TAJUK TUGASAN : IBADAT DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH : EN. THOHIR BIN BAHADOR
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. SYAZEERA BINTI NOORDIN (18DSK21F1033)
2. SHARIFAH NURMASTURAH BINTI SHARIF
MOHMAD ZAMZURI (18DSK21F1011)
3. NURUL UMAIRAH SOFIAH BINTI MOHAMAD
TAHIR (18DSK21F1027)
JABATAN : PERDAGANGAN
PROGRAM : DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
SESI : 2 : 2021/2022
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA M/S
1. MUKA HADAPAN 1
2. ISI KANDUNGAN 2
3. PENDAHULUAN 3
4. PERKARA SUNAT 4
5. PERMASALAHAN WANITA 5
6. TAHARAH 6
7. TATACARA TENTANG WUDHUK 7
8. RUKUN
9. KESIMPULAN 8&9
10. LAMPIRAN 10
11
2
PENDAHULUAN
Bismillahirahmanirohim, kami bersyukur ke atas
Hadrat Illahi dan Limpah Kurniaan-Nya, dapat kami
menyiapkan tugasan yang dibuat dalam bentuk eBook ini. Kami
terdiri daripada tiga orang ahli sahaja, iaitu Sharifah
Nurmasturah Binti Sharif Mohmad Zamzuri, Syazeera Binti
Noordin dan akhir sekali Nurul Umairah Sofiah Binti Mohamad
Tahir.
Kami amat berterima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik
Thohir Bin Bahador, selaku pensyarah pengajian islam kami
yang sudi memberi sedikit sebanyak pertolongan serta tunjuk
ajar yang sebaiknya untuk kami menyiapkan eBook kami.
Kami telah memilih buku serta isu-isu yang berkaitan
yang terkandung di dalamnya berdasarkan salah satu daripada
tema iaitu buku-buku berkaitan isu-isu dengan ibadat dalam
Islam. Buku yang telah kami pilih ialah Hidup Ibadat, karya DR.
Ustaz Hj. Fadzil Hj. Ahmad. yang telah kami perolehi di
perpustakaan berhampiran. Buku ini menerangkan tentang
perkara sunat, permasalahan wanita, taharah iaitu menyucikan
diri, tatacara menunaikan ibadah fardhu mahupun sunat dan
akhir sekali ialah, rukun.
3
PERKARA SUNAT
Perkara sunat yang saya akan bincangkan adalah tentang amalan Rasulullah S.A.W ketika hendak
tidur. Seperti yang sedia maklum, umur manusia mempunyai batas masa yang tertentu. Oleh itu,
tidak ada kesempatean hidup yang lebih dari apa yang telah dijanjikan oleh Allah. Oleh demikian,
kita hendaklah mengikuti sedikit sebanyak amalan Rasulullah S.A.W sewaktu hendak tidur supaya
dapat dijadikan amalan kita bersama.
Yang pertama setelah witir, kita perlulah merehatkan badan yang sepanjang hari bekerja berat.
Dalam sunnah Rasulullah S.A.W semasa baginda tidurpun ada peraturan yang tertentu dan ada
doa yang khususnya dibacakan.
Kepada al - Barra’ R.A, Rasulullah S.A.W berpesan: ‘Jika anda akan tidur,
berwudhuklah bagaikan wudhuk untuk sembahyang, kemudian berbaringlah pada pinggang
sebelah kanan.
Naufal R.A pula berkata: Rasulullah S.A.W. memberitahuku kepadaku: “Bacalah:
ول أر ٰ َـْلٰ ا َُٰ ي أَ ٰٓ َـي لُْق
setiap kali akan tidur, kemudian tidurlah, maka sesungguhnya surah itu membebaskan dari syirik.”
(Abu Daud dan At-Tirmizi)
“Daripada Aisyah R.A pula : Bahawa junjungan Nabi Muhammad S.A.W apabila berbaring di
tempat tidurnya pada tiap-tiap malam, ia menghimpunkan dua tapak tangannya kemudian ia
mengembuskan (ludah dengan tidak berair liur) pada kedua tapak tangannya dan membaca:
ل ُٰ ي لْل ٰ ٰد َح ول أر
ُْٰٰي أَي ُ ْٰ َ ٰ للُِل ول أر
ول أر ٰ للُِل َ ْٰ ُ يَّلُٱ
kemudian menyapu seberapa dapat daripada badannya: ia mulakan dengan menyapu
keduanya( tapak tangan) atas kepala dan mukanya dan yang di hadapan daripada badannya
sebanyak tiga kali.
4
PERMASALAHAN WANITA
DARAH HAID : Darah yang kelaur dari rahim perepmpuan yang telah sampai umur. Masa haid
yang sebanyak-banyaknya adalah selama 15 hari 15 malam.
DARAH NIFAS : Darah yang keluar dari Rahim perempuan sesudah ia melahirkan anak. Masa
nifas itu adalah selama 40 hari dan selebih-lebihnya ialah 60 hari.
DARAH ISTIHADAH : Darah yang keluar dari Rahim perempuan kerana penyakit. Masa
keluarnya tidak tentu seperti darah haid.
PERKARA-PERKARA PENTING YANG BERKAIT DENGAN DARAH PEREMPUAN :
1. Bersetubuh perempuan dalam masa haid adalah dosa besar.
2. Apabila kering atau putus darah haid dan nifas, halallah beginya mandi wajib atau ber-
tayamum, jika ketiadaan air.
3. Haram melakukan perkara-perkara yang diahramkan kerana haid dan nifas sebelum
mandi wajib atau tayammun kecuali 2 perkara:
• Puasa
• Talak
5
TAHARAH
Apakah maksud Taharah?
• Taharah dari segi bahasa ialah bersih dan suci daripada kotoran. Dari segi syarak
pula ialah bersih dari hadas atau kotoran najis.
Bahasan mengenai hadas:
• Hadas dari segi bahasa ialah perkara yang tidak baik atau keadaan yang tidak
menyenangkan perasaan. Pada istilah ertinya ialah perkara yang tidak baik pada
perasaan lagi membatalkan sembahyang.
Apakah sebab hadas kecil itu terjadi?
Sebabnya ialah:
• Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan keluar najis.
Hilang akal sebab mabuk, sakit, pengsan atau sebagainya.
Tidur di mana punggungnya tidak duduk tetap pada tempat duduknya.
Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah tanpa berlapik.
Menyentuh qubul dan dubur dengan tapak tangan.
Perkara-perkara yang diharamkan jika dalam hadas kecil:
• Mengerjakan sembahyang fardhu atau sunat.
• Membaca khutbah Jumaat.
• Sujud syukur, tilawah.
• Mengerjakan tawaf wajib atau sunat.
• Menyentuh atau menanggung al-Quran, kecuali terpaksa kerana menjaganya
daripada terjatuh ke tempat yang hina atau mengelak dari terbakar, tenggelam atau
sebagainya.
Apakah sebab hadas besar itu terjadi?
Sebabnya ialah:
• Bersetubuh
• Keluar air mani denga napa cara sekalipun
• Mengenai perempuan:
1. Keluar darah haid
2. Keluar darah nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin
3. Bersalin atau keguguran.
6
TATACARA TENTANG WUDHUK
Maksud wudhuk:
• Cara menghilangkan hadas dengan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu.
Hukum wudhuk:
• Wajib bagi orang yang hendak mengerjakan sembahyang, tawaf dan sebagainya.
Bahagian wudhuk:
• Wudhuk wajib. Bagi orang yang hendak menunaikan solat, tawaf dan
sebagainya.
Wudhuk sunat. Bagi orang yang hendak memperbaharui wudhuknya, dan lain-lain.
Hikmat wudhuk:
• Membersih anggota-anggota badan yang terdedah kepada kekotoran.
• Dapat menyegarkan badan dan menenangkan jiwa.
• Dapat membersih kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh anggota-
anggota tertentu.
Fardhu atau Rukun wudhuk:
1. Niat ketika membasuh muka: “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah
Taala.”
2. Membasuh muka. Membasuh dari tempat tumbuh rambut di kepala hingga ke
bawah dagu dan dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri.
3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
4. Menyapu air ke kepala sama ada menyapu sebahagian kepala atau sebahagian
rambut yang ada di dalam ruangan kepala.
5. Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib – Mengerjakan wudhuk mengikut susunan.
7
RUKUN
Di sini saya akan menceritakan tentang rukun sembahyang jenazah. Hal ini kerana,
perkara ini sukar dibincangkan dengan terperinci menyebabkan saya ingin
membawa tajuk ini sebagai perbincangan saya.
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah niat, iaitu niat sembahyang ke atas
mayat. Niat ini hendaklah berserta dengan takbirtul ihram.
Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki :
ل ُُِْٰ ٰلْٰف ٰ ِِٰ ِأَ َٰ ُ ٰ أَْٰ ٰل كٰ أَٓ أ ِْٰ ت لٰ أْ َٰ ٓيُٰ َٰ َ كََُٰٰٰف
Niat: “Sahaja aku sembahyang ke ataas mayat lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah
kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan :
ل ُُِْٰ ٰلْٰف ِٰت ِأَ َٰ أكَٰ ٰ أَْٰ ٰل كٰ أَٓ أ ِْٰ ت لٰ أْ َٰ ٓيُٰ َٰ َ كََُٰٰٰف
Niat: “Sahaja aku sembahyang ke atas mayat perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah
kerana Allah Taala”.
Yang kedua pula, berdiri tegak bagi orang yang berkuasa berdiri.
Yang ketiga ialah membaca Surah Al-Fatihah dari awal hingga akhir dengan
sempurna selepas takbir yang pertama. Yang ketiga, selawat ke atas Nabi.
Takbir Pertama (Takbiratul Ihram)
Mengangkat takbir pertama bereerta dengan niat di dalam hati dan diteruskan
membaca surah Al-Fatihah.
Takbir Kedua
Mengangkat takbir kedua kemudian baca selawat ke atas Nabi S.A.W seperti
berikut:
Ya Allah berikanlah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan Nabi Muhammad
S.A.W, dan ke atas keluarganya. S.A.W
8
Takbir Ketiga
Mengangkat takbir ketiga kemudian baca doa mengikut jantina.
Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat
kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya.
*Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini
kerana mereka masih tidak dikira doasa pahala oleh malaikat.
Takbir Keempat
Mengangkat takbir keempat kemudian baca doa mengikut jantina:
Ya Allah, janganlah engkau menutupi pahala mayat ini kepada kami dan
janganlah diberikan fitnah kepada kami setelah kami meninggalkan
mayat tersebut, ampunilah kami dan ampunilah dia.
Memberi Salam ke kanan dan ke kiri
Bacaan sesudah salam:
1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
2. Surah Al-Falaq 1 kali.
3. Surah An-Nas 1 kali.
4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
5. Surah Al-Baqarah 1-5.
6. Surah Kursi 1 kali.
7. Doa yang sesuai.
9
KESIMPULAN
Dalam kehidupan umat Islam, kita perlu menyempurnakan ibadat dengan
sebaiknya untuk mendapat rahmat Allah SWT. Umat Islam juga perlu
memahami dengan lebih mendalam tentang Ibadat agar tidak keliru dan
melakukan kesalahan yang akan menyebabkan kehidupan kita menjadi sia-
sia. Dengan berbekalkan dengan buku-buku atau carian internet, kita dapat
mengetahui banyak perkara tentang Ibadat.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang ingin mencari keredhaan Allah perlu
menambah ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu tentang Ibadat agar kita dapat
memperoleh pahala dan menjadi umat yang dikasihi Allah SWT.
10
LAMPIRAN
11