The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusniza yusof, 2023-02-08 11:58:03

BUKU PROGRAM

BUKU PROGRAM

Jumaat | 10 Februari 2023 | 8.00 pagi – 5.00 petang Makmal BYOD, Bangunan Teknologi Maklumat UPSI 5.00 petang – 6.30 petang DEWAN SITC


Menurut perkara (13) dalam buku peraturan akademik program pengajian siswazah adalah pembentangan cadangan penyelidikan. Dan perkara (17) adalah keperluan penerbitan. Oleh yang demikian kursus metodologi yang akan diadakan adalah selaras dengan kehendak program pengajian siswazah. Kursus metodologi penulisan proposal ini diadakan selari dengan kehendak atau syarat-syarat bagi pelajar pasca siswazah terutama pelajar Master Mod A dan Doktor Falsafah (PhD) untuk membuat pembentangan proposal iaitu pada semester 2 bagi calon-calon sepenuh masa dan manakala bagi calon-calon separuh masa perlu membuat pembentangan proposal pada semester 3. Caloncalon perlu menyiapkan tiga (3) bab, iaitu bab 1 hingga 3 iaitu pengenalan, kajian literatur dan metodologi. Manakala kursus penulisan jurnal pula adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal supaya para pelajar dapat menyiapkan satu atau dua jurnal sebagai salah satu syarat untuk bergraduasi. Bagi pelajar Master mode A, calon-calon WAJIB menerbitkan satu artikel jurnal manakala bagi calon-calon Doktor Falsafah (PhD) pula perlu menerbitkan sekurang-kurangnya 2 Jurnal. Oleh itu kursus ini dapat memberikan dan membantu pelajar-pelajar kaedah yang betul untuk membuat penerbitan pada masa hadapan. Objektif Kursus ini diadakan adalah seperti berikut : ❖ Untuk Meningkatkan tahap kefahaman pelajar tentang kaedah penulisan Proposal yang betul selari dengan keperluan ProForma Kursus MRU60504 ❖ Memberi pendedahan kepada kepada pelajar berkenaan tips pembentangan proposal penyelidikan serta pameran poster penyelidikan pasca siswazah ❖ Untuk mengurangkan masalah pelajar yang tidak membuat pembentangan proposal dan tidak bergraduat.


Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya kita semua dapat sama-sama berkumpul dalam Program Diaspora Ilmu Pra Pembentangan Proposal dan Pameran Poster Penyelidikan Pengajian Siswazah MRU60504. Di sini saya ingin mengambil kesempatan bagi merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program ini terutama kepada Dr. Azlin Iryani bt Hj. Mohd Nor dan rakan-rakan sepasukan saya. Syabas dan tahniah diucapkan di atas segala usaha dan kerja keras yang ditunjukkan dalam menjayakan program pada semester ini. Saya juga turut ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak UPSI, IPS, FSKIK dan Jabatan Seni dan Reka bentuk di atas segala kerjasama yang diberikan. Sesungguhnya program seumpama ini merupakan satu usaha yang baik untuk kita bersama-sama mengutip segala ilmu dan mencari pengalaman dalam menjalankan penyelidikan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai program utama fakulti. Sekian terima kasih.


Bismillahirrahmanirrahim. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tingi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan Taufik dan Inayahnya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam Program Diaspora Ilmu Pra Pembentangan Proposal dan Pameran Poster Penyelidikan Pengajian Siswazah MRU60504. Pertama sekali, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terutama anak didik saya semua pelajar semester 1 (PHD dan Master) yang sangat komited dan bersemangat dalam melaksanakan program ini. Dengan adanya program seperti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali pensyarah-pensyarah di FSKIK ini. Saya juga berasa bertuah kerana dengan usaha anak didik saya, program ini dapat dijayakan. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada pihak UPSI, IPS, FSKIK dan JSRB kerana banyak memberi kerjasama yang taidak terhingga begitu juga semua rakan-rakan pensyarah yang terlibat. Jasa anda semua amat kami hargai. Sekian, terima kasih.


Sejajar matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 anjakkan ke tujuh adalah memanfaatkan teknologi meningkatkan taraf pendidikan berkualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Malaysia. Penyediaan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai medium penyampaian dan persekitaran pembelajaran digital adalah keutamaan disasarkan ke seluruh sekolah di Malaysia. Sorotan kajian lepas, para guru menggunakan kaedah PdP secara konvensional di dalam kelas. Berdasarkan analisis keperluan yang dilaksanakan ke atas para guru Pendidikan Seni Visual (PSV), isu utama adalah kekangan masa penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) ditambah kekurangan BBM yang mempunyai elemen TMK. Para guru memerlukan BBM berteraskan TMK untuk membantu semasa pengajaran PSV di dalam kelas. Lantaran itu, berdasarkan permasalahan yang timbul, pengkaji mencadangkan agar aplikasi PdP ‘MobSeni’ dibangunkan dengan menambahbaik kaedah sedia ada menerusi penerapan pengajaran berteraskan TMK dalam PdP PSV. Pendekatan reka bentuk dan pembangunan (PRP) digunakan terhadap pembangunan aplikasi PdP ‘MobSeni’. Pengkaji mengaplikasikan tiga fasa kajian iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan fasa penilaian. Di dalam fasa analisis keperluan, reka bentuk kajian tinjauan menerusi soal selidik sebagai kaedah pengutipan data. Pada fasa reka bentuk dan pembangunan, konsensus pakar digunakan dalam pengutipan data. Akhir sekali pada fasa penilaian, reka bentuk tinjauan dengan menggabungkan temubual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan data penilaian kebolehgunaan aplikasi PdP ‘MobSeni’ ke atas para guru PSV. Pembangunan aplikasi PdP ‘MobSeni’ adalah inovasi pendigitalan pengajaran berteraskan TMK. Diharap aplikasi PdP ‘MobSeni’ membantu para guru mempelbagaikan kaedah PdP lebih menarik serta membantu perkembangan potensi murid menyeluruh melahirkan murid berdaya saing sejajar dengan peredaran semasa. Kata kunci: Pendidikan Seni Visual, TMK, pengajaran dan pembelajaran, aplikasi mudah alih .


Penghasilan Catan batik digital memerlukan kemahiran kognitif dan psikomotor yang konsisten. Ini sukar dicapai sekiranya pelajar masih lemah dalam penguasaan konsep dan kemahiran mencatan. Oleh itu penghasilan catan secara konvensional ini perlu diberi nilai tambah dalam bentuk penghasilan secara digital. Penggunaan medium digital dapat membantu perkembangan visual imejan pelajar meliputi empat aspek iaitu gubahan, olahan warna, interpretasi dan kreativiti. Oleh yang demikian satu kajian berasaskan teori pembangunan kognitif dilaksanakan dalam kalangan pelajar PSV IPG untuk meneliti perkembangan visual batik digital. Kemampuan visual imejan ini dilihat dari penghasilan catan batik digital. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan dilakukan di IPG Kampus Ilmu Khas di Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 50 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Kesemua pelajar diberi penggunaan peralatan digital dalam penghasilan catan batik digital. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soal selidik berkaitan pengetahuan asas aplikasi Adobe Illustrator dan asas seni visual. Mereka juga menghasilkan dua catan Batik digital. Kajian ini diharap dapat membantu pendidik menyediakan strategi dan medium yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni visual khususnya dalam bidang mengenal kraf tradisional. Pelajar pula dapat memaksimumkan perkembangan kognitif mereka dalam menghasilkan catan mengikut kreativiti dan pembentukan visual imej batik mereka. Dari segi teori, kajian ini dijangka dapat meningkatkan lagi kefahaman sistem kognitif dan pemprosesan maklumat yang berkaitan sistem visual imejan batik Malaysia. Kata Kunci : Kreativiti, catan, batik digital, Pendidkan Seni Visual


Kajian ini bertujuan membangunkan Kit Digital Ekspresi Seni Sulaman (DESS) sebagai panduan kepada guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kit DESS ini dibangunkan berasaskan teori konstruktivisme, kerangka model Pendekatan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dan model reka bentuk instruksional ASSURE sebagai model sandaran dalam Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (KRP). Model ASSURE melibatkan 6 fasa dalam membangunkan kit DESS. Kajian ini bersifat multiple-method iaitu menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini dijalankan di SMK Maran yang terletak dalam daerah Maran, Pahang. Penyelidik menggunakan persampelan bertujuan melibatkan seorang guru opsyen dan dua orang guru bukan opsyen sebagai responden serta 10 orang murid sebagai sampel yang dipilih secara rawak. Kaedah kutipan data melibatkan tinjauan, pemerhatian, protokol temu bual, soal selidik dan analisis dokumen. Kaedah analisis data menggunakan perisian ATLAS.ti 8.0 dan SPSS bagi data soal selidik. Penyelidik menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) dengan melibatkan 11 pakar pada fasa reka bentuk dan pembangunan dan 9 pakar dalam fasa penilaian. kesimpulannya, kajian pembangunan Kit DESS ini dapat membantu guru-guru dalam menjalankan aktiviti PdP di dalam kelas sebagai panduan mengaplikasikan teknik pembelajaran berasaskan projek dengan dibekalkan set mini toolkit untuk aktiviti tersebut. Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat penanda aras kepada lain-lain tajuk dalam Pendidikan Seni Visual dalam menggerakkan aktiviti berasaskan Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (KePAK21). Kata Kunci : Kit DESS, Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (KePAK21), Pembelajaran Berasaskan Projek


Pengaplikasian pemikiran komputasional telah memberi kesan positif dalam pencapaian akademik murid kerana ia merupakan kemahiran abad ke- 21 yang terbukti dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah yang kompleks. Namun konsep pemikiran komputasional hanya berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Asas Sains Komputer dan Sains Komputer sahaja. Kajian menunjukkan bahawa masih kurang modul pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan dengan mengintegrasikan konsep pemikiran komputasional dalam disiplin ilmu yang lain. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan membangunkan reka bentuk modul pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pemikiran komputasional bagi topik eksplorasi seni catan. Rekabentuk kajian adalah berdasarkan pendekatan penyelidikan rekabentuk dan pembangunan. Komponen utama modul reka bentuk bagi pemikiran komputasional ini diperolehi melalui analisis kajian lepas dan perundingan pakar yang disahkan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM). Seramai 15 orang pakar terlibat untuk membuat pengesahan konstruk.Selain itu, seramai 90 orang murid terlibat untuk menilai tahap pencapaian dalam pengujian seni catan kertas 2 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia subjek Pendidikan Seni Visual selepas menggunakan modul eksplorasi seni catan. Manakala 10 orang guru terlibat dalam penilaian kebolehgunaan modul eksplorasi seni catan dalam pengajaran di bilik darjah. Jangkaan dapatan kajian dijangka dapat membantu murid meningkatkan tahap pencapaian dalam aspek pengujian seni catan bagi kertas 2 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia subjek Pendidikan Seni Visual. Implikasi kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan bagi institusi pengajian dalam bidang perguruan dan Kementerian Pendidikan Malaysia mempertimbangkan kemungkinan untuk menerapkan elemen dalam pemikiran komputasional dalam kandungan pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual. Kata kunci: Pemikiran komputasional, modul pengajaran dan pembelajaran, eksplorasi seni catan


Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan modul pengajaran interaktif sebagai bahan bantu mengajar guru. Modul ini diintegrasikan dengan penggunaan multimedia interaktif bagi mewujudkan bahan bantu mengajar berbantukan teknologi media baharu. Seiring dengan perkembangan pendidikan digital kini, penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran malah turut dapat menarik minat murid untuk mempelajari seni ini. kajian ini juga penting demi kelangsungan seni ukiran kayu oleh generasi akan datang serta dapat mengetengahkan keistimewaan ukiran yang menjadi warisan negara. Modul ini diuji bagi melihat keberkesanan modul dalam membantu guru di dalam kelas semasa proses pengajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan (PRP) atau lebih dikenali sebagai Design and Development Research (DDR) bersandarkan model reka bentuk Intruksional ADDIE. Dalam Model ADDIE terdapat lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Kajian ini dijalankan di Pejabat Pendidikan Daerah Raub yang melibat 11 buah sekolah menengah. Pengkaji melibatkan 11 orang guru Pendidikan Seni Visual sebagai sampel kajian, manakala juru latih utama dan guru-guru bidang kemanusiaan serta pakar sebagai responden kajian. Pengkaji melibatkan diri secara pemerhatian turut serta semasa perbengkelan dijalankan. Instrumen ini melibatkan soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Pengkaji menggunakan perisian SPSS untuk menganalisis data soal selidik manakala perisian Nvivo digunakan untuk menganalisis data temu bual. Modul ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua guru dalam memperbaiki kaedah pengajaran di dalam kelas serta dapat diperluaskan penggunaan modul ini di peringkat pengajian tinggi. Kata Kunci : modul pengajaran interaktif, seni ukiran kayu, teknologi media baharu


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) terutamanya untuk guru bukan opsyen bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Kekangan semasa mengajar berlaku apabila guru tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan lukisan dengan teknik dan langkah yang betul. Kepentingan Eksplorasi dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) sangat diberi penekanan disebabkan hasil yang kurang memberangsangkan semasa peperiksaan awam dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pengajaran Eksplorasi Teknik Lukisan Bersistematik berasaskan kepada sub topik Seni Lukisan dalam buku teks Tingkatan 2. Berdasarkan kajian literatur, modul seperti ini belum pernah dibangunkan sebagai panduan dan kegunaan guru bukan opsyen untuk pengajaran eksplorasi. Pendekatan kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan (DDR) oleh Richey dan Klein (2007) digunakan dan melibatkan 3 fasa. Fasa pertama merupakan analisis keperluan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Fasa kedua menggunakan kaedah Fuzzy Delphi dan fasa terakhir iaitu fasa penilaian menggunakan kaedah temu bual.Kajian ini melibatkan 10 orang guru bukan opsyen dari sekolah menengah sekitar negeri Selangor. Pembangunan modul ini akan dijadikan sebagai panduan utama guru bukan opsyen untuk mengajar sub topik Seni Lukisan dan memberikan impak positif untuk pembelajaran yang akan datang. Kata Kunci : Pembangunan modul, Eksplorasi Seni Lukisan, sekolah menengah, sistematik, guru bukan opsyen.


Dunia pendidikan kini dihidangkan dengan pelbagai corak dan gaya pendidikan yang mana memberi cabaran dan peluang baru kepada tenaga pengajar dan juga murid meneroka kaedah bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Teknologi maklumat telah memperkenalkan perubahan dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji peningkatan kreativiti murid melalui pengunaan GaM-VL dalam subjek Pendidikan Seni Visual. dengan mengadaptasikan kerangka konseptual. Bagi objektif kajian tercapai, kajian ini terdiri daripada dua kajian iaitu Kajian Kes dan Quasi-Eksperimental. Kajian Kes akan digunakan dengan melakukan pemerhatian lansung secara terperinci dan melakukan beberapa sesi temuduga dengan pakar-pakar untuk meneliti dan mengiktiraf definisi kaedah yang tepat dan efektif sebelum dipraktikkan ke atas murid tahap satu. Seterusnya, kajian Quasi-eksperimental akan dijalankan di beberapa sekolah yang terpilih untuk dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan sekolah yang terkawal dengan kaedah yang dipilih melalui keputusan Kajian Kes, dan satu lagi sekolah sebaliknya. Hasil kajian ini akan dikumpul selepas tempoh masa yang diterhadkan untuk melihat hasil pengaruh sistem PdP Pendidikan Seni Visual ke atas murid tahap satu dan sejauh mana keberkesanan daya pemikiran kreatif mereka.  Kata kunci: peningkatan kreativiti, penggunaan Gam VL, Subjek Pendidikan Seni


Seni kontemporari adalah peralihan paradigma bagi cetusan ideologi terhadap situasi semasa dalam konteks identiti, budaya dan sosial. Kajian ini memberi fokus terhadap penglibatan artis wanita seni arca kontemporari di Malaysia. Melalui analisis penyelidikan, kajian visual dilaksanakan untuk melihat persepsi dan pemikiran artis wanita terhadap penggunaan bahan serta interpretasi makna dalam penghasilan karya seni arca. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian fenomenologi. Kajian ini dapat memberi sumbangan terhadap proses pendokumentasian secara sistematik terhadap penglibatan artis wanita seni arca kontemporari di Malaysia dengan memahami nilai penggunaan bahan dan makna dalam penghasilan karya seni arca. Disamping itu, dokumentasi kajian ini dapat mengenali nilai budaya, jati diri dan khazanah negara dalam memberi sumbangan terbesar bagi bidang industri seni dan institusi pendidikan seni. Kata Kunci : Seni Kontemporari, Artis Wanita, Karya, Seni Arca, Bahan, Makna


The focus is on understanding composition by looking closely at image composition and suggesting that only correlates to the image composition guidelines or rules in the context of capturing the value of Orang Ulu cultural heritage as the main subject in the image. Digital visualization includes the use of visual analysis in the ethnography approach by selecting images based on visual art theories with the study of composition that aims to convey information visually through the best composition with the visual strength of the photographic genre adopted. The findings of this study imply that compositional analysis in photography might be one of the media that continues to exist and is designed to be an academic reference and to inspire young people to care about the preservation of Orang Ulu. Keywords : composition, digital visualization, enriching, cultural heritage, Orang Ulu


Kajian ini akan menggunakan pendekatan kajian berbentuk pengalaman visual untuk mendalami seni budaya Orang Ukit iaitu mengenali seni kraf tangan anyaman rotan Orang Ukit di Sarawak. Seni kraf tangan anyaman rotan memang satu keunikan pada Orang Ukit dan masyarakat Orang Ukit menganggap bahawa kraf tangan ini merupakan satu warisan turun temurun masyarakat Orang Ukit yang bernilai tinggi. Masyarakat Orang Ukit berpegang kuat dengan penghasilan kraf tangan anyaman yang menggunakan rotan untuk dijadikan satu kraf tangan yang memberi makna sehingga menghasilkan motif yang tersendiri. Kajian ini akan memfokuskan kepada seni kraf tangan anyaman yang menggunakan rotan. Permasalahan kajian ini mengenai kurangnya sumber tentang kewujudkan Orang Ukit. Objektif kajian adalah memperkenalkan seni kraf tangan anyaman rotan Orang Ukit. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu visual-etnografi untuk mengumpul data dalam menghasilkan kajian ini iaitu dengan menyelinap ke dalam kehidupan harian masyarakat Orang Ukit untuk memahami sepenuhnya makna seni budaya mereka. Hasil kajian ini nanti akan menghasilkan arkib data iaitu akan menghasilkan sebuah buku tentang kraf tangan anyaman rotan untuk menarik minat orang ramai tentang seni budaya kraf tangan anyaman rotan Orang Ukit di Sarawak. Kata Kunci : Seni Budaya, Orang Ukit, Anyaman, Kraf tangan, Rotan


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Program Diaspora Ilmu Pra Pembentangan Proposal dan Pameran Poster Penyelidikan Pengajian Siswazah MRU60504. Kerjasama dan sumbangan anda amat kami hargai. Terima Kasih


Click to View FlipBook Version