasi Sistem Sistem






Berdasarkan keperluan sistem yang diperolehi di dalam Fasa Analisis,arkitektur keseluruhan
sistem akan dihasilkan. Arkitektur sistem ini mendefinisikan komponen, perlakuan dan antaramuka
komunikasi bagi sesuatu sistem. Fasa ini juga menerangkan tentang bagaimana sistem ini akan
dihasilkan. Ia merangkumi aktiviti- aktiviti seperti reka bentuk arkitektur; reka bentuk sistem; reka
bentuk pangkalan data, serta penentuan teknologi yang akan digunakan. Output kepada fasa ini
adalah Spesifikasi Reka bentuk Sistem.


Fasa reka bentuk adalah fasa bagi merancang penyelesaian masalah dan ekspektasi yang
dinyatakan dalam Spesifikasi Keperluan Sistem. Fasa ini adalah langkah permulaan untuk
terjemahkan dari domain masalah kepada domain penyelesaian iaitu alihan daripada ‘Apa?’
kepada ‘Bagaimana?’. Reka bentuk sistem adalah faktor yang paling kritikal yang akan
menjejaskan kualiti perisian dan mempunyai kesan yang besar kepada aktiviti
pembangunan/pembinaan sistem. Fasa Reka bentuk Sistem menggariskan 7 aktiviti utama iaitu:


1. Reka bentuk Arkitek
2. Penentuan Teknologi
3. Reka bentuk Pangkalan Data
4. Reka bentuk Antaramuka Pengguna
5. Reka bentuk Transaksi Sistem
6. Migrasi Data
7. Integrasi Sistem


Dokumen Rujukan kepada Fasa Reka bentuk adalah Spesifikasi Keperluan Sistem.


Dokumen Serahan kepada Fasa Reka bentuk adalah seperti berikut:
1. Spesifikasi Reka bentuk Sistem
2. Pelan Migrasi Data
3. Spesifikasi Migrasi Data
4. Pelan Integrasi Sistem
5. Spesifikasi Integrasi Sistem


ARKITEKTUR SISTEM


Arkitektur Sistem



Reka bentuk arkitektur adalah penyusunan dan pengaturan struktur-struktur bagi sesuatu sistem yang ingin
dibangunkan. Reka bentuk arkitektur merupakan hubungan yang kritikal di antara reka bentuk dan
kejuruteraan keperluan, di mana penyediaannya bertujuan untuk mengenal pasti komponen-komponen
berstruktur yang utama di dalam sistem serta hubungan-hubungan di antara setiap komponen tersebut.
Reka bentuk arkitektur adalah penting untuk memenuhi keperluan fungsian dan juga bukan fungsian oleh
kerana impaknya kepada prestasi, keteguhan (robustness), pengagihan (distributability) dan
kebolehsenggaraan sistem aplikasi.

Lapisan-lapisan bisnes, maklumat/data, aplikasi dan teknologi yang terkandung di dalam arkitektur
enterprise boleh dijadikan sebagai input dan rujukan semasa penyediaan reka bentuk arkitektur yang
dikehendaki.

Output kepada proses reka bentuk arkitektur adalah arkitektur perisian yang terdiri daripada arkitektur
perisian sistem aplikasi, arkitektur aplikasi dan arkitektur data. Arkitektur yang akan dihasilkan ini
menerangkan bagaimana sesuatu sistem disusun atur sebagai set komponen yang saling berkomunikasi di
antara satu sama lain.




Arkitektur Monolitik

Pihak syarikat memilih arkitektur monolitik sebagai asas arkitektur bagi Sistem eTag Karkas. Ianya
adalah arkitektur yang menggabungkan semua komponen fungsian perisian seperti kawalan
akses, aliran kerja, modul profil pengguna dan laporan, menjadi satu unit sahaja. Perisian yang
mengguna pakai arkitektur monolitik direka bentuk supaya ia bersifat self-contained, di mana
komponen-komponen perisian berkenaan saling berhubung (interconnected) dan saling
bergantung (interdependent) di antara satu sama lain. Dengan kata lain, arkitektur monolitik
merupakan arkitektur yang bersifat tightly-coupled, setiap komponen yang berkaitan perlu
disediakan bersama bagi membolehkan ia dilaksanakan.





Presentation Layer Aplikasi Web eTag Karkas





Aliran Kerja Bisnes


Kawalan Akses

Carian
Lapisan Pertengahan

Modul - Modul Sistem


Laporan


Business Intelligence







Lapisan Database DB eTag Karkas


REKABENTUK



DATABASE


Database Structure




Berikut adalah elemen- elemen reka bentuk database yag akan di bina bagi
Sistem ini.





Normalize Data
1 Normalisasi ialah proses menyusun data dalam pangkalan data untuk
meminimumkan redundansi dan kebergantungan. Ini boleh membantu
memastikan pangkalan data adalah fleksibel dan boleh menampung
perubahan dalam keperluan data



Layered Architecture
2 Seni bina berlapis dapat membantu memisahkan concern yang berbeza
dalam pangkalan data, menjadikannya lebih fleksibel dan berskala.
Contohnya, dengan mengasingkan lapisan capaian data daripada
lapisan logik perniagaan boleh memudahkan anda membuat perubahan
pada pangkalan data tanpa menjejaskan aplikasi.


Modular Approach
Pendekatan modular melibatkan pemecahan pangkalan data kepada
3 komponen yang lebih kecil dan boleh diguna semula yang dapat diubah
suai atau diganti dengan mudah mengikut keperluan. Ini boleh memban-
tu memastikan pangkalan data dapat dikembangkan dan menampung
perubahan masa depan dalam keperluan data



Plan for Scalability
Perancangan untuk skalabiliti melibatkan jangkaan pertumbuhan masa
4 depan dan mereka bentuk pangkalan data untuk mengendalikan
pertumbuhan itu. Ini boleh melibatkan reka bentuk pangkalan data untuk
mengendalikan volume data yang lebih besar, atau merekabentuk
pangkalan data untuk diedarkan merentas berbilang pengguna untuk
mengendalikan trafik yang meningkat.



Appropriate Indexing
5 Pengindeksan boleh membantu meningkatkan prestasi pangkalan data,
menjadikannya lebih berskala. Walau bagaimanapun, adalah penting
untuk menggunakan teknik pengindeksan yang sesuai dan mengelakkan
pengindeksan berlebihan yang boleh menjejaskan prestasi sistem.




Use Caching
Caching melibatkan penyimpanan data yang kerap diakses dalam
6 memori, yang boleh membantu meningkatkan prestasi pangkalan data.
di
situasi
menjadi
skalabiliti
mana
dalam
Ini
sangat
berguna
kebimbangan, kerana caching boleh membantu mengurangkan beban
pada pangkalan data.


REKABENTUK


ANTARAMUKA















Ciri-ciri antaramuka merupakan antara

elemen yang amat penting dan perlu


untuk di titik beratkan. Hal ini kerana untuk

memudahkan kepenggunaan sistem bagi

pengguna. Kami telah menetapkan


beberapa garis panduan dalam mereka

bentuk antaramuka bagi sistem ini. Berikut


merupakan 7 elemen yang akan

diterapkan dalam rekaan antaramuka

sistem ini.


UI/UX




Ciri 1 : Jelas
Jelas adalah elemen yang paling penting dalam reka bentuk antaramuka pengguna.
Sesungguhnya matlamat utama reka bentuk antara muka adalah untuk membolehkan pengguna
untuk berinteraksi dengan sistem ini. Ini boleh mengelakkan kekeliruan untuk menggunakan sistem
ini.






































Ciri 2 : Tepat
Dalam pengalaman mereka bentuk sesebuah website, sistem ataupun portal, kami tahu
sekiranya banyak penjelasan dibuat, ianya hanya akan membazirkan waktu pengguna untuk
membaca dari menggunakan sistem. Kami akan memastikan segala perkara jelas dan ringkas.
Untuk menjadikan sistem ini jelas dan ringkas pada masa yang sama adalah tidak mudah dan
memerlukan masa dan usaha untuk dicapai. Namun, dengan kepakaran pihak designer kami, ciri
ini boleh dicapai dengan mudah.


Ciri 3 : Familiar
Familiar membawa maksud, kami hanya akan menggunakan ikon popular yang digunakan secara
global supaya sistem mudah difahami oleh pengguna tanpa sebarang penjelasan.













































Ciri 4 : Menarik
Yang ini mungkin agak kontroversi tetapi kami percaya antaramuka yang baik haruslah menarik.
Menarik dalam erti kata bahawa ia membuatkan penggunaan antaramuka kelihatan
menyeronokkan. Walaupun UI yang sedia ada menepati ciri-ciri seperti mudah untuk digunakan,
cekap dan responsif, dan ia akan menjalankan tugasnya dengan berkesan, tetapi jika kami boleh
pergi lebih jauh dan menjadikannya lebih menarik, maka pihak pegawai Veterinar akan membuat
pengalaman pengguna menggunakan antaramuka benar-benar memuaskan. Pihak kami akan
merekabentuk antaramuka minimalis dan flat. Ianya akan memberi tumpuan kepada fungsi atas
bentuk. Selain dari itu, kami juga akan memberi fokus kepada elemen seperti ikon, butang dan
warna yang akan memberi impak dan menarik kepada pengguna.


Ciri 5 : Konsisten
Antaramuka yang konsisten membolehkan pengguna untuk membangunkan corak penggunaan,
pengguna akan belajar butang yang berbeza, tab, ikon dan unsur- unsur antaramuka lain
kelihatan sama dan akan mengenali mereka dan sedar apa yang mereka lakukan dalam konteks
yang berbeza. Mereka juga akan belajar bagaimana perkara-perkara tertentu bekerja dan akan
dapat bekerja bagaimana untuk mengendalikan ciri-ciri baru yang lebih cepat dari pengalaman-
pengalaman sebelumnya.


Ciri 6 : Efisyen
Salah satu ciri antaramuka yang baik ialah ianya harus membolehkan pengguna untuk
melakukan fungsi-fungsi yang lebih cepat. Sistem yang efisyen akan memudahkan pengguna
mengendalikan fungsi-fungsinya.






































Ciri 7 : HTML
Bahasa pengaturcaraan sokongan lain yang bakal digunakan adalah HTML sebagai bahasa
asas di dalam website, Javascript bagi membantu paparan dinamik dan navigasi laman web
serta CSS bagi menjana format dan antaramuka laman web. Oleh itu, sistem ini akan selaras
dengan semua pelayar versi terkini. Kami juga akan meletakkan capaian sistem paling optimum
ialah pada resolusi 1920x1080 pixel.


PEMBANGUNAN


SISTEM














Pembangunan sistem merujuk kepada

proses perancangan, pembangunan, dan


meimplimentasi sistem maklumat atau

perisian yang memenuhi keperluan

organisasi. Ia melibatkan analisis


keperluan, rekabentuk sistem,

pengaturcaraan, pengujian, dan

penerapan sistem untuk meningkatkan


kecekapan, produktiviti, dan kesesuaian

operasi organisasi.


03 Pembangunan





RUJUKAN PROSES & PENGUNAAN METHOD SERAHAN


Spesifikasi Reka Dokumen
Bentuk Sistem Pangkalan
Reka Bentuk Reka Bentuk Reka Bentuk Data
Pangkalan Pangkalan
Spesifikasi Arkitektur
Data Data
Migrasi Data Dokumen
Kod

Spesifikasi Sumber
Integrasi Sistem Penentuan Reka Bentuk
Teknologi Transaksi Laporan
Sistem
Ujian
Sistem







Migrasi Data Integrasi Sistem


Penyediaan Pelan Penyediaan Pelan

Migrasi Data Migrasi Sistem


Spesifikasi Migrasi Spesifikasi Migrasi
Data Sistem




Penyediaan Spesifikasi Reka
Bentuk Sistem (SDS)





Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam fasa pembangunan adalah berkaitan proses
penghasilan dan pengujian sistem oleh pasukan pembangun. Fasa pembangunan
merealisasikan SDS yang dihasilkan dalam fasa reka bentuk. Komponen dan fungsi sistem
dibangunkan melalui proses pengaturcaraan dan diintegrasikan untuk menghasilkan
sesuatu produk atau sistem. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam fasa ini adalah
pembangunan pangkalan data, pengaturcaraan sistem dan pengujian sistem. Di dalam
fasa ini, proses penghasilan sistem aplikasi adalah matlamat utama.


SECURE CODING


Penyelesaian untuk Pembangunan Sistem
yang Mematuhi Piawaian Open Web

Application Security Project (OWASP) bagi

Tujuan Keselamatan Aplikasi (Secure Coding)




Secure Coding Practices
1
Melaksanakan Secure Coding Practice termasuk :
1. Pengesahan Input untuk mencegah serangan injeksi

(contohnya, SQL injection, XSS) dan bentuk
penyalahgunaan lain.
2. Output Encoding untuk mencegah serangan Cross-Site
Scripting (XSS)
3. Parameterized Queries dalam interaksi pangkalan data
untuk mencegah SQL injection.
4. Authentication and Authorization adalah pengesahan
yang kukuh dan kawalan akses berdasarkan peranan
(RBAC) untuk memastikan hanya pengguna yang
dibenarkan mempunyai akses kepada fungsi-fungsi
tertentu.



OWASP Dependency Check


Utilize OWASP ZAP egularly scan and identify any
2
vulnerable third-party libraries or components used in the

application. Promptly update these dependencies to their
latest secure versions to minimize security risks.



Secure Session Management

3 Ensure secure session management to prevent session

hijacking and fixation attacks. Use HTTPS for secure

communication and store session IDs securely (e.g.,
HttpOnly, Secure flags).



Regular Updates and Patch

4 Management


Ensure timely updates and patch management for the
application and its underlying components to address
new security vulnerabilities.


Proper Error Handling
5 Implement proper error handling to avoid exposing sensitive

information to attackers. Display user-friendly error
messages without divulging system details.





Security Testing
6

Conduct regular security testing, including penetration
testing and code reviews, to identify and remediate
vulnerabilities before deployment.





Secure File Uploads
7
Implement secure file upload mechanisms by validating
file types, scanning for malware, and storing uploaded

files in a separate directory with limited access.




Protect Sensitive Data
8
Encrypt sensitive data, both at rest and during
transmission, using strong encryption algorithms.

Implement secure password storage with techniques like
salted hashing to protect user credentials.





Cross-Site Request Forgery (CSRF)
9
Protection


Utilize CSRF tokens and implement proper validation
mechanisms to prevent CSRF attacks.




Security Headers
10
Set security headers, such as Content Security Policy
(CSP), HTTP Strict Transport Security (HSTS), and X-
Content-Type-Options, to enhance the security posture
of the application.


MULTIDIMENSIONAL


SEARCH


Multidimensional Search


Berikut adalah Method Multi Dimensional Search yang akan digunakan di dalam pembangunan eTag
Karkas.

Kami akan menggunakan Laravel Scout. Laravel Scout ialah pakej untuk rangka kerja PHP Laravel
yang menyediakan cara yang mudah dan mudah untuk menam- bah fungsi carian teks penuh pada
aplikasi Laravel Sistem eTag Karkas.



Langkah Aktiviti


Laravel Scout boleh disepadukan dengan mudah ke dalam
mana-mana aplikasi Laravel. Setelah dipasang dan
Simple Integration
dikonfigurasikan, ia menyediakan API yang mudah dan
konsisten untuk melakukan carian.


Laravel Scout menyokong berbilang enjin carian, termasuk
Algolia, Elasticsearch dan MeiliSearch. Ini membolehkan kami
memilih enjin carian yang paling sesuai dengan keperluan
Multiple Search Engines
pegawai Veterinar.
Teknologi search engine akan ditetapkan setelah sesi SRS
diselesaikan.


Laravel Scout disepadukan dengan lancar dengan ORM
Eloquent Laravel. Ini mem- bolehkan kami menambah fungsi
Model Integration
carian pada model eTag Karkas dan melakukan carian terus
pada pangkalan data dengan mudah


Laravel Scout menyediakan pengindeksan carian automatik,
Search Indexing yang bermaksud bahawa sebarang kemas kini pada pangkalan
data adalah secara automatik ke enjin carian eTag Karkas.


Secara keseluruhannya, Laravel Scout ialah powerful tool untuk menambahkan fungsi carian pada
aplikasi Laravel eTag Karkas. Ia menyediakan API yang mudah dan konsisten untuk melakukan
carian, menyokong berbilang enjin carian, dan menye- padukan dengan lancar dengan ORM
Eloquent Laravel.


INTEGRASI

















Integrasi merujuk kepada proses


menggabungkan dua atau lebih

sistem, aplikasi, atau komponen


yang berbeza supaya mereka


dapat berinteraksi dan berfungsi

bersama. Ini membolehkan


pertukaran data, pemanggilan

fungsi, dan kerjasama antara


sistem-sistem tersebut.


Integrasi





Integrasi data adalah proses menggabungkan data dari sumber yang berlainan menjadi satu
pandangan yang bersatu dalam sistem yang dibangunkan. Integrasi bermula dengan proses
pengindeksan, dan merangkumi langkah-langkah seperti pembersihan, pemetaan ETL, dan
transformasi.


Tidak ada pendekatan universal untuk penyatuan data. Walau bagaimanapun, penyelesaian
integrasi data biasanya melibatkan beberapa elemen umum, termasuk rangkaian sumber data,
pelayan induk, dan pelanggan yang mengakses data dari pelayan induk.

Dalam proses integrasi data biasa, pelanggan mengirimkan permintaan ke pelayan induk untuk
mendapatkan data. Pelayan induk kemudian mengambil data yang diperlukan dari sumber
dalaman dan luaran. Data diekstrak dari sumbernya, kemudian digabungkan menjadi satu
kumpulan data yang kohesif. Ini diserahkan kembali kepada pelanggan untuk digunakan
mengikut business rule yang telah ditetapkan.







Langkah Integrasi





1 2 3 4 5



Identify (data yang
Prepare Kepenggunaan pada
dikehendaki) Extract (dapatkan) Integrate (API's)
(pembersihan data) sistem

Memastikan Mendapatkan raw Data cleansing dan Integrasi data yang Menggunakan
data dan source data dari data refining telah diperolehi data dan
Memastikan transfer bersesuaian dengan library API adaptasi
tiada kekangan dengan kehendak bagi menyokong kepada business
dari segi network sistem seemless integrasi rule yang telah
(connection) dengan sistem 3rd ditetapkan
atau protokol party









Syarikat kami akan memastikan bahawa integrasi data tidak menyebabkan apa-apa kerugian,
kerosakan, kemusnahan atau perubahan kepada data dan sekiranya data tersebut hilang,
rosak, musnah atau di ubahsuai semasa integrasi, kami akan bertanggungjawab untuk
memulihkan atau mendapatkan semula data hilang, rosak, musnah atau diubah tanpa
melibatkan tambahan kos kepada kerajaan.

Kami akan menganalisa, membangun, merekabentuk, mengkonfigurasi, menguji dan
mentauliahkan sebarang bentuk integrasi sistem yang akan ditentukan oleh pihak pegawai
Veterinar. Kami juga akan mengekalkan sebarang integrasi yang ada seperti integrasi antara
sistem berkaitan. Setelah integrasi dilakukan, pihak kami akan menjalankan pengujian terhadap
kaedah integrasi yang dilakukan. Kami akan menyelesaikan semua proses integrasi dalam
tempoh yang ditetapkan.


Tiga (3) Cadangan Web API





Syarikat kami mencadangkan penggunaan Web Service bagi tujuan integrasi dengan
sistem backend bagi pembangunan Aplikasi Web Service yang dicadangkan terbahagi
kepada 3 kategori. Pemilihan kepada mana-mana kategori yang bersesuaian adalah
bergantung kepada jenis data dan apa yang di juga ruang yang diizinkan oleh
developer sistem yang ingin di integrasi. Kesemua sistem akan diintegrasikan secara
web service untuk menaikkan tahap keselamatan,standardization, dan akan
memudahkan penjadualan bagi integrasi.






JSON


JSON service request




JSON service
response
JavaScript Object NNotation (JSON) menggunakan
subset javascript. Manakala SOAP & REST
mengguakan XML.





SOAP

SOAP service request




XML service
response
Simple Object Access Protocol (SOAP) adalah
sebahagian daripada WSDL dan UDDI. Data dari
SOAP dihasilkan tanpa repository.





REST

REST service request




XMLservice
response

Representation State Transfer (REST) lebih digemari
oleh ramai developer. Ianya menggunakan cara lebih
mudah dan kurang volume apabila berhubungan.


METODOLOGI


PENGUJIAN














Metodologi pengujian adalah

pendekatan sistematik untuk menguji


perisian atau sistem yang sedang

dibangunkan. Ia melibatkan

perancangan skop pengujian,


penyediaan data ujian, pelaksanaan

skrip ujian, pemantauan kecacatan, dan

penilaian kualiti untuk memastikan


kebolehpercayaan, prestasi, dan

keselamatan sistem yang diuji.


Pengujian penerimaan sistem aplikasi merupakan penentu keyakinan bahawa
sistem yang dibangunkan telah memenuhi keperluan bisnes dan keperluan
pengguna yang ditetapkan. Pengujian juga bertujuan untuk memastikan bahawa
fungsian sistem yang dibangunkan sedia digunakan. Sebarang kesilapan yang
ditemui perlu ditambahbaik, diperbaiki dan diuji semula.


01 Pengujian





RUJUKAN PROSES & PENGUNAAN METHOD SERAHAN



Spesifikasi Pelan Induk
Penyediaan Pelan
Keperluan Sistem Penyediaan Pelan Pengujian
Ujian Penerimaan
Induk Pengujian
UAT/PAT
Spesifikasi Reka Dokumentasi
Bentuk Sistem Perseduaan
Ujian
Spesifikasi
Integrasi Sistem Penyediaan Pelan
Dokumentasi UAT/PAT
Laporan Ujian Persediaan Ujian
Sistem Laporan
UAT/PAT








Ujian Penerimaan Ujian Penerimaan
Pengguna (UAT) Provisional (PAT)












Penyediaan Pelan

Ujian Penerimaan
UAT/PAT






Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam fasa pengujian adalah berkaitan dengan
penyediaan pelan ujian dan dokumentasi berkaitan ujian, serta pelaksanaan
pengujian penerimaan oleh pengguna ke atas sistem. Pengujian yang dimaksudkan
adalah Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) dan Ujian Penerimaan Sementara (PAT).
Ujian ini dilaksanakan sebagai validasi ke atas sistem aplikasi yang dibangunkan
berdasarkan keperluan pengguna dan keperluan sistem bagi memastikan keperluan
tersebut dipenuhi sebelum sistem aplikasi dilaksanakan.


Pengujian Sistem




Pengujian penerimaan sistem aplikasi merupakan penentu keyakinan bahawa sistem yang
dibangunkan telah memenuhi keperluan bisnes dan keperluan pengguna yang ditetapkan.
Pengujian juga bertujuan untuk memastikan bahawa fungsian sistem yang dibangunkan sedia
digunakan. Sebarang kesilapan yang ditemui perlu ditambahbaik, diperbaiki dan diuji semula.






Pengujian hendaklah dirancang dengan teliti berdasarkan tempoh, kos dan keperluan sumber yang
disediakan agar sistem yang dibangunkan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan. Hasil keputusan
ujian yang diperolehi melalui pelaksanaan pengujian yang teratur dan pematuhan kepada amalan
terbaik akan menjadi pertimbangan bagi pemegang taruh dalam memutuskan pelaksanaan sistem.
Pengujian akan dilaksanakan dengan melibatkan pengguna sistem termasuk SME, pemilik proses dan
pengguna akhir. Ekspektasi pengguna terhadap sistem akan dinilai melalui 2 aktiviti utama iaitu:

Ujian Penerimaan Pengguna (UAT)
Ianya menilai dari aspek fungsian


Ujian Penerimaan Provisional (PAT)
Ianya menilai dari aspek fungsian dan bukan fungsian


Dokumen rujukan untuk Fasa Pengujian Penerimaan adalah seperti berikut:
1. D03 Spesifikasi Keperluan Sistem.
2. D04 Spesifikasi Reka bentuk Sistem.
3. D08 Spesifikasi Integrasi Sistem.
4. D11 Laporan Ujian Sistem.


Dokumen serahan untuk Fasa Pengujian Penerimaan adalah seperti berikut:
1. D12 Pelan Induk Pengujian (Master Test Plan).
2. D13 Pelan Ujian Penerimaan Pengguna (UAT)/Ujian Penerimaan Pengguna Provisional (PAT).

3. D14 Laporan Ujian Penerimaan (UAT & PAT)


Untuk memastikan aktiviti dalam fasa pengujian berjaya dilaksanakan, faktor-faktor yang perlu
diberi perhatian sebelum dan semasa aktiviti pengujian dilaksanakan adalah seperti berikut:


1. Spesifikasi Keperluan Bisnes, Spesifikasi Keperluan Sistem dan Spesifikasi Reka bentuk Sistem
yang didokumenkan adalah lengkap dan telah dipersetujui oleh pengguna.

2. Ujian sistem (ujian unit/ komponen, ujian sub-sistem/ modul dan ujian integrasi sistem) telah
dijalankan dengan sempurna. Sistem bebas daripada ralat dengan tahap severity tinggi yang
boleh menggagalkan fungsi utamanya.
3. Pengurus / Ketua Ujian berpengalaman serta berkelayakan dalam merancang dan
mengendalikan ujian.

4. Persediaan terperinci bagi ujian penerimaan seperti jadual pelaksanaan ujian, undangan penguji
serta kesediaan persekitaran pengujian.
5. Komitmen daripada semua peringkat pemegang taruh diperlukan semasa pengujian

dilaksanakan.
Selain daripada faktor di atas, penggunaan tools yang bersesuaian di dalam pengurusan,
pelaksanaan dan kawalan pengujian juga memberi nilai tambah di dalam kejayaan pengujian.


05 Pelaksanaan



Tujuan pelaksanaan sistem adalah untuk memastikan sistem yang dibangunkan dapat berfungsi
dengan lancar mengikut spesifikasi yang telah di minta oleh pengguna. Fasa pelaksanaan
merupakan fasa yang melibatkan aktiviti-aktiviti peralihan daripada sistem yang lama kepada
sistem yang baru. Ia akan melibatkan perubahan dari cara kerja manual kepada cara baru yang
berasaskan kepada sistem berkomputer. Proses peralihan boleh dilaksanakan ke atas sistem semasa
dengan membuat penambahbaikan mengikut keperluan yang baru. Semasa fasa pelaksanaan, isu-
isu yang melibatkan bisnes, teknikal dan orang awam hendaklah dikenalpasti dan diambil tindakan.

Aktiviti-aktiviti dalam Fasa Pelaksanaan adalah:
1. Pelaksanaan Integrasi Data
2. Ujian Penerimaan Akhir

3. Penyediaan Manual Pengguna
4. Serahan Sistem Aplikasi



RUJUKAN PROSES & PENGUNAAN METHOD SERAHAN


Pelan Laporan
Pembangunan Migrasi Data
Pelaksanaan Penyediaan Manual
Sistem
Migrasi Data Pengguna
Laporan
Pelan Migrasi Penamatan
Data Ujian Penerimaan Ujian (FAT)
Akhir (FAT)
Laporan PAT Manual
Penggunaan
Sistem Aplikasi Serahan Sistem
Aplikasi Laporan
Serahan
Sistem






Aktiviti utama di dalam fasa pelaksanaan adalah melaksanakan aktiviti ke arah persediaan
pelaksanaan sistem. Aktiviti-aktiviti yang dilaksana di dalam fasa ini adalah migrasi data, ujian
penerimaan akhir, persediaan manual pengguna dan laporan serahan sistem.


Click to View FlipBook Version