The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SINOPSIS PENARAFAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dilazaki83, 2022-08-01 00:06:01

SINOPSIS PENARAFAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN

SINOPSIS PENARAFAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN

SINOPSIS PENARAFAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

PPD : MANJUNG
NAMA SEKOLAH : SK BATU SEPULUH LEKIR

KOD SEKOLAH : ABA 1019
EMAIL SEKOLAH : [email protected]

GBKSM : NOR FADHILAH BT CHE AZHAR

SINOPSIS

Unit Bimbingan & Kaunseling SK Batu Sepuluh adalah sebuah unit yang paling aktif dan afektif di
sekolah. Bilik kaunseling yang baru ditambah baik pada Tahun 2021 ini telah diberi penjenamaan
semula sebagai ‘ SKBS Listening Space’. Perkataan Listening Space ini dipilih kerana Bilik Bimbingan
dan Kaunseling adalah merupakan tempat yang paling sesuai sebagai tempat untuk Ruang
Mendengar. GBKSM, Nor Fadhilah Che Azhar percaya bahawa setiap murid yang bermasalah dan
kurang perhatian hanya memerlukan ruang untuk didengari. Atas faktor inilah bilik bimbingan dan
kaunseling SK Batu Sepuluh telah dijenamakan semula oleh GBKSM nya sebagai SKBS Listening Space.
SKBS Listening Space telah dilawati oleh pelbagai pihak semenjak ianya diberi nafas baru. Dengan
menyediakan bilik yang kondusif dan setiap ruang adalah selesa dan kondusif menjanjikan keselesaan
kepada semua yang berkunjung ke SKBS Listening Space ini. Bagi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling ruang individu yang selesa berada di dalam bilik pengurusan untuk lebih selesa dan
tertutup semasa sesi dijalankan. Begitu juga dengan ruangan sesi kelompok yang tidak menggunakan
kerusi tetapi dengan cara duduk bersila klien akan lebih selesa dan santai untuk berkongsi cerita di
sudut Laman Ilmu yang disediakan. Ruangan perbincangan juga mampu membuat sesiapa sahaja
berkunjung ke SKBS Listening Space akan berasa selesa untuk berbincang kerana terdapat dua (2)
ruang perbincangan yang disediakan.

Bagi bahagian pengurusan data dan bahan pula, untuk merekod perkhdimatan bimbingan dan
kaunseling dan juga rekod sesi google form digunakan untuk merekod semua sesi log perkhidmatan
yang berkunjung ke bilik bimbingan dan kaunseling. Bagi bahagian Inovasi dan kajian tindakan,
GBKSM SK Batu Sepuluh telah membuat inovasi yang dinamakan sebagai ‘Projek LINK’ singkatan bagi
Laman Interaktif Nasihat dan Khidmat. Projek LINK ini aalah hasil inovasi dan keperluan semasa PKP di
mana semua murid tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik-bilik khas. Maka tercetus idea bagaimana
murid boleh mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tanpa masuk ke bilik kaunseling.
DI bahagian luar bilik kaunseling terdapat sebuah LCD TV yang digunakan untuk menyebarkan semua
maklumat berkaitan bimbingan dan kaunseling dan sebuah laman santai diwujudkan juga di hadapan
bilik bimbingan dan kaunseling. Di laman ini, ada disediakan Roda Motivasi di mana semua murid
dibenarkan untuk memutar roda motivasi tersebut hanya 1 kali sahaja sehari. Setiap putaran akan
mendapat slip kata-kata motivasi atau cabutan bertuah bergantung kepada nombor yang diputar.

Bagi kajian tindakan, GBKSM telah membentang kertas kajian tindakan semasa Pembentangan
program S-Impak TS25 yang berkaitan dengan Psikometrik dan dalam proses untuk menyiapkan
kertas kajian kes yang kedua bagi menyertai pembentangan Persidangan Kaunseling Antarabangsa
yang akan berlangsung tidak lama lagi. Amalan Terbaik sekolah adalah melalui budaya memberi salam
yang dinamakan sebagai program ‘Give Me Salam’. Program ini adalah untuk membudayakan budaya
memberi salam dikalangan murid SK Batu Sepuluh. Amalan Terbaik yang seterusnya adalah Program
Anugerah Bintang Penuh. Anugerah Bintang Penuh ini aalah anugerah untuk menghargai murid yang
hadir penuh ke sekolah. Kehadiran penuh setiap bulan akan melayakkan murid untuk mendapat 1
bintang yang akan dilekatkan pada pad yang akan dipakai pada baju masing-msing atau disimpan oleh
guru kelas. Setiap 6 bintang yang diperolehi akan melayakkan murid menerima hadiah.

Unit Bimbingan dan kaunseling SK Bat Sepuluh teah dilawati oleh rakan-rakan GBKSM yang lain
sebagai penanda aras dan juga turut dilawati oleh pegawai-pegawai PPD dan juga JPN.


Click to View FlipBook Version