Sang Monyet yang
Degil dan sombong
Buah kundang buah kedondong,
Masak ranum di dalam peti,
Jangan pernah tamak dan sombong,
Kelak pasti memakan diri.
Pada zaman dahulu, di suatu kota yang besar,
terdapat hutan rimba yang terletak di hujung
kota. Hutan tersebut diberi nama Hutan Riang Ria.
Hutan tersebut dihuni oleh pelbagai haiwan, baik
haiwan liar mahupun mahupun jinak seperti
harimau, singa, kura-kura dan sebagainya. Mereka
hidup dalam keadaan aman damai dan saling
membantu antara satu sama lain. Hutan tersebut
kaya dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-
sayauran yang segar yang boleh dimakan oleh
semua rakyat rimba.
Pada suatu pagi yang cerah, burung-burung berkicauan riang dan mentari pagi
bersinar indah. Sang kancil dan Sang Arnab telah bersepakat untuk membersihkan
satu kawasan lapang yang terletak berhampiran sungai. Mereka merancang untuk
membina sebuah kebun buah-buahan yang dekat dengan rumah mereka. Hal ini kerana,
mereka tidak mahu lagi mencari buah-buahan di kawasan lain akibat kes pemburuan
yang dahsyat baru-baru ini. Maka, mereka berusaha bersungguh-sungguh
membersihkan kawasan tersebut.
Sang kancil dan Sang Arnab sedang sibuk mencabut rumput yang tumbuh di kawasan
mereka. Tanpa sengaja, Sang Kancil telah terpijak pokok duri yang berada di kawasan
itu. Lantas, Sang Kancil mengerang kesakitan dan berguling-guling di atas tanah.
“Arrghh, sakitnya kaki aku. Tajam sungguh pokok duri ini.” Jerit Sang kancil
“Kau tidak apa-apa Kancil? Bahaya sungguh pokok duri ini, Kancil. Kita perlu alihkan supaya tidak
berlaku sebarang kemalangan lagi seperti kau.” Ujar Sang Arnab pula.
“Aku tidak apa-apa, Arnab. Ya, aku setuju. Mari kita bersihkan sama-sama” Kata Sang Kancil. Kedua-
dua haiwan tersebut segera membersihkan kawasan yang mempunyai pokok duri dengan menggunakan
ranting pokok yang ada disekitarnya.
“Fuh, lega aku rasa bila tiada lagi pokok duri. Jom, kita mula tanam pokok buah-buahan sebab selepas
ini aku perlu berjumpa dengan Kerbau pula. Mari kancil tolong aku galikan lubang untuk kita tanam
benih-benih ini.” Sang Arnab meminta bantuan Kancil menggalikan beberapa lubang untuk dia menanam
pokok buah-buahan. Terdapat banyak pokok dan sayur-sayuran yang ditanam oleh kedua-dua haiwan
tersebut seperti pokok pisang, lobak, bayam dan sebagainya.
Setelah selesai menanam menguruskan kebun mereka, Sang Kancil dan Sang Arnab terduduk
kelihatan. Mereka memandang sekeliling mereka dan menarik nafas lega.
“Akhirnya, siap juga kebun kita. Sekarang ini kita perlu tunggu hasil sahaja. Harap-harap kesemua
buah akan tumbuh dengan baik. Aku berhajat untuk berkongsi sedikit hasil buah-buahan ini kepada
haiwan yang lain.” Kancil berkata kepada Arnab. Dia tidak sangka bahawa dia dan Arnab mampu
menyelesaikan tugasan di kebun kecil mereka.
“Betul tu, Kancil. Selepas ini, tidak perlu lagi kita mencari makanan jauh-jauh. Hanya perlu datang
ke kebun sahaja untuk makan. Aku takut, sekarang ini kes pemburuan semakin meningkat. Dengar-
dengar, rusa-rusa liar ada yang menjadi korban. Tambahan pula, kitab oleh menolong haiwan lain.”
Ujar Sang Arnab pula.
“Iya, Arnab. Mari tolong aku siram pokok-pokok ini” Minta Kancil dan segera mereka berdua menyiram
pokok-pokok yang berada di kebun mereka.
Hari berganti hari, kebun Sang Kancil dan Sang Arnab mula menampakkan hasil. Mereka berdua
sungguh teruja kerana terdapat beberapa pokok yang sudah mula berbuah. Kawasan lapang tersebut
sangat strategik kerana telah terdapat juga pokok buah-buahan yang lain selain pokok-pokok di
kebun kecil mereka. Sang Kancil dan Sang Arnab berniat untuk memakan sedikit hasil kebun mereka.
“Wah, banyaknya buah-buahan. Aku dah lapar ini,marilah kita makan sama-sama.” Sang Arnab
mengajak sang kancil untuk makan bersama-sama. Sang kancil dengan segera mula mengumpul
buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kuantiti yang sederhana untuk mereka berdua.
Di satu sudut pula, sang monyet mula melompat-lompat antara satu pokok ke
pokok yang lain sambil melilau melihat pokok buah-buahan yang sedang masak
ranum. Dia ada terdengar ura-ura mengatakan Kancil dan Arnab ada membina
kebun. Jadi dia ingin melawat mereka berdua.
“Wah! Banyaknya buah-buahan yang masak ranum di kawasan ini.” Kata si Monyet
dengan takjub. Sang Monyet kemudian berhenti di sebuah pokok mangga. Sewaktu
dia sedang melihat-lihat pokok mangga dia terlihat Sang Kancil dan Sang Arnab
sedang makan di bawah pohon manggis.
“Eh, itu Kancil dan Arnab. Ah! Inilah peluang aku untuk makan tanpa perlu mencari
jauh ke dalam hutan.” Bersinar-sinar mata Sang Monyet memikirkan rancangannya
dan dia tertawa riang.
Kemudian, Monyet turun daripada pokok tersebut dan bersembunyi di sebalik semak
sebelum memulakan lakonan dia. “Tolong! Tolong! Aku sangat lapar. Dah beberapa
hari aku tidak makan.” Jerit Monyet sambil berguling-guling di atas tanah.
Sang Kancil dan Sang Arnab yang mendengar jeritan itu, terus mencari arah jeritan
tersebut. Mereka melihat Sang Monyet sedang mengerang di atas tanah dan segera
menanyakan keadaan Monyet. Sang Monyet sembunyi senyum apabila dia berjaya
menarik perhatian keuda-dua haiwan tersebut.
“Hai, Kancil dan Arnab. Bolehkah kau beri aku sedikit makanan kepada aku? Sudah
beberapa hari aku tidak makan kerana aku takut diburu oleh pemburu.” Dengan
nada yang sedih, si Monyet berpura-pura mengelap air matanya.
Kancil dan Arnab berasa kasihan melihat keadaan Monyet. Terus, mereka
memepelawa monyet untuk mnegambil makanan di kebun mereka serta pokok-
pokok yang berada disekitarnya.
“Kasihan kau monyet. Ambillah seberapa banyak yang kau mahu di kebun kami
ini. Makanlah sehingga kau kenyang. Kami pun tidak habis untuk makan
kesemuanya.” Pelawa Sang Kancil dan Arnab pula mengangguk memberi izin.
“Wah! Baik sungguh hati kalian berdua. Terima kasih sangat-sangat Kancil dan
Arnab. Aku tidak akan melupakan jasa kalian berdua.” Kata Monyet dengan
riang. Dengan segera, dia berlalu meninggalkan kedua-dua sahabat tersebut
dan berlari ke arah kebun kecil. Mata Sang Monyet bersinar melihat buah-
buahan yang terhidang di hadapan mata.
Pada mulanya, Monyet memanjat pokok manggis dahulu dan mengambil beberapa buah dan terus memasukkan
buah ke dalam mulutnya. “Ermmm manisnya buah-buahan ini.” Ujar Monyet. Kemudian, dia segera melompat ke
semua pokok dan memetik semua buah-buahan yang ada tanpa memikirkan nasib Sang Kancil dan Sang Monyet.
Terkejut si Kancil dan Arnab melihat si Monyet yang makan dengan tamak. “Jangan makan dengan terlalu
cepat Monyet, nanti kau akan tercekik. Berehatlah dahulu, buah itu tidak akan kemana pun.” Nasihat Arnab
dengan nada yang risau. Namun begitu, Monyet tidak menghiraukan nasihat tersebut dan tiba-tiba Monyet
jatuh ke tanah akibat tercekik biji rambutan. Monyet terbatuk-batuk untuk menghilangkan rasa sakit
ditekaknya manakala Kancil menolong si Monyet.
“Kan Arnab sudah pesan tadi. Tengok, kan kau dah tercekik.” Kata Arnab dengan menghulurkan semangkuk air di
dalam tempurung kelapa kepada Monyet. Sang Monyet meneguk air tersebut dengan rakus. Sedang Monyet
minum air, dia terlihat pula sebuah pohon yang berbuah lebat.
“Wah! Nampak sedap. Aku nak itu. Aku nak makan buah dari pokok itu.” Tunjuk Monyet ke arah
pokok cili tanpa mengetahui akibatnya. Dia menari-nari dengan riang menuju ke pokok cili.
“Jangan Monyet. Kau tidak boleh makan buah dari pokok itu. Pasti kau akan menyesal.” Jelas Kancil
dan menahan Monyet daripada pergi ke pokok cili.
“Ah! Aku tidak kira. Aku nak juga.” Kancil dan Arnab yang menahan Monyet segera ditepis dengan
kasar menyebabkan kedua-duanya jatuh ke tanah. Dengan itu, Monyet terus memetik beberapa cili
lalu memasukkan cili-cili tersebut ke dalam mulut. Tidak perlu menunggu lama, Monyet terus
meraung kesakitan akibat rasa pedas. Dia berlari-lari seperti cacing kepanasan dan terus melompat
ke dalam sungai.
Setelah berasa lega, Monyet terduduk di tepi sungai. “Hah, kan kami sudah pesan. Kau ini
sangat keras kepala. Kami sudah beri amaran tadi.” Ujar Kancil
“Ingat ya monyet. Selepas ini kau perlu mendengar nasihat dan tidak boleh mengulangi
lagi perbuatan kau itu.” Tambah Arnab sambal menggelengkan kepalanya.
“Baiklah aku tidak akan buat lagi. Aku sudah menyesal.” Kata Monyet sebelum bangun
dari duduknya. Apabila dia bangun, dia terlihat pula beberapa batang pokok pisang yang
sedang berbuah. Dan, Monyet tidak mendengar lagi nasihat daripada Sang Kancil dan
Sang Arnab.
“Eh! Pokok pisang. Aku nak yang itu.” Monyet yang tidak insaf itu
melompat-lompat ke arah pokok pisang lalu memanjat satu pokok. Sang
Kancil dan Sang Arnab pantas mengeluh kesal akan sikap monyet.
“Monyet, buah pisang itu tidak masak lagi. Jangan kau petik buah itu sebab
kau akan menanggung akibatnya.” Jerit Sang Kancil. Namun, nasihat yang
diberi itu seperti mencurahkan air ke daun keladi apabila Monyet memetik
setandan pisang lalu makan.
“Uwek. Tidak sedap pisang ini, Pahit dan kelat rasanya.” Monyet membuang
sisa pisang tersebut ke tanah. Seterusnya, dia mencuba pula pisang-pisang
yang ada di semua pokok dan hasilnya tetap sama.
“Hei Monyet. Berhentilah, kau akan merosakkan kebun kami. Susah-payah kami tanam tetapi
kau hanya tahu merosakkan sahaja.” Sang Arnab yang kecil menjerit marah.
“Hahaha, aku tidak kisah. Janji perut aku kenyang.” Monyet melompat-lompat lagi ke pokok
pisang yang lain sehingga dia ternampak setandan pisang yang sudah masak.
“Itu dia pisang yang sudah masak.” Tunjuk si Monyet yang degil. Terus dia memakan separuh
dari pisang tersebut.
“Monyet, berilah kami sedikit. Kami yang menanam pokok-pokok ini. Aku pun mahu merasa
pisang itu.” Kata Sang Arnab. Kancil yang melihat keadaan itu berasa geram dengan Monyet
apabila Monyet tidak menghiraukan kata-kata Sang Arnab. Malahan, Monyet membuang kulit-
kulit pisang yang dimakannya merata-rata.
“Hahaha, kalau kalian inginkan buah ini panjatlah sendiri.” Ejek Monyet dengan
megah kerana dia tahu Kancil dan Arnab tidak mungkin dapat memanjat pokok
pisang tersebut.
“Jaga kau Monyet. Berani kau mengejek kami ya.” Marah Sang Arnab. Sang Kancil
segera membaling beberapa ranting ke arah Monyet menyebabkan Monyet
berasa berang dan membaling beberapa pisang ke arah dua haiwan tersebut.
“Lihatlah Monyet, kami juga telah mendapat pisang dan kau sendiri yang beri
kepada kami.” Ketawa Kancil riang hati. Monyet pula tidak menghiraukan kata-
kata Kancil kerana baginya pisang ditangannya masih banyak. Kancil berang
maka Kancil telah memikirkan sesuatu idea.
“Patutlah aku pernah dengar dari haiwan-haiwan lain tentang Monyet sangat degil. Rupa-
rupanya, dia pandai berpura-pura. Arnab, mari ikut aku. Kita akan bagi pengajaran kepada
Monyet.” Tekad Sang Kancil yang bijaksana. Kemudian, Arnab dan Kancil pun menyusun strategi
untuk mengenakan Monyet. Pokok-pokok duri yang dibuang di tepi kebun ditarik oleh mereka
berdua dan diletakkan di sekeliling pokok pisang. Arnab pula mengutip kulit-kulit pisang yang
dilemparkan oleh Monyet dan meletakkan di atas pokok duri tersebut bagi menutup helah
mereka.
“Kancil, Kancil. Aku terasa mahu makan buah tembikai pula mari kita pergi cari.” Ajak Arnab
dengan berpura-pura. Kancil dan Arnab mula bergerak keluar dari kebun mereka dengan
perlahan-lahan
“Buah tembikai? Aku nak juga. Tunggu aku Kancil dan Arnab.” Laung Monyet dari
atas pokok pisang. Tanpa melihat ke bawah, Sang Monyet terus sahaja melompat
turun dari pokok pisang dan akhirnya dia termasuk ke dalam perangkap Sang
Kancil dan Sang Arnab. Raungan Monyet jelas kedengaran di dalam hutan
tersebut.
“Sakitnya! Tolong aku Kancil. Tolong aku Arnab. Aku minta maaf pada kalian
berdua.” Kata Monyet sambil merintih kesakitan. Sang Kancil dan Sang Arnab
berasa kasihan dan membantu Sang Monyet.
“Ingat Monyet. Jadikan ini sebagai pengajaran selama kau hidup. Kau tidak
boleh tamak dan degil. Kau juga harus mendengar nasihat yang diberikan
kepada kau. Nah, makanlah buah tembikai ini.” Nasihat Sang Kancil pula.
“Terima kasih Kancil. Terima kasih Arnab. Aku sangat malu pada kalian
berdua. Aku akan ikut nasihat selepas ini. Kenapa kalian sangat baik pada aku
walaupun aku telah berbuat jahat?” Tanya Sang Monyet sambil menangis.
“Sebab kita kan sahabat. Apa yang aku dan Kancil buat kepada kau adalah
sebagai pengajaran. Sebagai kawan, kita harus saling menegur kawan-kawan
kita. Sudah, makanlah Monyet tembikai ini.” Jelas Sang Arnab. Ketiga-tiga
haiwan itu makan bersama-sama buah tembikai yang ada. Sang Monyet juga
telah insaf dan berubah menjadi lebih baik.
SEKIAN, TERIMA KASIH