The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR SALSABILA BINTI ZULKEFLY
D20221103606

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Salsabila, 2024-01-12 10:22:02

BUKU LOG KRS

NUR SALSABILA BINTI ZULKEFLY
D20221103606

ORIENTEERING PENGENALAN ORIENTEERING Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Jenis-jenis orienteering Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :- Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering) Orienteering Bermarkah (Score Orienteering) Orienteering Jalanraya (Street Orienteering) Orienteering Bukit (Mountain Orienteering) Orienteering Malam (Night Orienteering) Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering) Norwegian Event Kebaikan sukan orienteering Sukan untuk semua Meningkatkan kecergasan fizikal Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan Memberi cabaran & keseronokan Membina sikap positif & keyakinan diri Menggunakan persekitaran yang sihat Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas


ORIENTEERING Sejarah dan perkembangan Sejarah permulaan Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :- Memerlukan daya ketahanan. Stamina. Kecekapan berlari. Kekuatan mental. Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar. IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti :- World Orienteering Championships (WOC) World Cup (WC) Junior World Orienteering Championships (JWOC) Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC) World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang. Perkembangan di Malaysia Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor,Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.


TERMINOLOGI DAN ALATAN Titik kawalan (Control point) • Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. • Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. • Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini. Penanda kawalan (Control marker) • Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul. • Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). • Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. • Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan. Kad kawalan (Control card) • Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. • Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat. Peta utama (Master map) • Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. • Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan. Keterangan kawalan (Control description) • Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. • Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah. Landasan (Course) • Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. • Tanda yang berkenaan landasan adalah :- - Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. - Titik kawalan dengan tanda bulatan. - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih. - ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. Kompas (Compass) • Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering. • Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.


7.0 SENI PERKHEMAHAN


SENI PERKHEMAHAN Pengenalan Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Rasional Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaanNya Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan flora dan fauna yang terdapat di muka bumi Objektif Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar Memahami habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya


Membuat Unggun Api Kaedah “Fire Triangle” – bentuk huruf A Menggunakan 3 elemen iaitu: Haba, angin dan bahan bakar Bentukkan huruf ‘A’ menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf ‘A’ menghala arah angin Letakkan rabuk/bahan mudah terbakar di dalam huruf ‘A’ dan nyalakan api Kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan api Bahan Kertas tebal Sarang telur Surat khabar Lilin Dahan /ranting kayu Fire craft Api penting digunakan dalam kehidupan seharian Selain itu, digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan, keselesaan, memasak dan sebagainya Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi hitam, merosakkan dahan dan akar pokok Jenis-jenis Kraf Api Hunter‟s Fire Reflector Fire Star Fire Teepee Fire Log Cabin Fire Council Fire


SENI PERKHEMAHAN Ropes craft Kemahiran asas berkaitan ikatan dan simpulan tali Ikatan tali perlu dipelajari untuk digunakan dalam kehidupan seharian Dalam kraf tali, ia penting untuk membuat ikatan pada pelbagai jenis kraf dalam aktiviti perkhemahan Wood craft Dalam perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk membina kraf kayu atau disebut sebagai “gajet” Gajet penting dalam aktiviti luar dan mempunyai pelbagai fungsi iaitu: Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur Tool craft Kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau dalam hutan Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan individu untuk melakukan aktiviti ketika berada di hutan Jenis-jenis alatan/senjata Club (belantan) Pisau Batu Kayu Buluh Besi


Khemah Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar Ciri-ciri tapak atau kawasan khemah: Mendapatkan kebenaran dan maklumat Kemudahan asas seperti bekalan air Kawasan lapang Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan Mendirikan Khemah: Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam Berlawanan dengan arah tiupan angin Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah rata, lapang, teduh dan selesa Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang, berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakan serangga atau binatang berbisa Jenis-jenis khemah Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: Rigde tent Frame tent Dome tent Bell tent


Shelter Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi Boleh melindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk. Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya Phonco-Lean-To Mudah dan cepat dibina Diikat pada dua batang pokok Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja Pastikan shelter tidak menghala arah angin Phonco Tent Mudah dibina Diikat diantara dua pokok Shelter tertutup pada dua bahagian, kiri dan kanan One man Shelter Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin Saiz yang kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman JENIS-JENIS SHELTER


MASAKAN RIMBA


8.0 IKHTIAR HIDUP DAN PENDIDIKAN LUAR


IKHTIAR HIDUP DAN PENDIDIKAN LUAR Teknik yang digunakan dalam keadaan yang merbahaya untuk menyelamatkan diri sendiri ataupun orang lain. Teknik-teknik ini bertujuan untuk menyediakan keperluan asas kehidupan manusia iaitu air, makanan, tempat tinggal, habitat, keupayaan untuk berfikir, memberi isyarat, mengembara dengan selamat, mengelakkan interaksi yang tidak selamat dengan binatang dan menyembuhkan apa-apa kecederaan. SITUASI IKHTIAR HIDUP Kehabisan bekalan makanan dan minuman Ancaman binatang Masalah perlindungan PUNCA SITUASI IKHTIAR HIDUP Kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan, persiapan atau pun peringkat pelaksanaan aktiviti Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar. KAEDAH SURVIVAL S - size up the situation U - use all your senses R - remember where you are V - vanquish fear and peak I - improvise V - value living A - act like the natives L - live by your wits


MAKANAN DAN MINUMAN untuk jimatkan penggunaan makanan dan minuman bekalkan makanan berprotein, bertenaga, dan berglokosa tinggi elakkan minum air yang dikeluarkan dari badan seperti peluh dan kencing UJIAN TUMBUH - TUMBUHAN menghidu gatal-gatal kulit bibir, lidah dan mulut menelan sedikit makan sedikit TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN BERACUN muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat minum air bersih yang telah dimasak makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan dapatkan bantuan perubatan dengan segera. 5 ELEMEN UTAMA DALAM IKHTIAR UNTUK HIDUP FIRE (API) digunakan sebagai isyarat untuk memberitahu kepada orang lain tentang kedudukan survivor semasa berada dalam hutan sebagai pemanas badan dan elemen untuk melindungi survivor daripada diancam binatang buas


SHELTER (TEMPAT PERLINDUNGAN) tempat untuk melindungi diri daripada panas matahari, cuaca sejuk, hujan dang angin. pilih tempat berteduh, seperti gua untuk mengurangkan penggunaan tenaga SIGNALLING ( MEMBERI ISYARAT) gunakan lampu suluh, penanda bewarna cerah, wisel, pemancar cahaya keselamatan dan cermin untuk menarik perhatian. nyalakan unggun api dalam susunan segi tiga yang menandakan anda dalam keadaan memerlukan pertolongan FIRST AID beri bantuan semasa kecederaan tindakan asas ikhtiar untuk hidup dalam keadaan terancam dengan keadaan sekeliling. gunakan kaedah STOP S - seating T - thinking O - observe P - planning


JENIS-JENIS SURVIVAL Jungle Survival Sea Survival Desert Survival Antartic Survival


9.0 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Pendidikan alam sekitar adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsii dan perkaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih, sihat, produktif, seimbang dan terjamin. Pendidikan Mengenai Alam Sekitar Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan dan juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dan manusia. Pendidikan Untuk Alam Sekitar Manakala pendidikan untuk alam sckitar adalah berhubung dengan perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar. Pendidikan Melalui Acau Dalam Alam Sekitar Pendidikan ini bertajuan untuk membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitar sebagai alat dan suber pembelajaran. Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sckatar secara formal dan bukan formal.


MATLAMAT PENDIDIKAN ALAM SEKITAR membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam membantu mengatasi isu alam sekitar membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin terhadap isi alam sekitar Komponen Alam Sekitar 1) Alam Selitar Semula Jadi Kitar Karbon Kirar Nitrogen Kiar Hidrologi 21 Alam Sekitar Buatan 3) Alam Sekitar Sosio budaya Isu Alam Sekitar pertambahan penduduk pelupusan spesis flora dan fauna penebangan hutan penghapusan paya hakisan tanah pencemaran udara, air, bunyi, dan darat


Punca Isu Alam Sekitar Pertamhahan penduduk Penggunaan teknologi Bencana Alam Politik dan peperangan Budaya Penguatkuassan UndangUndang Kesan isu alam sekitar Kepupusan Flora dan Fauna Kualiti Hidup Menurun Degradasi Alam dan Sumber Pengaruti negatif politil dan huhungan mangsa Cara Menangani Isu alam sekitar Akta Undang-Undang dan Penguatkuasaan Penglibatan Komuniti Penglibatan Individu


10.0 AKTIVITI AIR


AKTIVITI AIR Definisi Aktiviti air merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk pelajar KRS. Aktiviti ini adalah untuk menguji ketahanan dan kelasakan seseorang pelajar dan mempupuk beberapa nilai baik dalam diri mereka. Kayak Kepentingan Aktiviti Air Untuk mendisiplinkan diri pelajar Untuk memastikan pelajar mempunyai kemahiran dalam menyelamatkan dir jika sesuatu keadaan buruk berlaku melibatkan air Member pengetahuan am dan pengalaman baru dalam diri pelajar Memupuk semangat berpasukan Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru


11.0 video


Click to View FlipBook Version