MUKA SURAT MUKA SURAT POSTER SIDANG REDAKSI 2023 3,4 JKT JALAN-JALAN ! 136-138 KATA ALU-ALUAN - MENTERI PENDIDIKAN 5 IKLAN RASA CAKES 139 KATA ALU-ALUAN - PPD KLUANG 6 ALBUM 2023 TINGKATAN 5 140 KATA ALU-ALUAN - PENGETUA 7 5ST1 141 KATA ALU-ALUAN - YDP PIBG 8 5PA 142 KATA ALU-ALUAN - KETUA EDITOR 9 5GEO 143 LOGO,PROFIL 10 5SRT 144 MOTO, LAGU SEKOLAH 11 5TSW1 145 SEJARAH SEKOLAH 12 5TSW2 146 PENTADBIR 15 5PSV 147 GURU SESI PAGI 16, 17 ALBUM 2023 TINGKATAN 4/3/2/1/PPKI 148 GURU SESI PETANG 18, 19 4 ST / 4PA 149 ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA & PEKERJA SWASTA IKLAN BAITAR PHARMARCY PEMBANGUNAN FIZIKAL SEKOLAH 20 21 23 4 GEO / 4 SRT 4 TASAWUR 1 / 4 TASAWUR 2 4 PENDIDIKAN SENI VISUAL/ 3 JADE 3 SAPPHIRE / 3 PERIDOT 150 151 152 153 BADAN KHIDMAT SEKOLAH 25 3 RUBY / 3 EMERALD 154 PENGAWAS 26, 27 3 AGATE / 3 DIAMOND 155 PSS 28, 29 2 JADE / 2 SAPPHIRE 156 PRS 30, 31 2 PERIDOT / 2 RUBY 157 SLB 32, 33 2 AGATE/ 2 EMERALD 158 IKON SMKJKT 36-38 2 DIAMOND/ 1 JADE 159 IKON GURU THE FIRST CLASS MIND HIDDEN OPTICAL ILLUSION:WHICH IMAGE DO YOU SEE FIRST? WORD SEARCH 39-41 42 43 44 1 PERIDOT / 1 SAPPHIRE 1 RUBY / 1 EMERALD 1 AGATE / 1 DIAMOND PENDIDIKAN KHAS 1 / PENDIDIKAN KHAS 2 PENDIDIKAN KHAS 3 / PERALIHAN 160 161 162 163 164 IKON PELAJAR CEMERLANG SPM 2022 45-46 IKLAN ENF EXPRESS 165 ANALISIS SPM 2022 IKLAN TOK QIL 47-48 49 IKLAN KEDAI CETAK CIKGU SIMPANG RENGGAM 166 PIBG SMKJKT & SARANA SEKOLAH 50 KELAB DAN PERSATUAN 168 AJK PIBG 51 BC / AGAMA ISLAM 169 AKTIVITI PIBG 52 SENI VISUAL / RUKUN NEGARA & SEJARAH 170 PEMBANGUNAN FIZIKAL SEKOLAH 54-57 SPBT / PENGGUNA & KITAR SEMULA 171 TAMIYA / FOTOGRAFI 172 RANGKUMAN AKTIVITI 2023 58 KEBUDAYAAN / STEM KERJAYA 173 174 Mac 2023 59- 61 RANGKUMAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2023 175-177 April 2023 62- 63 KADET REMAJA SEKOLAH/PENGAKAP 179 Mei 2023 64- 68 SILAT SENI GAYONG/ PBSM 180 Jun 2023 Julai 2023 69- 71 72-73 PUTERI ISLAM/ PANDU PUTERI 181 Ogos 2023 74- 75 KADET POLIS / KADET BOMBA 182 September 2023 76- 78 JPJ/ KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM 183 Oktober 2023 79-86 TAEKWONDO / PENGAKAP PPKI 184 November 2023 87-92 OLAHRAGA/ HOKI 186 Disember 2023 93 BOLA SEPAK/SEPAK TAKRAW 187 IKLAN LAMANARA ENTERPRISE 94 BOLA JARING / BOLA BALING 188 PROGRAM KURIKULUM 2023 PROGRAM HEM PROGRAM KOKURIKULUM MAJLIS APRESIASI 96-102 103-108 109-119 120-125 BADMINTON/ CATUR PING PONG FROM SIDANG REDAKSI TEAM WITH LOVE 189 190 191-199 IKLAN KEDAI BUKU MAJU ANCALA BUDI,SAHMURA MEMORI 126 128 MAJLIS PERPISAHAN GURU SMKJKT 129-135 HARUM 2
“ BERSABARLAH, SESUNGGUHNYA BERSAMA KESUSAHAN ITU ADA KEMUDAHAN ” -Nayli, Lisa, Iris, Hazel, Insyirah, Teacher Azliena, HananiHARUM 3
SIDANG REDAKSI SMKJKT 2023/24 KETUA EDITOR : IRIS SYAKIRAH BINTI HELMEE (4 PA) EDITOR 1 : NAYLI NUR QISTINA BINTI ABDULLAH (4PA) JURUFOTO & GRAFIK : PUTRI RATNA HEZZELIA BINTI ABDULLAH (4PA) PENYELARAS ISI KANDUNGAN : PITREALEESYA ELKA PIT LEE (4PA) NUR INSYIRAH BINTI RAMAN (3 JADE) NUR HANANI ZAHIRAH BINTI NAZRIN (3 JADE) HARUM 4
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui siri-siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga Pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosistem harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong atara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan Syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang tekah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA” YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK Menteri Pendidikan Malaysia KATA ALU-ALUAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA HARUM 5
Assalamualaikum W.R.T dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikan. Terima kasih kerana memberi peluang saya untuk mencoretkan sedikit amanat dalam majalah ini. Tahniah dan penghargaan pihak sekolah kerana berinisiatif dalam menghasilkan majalah sekolah HARUM ini. Guru-guru dan warga sekolah yang budiman, Sesungguhnya profesion dan tugasan kita sama ada sebagai guru atau pentadbir di sesebuah sekolah bukanlah satu kebetulan, sebenarnya satu ketentuan daripada Allah s.w.t. Anda adalah yang terbaik dan diamanahkan tugas sebagai tanggungjawab untuk dilaksanakan “ You’re the chosen one”. Tanggungjawab sebagai pendidik mahupun sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan merupakan satu tanggungjawab yang sangat penting. Masa depan sesebuah negara sangat bergantung kepada apa-apa yang berlaku di bilik darjah dan sekolah pada masa ini. Suka saya ingatkan tentang dua sasaran mikro yang akan menentukan kejayaan pendidikan di sekolah, PPD, JPN dan KPM. Tidak lain dan tidak bukan ialah kualiti kemenjadian murid dan kualiti sekolah. Apa-apa shaja yang dilakukan mestilah membantu ke arah pencapaian dua sasaran mikro tersebut. Guru-guru dan warga sekolah yang budiman, Wujudnya pekerjaan dan penjawatan kita adalah kerana adanya murid. Mengapa kanakkanak perlu dihantar ke sekolah? Jawapannya hanyalah untuk “Mengangkat maruah dan harga diri seseorang manusia”. Kita percaya maruah dan harga diri manusia hanya dapat diangkat melalui peningkatan dari segi kognitif, afektif dan kemahiran. Ketiga-tiga elemen itu hanya boleh diperoleh melalui pendidikan, sama ada formal atau tidak formal. Justeru, saya menyeru kepada semua warga pendidik daerah Kluang agar sentiasa mengambil serius kerja buat kita sebagai pendidik. Segala program yang dilakukan di sekolah haruslah memberi kesan yang baik kepada aspek “student engagement”, penyampaian konten dan peningkatan kompetensi guru. Budaya PLC harus diperkasa dan dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar. Segala inisiatif yang turun dari KPM (PBD, DP, TS25, PLaN, STEMEC, MOA, MBPK) harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar matlamat akhir dalam PPPM 2013-2025 akan mencapai matlamatnya. Adalah diharapkan majalah sekolah ini dapat menjadi wahana warga sekolah khasnya pelajar untuk mengetengahkan bakat dari segi berkarya, kemahiran berbahasa dan kemahiran-kemahiran lain. Semoga usaha ini dapat menyumbang peningkatan kognitif, afektif dan psikomotor murid. Adalah diharap buku ini juga menjadi bingkisan kenangan yang sangat berharga kepada warga sekolah yang akan meninggalkan alam persekolahan pada suatu masa nanti. Sekian,terima kasih. “EVERY STUDENT MATTERS” ALI @ ZAINALABIDIN BIN SYED MOHAMED Pejabat Pendidikan Daerah KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLUANG HARUM 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat-Nya, Jawatankuasa BANGKIT dapat merancang dan menyusun BANGKIT sesi 2023/2024 dengan jayanya. BANGKIT merupakan satu dokumen yang sangat penting kepada sekolah sebagai satu elemen warga pendidik dan pelajar-pelajar untuk menyimpan dan melakar memori sepanjang waktu persekolahan dijalankan. Bagi memastikan kejayaan dan etos BANGKIT dapat dicapai, kerjasama dan komitmen daripada semua warga sekolah, PIBG, komuniti dan rakan strategik amat dituntut bagi merealisasikan Impian SMK Jalan Kota Tinggi tercapai. Sebagai pengetua, saya amat berharap penerbitan BANGKIT ini dapat merakamkan hasil-hasil karya pelajar, informasi dan takwim sekolah sepanjang sesi persekolahan 2023/2024. Segala aktiviti tahunan sekolah turut dimuatkan dalam majalah sebagai santapan minda dan Rohani selain mengisi pengetahuan dan kenangan para pelajar khususnya. Informasi berguna ini akan dapat membantu pelajar serta memupuk bakat dan daya kreativiti bagi menghasilkan pelbagai karya kreatif dan berkualiti. Segala rakaman peristiwa, ,laporan serta catatan suka duka diharapkan dapat menjadi cetusan motivasi bagi meningkatkan kualti diri warga sekolah. Segala usaha dan inisiatif ahli Sidang Redaksi BANGKIT SMK Jalan Kota Tinggi dalam menghasilkan BANGKIT sessi 2023/2024 ini adalah salah satu proses pembelajaran. Hal ini dapat membentuk semangat Kerjasama serta dapat memperkembangkan potensi para pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini akan membolehkan murid-murid membiasakan diri bagi mendokumentasikan setiap pengalaman yang bermakna. Akhir kata, saya berharap melalui penerbitan BANGKIT ini dapat membuka mata dan minda murid-murid seterusnya membuat penilaian sendiri peri pentingnya aspek kecemerlangan dalam semua bidang sama ada kurikulum mahupun kokurikulum demi meningkatkan imej sesebuah sekolah. Semoga setiap kejayaan yang diraih menjadi cetusan inspirasi bagi mencipta kejayaan-kejayaan baru yang lebih gemilang sejajar dengan visi dan misi SMK Jalan Kota Tinggi. HAJAH SADARIAH BINTI SAPTU Pengetua SMK Jalan Kota Tinggi. KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK JALAN KOTA TINGGI HARUM 7
Assalammualaikum dan salam Sejahtera. Syabas dan tahniah kepada warga sekolah khususnya Sidang Redaksi BANGKIT SMK Jalan Kota Tinggi kerana berjaya menerbitkan majalah sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024. Dengan penerbitan majalah ini, segala program sekolah yang dilaksana dan kejayaan yang telah dicipta dalam pelbagai bidang dapat dirakam bagi tatapan Masyarakat seluruhnya. Saya berharap dengan adanya penerbitan majalah ini dapat menjadi agen maklumat kepada warga sekolah sama ada warga pendidik mahupun para pelajar malahan kepada masyarakat setempat. Warga pendidik adalah merupakan personalia yang menjadi tunggak generasi berilmu dan turut menjadi suri teladan kepada setiap anak didik. Lantaran itu, peranan Sidang Redaksi BANGKIT SMK Jalan Kota Tinggi adalah penting sebagai wadah pemuafakatan antara guru dan ibu bapa. Pihak sekolah dan PIBG mestilah menjalinkan hubungan akrab agar kejayaan sekolah ini akan berterusan dan kekal serta menjadi pilihan utama para ibu bapa menempatkan anak-anak meneruskan pengajian di sini. Saya juga amat berharap agar semua warga sekolah akan terus berusaha ke arah itu. Adunan yang lengkap sudah pasti akan memberi kesan kepada pengurusan sekolah yang telus dan berkesan. Sehubungan itu, saya juga berharap agar semua warga pendidik SMK Jalan Kota Tinggi dapat memikul tanggungjawab yang amat besar dalam menghadapi arus Pendidikan yang bersifat global dan tanpa sempadan ini. Justeru, disarankan semua guru sentiasa berfikir untuk mencari alternatif baru dan sentiasa berfikir dari konsep lama kepada konsep terkini. Jelasnya, guru-guru dan murid-murid perlu mencipta dan menyemai idea-idea baru untuk membuahkan kejayaan pada masa akan datang. Akhir kalam , saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak siding redaksi majalah kerana memberi peluang saya merakamkan sedikit sebanyak ucapan dan kata-kata pembakar semangat dan harapan kami daripada pihak ibu bapa buat warga sekolah khususnya untuk anak-anak kami. Saya juga berharap agar semua pihak terus memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Saya mendoakan agar anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini agar terus mencatatkan kecemerlangan seterusnya melakar sejarah yang lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ini. Insya Allah. Sekian, terima kasih. Wassalam. EN ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDIN Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Jalan Kota Tinggi KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SMK JALAN KOTA TINGGI HARUM 8
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya majalah HARUM dapat diterbitkan. Dalam kesempatan ini, saya selaku Ketua Editor mewakili ahli Sidang Redaksi Majalah HARUM ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbicara sepatah dua kata dalam majalah HARUM. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Nur Azliena binti Azis, iaitu guru pembimbing Sidang Redaksi majalah HARUM yang banyak memberi bimbingan kepada kami. Kesudian pihak sekolah untuk memberi penghormatan dan kepercayaan kepada saya bagi menerajui tenaga kerja pada tahun ini amat saya hargai. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam proses penerbitan majalah tahun ini, terutamanya Ahli Jawatankuasa (AJK) HARUM yang telah bertungkus lumus menyiapkan majalah HARUM. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang banyak membantu AJK HARUM dengan memberikan komitmen yang terbaik buat majalah HARUM. Penghasilan majalah HARUM ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di SMK Jalan Kota Tinggi, malah juga merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai aspek, baik kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, kejayaan-kejayaan yang telah ditempa oleh para pelajar SMK Jalan Kota Tinggi turut dimuatkan untuk tatapan semua. Maka dari itu, saya berasa amat bangga dengan pencapaian Ahli Jawantankuasa Sidang Redaksi serta guru-guru yang terlibat dalam menyempurnakan pernebitan majalah ini. Dalam pada itu, saya berharap agar generasi seterusnya akan dapat mengekalkan mutu penerbitan majalah sekolah SMK Jalan Kota Tinggi. Sebagai sebahagian daripada murid SMK Jalan Kota Tinggi, kami memahami betapa pentingnya majalah sekolah kepada murid-murid, terutama sekali murid-murid Tingkatan 5. Selain ingin memenuhi agenda sekolah, kami juga ingin menghasilkan majalah yang penuh dengan nostalgia indah dan kenangan abadi bersama seluruh warga SMK Jalan Kota Tinggi sewaktu belajar atau berkhidmat di sini. Sebelum mengakhiri wacana ini, saya mewakili ahli Sidang Redaksi majalah HARUM ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penerbitan majalah ini. Semoga dengan penghasilan majalah ini, semua kenangan manis dan nostalgia bersama SMK Jalan Kota Tinggi dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang. Diharapkan agar majalah ini menjadi memori terindah merangkai setiap detik kita di SMK Jalan Kota Tinggi. IRIS SYAKIRAH BINTI HELMEE Ketua Editor Majalah HARUM KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR MAJALAH HARUM HARUM 9
Nama Sekolah : SMK Jalan Kota Tinggi Alamat : Km 7 Jalan Kota Tinggi, 86000 Kluang, Johor Darul Takzim Kod Sekolah : JEA2040 Gred : B Sesi Persekolahan : Pagi & Petang No Tel : 07-7743468/ No Fax : 07-7743468 Email Sekolah : Jea2040moe.edu.my Lokasi : Bandar Pejabat Pendidikan Daerah : PPD Kluang Bilangan Guru : 79 Orang Bilangan Staf : 12 Orang Bilangan Pekerja Swasta : 6 Orang Bilangan Pengawal Keselamatan : 4 Orang Bilangan Bilik Darjah : 39 Kelas PROFIL SMJKT HARUM 10
MOTO ADAB DISANTUN, ILMU DIHAYATI LAGU SEKOLAH Indahnya Kurniaan Ilahi SMK Jalan Kota Tinggi Panorama Alam Mendasari Lambang Semangat Jati Diri Menabur Bakti Suci Murni Tersemat Indah Di Sanubari Mendukung Wawasan Mulia Bestari Wadah Perjuangan Kami Gigih Usaha Hingga Berjaya Teras Kehidupan Warga Sejiwa Ibu Ayah Guru Nusa Bangsa Megah Mencapai CIta Pendidikan Yang Cemerlang Membina masyarakat Yang Penyayang Sekolahku Maju Dan Gemilang Harum Sepanjang Zaman HARUM 11
SMK Jalan Kota Tinggi mula beroperasi pada tanggal 6 Januari 2003. Ia terletak di Km 7 Jalan Kluang ke Kota Tinggi. Di sebelah utaranya merupakan gugusan Gunung Lambak yang terdiri daripada kawasan Hutan Simpang Rengam. Di barat dan timur merupakan kawasan berbukit-bukau dan beralun yang dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan di selatan telah mula dibangunkan sebagai kawasan hospital Kluang yang baru. Pada tahun 2003, seramai 296 pelajar telah menjadi kumpulan pertama yang menuntut di sekolah ini Pengetua pertama ialah En. Mohd. Zamri bin. Sabran yang mula bertugas pada 16 Jun 2003. Sebelum tarikh tersebut, Tuan Haji. Abdul Rahman Mohd. Nor merupakan penolong kanan pertama sekolah telah memangku jawatan pengetua sekolah ini. Seramai 20 orang guru dan 3 orang kakitangan telah terpilih peneroka sekolah ini. Kumpulan ini juga telah dibantu oleh 7 orang pekerja swasta yang banyak membantu keceriaan sekolah. Sekolah ini mempunyai keluasan kawasan merangkumi 15 hektar termasuk 5 hektar yang belum dimajukan. Terdapat 3 blok bangunan utama iaitu blok A, blok B dan blok C. Blok A menempatkan bilik-bilik operasi utama termasuklah pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat , kelas tingkatan 2/4 di tingkat 4 dan Pusat Sumber. Blok B pula terdiri daripada bilik-bilik makmal, dewan dan bilik kelas tingkatan 5 di tingkat 3. Blok C merupakan bilik-bilik kemahiran hidup, bilik ERT, bilik komputer , bilik STEM dan bilik kelas tingkatan 1/3 yang terdapat di tingkat 3. SEJARAH SMJKT HARUM 12
“Lebih baik membuat yang tidak sempurna daripada tidak membuat yang sempurna” Sasterawan Negara Arena Wati HARUM 13
Warga Kerja SMJKT HARUM
PENTADBIR SMK Jalan Kota Tinggi 2023 Pengetua : Puan Hajjah Sadariah binti Saptu Pen. Kanan Pentadbiran : Puan Jamanah binti Abu Yamin Pen. Kanan Hal Ehwal Murid : Ustaz Zamri bin Abdullah Pen. Kanan Kokurikulum : Puan Norsuhaili binti Mohd Nor Pen. Kanan Petang : Puan Norainal binti Ibrahim Guru Kanan Matapelajaran Bahasa : Puan Nur Azliena binti Azis Guru Kanan Matapelajaran Sains Sosial : Puan Kartiny binti Man Guru Kanan Martapelajaran Sains & Matematik : Encik Selamat bin Marjani Guru Kanan Matapelajaran Teknik & Vokasional : Cik Azura binti Turiman HARUM 15
BIL NAMA GURU OPSYEN GRED 1 JAMANAH BINTI ABU YAMIN BIOLOGI DG54 2 ZAMRI BIN ABDULLAH PENDIDIKAN ISLAM DG48 3 NORSUHAILI BINTI MOHD NOH BAHASA MELAYU DG48 4 SELAMAT BIN MARJANI SAINS DG44 5 KARTINY BINTI MAN SEJARAH DG48 6 AZURA BINTI TURIMAN PERNIAGAAN DG44 7 MOGHAN A/L APPU SEJARAH DG54 8 JAMIYAH FAIRUZ BINTI MOHAMMAD PENDIDIKAN ISLAM DG52 9 AIDA HAZLIN BINTI RAMLI PENDIDIKAN KHAS DG48 10 AZLINA BINTI ADNAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DG48 11 ENG KIAN SENG MATEMATIK tAMBAHAN DG48 12 FAKARUDIN BIN ABDULLAH GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL DG48 13 HAFIZAH BINTI ABU BAKAR PENDIDIKAN KHAS DG48 14 HAMISIAH BINTI HASAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DG48 15 MASLINDA BINTI SUB TOO MATEMATIK DG48 GURU SESI PAGI HARUM 16
16 MASTURA BT AHMAT PENDIDIKAN ISLAM DG48 17 MOHD KHARAZIL BIN JUHARI GEOGRAFI DG48 18 THIYAGARAJAN A/L POORAN MATEMATIK DG48 19 WONG YOKE BING BAHASA CINA DG48 20 YAHYA BIN UJANG MATEMATIK DG48 21 AHMAD SHUHARDY BIN ABDUL RAHIM SEJARAH DG44 22 ANIZAH BINTI MOHD ZAKARIA SEJARAH DG44 23 ANNUSHA A/P MUNIRATHINAM BAHASA INGGERIS DG44 24 HAZERINA BINTI SHAIAN BIOLOGI DG44 25 HAYATI BINTI YATIMAN AM/PENDIDIKAN MORAL DG44 26 KAVITAH A/P CHANDRASEGARAN SEJARAH DG44 27 MOHD FARVIZ BIN ISMAIL PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN DG44 28 NOOR FARIHA BINTI YAHYA BAHASA INGGERIS DG44 29 NORAYU BINTI ABD RAHMAN SAINS DG44 30 NORLIZAH BINTI ABDUL RAHMAN PENDIDIKAN KHAS DG44 31 NUR AZLIENA BINTI AZIS BAHASA INGGERIS DG44 32 NURAISHAH BINTI IBRAHIM PENDIDIKAN KHAS DG44 33 NUR HAMIZAH SYAHIRAH BT RUHIZAT SAINS DG44 34 NURUL ASIKIN BINTI MAHADI PENDIDIKAN SENI/SENI VISUAL DG44 35 NURUL AZLINA BINTI TAKIYUDDIN SAINS DG44 36 ROZITAH BINTI AHMAD BAHASA MELAYU DG44 37 SALBIAH BINTI ZAKARIA KIMIA DG44 38 SH NUR SHARNINA BT SYED AZHAR BAHASA INGGERIS DG44 39 SURIATI BINTI MOHD TAP PENDIDIKAN ISLAM DG44 40 YUSZAIRI BIN YUSOF PENDIDKAN SENI/ SENI VISUAL DG44 41 ISMAWATI BINTI ISMAIL PENDIDIKAN KHAS DG41 42 MOHAMAD HANAFI BIN HUSIN MATEMATIK DG41 43 SYAFIQAH SOPHIA BT MD. SHARANI KIMIA & SAINS DG41 44 HERMAN BIN TUMINOH KIMIA & MATEMATIK DG41 45 NOORKHALILAH NAJWA BINTI MOHAMAD KHALIL BAHASA MELAYU DG41 46 SITI NOORFFATRAH BINTI IBRAHIM PENDIDIKAN MORAL DG41 BIL NAMA GURU OPSYEN GRED GURU SESI PAGI HARUM 17
BIL NAMA GURU OPSYEN GRED 1 NORAINAL BINTI IBRAHIM BAHASA MELAYU DG54 2 MOHD FAUZI BIN ABU HASSAN MATEMATIK DG48 3 JAMALIAH BINTI TUMIN SAINS DG48 4 HJH BIBI ZURREEYA BINTI HUSSAIN PENDIDIKAN ISLAM DG48 5 AHMAD FAIZAL BIN AYOP REKA BENTUK TEKNOLOGI DG48 6 NURKHAFEZA BINTI MOHD AMIN SAINS DG44 7 RABIATUL ADAWIAH BINTI SHAFFEE PRINSIP PERAKAUNAN DG44 8 JULIYATI BT KADERI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DG44 9 NUR’ASYIKIN BINTI OTHMAN SEJARAH/ BM DG44 10 ONG HUI FANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DG44 11 SITI FARAH BINTI RUSLI BAHASA INGGERIS DG44 12 SAYIDAH NAFISAH BINTI SULIMAN PENDIDIKAN ISLAM DG44 13 AIMI SYAZANA BINTI SALEH BAHASA MELAYU DG44 14 JAYAGANESH A/L JAYABALAN GEOGRAFI DG44 GURU SESI PETANG HARUM 18
BIL NAMA GURU OPSYEN GRED 15 MUHAMMAD ZULKIFLI BIN ROSLAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DG42 16 FAZLUN FARAHANIM BT ABU SHAH BAHASA MELAYU DG41 17 MOHD HILMI HAFIDZ BIN MOHD HAIDIR SAINS SUKAN DG41 18 NUR AISYAH ‘AIN IZYANI ZULHAIRI BAHASA INGGERIS DG41 19 IZATUL HANIM BINTI MOHD SOPHIAN REKA BENTUK TEKNOLOGI DG41 20 NUR NAZURA BINTI MOHD SAID REKA BENTUK DAN TEKNOKOGI DG41 21 NURUL AMIRAH BINTI ABD JALIL BAHASA MELAYU DG41 22 PUTERI NUR AQILIAH BINTI MOHD TAJUDDIN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN DG41 23 ASIAH BINTI SHAHRUL ZAMAN GEOGRAFI DG41 24 DAMIA AQILAH BINTI KHAIROL AFANDI REKA BENTUK TEKNOLOGI DG41 25 NORAFIQAH BINTI ROSNAN REKA BENTUK TEKNOLOGI DG41 26 WAN NORHAPIZAH BINTIWAN ABDUL KARIM PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DG41 27 NURUL SYAZA NABIHA BINTI HASBULLAH PENDIDIKAN ISLAM DG41 28 SYAHRULJIZA BIN GIRIM MATEMATIK DG38 GURU SESI PETANG HARUM 19
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA & PEKERJA SWASTA BIL NAMA JAWATAN GRED 1 ZALILA BINTI MOHD SALLEH KETUA PEMBANTU TADBIR (KPT) N22 2 SRI ZURAIRAH BINTI RUSDI PEMBANTU MAKMAL C22 3 NORAAIN BINTI TUMIRON PEMBANTU MAKMAL C19 4 NORAIDAH BINTI IKHZAN PEMBANTU MAKMAL C19 5 IRMI TASYRIF BIN ABD. KADIR PEMBANTU MAKMAL C22 6 NURUL ASYIKIN BINTI SAMIDUN PEMBANTU PENGURUSAN MURID N22 7 SURIA BINTI SUDIN PEMBANTU PENGURUSAN MURID N22 8 NOOR AZIZAH BT.MOHAMAD SAID PEMBANTU OPERASI N11 9 WAHID BIN YAACOB PEMBANTU OPERASI N11 BIL NAMA 1 SITI HAIROLIZA BINTI SUKONO 2 NORAINI SAFARI 3 ROHAIZAD SAYUTI 4 MD RIZAL YAAKOB 5 MUHAMMAD ASYRF ASLAN 6 MUHAMMAD HAZIM ZAILI HARUM 20
CamScanner
“Penderitaan akan menjadi guru yang paling mujarab, mengajar manusia untuk sedar dan berusaha. Sasterawan Negara A.Samad Said ” HARUM 22
23
24
Badan Khidmat Sekolah HARUM
PENGAWAS SEKOLAH HARUM 26
PENGAWAS SEKOLAH Guru Penasihat : Puan Hazerina binti Shaian Puan Nur Azliena binti Azis Puan Juliyati binti Kaderi Jawatankuasa Sesi Pagi: Tn Haji Yahya bin Ujang Cik Annusha a/p Munirathinam Puan Suriati binti Mohd Tap Jawatankuasa Sesi Petang Puan Nurafiqah binti Rosnan Puan Aimi Syazana binti Saleh HARUM 27
PENGAWAS PUSAT SUMBER HARUM 28
PENGAWAS PUSAT SUMBER Setiausaha : Puan Nur Nazura binti Mohd Said Pen Setiausaha : Cik Noorkhalilah Najwa binti Mohd Khalil Ahli Jawatankuasa : Guru Perpustakaan : Puan Nur’asyikin binti Othman Guru Bahan Bantu Mengajar : Encik Moghan a/l Appu Guru Penyelaras NILAM : Puan Nur Azliena binti Azis & Puan Nurul Amirah binti Abdul Jalil Guru ICT : Encik Mohamad Hanafi bin Husin Guru Bilik Tayang : Puan Anizah binti Zakaria HARUM 29
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH HARUM 30
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH Kaunselor Sekolah: Puan Fauziah binti Ali Puan Wan Norhapizah binti Ab. Karim HARUM 31
STUDENT LEADERS BOARD (SLB) HARUM 32
STUDENT LEADERS BOARD (SLB) Kaunselor Sekolah: Puan Fauziah binti Ali Puan Wan Norhapizah binti Ab. Karim HARUM 33
“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya HAMKA ” Lukisan oleh, Cikgu Yuzairi 34
IKON SMJKT HARUM
IKON GURU SMKJKT 2023 Cikgu Noor Fariha Binti Yahya HARUM 36
JAWATAN DAN SUMBANGAN A) DAERAH: 1. Pesuruhjaya Bahagian Keahlian Pandu Puteri daerah Kluang 2. Sambutan Hari Kebangsaan Pandu Puteri Kluang di SMK Taman Seri Kluang (AJK Pertandingan Doodles Art) 3. Mesyuarat Agung 2023 Pandu Puteri Kluang di Dewan Ibuku Halimah (AJK Multimedia) 4. Menguruskan pendaftaran keahlian Pandu Puteri semua peringkat umur Pandu Puteri Kluang 5. Ketua Kontinjen Daerah Kluang ke Sambutan Hari Kebangsaan Pandu Puteri Johor di UTHM Batu Pahat B) NEGERI: 1. Pesuruhjaya Bahagian Program Pandu Puteri cawangan Johor 2. Mesyuarat Agung 2023 Pandu Puteri Johor di Prime City Hotel Kluang (AJK Buku Program) 3. Penyelaras Program Virtual Walk 2023 Pandu Puteri Kebangsaan. Penyelaras untuk peserta dari Johor. (2 pelajar SMKJKT menyertai) 4. Guru Pengiring Pelajar SMKJKT Peringkat Negeri: sempena Sambutan Hari Kebangsaan Pandu Puteri Johor di UTHM Batu Pahat 5. JURULATIH Jurulatih Perbarisan (salah seorang Jurulatih) Pertandingan Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor di Simpang Renggam -- JOHAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH -- 7 wakil SMKJKT C) KEBANGSAAN 1. Penyelaras Program Plastic Busters Peringkat Kebangsaan di Gunung Lambak Kluang merangkap sebagai guru pengiring kepada 7 peserta SMKJKT (SMKJKT Tempat ketiga kutipan sampah terbanyak) D) ANTARABANGSA 1. Mewakili Malaysia dalam Program Asia Pacific Region Intergenerational Leadership Roundtable bertempat di The Pearl Kuala Lumpur. Penyertaan 15 negara. HARUM 37
ANUGERAH 1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017 2. Pingat Jasa Lama Lima Tahun ( Pandu Puteri) Tahun 2019 3. Anugerah Lencana Mutiara 1 ( Pandu Puteri) Tahun 2021 4. Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Perempuan Sekolah Menengah (Sekolah Menengah) Daerah Kluang Tahun 2021 5. Anugerah Pegawai Teknikal Cemerlang ( Kategori Pasukan Badan Beruniform) Negeri Johor Tahun 2021 6. Anugerah Ikon Guru Kokurikulum Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang Tahun 2022 7. Pingat Tangkai Padi Pandu Puteri Malaysia yang disampaikan oleh YAM Che’ Puan Khaleeda selaku YDP Pandu Puteri Johor. 8. Anugerah Bintang Kejora ( Pasukan Badan Beruniform) SMK Jalan Kota Tinggi tahun 2023 HARUM 38
IKON GURU SMKJKT 2023 Cikgu Mohd Hilmi Hafidz Bin Mohd Haidir HARUM 39
JAWATAN DAN SUMBANGAN A) DAERAH: 1. Jurulatih Hoki Wanita SMK Jalan Kota Tinggi (Naib Johan MSSD Kluang) 2. Jurulatih Hoki Lelaki SMK Jalan Kota Tinggi (Suku Akhir MSSD Kluang) B) NEGERI: 1. Jurulatih Hoki Wanita Daerah Kluang (Johan Majlis Sukan Sekolah Johor) 2. Jurulatih Pembangunan Hoki Daerah Kluang bawah 17 tahun C) KEBANGSAAN 1. Jurulatih Hoki Wanita Johor Bawah 18 tahun (Ke-5 Majlis Sukan Sekolah Malaysia) 2. Jurulatih Hoki Wanita Johor (Liga Remaja Malaysia) 3. Jurulatih Hoki Wanita Johor (Piala Razak) 4. Jurulatih Hoki Wanita bawah 17 tahun Pembangunan Malaysia (NHDP) D) ANTARABANGSA 1. Jurulatih Hoki Wanita Malaysia (Mirnawan Cup) ANUGERAH 1. Anugerah Ikon Guru Muda Johor tahun 2017 2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2021 HARUM 40
HARUM 41
“THE FIRST CLASS MIND” HARUM
43
44
IKON CEMERLANG SPM 2022 Lau Chi Xiang Umur 18 tahun Sejarah Sekolah Rendah: SJK(C) Ping Ming Menengah: SMK Jalan Kota Tinggi Terkini: SMK Tinggi Kluang Jawatan Di Sekolah 1. Pengawas Pusat Sumber (AJK IT) 2. Persatuan Bahasa Cina (Pengerusi) 3. Kelab Ping Pong (Naib Pengerusi) 4. Persatuan Taekwondo (AJK) Keputusan Spm (A+) Sejarah, Sains, Prinsip Perakaunan (A) Perniagaan, Matematik, Pendidikan Moral (A-) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Hobi Joging, Beriadah Teknik Belajar Menetapkan sasaran untuk setiap hari tentang perkara yang harus dikuasai dalam pembelajaran. Setelah sasaran tersebut dicapai, boleh melakukan perkara selain pelajaran dalam seharian. Sasaran tersebut harus realistik untuk sendiri supaya boleh dijalankan secara berterusan. Dengan cara ini, kita dapat mempelajari banyak perkara secara mendalam dalam jangka masa panjang. Saya akan melakukan persediaan sehari sebelum cikgu mengajar sesuatu topik. Cara ini dapat mengelakkan kegelisahan dan tekanan saya apabila tertinggal dalam pelajaran. Impian Guru Sejarah Ucapan Nasihat saya untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini adalah jangan menyerah kalah kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. HARUM 45
IKON CEMERLANG SPM 2022 Nur Irsha Binti Irmi Tasyrif (7A) Umur 18 tahun Sejarah Sekolah 1. Rendah: SK LKTP Belitong 2. Menengah: SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang 3. Terkini: IPG Kampus Bahasa Melayu Jawatan Di Sekolah 1. Pengawas Pusat Sumber (Pengerusi) 2. Student Leaders Board (Ahli Biasa) 3. Pandu Puteri (Pengerusi) 4. Permainan Bola Baling (Setiausaha) Keputusan Spm (A ) Bahasa Melayu, Sains, Pendidikan Seni Visual, Sains Rumah Tangga (A-) Sejarah, Tasawwur Islam, Pendidikan Islam (C+) Bahasa Inggeris ( D ) Matematik Hobi Membaca dan Melukis Cita-Cita Guru Teknik Belajar Setiap subuh, mengulang kaji pelajaran sebelum ke sekolah. Menumpukan perhatian di kelas serta meluangkan masa di perpustakaan sekolah pada waktu balik. Mengikuti pembelajaran secara berkumpulan untuk subjek yang lemah. Mencatat segala nota atau isi penting yang diberikan oleh guru. Menyiapkan latihan untuk menguji daya kefahaman bagi topik yang telah dipelajari. Bertanya kepada guru agar dapat memahami dengan lebih lanjut. Sentiasa membuat persediaan awal sebelum sesi pembelajaran bermula. Membaca bab baharu bagi setiap subjek untuk mengetahui topik yang akan dipelajari. Impian Menjadi seorang guru bahasa Melayu kerana guru merupakan salah satu pekerjaan yang mulia dan menjadi tunjang penerus generasi masa hadapan. Ucapan Nasihat saya ialah sentiasa menjaga hubungan sesama manusia dan Tuhan supaya ilmu sentiasa diberkati. Jangan mengalah sekiranya kita gagal atau lemah dalam sesuatu subjek. Sila bangkit dan hadapinya dengan tabah. Yang paling penting, belajar menerima sesuatu perkara dengan ikhlas dan menerima dengan hati terbuka kerana itu adalah hasil usaha sendiri. Selamat maju jaya dan lakukan yang terbaik. HARUM 46
KEPUTUSAN SPM 2022 Keputusan keseluruhan semua matapelajaran: BIL MATA PELAJARAN GPMP 1 BAHASA MELAYU 4.33 2 BAHASA INGGERIS 6.16 3 PENDIDIKAN ISLAM 4.63 4 SEJARAH 4.91 5 GEOGRAFI 5.18 6 MATEMATIK 6.04 7 MATEMATIK TAMBAHAN 7.92 8 SAINS 5.23 9 BIOLOGI 5.43 10 FIZIK 5.31 11 KIMIA 6.88 12 BAHASA CINA 4.56 13 PENDIDIKAN SENI VISUAL 4.60 14 PRINSIP PERAKAUNAN 6.24 15 TASAWUR ISLAM 5.41 16 GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL 5.82 17 PENDIDIKAN MORAL [MA] 5.91 18 PERNIAGAAN 5.24 19 SAINS RUMAH TANGGA 5.69 20 BAHASA TAMIL 2.00 Gred Purata Sekolah : 5.34 Peratus lulus : 91.91% HARUM 47
Senarai calon cemerlang GP 3.50 dan ke bawah: Bil KELAS NAMA MURID GP PENCAPAIAN 1 5PA LAU CHI XIANG 1.00 3[A+] 3[A] 3[A-] 2 5PA CHAI HOUI SAN 1.44 2[A+] 4[A] 3[B+] 3 5PA NURUL HUMAIRAH BINTI A. RAMLI 1.63 1[A+] 3[A] 2[A-] 2[B+] 4 5ST IFFAH HANISAH BINTI ABD RAZAK 1.78 1[A+] 3[A] 2[A-] 3[B+] 5 5ST NURFATIN QISTINAH BINTI HIRMAN 2.33 1[A+] 2[A] 2[A-] 2[B+] 1[B] 1[C+] 6 5SRT NUR IRSHA BINTI IRMI TASYRIF 2.44 4[A] 3[A-] 1[C+] 1[D] 7 5GKT FARAHIYAH ADRIANA BINTI MD NOOH 2.50 2[A] 3[A-] 1[B+] 1[B] 1[C+] 8 5PSV KAW SHENG WHA 2.83 3[A] 1[B] 2[C+] 1[TH] 9 5GEO PUTERI BALQIS BINTI MOHD FUAD 2.88 1[A] 2[A-] 2[B+] 3[B] 10 5ST MUHAMMAD HAMIMI BIN ABD WAHID 2.89 2[A] 1[A-] 4[B+] 1[B] 1[C] 11 5ST ‘AZIM HAKIMI BIN ‘AZMAN 3.00 2[A] 3[A-] 1[B+] 1[B] 2[C] 12 5GKT NUR AUNI BINTI MOHD ASDI JASTANI 3.00 4[A-] 2[B+] 1[B] 1[C] 13 5GKT NUR FATIHAH NAJIHAH BINTI AZHAR 3.13 2[A] 1[A-] 2[B+] 1[B] 1[C+] 1[C] 14 5PA NUR HAFIZA IRDINA BINTI SELAN 3.13 3[A-] 2[B+] 2[B] 1[C+] 15 5SRT SITI AISYAH BINTI OMAR 3.25 3[A-] 1[B+] 3[B] 1[C+] 16 5GKT FELYCIA PUTRI PRATAMA 3.29 1[A] 1[A-] 3[B+] 1[B] 1[D] 17 5ST NUR AFRINA BINTI MOHD NAJIB 3.30 1[A+] 1[A] 4[A-] 2[B] 1[D] 1[G] 18 5ST MUHAMMAD HUZAIRY BIN AZRIN 3.33 3[A] 1[A-] 1[B+] 2[B] 1[C] 1[E] 19 5GEO NUR SURIA ZAINI BINTI ABDULLAH 3.38 2[A-] 3[B+] 1[B] 2[C+] 20 5GKT SITI NUR NAJWA BINTI ZABIDIN 3.50 2[A] 3[B+] 1[B] 1[C] 1[D] HARUM 48