The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jtrathakrishnan, 2021-03-25 04:55:14

Adat Resam dan Pantang Larang Kaum

Adat Resam dan Pantang Larang Kaum

Adat Resam dan Pantang
Larang Pelbagai Kaum

Adat Resam Kaum India

Perkahwinan bagi kaum India

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara
pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis
perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan
diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek
suku kaum. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang
air susu kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh
kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang).
Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali
dan berkongsi minum' air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri

Adat Resam Kaum India

Perayaan bagi kaum india

Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi
kaum mereka tersendiri. Bagi kaum India mereka merayakan perayaan mereka
seperti deepavali, thaipusam, dan ponggal bagi setiap tahun. Bagi
perayaan Deepavali, penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang
melambangkan permulaan yang baru, penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana
patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula,
merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka
bumi. Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.
Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan
jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda

Adat Resam Kaum India

kesyukuran. Bagi ponggal pula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai, iaitu
dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada
tanah liat, bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. Ia
membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.
Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat Hindu
mengukuhkan ikatan sesama mereka.

Bahasa : Tamil,Telugu dan Malayalam.
Makanan: Tosei, Idli, chappati dan nasi daun pisang
Pakaian: Sari, doti, jippa,

Adat Resam Kaum India

Upacara Perkahwinan

Sambutan perayaan deepavali

idli
Pakaian

Adat Resam Kaum Melayu

Perkahwinan masyarakat melayu

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya
kehidupan sesebuah keluarga . Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan
adat resam,perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat
dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan
dilaksanakankan secara meriah dan penuh adat istiadat Setiap perlakuan mereka
akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan
Malah adat dikatakan akan memainkan peranan penting dalam memastikan
kelancaran sesebuah majlis perkahwinan. Lazimnya istiadat ini disusun begitu teratur
mengikut langkah yang telah dirancang iaitu adat merisik, adat meminag, adat
bertunang, adat berinai, akad nikah dan akhir sekali upacara persandingan. Setiap
majlis perkahwinan yang dilakukan secara penuh adat mengganggap pasangan
pengantin sebagai raja sehari oleh kebanyakan masyarakat Melayu lantaran tertib
dan teraturnya pengurusan proses perkahwinan yang diamalkan sejak turun temurun

Adat Resam Kaum Melayu

Perayaan bagi kaum Melayu

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: ‫عيد الفطر‬ʿ ;Īd al-Fiṭr; "perayaan buka puasa")
disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari
Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan
perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama
ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di
seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan
yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan
antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)
ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan
kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim

Adat Resam Kaum Melayu

Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada
sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Bahasa: melayu
Makanan: Nasi lemak, rendang, sate
Pakaian: Baju kurung , Baju melayu

Adat Resam Kaum Melayu

Sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri

Upacara perkahwinan

Nasi lemak pakaian

Adat Resam Kaum Cina

Perkahwinan bagi kaum cina

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa
sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :

•Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami
isteri yang sah dari segi undang – undang.
•Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin
baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai
tanda pengenalan antara satu sama lain.
•Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan akan
dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk

Adat Resam Kaum Cina

dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman
perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan
mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan
seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah
memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya – baiknya hendaklah
dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana
warna – warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.
Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah
mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau
menyebut perkataan – perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau
hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.

Adat Resam Kaum Cina

Perayaan bagi kaum cina

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia
yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina
percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar iaitu tikus, lembu, harimau, arnab,
naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini
memberi signifikan dan tuahnya yang tersendiri.
Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai
untuk makan bersama. Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan
sesama keluarga. Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi
‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Ang pau’
membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul
berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang Buah limau mandarin dan kuih
bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Adat Resam Kaum Cina

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke
rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan
perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah perayaan Chap
Goh Meh.

Bahasa: Mandarin, hakka, Kantonis, Hokkien, Hainan,
Fuzhou, Teochew
Makanan: Dim sum, kuih bulan, zongzi, tang yuan
Pakaian: ceongsan, samfu, qipao,
Perayaan: Tahun Baharu Cina, Cap Goh Mei, Dong Zhi.

Adat Resam Kaum Cina

Upacara Perkahwinan Kuih bulan
Perayaan Tahun Baru cina
Pakaian

Pantang larang kaum india

1.Mendidihkan susu

Mengikut adat resam kaum India, apabila sebuah keluarga pindah ke rumah
baru,, susu hendaklah dididihkan terlebih dahulu di atas dapur masak yang baru
sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Ini adalah simbolik untuk rezeki
yang sentiasa melimpah ruah untuk keluarga tersebut dan juga memberkati
rumah baru. Susu yang telah dididih itu akan dipersembahkan untuk dewa-dewa
terlebih dahulu sebelum diberikan kepada tetamu dengan sedikit gula.

Pantang larang kaum india

2. Pecahkan Kelapa!

Ya! Rumah baru bermakna anda mempunyai alasan baru untuk memecahkan
barang!
Tapi ini bukan bermakna anda perlu menghancurkan rumah. Tiada apa yang akan
dipecahkan melainkan kelapa.Mengikut tradisi kaum India, mereka akan
menghempaskan sebiji kelapa di atas tanah/lantai sehingga pecah apabila membeli
kereta baru atau rumah baru, sebagai tanda berkat.

Pantang larang kaum india

3. Nombor Memainkan Peranan Penting!

.Terutama sekali nombor 3, 8 dan 13. Nombor 8, mengikut numerologi dan
astrologi kaum India, adalah ditadbir oleh planet Zuhal (Shani). Ia dikatakan
membawa kemusnahan. Nombor yang berkaitan dengan angka 8,
seperti 17 dan 26 (1+7=8 dan 2+6=8), juga dianggap nombor yang kurang
bernasib baik. Lebih menarik, nombor 26 sering dikaitkan dengan peristiwa-
peristiwa malang, seperti tsunami yang telah melanda pada 26 Disember,
2004, dan tragedy letupan yang terjadi di Ahmedabad pada 26 September
2008. Anda boleh lihat artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Bukan itu sahaja. Nombor 3, dan 13 dikaitkan dengan pepatah agama Hindu
iaitu "teen tigaada kaam bigaada" yang bermaksud "nasib malang akan
terjadi apabila adanya tiga". Bagi sesetengah masyarakat kaum India, 13
haribulan yang jatuh pada hari Jumaat, juga membawa petanda tidak baik
untuk beberapa kepercayaan lain.

Pantang larang kaum india

4. Dilarang Memotong Rambut Pada Hari Selasa, Khamis dan Sabtu

Kenapa? Ini adalah kerana orang-orang tua percaya bahawa pada hari-hari
tersebut, planet memancarkan sinar yang boleh membahayakan kesihatan dan
kesejahteraan seseorang. Ia dikatakan bahagian otak manusia memainkan
peranan penting bagi kita, dan mengikut kepercayaan, memotong rambut pada
hari-hari dimana sinar akan dipancarkan menpunyai kesan negatif ke atas kepala.

Pantang larang kaum india

5. Si ‘Mata Jahat’

Adakah anda pernah melihat buah limau dan cili diikat bersama di pintu hadapan
rumah jiran-jiran anda? Itulah Nimbu-Mirchi-Totka, dan ia digunakan untuk
menghindarkan "mata jahat", yang boleh membawa aura negatif kedalam rumah.
Adalah dipercayai bahawa Nimbu-Mirchi-Totka digunakan untuk menghalang
Dewi Alakshmi (kakak kepada Dewi Lakshmi) daripada berada dekat dengan rumah
kerana dia dipercayai membawa kemiskinan dan kesengsaraan. Dia juga suka akan
benda yang masam, berperisa kuat dan pedas. Limau dan cili yang diikat diluar
adalah untuk mengalihkan perhatian Dewi Alakshmi dan juga supaya dia beredar dari
rumah tanpa mengutuskan ‘mata jahat’ ke dalam rumah.

Pantang larang kaum Melayu

1. Anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua

Ini merupakan antara pantang larang yang paling popular dalam kalangan
masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, anak dara perlu dilindungi dan
diberi didikan supaya mempunyai budi bahasa yang tinggi, penuh kesopanan
dalam adab. Bak kata pepatah Melayu, “lebih senang jaga lembu
sekandang dari menjaga anak dara seorang”.
Sebenarnya, pantang larang ini ditujukan kepada anak dara agar tidak
terleka sewaktu di dapur. Masakan atau nasi yang dimasak mungkin hangus
kerana terlalu leka dan asyik menyanyi. Dari segi kebersihan pula, masakan
yang disediakan sambil menyanyi mungkin terdedah kepada titisan air liur
yang mengandungi sesetengah organisma yang boleh menyebarkan
penyakit. Orang tua zaman dahulu memberi peringatan dengan cara yang
cukup halus dan mudah difahami oleh masyarakat Melayu.

Pantang larang kaum Melayu

2. Anak gadis makan sambil berbaring, nanti dapat suami pemala

Bagi tujuan memberi teguran dengan halus, anak gadis yang berbaring
sambil makan dikatakan akan mendapat suami yang pemalas. Jika dinilai
secara logik dan adab, makan sambil berbaring merupakan suatu perlakuan
yang kurang sopan di meja makan .Jika dilihat dari aspek kesihatan,
perbuatan ini menyukarkan penghadaman makanan dalam sistem
pencernaan. Apa yang menarik lagi, mengikut satu kajian yang telah
dijalankan, berbaring selepas makan merupakan salah satu faktor risiko yang
boleh membawa penyakit berkaitan dengan sistem pencernaan, seperti
refluks esofagus. Mungkin pantang larang ini nampak remeh, tapi terdapat
fakta saintifik yang boleh dipelajari dari perkara ini.

Pantang larang kaum Melayu

3. Tidak boleh makan dalam gelap, nanti makan bersama-sama hantu

Secara logiknya, makan dalam keadaan gelap boleh mengundang
masalah tercekik makanan kerana tidak dapat melihat dengan betul
makanan yang dihidang. Dengan cara menakutkan kanak-kanak dengan
unsur mistik, masyarakat Melayu ingin membentuk kanak-kanak dengan
adab dan kesantunan bagi membentuk peribadi yang kaya dengan adat
kemelayuan.

Pantang larang kaum Melayu

4. Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan ibu bapa

pantang larang harian masyarakat Melayu
Pantang larang mengenai adab makan ini menekankan tentang sisa
makanan bayi. Jika sisa ini tidak habis, ia tidak boleh dimakan oleh ibu
bapa kerana dipercayai bayi akan melawan kata orang tua apabila
besar kelak.
Bagi ibu bapa mungkin kerana sayang untuk membazir makanan, mereka
memilih untuk menghabiskan sisa makanan anak mereka. Bagi orang tua
zaman dahulu, pantang larang ini sebenarnya menekankan pendidikan
kepada anak agar menghormati dan menyanjung ibu bapa walaupun
masih kecil lagi.

Pantang larang kaum Melayu

5. Siapa yang tidak basuh pinggan selepas makan akan lambat menerima
menantu

pantang-larang-melayu
Keunikan budaya masyarakat Melayu juga ditampilkan dengan adab
selepas makan. Pinggan yang ditinggalkan tidak berbasuh kelihatan tidak
kemas dan boleh menyebabkan dapur kelihatan kotor. Jika dilihat dari sudut
pandangan masyarakat pula, keluarga yang mempunyai dapur dengan
pinggan yang tidak berbasuh mempunyai ahli keluarga yang pengotor dan
pemalas. Pastinya sukar untuk orang luar berbesankan ahli keluarga yang
pengotor.
Pantang larang ini juga secara tidak langsung mengajar sesebuah institusi
keluarga tentang adab kebersihan dan kekemasan dalam pengurusan
kehidupan mereka.

Pantang larang kaum cina

1.Membiarkan kedudukan chopstik tegak dalam mangkuk

Sumber: ikidane nippon
Sekiranya anda seorang yang peka, amat jarang sekali untuk kita melihat
masyarakat Cina membiarkan kedudukan chopstik mereka dalam keadaan
tegak sebelum atau selepas makan. Hal ini disebabkan kepercayaan mereka
yang percaya jika makan dalam keadaan chopstik menegak, menyerupai
seperti kayu colok yang dibakar seolah-olah upacara makan itu seperti
memberi makan kepada anggota keluarga yang sudah mati.

Pantang larang kaum cina

2. Tidak mengigit mi sehingga putus

Sumber: riseatnorthgate
Bagi majlis ulang tahun kelahiran, kaum Cina kebiasaanya akan
menghidangkan juadah mi sebagai hidangan utama mereka. Mi yang
mempunyai maksud khas ‘Mi umur panjang’ sengaja dibuat panjang sebagai
satu simbol melambangkan harapan mereka agar individu yang
memakannya mempunyai jangka hayat yang panjang serta dalam keadaan
yang baik.
Sekiranya tetamu dihidangkan dengan juadah mi, setiap helaian mi itu
dilarang sama sekali untuk diputuskan atau diggigit. Oleh kerana itu, kita
seringkali melihat orang Cina menyedut mi tanpa henti walaupun sudah
menyedutnya dalam beberapa saat.

Pantang larang kaum cina

3. Memakai topi berwarna hijau

Sumber : squirrelsofafeather
Kepercayaan kaum Cina juga percaya bahawa memakai topi bewarna
hijau melambangkan pemakainya seorang yang tidak baik. Ini bekisarkan
beberapa kepercayaan orang lama yang dikisahkan ketika Dinasti Ming,
mereka mewajibkan lelaki yang melakukan perkara tidak baik untuk
memakai topi bewarna hijau untuk mudah dikenali orang.
Terdapat juga kisah lagenda lama pada zaman China dahulu kala, si suami
diwajibkan memakai topi bewarna hijau oleh si isteri setiap kali ketika keluar.
Topi hijau bertujuan untuk mengenal pasti sang suami yang sedang berjalan
pulang ke rumah kerana sang isteri sedang berlaku curang.

Pantang larang kaum cina

4. Berkongsi buah pear

Sumber: Youtube
Berkongsi makan sebiji buah pear dianggap membawa nasib malang dalam
kalangan masyarakat Cina. Hal ini kerana berkongsi buah pear dalam
bahasa Cina mempunyai maksud yang hampir sama dengan ‘akan
berpisah’. Jadi, janganlah berkongsi buah pear dengan rakan Cina anda
melainkan anda ingin berkongsi dengan penulis.

Pantang larang kaum cina

5. Pantang larang mengenai hadiah

Sumber: Shopee
Masyarakat Cina juga amat sensitif terhadap pemberian dan
penerimaan hadiah. Ini kerana memberi dan menerima hadiah mempunyai
pantang larangnya yang tertentu. Sekiranya anda berniat untuk memberikan
sesuatu hadiah tersebut, pastikan anda tidak memilih pembalut bewarna putih
kerana itu melambangkan kemiskinan dan kesusahan.
Manakala, jika anda ingin membeli hadiah pula, pastikan hadiah tersebut bukan
merupakan sebuah jam. Sebarang bentuk jam tangan tidak dibenarkan kerana
dalam bahasa Cina ‘menghadiahkan jam’ seakan-akan menyerupai ‘ritual
pengebumian’. Oleh itu pastikan anda membeli hadiah yang bersesuaian kepada
si pemberi.
Selain jam, beberapa hadiah lain yang memberi makna tidak baik untuk diberikan
termasuklah sapu tangan, payung, kasut, tuala atau barang-barang yang
berunsur tajam seperti pisau atau gunting.

Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version