FAKTA-FAKTA SAINTIFIK DALAM AL-HADIS
NAMA AHLI KUMPULAN
• LOKMAN HAKIM BIN MOHD SHUKRI (18DKM20F1014)
• MUHD AMIZAL ZARIF BIN MOHD ZAMRI (18DKM20F1054)
• MOHD FAKHRUL AIMAN BIN MOHD KHIRUDDIN
(18DKM20F1035)
• MUHD AJIB BIN RUZAILI (18DKM20F1070)
• MUHD SYAHID BIN SHAMSUL RIZAL (18DKM20F1078)
• AQMAL HAIKAL BIN AHMAD BASRI (18DKM20F1042)
• HAFIZULLAH AL HAKIMI BIN AZAMI (18DKM20F1060)
ISI KANDUNGAN
1- PENGENALAN
2- FAKTA SAINTIFIK DALAM HADIS
-SUDUT IBADAH
-SUDUT ALAM SEMESTA
- SUDUT KESIHATAN
3- KESIMPULAN
PENGENALAN;
-PENGERTIAN AL-HADITH
Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam bentuk perkataan,
perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan dalil kepada sesuatu hokum syara’.
AL-HADITH TERBAHAGI KEPADA 3 BAHAGIAN ;
1.As-Sunnah Qauliyyah (perkataan) – hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Baginda SAW seperti
sabdanya mengenai kejadian Hawa yang bermaksud :
“Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam”.
2.As-Sunnah Fi’liyyah – perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang dimaksudkan untuk
dijadikan kepada hukum. Ini bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah dianggap sebagai
Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana sabdanya:
“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang”.
3.As-Sunnah Taqririyyah – suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW. Ini termasuklah diam
Baginda apabila melihat atau mendengar sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama ada di
hadapan atau di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah dimaklumkan. Oleh sebab Baginda tidak
mengingkari perkara tersebut, maka jelas menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut.
Sebagai contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad semasa
ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
FAKTA SAINTIFIK;
-Kaedah saintifik atau kaedah sains merupakan kaedah-kaedah yang digunakan untuk menyiasat sesuatu
fenomenona, menceburi ilmu baru, atau membetulkan dan menyepadukan ilmu terdahulu. Kaeadah ini
berasaskan bukti yang boleh cerap, empirik dan boleh diukur berdasarkan prinsip penakulan. Kaedah
saintifik meliputi pengumpulan data melalui pencerapan dan pengujikajian, serta perumusan dan
pengujian hipotesis.
IBADAH SOLAT;
-Solat mempunyai sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke
otak,khususnya darah disaluran vena.
-DR.Taufiq elwan,profesor fakulti perubatan universiti Alexandria,Mesir,melakukan kajian
kepada gerakkan solat yang berpengaruh dalam pencegahan penyakit varises ataupon
pelebaran abnormal saluran darah vena di kaki.
IBADAH PUASA;
-"Tidak ada bekas yang lebih keji yang diisikan oleh anak adam daripada perut"
(Riwayat Al-Tirmizi)
DR Henry Bieler M.D,Amerika Syarikat membuktikan bahawa ,
"sebab utama penyakit bukan kerana kuman, tapi toksemia yang menyebabkan kerosakkan sel-
sel yang membuka pintu kepada pembiakan kuman dan serangannya". Hasil pengamalannya
selama 50 tahun.
Dr Paavo Airola (1985)
"Puasa telah digunakan sebagai salah satu kaedah rawatan bagi pesakit yang mengalami
penyakit kronik seperti kanser usus, kegagalan buah pinggang semenjak sekian lama".
WUDHUK;
-"Jika salah seorang antara kamu bangun dari tidur, maka janganlah terus memasukkan kedua-
dua tangannya kedalam bekas, sebelum dibasuh terlebih dahulu sebanyak 3 kali.
Sesungguhnya dia tidak mengetahui dimanakah letak tangannya itu semasa tidur".
(SAHIH MUSLIM)
"Jika kamu berwuduk hendaklah kamu berkumur-kumur terlebih dahulu".
-Bau mulut berubah menjadi kurang enak jika seseorang terlalu lama berdiam diri dan tidak
mencuci mulut selepas makan.
-WUDHUK
"Jika salah seorang antara kamu berwuduk, maka hendaklah memasukkan air ke dalam hidung
kemudian mengeluarkannya semula".
(SAHIH AL-BUKHARI)
-Mampu mencuci rongga hidung daripada kuman dan kotoran yang melekat pada bulu hidung
dan membuang benda asing yang masih belum aktif.
ALAM SEMESTA;
-BULAN TERBELAH DUA
RIWAYAT ANAS ra "Bahawa penduduk mekah meminta kepada Rasulullah S.A.W, untuk
diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian) ", maka Rasulullah S.A.W
memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali.
(SAHIH MUSLIM)
-RILLE atau RIMA
-Bekas saluran larva yang keluar dari perut bulan pada masa lampau
-Seperti aliran sungai yang ada di bumi.
FENOMENA KILAT;
-“Petir adalah pekerjaannya malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya
cambuk( pengoyak ) dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.” (H.R
Tirmidzi)
Nabi saw ditanya tentang petir, lalu beliau menjawab, : “Petir adalah malaikat yang diberi tugas
mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan
kehendak Allah.’”
Petir diciptakan agar kita selalu ingat kepada Allah atas segala yang diciptakan-Nya di dunia ini.
Inilah peringatan Tuhan dalam bentuk yang lain.
Begitu juga ketika Ali ditanya, sebagaimana dikatakan Al-Kharaithi dalam Makarimil Akhlaq, ia
mengatakan, “Petir adalah malaikat, dan suaranya itu adalah pengoyak di tangannya.” Dan
dalam riwayat lain dari Ali juga, ”Suaranya itu adalah pengoyak dari besi di tangannya.”
KEJADIAN MANUSIA;
-“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a katanya : telah menceritakan kepada
kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi dibenarkan (Rasulullah SAW yang benar dan
dibenarkan segala tndakannya); sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya
dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian jadi segumpal darah seperti yang
demikian itu 40 hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga 40 hari,
kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan
menulis 4 kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka
demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan
dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan
sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amalan
ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya
TEORI SAINS;
-Teori sains menggariskan, bayi yang di dalam kandungan akan menghrungi tiga tahap utama
iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.
1) Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah
segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan
zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna
membentuk tiga lapisan.
2) Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut
sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan-
lapisan sel tersebut.
3) Tahap fetus
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan
bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya
fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya
memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang
lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.
ARAK;
-"Semua yang memabukkan beerti arak, setiap arak adalah haram"
(Riwayat Muslim )
DR PAAVO AIROLA (1985)
"Semua ubat( dadah ) boleh menyebabkan penyakit sampingan yang berbahaya. Dadah aspirin
yang disangkakan tidak berbahaya yang telah digunakan di A.S dengan kadar 30 tan sehari
telah menyebabkan banyak kematian dan kecederaan serius.
LALAT;
-Dari Anas Bin Malik Radiallahu'anhu, Rasulullah S.A.W bersabda ;
"Apabila lalat pada bejana salah satu daripada kalian, maka celupkanlah kerana pada salah
satu sayapnya terdapat penyakit dan sayap lainnya terdapat ubat" .
Kajian saintifik telah mendapati bahawa, lalat akan mengeluarkan unsur-unsur kecil dari jenis
enzim yang dinamakan "Bateriphegas" iaitu satu organisma kuman yang merosakkan hidupan
lain. Oleh itu, apabila lalat jatuh kedalam air, hendaklah lalat itu dicelup kerana ia akan
mengeluarkan kuman "Bateriphegas" yang menentang bakteria perosak.
HABBATUS SAUDA;
-Dari Abu Hurairah RA katanya bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ; "Pada Habbatus Sauda'
terdapat segala ubat bagi penyakit kecuali, as-sam ( maut/mati )".
HR BUKHARI & MUSLIM
Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati
pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan
yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk
memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi
badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan
immuniti badan.
KESIMPULAN;
-Sebagai seorang yang beragama islam dan seorang muslim kita haruslah berpegang teguh
dan percaya dengan setiap hadis kerana ia adalah merupakan wahyu dari Allah S.W.T yang
disandarkan keatas Rasulullah S.A.W .
Kajian saintifik telah membuktikan bahawa setiap hadis yang disampaikan oleh Rasulullah
S.A.W adalah benar sekaligus membuktikan bahawa islam adalah agama yang benar dan
setiap janji-janji Allah itu pasti.